Saturday, January 18, 2014
N/Aziz: Meniti Usia 83 Tahun
Oleh WAN NIK WAN YUSSOF
MINGGU lepas, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat genap 83 tahun. Beliau lahir pada tanggal 10 Januari 1931. Suatu usia yang membuktikan Tuan Guru (mesra dipanggil Tok Guru) seorang cukup berilmu dan berpengalaman.
Diyakini lebih sepertiga hayatnya dihabiskan untuk menimba ilmu di dalam negeri (1937-1952) dan luar negeri (1952-1964). Bermakna dua pertiga lagi (1964 hingga sekarang), hidupnya dalam medan perjuangan Islam––politik dan dakwah.
Kira-kira 20 tahun lalu beliau diamanahkan Al-Mursyidul PAS, sehingga kini jawatan itu digalas sebagai tanggungjawab memakmurkan lambang perjuangan atas mandat ahli jemaah Islam.
Sebelumnya, Tok Guru diberi kepercayaan sebagai Ketua Ulama PAS Pusat. Ketika itulah legitimasi gelaran ‘Tok Guru’ sudah lekat di bibir-bibir pendukung dan pemimpin, sehinggalah khalayak umum sedia menadah titipannya dari kitab-kitab ilmu tafsir, sirah dan hadis.
Kemudiannya rangkuman pengalaman selaku pemimpin di hati rakyat, iaitu bermula 1967 parti Islam––PAS memilih Tok Guru sebagai wakil rakyat. Dalam perjalanan sebagai wakil rakyat yang bermula sebagai Ahli Parlimen, sehinggalah dipilih pula sebagai Ahli Dewan Negeri tahun 1986 bagi Dun Semut Api. Dari situlah beraksinya Tok Guru sebagai ahli demokrat jurus oposisi apabila diputuskan sebagai ketua pembangkang dalam memantau perjalanan urus tadbir kerajaan Barisan Nasional di Kelantan. Berbekal pengalaman itulah, Tok Guru sudah tidak kekok dalam hal ehwal pentadbiran negeri.
Justeru atas kapasiti itulah, beliau menerima kepercayaan jemaah sebagai Menteri Besar Kelantan berikutan kemenangan besar (baca: mutlak) PAS bersama Angkatan pada pilihan raya umum 21 Oktober 1990. Seketika dipersoalkan kenapa Tok Guru dipilih (antara frasanya yang dapat penulis ingat), Almarhum Ustaz Dato’ Haji Fadzil Noor (ketika berceramah meraikan kemenangan PAS di Kelantan) mengungkapkan kata-kata legitimasi terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz,
”Kita PAS telah memilih Ketua Ulama PAS Pusat sebagai Menteri Besar sebagai tanda kesungguhan atas harapan bagi melaksanakan Kepimpinan Ulama di Kelantan.”
Berkat legitimasi jemaah dan kehebatan kepimpinannya yang bersemi nilai-nilai karismatik dan selama 23 tahun memikul beban menteri besar, natijahnya Tok Guru berjaya mencipta nama Kelantan bersama-sama arus perdana. Kelantan diurus tadbir berpaksikan dasar Membangun Bersama Islam sedia ‘menerajui perubahan’ berserta kecekalan menempa cabaran di bawah payung amalan persekutuan (federalisme) ala Malaysia.
Meskipun Tok Guru alami sendiri pahit maun tindakan diskriminatif kerajaan Pusat yang mencetuskan ombak dan gelombang di sepanjang perjalanan, berkat kesabaran dan karismatiknya kerana sentiasa taqarub ilalLah, maka pelbagai isu yang mengancam dapat dilentur. Ia adalah karamah dari ulama yang dekat di hatinya ialah Allah yang Esa dan jilah hatinya bersama-sama nilai-nilai beragama rakyat Kelantan.
Sehubungannya, Kelantan telah dirasmikan sebagai negeri yang bebas rasuah, penuh berintegriti dan sentiasa memugar urus tadbir baik atas prinsip Ubudiyah, Mas’uliyah dan Iitqan. Suatu prinsip yang mengukuhkan keyakinan akidah, kebertanggungjawaban dan kecemerlangan menepati nilai-nilai integriti. Ia cukup bernas untuk diwarisi.
Maka kini, pewarisnya dan penggantinya Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob adalah muridnya. Sebagaimana respons Tok Guru apabila diminta mengulas hal kepimpinan Menteri Besar penggantinya itu (sempena keraian genap 83 tahun ),
“Beliau macam anak murid saya, semasa saya ada, banyak tugasan yang saya serah kepada beliau, termasuk menjawab soalan-soalan dalam Dewan, dan dalam pentadbiran dia cukup faham.”
Ini suatu legitimasi seorang guru kepada anak muridnya. Seharusnya layak disebutkan, Tok Guru kini telah berjaya memperturunkan ilmu dan pengalamannya kepada satu saf kepimpinan pelapis negeri Kelantan yang sedang diurus ketuakan oleh Ustaz Ahmad.
Justeru penulis suka memperturunkan catatan ini, sebagaimana hal kepimpinannya dibicarakan dalam satu majlis anjuran NGO Pendidik bertempat di UNISEL pada Jun 2012. Dalam majlis itu, Tok Guru telah dinobatkan sebagai “Tokoh Pendidik Islam Nusantara” dan pihak penganjur telah menobatkan julangan Tok Guru sebagai seorang yang benar-benar layak. Justeru penulis memperturunkan kembali di sini.
Menurut Pendidik, prinsip perjuangan Tok Guru ialah prinsip martabat khair al-ummah yang menyaksikan beliau meletakkan tugas kepimpinannya bersumberkan al-Quran dan al-hadis sebagai sumber perjuangan dan perundangannya, mengadaptasikan pandangan Muhammad al-Ghazali bahawa al-Quran merupakan sebaik-baik mukjizat untuk pembinaan generasi dan tarbiah ummah;
Pertama, kerana Tok Guru mendidik manusia membina cendekiawan. Tok Guru begitu masyhur sebagai pendidik yang mendukung ilmu tasawuf. Karya Imam al-Ghazali yang menjadi rujukan adalah hidangan yang digemari anak muridnya sepanjang masa. Pemikiran Tok Guru telah ditulis untuk dirujuk oleh generasi berilmu sehingga tersebar ke seluruh Nusantara.
Antara buku terbaru yang memuatkan pemikirannya ialah “Perspektif Tok Guru” (2011), “Bertemu Janji Allah” (2012) dan “Mauizhah” (2012). Ceramah dan ulasan beliau telah laris di pasaran sebagai pendidik jiwa masyarakat umum. Baginya, mendidik adalah “makanan dan minumannya” dan tetap istiqamah walaupun sudah bergelar Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990. Malah Tok Guru merupakan penggalak pendidikan Islam di Kelantan era milenium sehingga sistem pendidikan Yayasan Islam Kelantan telah diterima pakai di Singapura, Kemboja, Thailand, Brunei, bahkan turut popular di Indonesia.
Keduanya, Tok Guru mendidik masyarakat berpagarkan syariah. Dasar Membangun Bersama Islam telah digagaskan oleh Tok Guru bagi membuktikan syariat Islam akan terus subur dalam kerajaan dan masyarakat. Misi dilaksanakan dalam pentadbiran negeri dengan mendidik rakyat agar patuh kepada syariah. Bermula dengan membebaskan wang kerajaan daripada riba, pengharaman judi, penyusunan jualan arak, peraturan menutup aurat sehinggalah merasmikan prinsip Ubudiah, Mas’uliyah dan Itqan.
Kemuncaknya pula memperkenalkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah. Tok Guru juga mendidik rakyat agar sentiasa bersyukur menerusi program bina insan dan melebarkan kebajikan rakyat di samping mengamalkan hidup yang sederhana. Ketiga pula, Tok Guru mendidik masyarakat dengan asas ekonomi Islam.
Tok Guru berupaya mendidik masyarakat untuk hidup saling membantu menerusi Tabung Serambi Mekah, diikuti Tabung Amanah Tok Kenali, Skim Kifalah dan Bantuan Jaya Diri untuk Armalah sebagai satu saluran membantu rakyat agar diberi peluang membangun ekonomi diri sekali gus meringankan beban kerajaan Negeri.
Tok Guru mendidik golongan kaya agar mengorbankan harta untuk kepentingan awam, menggalakkan pelaburan akhirat dalam membangun negeri seperti sumbangan wakaf untuk membangun Lebuh Raya Rakyat. Tok Guru juga telah melancarkan dinar emas dan dirham perak sebagai langkah mendidik rakyat kembali ke sistem kewangan Islam di zaman Rasulullah SAW.
Seterusnya, keempat Tok Guru mendidik ke arah menyubur akhlak sosial. Tok Guru juga mendidik hidup harmoni dan bersatu padu dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Seluruh rakyat diseru hidup beragama dan berbudaya mengikut pegangan masing-masing sebagai membina hubungan baik dan mengukuhkan ikatan antara manusia. Secara langsung, situasi tersebut telah menyuburkan keunikan cara hidup berteraskan hak dan keadilan menurut neraca Islam sehingga negeri Kelantan menjadi hub pendidikan Islam yang subur.
Akhirnya, kelima Tok Guru mendidik ke peringkat antarabangsa. Tok Guru Nik Abdul Aziz telah dikenali di segenap penjuru dunia. Ramai wakil kedutaan asing dan rombongan luar Negara tidak putus-putus datang bertemu dan berbincang secara baik. Malah kaedah al-mujadalah hiya ahsan dilaksanakan bagi mendidik masyarakat luar tentang keindahan Islam. Munasabahnya, Tok Guru adalah salah seorang dalam 50 tokoh Muslim yang berpengaruh di dunia sebagaimana direkodkan (tahun 2010) dalam buku “The 500 most influential Muslims.”
Bersempena dengan itu dan seusia Tok Guru yang amat emas ini, didoakan agar Tok Guru terus segar dan tuntas dengan rahmat Allah SWT, meskipun kesihatannya sering mengusik hidupnya.
________________
Penulis ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
Friday, January 17, 2014
Lagi-lagi GRO, Polis Selangor Tahan Lebih 300..
SHAH ALAM: Polis Selangor menahan sekurang-kurangnya 329 wanita warga asing yang menjadi pelayan pelanggan (GRO) dan tukang urut dalam satu operasi besar-besaran.
Polis mengadakan serbuan terhadap lebih 89 pub dan premis urut di negeri itu pada awal bulan ini.
"Wanita-wanita yang ditahan berasal dari beberapa negara, termasuk Myanmar, Vietnam dan Filipina.
"Kita turut menahan 123 lelaki, yang bekerja sebagai 'penjaga' mereka di premis itu," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan pada sidang media, Khamis.
Beliau menambah, unit D6 pasukan itu bertanggungjawab untuk 'membersihkan' negeri itu daripada sebarang aktiviti haram.
Mohd Shukri berkata, polis turut mematahkan 226 sindiket perjudian haram dengan menahan 235 pengurus premis.
"Kita turut menahan 17 orang yang terlibat dalam aktiviti itu dan merampas 3,700 komputer," katanya. (IH)
PM.. Kangkung.. Apa Tindakan Seterusnya.
PM Najib.. kangkung.
KL: Perdana Menteri berkata ia bagi memastikan peniaga lebih beretika
dalam menjalankan aktiviti perniagaan, sekali gus membantu rakyat. "Saya dah arahkan kementerian untuk gunakan akta sedia ada yang mana kuasa dan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana peniaga yang umumkan bayaran atau caj yang terlalu tinggi, (semata-mata) untuk mendapat untung lebih.
"Ini satu cara bagaimana kita boleh bantu mengurangkan harga kepada pengguna dan rakyat, (akibat) peniaga tidak beretika yang cuba mencari kesempatan dalam masa sekarang," katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Malam Bersama Perdana Menteri anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di sini malam ini.
Beliau turut menggesa pengguna supaya lebih proaktif dengan terus melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mengesan peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan.
Di samping itu, Najib berkata beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri akan turun padang untuk melihat situasi harga barang dengan lebih dekat.
Menurutnya, kesempatan itu akan diambil untuk mempromosikan kedai yang
menawarkan harga berpatutan kepada rakyat.
"Kita akan iklan atau maklumkan kepada semua pihak bahawa inilah kedai-kedai yang patut dikunjungi orang ramai," katanya.
Mengulas isu 'kangkung' yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang, Najib berkata perkara itu tidak patut dipermainkan.
Beliau berkata sayuran itu hanyalah contoh barangan yang digunakan ramai orang.
"Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung...(sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan. Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh, orang tertentu sahaja makan.
"Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip 'supply and demand' (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan," katanya.
Dalam pada itu, Najib memuji tindakan peniaga di bawah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) yang menurutnya lebih bertanggungjawab dalam memastikan harga makanan dan minuman tidak dinaikkan sehingga membebankan pengguna.
"Presidennya (Noorul Hassan Saul Hameed) berkata kedai-kedai yang dikendalikan Presma atau anggotanya begitu bertanggung jawab sekali. Meskipun harga susu manis dan gula naik, tetapi beliau beri jaminan kepada saya harga the tarik tak dinaikkan.
"Ini adalah contoh bagaimana peniaga yang amat bertanggungjawab dan tidak mahu mengambil kesempatan atau eksploitasi keadaan (berbanding pihak yang) memberi pelbagai alasan semata-mata untuk tujuan naikkan harga," katanya.
Najib turut mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk membolehkan Koperasi Kimma Bhd (KopKimma) membuka cawangan Al-Rahnu di perkarangan Masjid India di sini.
Najib berkata beliau secara peribadi memandang tinggi usaha KopKimma untuk membuka cawangan itu bagi memastikan masyarakat India Muslim mempunyai peluang untuk memohon skim mikro kredit bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
"Saya memandang tinggi usaha KopKimma di bawah pengerusinya (Prof Datuk Dr) Mohd Harun Nizam yang bercadang membuka cawangan Al-Rahnu yang pertama di perkarangan masjid itu sedikit masa lagi.
"Ini akan membolehkan golongan India Muslim di negara ini mendapat pinjaman mikro kredit dengan kadar lebih adil dan berpatutan berbanding kedai yang gunakan kadar yang begitu tinggi," katanya.
Mengulas pencapaian komuniti tersebut di negara ini, Najib berkata di bawah kepimpinan Kimma, masyarakat India Muslim tempatan mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang perniagaan seperti peruncitan, katering, kedai emas dan sebagainya.
Namun, beliau melahirkan harapan masyarakat itu terus mempelbagaikan lagi bidang keusahawanan yang diceburi untuk merangkumi bidang lebih mencabar seperti bioteknologi, teknologi hijau serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). - Bernama
Sebentar Tadi, Letupan Bom Demonstrasi Thai, 10 Cedera.
BANGKOK 17 Jan. - Sebentat tadi, sekurang-kurangnya 10 orang cedera apabila sebuah
bom diletupkan dalam perarakan demonstrasi antikerajaan di ibu negara
Thailand hari ini, serangan terbaharu terhadap pergerakan yang ingin
menggulingkan kerajaan.
Saluran televisyen Bluesky melaporkan, sebanyak 10 orang cedera dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang (12 tengah hari waktu Malaysia) itu.
Jurucakap polis, Anucha Romyanan berkata, polis masih menyiasat jenis bahan letupan yang digunakan dalam kejadian tersebut. - AFP

Dangdut Politik, Dari Sokong Ke Pemain Inti, Lumayan!
Bekas artis Aishah, sekarang sudah jadi ahli politik Islam.
Thursday, January 16, 2014
Mengapa Payudara Bintang Filem Ini Jadi Begini?
PENGGUNA
Payudara bintang porno ini terus berkembang
Seorang pelakon porno asal Amerika Syarikat bernama Elizabeth Starr mengalami penumbuhan payudara hingga ke saiz O. Ini berlaku selama 15 tahun .
Akhbar the Daily Mail melaporkan , Rabu ( 15 / 1 ) , dia pernah menjalani implan haram demi menaikkan kerjayanya . Di dunia filem esek - esek , perempuan berpayudara lebih memang digemari . Namun nahas , selama lebih dari satu dekad membintangi tayangan porno dada Starr pun terus berkembang dan kini super besar . Dia sampai harus menempah kutang khusus .
Doktor menyarankan perempuan berambut perang itu kembali dibedah masektomi ganda demi mengurangkan risiko implan payudaranya . Namun ibu dua anak itu enggan lantaran harus melewati 63 prosedur pembedahan .
" Saya tidak boleh menghadapi meja operasi dan segala risikonya . Jika ini malah jangkitan kerjaya saya boleh tamat , " ujar Starr .
Awalnya wanita usia 43 tahun itu mempunyai saiz payudara 32F namun membengkak . Starr pun pernah berbohong pada penerbit filem porno jika operasinya sudah sesuai dengan standard dan di sahkan pihak berkuasa .
Sebenarnya implan sebelah kanan dia sudah boleh diangkat , namun yang kiri justru seolah menyatu dengan tubuhnya . Akhirnya Starr pun menyuntik wang lagi agar dada kanannya sama besar dengan kiri . Saat operasi itulah dia hampir tewas tiga kali .
Dia menceritakan kisahnya agar boleh diambil pelajaran oleh perempuan lain yang ingin operasi dada .
(IH)
IKLAN
Daun Stevia Siap Kering & Potong
Pertandingan Jinakkan Lembu Jantan, 41 Cedera
REUTERS: BEBERAPA peserta memanjat pagar untuk menyelamatkan diri dari ditanduk lembu jantan.
Sogok,16 Dipenjara 1 Hari. Murid Kencing Berdiri?
16 dipenjara sehari mengaku sogok
Johor Bahru: Seramai 16 lelaki berusia antara 26 hingga 58 tahun termasuk lima warga Singapura dipenjara selama sehari dan didenda selepas mengaku bersalah memberi suapan kepada kakitangan awam di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini, semalam.
Warga Singapura Neo Eng Huat, 38, yang bekerja sebagai pengurus binaan adalah individu yang menawarkan suapan paling rendah iaitu RM50, manakala seorang peniaga tempatan Yong Hock Pen, 55, menawarkan suapan tertinggi iaitu sebanyak RM1,000. Neo didakwa pada jam 5.22 petang pada 20 Oktober 2013, bertempat di Kilometer 17.7, Lebuhraya Linkedua dengan memberi suapan kepada Konstabel Mohd Ariff Johari Mohd Zulkipli yang bertugas di Cawangan Trafik Bukit Aman.
Mohd Ariff tidak membuat sesuatu yang berhubung dengan prinsipalnya iaitu tidak mengeluarkan saman kerana kesalahan memandu melebihi had laju. Yong pula didakwa melakukan kesalahan berkenaan jam 7.55 pagi pada 15 November 2013 di laluan masuk kenderaan dari Singapura ke Kompleks Sultan Abu Bakar di Linkedua, Gelang Patah.
Dia didakwa memberi suapan kepada Ketua Penguat Kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Wilayah Selatan Johor Bahru Azmadi Mat sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Tertuduh lain adalah Salunke Chetan Vijay, 33; Md Mamun Khan, 36; Lee Khoon Hoe, 58; R Isvar, 38; Tan Kwee Leong, 32; Tan Toh Seng, 54; Goh Min Han Ivan, 37; N Ramakrishna, 36; Chong Teck Min, 57; Nickson Khoo@Khoo Lian Son, 45; Tio Chin Kwan, 44; C Kannan, 26, Chin Wan Fah, 41 dan R Ramanathan, 27. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sogok. Benarkah apabila guru kencing berdiri murid kencing berlari? Atau murid baru kencing berdiri, sedangkan gurunya kencing sambil berlari pecut, tak dapat nak kejar?

Pelaksanaan Hudud K'tan Terkini, Apa Kata N/Aziz?
Mursyidul Am Pas itu berkata, setiap pemimpin mempunyai pendekatan sendiri dan Ahmad, selaku pemimpin berpengalaman, tahu apa yang perlu dilakukannya.
“Susah saya nak kritik peribadi orang, cuma apa yang saya boleh kata, nak cari orang yang sama tidak dapat. Mesti ada perbezaan, lemah di sini, baik di situ. Kita doakan beliau melaksanakan yang terbaik,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sambutan hari kelahirannya yang ke 83 di Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), semalam.
Ahmad, yang mengambil alih pentadbiran Kelantan selepas PRU13 pada 5 Mei lalu dikritik beberapa pihak berikutan beberapa tindakannya yang berbeza dan dirasakan tidak lantang seperti Nik Aziz.
Nik Aziz berkata, semasa beliau menjadi menteri besar, Ahmad menerima latihan yang cukup, termasuk ditugaskan untuk menggantikannya dalam pentadbiran dan acara-acara kerajaan.
“Beliau macam anak murid saya, semasa saya ada. Banyak tugasan yang saya serah kepada beliau, termasuk menjawab soalan dalam Dun. Dalam pentadbiran dia cukup faham,” katanya.
Ditanya isu pelaksanaan hukum hudud i Kelantan, Nik Aziz berkata, beliau berharap kerajaan Pusat dapat memberi peluang kepada Kelantan melaksanakan hukuman yang telah diluluskan semasa pentadbiran beliau.
Katanya, apa yang berlaku kini, kerajaan Pusat takut melaksanakan hukuman itu kerana melakukan pelbagai kesalahan, sekali gus dikenakan hukuman itu kepada mereka.
“Kenapa orang gerun? Jawapannya adalah kerana orang yang takut itu mahu mencuri juga. Macam di Malaysia, Audit Negara umumkan berbilion duit hilang. Siapa yang hilangkan? Orang ini ialah yang pegang (perintah) kerajaan. Mereka ini sah dikenakan hudud.
“Bagaimanapun, selagi tidak ubah kerajaan di Putrajaya atau Umno tidak ubah dasar dia kepada Islam, maka selama itu kita payah nak laksana hudud. Jadi mahu tidak mahu, kena ada perundingan dan persetujuan Pusat. Saya minta sangat Pusat benarkan,“ katanya. (SH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
IKLAN
Daun Stevia Siap Kering & Potong
Goyang Dangdut, Kumpul Rakyat Untuk Berkempen.
Pilihan Raya Indonesia: Dangdut Polittk siri 1
APA itu dangdut politik? Begini ceritanya.
Awal tahun lalu , pedangdut paling terkenal di pantai utara Cirebon - Indramayu - Subang sampai Brebes , Jawa Tengah , Diana Sastera , memuat naik video di Youtube dengan judul lagu dan goyangan Dahlan Style. Goyangan dan lagu tadinya dibawakan saat senaman pagi dengan Dahlan di Cirebon .Lagu ini bernuansa koplo dan liriknya memperkenalkan profil calon presiden di konvensyen Parti Demokrat . Dahlwan menjadikan Dahlan Style lagu wajib saat dia berkeliling Indonesia untuk berkempen sambil senaman pagi .
Bagi
masyarakat pantai utara Jawa Barat sampai Jawa Tengah , Diana Sastera
menjadi satu di antara penyanyi dangdut tengah naik daun dan dinantikan
penampilannya . Dia
dan pasukannya gig dari mula hajatan nikahan sampai konsert dangdut
untuk umum , di lapangan terbuka atau di sawah kering , selalu disesaki
ratusan sampai ribuan massa atau rakyat umum. Akhir tahun lalu , Diana Sastera gig untuk calon bupati Cirebon .
Muzik dangdut atau orkes Melayu menjadi magnet bagi orang untuk datang ke ajang kempen ketimbang mendengarkan paparan program kerja parti atau calon lima tahun ke depan . Pada masa Orde Baru , parti politik penguasa , Golkar , menjadikan goyangan dangdut untuk menarik massa .
Para petingi parti ikut bergoyang di atas pentas sebelum berorasi . Era menggunakan dangdut untuk menghibur massa mulai pilihan raya umum 1987 , " kata sejarawan sekaligus Pemimpin Redaksi Majalah Sejarah Bonnie Triana kepada merdeka.com Jumaat minggu lalu . " Ini membuat dangdut semakin dikenali dengan muzik rakyat , orkes Soneta itu genjrang - genjreng itu manggil orang .
Bahkan , dia menjelaskan , bagi sejumlah sejumlah petinggi Partai Golkar kala itu , muzik dangdut bukan hanya digunakan untuk meramaikan kempen . Dia memberi contoh Moerdiono berjodoh dengan pedangdut Machicha Mochtar . Tanpa dangdut mereka juga boleh menang . Beza dengan PDI dan PPP menggunakan dangdut untuk tackle massa biar datang saat kempen , ujarnya .
Bonnie mengatakan Golkar mempunyai modal sangat besar boleh menyewa puluhan pelakon dangdut mula terkenal , seperti Camelia Malik . Tetapi ketika itu pedangdut hanya diletakkan sebagai penarik massa bukan pengumpul suara .
Dangdut juga dikatakan dipakai untuk menggembosi suara parti berasaskan Islam . Seperti beredarnya foto Husein Naro , anak Djaelani Naro merupakan ahli perundangan dari PPP , sedang asyik berjoget dangdut . Beza dengan PPP dan PDI , Golkar punya tiga mesin utama ABRI , birokrasi , dan Golkar . Supaya ada hiburan maka mulailah dipakai dangdut sebagai penarik massa supaya orang mahu kumpul , tutur Bonnie .
Dangdut terus digunakan dalam tiga kali kempen sampai 1997 atau setahun sebelum Orde Baru runtuh . Hal sama pun terjadi semasa pilihan raya awal - awal reformasi . Sebab , masyarakat kelas bawah golongan kurang mempunyai kesedaran politik . " Cara gampang menjangkau mereka melalui apa yang mereka kenal , salah satunya melalui hiburan dangdut saat itu dianggap lebih menarik , katanya .
Di Malaysia masih belum ada dangdut politik begini..
(IH)
Bersambung....
Di Malaysia, ada orang kata, ini gambar ulat bulu? Bukan, ini bukan dangdut politik.
APA itu dangdut politik? Begini ceritanya.
Awal tahun lalu , pedangdut paling terkenal di pantai utara Cirebon - Indramayu - Subang sampai Brebes , Jawa Tengah , Diana Sastera , memuat naik video di Youtube dengan judul lagu dan goyangan Dahlan Style. Goyangan dan lagu tadinya dibawakan saat senaman pagi dengan Dahlan di Cirebon .Lagu ini bernuansa koplo dan liriknya memperkenalkan profil calon presiden di konvensyen Parti Demokrat . Dahlwan menjadikan Dahlan Style lagu wajib saat dia berkeliling Indonesia untuk berkempen sambil senaman pagi .
Suasana acara jalan sehat dan senam Dahlan Style di Taman Mini Indonesia Indah (TMII), Minggu (9/6).
Foto: Ricardo/JPNN
Muzik dangdut atau orkes Melayu menjadi magnet bagi orang untuk datang ke ajang kempen ketimbang mendengarkan paparan program kerja parti atau calon lima tahun ke depan . Pada masa Orde Baru , parti politik penguasa , Golkar , menjadikan goyangan dangdut untuk menarik massa .
Para petingi parti ikut bergoyang di atas pentas sebelum berorasi . Era menggunakan dangdut untuk menghibur massa mulai pilihan raya umum 1987 , " kata sejarawan sekaligus Pemimpin Redaksi Majalah Sejarah Bonnie Triana kepada merdeka.com Jumaat minggu lalu . " Ini membuat dangdut semakin dikenali dengan muzik rakyat , orkes Soneta itu genjrang - genjreng itu manggil orang .
Bahkan , dia menjelaskan , bagi sejumlah sejumlah petinggi Partai Golkar kala itu , muzik dangdut bukan hanya digunakan untuk meramaikan kempen . Dia memberi contoh Moerdiono berjodoh dengan pedangdut Machicha Mochtar . Tanpa dangdut mereka juga boleh menang . Beza dengan PDI dan PPP menggunakan dangdut untuk tackle massa biar datang saat kempen , ujarnya .
Bonnie mengatakan Golkar mempunyai modal sangat besar boleh menyewa puluhan pelakon dangdut mula terkenal , seperti Camelia Malik . Tetapi ketika itu pedangdut hanya diletakkan sebagai penarik massa bukan pengumpul suara .
Dangdut juga dikatakan dipakai untuk menggembosi suara parti berasaskan Islam . Seperti beredarnya foto Husein Naro , anak Djaelani Naro merupakan ahli perundangan dari PPP , sedang asyik berjoget dangdut . Beza dengan PPP dan PDI , Golkar punya tiga mesin utama ABRI , birokrasi , dan Golkar . Supaya ada hiburan maka mulailah dipakai dangdut sebagai penarik massa supaya orang mahu kumpul , tutur Bonnie .
Dangdut terus digunakan dalam tiga kali kempen sampai 1997 atau setahun sebelum Orde Baru runtuh . Hal sama pun terjadi semasa pilihan raya awal - awal reformasi . Sebab , masyarakat kelas bawah golongan kurang mempunyai kesedaran politik . " Cara gampang menjangkau mereka melalui apa yang mereka kenal , salah satunya melalui hiburan dangdut saat itu dianggap lebih menarik , katanya .
Di Malaysia masih belum ada dangdut politik begini..
(IH)
Bersambung....
Wednesday, January 15, 2014
Lenggang Kangkung Najib, Ke Antarabangsa..
Portal berita online BBC melalui kolum "#BBC Trending: Be careful what you say about spinach" (berhati-hati apa yang anda katakan tentang kangkung) menyiarkan, semenjak video kenyataan Najib itu dimuat naik, ia dijadikan bahan lawak dan antara topik hangat dibincangkan dalam laman sosial.
Dalam portal tersebut menyifatkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan memuncak apabila perdana menteri mengeluarkan kenyataan tidak sensitif tatkala kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti gula dan tarif elektrik di Malaysia.
"Di kala kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana kenaikan harga dalam
perkara asas seperti bahan api dan elektrik, Perdana Menteri memilih
untuk bercakap mengenai penurunan harga kangkung sebagai contoh bahawa
tidak semua harga naik di Malaysia.
Selain itu, BBC turut melaporkan bahan lawak kangkung juga menjadi satu fenomena apabila ribuan memberi komen di laman sosial seperti di Twitter, manakala di Facebook pula, laman akaun ditubuhkan dengan pengikutnya mencecah 10,000 orang.
Tambah portal itu, ekoran daripada reaksi luar biasa rakyat ke atas isu tersebut juga menyaksikan video ucapan Najib diubah menjadi lagu, dan lebih daripada itu, Tshirt tertera 'Keep Calm and Eat Kangkung' dihasilkan.
Portal itu juga berkata tindakan Najib itu dilihat memberi peluang kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersama rakyat mentertawakan kerajaan.
Presiden Umno tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik bertarikh 12 Januari 2014, mempersoalkan mengapa kerajaan dipersalahkan tatkala harga barang naik, tetapi ketika harga turun tidak pula dipuji.
"Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik. Ada masa dia naik, ada masa dia turun.
"Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, apabila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil," kata Najib yang dipetik berkata dalam video tersebut.
Video yang tersebar luas tersebut boleh ditonton di sini.
Kenyataan Najib bukan kali pertama mendapat kritikan dan cemuhan daripada pengguna laman sosial dan rakyat, malahan menteri Kabinet beliau juga sebelum ini dikritik hebat kerana kenyataan yang tidak memahami sensitiviti rakyat yang bergelut dengan kenaikan harga barang.
Antara kenyataan menteri Kabinet yang menerima kritikan ialah kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek sebelum ini berkata jangan makan ayam sekiranya harga ayam mahal dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan alternatif bagi mengelak tol yang dijangka naik.
Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga banyak barang lain meningkat. – 15 Januari, 2014. (TMI)
ISP laporan berkaitan 'kangkung' dan PM 'disekat'
MB S'gor Nafi gugur Azmin Dari PKNS
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bukan keputusan beliau mahupun exco negeri.
Sebaliknya, tegas beliau, ia adalah arahan Pengurus Besar PKNS, Othman Omar yang bakal menamatkan khidmat pada hujung bulan ini.
Khalid berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan dokumen berkaitan termasuk surat bertarikh 4 Disember lalu itu dalam masa dua minggu kerana ia masih dibawah Akta Rahsia Rasmi
"Keputusan bukan dibuat exco, ia dibuat pengurus besar PKNS dan bukan parti politik.
"Surat (gugur) itu diberikan Pengurus Besar kepada Azmin dan dilampirkan kepada exco. Azmin terima, jadi kami sebagai exco terima," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco hari ini.
GRO: 4Bulan 3 X Serbu, Masih Degil. Polis Cair Dengan Duit?
SEBAHAGIAN daripada GRO yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Sabak Bernam, Selangor semalam.
SABAK BERNAM - Seramai 11 gadis pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga Vietnam ditahan dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Pekan Sungai Besar di sini semalam.
Melalui Ops Noda pada pukul 1 pagi itu, pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam itu turut menahan empat lelaki berusia 20 hingga 30 tahun dipercayai pekerja pusat hiburan tersebut bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Noor Mushar Muhammad berkata, premis terbabit pernah diserbu tiga kali dalam tempoh empat bulan lalu namun pemiliknya tetap berdegil dengan terus menjalankan pusat hiburan berkaraoke dengan menawarkan GRO. (Kosmo)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tiga kali diserbu dalam tempoh empat bulan, namun pemiliknya tetap berdegil. Apakah kuatkuasa polis tiada kesan apa-apa? Polis sudah tiada wibawa? Jangan sampai ada orang sangka polis pun cair kerana duit?

Tolong Anjing Begini Juga Adalah Islam.
BAYNES menyelamatkan anjing yang terjatuh ke dalam tasik beku di Taman O'Fallon, Amerika Syarikat pada Ahad lalu. - AP
ST. LOUIS - Seorang anggota bomba, Stan Baynes bertindak berani apabila dia menyelamatkan seekor anjing yang terjatuh di dalam sebuah tasik di Taman O'Fallon pada Ahad lalu. Pemilik anjing tersebut, Jason Newsome berkata, haiwan itu mengejar seekor angsa di atas lapisan ais di tasik berkenaan sebelum lapisan ais tersebut pecah.
"Anjing saya gagal naik semula kerana lapisan ais yang nipis dan saya terus menghubungi bomba untuk meminta bantuan," katanya.
Menurut pihak bomba, anjing itu berada di dalam air tasik yang beku selama 25 minit sebelum diselamatkan oleh salah seorang anggotanya. - AP
Orang
itu berguman, ' Anjing ini telah rasa apa yang saya baru saja rasa tadi.'
Kemudian , ia kembali turun ke sumur dan mengisi penuh kasutnya dengan air , lalu membawanya naik dengan menggigit kasut itu. Sesampainya di atas ia memberi minum anjing tersebut . Kerana perbuatannya tadi , Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosa - dosanya .
Para sahabat bertanya , ' Wahai Rasulullah , apakah kalau kami mengasihi binatang , kami mendapat pahala?
Beliau bersabda , ' Berbuat baiklah kepada setiap makhluk , pasti kamu akan mendapatkan pahala ' . " (HR Bukhari dan Mulsim )
Ternyata di dalam Islam tidak ada ruginya berbuat baik kepada sesama makhluk . Walaupun terhadap seekor anjing. Bahkan , ketika dihadapkan pada suatu keadaan yang membuat seokor anjing itu perlu ditolong, seseorang hendaklah menolongnya.
Kerana , perbuatan baik itu akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang berlipat ganda . Hanya menolong seekor anjing dengan sedikit air saja , Allah kemudian berterima kasih dan mengampuni dosa - dosa orang tersebut .
Apalagi kebajikan pemimpin kepada rakyatnya yang bukan binatang. Kehidupan pemimpin dan keluarganya yang membazirkan hartanya, masa 'semua barang naik' pun suatu pengkhianatan kepada rakyat. Anggota bomba yang menyelamatkan seekor anjing dalam tasik seperti cerita di atas lebih bermaruah dari pemimpin khianat itu.
Na'auzubillah!
ST. LOUIS - Seorang anggota bomba, Stan Baynes bertindak berani apabila dia menyelamatkan seekor anjing yang terjatuh di dalam sebuah tasik di Taman O'Fallon pada Ahad lalu. Pemilik anjing tersebut, Jason Newsome berkata, haiwan itu mengejar seekor angsa di atas lapisan ais di tasik berkenaan sebelum lapisan ais tersebut pecah.
"Anjing saya gagal naik semula kerana lapisan ais yang nipis dan saya terus menghubungi bomba untuk meminta bantuan," katanya.
Menurut pihak bomba, anjing itu berada di dalam air tasik yang beku selama 25 minit sebelum diselamatkan oleh salah seorang anggotanya. - AP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dari Abu Hurairah ra , Rasulullah saw . bersabda ( yang artinya ),
"Apabila seorang lelaki dalam perjalanan , ia kehausan . Ia masuk ke dalam sumur yang curam , lalu minum di sana . Kemudian
ia keluar , tiba - tiba ia mendapati seekor anjing di luar perigi yang
sedang menjulurkan lidahnya dan menjilat - jilat tanah lembap kerana
kehausan .
Kemudian , ia kembali turun ke sumur dan mengisi penuh kasutnya dengan air , lalu membawanya naik dengan menggigit kasut itu. Sesampainya di atas ia memberi minum anjing tersebut . Kerana perbuatannya tadi , Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosa - dosanya .
Para sahabat bertanya , ' Wahai Rasulullah , apakah kalau kami mengasihi binatang , kami mendapat pahala?
Beliau bersabda , ' Berbuat baiklah kepada setiap makhluk , pasti kamu akan mendapatkan pahala ' . " (HR Bukhari dan Mulsim )
Ternyata di dalam Islam tidak ada ruginya berbuat baik kepada sesama makhluk . Walaupun terhadap seekor anjing. Bahkan , ketika dihadapkan pada suatu keadaan yang membuat seokor anjing itu perlu ditolong, seseorang hendaklah menolongnya.
Kerana , perbuatan baik itu akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang berlipat ganda . Hanya menolong seekor anjing dengan sedikit air saja , Allah kemudian berterima kasih dan mengampuni dosa - dosa orang tersebut .
Apalagi kebajikan pemimpin kepada rakyatnya yang bukan binatang. Kehidupan pemimpin dan keluarganya yang membazirkan hartanya, masa 'semua barang naik' pun suatu pengkhianatan kepada rakyat. Anggota bomba yang menyelamatkan seekor anjing dalam tasik seperti cerita di atas lebih bermaruah dari pemimpin khianat itu.
Na'auzubillah!
Moscow: Rumah Terbalik Yang Menarik
JOM KREATIF
MOSCOW - Sebuah rumah terbalik menjadi tarikan utama pada satu pameran di Moscow semalam. Para pengunjung dibenarkan buat kali pertama memasuki rumah yang terbalik.
Menurut penganjur, para pengunjung boleh merasai perspektif baru apabila keseluruhan hiasan dan perabut seperti katil, meja makan, pasu bunga dan peti ais berada dalam keadaan terbalik.
Pengunjung akan merasai pengalaman seolah-olah berjalan di atas siling dan terpaksa melihat ke bawah untuk melihat perabut di dalam rumah berkenaan. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pandangan manusia terhadap 'dunia' pun diterbalikkan, apabila mengatakan agama dan hari akhirat sudah tiada.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
Bukti Tiada Pemimpin Dihukum Kerana Menipu.. -Guan Eng
Katanya, sebelum Chan, Tun Dr Ling Liong Sik juga dibebaskan daripada pertuduhan menipu Kabinet dalam skandal berkenaan, pada 25 Oktober tahun lalu.
Chan pada 28 Februari 2011 dituduh menipu Abdullah mengenai projek bernilai RM1.9 bilion antara 2004 dan 2006 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima tahun penjara bagi setiap pertuduhan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmadi Asnawi memutuskan bahawa bekas menteri itu tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kesalahan, maklumat yang mengelirukan atau ketidaktepatan dalam menyediakan dokumen kementerian berkenaan pengambilan tanah, meskipun Ling menandatangani dokumen terbabit.
Menurut hakim, jika ada pun, kesalahan terbabit mesti dibahagikan dan dipertanggungjawabkan ke atas pegawai Kementerian Pengangkutan yang mendraf dan menyediakan dokumen berkenaan.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, adakah pegawai Kementerian Pengangkutan di bawah Tun Dr Ling sudah didakwa kerana Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan mengatakan pertuduhan itu digugurkan selepas mengambil kira hujah peguam Chan mengenai pembebasan dalam kes Dr Ling, yang mana tidak dirayu oleh pihak pendakwa.
“Patutlah Malaysia dimahkotakan sebagai juara dunia dalam hal korupsi oleh Wall Street Journal dan Transparency International.
“Prestasi cemerlang Malaysia sebagai juara korupsi dunia dijustifikasikan dengan aliran keluar wang haram sebanyak RM173.84 bilion (US$54.18 bilion) pada 2011, keempat paling teruk di dunia.
“Bagi 2011, Malaysia berada di belakang Rusia (US$191.14 bilion), China (US$151.35 bilion) dan Indian (US$84.93 bilion). Daripada segi per kapita, Malaysia adalah juara dunia kerana populasi kita adalah 10 kali lebih kecil berbanding China, India dan Rusia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Laporan pemerhati kewangan berpusat di Washington, Global Financial Integriti (GFI) menganggarkan sejumlah RM1.2 trilion (US$370.38 bilion) telah lesap dalam bentuk wang haram antara 2002 dan 2011, atau hampir RM4,300 setiap seorang warganegara sepanjang 10 tahun lalu.
Menurutnya, pada masa sama, tidak ada tindakan diambil bagi membendung pembaziran dan ketidakcekapan yang dilaporkan Ketua Audit Negara pada 2012, yang membabitkan RM6.5 bilion.
Guan Eng berkata, sehingga kini, tidak ada siapa pun diambil tindakan kerana kesalahan itu.
“Pengguguran pertuduhan oleh pihak pendakwa terhadap Chan memperlihatkan wujudnya pendakwaan terpilih dan keadilan mudah menjadi mangsa kepada kekuasaan.
“Sistem undang-undang hanya boleh berkesan apabila ia dibenarkan melindungi hak rakyat dan bukan sahaja pemimpin. Sistem undang-undang kita akan berhenti berfungsi sekiranya kita membenarkan penyalahguna wang rakyat terlepas bebas daripada hukuman dan tidak menghormati kedaulatan undang-undang,” tambahnya.-Roketkini.com
Tuesday, January 14, 2014
Polis Tahan 'Sultan Melaka' Bawah Akta Hasutan
Polis hari ini menahan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan telah mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.
Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata Raja Noor Jan Shah ditahan pada 10.50 pagi ini ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar di Melaka dipercayai bagi menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali "Kesultanan Melayu Melaka".
"Penahanan dibuat berdasarkan laporan polis dibuat ramai penduduk, tak kurang 10 laporan dibuat antaranya oleh pertubuhan dan NGO (badan bukan kerajaan)yang menyatakan keresahan mereka setelah melihat majlis penganugerahan berkenaan serta jemputan dan pelawaan menghadiri majlis itu," katanya kepada pemberita di Melaka hari ini.
Pada 8 Jan lepas, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Kerajaan Negeri Melaka menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah untuk diiktiraf sebagai 'Sultan Melaka' dan menegaskan kerajaan negeri hanya mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.
Shah Gzali Khan berkata siasatan mendapati kira-kira 50 pengikut Raja Noor Jan Shah dalam perjalanan ke Pulau Besar dipercayai untuk menghadiri majlis kesyukuran itu.
"Tiada tangkapan dibuat ke atas pengikut ini, tetapi bergantung kepada tindak tanduk mereka sekiranya mereka menghalang polis dan penjawat awam melakukan tugas, mereka akan ditahan," katanya.
"Kita juga akan menyiasat siapa penyokong kuatnya yang menyebabkannya mengaku sebagai 'Sultan Melaka' dan pengikutnya tidak perlu berprasangka buruk dengan penahanan ini kerana ia adalah proses siasatan biasa dan beliau dalam keadaan baik," kata Raja Shahrom.
Beliau berkata Raja Noor Jan atau nama sebenarnya Noor Jan Tuah berasal dari Kampung Teluk Perang, Parit, Perak itu ditahan di Jeti Anjung Batu Umbai, Jasin pagi ini sebelum sempat menaiki bot ke Pulau Besar untuk melakukan aktiviti bersama pengikutnya.
- Bernama
NOOR JAN ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan selepas ditahan semalam.
Ada Blogger Pro-Umno Boleh Di Kategori Lucah – Kadir
KL: Ada blogger pro-Umno atau yang bekerja untuk Umno atau pemuka-pemuka Umno yang sangat peribadi (personal) dan keterlaluan serangan mereka.
“Malah ada yang boleh dikategorikan sebagai lucah,” tulis Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya.
Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST itu, ia mesti ada kebenaran kerana beberapa hari selepas itu, Khairy menyuarakan sentimen yang serupa dalam temu ramah dengan Berita Harian Ahad 12 Januari.
Antara lain beliau berkata: “.....itu membuktikan strategi media sosial yang kita gunakan selama ini membuktikan ia tidak berkesan, cakap dalam kelompok sendiri, masih syok sendiri, sedangkan pembangkang lebih kepada sasaran mendekati masyarakat umum. Saya akui, strategi lama itu tidak berkesan.”
Beliau memberikan empat sebab hal itu berlaku.
Pertama, sebagai blogger yang bekerja untuk parti, ketua-ketua parti dan isteri mereka, tugas utama adalah menyokong parti dan ketua-ketua parti yang menggunakan khidmat mereka.
Kedua, bukan semua blogger politik ada pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kewartawanan, penulisan dan komunikasi. Majoriti adalah aktivis parti yang bukan wartawan atau penulis.
Ketiga, oleh kerana mereka tidak berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang kewartawanan, penulisan dan komunikasi maka mereka kurang arif mengenai undang-undang, etika dan psikologi komunikasi.
Keempat, bukan semua blogger yang khidmat mereka digunakan oleh parti-parti politik terdiri daripada orang berpendidikan tinggi atau berpengetahuan luas dalam bidang politik, ekonomi, pengurusan dan pentadbiran.(HD)
Haa! Istemewa Bantuan Rumah Kpd Lelaki Poligami.. S'ngor??
ARAB Saudi kini memberikan keutamaan lebih bagi lelaki mempunyai lebih dari satu isteri ( poligami ) untuk mendapatkan bantuan perumahan daripada kerajaan .Para pemohon ingin mendapat bantuan itu sekarang boleh menambahkan keterangan bahawa mereka mempunyai lebih dari satu isteri .
Dengan pernyataaan itu , para pemohon mempunyai mata lebih yang akan meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan geran perumahan , seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya , Isnin (13 / 1) , mengutip laporan akhbar Al - Eqtisadiah .
Seorang sumber di bahagian Tabung Pembangunan Perumahan Saudi berkata semua warga yang telah mendaftar lebih dari dua tahun lalu akan dialihkan ke program - program baru yang telah dikendalikan oleh Kementerian Perumahan .Peraturan Kementerian Perumahan juga membolehkan pasangan memiliki satu anak atau lebih untuk memohon perumahan asalkan anak lelaki mereka belum berkahwin dan berusia di bawah 25 tahun atau mempunyai anak gadis belum berkahwin .
Selain itu , dua atau lebih anak yang ibu bapanya telah meninggal juga berhak mengajukan bantuan perumahan ini asalkan saudara lelakinya tunggal dan usinya di bawah 25 tahun .
Ha! Selangor negeri kaya, boleh buat macam tu ke? (IH)
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
Subscribe to:
Posts (Atom)