Saturday, January 25, 2014

Esok Himpunan TURUN: NGO Tak Endah Nasihat Guan Eng.


Difahamkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menasihatkan NGO-NGO yang membantah kenaikan harga supaya menangguhkan perhimpunan yang mereka dirancang di Seberang Jaya esok.

Nasihat itu dilaporkan itu dibuat memandangkan  peningkatan ketegangan akibat daripada dua perhimpunan pro-BN hujung minggu lalu membantah flash mob kangkung anjuran ADUN Machang, Lee Khai Loon, yang didakwa menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menggunakan sayur-sayuran untuk menjustifikasikan siri kenaikan harga di negara ini.

Dalam perhimpunan pertama pada hari Sabtu di Seberang Jaya, timbul ancaman berulangnya rusuhan kaum 13 Mei, manakala yang kedua pada hari Ahad di Alma, Bukit Mertajam, berakhir dengan keganasan, dengan dua orang diserang beberapa peserta prots kerana didakwa mengeluarkan kata-kata rasis.

Penyelaras Jingga 13 Pulau Pinang, Amizudin Ahmat berkata, NGO menghormati kebimbangan dan nasihat Lim tetapi berkata pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus lupa kemarahan rakyat terhadapsiri kenaikan harga barangan keperluan.

Jingga 13 adalah salah satu gabungan NGO yang mengambil bahagian dalam perhimpunan TURUN pertama di Kuala Lumpur pada 31 Disember.

Amizudin menulis dalam facebooknya hari ini ahawa rakyat tidak perlu pemimpin yang lupa rakyat atau mereka yang hanya menggunakan rakyat semasa pilihan raya umum tetapi selepas menang (undi) lupa rakyat

Beliau menggesa orang ramai supaya menyertai perhimpunan tersebut yang akan diadakan di tempat letak kereta terbuka di Bandar Sunway , dari jam 2 petang hingnga 4 petang esok.

Perhimpunan aman, mengapa takut?

Menurutnya, personaliti utama yang menghadiri perhimpunan tersebut termasuk Timbalan Ketua Menteri I Rashid Hasnon , Timbalan Presiden PAS dan Pesuruhjaya negeri Mohamad Sabu, Ahli-ahli Parlimen - Mujahid Yusuf Rawa (Parit Buntar) dan Rafizi Ramli (Pandan) - dan ADUN Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Lee Khai Loon.

Apabila ditanya, MP Tanjung Ng Wei Aik menafikan pernah ada arahan daripada Lim supaya tidak menghadiri perhimpunan tersebut. Ng, yang merupakan Ketua Pemuda DAP negeri,  bagaimanapun, berkata, disebabkan ada urusan lain yang telah diatur lebih awal, maka dia tidak dapat menghadiri acara tersebut.

Tetapi Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh berkata  ahli DAP mempunyai hak untuk berbuat demikian selagi ianya aman.

Perhimpunan haram, katanya, adalah yang mahu menggulingkan kerajaan - tuduhan yang dilemparkan terhadap TURUN sebelum ini.

Karpal yang juga ahi Parlimen Bukit Gelugor berkata, para pemimpin BN juga sepatutnya menyertai perhimpunan itu untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai kenaikan harga dan justifikasinya.

Karpal juga menggesa pihak polis melindungi peserta perhimpunan itu jika berlaku keadaan yang tidak diingini, sambil berkata tidak ada keperluan untuk mendapatkan permit bagi mengadakannya, walaupun Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata perhimpunan yang diadakan tanpa memberi notis 10 hari notis, akan disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman .

"Pemimpin BN telah berucap kepada beribu-ribu orang dalam banyak perhimpunan sejak beberapa tahun tanpa permit, jadi polis tidak perlu mengamalkan double standard," kata Karpal.

KM suarakan kebimbangan

Menurut Amizudin, nasihat ketua menteri itu telah disampaikan kepada ADUN-ADUN PKR yang menghadiri mesyuarat keselamatan pada pukul 3 petang di Komtar semalam. Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan keganasan dalam perhimpunan pro-Umno hujung minggu lalu dan kes baru-baru ini di mana Penolong Pegawai Daerah Abu Hassan Osman diserang di hadapan 35 anggota polis dalam satu operasi untuk merobohkan gerai-gerai penjaja haram di Teluk Bahang .

Kebimbangan Lim itu juga dimaklumkan kepada Amizudin dan pasukannya dalam mesyuarat jam 9 malam tadi di Cherok Tokun oleh ADUN PKR yang menghadiri mesyuarat pukul 3 petang itu . Sementara itu Afif , yang juga exco negeri  menyatakan sokongannya terhadap perhimpunan esok, sambil menggesa menolak politik perkauman.

"Perhimpunan ini adalah untuk menuntut reformasi sebenar dalam ekonomi, penolakan rasuah dan  pembaziran dana awam," kata beliau yang juga ketua Pemuda PKR negeri ini. (MK)

Kami Adalah Bangsa Aceh Warga Negara Malaysia -PKBAM

 


KL: Kami adalah warga negara Malaysia dari keturunan bangsa Aceh. Puluhan tahun kami di sini, bahkan ramai dari kami yang lahir di sini. Kata Pengerusi Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia (PKBAM), Tgk Mansur Din (gambar), sewaktu ditemui oleh Weblog IH sebentar tadi.


"Saya bersetuju dengan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menegaskan kenyataannya sebelum ini berhubung peranan yang boleh dimainkan oleh peniaga Aceh dalam membantu kerajaan mengawal harga barangan di Malaysia.

"Kami adalah warga negara Malaysia dari keturunan bangsa Aceh. Puluhan tahun kami di sini, bahkan ramai dari kami yang lahir di sini." Katanya.

Beliau Datuk Seri Tengku Adnan, merujuk kepada peniaga Aceh yang mempunyai kerakyatan negara ini saja. Tgk Mansur Din menolak
kenyataan dibuat Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Kesederhanaan Malaysia (IKHLAS) kononnya seolah-olah melindungi dan memberi sokongan kepada kewujudan peniaga asing di negara ini. 

“Ingin ditegaskan peniaga Aceh yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Tengku Adnan adalah peniaga Aceh yang memegang kad pengenalan berwarna biru iaitu mempunyai kerakyatan negara ini." Katanya.

Sabtu lalu, Tengku Adnan ketika menghadiri Majlis Maulidur Rasul Masyarakat Aceh di Pasar Jalan Raja Bot dilaporkan meminta peniaga Aceh memainkan peranan dalam membantu kerajaan mengawal harga barangan.

Bagaimanapun, Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah, Rabu lalu pula membidas kenyataan Tengku Adnan dan menggesa menteri itu menarik semula kenyataannya berhubung peranan yang boleh dimainkan oleh peniaga Aceh dalam membantu kerajaan mengawal harga barangan.

Mohd Ridzuan turut mendakwa kenyataan Tengku Adnan dilihat seolah-olah beliau melindungi dan memberi sokongan kepada kewujudan peniaga asing di negara ini.

Dalam laporan itu juga IKHLAS memberi tempoh seminggu untuk Tengku Adnan membetulkan semula kenyataan berkuat kuasa Selasa lalu dan sekiranya beliau gagal berbuat demikian, IKHLAS bersama lima badan pertubuhan kerajaan kerajaan (NGO) lain akan membuat laporan polis.(IH)

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

Putrajaya Mungkir Janji, Kata Majlis Gereja Malaysia

Hermen (kanan) berkata beban tanggungjawab berada di atas bahu Putrajaya untuk menguatkuasakan dasar yang mereka sendiri persetujui. 

Hermen (kanan) berkata beban tanggungjawab berada di atas bahu Putrajaya untuk menguatkuasakan dasar yang mereka sendiri persetujui.Majlis Gereja Malaysia (MGM) mendakwa Putrajaya memungkiri janji dalam penyelesaian 10 perkara apabila menegaskan kerajaan negeri boleh membelakangi janji yang dimenterai tersebut.

Merujuk kepada kenyataan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam, MGM menegaskan undang-undang negeri tidak boleh melanggar polisi yang dicapai dalam penyelesaian 10 perkara.

"Kristian di Malaysia mula melihat Putrajaya tidak konsisten dalam mematuhi janji yang dibuat kepada penganut ini," kata Setiausaha Agung MGM, Dr Hermen Shastri kepada The Malaysian Insider hari ini.

Sambil melahirkan kekecewaan dengan pendirian Najib dalam isu berbangkit, Hermen berkata beban tanggungjawab berada di atas bahu Putrajaya untuk menguatkuasakan dasar yang mereka sendiri persetujui.

Najib menegaskan sebelum ini penyelesaian 10 perkara membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Injil adalah sah di Sabah dan Sarawak, termasuk di negeri lain yang tidak melaran penggunaan kalimah tersebut di kalangan bukan Muslim.

"Bagaimanapun, di seluruh negeri lain, penggunaan kalimah Allah bergantung kepada enakmen negeri tersebut, sebagai contoh di Selangor," kata Najib sebelum ini.
Hermen berkata Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama dan terpulang kepada Putrajaya untuk melihat sama ada ia telah dipatuhi.

"Kristian harus dibenarkan untuk mengamalkan agama mereka dengan aman," katanya lagi.

10 daripada 13 negeri di Malaysia memiliki enakmen menghalang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan beberapa perkataan Arab lain, pengecualian hanya di Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) menguasai lapan daripada 10 negeri tersebut, sementara Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR).

Baru-baru ini, kemelut kalimah Allah dibangkitkan semula susulan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas premis Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara.

Susulan kontroversi tersebut, pelbagai pihak termasuk peguam mengkritik tindakan tersebut yang disifatkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pada Oktober tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan larangan Kementerian Dalam Negeri ke atas akhbar Katolik Herald daripada menerbitkan menggunakan perkataan Allah dalam edisi Bahasa Malaysia.

Sepuluh peratus daripada 29 juta penduduk Malaysia adalah orang Kristian.

Hampir dua pertiga daripada mereka adalah Bumiputera dan sebahagian besarnya tinggal di Sabah dan Sarawak, di mana mereka secara rutin menggunakan bahasa Melayu dan bahasa-bahasa asli dalam amalan agama mereka, termasuk menggambarkan Tuhan sebagai “Allah” dalam sembahyang dan kitab mereka.

Selain orang-orang Kristian Bumiputera dari Malaysia Timur, sesetengah daripada mereka telah berpindah ke Semenanjung untuk tinggal dan bekerja, Orang Asli Kristian di Semenanjung juga biasanya menggunakan bahasa Melayu dalam ibadah mereka. – 25 Januari, 2014. (TMI)

Lagi Kerenah Ah Long, Tawar Najis Zina Pula..


KUANTAN – Kegiatan ah long di sebuah pusat peranginan di negeri ini bukan lagi sekadar memberikan pinjaman wang secara haram tetapi kini mula beralih menawarkan khidmat pelacur kepada pelanggan yang berminat.

Itu modus operandi yang dijalankan oleh ah long di kawasan tersebut dan berjaya dibanteras oleh polis Pahang yang menjalankan Ops Vulture baru-baru ini.

Mereka dikatakan bergerak secara perseorangan dengan mengedarkan kad panggilan (call card) yang tertera jelas imej wanita seksi kepada golongan kaki judi di situ.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Azizan Md. Isa berkata, dalam operasi Selasa lalu, polis menahan sembilan lelaki berusia antara 27 hingga 52 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: '...menawarkan khidmat pelacur'?  Sebenarnya itu bukan khidmat. Itu  menjerumuskan manusia ke lubang neraka, samada neraka dunia atau neraka akhirat. Menyebar virus najis zina di kalangan masyarakat adalah memusnahkan kemanusiaan dan peradaban! Konon negara Islam versi Malaysia? Puih!!

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
 
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai)  
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)

Asri 0125445084 (Jitra) 

Norriehan
0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Melaka 

Rahmat 0147266599 (Jasin)
 
Lihat artikel

Kemaskini Gambar Jenazah Ust Harun..

Gambar : Ribuan Iringi Jenazah Almarhum Ust Harun Taib







Ribuan penyokong Pas dan orang ramai mengiringi jenazah Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Almarhum  Ust Harun Taib.
Jenazah disolatkan di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu lebih kurang jam 10.00 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan berhampiran.
Suasana begitu sesak dengan orang ramai yang berpusu pusu mengiringi jenazah beliau diiringi dengan laungan takbir !! Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman ~ Tinta Hijau DKB. 
Jenazah Almarhum Ust Harun Taib



Takziah Buat Keluarga Ustaz Harun Taib  -Presiden PAS
KL: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi pihak seluruh kepimpinan parti bersama dengan ahli-ahli serta pendukungnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada isteri almarhum, ahli keluarga, sahabat handai dan Dewan Ulamak PAS  di atas pemergian Datuk Harun Taib ke rahmatullah pada jam 12.10 awal pagi ini.

Tuan Guru Abdul Hadi berkata, sesungguhnya almarhum telah pergi dahulu bertemu Tuhan Rabbul Jalil di saat PAS dan ummah masih memerlukan bimbingan dan ilmu beliau.

“Almarhum sudah tidak bersama kita, tetapi peninggalan ilmu almarhum amat berbekas di hati para ahli PAS serta pendukungnya yang tidak jemu mendidik dan berjuang walaupun beliau keuzuran di akhir hayat beliau.

“Semoga almarhum mendapat keampunan dan rahmat berkekalan dari Allah SWT,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang dalam satu kenyataan ringkas. (HD)

Satu Kehilangan Besar Kepada PAS – TG Nik Abdul Aziz





KL: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kembalinya Ketua Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib ke rahmatullah sebagai satu kehilangan besar kepada PAS.

“Semoga Allah SWT merahmati para ulama yang telah pergi dan menggantikan mereka dengan barisan ulama yang tidak kurang hebatnya untuk memikul amanah tanggunggjawab memimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS), insya Allah,” tulis beliau di facebook awal pagi ini.

Menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz, almarhum sempat bersama-samanya di dalam saf kepimpinan Dewan Ulamak semasa beliau memikul tanggungjawab sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dahulu.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat yang berterusan ke atas roh beliau,” ujarnya.

Sesungguhnya, kata beliau almarhum merupakan tokoh yang banyak berjasa khususnya di dalam memimpin Dewan Ulamak PAS Pusat.(HD)

Ustaz Harun Taib Kembali Ke Rahmatullah


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menziarahi Ustaz Harun ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam ini.

Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh anak Allahyarham.
Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri memberitahu jenazah Almarhum Ustaz Harun dijangka disolatkan pada jam 10 pagi nanti di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu.

Sehubungan itu, beliau menjemput seluruh ahli PAS agar beramai-ramai hadir mendoakan kebaikan untuk almarhum.

“Moga Allah merahmati roh beliau dan meletakkan beliau bersama roh para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Bagi pihak Dewan Ulamak PAS Pusat dan seluruh jawatankuasanya, beliau mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga almarhum.

“Jasa dan amal perjuangan dakwah almarhum sepanjang berkecimpung dalam gerakan Islam seawal remaja sehingga ke akhir hayat  insya Allah diganjari dengan yang terbaik oleh Allah subhanahu wa taala,” ujarnya lagi.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan seluruh kepimpinan PAS negeri turut mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum, semoga bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan Allah tersebut. (HD)

Najis Lembu Tampal Dinding Rumah, Baik Untuk Kesihatan..


SEORANG lelaki menampal dinding rumahnya dengan najis lembu di kampung Subalpur, India semalam.

JOM KREATIF
KOLKATA, India - Seorang penduduk menggunakan najis lembu untuk membina dinding rumahnya di kampung Subalpur, 240 kilometer dari sini semalam. Penggunaan najis lembu untuk menampal dinding rumah itu sudah menjadi tradisi dalam kalangan penduduk luar bandar di India.

Menurut satu kajian saintifik, najis lembu itu boleh menyejukkan ruang di dalam rumah berkenaan.
Najis itu juga boleh membunuh bakteria yang mampu menjejaskan kesihatan manusia. - Agensi

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Cerai N/Izzah: Kait Lelaki Lain? Analisis Kesan..

 

Reputasi dipertaruh, mampukah Puteri Reformasi bertahan?
Walaupun ia soal peribadi, namun keputusan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memfailkan petisyen untuk membatalkan perkahwinannya mungkin akan mencetuskan kesan politik dan situasi yang rumit.

Menyorot kembali ketika beusia 18 tahun, imej 'Puteri Reformasi' telah berjaya membantunya mencecah garisan penamat sewaktu pemilihan parti pada 2010 dan dua pilihan raya umum.

Tetapi suasana yang menyelebungi isu petisyen tersebut, yang dihebahkan dalam laporan berita dan blog, mungkin boleh mencalarkan reputasinya itu.

Dalam melaporkan mengenai petisyen tersebut, beberapa organisasi berita mengaitkan Nurul dengan lelaki lain, dengan sebuah portal berita mencungkil bahan gosip, tetapi kemudian membuangnya dari artikel asalnya.

Ada yang menyifatkan ibu kepada dua orang anaknya mempunyai potensi menjadi perdana menteri wanita pertama di negara ini. Tetapi apakah dia dapat mengharungi keributan ini? Dan sebagai peneraju utama dalam PKR, apakah bentuk kesannya terhadap parti itu?

Satu sumber dalaman parti yang rapat dengan Nurul, yang tidak mahu namanya disebut, bersetuju - sama ada ianya betul atau tidak - bahawa petisyen itu difailkan tidak sesuai langsung dengan masanya.

Dengan pencalonan untuk pemilihan parti dijangka berlangsung Mac ini, Nurul telah menghulurkan "peluru" kepada pengkritiknya - di dalam dan luar PKR - apabila dia memilih untuk memfailkan petisyen tersebut akhir bulan lalu.

"Apabila (rekahan dalam perkahwinannya) muncul, kami telah menjelaskan risikonya kepadanya. Kami memberitahunya: 'Jika anda tidak dapat menyelesaikannya, lambat laun ia akan terbongkar juga'.

"Ya, dia memang mempunyai masalah dalam perkahwinannya, tapi selalunya ada dua pihak... Dia mungkin perlu membersihkan namanya.

"Kami telah memberitahunya bahawa dia perlu sedar bahawa jika dia memfailkan (pembatalan perkahwinannya), ia akan memberi kesan kepada kerjayanya dan parti," kata seorang pemimpin PKR.

Menurut pemimpin tersebut, sama ada dilanda krisis peribadi ini ataupun tidak, pengaruh Nurul dalam PKR mampu membolehkannya  mempertahankan kedudukannya dengan mudah, tetapi kesan sampingannya kepada PKR merupakan kebimbangan yang lebih besar.

Boleh jejaskan sokongan

Seorang ahli yang mengkaji sokongan pilihan raya untuk PKR berkata bukan petisyen perceraian itu yang dibimbangi, tetapi dakwaan wujudnya orang ketiga, boleh menjejaskan sokongan terutamanya di kalangan orang Melayu.

Menurutnya, masyarakat Melayu mempunyai standard yang berbeza untuk ahli politik lelaki dan perempuan - dan seorang wanita yang dianggap sedemikian, akan diadili dengan lebih keras.

"Akan berlaku hakisan teruk (sokongan) dan kita bukan hanya bercakap tentang Kerinchi atau Pantai Dalam (kawasan majoriti Melayu berpendapatan rendah dalam kawasan pilihan rayanya Lembah Pantai)," katanya.

Terdapat juga kekecewaan di kalangan ahli parti kerana selepas begitu banyak serangan terhadap karektor Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini muncul pula satu lagi dakwaan 'skandal' yang perlu diperjelas dan dipertahankan.

Mereka berkata serangan juga boleh datang dari rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat yang menggunakan isu moral sebagai kayu pengukur untuk mengukur kepimpinan.

Mereka juga bimbang perkara itu boleh diseret menjadi tatapan awam melalui proses mahkamah.

"Sama ada kita suka padanya atau tidak, dia adalah simbol parti. Orang akan kaitkan ini dengan Anwar, dia adalah anak perempuannya. Kita perlu melindungi Anwar," kata seorang pekerja parti. (MK)

Lihat sebelum ini..

Friday, January 24, 2014

Kaut Untung Musim Kempen P/Raya

Raup untung musim kampanye
Pilihan Raya Indonesia: Dangdut Polittk siri 3 

Bagi Diana Sastera , pesta demokrasi lima tahunan menjadi salah satu yang melambungkan namanya di dunia muzik dangdut pantai utara Jawa Barat . Mula dengan menjadi artis pendukung saat kempen Golkar 1997 dengan bayaran Rp 35 ribu sekali pentas , kini telah mempunyai kumpulan dangdut dengan belasan artis pendukung siap memanaskan pentas kempen . 

Saya sendiri matok harga saat ini Rp 6 juta untuk peribadi . Kalau untuk kumpulan Rp 25 jutaan seperti manggung di hajatan , tapi itu nanti akan disesuaikan keadaan lapangan , kata Diana saat berbincang dengan merdeka.com , Jumaat minggu lalu .  

Dia memberi contoh bayaran tampil di Subang berbeza dengan di Cirebon .Dia mengaku keuntungan goyang di pentas politik bukan hanya sekadar materi . Dengan massa hingga ribuan , popularitinya dan kumpulannya meroket . Namun dia menilai kempen sekarang berbeza dengan masa lalu . Orang baru mau datang ke lokasi kempen kalau dibayar . 

Barangkali wang hasil pentas di acara perkahwinan boleh lebih besar ketimbang saat kempen . Tapi , dia menyebut , lagu Dahlan Style bikinannya kian popular lantaran menjadi lagu wajib saban kali Menteri Badan Usaha Milik Negara Dahlan Iskan bersenam pagi .Hanya saja tahun ini dia mengaku belum mendapat order gig dari parti atau calon anggota legislatif . 

"Mungkin kerana telah gig untuk Dahlan , yang lain belum menghubungi , katanya . Berbeza dengan artis pendukung , masih banyak pesanan gig .Topik pilihan : Parti Golkar | Capres 2014Artis sekaligus pencipta lagu dangdut asal Jawa Barat , Abun , mengaku lima tahun lalu , ketika musim kempen bermula , pendapatan kumpulan dan artis dangdut tempatan meningkat . 

Harga artis dangdut yang belum tenar saat manggung di hajatan atau konsert kecil hanya Rp 250 ribu. Ketika kempen akan melonjak jadi Rp 1 juta . Begitupun kumpulan dangdut harganya boleh naik tiga kali ganda , rata - rata di Jawa Barat saat ini Rp 10 jutaan , ujarnya. 

Naiknya harga , lanjut Abun , kerana ada risiko harus ditanggung . Biasanya kalau sudah gig buat parti A , parti lain tidak bakal menggunakan saja mereka .Dia mendedahkan awal tahun ini permintaan gig masih sangat sepi kerana kempen terbuka belum digelar . Order hanya datang dari calon anggota legislatif untuk sosialisasi secara terhad . Itupun hanya organ tunggal dengan satu dua artis , katanya .

 Abun menjelaskan di Jawa Barat saat ini ada lebih dari 1,500 kumpulan muzik dangdut dengan jumlah artis ribuan orang . Saat manggung dalam kempen suatu parti , artis mau tidak mau harus memasukkan visi dan misi atau mengajak massa mencoblos parti kontrak kepada artis itu .

 Tapi bukan di dapur rakaman , hanya di pentas saja dengan mengubah syairnya sedikit , kata Abun belum lama ini mempopularkan lagu dangdut rasuah .
 

Di Malaysia pun ramai yang kaut untung melalui kempen pilihan raya, walaupun bukan semuanya artis.


Gambar bersejarah di Malaysia 

Lihat sebelum ini..

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
 
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai)  
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)
Asri 0125445084 (Jitra) 

Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Melaka 
Rahmat 0147266599 (Jasin)

Ini, Cara Seludup Dadah Melalui Twitter

JOM KREATIF
Madrid: Polis Sepanyol diselar hebat apabila mendedahkan cara berkesan menyeludup dadah menerusi laman Twitter rasmi mereka.

“Sembunyikan dadah yang ingin diseludup di tempat yang tidak dapat dihidu anjing pengesan.” Itu adalah tweet yang dihantar menerusi akaun rasmi Polis Sepanyol pada laman Twitter pada Selasa lalu selepas ditanya mengenai cara terbaik untuk menyeludup ganja di atas kapal terbang pergi ke luar negara.

“Lebih baik bungkus dadah berkenaan di tempat yang tidak dapat dihidu anjing pengesan (mungkin dalam kotak rokok?),” katanya melalui laman Twitter yang mempunyai 715,000 pengikut itu apabila menjawab pertanyaan majalah JotDown.

Sultan Johor Beli Nombor Plat WIN RM748,000


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (gambar) berjaya membida nombor plat W1N dengan harga RM748,000.

Akhbar bahasa Inggeris, New Straits Times, melaporkan Sultan Ibrahim bertitah, baginda tidak keberatan membayar jumlah wang tersebut untuk nombor plat yang diingininya. Sultan Ibrahim bertitah, wang yang dibelanjakan tersebut akhirnya akan dikembalikan kepada rakyat.

"Rakyat akan mendapat manfaat daripadanya. Jadi, jumlah yang dibayar adalah kecil berbanding dengan faedah yang rakyat akan terima," titahnya, dipetik daripada akhbar berkenaan.

Tambahnya, proses pembidaan yang dilakukan itu mengikut prosedur yang betul.
"Saya bukan jenis yang suka melangkau prosedur untuk mendapatkan sesuatu. Ini adalah 'cara Johor' untuk membayar apa yang kita mahukan kerana semua perlu mendapat peluang yang adil dan seperti kata pepatah 'the best man wins'," katanya.

Semalam, pengerusi badan pemantau jenayah Mywatch, R Sri Sanjeevan mendedahkan bahawa Sultan Johor membelanjakan RM174,000 dalam bidaan nombor plat pendaftaran kenderaan.

"DYMMM Sultan Ibrahim sekali lagi menang bidaan untuk W1N, sebelum ini WWW1," kata Sanjeevan. – 24 Januari, 2014. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: "Rakyat akan mendapat manfaat daripadanya. Jadi, jumlah yang dibayar adalah kecil berbanding dengan faedah yang rakyat akan terima," titah Sultan Johor. Begitukah kepimpinan Islam, kepimpinan Rasullillah SAW? Ulama-ulama UMNO tolong jawab.

Salah Kerana Rogol Isterinya Yang...




Pengurus restoran bersalah rogol gadis bawah umur
Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini mendapati pengurus restoran, Riduan Masmud, bersalah kerana merogol seorang gadis bawah umur yang kemudian dikahwininya.
   
Bagaimanapun Hakim Ummu Khaltom Abd Samad menetapkan Isnin depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap Riduan. Ummu Khaltom berkata hukuman ditangguhkan sementara meneliti hujahan bertulis daripada kedua-dua pihak.
  
Riduan, 40, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan merogol pelajar perempuan berumur lingkungan 12 tahun sekitar 9 pagi hingga 10 pagi di dalam sebuah kereta di tepi jalan dekat kawasan Air Terjun Kionsom di Inanam pada 18 Februari tahun lepas.
  
Dia berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan. Pada 20 Mei tahun lepas, Riduan memberitahu mahkamah dia sudah mengahwini gadis itu. Bagaimanapun, pada 6 Jun, Jabatan Peguam Negara berkata pendakwaan terhadap pengurus restoran itu akan diteruskan.
  
Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin manakala Riduan diwakili peguambela Y.S. Lo dan Timothy Daut.
  
Hadir selaku peguam pemerhati ialah Mary Lee bagi Kumpulan Daya Tindakan Wanita Sabah (SAWO), Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang (WCC Pulau Pinang), Sisters in Islam dan Mama Anne of Bukit Harapan, serta peguam Mary Florence Gomez bagi Persatuan Undang-undang Sabah dan Suara Kanak-kanak Malaysia.
- Bernama

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis) Asri 0125445084 (Jitra) Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Melaka Rahmat 0147266599 (Jasin)

KAFA Menengah ‘Tiket Tambahan’ Murid Dalami Pengajian Agama

tambah kafa
SHAH ALAM, 23 JAN: Penubuhan Sekolah Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) Menengah oleh kerajaan negeri disifatkan sebagai ‘tiket tambahan’ kepada murid yang sebelum ini tidak berpeluang mengikuti pengajian agama di sekolah menengah negeri atau persekutuan.

Guru Besar Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Udang, Fatimah Salleh, berkata sewajarnya peluang itu diraih ibu bapa untuk menempatkan anak mereka dalam aliran agama.

“Mungkin ramai di kalangan ibu bapa belum mengetahui perkara ini dan saya berharap peluang yang ada diraih supaya usaha memperkasa aqidah dan ilmu agama di kalangan anak muda itu tercapai,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, baru-baru ini.

Untuk rekod, SRA Sungai Udang adalah salah sebuah daripada sembilan SRA yang disenaraikan dalam projek perintis KAFA Menengah.

Sejak beroperasi awal tahun ini, sekurang-kurangnya 30 murid berjaya ditempatkan di SRA Sungai Udang dan dijangka akan bertambah daripada semasa ke semasa.

“Walaupun baru tiga minggu sesi persekolah bermula, sambutan yang diterima dengan kehadiran 30 murid ini amat membanggakan.
“Diharap, jumlahnya semakin bertambah untuk kita merancakkan lagi pendidikan Islam di Selangor,” katanya.

Beliau berkata, KAFA Menengah bukan sahaja mampu membina jati diri murid, bahkan mengatasi masalah sosial yang sering terjadi di waktu senggang.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hanya mengenakan yuran pengajian RM48 setahun dengan buku pengajian diberikan secara percuma.

Bagi meringgankan beban ibu bapa, JAIS juga tidak menetapkan pakaian seragam khas tetapi murid disyaratkan memakai pakaian sekolah menengah.
-NFN-

Peribadi Nurul Izzah Tuntut Cerai Dibongkar?


KL: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini melahirkan rasa sedih dengan cubaan gangguan oleh pihak tertentu yang menyentuh perkara peribadi beliau. Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menegaskan sedang berusaha gigih untuk memastikan kelangsungan perkahwinan beliau.

Berikut kenyataan ringkas beliau bersama Raja Ahmad Shahrir Raja Salim.


Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini. 
Keluarga kami menjadi keutamaan. Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini. 

Oleh Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dan Nurul Izzah Anwar

Sementar itu menurut Utusan Online, permohonan tuntutan bercerai secara fasakh oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim akan disebut semula di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 18 Februari ini.


Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 52 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 1984, kira-kira dua minggu lalu. Kes itu telah disebut kali pertama di hadapan Hakim Syarie, Ab. Malek Awang kelmarin (IH)


IKLAN

Daun Stevia Siap Kering & Potong

Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

Pelajar IPT Jadi GRO Pula



2 pelajar IPT jadi GRO dicekup

Petaling Jaya: Dua pelajar pusat pengajian tinggi swasta di Lembah Klang adalah antara 11 wanita warga asing yang ditahan selepas didapati bekerja sebagai GRO dalam serbuan ‘Op Noda’ di sebuah pusat hiburan di Dataran Mentari, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 11.45 malam itu, semua wanita berkenaan sedang melayan pelanggan dan tidak menyedari premis itu diserbu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, daripada sembilan individu wanita terbabit, lima individu adalah warga Thailand, empat Vietnam dan masing-masing seorang warga Iran serta Filipina.

Katanya, sembilan wanita warga asing berkenaan didapati mempunyai pasport, tetapi masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan.

“Semua GRO terbabit akan disiasat mengikut Akta Imigresen kerana berkerja tanpa permit yang sah,” katanya. (myMetro)

Malu, M'sia Pun Ada Guru Islam Dipaksa Buka Tudung?

Guru Mualaf Diarah Buka Tudung, Pengetua Sekolah Bukan Ahli MCA -mStar Online
JOHOR BAHRU: Pimpinan MCA Johor menafikan dakwaan bahawa guru yang telah diarahkan supaya membuka tudung di sebuah sekolah Cina di Kota Tinggi dan pengetua sekolah berkenaan merupakan anggota parti.

Ketua Wanita MCA negeri Wong You Fong berkata terdapat 'posting' tersebar di Facebook mendakwa bahawa guru dan pengetua sekolah itu adalah ahli MCA.

"Kami telah memeriksa data kami dengan teliti dan mengesahkan bahawa tidak ada rekod keahlian.
"Kami percaya bahawa pengguna menggunakan satu taktik politik yang tidak bertanggungjawab untuk mencemarkan imej MCA," katanya pada sidang akhbar di sini.
Beliau menambah, parti itu mahu menjelaskan isu ini kerana ia boleh membawa kepada ketidakharmonian antara kaum di kalangan penduduk tempatan di sini. Sebelum ini dilaporkan bahawa pengurusan sekolah telah mengarahkan seorang guru mualaf membuka tudung jika mahu terus mengajar di sana.

'Posting' di Facebook itu mempunyai pelbagai gambar yang membandingkan gambar pengetua (diambil dari laman Facebook beliau) dengan gambar ahli-ahli MCA yang diambil semasa mesyuarat agung tahunan Wanita MCA pada Disember tahun lepas.

Pengguna juga telah menulis bahawa guru berkenaan juga merupakan ahli parti dan mengkritik parti kerana tidak menjaga kebajikan ahli-ahli mereka sendiri. Posting pada hari Isnin (20 Januari), telah dikongsi lebih 250 kali.

Ketua MCA Bahagian Gelang Patah Jason Teoh yang turut hadir pada sidang akhbar itu mencabar pengguna Facebook untuk membuktikan bahawa 'posting' itu adalah benar. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malu sangatlah Malaysia, konon negara Islam, guru muslimah tidak dibenarkan pakai tudung. Tidak kiralah siapa pengetuanya, yang penting ianya berlaku di Malayisa dalam negeri ada raja.

Lihat pula gambar bawah ini..
IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis) Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)

Ijtimak Ulama Nusantara: Di sini Ada Ulama Kasyaf. -Rabitah Azmat Indonesia


KOTA BHARU: Kelantan dicadang dijadikan pusat kebangkitan Islam akhir masa (KIAM) bagi nusantara memandangkan kedudukannya dianggap sebagai jantung rantau ini.

Ketua Umum Rabitah Azmat Indonesia, KH Dr M Dhiyauddin Qushwandi Azamat Khan berkata, Kelantan sesuai dijadikan sebagai pusat penyatuan ulama rantau ini.

“Kelantan sebagai jantung ummah di nusantara. Ia juga dianggap sebagai cermin (serambi) bagi pusat pengembangan dakwah.
“Malah di sini juga ada ulama kasyaf. Dan ditambah pula dengan kekuatan kerajaan negeri yang ditadbir berpandu ajaran Islam,” katanya pada Ijtimak Ulama Nusantara di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.

Ijtimak tersebut dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB). Hadir sama ulama terkenal dari Turki, Dr Sheikh Mohamed Fadzil al Jailani dan wakil Persatuan Pondok Pattani. Sebahagian peserta merupakan pelajar-pelajar pondok, imam dan guru-guru Yayasan Islam Kelantan.

Program tersebut dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Nasuruddin Daud, anggota Exco.

Selain itu wakil-wakil rakyat, pegawai kanan kerajaan dan Pengerusi PPPB, Dr Lokman Abdullah.
Dan malam ini pula akan berlangsung solat hajat dan mahabbah Rasul di Dewan Besar Balai Islam, Lundang. Turut dianjurkan kuliah Tafsir al Jailani disampaikan Syeikh Rohimuddin Nawawi Al Bentani.

Dr Dhiyauddin juga berkata, Bukit Panau, Tanah Merah pernah menjadi pusat Islam di nusantara sebelum Islam tersebar ke Melaka dan Jawa.

Menurutnya Syeikh Jamaludin Akbar Ahmad Jalal dan Syeikh Tsanuadin Ahmad Jalal menjadikan Bukit Panau sebagai kerajaan cermin bagi pusat kegiatan pendidikan dan dakwah.
Manakala Syeikh Isa Nurullah Ahmad Jalal pula menjadikan Pulau Besar, Melaka sebagai kegiatan dakwah.

“Ketiga-tiga ulama tersebut menjadi perintis dalam permulaan eskpansi dakwah di nusantara,” ujarnya.

Beliau juga menggaris problematika umat Islam di rantau ini sekarang iaitu lemah ketakwaan, luntur ukhuwah dan semangat dakwah yang rendah.

Menteri Besar ketika berucap sebelum itu berkata, kebangkitan Islam di nusantara sebagai menyambung obor Islam yang malap di Andalusia.
Malah katanya juga, golongan ulama lebih awal bagi menentang penjajah termasuk Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Tok Kenali.

Nassuruddin pula berkata, pada zaman lampau ramai pelajar dari seluruh nusantara datang ke Kelantan untuk menuntut ilmu agama. Misalnya Tok Kenali mempunyai ratusan anak murid yang datang daripada kepulauan Melayu bagi menuntut ilmu di pondoknya di Kubang Kerian. (IH/PPPT)

Ini, Kumpulan 4 Janda Hitam Sedang Diburu..

Ruzan Ibragimova salah satu janda hitam paling dicari pemerintah Rusia. dailymail.co.uk ©2014

Rusia membentuk Tim Pemburu Empat Janda Hitam (Black Widow) dalam meningkatkan keselamatan dan membuang  pengganas olimpik musim sejuk di Kota Sochi, Rusia. Keselamatan di negeri itu ditingkatkan menjelang minggu Sukan Telefon  dengan mengumumkan nama Jogja.
 

Daily Mail, Selasa (21/1 melaporkan), Tim Pemburu juga menyebarkan janda hitam pagar kayu dicari bernama Ruzan Ibragimova. Suami Ruzun tewas terbunuh oleh pasukan Rusia tahun lalu.
Dia berasal Masjid Côte Dagestan yang masih dimasukkan dalam federasi Rusia, juga tempat Jogja dikenali pilkada mencetak janda hitam. Ibragimova dipercaya merencanakan sejumlah serangan dan menyeru Tiga Perempuan ikutserta. 
Lihat gambarnya di atas, bekas luka di pipi dan tangan kirinya sedikit cedera. Dia dikesan berada dikotanya awal bulan ini dan sedang beredar di Kota Sochi, tempat olimpik berlangsung. Pencarian juga dilakukan merujuk doa lelaki merilis video hendak mengebom Sochi. 
Orang tidak dikenali yang namanya Jogja dipercaya sebahagian Masjid kelompok Anshor al-Sunah Procon Gerakan Islam militan Masjid Kota Chechen.  

Acha Closer mengatakan akan berlaku kejutan besar berlangsung jam olimpiade. Tim Pemburu mengaku sukar mencari tempat Janda Hitam itu. (IH)

Thursday, January 23, 2014

Rahsiakan Maklumat Peribadi, M'sia Sudah Tidak Aman?



PENGGUNA
KUCHING: Setiap individu perlu merahsiakan maklumat peribadi serta tidak menguar-uarkan pergerakan mereka di laman sosial Facebook.
  
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad berkata tindakan memuat naik maklumat peribadi dan pergerakan hanya akan mengundang bahaya untuk diri sendiri dan memberi peluang kepada penjenayah.
  
"Misalnya, kalau mahu ke mana-mana tidak perlulah muat naik di Facebook untuk memberitahu semua orang kerana penjenayah mungkin akan mendapat maklumat untuk mengesan anda atau mereka akan menyasarkan rumah anda untuk melakukan rompakan," katanya kepada media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di sini, semalam.
  
Dalam pada itu, Roslan menasihatan pemilik rumah agar memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah masing-masing supaya sekiranya terjadi rompakan ia akan  memudahkan polis menyiasat sekali gus mengesan pelaku.
  
"Kini terdapat CCTV buatan negara China yang murah dan boleh disambung ke Internet dan dipantau menerusi telefon mudah alih peribadi," katanya.
  
Beliau turut meminta mangsa kejadian jenayah agar melaporkan kepada pihak polis, sekalipun ia kes kecil dan memberi jaminan akan menyiasat semua aduan. - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Apakah Malaysia sudah tidak aman lagi?

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis) Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails