Saturday, March 22, 2014

Wan Azizah Jawab Dr M, 'Saya Bukan Nak Jadi PM..'

 
Calon PKR DUN Kajang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak dimaklumkan tentang rancangan untuk menukar Menteri Besar Selangor yang kini disandang Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Saya tidak dimaklumkan tentangnya (rancangan itu). Khalid masih lagi menteri besar," kata Wan Azizah ringkas pada sidang media petang ini.

Presiden PKR itu menjawab soalan berhubung laporan berita yang mendakwa rancangan untuk menukar menteri besar masih berjalan walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi calon di Kajang.

Laporan The Malay Mail Online menyebut nama baru yang akan menggantikan Khalid kini adalah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Wan Azizah turut menegaskan bahawa beliau tidak risau dengan hasil tinjauan UCSI yang menjangkakan PKR akan mempertahankan kerusi Kajang tetapi dengan majoriti berkurangan sebanyak 2,000 undi.

"Saya tak beri perhatian sangat tentang majoriti, yang penting kalau kita menang, kita menang," katanya.

Beliau turut menolak kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir yang berpendapat PKR silap langkah apabila melihat 'Langkah Kajang' sebagai laluan mudah Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.

"Kenapa dia (Mahathir) nak confuse (keliru), saya bukan nak jadi PM," kata Wan Azizah. (MK)

PRK Kajang: Muhyiddin Rayu Pilih Chew Mei Fun.


Para penyokong PKR dan BN di Sungai Sikamat, Kajang yang bakal menyaksikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicabar oleh Datin Paduka Chew Mei Fun. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Mac, 2014. 
Para penyokong PKR dan BN di Sungai Sikamat, Kajang yang bakal menyaksikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicabar oleh Datin Paduka Chew Mei Fun. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Mac, 2014.

 Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merayu pengundi bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang memilih Datin Paduka Chew Mei Fun kerana yakin calon Barisan Nasional (BN) itu mampu menjadi wakil rakyat yang baik untuk penduduk kawasan itu.

Timbalan perdana menteri berkata selain tidak berhasrat menjadi menteri besar, Chew juga memiliki rekod cemerlang dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di samping mempunyai integriti yang tinggi.

"Kita memutuskan untuk bertanding dalam PRK Kajang untuk menawarkan kepada penduduk Kajang seorang wakil rakyat yang mampu memberikan khidmat terbaik kepada mereka.
"Saya yakin, jika pengundi Kajang memberi peluang kepada Chew untuk menjadi wakil rakyat mereka di DUN ini, beliau akan mampu melakukan yang terbaik untuk penduduk Kajang," katanya dalam satu kenyataan di Kajang hari ini.

Sejumlah 39,278 pengundi terlibat dalam menentukan nasib Chew dan lawannya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pada hari pengundian esok.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata PRK Kajang menjadi saksi bagaimana para pemimpin PKR meletakkan kepentingan politik mereka mengatasi kepentingan rakyat.
Ini, katanya, dilakukan dengan sengaja meminta wakil rakyat sedia ada mengosongkan kerusinya bagi membolehkan pilihan raya kecil itu diadakan semata-mata untuk membolehkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding untuk diangkat menjadi menteri besar Selangor.

Katanya PRK Kajang diadakan kerana wujudnya pergolakan politik dalam PKR dan "Kajang Move" sengaja dicipta untuk membolehkan Anwar menjadi menteri besar, seterusnya menyelamatkan parti itu daripada kemelut politik yang melanda.

Beliau berkata strategi "Kajang Move" itu bagaimanapun gagal setelah Anwar tidak layak bertanding berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapatinya bersalah melakukan jenayah liwat sehingga tempatnya terpaksa digantikan oleh isterinya Dr Wan Azizah.

Muhyiddin berkata sebagai pengundi yang bijaksana, beliau percaya adalah amat wajar penduduk Kajang membuat pendirian jelas menolak pemimpin yang mengetepikan kepentingan rakyat demi kepentingan peribadi dengan memilih pemimpin yang komited untuk berkhidmat kepada mereka.

"Jadi, saya dengan rendah diri merayu pengundi DUN Kajang agar mengundi calon BN dalam pilihan raya kecil kali ini," katanya.

Timbalan perdana menteri berharap pilihan raya kecil itu akan berlangsung dalam suasana yang aman dan semua pengundi dapat keluar mengundi beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Dalam pada itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap warga Kajang bijak menggunakan peluang pada PRK kali ini untuk membuat pilihan bijak demi kepentingan masa panjang.

"Pilihlah seorang wakil yang mampu membela rakyat bagi memastikan warga Kajang ini benar-benar mendapat perhatian yang wajar daripada wakil rakyat mereka sendiri.
"Datin Paduka Chew Mei Fun adalah seorang yang cukup komited dan saya yakin beliau mampu untuk menjadi wakil rakyat yang baik," katanya yang ditemui pemberita ketika berkempen dari rumah ke rumah sekitar Batu 10, dekat sini.

Naib Presiden Umno itu ketika bertemu beberapa pengundi di kawasan itu turut mengingatkan mereka agar tidak mengambil kira bangsa calon, sebaliknya menyokongnya sebagai calon BN.
Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi gesaan beliau agar penduduk Kajang dapat menilai latar belakang Chew, terutamanya faktor hubungan rapat beliau dengan kerajaan pusat.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata rekod membuktikan wakil rakyat BN masih mampu memberikan perkhidmatan terbaik walaupun di negeri pimpinan pembangkang, kerana faktor kerajaan pusat masih lagi BN.

"Walaupun dia jadi wakil rakyat pembangkang...tapi kerana dia calon MCA, dan MCA komponen BN, kalau dia menang sebagai pembangkang di Selangor ini, saya janji kita akan salurkan peruntukan pada Chew.
"Kita telah buktikan di banyak tempat walaupun di sesetengah negeri kita jadi pembangkang, tapi kerana kerajaan pusat ialah BN, saya yakin Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan memberikan keprihatinan kepada pengundi yang telah memilih calon-calon BN sama ada di parlimen atau DUN kerana mereka akan berikan perkhidmatan yang lebih baik daripada wakil rakyat pihak lagi satu," katanya.
- Bernama, 22 Mac, 2014.

Letak Jawatan Kerana Dera Pembantu Rumah 2010. -Chew Nafi






Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun (gambar) hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau mendera pembantu rumah sehingga terpaksa melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan pada 2010.

Naib Presiden MCA itu berkata sejak BN mengumumkan pencalonannya pada 21 Februari lalu, pelbagai tuduhan keji dilontarkan untuk menjejaskan imejnya.

"Tuduhan bahawa saya meletak semua jawatan kerana takut didakwa kerana mendera pembantu rumah adalah satu fitnah. Sebenarnya saya tidak pernah mengupah pembantu rumah. Pembohongan fiksyen ini telah melampaui batas sempadan dan langsung tidak masuk akal.
"Saya memahami bahawa lawan saya mahu menang dalam pilihan raya kecil ini tetapi pembohongan sebegini adalah perkadaran kegilaan yang epik," katanya dalam satu kenyataan, di Kajang hari ini.

Beliau berkata demikian susulan terdapat risalah yang diedarkan mendakwa Chew meletakkan semua jawatan pada tahun 2010 untuk mengelak beliau daripada didakwa.

Pada 8 April 2010, Chew mencipta kontroversi apabila mengumumkan keputusannya melepaskan semua jawatan sebagai Ketua Wanita MCA serta merta akibat perselisihan dengan pucuk pimpinan parti.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat juga mendakwa Chew telah menutup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Damansara, menindih imejnya di atas gambar seorang gadis seksi manakala Setiausaha DAP Nga Kor Ming juga melabelkannya sebagai pembantu rumah.

Selain itu, Exco Kanan Selangor Datuk Teng Chang Khim juga menawarkan Chew jawatan sebagai ahli majlis perbandaran dengan syarat beliau menarik diri daripada bertanding dalam tempoh 48 jam.

"Keazaman saya untuk memenangi pilihan raya kecil ini semakin kukuh apabila parti lawan sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan saya," katanya.

Terdahulu ketika ditemui pemberita selepas berinteraksi bersama pengundi India di sini, Chew menegaskan tidak mengenali wanita yang didakwa sebagai amah beliau dalam poster yang diedarkan.

"Gambar amah dalam poster itu langsung tidak saya kenali, mereka (pihak tidak bertanggungjawab) dengan sesuka hati menggunakan gambar mana-mana perempuan dan dicetak di atas poster dan kemudiannya menuduh itu pembantu rumah saya.
"Ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan saya akan mendapatkan nasihat daripada 'legal adviser' saya selepas ini untuk berbincang mengenai perkara ini," katanya.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang esok menyaksikan saingan satu lawan satu antara Chew dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - Bernama, 22 Mac, 2014.

MH370: Radar Markoni Tak Dapat Kesan... - Anwar


KAJANG: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kenapa sistem radar tidak dapat mengesan pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu ketika melintasi ruang udara dan perairan negara.

Berucap di dalam Himpunan Reformasi 2.0 malam tadi, Anwar berkata radar yang canggih bernama Markoni itu telah dibeli kerajaan ketika beliau menjadi Menteri Kewangan sepatutnya berupaya mengesan penerbangan dari Laut China Selatan hingga Laut India.

"Tetapi tidak ada laporan. Saya tanya apa sudah jadi dengan radar itu? Tak akan ditutup?

"Dua hari kemudian pun masih belum nampak MH370. MH370 hilang, PM pun hilang sama pada masa itu. Dia jelma pada hari ke-9 dan buat kenyataan mengesahkan kapal terbang patah balik,"katanya yang terus diikuti sorakan gemuruh 10,000 hadirin yang hadir di Stadium Kajang malam tadi.

Katanya, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussien Onn digesa meletakkan jawatannya jika  gagal menjawab kegagalan radar tersebut berfungsi pada hari kejadian itu.

"Kalau Menteri Pertahanan tidak boleh jawab perkara itu, dia kena letak jawatan serta merta," katanya lagi.

Tambah Anwar lagi, perkara itu melibatkan keselamatan negara termasuklah insiden kapal terbang yang tidak dikenali melintasi ruang udara Malaysia.

Menurut Ketua Pembangkang lagi, pesawat tidak dikenali itu sehingga kini gagal dikenal pasti oleh Kementerian Pertahanan negara yang didakwa turut melintasi perairan negara.

"Ini ancaman keselamatan negara. Kerana apa? Sibuk cari duit, cari kesalahan orang, hina orang, zalim pada orang, fitnah orang negara jadi rosak," katanya. (HD)

PRK Kajang: Polis Jamin Keselamatan Pengundi

 


KAJANG: Polis memberi jaminan kawalan keselamatan pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang esok berada pada tahap tertinggi.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata orang ramai tidak perlu bimbang atau ragu-ragu untuk keluar mengundi kerana lebih 3,000 anggota polis, termasuk 800 polis trafik, telah ditempatkan untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.

"Di pihak polis, kami bersedia sepenuhnya. Saya ingin memberi jaminan kepada penduduk Kajang tiada apa yang perlu dibimbangkan. Kami akan membantu anda jika ada keperluan.

"Tiada perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku esok... kami bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas majlis Sejenak Bersama Warga Polis dan Perkep di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.

Selain itu, Mohd Shukri berkata semua kenderaan berat seperti lori dan bas tidak dibenarkan memasuki kawasan Kajang bermula 12 tengah malam ini sehingga 4 petang esok untuk mengelak kesesakan lalu lintas selain memudahkan orang ramai keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

"Semua kenderaan berat tidak dibenarkan masuk ke kawasan Kajang, khususnya di Bandar Kajang yang jalannya agak sempit, hanya bas awam dibenarkan," katanya.

Sementara itu, Mohd Shukri memberi amaran kepada parti bertanding agar tidak berarak untuk meraikan kemenangan selepas pengumuman keputusan rasmi dibuat esok.

"Sebarang perarakan dalam apa jua bentuk adalah tidak dibenarkan di kawasan Kajang. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menggugat ketenteraman awam," katanya.

Mohd Shukri berkata polis telah membuka tujuh kertas siasatan kerana melanggari Akta Kesalahan PIlihan Raya 1954 iaitu mengadakan ceramah tanpa permit semasa kempen PRK Dun Kajang.

"Setakat ini, PRK Kajang berjalan dengan lancar dan teratur tanpa berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini,” katanya sambil menambah bahawa sepanjang 12 hari berkempen, 272 aktiviti kempen dan ceramah telah diadakan. - Bernama

PRK Kajang: Cuaca Diramal Cerah Pagi Esok

Persiapan bagi PRK Kajang esok sedang berjalan lancar. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Mac, 2014. 
Persiapan bagi PRK Kajang esok sedang berjalan lancar. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Mac, 2014. 

Cuaca di sekitar Kajang pada hari pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri kawasan itu esok diramal cerah di sebelah pagi dengan suhu sekitar 32 darjah celcius.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail berkata bagaimanapun, hujan renyai-renyai diramal pada sebelah petang.

"Jika hujan pada sebelah petang, suhu diramal mencecah 25 darjah celcius," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

PRK Kajang diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas. Dua calon wanita, iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakili Barisan Nasional bakal berdepan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Esok, 38,081 pemilih biasa akan menentukan nasib calon yang bertanding, selepas 88.39% atau 1,050 orang daripada 1,197 pengundi awal di kawasan itu menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Rabu. - Bernama, 22 Mac, 2014.(TMI)

PRK Kajang: Anwar Ibrahim Menjadi “cult figure” -Kadit Jasin

by A KADIR JASIN


PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri kawasan Kajang, macam juga pilihan raya lain di negara kita, masih mirip kepada hal-hal berkaitan peribadi.

Esok, Ahad 23 Mac pemilih Adun Kajang akan keluar mengundi. Berpandukan aliran semasa dan sejarah pengundian, Pakatan Rakyat melalui PKR akan mengekalkan kerusi itu.

Berbalik kepada kecenderungan yang semakin menular ke arah “cult politics,” adalah tidak memeranjatkan yang agenda, dasar dan peruntukan kewangan tidak dapat mengatasi isu watak dan peribadi.

Jadi tidak hairanlah kalau Anwar Ibrahim menjadi “cult figure” dalam PRK Kajang.

Kalau benar sekali pun laporan bahawa Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN, Muhyiddin Mohd Yassin, telah menggesa Puteri Umno supaya mengingatkan pengundi Kajang agar tidak terpengaruh dengan papan iklan yang memaparkan gambar calon PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, sedang berdoa ia tidak akan memberi kesan besar kepada penyokong pembangkang.

Lagipun orang Islam digalakkan berdoa. Muhyiddin sebagai anak orang alim tentu mengakui dan menghormati doa dan hak seseorang berdoa.

Kalau PKR dan PR menggunakan perwatakan Anwar sebagai bahan kempen PRK Kajang, ia adalah perkara biasa kerana Umno dan BN pun melakukan hal yang sama.

Kita tentu masih ingat bagaimana pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lalu, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak begitu yakin bahawa beliau popular dan boleh memberi kemenangan besar kepada BN walaupun parti campuran itu lemah.

Maka beliau menjadikan diri beliau sebagai matlamat dengan slogan seperti “Sokong Saya Undi BN” manakala para strategis beliau meniru kempen pilihan raya presiden Barrack Obama.

Tetapi tanggapan Mohd Najib meleset dan strategi pilihan raya ala-presiden Amerika tidak menjadi.

Sepatutnya, semakin maju pemikiran dan tahap sosial kita, semakin egalitarian pula pendirian kita. Kita akan memilih pemimpin yang berwibawa bukan yang dikenali kerana nama dan keturunan.

Sebaliknya kita masih dikhayalkan oleh nama dan keturunan walaupun kita tahu bahawa bukan semua anak rintik walaupun bapanya borek. Wallahuaklam. - http://kadirjasin.blogspot.com/

Gambar Ini Jadi Masalah Muhyiddin Yassin...

 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Puteri Umno mengingatkan pengundi Kajang supaya tidak termakan dengan papan bilboard yang memaparkan foto calon PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sedang berdoa.

Muhyiddin berkata sebagaimana gambar itu menunjukkan Wan Azizah berhak menagih simpati, tetapi kes liwat II membabitkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada kena mengena dengan BN.

"Mereka kata sebab MH370 cerita tu lebih besar dari (cerita) Datuk Seri Anwar jadi nasib dia tak terbela. Itu sebab (gambar) Datuk Seri Wan Azizah berdoa. Itu tak ada masalah, kita setuju dan kita simpati. Tapi ini sistem keadilan negara kita."

"Dia diberi peluang di mahkamah jadi pertahankanlah di mahkamah. Di luar ni rakyat bukan hakim. Kenapa nak tuduh kita? Beritahu kakak-kakak semua jangan percaya.

"Jangan fikir tengok gambar alahai, guna sentimen, konon tunjuk kezaliman (BN). Itu keputusan mahkamah," kata Muhyiddin. [Baca berita penuh]

Bercakap di majlis perjumpaan dengan jentera Puteri Umno di Prima Saujana, di Kajang hari ini, Bernama melaporkan Muhyiddin berkata sokongan terhadap BN telah meningkat secara luar biasa dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang, Ahad ini.
  
Katanya, berdasarkan maklum balas daripada Umno dan MCA, sokongan terhadap calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun bertambah baik setelah sembilan hari berkempen.

"Sokongan Chew semakin hari semakin baik dan kita mesti teruskan untuk mencapai kemenangan," katanya.

Muhyiddin turut menyarankan Pergerakan Puteri Umno turun padang menangkis fitnah Pakatan Rakyat (PR).
  
Beliau berkata Puteri Umno harus mengatur gerak langkah bagi mendampingi golongan muda di DUN Kajang bagi meningkatkan keyakinan dan sokongan terhadap BN dan Chew.
  
"Pergerakan Puteri Umno harus menyalurkan maklumat tepat dan memberi penjelasan kepada pengundi agar mereka tidak mudah terpedaya dengan fitnah dan tuduhan parti lawan untuk menjatuhkan imej BN.

Muhyiddin berkata ia adalah satu misi penting untuk memenangi DUN Kajang kerana ia membawa pengertian cukup besar untuk meningkatkan sokongan rakyat terhadap BN.
  
Beliau berkata Chew merupakan calon BN terbaik kerana merupakan pemimpin berkelulusan tinggi, berpengalaman, bersikap integriti dan kredibiliti serta mampu memikul amanah dan tanggungjawab.

"Chew akan memberi harapan kepada kita untuk terus berkhidmat memajukan Kajang," katanya.
  
PRK itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara dua wanita, iaitu Chew dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
  
PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh, daripada PKR pada 27 Januari lepas. (TMI)

Kempen Ganas & Kotor, Molokov Cocktail Di Bilik PKR


KAJANG: Sehari sebelum pengundi Kajang membuat pilihan untuk memilih wakil rakyat, kempen ganas dan kotor terus mencemari kempen pilihan raya kecil Dun Kajang.

Sebutir molokov cocktail didapati mencemari bilik gerakan PKR awal pagi tadi, oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Insiden tersebut yang dipercayai berlaku sekitar jam 3 hingga 6 pagi itu berlaku di Bilik Gerakan Taman Kajang Baru, bagaimanapun tidak meletup.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Dr. Xavier Jayakumar pada sidang media, di Bilik Gerakan Utama di Sungai Sekamat, petang ini.

PKR telah membuat laporan polis pada jam 11 pagi tadi bagi menyiasat dalang di sebalik kejadian tersebut. (HD)

PRK Kajang: Lebih 80% Mengundi Esok

 

KAJANG: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka lebih 80 peratus daripada 38,055 pemilih berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang akan keluar mengundi esok.
  
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata jangkaan berdasarkan trend pengundian dan peratusan keluar mengundi di DUN itu pada pilihan raya terdahulu.
  
Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, Abdul Ghani tidak menolak kemungkinan peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini melebihi 88.4 peratus yang dicatat semasa pilihan raya umum ke-13.
  
Pada masa sama beliau turut menasihatkan pengundi agar datang awal dan secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakan di pusat mengundi.
  
Rabu lepas, 88.39 peratus atau 1,050 daripada 1,197 pengundi awal di Dun itu melaksanakan tanggungjawab mereka.
  
Ditanya mengenai perjalanan keseluruhan pilihan raya kecil itu termasuk tempoh berkempen yang akan berakhir pukul 12 tengah malam ini, Abdul Ghani berkata SPR berpuas hati dan menyifatkan semua berjalan lancar.
  
Beliau bagaimanapun mengingatkan parti politik terlibat agar mematuhi peraturan yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya dan Akta Kesalahan Pilihan Raya semasa hari pengundian.
  
Antaranya larangan merayu atau meraih undi, katanya.
  
Pilihan raya kecil DUN itu diadakan selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas.
  
Esok, pengundi di Dun itu akan memilih sama ada Datin Paduka Chew Mei Fun daripada Barisan Nasional atau calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai wakil rakyat yang baharu. (HD)

Kawasan Melayu Jadi Sasaran -Chew & Kak Wan.

 
HARI 12 KAJANG Apa berlaku di PRK DUN Kajang? Petikan, program yang diatur dan insiden yang tidak dirancang.

11.00 pagi: Calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun melakukan tinjauan mesra di Sungai Kantan yang merupakan kawasan majoriti orang Melayu. Beliau juga mengambil bahagian dalam program untuk menggalakkan penunggang motosikal menukar minyak enjin mereka.

Dalam tempoh terakhir 24 jam berkempen, jadual Chew menumpukan lebih banyak masa di kawasan majoriti Melayu bermula dengan kunjungan ke pasar tani pada pukul 8.45 pagi ini dan berakhir dengan ceramah di Sg Kantan.

Sokongan di kawasan majoriti Melayu itu berpecah antara PKR dan BN dalam pilihan raya umum ke-13 .

Enam daerah mengundi di mana PKR kalah atau menang tipis adalah merupakan kawasan majoriti Melayu, undi pos dan undi awal. Undi pos dan undi awal itu biasanya terdiri daripada anggota tentera atau polis.

Calon PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail pula bermula dengan majlis qiamullail (solat khas di waktu awal hari) diikuti dengan majlis bersama pengundi.

Yang menariknya, beliau juga dijadualkan untuk mengambil bahagian dalam program untuk menggalakkan penunggang motosikal menukar minyak enjin mereka lewat hari ini.

2.53 pagi: Chew Mei Fun mengalu-alukan cadangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan sebuah badan khas untuk membantu rakyat Kajang jika BN menang esok.

"Bukan sahaja kerajaan persekutuan, semua menteri telah memberi jaminan kepada saya bahawa mereka akan membantu saya untuk berkhidmat kepada penduduk Kajang (jika saya menang)," katanya kepada Bernama dalam satu laporan lewat malam semalam .

Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, ia adalah janji yang akan dipenuhi jika BN diberi mandat.

Bagaimanapun laporan itu tidak mengulas lanjut mengenai "badan khas" itu.
http://www.malaysiakini.com/news/257865


Petugas pilihan raya menyiapkan peti undi untuk Pilihan Raya Kecil Kajang di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang di Bangi, Selangor, yang akan diadakan esok. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Mac, 2014.
Petugas pilihan raya menyiapkan peti undi untuk Pilihan Raya Kecil Kajang di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang di Bangi, Selangor, yang akan diadakan esok. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Mac, 2014.

Reformasi 2.0 Digerakkan Seluruh Negara


KAJANG: Pakatan Rakyat bertindak melancarkan Reformasi 2.0 secara besar-besaran, di Stadium Kajang, malam tadi.

Pelancaran Reformasi 2.0 itu yang bermula di Kajang, seterusnya akan digerakkan di seluruh negara, sebelum kemuncaknya akan diadakan di Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata selepas pelancaran semalam, Reformasi 2.0 akan digerakkan di Sarawak pada 25 Mac, diikuti Sabah pada 26 Mac.

"Manakala, pada 27 Mac di Johor, 28 Mac di Kelantan, dan 29 Mac di Kedah. Finalnya akan diadakan di Kuala Lumpur," kata beliau.

Selain pelancaran Reformasi 2.0, malam tadi juga sebuah buku tulisan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli turut dilancarkan dan mendapat sambutan hangat daripada rakyat.

Buku bertajuk 'Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim: Di Mana Integriti Mahkamah?' itu ditulis berdasarkan kes-kes Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digarap hasil bacaan Ahli Parlimen Pandan itu ke atas fail-fail kes dan afidavit-afidavit yang diambil daripada barisan peguam Anwar.

Tegas Saifuddin, kandungan buku setebal 80 muka surat itu mendedahkan beberapa keraguan munasabah sepanjang kes tersebut, selain beberapa percanggahan yang tidak dilaporkan oleh media arus perdana.

Buku tersebut dijual pada harga RM5 senaskhah.

Pada pelancaran Reformasi 2.0 dan buku tersebut, malam tadi, beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat turut memanaskan pentas dengan ucapan-ucapan yang ringkas dan padat.

Antara pimpinan utama yang berucap ialah Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, Presiden PKR dan juga calon Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Selain mereka, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin, dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat turut berucap. (HD)

'Kajang Move', Reformasi 2 Diteruskan! 10,000 Ikutserta..


KAJANG: Perhimpunan Reformasi 2.0 menyaksikan hampir 10,000 penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Stadium Kajang malam tadi.

Lebih 23 orang pimpinan Pakatan Rakyat daripada PAS, PKR dan DAP tampil di atas pentas memberi ucapan berapi-api membidas kezaliman kerajaan Umno BN terhadap rakyat. Orang ramai mula membanjiri Stadium Kajang seawal jam 8.00 malam menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas di semua arah.

Walaupun masa yang diperuntukan hanya tiga minit bagi setiap pimpinan berucap namun masing-masing memberi ucapan singkat tetapi padat. Antara pimpinan yang tampil di pentas dua Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang digadingkan dengan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng.

Manakala Penasihat DAP Lim Kit Siang bergandingan dengan Ahli Parlimen Puchong Gobin Singh Deo bagi menggantikan bapanya Karpal Singh yang keuzuran. Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat digandingkan dengan Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin manakala Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar digandingkan bersama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Penampilan Ahli Parlimen Kepong Tan Seng Giaw yang jarang dilihat lantang tetapi malam tadi beliau tidak kurang hebatnya menyampaikan ucapan penuh semangat. Turut bersama memberi ucapan  Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ketua PKR Sabah Datuk Lajim Ukin, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Sharif Omar.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan oleh Pengarah Program Tian Chua Sebagai 'ikon untuk perubahan dan semangat berjuang'. Beliau yang naik ke pentas dengan berbaju hitam terus mendapatkan tepukan gemuruh hadirin yang turut melaungkan 'reformasi' memberi gambaran beliau masih seorang pemimpin yang disegani.

Anwar menamatkan ucapannya 20 minit itu, dengan berkata beliau tetap mempertahankan 'Kajang Move' kerana ia akan membuka jalan untuk Pakatan mengambil alih Putrajaya tidak kira apa yang berlaku kepadanya. Beliau kemudian melaungkan 'Reformasi', sebelum hadirin bersurai kira- kira jam 12.04 malam.

Calon N25 Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut naik pentas dan menggesa penduduk Kajang mengundi beliau dan memberi keadilan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum itu jam 11.20, spotlight stadium dimatikan masing-masing hadirin menyalakan lampu telefon dan pemetik api sambil menyanyikan lagu nasyid 'Teman Sejati' yang cukup memberi makna bahawa Pakatan Rakyat masih utuh bersatu. (HD)

Hari Air Sedunia: Tapi 2 Wanita Ini Mandi Depan Umum..

Aksi dua aktivis wanita ini malah jadi tontonan para warga  Montreal di Kanada. 
Peringati Hari Air Sedunia, pada 21 Mac ini.. 
2 wanita ini mandi di depan umum, jadi tontonan warga Montreal di Kanada.


Aksi dua aktivis wanita ini malah jadi tontonan para warga  Montreal di Kanada. 
Aktivis gila ini pula,  mandi tak kira orang ramai sedang melintas.
Aksi dua aktivis wanita ini malah jadi tontonan para warga  Montreal di Kanada.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam Islam ada ibadat dan doa meminta turunnya hujan. Di saat kita perlukan air pun ada ibadat solat yang disebut solat Istidqa'. Mari kita tinjau sepintas lalu sebagai pandun.

SOLAT ISTISQA’ 

Istisqa’ bermaksud meminta siraman air. Istisqa’ juga bermakna doa meminta hujan kepada Allah S.W.T dengan cara yang tertentu seperti berdoa ketika khutbah Jumaat, berdoa setelah selesai solat, doa secara sendirian (tanpa solat atau khutbah) dan mengerjakan solat Istisqa’. 

Oleh itu solat sunat Istisqa’ adalah solat yang dikerjakan secara spesifik untuk memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan di saat terjadinya musim kemarau. Kejadian kemarau ini merupakan salah satu tanda kemurkaan Allah SWT sebagai balasan terhadap hamba-hamba-Nya yang tidak menurut perintah-Nya. 
  • Dan tidak akan ada suatu kaum yang mengurangi sukatan dan timbangan kecuali Allah akan mencabut nikmat-Nya dan menjadikan penguasa zalim memerintah mereka. Tidak ada orang yang menahan zakat daripaa harta-harta mereka kecuali Allah akan menahan turunnya titisan air dari langit…– Hadisriwayat Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab al-Fitan, no: 4009

Sebagai contohnya telah diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

...وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلاَّ أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ
وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلاَّ مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ... 
  • ....Dan tidak akan ada suatu kaum yang mengurangi sukatan dan timbangan kecuali Allah akan mencabut nikmat-Nya dan menjadikan penguasa zalim memerintah mereka. Tidak ada orang yang menahan zakat daripaa harta-harta mereka kecuali Allah akan menahan turunnya titisan air dari langit…– Hadisriwayat Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab al-Fitan, no: 4009 
Justeru itu Rasulullah SAW telah mengajar umatnya agar mengerjakan solat Istisqa’, memperbanyakan doa serta istighfar (memohon keampunan) agar Allah SWT akan menurunkan hujan dan mengembalikan nikmat rezeki kepada para hamba-Nya. Hukum solat Istisqa’ ini adalah sunat dan tidak wujud satu dalilpun yang mewajibkannya. 

PERLAKSANAAN SOLAT ISTISQA’ 

Penampilan Fizikal Dan Mental Untuk Bersolat Istisqa’

Mereka yang mengerjakan solat Istisqa’ ini hendaklah menuju ke tempat perlaksanaan solat tersebut dengan penampilan sederhana, tawadhu’ (merendah hati), tadharru’ (bersungguh-sungguh dalam memohon) dan tamaskun (menunjukkan benar-benar perlukan permintaan tersebut)
فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ مَا مَنَعَهُ أَنْ يَسْأَلَنِي خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَاضِعًا مُتَبَذِّلاً
مُتَخَشِّعًا مُتَضَرِّعًا فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَمَا يُصَلِّي فِي الْعِيدَيْنِ وَلَمْ يَخْطُبْ خُطْبَتَكُمْ هَذِهِ.

Maksudnya:
  • Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (keluar untuk bersolat Istisqa’) dan mengenakan pakaian biasa (bukan pakaian yang indah-indah seperti solat sunat pada Hari Raya-pen) dengan penuh harapan. Baginda bersolat dua rakaat sebagaimana solat Hari Raya, tetapi tidak berkhutbah seperti khutbah yang biasa itu. - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab al-Istisqa’, no: 1504.
  • Solat Istisqa’ Dikerjakan Secara Berjemaah Sebanyak Dua Rakaat.
عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ بِالنَّاسِ يَسْتَسْقِي
فَصَلَّى بِهِمْ رَكْعَتَيْنِ جَهَرَ بِالْقِرَاءَةِ فِيهَا.

Maksudnya:
  • Daripada ‘Abbad bin Tamim daripada pakciknya (‘Abdullah bin Zaid al-Mazini) dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar bersama orang banyak untuk mengerjakan solat Istisqa’. Baginda bersolat dua rakaat dan menguatkan bacaan dalam kedua rakaat itu. - Hadis Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 510.
Tidak Dilaungkan Azan Atau Iqamah Sebelum Solat Tersebut.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا يَسْتَسْقِي
فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ بِلاَ أَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ

Maksudnya:
  • Abu Hurairah radhiallahu’ anh berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada suatu hari untuk mengerjakan solat Istisqa’, lalu bersolat bersama kami dua rakaat tanpa azan atau iqamah…- Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab Iqaamatush Shalaah was Sunnah Fiiha, no: 1258.
Dilaksanakan Sebagaimana Solat Hari Raya.
Solat Istisqa’ dikerjakan sama sebagaimana solat Hari Raya yakni dengan melakukan tujuh takbir pada rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat kedua. 
 
فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ مَا مَنَعَهُ أَنْ يَسْأَلَنِي خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَاضِعًا مُتَبَذِّلاً
مُتَخَشِّعًا مُتَضَرِّعًا فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَمَا يُصَلِّي فِي الْعِيدَيْنِ وَلَمْ يَخْطُبْ خُطْبَتَكُمْ هَذِهِ.

Maksudnya:
  • Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (keluar untuk bersolat Istisqa’) dan mengenakan pakaian biasa (bukan pakaian yang indah-indah seperti solat sunat pada Hari Raya-pen) dengan penuh harapan. Baginda bersolat dua rakaat sebagaimana solat Hari Raya, tetapi tidak berkhutbah seperti khutbah yang biasa itu. - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab al-Istisqa’, no: 1504.
Waktu Perlaksanaan Solat Istisqa’.

Solat sunat Istiqa’ boleh dikerjakan pada bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan untuk bersolat.

Bacaan Dalam Solat Istisqa’ Adalah Secara Jahar (Kuat).
عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ بِالنَّاسِ يَسْتَسْقِي
فَصَلَّى بِهِمْ رَكْعَتَيْنِ جَهَرَ بِالْقِرَاءَةِ فِيهَا.

Maksudnya:
  • Daripada ‘Abbad bin Tamim daripada pakciknya (‘Abdullah bin Zaid al-Mazini) dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar bersama orang banyak untuk mengerjakan solat Istisqa’. Baginda bersolat dua rakaat dan menguatkan bacaan dalam kedua rakaat itu. - Hadis Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 510.
Sebagaimana solat Hari Raya  dianjurkan juga untuk membaca surah Qaf atau surah al-Qamar pada rakaat pertama dan bacaan semasa rakaat kedua sama ada surah al-A’laa atau al-Ghaasyiah.
Tempat Perlaksanaan Solat Istisqa’.

Tidak dikerjakan di dalam masjid tetapi di musolla iaitu di tanah yang lapang seperti padang atau halaman masjid yang luas.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: شَكَا النَّاسُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قُحُوطَ الْمَطَرِ. فَأَمَرَ بِمِنْبَرٍ فَوُضِعَ لَهُ فِي الْمُصَلَّى وَوَعَدَ النَّاسَ يَوْمًا يَخْرُجُونَ فِيهِ.

Maksudnya: 
  • Daripada ‘Aishah radhiallahu’ anha, dia berkata: Orang-orang mengeluh kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kerana lambatnya hujan. Baginda lalu memerintahkan agar disiapkan sebuah mimbar dan diletakkan di tanah yang lapang (untuk dikerjakan solat secara berjemaah) dan ditetapkan kepada orang-orang itu supaya keluar bersama-sama (untuk mengerjakan solat) pada hari yang ditentukan.... - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 992.
Rasulullah SAW sebagai ketua negara umat Islam telah turun bersama-sama rakyat untuk mengerjakan solat Istisqa’ ini. Lantaran itu pada masa kini terdapat beberapa negara-negara Islam di timur tengah yang mana para pemerintah tertinggi sesebuah negara itu turut turun bersama rakyat jelata untuk mengerjakan solat Istisqa’ ini di musolla. Kita ternanti-nanti bila sunnah ini akan diamalkan pula oleh pemerintah di Malaysia.

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Istisqa’.

Rakaat Pertama

  1. Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Istiqa’ 
  2. Takbiratul Ihram 
  3. Doa Iftitah 
  4. Takbir Tujuh kali dan diselangi membaca zikir seperti سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak enam kali. 
  5. Membaca surah al-Fatihah 
  6. Membaca Surah al-Qur’an 
  7. Rukuk 
  8. Iktidal 
  9. Sujud 
  10. Duduk antara dua sujud 
  11. Sujud kali kedua 
  12. Bangun untuk rakaat kedua.
Rakaat Kedua 
  1.  Takbir Lima kali dan diselangi membaca zikir seperti سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak empat kali 
  2. Membaca surah al-Fatihah 
  3. Membaca Surah al-Qur’an 
  4. Rukuk 
  5. Iktidal 
  6. Sujud 
  7. Duduk antara dua sujud 
  8. Sujud kali kedua 
  9. Duduk untuk tahiyyat akhir 
  10. Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Bacaan Khutbah Untuk Solat Istisqa’.

Khutbah ringkas dilakukan sebelum atau sesudah solat Istisqa’ di atas mimbar yang disediakan. Namun Imam al-Nawawi rahimahullah lebih mengutamakan khutbah dikerjakan setelah solat sebagaimana khutbah untuk solat Hari Raya. Berbeza dengan khutbah ketika solat Hari Raya, khutbah untuk solat Istisqa’ adalah ringkas sahaja. 

 Dalilnya adalah hadis berikut:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: شَكَا النَّاسُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُحُوطَ
الْمَطَرِ. فَأَمَرَ بِمِنْبَرٍ فَوُضِعَ لَهُ فِي الْمُصَلَّى وَوَعَدَ النَّاسَ يَوْمًا يَخْرُجُونَ فِيهِ.
قَالَتْ عَائِشَةُ فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ بَدَا حَاجِبُ الشَّمْسِ فَقَعَدَ عَلَى
الْمِنْبَرِ فَكَبَّرَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَمِدَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ ثُمَّ قَالَ:
  إِنَّكُمْ شَكَوْتُمْ جَدْبَ دِيَارِكُمْ وَاسْتِئْخَارَ الْمَطَرِ عَنْ إِبَّانِ زَمَانِهِ عَنْكُمْ
  وَقَدْ أَمَرَكُمْ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ تَدْعُوهُ وَوَعَدَكُمْ أَنْ يَسْتَجِيبَ لَكُمْ,
ثُمَّ قَالَ:
  الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ.
  اللَّهُمَّ أَنْتَ اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الْغَنِيُّ وَنَحْنُ الْفُقَرَاءُ. أَنْزِلْ عَلَيْنَا الْغَيْثَ وَاجْعَلْ مَا أَنْزَلْتَ لَنَا قُوَّةً
  وَبَلاَغًا إِلَى حِينٍ.
ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ فَلَمْ يَزَلْ فِي الرَّفْعِ حَتَّى بَدَا بَيَاضُ إِبِطَيْهِ ثُمَّ حَوَّلَ إِلَى النَّاسِ ظَهْرَهُ وَقَلَبَ أَوْ حَوَّلَ
رِدَاءَهُ وَهُوَ رَافِعٌ يَدَيْهِ ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ وَنَزَلَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ
فَأَنْشَأَ اللَّهُ سَحَابَةً فَرَعَدَتْ وَبَرَقَتْ ثُمَّ أَمْطَرَتْ بِإِذْنِ اللَّهِ …

Maksudnya:
  • Daripada ‘Aishah radhiallahu’ anha, dia berkata: Orang-orang mengeluh kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kerana lambatnya hujan. Baginda lalu memerintahkan agar disiapkan sebuah mimbar dan diletakkan di tanah yang lapang (untuk dikerjakan solat secara berjemaah) dan ditetapkan kepada orang-orang itu supaya keluar bersama-sama (untuk mengerjakan solat) pada hari yang ditentukan.
  • Menurut ‘Aishah ketika matahari telah naik, baginda pun keluarlah lalu duduk di atas mimbar, bertakbir serta memuji Allah dan bersabda: Kamu semua mengeluh sebab keringnya negerimu, sedang Allah telah menyuruhmu semua agar berdoa serta Dia menjanjikan pasti akan mengabulkan permohonanmu itu.
  • Baginda meneruskan: “Alhamdulillaahi rabbil’aalamiin. Arrahmaanirrahiim, Maliki Yaumiddiin” Tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan berbuat sekehendak-Nya. Ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang Maha Kaya sedang kami adalah kaum fakir. Turunkanlah hujan kepada kami serta jadikanlah hujan itu menjadi kekuatan serta mencukupi kami sampai habis masanya.
  • Selanjutnya baginda mengangkat kedua tangannya dan berdoa sampai kelihatan putih ketiaknya, kemudian membalikkan diri dan menghadap ke arah kiblat, selendangnya dibalikkan letaknya sambil mengangkat kedua tangannya itu, lalu menghadap kepada semua manusia dan turun dari mimbar terus bersolat dua rakaat. Di saat itu Allah Ta’ala menampakkan segumpal awan, terdengarlah suara guruh dan petir dan kemudian turunlah hujan dengan izin Allah Ta’ala… - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 992.
Menerusi hadis di atas dapat difahami bahawa setelah khutbah maka Imam hendaklah menghadapkan wajahnya ke arah kiblat lalu mengangkat tangannya tinggi-tinggi ke langit lalu berdoa dengan bersungguh-sungguh bersama-sama dengan para makmum. 

Disunnahkan juga untuk menterbalikkan tapak tangan ketika berdoa di mana bahagian belakang tapak tangan tersebut di hadapkan ke arah langit.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَسْقَى فَأَشَارَ بِظَهْرِ كَفَّيْهِ إِلَى السَّمَاءِ.

Maksudnya:
  • Daripada Anas bin Malik (radhiallahu’ anh) bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pada suatu ketika memohon hujan sedangkan punggung kedua tapak tangannya itu diangkat ke atas langit. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Solat al-Istisqa’, no: 896.
Bagi mereka yang memakai selendang di atas kepala (syal yang dipakai oleh lelaki) maka disunatkan untuk mengalihkan bucu selendang di bahu kanan ke bahu kiri dan yang di bahu kiri ke kanan dengan membuka dan menterbalikkan tudung tersebut lalu memakainya semula. 

Ada yang berpendapat bahawa tindakan mengalihkan selendang ini sebagai tafa’ul atau mengharapkan adanya perubahan keadaan dari kemarau kepada hujan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا يَسْتَسْقِي
فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ بِلاَ أَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ ثُمَّ خَطَبَنَا وَدَعَا اللَّهَ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ نَحْوَ الْقِبْلَةِ رَافِعًا يَدَيْهِ.
ثُمَّ قَلَبَ رِدَاءَهُ فَجَعَلَ الأَيْمَنَ عَلَى الأَيْسَرِ وَالأَيْسَرَ عَلَى الأَيْمَنِ.

Maksudnya:
  • Abu Hurairah radhiallahu’ anh berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada suatu hari untuk mengerjakan solat Istisqa’, lalu bersolat bersama kami dua rakaat tanpa azan atau iqamah, kemudian menyampaikan khutbah serta berdoa kepada Allah, lalu berpaling ke arah kiblat sambil mengangkat kedua tangannya. Selanjutnya dibalikkan selendangnya yang kanan diletakkan di kiri dan yang kiri di kanan. - Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab Iqaamatush Shalaah was Sunnah Fiiha, no: 1258.
 Sekian. Wassalam.

Putin Tandatangani Undang-undang Ambilalih Crimea



Putin tandatangani undang-undang pengambilalihan Krimea
Warga Krimea berkumpul di Alun-Alun Lenin di Simferopol untuk merayakan penggabungan wilayah itu den. alarabiya.net

Presiden Rusia Vladimir Putin hari ini menandatangani undang - undang buat menyelesaikan proses pengambilalihan Crimea ke dalam wilayah Rusia .

Tindakan ini menentang pemimpin Barat yang mengatakan kawasan di semenanjung Laut Hitam itu tetap bahagian dari Ukraine , seperti dilansir pejabat berita Reuters , Jumaat 21 Mac.


Dalam sebuah upacara di Kremlin disiarkan secara langsung di televisyen kerajaan , Putin menandatangani undang - undang tentang pengesahan perjanjian membuat Crimea menjadi sebahagian dari Rusia , serta undang - undang mewujudkan dua daerah pentadbiran Rusia yang baru , yakni Crimea dan bandar pelabuhan Sevastopol .


Sebuah referendum diadakan pada Ahad minggu lalu di Crimea , wilayah yang didominasi warga beretnis Rusia , menunjukkan majoriti pengundi menyokong penyatuan semula dengan Rusia , setelah 60 tahun menjadi sebahagian dari Ukraine .


Sebuah perjanjian untuk memberikan persetujuan semenanjung Laut Hitam itu ditandatangani oleh para pemimpin Crimea dan Presiden Rusia Vladimir Putin tiga hari lalu di Kremlin .
(IH)

Sellofie Kini Ttrend Baharu Di AS , Peminat Facebook Nak Ikut?

GAMBAR menunjukkan seorang lelaki yang melilit pita pelekat pada wajahnya.

NEW YORK - Mendapat ilham daripada satu babak dalam filem Yes Man lakonan bintang filem popular, Jim Carrey, kini ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS) merakam gambar potret sendiri atau selfie dengan wajah mereka bertampal pita pelekat.

Malah, aksi tersebut yang kian menjadi ikutan di AS mendapat jolokan tersendiri iaitu Sellofie.
Banyak gambar aksi Sellofie yang yang telah dimuat naik di laman sosial Facebook berjaya menarik perhatian orang ramai.

Ia ekoran pelbagai ekspresi wajah melucukan dan mencuit hati yang dirakam oleh peminat-peminat Carrey . - Agensi

EU, Ukraine Meterai Perjanjian Untuk Bersekutu

SEKUMPULAN lelaki bersenjata dipercayai askar Rusia berkawal di luar sebuah pangkalan tentera di Perevalnoye dekat bandar Simferopol dalam wilayah Crimea semalam.


BRUSSELS, Belgium - Perdana Menteri Sementara Ukraine, Arseniy Yatsenyuk meletakkan negaranya dalam kem Barat semalam selepas memeterai satu perjanjian politik bersama Kesatuan Eropah (EU) sekali gus meminggirkan jirannya, Rusia.

"Perjanjian Persatuan EU-Ukraine itu pada peringkat awal ini menjadi simbol hubungan penting kedua-dua pihak," kata Presiden EU, Hermann Van Rompuy di akaun Twitternya.
Perjanjian akhir antara EU dan Ukraine kelak akan merangkumi topik yang lebih meluas seperti integrasi ekonomi, rombakan sistem kehakiman, hak pengguna dan perlindungan alam sekitar.
Perjanjian semalam bagaimanapun, terhad kepada tiga daripada tujuh bab dalam dokumen setebal 1,200 muka surat berkenaan.

Ukraine mengambil langkah untuk bersekutu dengan EU selepas blok Eropah dan Amerika Syarikat melaksanakan sekatan terhadap beberapa pemimpin Rusia yang penyokong yang rapat dengan Presiden Vladimir Putin sebagai hukuman kerana merampas wilayah Crimea daripada Ukraine.
Antara mereka yang dikenakan sekatan tersebut termasuk halangan perjalanan ialah bilionair Gennady Timchenko, Arkady Rotenberg dan Boris Rotenberg selain sebuah bank Rusia. - AFP

Jengok Kehidupan, Agama, Masjid Bangsa Eskimo.

eskimo

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG 
 
KITA teruskan.. Jom mengembara ke hujung dunia untuk mengungkap rahsia Yang Maha Agung! Kita intip kehidupan Bangsa Eskimo, bagaimana agama mereka..(siri 3)
 
Kini terungkap sudah keagungan Yang Maha Agung hingga dikutub-kutub utara pun wujud komuniti Muslim dan masjid-masjid.

Satu: Masjid Nurd Kamal (Norlisk – Rusia)
Bandar Norilsk (Норильск)

Bandar Norilsk (Норильск) berada di negara bahagian Krasnoyarsk Krai , Persekutuan Rusia , terletak di antara sungai Yenisey dan semenanjung Taymyr . Norilsk adalah bandar paling utara di Siberia dan bandar terbesar kedua di dunia selepas Murmansk Rusia untuk wilayah di pesisir lingkaran Arctic (Antartika) .

Sebagai bandar yang berada di lungkaran kutub utara , maka wajar bila cuaca di bandar ini boleh boleh sangat sejuk , sampai 50 darjah Celsius di bawah sifar . Namun , hal yang menarik dari bandar Norilsk ini terdapat sebuah Masjid Nurd Kamal, yang dibina pertama kali oleh Mukhtad Mekmeyev pada tahun 1998 . Hal, menunjukkan adanya komuniti muslim di bandar ini yang di antaranya membentuk Muslim Eskimos Community Center ( beralamat di 3 Amundsen Scott Station South Pole , South Pole - Amundsen - Scott Station South Pole , Antartica )


Walau sepi jamaah, Masjid Nurd Kamal tetap buka (Catatan Majalah Gatra di Norilsk, 16 April 2007, 15:52)
Datuk mukum Sidikov meninggalkan Norilsk setelah selamat dalam kem buruh yang dibina diktator Soviet Joseph Stalin . Sidikov adalah orang Russia pengurus masjid di Kutub Utara , yang mengikuti jejak datuknya mencari penghidupan lebih layak di tempat paling utara di muka bumi ini . 

Menurutnya , dianggarkan bandar itu dihuni kira-kira 50 ribu Muslim , atau seperempat penduduk wilayah itu yang berjumlah 210 ribu jiwa . Mereka umumnya dari Azerbaijan dan Republik Dagestan, Rusia , dan bekerja sebagai peniaga atau pekerja bangunan .

"Namun , tahap gaji yang tidak setanding dengan bandar - bandar Rusia lain dan sukarnya memasuki Nurislk bagi warga asing , membuat kaum Muslim tak lagi mendatangi bandar ini , " kata Sidikov. "Penduduknya kian menyusut . Orang - orang meninggalkan bandar ini , " ujar Sidikov , 40 tahun , yang dilahirkan di Uzbekistan dan besar di Kyrgizstan .


Masjid bernama Nurd Kamal itu terletak di pinggir bandar moden Norislk , yang suhunya 50 darjah Celsius di bawah sifar . Angin kutub mendera bumbung emasnya dan tumpukan salji mengancam dinding batu pirusnya di musim sejuk .


"Orang - orang bekerja untuk sesuap nasi . Mereka datang ke sini dan hilang kesihatan mereka . Setiap saat ada orang sakit , " kata Sidikov .



 

Sebuah bandar yang dibina di atas sebuah kawasan lombong logam terkaya dunia , kilang peleburan logam pertama Norislk dibina oleh para tahanan Gulag pada tahun 1930 - an , dan kini tiga kilang mengeluarkan asap tebal yang mengandungi sulfur ke udara .

Bandar ini pada tahun silam dimasukkan sebagai salah satu daripada 10 bandar paling tercemar di dunia oleh kumpulan persekitaran hidup bebas , Blacksmith Institut . Syarikat induknya , Norislk Nickel , telah mengeluarkan banyak dana untuk mengurangkan pelepasan .


Di Rusia terdapat 20 juta warga Muslim , kira-kira 14 peratus daripada jumlah keseluruhan 140 juta penduduk negeri itu . Warga Muslim Asia Tengah dan Dagastan umumnya penganut Sunni , sementara yang lain dari Azerbaijan umumnya Syi`ah. Tidak ada permusuhan antara mazhab mazhab tersebut di Norislk dan Muslim Soviet, tidak termasuk mereka yang rajin menjalankan ajaran Islam . 


" Di sana banyak Muslim , tapi hanya segelintir yang mendatangi masjid . Mereka bekerja seharian dan pada malamnya mereka capek , " papar Sidikov.

Masjid itu yang dibuka pada 1998 dibina oleh Mukhtad Bekmeyev , seorang etnik Tartar, dan warga asli Norilsk kini bermukim di bandar Laut Hitam , sichi , kira-kira 4,000 km dari tempat itu . Dia memberi nama masjid itu selepas ibu bapanya membiayai pemugarannya pada tahun ini . Sidikov , yang berkepala gundul dan memakai kopiah berwarna biru , meninggalkan bandar Kyrtyz , Osh , untuk mencari kerja .  


Dia pernah menjalani latihan ketenteraan Soviet di Rusia dan tinggal di dua bandar Siberia , sebelum menetap di Norilsk sejak tujuh tahun silam . Gaji yang relatif tinggi berbanding kawasan lain di negara itu menarik minat para pekerja dari seluruh Kesatuan Soviet untuk ke Norilsk ketika usaha perlombongan dan peleburan logam tumbuh .  

Sidikov berkata , gaji rata - rata setiap bulan antara 25,000 - 30,000 roubel ( 962 dolar - 1.154 dolar ) tidak cukup untuk hidup layak . Bukan hanya warga Muslim yang pergi meninggalkannya , penduduk tetap Norilsk berkurang sekitar 5,000 orang setiap tahun . Warga non - Rusia , umumnya dari Azerbaijan dan bekas - bekas republik Soviet di Asia Tengah , telah merasakan lebih sukar memasuki Norilsk sejak 2002 selepas larangan perjalanan bagi warga asing dikuatkuasakan .  

Mereka ini memerlukan izin khusus untuk melawat Norilsk . Meski Norilsk Nickel dan bekas pemimpin eksekutif Mikhael Prokhorov telah mendedahkan rancangan menahan para pekerja terlatih bandar itu dan menarik wajah - wajah baru , Sidikov berkata , tidak ada tindakan khusus telah dilakukan untuk membantu warga Muslim . Namun warga Muslim Norilsk , katanya , telah berbaur secara baik dengan komuniti luas dan tidak mengalami banyak diskriminasi .  

Selama beberapa generasi , sejumlah pendatang dari kawasan Kaukasus Rusia telah memeluk Kristian Ortodoks , kata warga tempatan . Sidikov tetap membuka masjid itu hingga larut malam setiap hari untuk memberi peluang bagi mereka yang ingin belajar al - Quran . Sekitar 500-600 orang kelihatan melakukan solat Jumaat . 

"Warga Muslim seharusnya mendatangi masjid sekurang-kurangnya sekali seminggu . Kita tidak mencari di sini , " kata seorang warga . [TMA, Ant]

Dua: Masjid An-Nuur Reykjavik Iceland (Iceland)


 


Iceland (Iceland) adalah sebuah negara pulau di belahan kutub utara yang tanahnya banyak dipenuhi gunung berapi aktif dan suhunya relatif sangat sejuk kerana termasuk dalam lingkaran Antartika .Komuniti muslim di Iceland lebih banyak tertumpu di ibu negara negara ini , Reykjavik. Terdapat dua organisasi muslim di Iceland iaitu Islamic Cultural Centre of Iceland ( ICCI ) dan Félag Muslima á Íslandi (Islamic Association of Iceland ) . 


 

Terdapat sebuah masjid yang dikendalikan oleh Félag Muslima á Íslandi di bandar Reykjavik , An - Nuur Moskan í Reykjavík (Masjid An - Nuur Reykjavik). Menurut maklumat dari pengelola masjid ini , jumlah komuniti muslim di Iceland berjumlah kira-kira 1,200 orang , 300 di antaranya merupakan penduduk asal Iceland , sedangkan selebihnya kebanyakan pendatang atau warga asing yang jadi mualaf . 

Sebuah foto lain yang juga memperlihatkan sebuah masjid di bandar Reykjavik namun tidak ada maklumat terperinci mengenai masjid ini..

SEKRETARIAT DKM AN - NUUR REYKJAVIK DAN KOMUNITI MUSLIM ICELAND: Alamat : Ármúli 38 , 3rd floor ( entrance from Selmúli ) , 108 Reykjavik , IcelandPresident / Imam : Salmann Tamimi ( pendatang dari Palestin )Telefon : +354 895-1967Email : salmannt@gmail.com , islam@islam.isWebsite : http://www.islam.is


Tiga: Masjid Tawheed (Greenland)


 

Greenland adalah sebuah pulau di Lautan Atlantik bahagian utara di arah timur laut Kanada. Penduduk asal Tanah Hijau adalah orang Inuit atau Eskimo . Sementara ada pula orang Denmark dan campuran antara orang Inuit dan Denmark yang disebut sebagai Orang Tanah Hijau . Agama yang paling banyak dianut penduduknya adalah Kristian Protestan aliran Lutheran , sama seperti di Denmark. 


Tapi tahukah anda bahawa terdapat sebuah Masjid di Bandar Nuuk yang bernama Mosque of Tawheed, terletak di Denmark Street , Nuuk , Greenland. Phone : 0039-3476693003. 

Di tempat ini selain untuk beribadah kaum muslim , juga terdapat madrasah untuk orang yang ingin mempelajari al-Qur'an . 

Urban life on the main street of Nuuk

Empat: Masjid Alnor Senter ( Norway ).


Troms termasuk bandar paling utara di Norway yang merupakan ibu negara daerah Troms . Bandar ini termasuk bandar kuno bahkan habitat di bandar ini sudah ada sejak akhir zaman ais . Peradaban pertama yang muncul di bandar ini disebut Sámi . Sebagaimana diketahui , Norway termasuk negara-negara Scandinavia yang terkenal dengan kaum Viking .
Troms Norway

 Tak disangka di Tromsø terdapat sebuah Masjid yang semula bernama Masjid Al Noor kemudian pada tahun 2006 berganti nama menjadi Masjid Alnor Senter .  

Bangunan Alnor Senter

Suasana Sholat Jumaat
 
Ruang Madrasah Lelaki
 
Ruangan Khusus Wanita
 
Ruang Makan

Selain masjid , komuniti mulsim di bandar tersebut membentuk pula Islamic Center yang bernama Tromsø Islamske Senter . Tromsø Islamske Senter kemudian bertukar menjadi sebuah Alnor Foundation ( beralamat di Storgata 132 , Postbox 3447 , 9276 Tromsø ) Bangunan alnor Senter, Suasana Solat Jumaat, Ruang Madrasah Lelaki, Bilik Khas Wanitaruang Makan. 

Sebenarnya komuniti muslim tersebar di Norway di antaranya seperti di bandar Oslo , Møhlenpris , Bergen , dan lain-lain . Komuniti Islam di bandar Bergen yang mencapai 2,500 orang . Salah satu masjid di bandar Bergen , Norway , 'Bergen Mosque, berada di Jekteviksbakken 27 , Bergen , Hordaland 5006 , Norwa.

Lima: Masjid Alaska.

Alaska adalah salah satu negara bahagian Amerika Syarikat . Menurut luas wilayah , Alaska adalah negara bahagian AS yang terbesar , dan terkaya sumber alamnya . Muslim di Alaska berjumlah kira-kira 2,000 hingga 3,000 dan dalam masa tidak lama lagi di Alaska akan dibina sebuah Masjid pertama di Anchorage, Alaska . Selama ini umat muslim di Alaska beribadah di sebuah Mushola kecil di Anchorage . 

Selain Mushola , di Alaska terdapat restoran dan kedai yang menjual makanan halal .


Sungguh menakjubkan bahawa di belahan bumi paling utara pun Masjid tetap ada sebagai tempat umat Islam melakukan ibadah shalatnya . Bahkan terdapat pula tempat belajar mengajar (Madrasah ) bagi mereka yang berminat mempelajari Al - Qur ` an dan Islam secara lebih mendalam .Untuk itu saudaraku , tanyakan lagi pada diri kita ( yang Islam ) tentang setakat mana tahap kecintaan kita dalam memakmurkan masjid ? 

Apa saja yang telah kita lakukan untuk menebarkan kebaikan cinta dengan memakmurkan masjid ? Minimal dengan sering solat berjemaah di masjid dan bukan hanya solat Jumaatnya saja . Kerana jika tidak , maka masjid pun tidak lebih hanya sebagai simbol yang tidak akan ada ertinya . 




Sumber:

Lihat..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails