Aktivis Femen memberontak ketika hendak diselamatkan oleh petugas di Lapangan Gereja Santo Petrus, Kota Vatican, Khamis (25/12).
SEORANG pegiat bertelanjang dada cuba menculik bayi Isa di Padang Gereja Santo Petrus, Kota Vatican, setelah Paus menyampaikan mesej misa Krismas semalam.
Ahli kumpulan pegiat FEMEN itu langsung ditangkap polis di depan khalayak ramai yang terkejut melihat kejadian itu, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Russia Today, Khamis (25/12).
Di dada wanita itu tertulis 'Tuhan itu perempuan'.
Peristiwa itu bermula apabila dua perempuan FEMEN berjaya menyelinap masuk ke kerumunan massa melalui sebuah lubang di pagar. Mereka kemudian bergegas ke lokasi tempat patung bayi Isa diletakkan di tengah lapangan gereja. Seorang dari mereka kemudian berlari mengambil bayi Isa dan mengangkatnya di atas kepala sambil melaungkan slogan anti Gereja Katolik.
Seorang pegawai yang melihat kejadian itu segera merangkul perempuan itu. Badan perempuan telanjang itu akan ditutup kain dan dibawa oleh polis. Ini bukan pertama kalinya Femen beraksi di Vatican.
Pada 14 November lalu beberapa pegiat bogel Femen melakukan tunjuk perasaan di lapangan Gereja Santo Petrus menentang lawatan Paus Francis ke Parlimen Eropah di Strasbourg. Ketika itu mereka melaungkan slogan 'Paus bukan ahli politik, Tuhan bukan ahli silap mata'.
FEMEN adalah kumpulan pegiat yang ditubuhkan di Ukraine pada 2008. Mereka kini beribu pejabat di Paris, Perancis. Kumpulan ini dikenali kerana kerap beraksi demo bogel sambil membela hak-hak perempuan dan menentang institusi agama atau isu antarabangsa lain. (IH)
Sebelum ini..
No comments:
Post a Comment