Saturday, March 29, 2014

Brunei: Bacaan Al-Asma’u Al-Husna Mengisi Program Se Negara

DKS3-KEUGAMAAN 270314
KETUA Unit Sekolah Ugama Bahagian Ko Kurikulum, JPI, Awang Shahrin bin Haji Abd Razak
hadir bagi memantau program yang dijalankan. (Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)

LUMUT, Brunnei, Khamis, 27 Mac: Sekolah Ugama Lumut 1 dipilih sebagai pusat tumpuan Daerah Belait bagi Program Keagamaan Senegara bulan Mac 2014.

Program bulanan anjuran Jabatan Pengajian Islam (JPI) Kementerian Hal Ehwal Ugama diadakan serentak bagi sekolah-sekolah ugama di keempat-empat daerah dengan pengisian berbeza setiap bulan. Pengisian kali ini merangkumi bacaan Al-Asma'u Al-Husna dan bacaan ayat-ayat lazim termasuk ibadat, amal soleh dan memberi rahmat serta manfaat, di samping memberi cahaya ke dalam hati mereka yang membacanya. Pengisian program juga diisikan dengan membaca doa peliharakan sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Hadir membuat pemantauan perlaksanaan program, Ketua Unit Sekolah Ugama Bahagian Ko Kurikulum, JPI, Awang Shahrin bin Haji Abd. Razak dan pegawai-pegawai JPI Cawangan Daerah Belait.

Seramai 228 murid meliputi 153 murid bersekolah sesi awal sebanyak enam buah kelas terdiri daripada satu kelas Pra, dua kelas Darjah 1 manakala Darjah 4, 5 dan 6 masing-masing satu kelas dan sesi akhir seramai 75 murid melibatkan Darjah 2 dan 3 masing-masing dua kelas.

Tujuan program adalah untuk menanam dan memupuk kefahaman tentang ugama Islam serta menanamkan roh keagamaan dan kebiasaan mengamalkan ajaran-ajaran Islam dalam diri setiap orang kanak-kanak dan juga masyarakat umum.
DKS2-KEUGAMAAN 270314ab
MURID-murid Sekolah Ugama Lumut 1 membaca Al-Asma’u Al-Husna dan bacaan ayat-ayat lazim. (Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli)

Matlamat program membaca Al-Asma'u Al-Husna dan ayat-ayat lazim bagi memohon hajat kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat bertepatan dengan misi JPI bagi melahirkan masyarakat yang berpendidikan ugama dan beramal menurut Al-Qur'an.

Upacara program diteruskan dengan peraduan tulisan jawi kali ke-37 bagi murid-murid sekolah ugama, sekolah-sekolah arab dan guru-guru ugama dibawah JPI yang bertujuan untuk mengetengahkan bakat murid dalam bidang tulisan jawi dan memupuk minat murid terhadap seni tulisan jawi di kalangan rakyat negara ini.

Peraduan juga untuk memperkasa dan mengekalkan tulisan jawi sebagai warisan negara serta sebagai pendedahan awal bagi murid-murid menyertai peraduan di peringkat negara, serantau dan antarabangsa.

Sedikit Mengenai fadilat dan kelebihan Asmaul Husna – 99 Nama Allah
Asmaul-Husna-1024x791
Dalam agama Islam, Asmaul Husna (bahasa Arab: اسماء الله الحسنى) adalah sembilan puluh sembilan (99) asma (nama) Allah SWT yang terbaik. Sejak dahulu para ulama telah banyak membahas dan menafsirkan Asmaul Husna ini. Meskipun timbul perbezaan pendapat tentang jumlah nama itu, ada yang menyebut 132, 200, bahkan 1000 nama, namun menurut mereka, yang terpenting adalah hakikat Zat Allah SWT yang harus difahami oleh orang-orang yang beriman.

Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.

Para ulama berpendapat bahwa kebenaran adalah ketetapan dengan kebenaran yang lain. Dengan cara ini, masyarakat Muslim tidak akan mudah menulis “Allah adalah …” kerana tiada satupun yang dapat disetarakan dengan Allah. Perbahasan berikut hanyalah pendekatan yang disesuaikan dengan konsep akal kita yang sangat terbatas ini. Semua kata yang dilekatkan pada Allah harus difahami keberbezaannya dengan penggunaan wajar kata-kata itu.

Para ulama menekankan bahwa Allah adalah pencipta dan penguasa alam yang abadi dan alam yang fana. Semua nilai kebenaran mutlak hanya ada (dan bergantung) pada-Nya. Dengan demikian, Allah Maha Tinggi. Tapi juga Allah Maha Dekat. Allah Maka Kuasa. Tapi juga Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Sifat-sifat Allah dijelaskan dengan istilah Asmaul Husna, yaitu nama-nama yang baik.

Berikut adalah beberapa dalil yang terkandung di dalam Al-Qur’an dan Hadis tentang Asmaul Husna:
  • “Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)
  • Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu” – (Al-Quran.Surah Al Israa’: 110)
  • Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: “Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil.” – Sahih Bukhari
 Wallahu 'aklam

BN Kekal DUN Balingian Sarawak Dengan Majoriti Besar.


BN mengekalkan kerusi DUN Balingian di Sarawak dengan majoriti besar. Calon BN Yussibnosh Balo memperolehi 8,163 undi manakala calon PKR, Abdul Jalil Bujang mendapat 1,300 undi.

Yussibnosh mendapat 84 peratus daripada jumlah undi hari ini. Daripada 13,366 jumlah pengundi di Balingian, 72.33 peratus keluar mengundi.

Ketika dihubungi, ketua PKR Sarawak Baru Bain berkata walaupun kalah dalam Balingian, PKR boleh berbangga dapat menembusi kerusi tersebut.

"Kami telah mencapai tiga perkara. Pertama, kami menambah jumlah undi. Kedua, kita tidak hilang deposit walaupun BN mendakwa sebaliknya.
"Dan akhirnya, dengan kami bertanding di Balingian, BN terpaksa mengumumkan banyak projek untuk kawasan pilihan raya itu. Kami berharap mereka akan melaksanakannya.
"Semua ini akan merangsang usaha kami  dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang, " katanya.

Balingian dianggap kubu kuat BN. Penyandangnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mendapat 6,210 undi dalam pilihan raya negeri 2011, atau 75 peratus undi. Pencabar terdekat Taib ialah calon bebas Datuk Salleh Jafaruddin, manakala calon PKR Suriati Abdullah hanya mendapat 871 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Taib melepaskan kerusi itu untuk dilantik sebagai yang dipertua negeri. (MK)

PKR: Anwar Tanding Presiden, Macam Nak Sekat Azmin?


PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan bertanding jawatan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu kali ini. Ketua Umum PKR itu menyerahkan borang pencalonannya jam 11 pagi tadi, di ibu pejabat PKR melalui wakilnya yang juga Timbalan Bendahari Agung parti itu Low Chee Chong.


Beberapa jam lagi sebelum proses pencalonan untuk pemilihan PKR ditutup, penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berada dalam keadaan 'tersepit' sama ada mahu mempertahankan kedudukannya atau bertandinng jawatan tertinggi parti.

Ini selepas kem penyokong Azmin mendapat tahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan mengemukakan borang pencalonan masing-masing untuk Presiden parti.

Ini berlaku walaupun Anwar mungkin hilang kelayakan jika beliau menang ekoran sabitannya dan hukuman penjara lima tahun bagi tuduhan liwat. Karpal Singh sebaliknya hari ini meletakkan jawatan sebagai pengerusi DAP sementara menunggu rayuan mahkamah selepas didapati bersalah atas tuduhan menghasut dan didenda RM4,000.

Di bawah Seksyen 9A (1) ( b ) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh menjadi atau kekal memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar jika disabitkan dengan apa-apa kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM2,000 atau hukuman kepada penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun.

Wakil Anwar menyerahkan borang pencalonan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini. Seorang pembantu rapat Azmin memberitahu Malaysiakini bahawa ahli Parlimen Gombak itu tidak menyokong Wan Azizah kekal sebagai presiden parti tetapi sentiasa menyokong Anwar untuk mengisi jawatan itu.

Bagaimanapun, rancangan itu tidak menjadi apabila Anwar disabitkan dengan tuduhan liwat. Jika Anwar bertanding jawatan presiden, ia membuatkan Azmin berasa bersalah untuk bertanding jawatan tersebut.

"Azmin tak mahu lawan Anwar kerana selepas puluhan tahun kesetiaan, habislah," kata pembantunya itu.

Bagaimanapun, apa yang membimbangkan kem penyokong Azmin ialah sekiranya Anwar menarik diri (memandangkan kelayakannya diragui) bagi membuka jalan kepada Wan Azizah kekal sebagai presiden jika Azmin memutuskan untuk tidak berbuat demikian.

"Macam ada rancangan nak sekat Azmin," katanya sambil menambah sekiranya Azmin bertanding (melawan Anwar), "beliau mesti kena tekanan untuk tarik diri".

Azmin dilaporkan mempunyai hubungan yang tidak mesra dengan Wan Azizah yang dilihat lebih memihak kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam pertikaian dalaman parti di negeri itu.

Jika Azmin mempertahankan jawatan timbalan presiden, beliau akan berdepan dengan Khalid dan penyandang naib presiden PKR Tian Chua yang telah menyerahkan borang pencalonan mereka.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution juga dikhabarkan akan bertanding jawatan timbalan presiden. (IH)

Mengapa Disebut Ucapan Tg Nik Abdul Aziz Penuh Kesayuan...


KL: Ucapan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat penuh dengan kesayuan semasa kuliah subuh di Pulau Melaka, pagi tadi.

“Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan.
“Ni sakit saya mungkin Allah nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan,” ujar bekas Menteri Besar Kelantan itu dipetik daripada facebook beliau.

Air mata bergenang membasahi pipi... (HD)

Kes Peribadi Raja Saudi Pun Perlu Campurtangan Obama..


DILAPORKAN Raja Arab Saudi Abdullah bin Abdul Aziz ternyata mengurung empat anak perempuannya dari seorang bekas isteri . Janda Abdullah itu kini memohon pada Presiden Amerika Syarikat Barack Hussein Obama agar membebaskan empat anak perempuannya ditahan di istana kerajaan . Dia menyampaikan itu dalam rangka lawatan Obama ke Ibu Kota Jeddah .

Akhbar the Daily Mail melaporkan , Sabtu ( 29 / 3 ) , Alanun Alfayez telah bercerai dengan Abdullah 11 tahun lalu dan kini menetap di Ibu Kota London , Inggeris . Namun dia tidak boleh membawa keempat puterinya ikut bersamanya . " Saya berharap Obama boleh membicarakan hal ini pada pihak kerajaan , " ujarnya .


Alanun mengatakan perlakuan Abdullah pada empat anak perempuannya sangat buruk . Mereka hampir tidak pernah keluar istana bahkan kini dilarang sama sekali . Keempat bernama Sahar , Maha, Hala , dan Jawaher .


Selain meminta bantuan Obama , Alanun menghantar surat pada bahagian hak asasi Pertubuhan Bangsa - Bangsa ( PBB ) . Sahar dan Jawaher sempat menceritakan kisah mereka melalui surat elektronik pada surat khabar the Sunday Times . Keadaan mereka mengenaskan berada di rumah tertutup dan berstatus tahanan .


Alanun diceraikan saat dia bertanya mengapa banyak warga Saudi miskin . Dia dianggap lancang oleh Abdullah .


Rupanya, peranan AS di Saudi, bukan sahaja dalam politik negara, bahkan dalam keluarga peribadi pun?  (IH)

Memali: Tun Dr M Dalang, Musa Kambing Hitam


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan berada di Kuala Lumpur, bukan di China ketika tragedi Memali berlaku. Gambar fail The Malaysian Insider.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan berada di Kuala Lumpur, bukan di China ketika tragedi Memali berlaku. Gambar fail The Malaysian Insider











SUSULAN pendedahan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, keluarga dan mangsa tragedi  Memali melahirkan rasa kesal mereka dengan penggelapan berita selama ini lalu membuat kesimpulan Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin adalah dalang sebenar peristiwa ini dan Musa hanya kambing hitamnya.

Salah seorang mangsa, Yusof Che Mid dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, "Kalau begitu, bagi saya Dr Mahathir mastermind dalam kes ini."
"(Tun) Musa hanya kambing hitam sahajalah kalau begitu," kata Yusof kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi di rumahnya di Baling.

Yusof adalah dua orang kanan Ustaz Ibrahim Libya yang cuba ditangkap oleh kerajaan ketika peristiwa pada 1985 itu.

Di Parlimen, sehari selepas kejadian, Musa ketika itu yang juga menteri keselamatan dalam negeri berkata operasi itu adalah untuk menangkap tiga “penjenayah” iaitu Ustaz Ibrahim dan dua penyokongnya, Mat Ramli Che Mid dan Yusuf Che Mid.

Bagaimanapun, Ramli dan Yusuf tidak ada di rumah Ustaz Ibrahim ketika polis menggempur rumah itu yang mengorbankan 14 nyawa. Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, Musa mendedahkan Dr Mahathir yang juga perdana menteri ketika itu berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera. Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran kerajaan negeri Kelantan yang diadakan di Kota Baru, malam kelmarin.

Turut serta sebagai panel ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa manakala Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator.
Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu dan berkata:"Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

Sebelum ini, semua maklumat yang disebarkan ialah Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu. – 29 Mac, 2014. (TMI)
Akhbar berbahasa Inggeris The Star pernah menerbitkan kenyataan memohon maaf atas keterlanjuran menggelarkan Almarhum As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud @ Ibrahim Libya dan para pengikutnya yang terlibat dalam peristiwa Memali sebagai 'kumpulan ajaran sesat'.    

Dalam Nota Pengarang pada artikel utama muka 40 ruangan Pendapat (View) akhbar berkenaan hari ini, The Star memohon maaf kepada ahli keluarga  dan sahabat handai Almarhum Ustaz Ibrahim Libya yang bersedih atas dakwaan tersebut.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Akhirnya bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa ketika kejadian Memali itu Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri, sebenarnya berada di dalam negara dan bukannnya di China sebagaimana yang diberitahu sebelum ini.

Malah Musa Hitam juga mendedahkan, dua tiga hari selepas kejadian itu pun, Mahathir masih berada di dalam negara.

Ada yang bertanya, “Kenapa Musa Hitam mengambil masa selama 30 tahun untuk mendedahkan perkara ini sedangkan ketika bersama Team B pada 1987 dahulu atau ketika hebat mengasak Mahathir ekoran pengharaman UMNO pada 1988, beliau tidak mendedahkannya?”

Kita tunggu jawapan Dr Mahthir..

8 Pagi Ini, PRK Balingian: 21 Pusat Mengundi Dibuka.


MUKAH: Proses pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian bermula pada pukul 8 pagi ini dengan 13,233 pengundi biasa akan menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka 21 pusat pengundian melibatkan 16 buah sekolah rendah dan menengah, tiga dewan serba guna/balai raya serta dua rumah panjang.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daripada 21 pusat pengundian itu pusat undi di Sekolah Kebangsaan (SK) St Patrick Mukah di Kuala Lama mempunyai jumlah pengundi terbanyak iaitu 1,323 orang dan akan ditutup pada pukul 5 petang.

"Pusat mengundi SK Kuala Kenyana Mukah dari daerah Kenyana mempunyai jumlah pengundi paling sedikit iaitu 152 pengundi dan akan ditutup pada pukul 2 petang," katanya.

PRK Balingian menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) iaitu bekas pegawai daerah Dalat Yussibnosh Balo, 48, dan seorang ahli perniagaan Abdul Jalil Bujang,55, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Yussibnosh adalah anak tempatan manakala Abdul Jalil berasal dari Bintulu, tiga jam perjalanan darat dari Mukah.

Yussibnosh akan mengundi di Dewan Serba guna Kampung Tellian Tengah, Mukah yang terletak tidak jauh daripada kediaman ibu bapanya manakala Abdul Jalil bukan pengundi berdaftar di DUN itu.

Proses pengundian awal PRK DUN Balingian berlangsung pada 25 Mac lepas dengan 132 atau 99.25 peratus pengundi awal menjalankan tanggungjawab di Dewan Serba guna Ibu Pejabat Polis Mukah.

SPR menjangka 10,586 atau 80 peratus pemilih akan keluar mengundi hari ini. - Bernama

Apa Jadi Bila Foto Obama & Isterinya Dibuat Mirip Monyet


Koran Belgia pasang foto Obama dan istrinya mirip monyet
Gambar Obama mirip monyet di akhbar Belgium De Morgen. ©Aljazeera

Surat khabar Belgium De Morgen Isnin lalu memuatkan gambar Presiden Amerika Syarikat Barack Hussein Obama dan isterinya , Michelle , direkayasa mirip monyet . Akibatnya akhbar itu mendapat kecaman dari berbagai kalangan .

Akhirnya semalam Pemimpin Redaksi De Morgen , Yves Desmet , meminta maaf dan menyesal melalui siaran televisyen , media sosial Twitter dan Facebook . Dia menyedari foto kejuruteraan itu sudah melewati batas antara humor dan rasisme . Foto itu kini sudah dikeluarkan dari laman akhbar itu .


" Ada hal - hal yang terlalu sensitif untuk dijadikan gurauan . Kami sudah meminta maaf ratusan kali . Apa boleh buat . Kami memang kacau , " kata Desmet dalam sebuah wawancara via telefon , seperti yang dilaporkan oleh akhbar the New York Times , Khamis ( 27 / 3 ) ." Ini agak ironis kerana terjadi di surat khabar yang dikenali sangat antirasis di Belgium , " tambah dia .


Presiden Obama semalam datang ke Ibu Kota Bussel , Belgium , untuk bertemu dengan para pemimpin negara - negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara ( NATO ) sebagai rangkaian lawatannya ke Eropah .


Pegawai Rumah Putih di Belgium enggan mengulas atas kejadian ini .


Kejadian ini kembali mengingatkan awam tentang betapa kumpulan tertentu di negara Eropah masih sering menganggap orang kulit hitam sama dengan kera atau monyet , Di Perancis dan Itali sebelum sempat muncul pemberitaan seorang politikus kulit hitam diolok - olok mirip monyet. (IH)

Kempen Semarang: PKS Kumpul Dana Untuk TKI Satinah

Aksi penggalangan dana ini dilakukan oleh sekitar 12 caleg, termasuk caleg DPR RI Zubair Zafawi.
Aksi penggalangan dana ini dilakukan oleh kira-kira 12 caleg (calon presiden) saat kempen yang bertajuk 'Apel siaga kader dan sukarelawan PKS Kota Semarang'.

PILIHAN RAYA PRESIDEN INDONESIA  
Semarang - Gerakan penghimpunan dana untuk menyelamatkan Satinah , semakin membesar . Kali ini dalam kempen terbuka PKS di lapangan Kalicari , Semarang , dilancarkan Gerakan Tolong Satinah ( GTS ) .

Melalui gerakan itu PKS mengumpul dana dari ribuan kader dan simpatisan . " Gerakan ini adalah gerakan pemetik bagi semua elemen untuk terlibat massif selamatkan Satinah , " kata Anggota DPR RI dari Fraksi PKS Zuber Syafawi , Jumaat ( 28/3/2014 ) .


Zuber yang juga merupakan Caleg DPR RI Dapil I Jateng ini juga menyatakan pihaknya mengapresiasi kerajaan untuk membantu Satinah terbebas dari kes undang-undang yang menimpanya. Ia juga menyebut PKS siap membantu kerajaan menyelesaikan kes itu .


" Gerakan ini murni kepedulian kita kepada Ibu Satinah yang sedang tersandung masalah hukum di negeri orang , memang tidak seberapa namun semoga ini menjadi tambahan bagi kerajaan untuk membantu Ibu Satinah , " katanya .




Zuber Syafawi mengedarkan kotak Infaq Satinah. (Edhie Prayitno/Liputan6.com)


Sementara itu , Setiausaha Umum DPW PKS Jateng Ahmadi menyatakan , 10 ribu kader PKS Jateng siap menjayakan gerakan tersebut . " Model yang akan kita lakukan adalah membahagikan 10 kotak infaq GTS keliling saat kempen , kemudian ada kotak besar untuk menampung hasilnya , " jelas Ahmadi .


Satinah adalah tenaga kerja wanita ( TKW ) Indonesia di Arab Saudi yang akan menerima hukuman pancung . Ia akan dipancung bila diyat atau wang tebusan Rp 21 bilion tidak dibayar kepada keluarga mangsa paling lambat 3 April 2014 . ( Yus Ariyanto/Raden Trimutia Hatta/
Liputan6.com )

Lihat sebelum ini..

Memali: Dr M Sanggup Jadikan Musa Sebagai Mangsa -Khalid Samad


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ‎berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup menjadikan Tun Musa sebagai mangsa untuk dipersalahkan bagi peristiwa Memali. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 28 Mac, 2014. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ‎berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup menjadikan Tun Musa sebagai mangsa untuk dipersalahkan bagi peristiwa Memali. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 28 Mac, 2014.



















Pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berhubung keberadaan Tun Dr Mahathir Mohamad di Malaysia semasa peristiwa Memali dan bukan di China seperti dipercayai selama lebih 30 tahun menunjukkan wajah sebenar ‎bekas perdana menteri itu, kata ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ‎berkata Dr Mahathir sanggup menjadikan Musa sebagai mangsa untuk dipersalahkan sedangkan bekas perdana menteri itu berada di Malaysia.

"Ia menunjukkan sikap dan perwatakan Dr Mahathir dalam soal Memali sanggup memangsakan timbalannya dan itulah jenis manusia yang masih disanjung‎ ramai.
"Inilah orang yang merosakkan sistem dan ekonomi negara sehingga kita berada dalam keadaan yang parah sekarang ini," katanya pada satu sidang media di Kompleks Karangkraf, Shah Alam hari ini.

Dalam satu diskusi di Kota Baru semalam, Musa mendedahkan bahawa Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China semasa peristiwa Memali. Pendedahan ini dibuat sendiri Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran berkata ini bukan kali pertama Dr Mahathir menunjukkan sikapnya yang tidak jujur dan suka memutar-belit fakta.

Katanya, Dr Mahathir perlu segera menjawab tuduhan Musa dan memberi penjelasan kepada rakyat agar kenyataan itu dapat dipastikan kebenarannya.

“Saya memang tak terperanjat kerana Dr Mahathir membuktikan banyak kali bahawa beliau bukan seorang yang jujur dan beliau arif dalam memutar-belit fakta.
“Dr Mahathir perlu jelaskan dengan segera apakah benar tuduhan yang dibuat Musa kerana rakyat berhak mengetahui perkara sebenarnya,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Surendran berkata selain Dr Mahathir, pemimpin Barisan Nasional (BN) juga perlu memberi pencerahan tentang peristiwa hitam Memali dan hubung kait mantan perdana menteri itu terhadap kekejaman kerajaan pada masa itu.
Katanya, dengan lebih banyak maklumat berhubung peristiwa Memali, rakyat dapat memahami dan menggambarkan keadaan sebenar kejadian itu.

“BN perlu memberi ulasan kerana ini melibatkan bekas perdana menteri mereka dan satu perkara yang amat serius di bawah pemerintahannya. Semua ini perlu ada penjelasan agar ada pendedahan di peringkat nasional mengenai isu Memali.
“Sampai hari ini kita tidak mempunyai penerangan yang jelas tentang peristiwa Memali sehingga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan secara menggila bagi menangkap beratus orang dan sebagainya,” katanya.

Naib presiden PKR itu turut tidak melihat tindakan mahkamah sebagai jalan terbaik bagi mendakwa Dr Mahathir selaku perdana menteri memerintah pada ketika itu.

“Undang-undang bukan penyelesaiannya tetapi pendapat awam adalah cara yang terbaik kerana perkara ini menjadi isu umum dan perlu didedahkan.
“Itu merupakan hukuman terbaik bagi mereka yang terlibat dalam perkara ini seperti Dr Mahathir dan lain-lain. Biar rakyat menilai, menghukum dan menjadi hakim dalam kes ini,” katanya.

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 mengorbankan 14 orang mangsa dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang yang lain di bawah ISA.
Kesemua yang ditahan dibebaskan kecuali 36 tahanan lain.
Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya terbunuh.
Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah ISA kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.
PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Ibrahim dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – 28 Mac, 2014. (TMI)

Friday, March 28, 2014

Perubahan, Rodziah Tanding Ketua Wanita Pusat PKR


 


KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Wanita Pusat PKR, Rodziah Ismail mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Wanita Pusat pada pemilihan parti 2014.

“Ia adalah di atas keyakinan bahawa Wanita PKR akan dipimpin untuk melaksanakan Agenda Reformasi dengan santunan, gerak kerja, perancangan dan pelaksanaan yang sudah sedia diperolehi model-modelnya dari pengalaman saya dalam barisan pimpinan PKR dan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri Selangor,” ujarnya dalam saatu kenyataan.

Katanya, keyakinan dari anggota kepimpinan Wanita dan akar umbi juga menggesa agar adanya suatu perubahan dalam Sayap Wanita yang membolehkan kepimpinan baru menerajui Sayap Wanita PKR.

Menurutnya, pembaharuan itu diyakini akan memberikan kesegaran dalam pengolahan agenda masa depan Wanita PKR.

Exco Kerajaan Selangor itu menambah, ia merupakan suatu gesaan yang tidak boleh diketepikan dan saya tampil menyahutnya dengan segala iktikad dan semangat supaya segera dapat dikotakan kepimpinan yang dikehendaki oleh anggota wanita PKR: penerapan dan pengaktualan pembuatan keputusan secara kolektif, ketelusan dalam pengoperasian aktiviti wanita dan keakuran berlandaskan panduan dan perlembagaan parti.

“Gesaan dari akar umbi itu adalah amanah bagi saya, yang akan saya genggam erat dan memohon agar sering diperingatkan kepada saya secara jujur dan tulus,” katanya.

Beliau yakin wanita-wanita anggota parti yang berkebolehan wajar juga menawarkan diri mereka untuk bertanding bersama-sama dalam barisan kepimpinan wanita PKR.  

Katanya, ia bertujuan agar barisan kepimpinan wanita PKR lebih mantap dalam usaha ke arah membentuk masyarakat dengan rasa kasih dan empati, bersulamkan amalan saling memberdaya dan melengkapi. (HD)

Tian Chua ntara 3 Petanding T/Presiden PKR

 

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Tian Chua mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan PKR 2014, lapor Selangor Kini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu mengumumkan perkara itu kepada Selangor Kini melalui khidmat pesanan ringkas.

“Ya, saya akan serah borang pencalonan esok, ” katanya, di sini, hari ini.

Keputusaan itu bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandang, Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tarikh penamaan calon pertandingan peringkat Pusat bakal berlangsung di ibu pejabat PKR, pada 29 Mac (esok).

Bagi peringkat Cabang, tarikh penamaan calon dibuat selama dua minggu mengikut zon masing masing, bermula 4 April hingga 13 April ini.

Tarikh pengundian pemilihan akan berlangsung selama tiga minggu mengikut pecahan zon bermula 25 April dan berakhir 11 Mei ini.

Barisan kepimpinan PKR akan diumumkan selewat-lewatnya 13 Mei ini selepas proses pengundian di seluruh negara selesai. (HD)

Rhoma Irama Calon Presiden Indonesia Paling Dibenci -Charta Politika



PILIHAN RAYA PRESIDEN INDONESIA 
JAKARTA: Penyanyi dangdut Rhoma Irama menjadi calon presiden paling tidak disukai dalam kalangan suri rumah di Indonesia, menurut satu tinjauan nasional yang dijalankan Charta Politika baru-baru ini. 

Hasil tinjauan itu menunjukkan hanya 1.8 peratus responden yang terdiri daripada suri rumah akan mengundi Raja Dangdut Indonesia berkenaan sebagai presiden Indonesia dalam Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden 2014.

Pengerusi Charta Politika, Yunarto Wijaya berkata keputusan kaji selidik itu menunjukkan Rhoma menjadi tokoh paling dibenci dalam kalangan suri rumah bagi merebut jawatan tertinggi kerajaan Indonesia itu.

"Ini (Rhoma) adalah imej calon presiden yang paling dibenci," kata Yunarto seperti dipetik akhbar Tempo, pada Jumaat.

Kajian turut memperlihatkan 38.6 peratus daripada suri rumah yang menjayakan kaji selidik itu merancang untuk mengundi calon presiden daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Joko Widodo.

Gabenor Jakarta yang lebih mesra dipanggil Jokowi itu menduduki tempat teratas dan paling disukai oleh suri rumah bagi merebut jawatan presiden Indonesia.
Calon kedua paling popular ialah Aburizal Bakrie daripada Parti Golkar yang memperoleh 13.1 peratus, diikuti Prabowo Subianto dari Partai Gerindra yang mendapat 11.4 peratus.

Tinjauan itu juga mendapati 8.4 peratus daripada responden akan mengundi Wiranto, 4.7 peratus bagi Jusuf Kalla, 2.7 peratus memilih Hatta Rajasa dan 2.4 lagi mahu mengundi Dahlan Iskan.

Kaji selidik itu melibatkan 1,200 responden yang dipilih dalam pelbagai peringkat persampelan rawak pengundi yang layak di Indonesia.

Lihat sebelum ini..

Ribuan Sertai Bantah Hukum Mati 529 Rakyat Mesir Jumaat Tadi


KUALA LUMPUR: Pemimpin politik dan NGO bersama ribuan orang ramai menyertai himpunan aman di hadapan Kedutaan Mesir di ibu negara hari ini.

Mereka mula berarak ke pejabat kedutaan selepas solat Jumaat sebagai membantah hukuman mati yang dijatuhkan mahkamah Mesir di Minya kepada 529 rakyat negara itu, Isnin lalu

Beberapa pemimpin menyampaikan ucapan pada himpunan tersebut.













Semasa Korban MH370, Dia Terbahak-bahak Main Golf -Dailymail

Keluarga MH370 berduka, Ratu Malaysia terbahak-bahak saat golf
Ratu Malaysia.

BERITA DARI INDONESIA

Keluarga MH370 berduka, Ratu Malaysia terbahak-bahak saat golf
Seperti dilansir media Inggris, Dailymail, Kamis (27/3), ada sekitar empat gambar Ratu Malaysia sedang mengikuti lomba golf tersebut. Dari wajah di foto tersebut, tak tampak rasa empati terhadap keluarga korban MH370 yang membawa 38 warga Malaysia tersebut.

Berbaju polo shirt warna abu-abu dengan lengan tambahan warna putih dipadukan dengan jilbab dan topi warga merah marun, Ratu Malaysia tertawa lepas ketika mendapat penilaian dari panitia acara tersebut.

Sementara itu, belum ada kepastian bahwa penumpang MH370 ditemukan. Selama ini masih berupa asumsi pesawat yang membawa ratusan penumpang tersebut.

Menteri Transportasi Malaysia Hishammuddin Hussein dalam jumpa pers hari ini di Ibu Kota Kuala Lumpur mengatakan citra satelit baru dari Prancis memperlihatkan ada 122 puing diduga berasal dari pesawat Malaysia Airlines MH370 tersebar mengapung di sebelah selatan samudera Hindia.

Musa Hitam Bongkar Penipuan Dr M Dlm Pembunuhan Memali 1985


Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014.  
Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014.  

Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.  Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.

Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan,

"Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.

"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.

Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang."  Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.

Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.
Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.
Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.

"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur.
Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat. Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.

Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China. Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini. PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – 28 Mac, 2014. (TMI)

Peristiwa Memali - YouTube

www.youtube.com/watch?v=lCqOkl210mE
9 Ogo 2010 - Dimuat naik oleh Sayumi Michishige
Tahukah saudara-saudari tentang kisah Memali. Mahathir adalah syaitan yang merancang ..

 .

Konsert Artis Calvin Harris Tetap Diadakan Ahad ini -Lulus JPM & KBS

Calvin Harris akan beraksi di Helipad, Sepang sempena perlumbaan Grand Prix Formula One 2014. Gambar daripada laman Facebook Harris.



HALAMAN HIBURAN
Konsert artis terkemuka Calvin Harris tetap akan diadakan pada Ahad ini selepas perlumbaan Grand Prix Formula One (F1) Petronas Malaysia 2014, kata Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali.

Razlan berkata perkara itu dimaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan pada Rabu untuk konsert itu diteruskan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini memaklumkan konsert sampingan yang diadakan bagi memeriahkan perlumbaan Grand Prix Formula One 2014 di perkarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dibatalkan.  Pembatalan itu dibuat bagi menghormati insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

"Kami sensitif dengan insiden MH370 tetapi kami terpaksa meneruskan konsert berkenaan kerana ia termasuk dalam pakej pembelian tiket perlumbaan F1, kebanyakan pembeli tiket merupakan pelancong asing.
"Kebanyakan mereka datang untuk menyaksikan perlumbaan F1 dan Calvin Harris... jadi kami tidak boleh membatalkan konsert tersebut kerana ia menjejaskan kedatangan pelancong asing (peminat F1) ke negara ini," katanya hari ini.

Razlan menjelaskan konsert di perkarangan KLCC merupakan konsert percuma dan terbuka kepada orang ramai iaitu berbeza dengan konsert selepas perlumbaan F1 yang akan diadakan di Helipad, Sepang.

Sementara itu Razlan berkata sebelum perlumbaan pada Ahad ini, semua pelumba F1 akan bertafakur seminit bagi menghormati insiden MH370. Katanya para pelumba juga akan menampalkan pelekat #rememberingMH370 ataupun #prayforMH370 pada topi keledar masing-masing.

"Dengan berbuat demikian, pelumba F1 memahami perasaan rakyat Malaysia yang masih bersedih dengan insiden MH370, mereka dengan rendah diri melakukannya, mereka menjadikan sukan sebagai alat untuk menyatukan masyarakat di seluruh dunia," kata Razlan.

Sementara itu Razlan berkata beliau menyasarkan penjualan tiket bagi perlumbaan F1 tahun ini sebanyak 65,000 sahaja iaitu lebih rendah daripada tahun sebelumnya.

"Pada penganjuran sebelum ini, kita letak sasaran 90,000, tiket terjual lebih 80,000. Tetapi kali ini, jumlah tiket yang terjual belum lagi mencapai 60,000. Kebiasaannya hampir 600 tiket terjual di saat akhir setiap hari tetapi kali ini hanya 100 sehingga 200 tiket sahaja sehari.
"Insiden MH370 bukan faktor utama penjualan tiket perlahan tetapi sebab peraturan baru F1 iaitu penggunaan enjin dengan deruman bunyi yang perlahan tidak seperti tahun sebelum ini memberi kesan kepada peminat untuk menyaksikan perlumbaan F1," katanya. – Bernama, 27 Mac, 2014.

MH370 Dirampas, PAS Yakin..

 YAN - Pas yakin bahawa MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu kemungkinan dirampas oleh individu tertentu. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tanda-tanda mengenai rampasan itu sudah ada.

“Kerajaan mesti mengesahkan bahawa MH370 telah dirampas, cuma kita belum tahu siapa yang lakukan perkara itu.
“Tanda-tanda terjadi itu ada sebab dia pesawat itu dibawa ke tempat yang sukar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Ijtimak Ulama Pas Kedah di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam. Pada masa sama, beliau turut mendoakan supaya semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat.

“Saya doakan mudah-mudahan ada harapan untuk mereka selamat dan takziah kepada keluarga penumpang.
“Takziah bukan bermaksud kematian saja, tetapi bencana yang menimpa ahli keluarga berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Mohd Zawawi Saleh mengharapkan supaya ahli keluarga mangsa tabah dan kuatkan semangat.

“Sekiranya ditakdirkan penumpang pesawat MH370 mati, kita harap ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa mereka.
“Dalam situasi ini juga, penumpang-penumpang dan anak kapal itu dikira sebagai syahid akhirat,” katanya. (SH)

Wanita ʻStand-Up Comedianʼ, Apa Hukum Dalam Islam?

Foto
PETAH bercakap membuatkan dua sahabat ini dikenali ramai.

HALAMAN HIBURAN
Karakter bersahaja mereka ketika mengacarakan Anugerah Skrin TV3 tahun lalu untuk segmen iklan bagi menghiburkan penonton di Stadium Malawati, Shah Alam nyata tidak sia-sia apabila sekali lagi bakat pengacaraan mereka terserlah melalui Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang disiarkan di TV3 hujung Februari lalu.

Bagaikan tidak percaya mempunyai bakat sebagai pengacara, Zulin Aziz, 25, dan Sherry Alhadad, 30, nyata begitu serasi ketika diganding­kan bersama-sama. Tidak sedar bakat pengacaraan itu ada dalam diri mereka, Zulin dan Sherry gembira apabila diberi penghormatan mengacarakan DFKL.

Bertemu pada sesi fotografi bersama Harian Metro baru-baru, masing-masing mengakui gementar dan gembira ketika itu, malah berharap diberi peluang ­mengacara lagi pada masa akan datang.
Keakraban mereka turut terjalin disebabkan masing-masing belajar di tempat yang sama, malah Zulin pernah menjadi anak didik Sherry di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Hadir mewarnai industri seni sebagai pelakon, Zulin dan Sherry adalah pelajar daripada ASWARA namun Sherry sehingga kini masih aktif sebagai Tutor.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Inilah corak remaja Malaysia yang dibentuk kerajaan BN kini. Remaja pemimpin negara akan datang. Di mana salahnya pentarbiahan begini dalam Islam? Tanya ulama UMNO  atau kerajaan BN..  Ulama yang dibawah pentarbiahan kuasa politik BN..

Lagi Pusat Hiburan Maksiat Berlesen 13 GRO Seksi Ditahan.

Keasyikan lelaki terbantut

KUALA LUMPUR: Keasyikan 32 lelaki diulit pelayan pelanggan (GRO) warga asing berpakaian seksi di pusat hiburan di Kepong, terbantut apabila diserbu anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, malam tadi.

Serbuan dilakukan pasukan anggota D7 dari IPK Kuala Lumpur diketuai Asisten Superintendan Eu Kee Leong dan Inspektor Mohd Nor Nahar Nayan bersama tujuh anggota D7, pada 9.30 malam.
Premis berkenaan diserbu hasil maklumat awam berikutan disyaki mengambil pekerja tanpa permit sah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam serbuan itu, 13 wanita warga Vietnam berusia 23 hingga 28 tahun ditahan polis ketika sedang leka melayan pengunjung. Menurutnya, hasil pemeriksaan GRO terbabit tidak mempunyai permit kerja yang sah dan menyalah guna pas lawatan sosial.

“Premis terbabit mempunyai lesen perniagaan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan tamat tempoh pada Ogos tahun ini.
“Dalam serbuan itu kita turut menahan seorang wanita yang menjadi penjaga premis terbabit bagi membantu siasatan,” katanya.

Gan berkata, pemeriksaan ke atas pelanggan yang berkunjung ke premis terbabit mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan dibebaskan selepas keterangan diambil.

“Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk tindakan selanjutnya,” katanya. (myMetro)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails