Wednesday, December 31, 2014

E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia?

E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia?

Bab 1


Bab 2

Bab 3

Bab 4  
Bab 5
Bab 6

    Bersambung

    QZ 8501: Risma Triharini Umum Doa Bersama Tahun Baru, Kurangkan Hura-hura.

    AirAsia jatuh, Wali Kota Risma gelar doa bersama saat Tahun Baru
    Tri Rismaharini di Posko Pemkot Bandara Juanda.

    Jakarta: Siapa tidak kenal Datuk Bandar atau Wali Kota Surabaya, Risma Triharini terkenal dalam membanteras maksiat dengan sekelip mata telah berjaya menukar dari pusat seks maksiat terbesar di Asia kepada pusat perkhidmatan dan kebajikan rakyat di Gang Dolly Surabaya?

    Beliau kini telah merancang mengadakan acara doa bersama, pada masa perayaan Tahun Baru untuk para korban kemalangan pesawat AirAsia dengan nombor penerbangan QZ 8501 yang membawa 155 penumpang, Minggu (28/12) pagiAcara itu sekaligus untuk menyampaikan rasa perpaduan atas kemalangan itu.

    "Itu memang bertujuan untuk mengurangkan hura-hura kok," kata Risma di
    Bandar Juanda, Selasa (30/12)

    Acara menyambut Tahun Baru sudah dirancang sebelum itu. Namun kerana Tahun Baru 2015 bersamaan dengan peristiwa nahas tersebut, maka acara mengalami perubahan. Sekurang-kurangnya memberikan perpaduan, dengan tidak mengumumkan acara tersebut secara berlebihan.

    "Itu memang sekaligus untuk mengurangkan acara hura-hura. Diisi dengan pementasan-pementasan anak-anak," tegas Risma.
    "Kita setiap tahun harus melakukan penilaian selepas hidup kita selama satu. Bukan diisi dengan hura-hura," sambungnya.

    Sementara itu, perkembangan terkini, Team SAR telah berjaya menemui sejumlah jenazah penumpang dan serpihan pesawat dengan laluan Surabaya-Singapura itu di perairan laut Pangkalanbun, Kalimantan Tengah. Berdasarkan data Posko Pemerintah Kota Surabaya di Crisis Center Lapangan Terbang T2 Antarabangsa Juanda, Surabaya, sebanyak 81 warga Surabaya diketahui berada di dalam pesawat tersebut.


    Basarnas dirikan tempat evakuasi jenazah Air Asia di Pangkalanbun. 

    Presiden Indonesia Joko Widodo berkata fokus operasi pencarian pesawat tersebut adalah membawa keluar mayat dan pesawat dari lokasi ia yang terakhir. Beliau telah mengarahkan Badan SAR Nasional (BASARNAS) untuk melakukan operasi gabungan pencarian pesawat penumpang dan anak kapal.

    Beliau juga telah perintahkan untuk fokus terlebih dahulu kepada evakuasi penumpang dan anak pesawat. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada sokongan semua pihak yang diberikan dalam pencarian, juga kepada negara-negara jiran lain yang membantu dalam pencarian pesawat QZ8501 termasuk Singapura and Malaysia. (IH)

    Lihat sebelum ini..

    Banjir: Kerana Gambar Pemimpinnya, UMNO Lambatkan Bantuan?




    KUALA KRAI: Sukarelawan dari luar Kelantan mendakwa bantuan banjir kepada mangsa-mangsa agak lewat tiba di lokasi pemindahan disebabkan kerenah birokrasi. Mereka mendakwa pihak berkuasa membuat sekatan di kawasan tidak jauh dari sempadan Pahang-Kelantan menanyakan pelbagai soalan kepada kenderaan bantuan banjir.

    “Mereka tanya permit bawa bantuan banjir. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana mangsa sedang berdepan dengan kesukaran di tempat pemindahan banjir.
    “Banyak kenderaan bantuan dari luar Kelantan terkandas kerana pihak berkuasa seperti cuba melengah-lengahkan perjalanan,” kata seorang sukarelawan dari Selangor.

    Mereka juga mendakwa bantuan banjir yang diserah kepada pihak berkuasa di tempat-tempat yang sukar dilalui jalan darat difahamkan dilekat pembungkus berwajah pemimpin Umno. Kata mereka tindakan melekatkan gambar pemimpin menyebabkan bantuan yang sepatutnya diagih lebih cepat mengambil masa untuk sampai kepada mangsa banjir.

    Dakwaan sukarelawan terbabit berasas apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri dilaporkan berkata, apa yang penting sumbangan itu sampai kepada mangsa banjir bagi mengurangkan beban mereka.

    “Tak apalah mereka hendak kecam. Yang penting barang-barang daripada kementerian sampai kepada mangsa banjir dan dapat membantu mengurangkan bebanan mereka,” katanya seperti disiar sebuah laman berita. - HARAKAHDAILY 30/12/2014


    Lihat liputan banjir.. 
      E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
      E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

    450 Rumah Rosak, Balik Pulau Diserang Ribut. Takziah Dari I/Hasyim.

    MOHAMAD (kanan) bersama beberapa penduduk cuba mengalihkan bumbung rumahnya yang diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut di Sungai Rusa, Balik Pulau kelmarin.

    BALIK PULAU – Lebih 450 buah rumah dari beberapa buah kampung di sini rosak selepas angin kencang melanda kawasan berkenaan malam kelmarin.

    Kawasan yang paling teruk terjejas adalah Kampung Sungai Rusa apabila sejumlah 240 buah rumah di situ mengalami kerosakan pada bahagian bumbung akibat diterbangkan angin. Kawasan lain yang turut dilanda angin kencang adalah Kampung Permatang Pasir dengan 120 buah rumah dilaporkan rosak, Pantai Acheh (44 buah rumah), Kuala Jalan Baru (17 buah rumah), Jalan Baru (17 buah rumah) dan Sungai Pinang dengan 20 buah rumah penduduk rosak.

    Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku melainkan seorang pemandu kereta yang cedera ringan selepas kenderaan yang dipandunya terlanggar sebatang pokok yang tumbang ketika melalui Jalan Tun Sardon. (Kosmo)

    Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ibnu Hasyim ucap takziah kepada keluarga mangsa, yang juga orang-orang kampung asal Ibnu Hasyim.

    "Saya akan pulang ziarah, kalau keadaan kesihatan saya mengizinkan, insya Allah!" Katanya.


    Lihat liputan banjir.. 
     E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
      E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

    Hujan Lebat Dijangka Terus Landa Negeri Terjejas Banjir -Palanivel



    Bandar Temerloh lumpuh akibat dilanda banjir luar biasa hingga ke paras bumbung rumah yang dapat dilihat ketika tinjauan udara di Temerloh, Selasa. Foto BERNAMA 

    KUALA LUMPUR: Hujan lebat dijangka terus berlaku di negeri-negeri yang sedang terjejas oleh banjir, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel.


    Beliau berkata mengikut ramalan, hujan lebat sekejap-sekejap serta ribut petir di sana sini, terutama di kawasan pantai, dijangka berlaku di Pahang antara 1 dan 5 Januari tahun depan.

    "Oleh itu, penduduk di Pahang dinasihati supaya bersiap sedia untuk menghadapai sebarang kemungkinan, termasuk dipindahkan dengan segera ketika berlaku ribut petir," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

    Sementara itu, Terengganu pula, katanya, dijangka mengalami hujan dalam tempoh tujuh hari akan datang, termasuk hujan sekejap-sekejap dan kadangkala lebat.
    Keadaan serupa juga dijangka berlaku di Kelantan dan Perak, dengan kadangkala hujan sederhana lebat sepanjang beberapa hari akan datang, kata beliau.
    Beliau berkata, hujan di sana-sini dijangka kerap berlaku di kawasan pesisir pantai Kelantan.
    Di Johor, hujan lebat dijangka berlaku dua hari lagi.

    "Ribut petir di sana-sini diramal berlaku pada tengah hari di negeri paling selatan kita ini. Sekali lagi, rakyat Malaysia dinasihati supaya bersiap sedia dan menjaga keselamatan diri serta sentiasa memberi respons terhadap langkah pihak berkuasa," katanya.

    Palanivel juga berkata, mereka yang tinggal berhampiran sungai dan kawasan berisiko tinggi dilanda banjir perlu sentiasa berwaspada dan memantau paras air sungai dengan melayari laman sesawang Public InfoBanjir, publicinfobanjir.water.gov.my
     
    Lihat liputan banjir.. 
    E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
      E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

    AirAsia QZ 8501: 40 Lebih Mayat Sedang Dikeluarkan -Hercules TNI


    JAKARTA: Sebuah kapal perang Indonesia telah mengeluarkan lebih 40 mayat dari laut pada Selasa, dalam usaha mencari pesawat AirAsia QZ 8501.

    Jurucakap tentera laut, Manahan Simorangkir berkata angka ini sedang meningkat.

    "Berdasarkan kepada radio tentera laut , dilaporkan bahawa kapal perang Bung Tomo telah membawa keluar 40 mayat dan jumlah itu semakin meningkat . Mereka sangat sibuk sekarang, " kata Simorangkir.
    Hercules TNI AU Temukan Kargo AirAsia QZ8501, 65%-nya Masih Utuh

    Jakarta - Hercules TNI AU kembali menemukan serpihan pesawat AirAsia QZ8501. Selain itu, ditemukan pula kargo yang dibawa pesawat tersebut.

    "Kami menemukan pecahan dan kargo yang masih utuh dalam kondisi 65%," kata kopilot pesawat Hercules TNI AU Lettu Galang di Halim Perdanakusumah, Jakarta Timur, Selasa (30/12/2014).

    Lettu Galang menemukan kargo tersebut di antara perairan Ketapang dan perairan Pelabuhan Bun. Kargo tersebut masih lengkap dengan jaring net kargo.

    "Ditemukannya di 100 batu dari titik pencarian awal," ujarnya.

    Jalan menuturkan cuaca masih baik saat penemuan kargo tersebut. Arus laut juga dalam kondisi baik. -detik.com
    Sebelum ini..



    Video:


    QZ8501: Ramalan 13 Hari Sebelum Hilang, 'Black Hand' Bertanggung'jawab.

    TINDAKAN seorang blogger misteri di China meramalkan sebuah pesawat AirAsia akan ghaib - 13 hari sebelum QZ8501 dilaporkan hilang pada Ahad menjadi viral dikalangan netizen.

    Dalam ramalan tersebut blogger terbabit dilaporkan memberi amaran kepada syarikat penerbangan bahawa sebuah pesawat lagi sedang menjadi sasaran oleh kumpulan bayangan yang digelarnya 'Tangan Hitam' (Black Hand).

    Menurut laporan DailyMail Online, blogger terbabit turut mendakwa  'Tangan Hitam' merupakan kumpulan yang bertanggungjawab terhadap dua insiden melibatkan Penerbangan Malaysia (MAS) iaitu MH370 dan MH17 sebelum ini.

    Pesawat QZ8501 milik AirAsia Indonesia yang membawa 162 penumpang dilaporkan hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada pagi Ahad dan kejadian itu merupakan yang ketiga melibatkan syarikat penerbangan dari Malaysia.

    Sejak pesawat itu hilang, netizen kembali mempersoalkan ramalan berkenaan manakala terdapat kumpulan lain mendakwa ia telah disunting semula bagi dijadikan viral. Dalam satu komen pada 15 Disember yang telah diterjemahkan dipetik berkata, penulis blog berkenaan telah memberi amaran' "Tangan Hitam telah merampas dan menembak jatuh MH370 dan MH17." (IH/mStar)

    Sebelum ini..

    Tuesday, December 30, 2014

    Rampas Buku Irshad Manji Salahi Undang2, Jawi Tercabar?



    PUTRAJAYA:  Tercabarkah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) apabila Mahkamah Rayuan pada Selasa memutuskan bahawa tindakan Jawi serta dua pihak lain menyerbu kedai buku Borders dan merampas buku karangan Irshad Manji dua tahun lepas, menyalahi undang-undang?

    Panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk Mah Weng Kwai itu juga memutuskan bahawa tindakan Jawi dan dua perayu melakukan serbuan terhadap kedai buku itu serta menyiasat kes Berjaya Books Sdn Bhd, pemilik kedai buku Borders dan dua pekerjanya, adalah tidak munasabah dan tidak rasional.

    Dua pekerja berkenaan ialah pengurus besar operasi dan perniagaan Borders, Stephen Fung Wye Keong dan Nik Raina Nik Abdul Aziz, pengurus stor kedai buku Borders di The Gardens, Mid Valley City. Dua perayu berkenaan ialah Menteri Dalam Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam.

    Mah, yang mendengar rayuan itu bersama Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, berkata tiada sebarang tindakan yang boleh diambil terhadap responden pertama, Berjaya Books, kerana ia adalah entiti korporat dan pihak yang tidak boleh menganut sebarang agama.

    Panel itu sebulat suara menolak rayuan Jawi dan dua perayu lain untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 22 Mac 2013, yang membenarkan Berjaya Books, Fung dan Nik Raina memohon semakan kehakiman bagi mengetepikan tindakan Jawi menyerbu kedai buku itu serta merampas beberapa buku karangan Irshad Manji bertajuk "Allah, Liberty and Love" pada 23 Mei 2012 dari kedai buku berkenaan di pusat beli-belah The Gardens.

    Dalam penghakiman setebal 44 muka surat, Mah juga berkata tindakan Jawi menyiasat kes terhadap Nik Raina adalah tidak munasabah dan bersifat mala fide. Katanya di negara pelbagai agama seperti Malaysia, Jawi perlu peka untuk memperbetulkan tindakannya bagi mengelaknya daripada ditimpa persepsi tidak baik bahawa tindakan mengambil orang Islam bekerja dalam sesebuah organisasi di Malaysia akan mengundang penguatkuasaan tidak sewajarnya dikenakan terhadap organisasi itu oleh pihak seperti Jawi.

    Beliau berkata, Fung berjaya menunjukkan bahawa tindakan Jawi apabila pegawai jabatan itu memeriksa dan menyiasatnya berhubung buku itu adalah tidak sah dan tidak rasional serta merupakan suatu penyelewengan dan tidak munasabah dari segi penggunaan budi bicara, tidak mengikut perlembagaan dan tidak mengikut prosedur.

    Nik Raina ditangkap Jawi pada 30 Mei 2012 dan didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 kerana kesalahan menyebar dan mengedar dengan cara menjual buku yang didapati bercanggah dengan Hukum Syarak.

    "Kami berpendapat, oleh kerana buku berkenaan sudah diedar di peringkat antarabangsa dan tempatan, maka adalah salah dari segi keadilan untuk mendakwa seseorang itu melakukan kesalahan atas alasan perbuatannya bercanggah dengan Hukum Syarak, sedangkan tidak terdapat fakta rujukan untuk orang ramai membuat rujukan bagi mengetahui bentuk kesalahan itu, seperti perintah larangan atau sebarang bentuk pemberitahuan umum lain," kata Mah.

    Beliau berkata, panel itu mendapati bahawa setakat 23 Mei 2012, tarikh pencarian dan rampasan buku itu, tidak terdapat fatwa, perisytiharan atau pekeliling yang dikeluarkan Jawi atau mana-mana pihak berkuasa agama yang melarang penerbitan dan penjualannya oleh responden atau orang lain kerana melanggar Hukum Syarak.

    Panel itu juga berkata perintah larangan hanya dikeluarkan Menteri Dalam Negeri pada 29 Mei 2012, enam hari selepas buku berkenaan dirampas dan diwartakan pada 14 Jun 2012.

    "Tanpa wujudnya sebarang fatwa, pemberitahuan awam atau perintah larangan pada 23 Mei 2012 untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang status buku itu yang "menyalahi undang-undang", maka, pada pendapat kami, ia melangar semangat keadilan dan kejujuran untuk menuduh responden melanggar Seksyen 13 Akta berkenaan," katanya.

    Mengenai isu bidang kuasa, Mah berkata Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan semakan kehakiman yang difailkan Berjaya Books, Fung dan Nik Raina kerana Mahkamah Tinggi melaksanakan bidang kuasa penyeliaan sivilnya tentang kebebasan asas dan menghakimi perilaku yang dikatakan bercanggah dengan perlembagaan, yang dilakukan pihak berkuasa awam.

    Katanya, adalah menjadi tugas mahkamah itu untuk menjunjung, melindungi dan memastikan keadilan dilaksanakan secara lazim dan berkesan menurut undang-undang.

    "Oleh yang demikian, rayuan ini ditolak tanpa sebarang perintah mengenai kos. Perintah Mahkamah Tinggi dikekalkan," kata Mah.

    Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Nik Raina berkata beliau gembira dengan keputusan pada Selasa dan ia boleh dijadikan rujukan untuk orang Islam yang bekerja di sesebuah kedai buku pada masa akan datang. 
     
    Maka terserlah sudah, mana lebih berkuasa antara Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Syariah. Kerajaan Islamkah Malaysia ini? (IH)

    2014 Kes Rogol Di Jakarta Meningkat. Salahkah Cadangkan 'Hudud'?

    Selama 2014, kasus pemerkosaan di Jakarta meningkat
    Ilustrasi Pemerkosaan, Pencabulan dan Pelecehan Seksual.

    JAKARTA: Polda Metro Jaya menyampaikan refleksi akhir tahun 2014. Dalam kesempatan ini, Kapolda Irjen. Pol Unggung Cahyono menyampaikan maklumat kepada masyarakat mengenai situasi kamtibmas dan hasil kerja Polda Metro Jaya selama tahun 2014.

    "Ini merupakan salah satu wujud dari akauntabiliti awam tentang pelaksanaan tugas yang dilakukan Polda Metro Jaya selama kurun waktu satu tahun dalam usaha mewujudkan situasi kamtibmas yang kondusif di wilayah hukum Polda Metro Jaya," kata Unggung di Bilik Mesyuarat Biro Operasi Polda Metro Jaya, Isnin (29/12).

    Dalam refleksi ini, Unggung memaparkan terjadi penurunan tindak jenayah sebanyak 2,942 kes atau 5.71%. Yang ketika tahun 2013 terjadi sebanyak 51,444, di tahun 2014 menjadi 48,503 kes. Sementara penyelesaian kes jenayah menurun dari 37,665 kes pada tahun 2013, menjadi 35,355 kes pada 2014atau turun sebanyak 2,310 kes sebesar 6,13%.

    Selain itu, dipaparkan juga komposisi kes gangguan kamtibmas yang membuat statistiknya menurun di 2014. Terdapat 11 kes yang menonjol. Dua di antaranya mengalami kenaikan. Namun tetap tidak berpengaruh pada jumlah penurunan tindak jenayah sepanjang 2014.

    "Berlaku peningkatan pendedahan pada kes perjudian sebanyak 1,100 kes di 2014 yang sebelum ini hanya 580 kes di 2013. Juga kes rogol yang di tahun 2013 hanya 57 kes, tahun ini menjadi 63 kes. Untuk kes kenakalan remaja tercatat sama dengan tahun lalu iaitu 10 kes, "ujarnya.

    Kes-kes yang mengalami penurunan antara lain, pencurian dengan kekerasan, pencurian dengan pemberatan, penganiayaan berat, pembunuhan, curanmor, kebakaran, peras ugut / pengancaman, dan narkotik. Penyelesaian 11 jenis kes menonjol mengalami peningkatan dari 72% pada 2013, menjadi 76% pada tahun 2014.
     
    Ke depannya, Polda Metro Jaya akan terus melakukan penilaian kepada jajarannya dan mengemukakan strategi yang pola-pola bersifat pre-emtif dan preventif. Demi mewujudkan rasa aman pada masyarakat.

    "Akan dilakukan penilaian terus-menerus supaya lebih aman.Untuk kes perjudian, penilaian dilakukan kepada para Kapolres agar penangkapan dan penindakannya berjalan lebih berkesan," tegasnya.
     

    Komen Weblog  Ibnu Hasyim: Memandangkan Indonesia..
    • antara negara umat Islam teramai di dunia,
    • mempunyai pusat pengajian Islam yang banyak, termasuk pesantren
    • mempunyai ulama-ulama yang ramai,
    • mempunyai percambahan persatuan dan NGO Islam,  
    • mempunyai parti politik Islam yang banyak
    • ada harapan untuk menjadi kuasa besar dunia kerana penduduknya ramai dan negara yang luas,
    Dan ianya boleh menjadi tapak subur untuk pengkayaan dan pengembangan agama Islam, maka wajarlah ada pihak yang mencadangkan supaya dilaksanakan sistem perundangan Islam sepenuhnya (termasuk hudud) di Indonesia. Sekurang-kurangnya dibuat kajian untuk matlamat jangka panjang. Rasanya tidak salah kalau perbincangan atau kempen ini dimulakan dari sekarang. 

    Insya Allah!

    'Exodus Gods and Kings' Filem Selewengkan Fakta. Haramkan Di M'sia!

    Filem 'Exodus Gods and Kings' diharamkan di Mesir, Maghribi
    Adengan filem ‘Exodus Gods and Kings’
     
    HALAMAN HIBURAN
    KUALA LUMPUR: Filem ‘Exodus Gods and Kings’ dilaporkan diharamkan tayangannya di Mesir dan Maghribi selepas badan penapisan Mesir mengharamkan penayangan filem itu kerana mengandungi fakta sejarah yang menyimpang.

    'Exodus Gods and Kings' lakonan Christian Bale kononnya menceritakan kisah hidup Nabi Musa.

    Antara kandungan yang dipertikaikan dalam filem itu adalah bangsa Yahudi yang membina piramid dan Lautan Merah terbelah dua akibat gempa bumi.

    Walaupun pihak berkuasa pawagam Maghribi memberi lampu hijau untuk penayangan filem tersebut di negara itu, kerajaan membuat keputusan untuk mengharamkannya sehari sebelum pembukaan.

    'Exodus Gods and Kings' arahan Ridley Scott menelan belanja AS$140 juta turut diharamkan di Malaysia. 
    Kalau betul info ini, filem ini, sudah sepatutnya diharamkan di Malaysia.  Tunggu apa lagi. (IH)

    Sambut Tahin Baru 'Jakarta Night Festival' -Tutup Jalan.

    Penutupan terkait adanya Jakarta Night Festival itu dilakukan sejak pukul 17.00 WIB pada 31 Desember 2014 mendatang.
    Sukarelawan infocarfreeday memegang papan pengumuman berkaitan diselenggarakannya acara Jakarta Night Festival pada malam tahun baru nanti, di kawasan Bundaran HI, Jakarta, Minggu (28/12). 

    Malam tahun baru, Jalan Sudirman-Thamrin ditutup
    Penutupan berkaitan adanya Jakarta Night Festival itu dilakukan sejak pukul 17.00 WIB pada 31 Disember 2014 yang akan datang.


    Penutupan terkait adanya Jakarta Night Festival itu dilakukan sejak pukul 17.00 WIB pada 31 Desember 2014 mendatang.
    Acara Jakarta Night Festival ini akan dimeriahkan oleh sembilan panggung hiburan.  .
    Penutupan terkait adanya Jakarta Night Festival itu dilakukan sejak pukul 17.00 WIB pada 31 Desember 2014 mendatang.
     Selama berlangsungnya Jakarta Night Festival, Jalan Sudirman hingga MH Thamrin akan ditutup sementara waktu sejak pukul 17.00 WIB pada 31 Disember 2014 hingga pukul 01.00 WIB pada 1 Januari 2015 
    (IH)

    Lihat sebelum ini..

    Bagaimana Membuat Bunga Api Sambut Tahun Baru?

    Seperti banyak negara di Asia, warga Filipina juga akan merayakan malam tahun baru 2015 dengan kembang api tradisional.
    Seorang pekerja sedang memasukkan serbuk ke dalam sebuah tabung kecil semasa membuat kembang api di Bocaue, Bulacan, utara Manila, Filipina, Sabtu (27/12). 

    Bagaimana Membuat Bunga Api Sambut Tahun Baru?
    Seperti banyak negara di Asia, warga Filipina juga akan merayakan malam tahun baru 2015 dengan bunga api tradisional. Jom intip!

    Seperti banyak negara di Asia, warga Filipina juga akan merayakan malam tahun baru 2015 dengan kembang api tradisional.

    Seperti banyak negara di Asia, warga Filipina juga akan merayakan malam tahun baru 2015 dengan kembang api tradisional.

    Seperti banyak negara di Asia, warga Filipina juga akan merayakan malam tahun baru 2015 dengan kembang api tradisional.

    Seperti banyak negara di Asia, warga Filipina juga akan merayakan malam tahun baru 2015 dengan kembang api tradisional.
    (IH)
    Lihat sebelum ini..

    Banjir: Kaji Semula Pengurusan Bencana -Husam Musa.



    NAIB Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, sistem pengurusan bencana negara khususnya semasa banjir, wajar dikaji semula. Ia termasuk keberkesanan menggunakan aset jentera, sistem komunikasi sokongan dan sistem amaran kecemasan yang efektif.

    "Rungutan dari orang ramai, mereka kurang berpuas hati dengan bantuan yang sepatutnya tiba pada masa diperlukan.
    "Bila elektrik tidak ada, telefon tak boleh cas, orang ramai tidak boleh berhubung," kata Husam.

    Ketika mengulas pengumuman bantuan khas RM500 juta kepada mangsa banjir di seluruh negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin, kata beliau soal jumlah peruntukan yang diumumkan kerajaan kepada mangsa banjir, tidak penting. 
    Sebaliknya kata Husam, lebih mustahak ketika ini adalah soal tindakan untuk membantu mangsa yang sedang berdepan ujian berat ketika ini.

    "Ratus juta saya tak hendak tahu. Saya nak tahu pakaian sekolah ada (atau) tak.
    “Ada tak bantuan (untuk) rumah rosak, kenderaan rosak? ” katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas menyampaikan bantuan ke rumah mangsa banjir di kampung Kadok, Pasir Mas hari ini.

    Menurut Husam yang juga ADUN Salor , biarpun pengagihan diurus Majlis Keselamatan Negara (MKN), wakil rakyat di Kelantan perlu digunakan untuk menyampaikan bantuan agar sampai kepada sasaran.

    Sementara itu, setakat berita ini ditulis, air di beberapa kawasan sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas dilihat mula surut hari ini. Bagaimanapun, beberapa kawasan rendah khususnya di kawasan berhampiran sungai Kelantan, masih ditenggelami air.(IH)
     

    Lihat liputan banjir..
    E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
      E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia. 

    Monday, December 29, 2014

    Sambut Tahun Baru, Dengan Tambah Stok Kondom

      Sambut tahun baru, apotek di Palembang tambah stok kondom
    JAKARTA: Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, banyak farmasi di Palembang menambah stok kondom saat menghadapi perayaan pergantian tahun ke 1 Januari 2015 akan datang. Majoriti pelanggan adalah kalangan usia muda dan remaja.

    Indonesia adalah negara umat Islam teramai di dunia. Merdeka.com, meminta keterangan dari beberapa pekerja dan pemilik farmasi di kawasan Jalan Jeneral Sudirman KM 4, Palembang.

    Sonya (24), pekerja farmasi di kawasan itu berkata, penjualan kondom awal tutup tahun biasanya meningkat drastik di hari biasa. Melihat keadaan ini, pemilik farmasi harus menyiapkan stok lebih agar memperoleh keuntungan lebih.

    "Ya, tambah stok boleh capai 50 peratus. Kalo kurang ditambah lagi," ungkapnya kepada merdeka.com, Minggu (28/12).

    Menurut dia, pelanggan membeli kondom sudah ramai sejak Sabtu (27/12) kelmarin dan kemuncaknya pada siang hari sebelum tahun baru.

    "Ada yang sudah beli dari sekarang biar nggak ketahuan, tapi Rabu nanti itu kemuncaknya, banyak yang beli," kata dia.

    Sementara itu, Liyan (40) pemilik farmasi di kawasan yang sama mengaku tidak menghadkan umur pembeli kondom. Bagi dia, keuntungan yang dia utamakan.

    "Ya, masa kita mau tanya udah nikah apa belum. Itu kan urusan mereka. Yang penting laku," ujarnya.

    Agar pelanggan tidak malu apabila membeli, kondom dengan pelbagai jenis jenama sengaja dipamerkan di depan juruwang farmasi. Dengan begitu, pembeli langsung mengambil sendiri dan tak perlu menanyakan terlebih dahulu kepada pekerja.

    "Kondom itu kan masih barang asing, ada saja orang yang malu masa belinya. Makanya diambil sendiri oleh pelanggan," tegasnya.


    Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malaysia pun dikhabarkan, begitu juga.  Termasuk kedai-kedai penjual kondom yang buka 24 jam di seluruh negara.

    Banjir: Ini Kenyataan Palsu Difitnahkan Kepada Presiden PAS



    KL: Tulisan mengaitkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan peringatan berkaitan banjir yang meluas tersebar di media sosial ketika ini, hakikatnya sama sekali bukan penulisan atau ucapan beliau.

    Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

    "Tulisan itu sama sekali tidak bersumberkan dari Tuan Guru (Presiden PAS). Sebaran tulisan sebegini yang dikaitkan dengan Tuan Guru secara salah adalah amat dikesali.
    "Kenyataan rasmi daripada Tuan Guru mestilah dirujuk disumber dan sebaran rasmi  parti. Harap maklum," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas, semalam.
    "Saya ingin memaklumkan bahawa Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang tidak membuat penulisan dan apa-apa ucapan berkaitan dengan tulisan yang berlegar dalam media sosial yang dirujuk sebagai 'Pesanan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Peristiwa besar yang berlaku...'," tulis admin facebook Presiden PAS.

    Tinjauan Harakahdaily mendapati terdapat sekurang-kurangnya lima akaun palsu yang diwujudkan pihak tidak bertanggung jawab atas nama Presiden PAS dengan memuat naik pelbagai status dan sebaran.

    Sementara itu, Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Mohd Shuhaimi Embong mengingatkan semua pihak agar memastikan kesahihan maklumat disebarkan di media sosial.

    Katanya, terdapat banyak maklumat palsu, termasuk juga pihak yang menyamar di mana penyebar dan penerima mesti memastikan kesahihan simpang siur maklumat tersebut. - HARAKAHDAILY 29/12/2014

    Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mungkinkah  ia sebuah perancangan yang bukan kebetulan?

     

    Lihat liputan banjir..
    E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

      E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

    Mangsa banjir enam negeri meningkat lebih 225,000


    KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk pagi ini dengan jumlah mangsa terus meningkat kepada 151,072 orang manakala keadaan di lima negeri tidak banyak berubah dengan Selangor kembali dilanda banjir kilat.
      
    Jumlah keseluruhan mangsa banjir di enam negeri terbabit kini ialah sebanyak 225,731 mangsa.
      
    Terengganu mencatat sebanyak 33,260 mangsa, Pahang 33,225, Perak (7,813), Johor (328) dan Selangor 33 mangsa.
      
    Di KELANTAN, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata mangsa banjir daripada 36,128 keluarga ditempatkan di 309 pusat pemindahan melibatkan lapan daerah.
      
    Jajahan Kota Baharu masih mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir iaitu 44,061 orang, Tumpat (30,569), Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,500), Gua Musang (17,327), Machang (8,289), Tanah Merah (3,546) dan Pasir Puteh (192).
      
    Di PAHANG, jumlah mangsa terus meningkat kepada 33,225 orang berbanding 31,095 mangsa semalam.
      
    Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, setakat 9 pagi ini, Temerloh kekal menjadi daerah mangsa banjir paling ramai iaitu 12,012 orang yang ditempatkan di 71 pusat pemindahan.
      
    Enam daerah lain ialah Kuantan membabitkan 3,046 mangsa yang ditempatkan di 17 pusat pemindahan, Pekan (4,873 mangsa di 17 pusat pemindahan), Maran (3,479 mangsa di 33 pusat pemindahan), Jerantut (6,025 mangsa di 59 pusat pemindahan), Bera (1,491 mangsa di 14 pusat pemindahan) dan Lipis (2,299 mangsa di 31 pusat pemindahan).
      
    Sehingga kini Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bagi laluan kedua-dua arah Kuantan-Kuala Lumpur dan jalan lama masih ditutup kepada lalu lintas.
      
    Orang ramai yang menuju ke Kuantan dari Kuala Lumpur diminta menggunakan jalan alternatif melalui Seremban-Kuala Pilah-Serting-Muadzam Shah-Kuantan dan sebaliknya.
      
    Di PERAK jumlah mangsa terus meingkat kepada 7,813 mangsa berbanding 7,539 mangsa malam tadi.
      
    Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, kesemua mereka ditempatkan di 54 pusat pemindahan iaitu 22 di Kuala Kangsar, Perak Tengah (20), Hulu Perak (11) dan Kerian (satu).
      
    Di Perak Tengah, bilangan mangsa banjir setakat ini adalah sebanyak 4,220 orang.
      
    Kuala Kangsar yang merangkumi kawasan Sungai Siput mencatat jumlah mangsa banjir sebanyak 2,565 manakala di Hulu Perak sebanyak 738 dan Kerian (290) mangsa.
      
    Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir menurun kepada 33,260 orang berbanding 36,210 malam tadi.
      
    Di Kemaman masih tinggal 22,214 mangsa manakala hampir 3,000 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila keadaan air beransur surut.
      
    Di Dungun masih terdapat 10,138 orang mangsa, Kuala Terengganu (759) orang dan Hulu Terengganu (149) mangsa.
      
    Jumlah pusat pemindahan di Terengganu juga menurun daripada 88 malam tadi kepada 79 pagi ini, iaitu Dungun 34, Hulu Terengganu (empat), Kemaman (35) dan Kuala Terengganu (enam).
      
    Sementara JOHOR mencatatkan sedikit penurunan mangsa banjir iaitu empat orang, dengan seramai 328 mangsa direkodkan pagi ini berbanding 332 mangsa malam tadi.
      
    Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, sembilan pusat pemindahan menempatkan 85 keluarga masih dibuka iaitu di satu di Muar, Batu Pahat (dua) dan masing-masing tiga di Segamat dan Kluang.
      
    Jalan Kampung Asli Sedohok di Kahang, Kluang masih belum boleh dilalui, menurut pusat kawalan terbabit.
      
    Sementara di SELANGOR, hujan lebat berterusan pada Sabtu lepas menyebabkan beberapa buah kampung di Klang, antaranya Kampung Budiman, Meru dan Kampung Sementa, Kapar mengalami banjir kilat melibatkan 33 mangsa.
      
    Kesemua mangsa daripada sembilan keluarga itu ditempatkan di pusat penempatan sementara Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai. - BERNAMA

    Lihat liputan banjir..
    E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

      E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia. 

    Ini. Iklan Pelacur Dari Malaysia..

    "MISS C ialah lelaki boleh dibayar dari Malaysia berusia 24 tahun. Untuk menempah anda perlu berdaftar sebagai ahli berjenis Perak, Emas, atau Berlian." Begitu bunyi iklan di laman laman penyetempatan beralamat di Amerika ini

    Domain laman itu menggunakan dot us, namun isi kandungannya pelacur asal Asia Tenggara. Mula Indonesia, Malaysia, hingga Singapura.

    Foto C berpakaian seksi. Dia memakai baju tidur berwarna merah dengan dada terbuka. Wajahnya di lebel cantik. Berkulit putih dan berambut perang. Cukup memasukkan nama berikut alamat surat elektronik, pengelola nantinya menghantar syarat menjadi ahli laman penyetempatan itu.

    Jika sudah memindahkan wang keahlian sesuai pilihan, ahli boleh menikmati perkhidmatan katil dengan menghubungi pelacur di laman itu langsung. Kadarnya berbeza-beza. Jika di Indonesia dibayar menggunakan ringgit, untuk pelacur asal Malaysia dan Singapura dibayar dengan ringgit dan dolar Singapura.

    Perkhidmatan ranjang pelacur berbagai negara itu boleh dinikmati ahli jika sedang berpergian di negara itu. "Pesan lelaki bayaran di mana-mana kawasan di Indonesia dan Asia," kata pengelola laman penyetempatan itu melalui mesej elektronik minggu lalu.

    Maraknya laman penyetempatan di Internet bukan pertama kali berlaku. Jika dulu pelacuran di Internet beredar melalui forum, kini justru lebih berani. Pelaku usaha jasa syahwat ini lebih melihat kepada pasaran. Melihat perolehan dihasilkan begitu besar, sejak tiga tahun lalu rumah urut pun ikut masuk mempromosikan perkhidmatan ranjangnya melalui forum.

    Bagi pengguna perkhidmatan ini ada kelebihan. Paling tidak, dia tidak merasa malu kerap jajan dengan pelacur. Sebab transaksi melalui Internet lebih tertutup dan hanya kalangan tertentu mengetahui. Pengguna jasa pelacuran dunia maya berinisial M mengaku perkhidmatan pelacuran Internet ini memberi kemudahan. Paling tidak dia tidak perlu repot datang ke penyetempatan buat memilih pelacur. Cukup tinggal telefon, pelacur bakal datang menyambangi di sebuah hotel.
     

    "Ceweknya lebih gres. Belom banyak yang make. Biar mahal sedikit tapi puas," ujar M minggu lepas.

    Namun bagi pemerhati kejahatan dunia maya, Judith MS, maraknya pelacuran di Internet kebelakangan ini makin meresahkan. Kewujudan pelacuran ini perlu ditangani serius oleh agensi-agensi berkaitan. Sebab, kesan pelacuran ini boleh diakses mudah oleh kalangan anak di bawah umur.

    "Sedihnya, penguatkuasaan undang-undang di Indonesia belum menimbulkan kesan penghalang bagi pelaku. Itu seharusnya jadi kerja rumah bagi pihak berkaitan."

     (IH/Berita dari Indonesia)