KEMASKINI
KUALA LUMPUR: Kota raya Kuala Lumpur dibanjiri para
peserta Himpunan 501 Bantah GST anjuran NGO 89, juga disertai komponen
parti dalam Pakatan Rakyat. Dengan memakai baju berwarna merah, mereka
mula berkumpul sejak subuh lagi.
Beberapa tempat ditetapkan
penganjur sebagai tempat perkumpulan awal sebelum bergerak menuju ke
Jalan Raja, Dataran Merdeka. Antaranya termasuklah, Masjid Negara,
Dataran Maybank, KLCC dan Sogo.
Perhimpunan hari ini turut
mendapat kerjasama pihak polis dan penganjur dibenarkan berhimpun di
Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka.
Polis bagaimanapun
menegaskan peserta himpunan tidak boleh memasuki padang Dataran Merdeka
kerana ia sedang dalam proses menaik taraf.
GST diumumkan oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan bajet 2014
Oktober lalu, akan dilaksanakan pada April 2015.
LAPORAN LANGSUNG
[LAPORAN OLEH: SALMIYAH, FAIZAL, HAZAYANI, FAEEZ, MAJDAN, NAZRI, AZMI, AHMAD TAJDID]
4.30 PM: Penganjur
mengumumkan himpunan tamat. Ia diakhiri dengan bacaan doa oleh Ketua
Dewan Ulamak PAS Johor yang juga Adun Puteri Wangsa Ust Abdullah Husin.
Peserta dinasihatkan bersurai secara aman.
4.18 PM: Anwar Ibrahim mengambil pentas diambut sorakan daripada hadirin.
"Hari ini kita dikejutkan dengan kebangkitan rakyat. RTM, TV3 lapor tak lebih 1000 orang hadir," katanya.
"Kita terharu dengan dokongan rakyat. Kita rasa apa yang rakyat rasa. Sebab itu kita guna jalan raya
"Menteri BN faham? mereka tak faham," katanya lagi.
Beliau
juga berkata perjuangan rakyat belum selesai. Pilihan Raya masih lagi
kotor. Selagi ia kotor, rakyat katanya tidak akan menang sampai
bila-bila.
"Kita tak
nak tunggu PRU akan datang. Kita tuntut perubahan dilakukan sekarang.
Kita tidak mahu tunggu empat tahun lagi," kata Anwar.
4.15 PM: Tian Chua berucap. Beliau ucap tahniah kepada BN.
"Kerana kebodohan pemimpin BN kita disini bersatu semua kaum," katanya.
Katanya, rakyat bukan hanya menolak GST, tapi menolak semua dasar yang zalim.
4.10 PM: AJK
PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berucap. Terdahulu Ambiga dan Syed Shahir
berucap. Dzulkefly melaungkan GST "Gasak sampai tertunggeng".
Najib kata mereka sangat perihatin kepada rakyat. Dia kata dulu dua cukai sekarang satu.
"Dia tanya apa lagi rakyat mahu. Mereka akan dapat RM20 bilion hasil memerah keringat rakyat," katanya.
4.05 PM: Adun
Changkat Jering Mohmmad Nizar Jamaluddin berucap. Beliau berkata Umno
akan tumbang kerana kezaliman mereka. Rakyat akan lawan sampai Umno
tumbang.
4.00 PM: Setiausaha
Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berucap. Beliau mengimbau kembali
kisah zaman reformasi tahun 1998. Beliau juga menceritakan semula
pengainayaan terhadap Anwar Ibrahim.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Mohamad Sabu selaku penganjur di atas kejayaan himpunan kali ini.
Beliau turut menggelarkan Mohamad Sabu sebagai "Imam jalan raya".
3.55 PM: Mohamad Sabu sekali lagi berucap sebagai
selingan. Beliau meminta peserta tunggu sehingga majlis selesai dengan
berkata, "kita selesai, sempat solat Asar".
"Kita tunggu sehingga ucapan Anwar. Mungkin ini kali terakhir ucapan
Anwar kepada kita," katanya merujuk hukuman penjara yang dikenakan
kepada Anwar.
3.52 PM: Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Khairuddin Aman Razali mula berucap. Beliau memulakan ucapan dengan berkata "GST adalah zalim".
Ini kerana cukai ini katanya dikenakan kepada semua orang termasuk
orang miskin. Dalam masa yang sama kerajaan pula terus berboros.
"Himpunan ini adalh jihad. Pertemuan kita hari ini adalh jihad. Jihad menentang pemborosan".
"Jihad ini perlu diteruskan sehingga BN tumbang pada pilihan raya akan datang," katanya.
3.50 PM: Keadaan langit mula gelap, guruh mula berbunyi. Dataran Merdeka masih penuh dengan lautan manusia.
Peserta tidak berganjak walaupun ada tanda-tanda menunjukkan akan hujan.
3.47 PM: Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar pula berucap.
"Hujan, jangan turun dulu," katanya memulakan ucapan.
Beliau turut menggesa semua beserta tidak berganjak sekalipun hujan turun.
3.45 PM: Pengerusi majlis mengumumkan ketibaan kumpulan daripada KLCC baru sahaja tiba.
3.40 PM: Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris AHmad mengambil giliran. Beliau berkata himpunan hari ini tanda penyatuan kaum membantah GST.
"GST dilaksana ini kerana duit kita tak ada. Satiap tahun laporan
ketua audit negara kata berlaku pembaziran, tapi kerajaan ambil
pengajaran atau tidak?
"Kalau macam ini punya gaya, air di lautan atlantik pun boleh habis," katanya.
3.30 PM: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar
berucap. Beliau berkata himpunan hari ini adalah satu kejayaan besar
selepas beberapa kali himpunan besar yang dilakukan sebelum ini.
Pekerja negara ini menerima kenaikan gaji kalah dengan Indonesia.
Sedangkan mengorban keringat untuk negara. Kini ditekan lagi dengan GST.
3.25 PM: Wakil Dewan Muslimat, Aiman Athirah berucap. Beliau mengajak rakyat untuk terus mendesak kerajaan agar menghapuskan GST.
3.20 PM: Pengerusi Majlis, Nasaie Ismail menyatakan
himpunan hari ini akan berlangsung panjang dan meminta peserta bersabar
dan akan diisi dengan program oleh penganjur.
3.18 PM: Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berucap.
Beliau berkata, himpunan hari ini lebih daripada 100,000 orang. Ini
mendakan bukti rakyat menolak apa yang BN lakukan.
3.15 PM: Mohamad Sabu sekali lagi berucap sebagai
Timbalan Presiden PAS. Beliau berkata kerajaan tidak faham bahasa rakyat
dan kali ini rakyat menggunakan bahasa jalan raya.
Kaedah jalan raya ini katanya telah berjaya mendesak kerajaan sebelum ini dalm isu ISA dan PPSMI.
3.12 PM: Sepanjang Jalan Raja dipenuhi dengan lautan peserta berpakaian merah. Dianggarkan hampir 50,000 sudah berada di sini ketika ini.
Kumpulan dari KLCC akan tiba di sini sedikit masa lagi.
Wartawan Harakahdaily di Jalan Raja melaporkan talian komunikasi mula terganggu.
3.10 PM: Azmin Ali pula berucap. Beliau berkata
perhimpunan rakyat hari ini sesuatu yang luar biasa, semua rakyat
bangkit utk tolak umno BN, bukan shj menentang gst tetapi kita tentang
seluruh dasar zalim yg menekan rakyat.
"Umno mendakwa mereka
mendapat RM3.8 bilion dari GST, tetapi syarikat besar dikecualikan dari
cukai...Najib kena jawab," kata beliau.
3.05 PM: Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Ismail mula berucap. Beliau berkata kaum wanita turut terasa jika gst ini dilaksanakan.
"Kita akan tentang gst sampai habis-habisan, kita akan guna kuasa rakyat untuk tentang pelaksanaannya," katanya.
3.00 PM: Suhaizan berkata, kita berhimpun kerana
hendak tolak gst, kita ingin desak kerajaan tarik balik gst. Kita
berhimpun untuk tentang gst yang zalim, menindas rakyat. Kita akn
tentang....BN zalim sebab ingin laksanakan gst. Kita akan tentang mereka
pada pru14 nanti.
2.55 PM: Giliran Mohamad Sabu memberi ucapan. Beliau
berkata peserta tidak akan masuk ke padang, tetapi akan penuhkan jalan
raya di sini, dan meminta peserta menunjukkan disiplin.
Mereka akan menunggu kumpulan dari KLCC tiba sedikit masa lagi.
"Kita akan berada di sini sampai arahan bersurai. Kita berhimpun secara aman. Sekarang semua di bawah arahan saya," katanya.
2.50 PM: Lebih 30,000 dianggar sudah memenuhi Jalan
Raja di Dataran Merdeka ini. Bagaimanapun beberapa kumpulan lagi belum
tiba termasuk kumpulan dari KLCC.
2.45 PM: Mahfuz dalam ucapannya berkata, perhimpunan
hari ini merupakan sesuatu yang bersejarah. Ia bukan sahaja bagi rakyat
menyatakan bantahan terhadap GST, tetaoi menjadi sebahagian daripada
produk pelancongan.
"Kita harap setiap 1 Mei akan ada himpunan dan pihak kementerian pelancongan boleh setuju," katanya.
2.40 PM: Dj Jalan Raja, berhadapan Bangunan Sultan
Abdul Samad kelihatan Suhaizan, Mahfuz, Khalid Samad serta Azmin Ali
berada di atas lori.
Mereka dijangka antara pimpinan utama yang akan berucap.
2.36 PM: Kumpulan dari Masjid Negara juga tiba di Jalan Raja Dataran Merdeka sebentar tadi.
2.35 PM: Kumpulan peserta yang berarak dari Sogo mula tiba di Dataran Merdeka.
Persimpangan Jalan Tun Perak, Jalan Raja dan Jalan Tunku Abdul Rakmah dipenuhi dengan lautan peserta.
2.30 PM: Peserta mula memasuki kawasan Jalan Raja,
Dataran Merdeka. Kumpulan pertama tiba di sini adalah dari Masjid Jamek
dan Dataran Maybank.
Mereka menuggu kehadiran kumpulan dari beberapa lokasi lain.
2.25 PM: Pasukan dari KLCC sedang bergerak menuju ke Dataran Merdeka. Turut bergerak dari sini Datuk
Ambiga Sreenevasan. Beliau turut menyampaikan ucapan sebentar tadi sebelum perarakan dimulakan.
2.20 PM: Peserta dari Sogo mula bergerak menuju ke
Dataran Merdeka. Beberapa pepimpin utamamengetuai perarakan dengan
pasukan Unit Amal mengawal laulintas.
2.17 PM: Jalan Tun Perak yang ditutp kini dilimapahi
peserta yang bergabung dari Masjid Jamek dan Dataran Maybank.
Dianggarkan hampir 10,000 dar jalan tersebut sedang bergerak ke Dataran
Merdeka.
Suasana di sini agak meriah dengan kehadiran peserta dari pelbagai
kaum. Mereka menggunakan kreativiti masing-masing bagi menyampaikan
mesej bantahan.
2.15 PM: Kumpulan dari menara Maybank yang bergerak
sebentar tadi mula bergabung dengan kumpulan di Masjid Jamek. Mereka
kini menuju ke Dataran Merdeka.
2.13: PM: Di Masjid Negara, peserta mula bergerak ke Jalan Raja, Datara Merdeka. Dianggar lebih 10,000 berarak dari sini.
2.11 PM: Di Sogo, orang ramai mula tidak sabar untuk bergerak ke Dataran Merdeka.
Ada di kalangan mereka menjerit kepada penganjur;
"Tak payah ceramah panjang dah, jom kita gerak terus,".
Peserta himpunan hampir melimpah jalan menyebabkan lalulintas sesak.
Hanya dua laluan dibuka. Pasukan unit Amal mengawal lalulintas.
2.10 PM: Di Masjid Negara, Suhaizan dalam ucapannya berkata ;
"Jika ada provokator, sila tangkap dan serahkan kepada pimpinan atau
pihak berkuasa. Dan jika ada di kalangan peserta di luar kawalan, mohon
kenal pasti dan beri nasihat," katanya.
2.09 PM: Di KLCC, lebih 3,000 berkumpul di sini. Seramai 200 anggota marshal SAMM berkawal dan akan mengepalai perarakan dari sini.
2.08 PM: Di Sogo,peserta masih menunggu arahan
sebelum bergerak ke Dataran Merdeka. Sementara menunggu, ada yang
menyanyi dan melaungkan laungan Hidup Rakyat.
2.06 PM: Di Dataran Maybank, lebih 5,000 peserta
berada di sini. Mereka mula bergerak menuju ke Dataran Merdeka. Pelbagai
pelekat mengandungi mesej bantahan dipamerkan peserta.
2.05 PM: Di Sogo, dianggarkan lebih 3,000 berada di sini.
Antara pemimpin yang ada di sini termasuk Mohamad Sabu, Salahudin
Ayub, Hanipa Maidin, Mazlan Aliman, Sivarasa Rasiah dan Fuziah Salleh.
Sebahagian peserta dari sini sudah bergerak menuju ke Dataran Merdeka.
2.00 PM: Pihak polis menutup lalulintas di Jalan Tun
Perak menuju ke Dataran Merdeka selepas peserta himpunan memenuhi
sepanjang jalan itu.
Aliran trafik dipesong ke arah lain. Kelihatan juga para peniaga tidak melepaskan peluang menjual barangan mereka.
1.58 PM: Di Masjid Negara, beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat di sini memulakan ucapan awal sebelum bergerak ke Jalan Raja.
Antara yang berucap membakar semangat termasuklah Datuk Mahfuz Omar,
Dr Hatta Mohd Rami, Khalid Abdul Samad Dr Khairuddin Aman Razali,
Suhaizan Kaiat serta Datuk Saifuddin Nasution.
Suhaizan bertindak sebagai komander bagi kumpulan di sini.
1.55 PM: Setakat ini, tiada sebarang insiden tidak
diingini dilaporkan berlaku. Pihak polis memberi kerjasama sepenuhnya,
manakala pasukan unit amal dilihat berkawal mengendalikan peserta
himpunan di tempat-tempat perkumpulan.
1.50 PM: Pelekat provakasi terus ditemui di kawasan Masjid Negara. Antara lain menyebut 'Hudud for all muslim and non muslim'.
1.45 PM: Di Masjid Jamek, sekumpulan anak muda
mengenakan lilitan di kepala sebagai tanda bantahan terhadap GST.
Kedengaran juga bunyi tiupan Vuvuzela sepanjang jalan menuju ke Dataran
Merdeka. Dinggar lebih 3,000 berada di sini.
1.40 PM: Jalan menuju ke Dataran Merdeka dari Masjid Jamek mula sesak. Peserta dari sini meula bergerak ke Jalan Raja.
1.35 PM: Di Masjid Negara, beberapa pemimpin muda
berucap. Mengarahkan peserta berkumpul dan menunggu rakan-rakan lain
tiba sebelum bergerak ke Jalan Raja.
1.30 PM: Di Masjid Jamek, orang ramai terpaksa
bersolat Zohor di kaki lima masjid ekoran ruang dalam masjid penuh.
Orang ramai mula berkumpul di sini sejak jam 12 tengahari tadi.
Di sini, mereka baru sahaja selesai solat, dan berkumpul di kawasan
perkarangan masjid, malah ada yang sudah bergerak ke Jalan Raja, Dataran
Merdeka. Peserta muslimat turut menunaikan solat di sini.
Ada peserta mengatakan suasana solat zohor di sini hari ini sama seperti solat Jumaat.
1.25 PM: Kawasan perkarangan Masjid Negara mula
dipenuhi orang ramai. Dianggarkan lebih 2000 orang sudah berada di sini.
Mereka melaugkan takbir sejak dari selesai solat Zohor sebentar tadi.
1.20 PM: Peserta di Masjid Negara selesai menunaikan
solat Zohor. Mereka kini turun berkumpul di perkarangan masjid sebelum
berarak menuju ke Jalan Raja.
1.18 PM: Kelihatan pasukan Unit Amal PAS, yang
terkenal dengan jolokan tentera merah, mengambil lokasi masing-masing di
sekitar Dataran Merdeka yang menjadi tempat utama Himpunan Turun 501
hari ini.
Mereka diberi tanggungjawab berkerjasama dengan pihak polis dalam menjaga keselamatan peserta himpunan hari ini.
1.15 PM: Sebahagian peserta dilihat memenuhi setesen
komuter dan LRT menuju ke kawasan perkumpulan sebelum menuju ke Jalan
Raja, Dataran Merdeka.
Di kawasan sekitar Dataran Mereka, ada yang sudah tiba awal dan
berkumpul di situ sementara menanti kehadiran peserta dari tempat-tempat
perkumpulan awal yang ditetapkan penganjur.
1.13 PM: Laungan Azan berkumandang di Masjid Negara, peserta dengan berpakaian merah dilihat mula bersiap untuk solat zohor.
1.10 PM: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi manusia (Juham) membuka bilik gerakan sempena himpunan kali ini.
Sebarang kes tangkapan dan provokasi boleh dilaporkan ke nombor
011-23517748 dan 011-23517743. Sertakan Nama , No Kad Pengenalan, Tarikh
dan Masa tangkapan dan balai yang ditahan.
1.05 PM: Dewan Ulamak PAS Pusat memaklumkan lebih kurang 63 orang ulamak dan ustaz dari dewan itu menyertai himpunan hari ini.
Ketua Penerangannya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, kesemua pasukan kepimpinan ulamak berhimpun di Masjid Negara.
Mereka kini sedang diberi taklimat untuk pergerakan ke Jalan Raja.
Mereka akan bergerak ke Jalan Raja, Datan Merdeka sejurus selesai solat Zohor.
1.00 PM:
Peserta himpunan mula memenuhi kawasan pra perhimpunan yang ditetapkan
penganjur iaitu termasuklah, Masjid Negara, Dataran Maybank, KLCC dan
Sogo.
Peserta yang beragama Islam dilihat sedang membuat persiapan untuk menunaikan solat zohor.
Penganjur menasihatkan Orang ramai yang mahu meyertai himpunan ini menggunakan pengangkutan awam. -
HARAKAHDAILY 1/5/2014