BAHASA Melayu sebagai bahasa rasmi. Ini yang istimewa. Hal ini terbongkar selepas pihak polis mengesan satu unit khas terdiri daripada saki baki
kumpulan militan dari Indonesia dan Malaysia bergabung bagi
mewujudkan satu unit tentera khusus Negara Islam (IS).
Mereka merekrut
penduduk Melayu/Islam di Malaysia untuk menjadi ahli mereka.
Sumber Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dilaporkan berkata, kumpulan militan itu
yang turut mempunyai 'cawangan' di negara ini dikesan pernah menghantar
anggotanya ke Timur Tengah termasuk Afghanistan untuk menjalani
latihan ketenteraan bagi tujuan aktivitimereka.
"Unit itu dikenali sebagai Katibah Nusantara Lid Daulah Islamiyyah
atau Unit Kepulauan Melayu Negara Islam. Unit ini adalah salah satu
daripada unit IS di Iraq dan Syria.
“Dipercayai unit ini dibentuk berikutan ramai ahlinya mempunyai
masalah komunikasi dalam bahasa Inggeris atau Arab untuk bergaul dengan
unit multinasional IS lain,” katanya.
Difahamkan kumpulan itu turut dibentuk bagi merekrut serta
menyediakan kemudahan termasuk kewangan kepada individu yang mahu pergi
ke Syria bagi menyertai perjuangan IS di Timur Tengah.
“Berdasarkan maklumat, seramai lebih 50 rakyat Malaysia dan
sekitar 200 rakyat Indonesia kini menyertai IS di Syria dan Iraq.
Kebanyakan mereka memasuki Syria menerusi negara ketiga seperti Turki
dan Jordan,” katanya.
Institute for Policy Analysis of Conflict (IPAC) yang
berpengkalan di Jakarta dalam sebuah laporan mengatakan kumpulan itu
kini 'berjuang' di di kota Al-Shadadi, di daerah Hasaka, Syria. Ahli Unit Kepulauan Melayu Negara Islam asal Indonesia, dikenali
sebagai Bahrum Syah (gambar jubah hitam).
Ia dilihat muncul dalam satu video yang
bertujuan untuk merekrut anggota baru berbahasa Melayu selain dikesan
mengadakan pertemuan yang diatur melalui rangkaian kawan-kawan facebook.
Sebelum ini, Malaysia dan Indonesia berjaya menumpaskan kumpulan
militan yang mempunyai kaitan dengan Al Qaeda iaitu Jemaah Islamiyah
(JI). Polis Cawangan Khas Malaysia dan Delta 88 Indonesia menangkap
ramai mengikut JI di kedua-dua negara sejak kumpulan itu terlibat dengan
serangan bom di Bali pada 2002.
JI pernah menghantar anggotanya ke Afganistan dan Selatan Filipina menjalani latihan ketenteraan untuk tujuan yang disebut keganasan. Kumpulan militan JI ini dikesan meluaskan pengaruh di Malaysia,
Filipina dan Singapura bagi memastikan rancangan 'jihad' mereka mampu
dilaksanakan.
"Kebangkitan IS di Iraq dan Syria menarik minat JI mempelajari
kaedah dan strategi bagi mencetuskan kebangkitan pemberontakan Khilafah
Islam di Asia Tenggara," kata sumber polis.
Negara-negara Barat sudahpun memulakan kempen ketenteraan bagi
menumpaskan IS di Iraq dengan melancarkan operasi ketenteraan di utara
Iraq sejak Ogos lalu dan kini meningkatkan kempennya.
Apa yang menjadi kebimbangan Barat kini ialah IS terus mendapat
sokongan daripada banyak pihak terutama daripada kumpulan-kumpulan jihad
yang mendokong misi sama, termasuk bekas pemimpin Jemaah Islam (JI) di
Indonesia Abu Bakar Bashir (gambar bawah) yang menyeru umat Islam seluruh dunia
menyokong perjuangan IS.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini
membentangkan Kertas Putih di Dewan Rakyat berhubung ancaman kumpulan
militan IS mengumumkan Malaysia kini menggunakan Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), Akta Pencegahan Jenayah dan Kanun
Keseksaan bagi tujuan menangani elemen militan di dalam
negara.-23/14/2014 (IH)
Nak komen baikpun tidak, tidakpun tidak kerana tak jelas. walau bagai manapun perlu diingat di rantau kepulaun melayu nisi'ah sedang berkembang, syi'ah umpama gunting dalam lipatan.Syi'ah teramat bahaya dari ugma samawai lainnya maupun ugama penyembah berhala ataupun ethist.
ReplyDelete