Oleh DATUK DR MUJAHID
ULASAN Jiwa dan minda adalah perkara
yang sangat penting kerana ia akan membuat tafsiran kepada logik yang
akan menjadi sikap seseorang terhadap sesuatu isu. Banyak faktor yang
mempengaruhi minda seseorang terhasil daripada persepsi yang
diterimanya.
Artikel ini cuba meneroka jiwa dan minda dalam logik masyarakat Cina
secara khusus merujuk kepad isu hudud yang hangat diperbincangkan
mutakhir ini dalam usaha cuba memahami apa yang dibimbangi, dibincangkan
dan dipolemikkan mengikut psike (psyche) masyarakat Cina.
Psike Cina
Psike atau situasi jiwa dalam dan minda sesebuah masyarakat berbeza
daripada satu kaum kepada satu kaum yang lain. Situasi psike banyak
dipengaruhi oleh budaya yang diwarisi turun temurun serta nilai-nilai
moral yang menentukan tindak-tanduk sesebuah masyarakat.
Masyarakat Cina mempunyai psikenya yang tertentu dan oleh kerana sejarah
mereka yang panjang serta diaspora Cina tersebar ke seluruh dunia maka
kehendak secara semulajadi memelihara budaya dan gaya hidup mereka dalam
lautan masyarakat yang ada psikenya tersendiri menjadikan pertembungan
budaya sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan perasaan yang
disepakati bersama dalam masyarakat Cina ialah kebimbangan pencairan
berlaku di atas sebab ‘pemaksaan secara sistematik’ sesuatu yang mereka
tidak memahaminya.
Isu hudud perlu diletakkan dalam perspektif psike ini dan ia tidak ada
kena mengena penerimaan atau penolakannya atas sebab membenci Islam atau
suka kepada Islam tetapi ia dihamparkan atas premis sama ada psike
mereka dapat menerimanya atau tidak dan ia terpulang kepada sejauh mana
kita dapat temukan psike Melayu dan Cina di atas jalur dan kerangka yang
lebih konstruktif dan objektif.
Psike Bahasa Mandarin
Bahasa memainkan peranan penting untuk membentuk sesuatu kefahaman dan
sebab itu setiap penghuraian konsep akan dimulakan definisi secara
bahasa dan istilah. Istilah menerangkan secara tepat dan padat
keseluruhan kerangka konstruktif kepada sesuatu konsep dan
kategori-kategori yang kemudiannya dihuraikan.
Dalam isu hudud dan istilah Islamik yang lain, psike Bahasa Mandarin
yang terbenam dalam kefahaman pembacanya turut mempengaruhi cara mereka
memahami sesuatu istilah.
Contohnya agama Islam dalam Bahasa Mandrin yang dipakai ialah “Hui
Chjow” yang membawa maksud “agama kaum Hui”. Kaum Hui difahami sebagai
etnik Cina yang memeluk Islam sejak zaman-berzaman.
Islam tidak dipakai dalam maksudnya yang asal tetapi dikaitkan kepada
sesuatu etnik di negara China. Parti Islam SeMalaysia (PAS) contohnya
diterjemahkan sebagai “Hui Chjow Tang” yang membawa maksud “Parti Agama
Kaum Hui”.
Meskipun demikian, usaha-usaha untuk mempopularkan perkataan Islam
secara terus dan literal iaitu “Ye Si Lan” dalam fonetik bahasa Mandarin
sedang giatkan dilakukan. PAS juga mestilah dikenali dalam bahasa
Mandarin sebagai “Ye Si Lan Tang” iaitu Parti Islam. Ia penting kerana
sesuatu perkataan itu mesti sampai mengikut psike bahasa asalnya dan
bukan psike penterjemahnya.
Hudud
Memahami kebimbangan masyarakat Cina kepada undang-undang hudud ialah
dengan kita cuba memahami terlebih dahulu apakah terjemahan kepada
Bahasa Mandrin bagi istilah ‘hudud’.
Mereka menterjemahkannya sebagai “undang-undang memotong anggota badan”
atau terjemahan terusnya “amputation law”. Walaupun sesetengahnya
menterjemahkan kepada “undang-undang jenayah Islam” tetapi penggunaan
yang awal itu digunakan disebabkan kebimbangan terhadap hudud.
Sama ada kebimbangan itu kerana dianggap kejam atau kebimbangan mereka turut ‘dipaksakan’ untuk menerimanya sebagai hukuman.
Bagi saya terjemahan yang lebih hampir pada roh pada semangat hudud
adalah “undang-undang jenayah syariah” dan bukan “undang-undang memotong
anggota badan”.
Apakah pula istilah “syariah” dalam bahasa Mandarin? Sedangkan istilah
syariah membawa maksud panduan fiqah ke atas seorang Muslim dalam
keperluan akidah, ibadah dan muamalatnya.
Hudud adalah aspek punitif kepada keseluruhan rangka syariah yang
dimaksudkan. Apakah penghuraian ini diberikan keadilan dalam dalam psike
Bahasa Mandrin sekaligus memberi perspektif yang jauh daripada sekadar
potong anggota badan atau mengkudungkan anggota badan?
Psike bahasa yang agak rumit perlu kepada perbincangan akademik supaya
Bahasa Mandarin yang dipengaruhi alam Melayu diberikan terjemahan yang
lebih menyegarkan dan positif dalam memahami maksud bahasa asalnya.
Kebimbangan
Kebimbangan ada kepada semua anggota masyarakat dan ia menjadi lebih
‘real’ apabila konflik menuntut hak menjadi asas. Psike masyarakat Cina
amat membimbangi bahasa, budaya dan adat resamnya terhapus dan cair.
Kebimbangan ini terbawa-bawa kepada isu lain yang mereka anggap merampas
hak mereka. Bukanlah sangat mereka mempertikaikan hudud hanya untuk
orang Islam tetapi mereka sering mengaitkan apa situasinya apabila dua
agama yang berlainan Islam dan bukan Islam didapati bersalah maka hanya
yang Islam kena hudud dan yang seorang lagi tidak kena hudud.
Dualisme perundangan ini dikhuatiri tidak memberi keadilan kepada
pesalah. Kebimbangan seterusnya ialah apakah jaminan bahawa mereka juga
kelak tidak akan dikenakan di bawah undang-undang hudud?
Psike masyarakat Cina kepada pemerintah juga hasil dari sejarah panjang
interaksi mereka bawah pemerintahan dinasti China. Banyak pemberontakan
yang berlaku atas nama menentang kerajaan yang tidak adil.
Sifat penentangan ini dalam diaspora masyarakat Cina diterjemahkan dalam
perjuangan menuntut hak mereka melalui ruang demokrasi. Hudud bagi
psike politik mereka bukan agenda parti-parti yang mereka bawa ke dalam
parlimen.
Mereka mahukan kerajaan yang korup tumbang dan cara mereka ialah
menyokong parti yang dapat membawa hasrat ini. Mereka ada hak untuk
mempertikaikan hudud melalui parti yang mereka bawa masuk khususnya
Pakatan Rakyat kerana masyarakat Cina mengundi hampir 80 peratus untuk
calon Pakatan.
Walaupun hudud di Kelantan tetapi suara yang hendak meluluskannya di
Parlimen juga adalah suara mereka. Psike politik demokrasi hari ini
adalah warisan sensitiviti dan keprihatinan mereka dalam hubungan dengan
kerangka kuasa yang ada.
Pertembungan Psike?
Saya tidak melihat isu hudud adalah isu Islam dan anti-Islam kerana ia
terlalu simplistik dalam dunia yang penuh komplikasi hari ini. PAS
khususnya harus mengurus isu hudud ini melampaui jalur hukum tetapi
hendaklah merentasi jalur demokrasi, perundangan dan teknikalitinya
serta lebih memahami psike masyarakat selain Melayu bagi menemukan
perjuangannya dalam konteks masyarakat plural hari ini.
Artikel awalan ini cuba untuk merentasi jalur psike untuk mendalami
masalah hudud bukan daripada psike Melayu tetapi dari minda, jiwa dalam
dan intelektual masyarakat Cina.
DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA adalah Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'
Saturday, May 10, 2014
Curi Ayam Sokong Hudud, Curi Balak Lepas. Anwar Sindir Siapa?
Umno tidak ikhlas sokong hudud, mahu sembunyi kecuaian kendali MH370, kata Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan Umno tidak ikhlas dalam menyatakan sokongannya kepada cadangan hudud di Kelantan sebaliknya menjadikan isu itu untuk mengaburi mata rakyat berhubung isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Ketua Umum PKR itu berkata Umno tidak perlu terburu-buru menyatakan sokongan terhadap percubaan PAS untuk membawa rang undang-undang persendirian hudud di Parlimen tetapi melihat pelbagai salah laku yang biasa dilakukan mereka.
“Hudud bukan sahaja isu untuk mengalih perhatian MH370 tetapi saya percaya hudud (mereka) tidak ikhlas. Dia nak hudud, kasino bagaimana? Rompakan kekayaan dan penindasan bagaimana?
“Tidak mungkin orang curi ayam (baru mahu) sokong hudud, orang curi balak satu juta hektar dilepaskan. Saya tidak percaya Umno serius tetapi membawa isu ini untuk mengalih pandangan isu lain,” katanya selepas menyampaikan kuliah bertajuk Ekonomi Manusiawi di Dewan Reformasi Demokrasi dan Upaya Masyarakat di Puchong, Selangor.
Katanya, hukum hudud adalah tuntutan dalam Islam dan isu penggabungan kedua-dua parti itu tidak perlu dibangkitkan langsung. – 10 Mei, 2014. (TMI)
Pemilu Parlimen Indonesia, PDI-P, Golkar, Gerindra Menang.
JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pimpinan bekas presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputeri secara rasmi disahkan sebagai pemenang dalam Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen yang diadakan bulan lepas.
Pada pengumuman yang dibuat Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) tengah malam Jumaat, PDI-P meraih 18.95 peratus atau 23.68 juta undi daripada keseluruhan 124.97 juta pemilih berdaftar.
Keputusan rasmi tersebut tidak banyak berbeza dengan kiraan awal yang dilakukan pelbagai badan kaji selidik sejurus selepas pilihan raya tersebut pada 9 April lepas.
Parti Golongan Karya (Golkar) yang dipimpin Aburizal Bakrie kekal di kedudukan kedua apabila meraih 14.75 peratus atau 18.43 juta undi.
Parti yang diterajui Prabowo Subianto iaitu Gerakan Indonesia Raya atau Gerindra pula di tempat ketiga dengan memperoleh 11.82 peratus atau 14.76 juta undian.
Parti Demokrat yang dipimpin Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pula berada pada kedudukan keempat setelah meraih 10.19 peratus atau 12.72 juta undi.
Dalam pada itu, daripada 12 parti politik yang bertanding pada pilihan raya itu, dua parti iaitu Parti Bulan Bintang (PBB) serta Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia (PKPI) gagal memperoleh jumlah undi minimum sebanyak 3.5 peratus untuk membolehkan kedua parti itu mendapat kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau Parlimen Indonesia.
Pada kiraan pusingan pertama Pemilu yang diadakan bulan lepas itu, PBB memperoleh 1.46 peratus manakala PKPI meraih 0.91 peratus undi.
Sementara itu, Pemilu Presiden akan diadakan pada 9 Julai depan.
Berdasarkan keputusan rasmi tersebut, tiada satu pun parti politik yang meraih undi minimum untuk membolehkan mereka menamakan calon presiden masing-masing.
Justeru, parti-parti politik berkenaan perlu membentuk pakatan untuk bertanding dalam Pemilu Presiden tersebut.
Mengikut sistem demokrasi Indonesia, sebuah parti politik perlu meraih sekurang-kurangnya 25 peratus daripada keseluruhan undi atau minimum 20 peratus daripada 560 kerusi DPR sebelum boleh menamakan calon presiden dan naib presiden. - BERNAMA
Pengalaman Saksikan Pelaksanaan Hudud -Ramesh Rao
KUALA LUMPUR - "Pengalaman menyaksikan bagaimana pelaksanaan hukum hudud di Arab Saudi menyebabkan saya terdorong untuk menyokong hukum hudud supaya dilaksanakan di Malaysia".
Demikian menurut Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao apabila diajukan persoalan mengenai isu huhud yang kembali diperdebatkan.
"Bagi saya, saya menyokong hudud.
"Sebab pengalaman saya ke Arab Saudi (Jeddah), hati saya begitu tersentuh tatkala melihat bagaimana keberkesanan perlaksanaan hukum hudud di sana.
"Ketika di sana (hari Jumaat), saya cukup terpegun, bayangkan tatkala umat Islam menunaikan solat Jumaat, semua kedai tidak ditutup, dibiarkan terbuka, tanpa takut dicuri atau dirompak.
"Kemudian saya bertanya kepada orang di sana tentang suasana tersebut, dan mereka katakan kepada saya inilah hudud," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Menyentuh perkara yang sama, Ramesh berkata banyak kebaikannya sekiranya hudud dilaksanakan di negara kita.
"Jika negara kita laksanakan hudud, negara kita bebas maksiat, tiada kelab malam, rumah urut,dengan itu ianya akan mewujudkan suasana yang aman damai.
"Oleh itu, sebab apa kita perlu takut dengan hudud,lagipun undang-undang yang sedia ada banyak kelonggaran, penjenayah begitu bebas.
"Sebab penjenayah boleh lantik peguam untuk membela mereka,jadi penjenayah tidak serik untuk ulangi kesilapan mereka.
"Bayangkan ada satu kes (di Malaysia), apabila seorang penjenayah itu ditangkap, apabila diselidik penjenayah itu mempunyai 16 rekod jenayah sebelum ini, itu sebabnya hudud perlu dilaksanakan," jelasnya lagi. (SH)
Hudud: Harith Iskander, Kalau Dah Sedar Takpe, Tapi..
"Jujurnya saya tidak berniat mahu mempermainkan agama sendiri. Kalau boleh saya tidak ingin membesarkan isu ini kerana ia hanya perkara kecil yang telah disalah ertikan.
"Mungkin ada pihak yang mempunyai masa mahu membesarkan sesuatu (isu Hudud) itu," katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi WhatsApp di sini pada Jumaat.
Pada Khamis lalu, Harith dalam satu status Twitter miliknya telah berjenaka mengenai hukum Hudud. Hal tersebut secara tidak langsung menyebabkan beberapa pengikut laman Twitter itu menegurnya kerana perbuatan itu dilihat seperti mempersendakan agama Islam.
Hudud merupakan satu bentuk hukuman terhadap umat Islam yang melanggar tuntutan agama dan ia ditetapkan Allah sebagaimana tertulis dalam Al-Quran dan hadis. Dalam pada itu, Harith berkata, perkara itu juga membuatkan ada beberapa peminatnya bertindak tidak mengikut akaun Twitter miliknya lagi.
"Dalam dunia media sosial ini kita diberi pilihan. Ada beberapa follower saya yang mengumumkan mereka nak unfollow dan saya hormat keputusan itu sebab ia pilihan mereka.
"Bagi saya kalau ada seseorang yang bercakap sesuatu yang saya tak suka, saya juga akan melakukan perkara sama (unfollow)," ujarnya.
Soal menghina agama bukan perkara kecil. Bahkan Muslimin perlu sanggup mati kerana mempertahankan maruah agama.
Isu ini bukan 'telah disalah ertikan.' tetapi salah kenyataan.
Lihat sebelum ini.
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
Kalau Berlaku Hudud, Terjadikah Perkara Begini? Bayangkan.
Pertama:
Asyik hingga tak sedar diserbu
Petaling Jaya: Tiga puluh empat gadis pelayan pelanggan (GRO) termasuk 18 warga tempatan ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Kota Damansara di sini, tengah malam tadi.
Serbuan yang dijalankan 13 pegawai dan anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya itu turut menahan 16 GRO warga Thailand.
"Semua yang ditahan berusia antara 22 hingga 38 tahun. Ketika serbuan terdapat 50 pelanggan sedang leka berhibur di pusat yang dibuka dari 6 petang hingga 4 pagi," katanya.
Beliau berkata, mereka yang ditahan dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Peraturan Imigresen dan Seksyen 55b Akta Imigresen. (myMetro)
Dua:
Polis cekup GRO warga Vietnam, 'tempah dan bawa balik’
KUALA LUMPUR – Taktik sebuah pusat hiburan haram berselindung di sebalik sebuah bangunan usang tanpa papan tanda dan menyediakan perkhidmatan seks ‘tempah dan bawa balik’ terbongkar selepas sepasukan polis menyerbu premis berkenaan di Taman Connaught, Cheras di sini semalam.
Dalam serbuan pukul 1 pagi itu, polis berjaya menahan sembilan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam berusia antara 19 hingga 46 tahun kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Ketua Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Bukit Aman, Inspektor Mohammad Mohd. Jais berkata, pusat hiburan haram tersebut telah beroperasi lebih enam bulan lalu dan dibuka dari pukul 6 petang hingga 3 pagi. (Kosmo)
Pamer Dalam Sesawang Idamkan Dirogol.
Hiasan
Rakan dajal rancang rogol kerana dendam
London: Hanya kerana tidak sebulu dengan rakan sekerjanya, seorang wanita merancang helah untuk membalas dendam. Caranya - Joanne Berry menyamar sebagai rakannya itu dan mendaftar di beberapa laman sesawang sembang, termasuk kategori lucah.
Joanne, 30, kemudian mempamerkan dirinya sebagai wanita yang dahagakan seks.
Dia juga merangsang ahli lain di laman sesawang berkenaan dengan menyamar kononnya mengidamkan pengalaman dirogol.
Mahkamah Maidstone diberitahu, pekerja pentadbiran itu kemudian
mengajak lelaki yang melayan perbualannya itu supaya datang ‘ke
rumahnya’ untuk memenuhi keinginan dirogol.
Namun tanpa diketahui lelaki terbabit Joanne memberi nama, nombor telefon dan alamat rakan yang didendaminya.
Pendakwa Andrew Espley berkata, seorang lelaki Dean Hicks mengetuk
pintu rumah mangsa berdasarkan alamat diberi Joanne untuk melakonkan
fantasi seks seperti dibincangkan.
“Joanne memang berniat memastikan rakannya itu dirogol dengan
memasuki pelbagai laman sembang seks dengan menyamar sebagai mangsa.
“Dia kemudian memberikan nama, alamat dan nombor plet kereta mangsa
yang diletakkan di luar kediaman itu untuk memastikan lelaki terbabit
memasuki rumah wanita berkenaan dan merogolnya,” katanya.
Menurutnya, Joanne menyimpan dendam selepas bergaduh dengan rakannya itu sekitar Mac 2012. Dokumen mahkamah menyatakan Joanne membuat dakwaan palsu bahawa dirinya mangsa rogol. Atas dasar simpati, mangsa cuba memberi sokongan namun mereka
bertengkar selepas wanita berkenaan menuduh Joanne sekadar mahukan
perhatian apabila enggan bekerjasama dengan polis.
Tertuduh kemudian melemparkan pelbagai tuduhan terhadap mangsa
termasuk melalui pesanan ringkas mendakwa wanita itu tidak boleh
dipercayai dan menyebabkan Joanne dipecat.
Beberapa hari kemudian kakak mangsa yang tinggal bersamanya membuka
pintu rumah selepas diketuk kuat beberapa kali sebelum melihat seorang
lelaki di luar.
“Dia mendakwa bersembang dengan mangsa sepanjang hari namun kakak mangsa menyangka dia sekadar tersalah alamat.
“Lelaki itu kemudian beredar tetapi kakak mangsa menemui pesanan ditinggalkan di telefon rumahnya daripada lelaki berbeza.
“Keesokannya mangsa sendiri berada di rumah ketika Hicks mengetuk
pintu. Dia terkejut apabila Hicks cuba menyerangnya namun lelaki itu
menganggap itu yang diminta dalam sesi sembang mereka,” katanya.
Kata Espley, Hicks menyedari ada sesuatu tidak kena apabila mangsa menjerit meminta bantuan dan cuba menghalangnya masuk.
“Hicks terus memberitahu mangsa mengenai sesi sembang dan fantasi
seks yang diceritakan sebelum mendedahkan dia turut diarahkan meminta
maklumat mengenai Joanne selepas selesai melakukan fantasi berkenaan,”
katanya.
Joanne ditangkap kira-kira sebulan kemudian. - Agensi
Friday, May 09, 2014
Khairy Tidak Wajar Lari Tanggung Jawab -Mumtaz
KOTA BHARU: Pemuda Umno tidak boleh lari daripada masalah yang dicetuskan anggota parti khususnya Ulama Muda Umno (Ilmu) dengan memberi alasan "ia hanya kenyataan peribadi".
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Md Nawi berkata, sikap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang tidak mahu bertanggung jawab dengan kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Ulama Muda Umno Ahmad Radzi Othman amat dikesali.
Menurut Mumtaz, selagi Radzi masih bersama parti itu kenyataannya perlu dipertanggungjawabkan melainkan beliau telah melepaskan jawatan.
Mumtaz mengulas keengganan Radzi memohon maaf atas keceluparannya menyamakan muslimat bertudung labuh yang menghadiri perhimpunan membantah GST 1 Mei lalu sebagai "pelacur kelas atasan".
Mumtaz juga melahirkan kehairanan dengan sikap Ulama Muda Umno yang hanya berdiam diri apabila enam remaja meninggal dunia akibat mengambil dadah berlebihan dalam konsert di Stadium Bukit Jalil tetapi begitu sensitif dengan himpunan membantah GST.
“Kenapa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, mengkritik atau menegur mana-mana pihak yang meluluskan program yang benar-benar bercanggah dengan Islam,”soalnya.
Mumtaz yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ceramah penerangan GST anjuran PAS Kawasan Kubang Kerian, di Cabang Empat Binjai di Masjid Binjai, dekat sini malam tadi.
Beliau menambah, oleh kerana Radzi enggan memohon maaf, Muslimat PAS akan berusaha mengheret ulama Umno itu ke muka pengadilan.
Turut berucap pada majlis itu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Anggota Parlimen Kubang Kerian, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi. Hampir 2,000 hadir pada majlis ceramah bantah GST peringkat Kubang Kerian itu. - HARAKAHDAILY, 9/5/2014
Hudud: Bodoh Pensyarah Macam Ni -Nik Aziz
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kenyataan pensyarah yang mengatakan hukum hudud gagal ekoran kegagalan pelaksanaan hukum jenayah syariah itu di beberapa buah negara.
Bagi beliau, tindakan pensyarah seperti itu bukannya mahu menghidupkan Islam sebaliknya mematikan agama itu.
"Ni pensyarah macam ni, para hadirin semua, pensyarah yang orang panggil nak perhidup Islam dak, nak mapuh Islam," ujarnya ketika menyampaikan kuliah di Medan Ilmu, di sini pagi tadi.
Beliau berkata, pensyarah yang menyatakan demikian kerana dia berfikir 'cara orang' dan tidak memikirkan 'cara Allah'.
"Para hadirin semua, kalau hudud ni gagal, sembahyang ni, kerana apa kita sembahyang?" tanya beliau kepada para hadirin.
Jelasnya, sembahyang boleh menyekat manusia daripada melakukan perkara keji. Bagaimanapun, katanya dalam suasana orang mengerjakan sembahyang tetapi perkara yang keji seperti berjudi, rasuah dan masalah dadah berlaku juga.
"Sembahyang, sembahyang berjudi, berjudi, ertinya sembahyang ni gagal. Bila sembahyang ni gagal kerana benda keji, judi, dadah, rasuah berlaku jugak, tak usah duk sembahyang banglah. Sembahyang pun ada jugak benda mungkar. Bodoh pensyarah macam ni," ujarnya sinis.
Beliau juga mengambil contoh di negara ini ramai yang djatuhi hukuman gantung kerana kesalahan berkaitan dadah dan senjata api. Bagaimanapun, kata beliau kesalahan kes dadah dan membawa lari senjata api masih berlaku yang menunjukkan hukuman tersebut telah gagal. Sehubungan itu, katanya, pensyarah agama hanya boleh menjelaskan mengenai hukum hudud tetapi tidak boleh melaksanakannya.
Di Kelantan, jelasnya ada kerajaan negeri yang mana exco terdiri daripada pensyarah, peguam, korporat dan lain-lain untuk melaksanakan hukum hudud. Menurutnya, penentangan terhadap hukum hudud kerana tiada pengisian takwa akibat kelemahan dasar negara sekular.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu mengulangi penegasan tidak timbul PAS dan Umno bersatu berhubung isu hukum hudud. Katanya, walaupun tarikh bulan Rejab dan Mei hari ini adalah sama bermula 1 haribulan Khamis lalu, namun bulan Hijrah tidak sama dengan Masihi.
"Hari ni hari Jumaat, 9 Rejab dan bulan ni tarikh dia serupa di antara bulan Hijrah dengan bulan Masihi, sama-sama 9.
"Oleh kerana sekarang timbul masalah hudud, sibuk sokong hudud, Umno sama dengan PAS, adakah bermakna PAS nak masuk Umno?
"Hari ni 9 haribulan, bulan Masihi 9 jugak, adakah bulan Hijrah sama dengan bulan Masihi, adakah bulan Masihi jadi bulan Hijrah, bulan Hijrah jadi bulan Masihi? Tak jadi, Rejab duk Rejab situ jugak, Mei duk Mei situ jugak," ujarnya. - HARAKAHDAILY
Pemilihan PKR: Azmin, Nurul Izzah, Amiruddin Dahului Pencabar
KUALA LUMPUR: Keputusan rasmi pemilihan PKR sehingga 4 Mei, menyaksikan penyandang Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali terus mendahului dua pencabarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Keputusan rasmi itu menyaksikan Azmin memperolehi 9,876 undi, manakala Khalid mendapat 6,217 undi dan Saifuddin sebanyak 5,717 undi.
Bagi jawatan Naib Presiden, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwr mendahului pencabar-pencabar lain dengan mendapat 13,013 undi, diikuti Tian Chua (11,845) dan Rafizi Ramli (10,561).
Sementara itu, untuk jawatan Ketua Wanita, penyandangnya Zuraida Kamaruddin juga dilihat mengatasi pencabarnya dengan mendapat 3,180 undi berbanding Exco Selangor, Rodziah Ismail dengan 2,626 undi.
Dalam pada itu, jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adun Batu Cave, Amiruddin Shaari dengan 1,619 undi mendahului dua pencabarnya. Dengan perbezaan hanya 68 undi, persaingan sengit berlaku antara Amiruddin dengan pencabar terdekat beliau, Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mendapat 1,540 undi.
Seorang lagi calon Ketua AMK, Nazree Yunus memperolehi 1,036 undi. Pemilihan seterusnya pada 10 Mei untuk Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan, sementara itu bagi Negeri Selangor pemilihan akan dilakukan pada 11 Mei.
Pengundian PKR bermula 25 April lalu dan akan berlangsung secara berperingkat mengikut negeri sehingga 11 Mei depan. Seramai 496,923 dari sejumlah 500,001 ahli parti itu layak mengundi. Kesemua jawatan tertinggi parti ditandingi kecuali Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang menang tanpa bertanding. - HARAKAHDAILY, 9/5/2014
Brunei: Kerabat Boros, Maksiat. Syariat Islam Di Belasah Lagi.
Selepas pelaksanaan hukum hudud di Brunei oleh Sultan Hassanal Bolkiah, pendedahan gaya hidup boros dan bergelumang dengan maksiat melibatkan pemerintah dan kerabatnya didedahkan media barat.
Media berkenaan mengkritik kehidupan peribadi Sultan Brunei dan kerabatnya dan pendedahan melibatkan anakanda Sultan, Putera Abdul Azim dan adiknya, Putera Jefri Bolkiah dilakukan.
Majalah atas talian barat, Frontpage Mag (www.frontpagemag.com), menuduh anak kesayangan Sultan Brunei, Azim sebagai seorang yang gemar mengadakan parti liar dengan selebriti Hollywood.
"Putera Azim, anak kesayangan Sultan Brunei juga menghabiskan banyak wang untuk menjemput bintang ke sambutan ulang tahunnya dan menghabiskan masa berparti di Barat," kata penulis majalah itu, Daniel Greenfield dalam artikelnya.
Azim juga didedahkan pernah minum arak sehingga mabuk bersama mendiang Michael Jackson yang diketahui ada kecenderungan dalam hubungan sejenis dan ia didedahkan sendiri oleh selebriti Amerika Syarikat, Aaron Paul Sturtevant.
Selain itu, adik Sultan Brunei, Putera Jefri Bolkiah, juga didakwa sebagai teman akrab kepada sultan untuk berhibur dan mempunyai hampir 40 pelacur yang disimpan di hotel Dorchester, London. Jefri juga dikatakan seorang yang boros dan menghabiskan wangnya membeli pelbagai koleksi bernilai jutaan ringgit.
Malah, Jefri juga sebelum ini dilaporkan oleh Reuters cuba menghalang daripada gambar "statut erotik" yang menunjukkan beliau sedang membuat hubungan kelamin didedahkan dalam satu perbicaraan mahkamah di New York.
Daniel berkata, selebriti di Hollywood membantah pelaksanaan undang-undang Islam di negara tersebut kerama menyifatkan ia sebagai tidak adil.
"Bukan undang-undang Islam itu yang kejam, tetapi ia tidak dilaksanakan ke atas kumpulan elitis sebaliknya rotan, rejam dan pukul hanya ke atas rakyatnya," katanya.
Pelaksanaan undang-undang Islam di Brunei menerima kritikan banyak pihak, malah selebriti Hollywood juga memprotes usaha tersebut.
Terbaru, pengasas kumpulan Virgin, Richard Branson memboikot hotel milik Sultan Brunei, termasuk The Dorchester di London dan Hotel Beverly Hills di Los Angeles. Selain Branson, beberapa selebriti lain seperti Stephen Fry, pengacara TV Sharon Osbourne dan pelawak, Ellen DeGeneres juga memboikotnya.
Kumpulan aktivis dan sivil di barat juga memprotes pelaksanaan undang-undang Islam di Brunei.
Tahun lalu, Sultan Hassanal Bolkiah, yang merupakan pemerintah mutlak negara kecil yang kaya dengan hasil minyak itu, berkata menerusi pengenalan hudud ke dalam sistem perundangan negara itu, "akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah".
Mulai April lalu, Brunei secara beransur-ansur menginstitusikan hukuman seperti sebatan, memotong anggota badan dan merejam, susulan daripada pengenalan kepada Kod Penal Syariah yang baru. Lazimnya rakyat Brunei tidak mempersoalkan arahan istana, namun beberapa suara kritikan meresap ke dalam media sosial mengkritik usaha ke arah melaksanakan hudud, dan ini menyebabkan Sultan Hassanal memberi amaran keras.
Usaha Brunei itu bagaimanapun mendapat pujian beberapa ahli politik konservatif di Malaysia, termasuk daripada parti PAS. Disember lalu, kurang dua bulan selepas pengumuman Sultan Brunei itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub mengetuai delegasi Kelantan yang dianggotai beberapa pemimpin kanan negeri itu ke Bandar Seri Begawan, bagi menyampaikan ucapan tahniah atas keputusan Sultan Brunei itu.
Delegasi berkenaan turut diberi taklimat oleh pelbagai pihak berkuasa agama di Brunei mengenai pelaksanaan hudud, iaitu sesuatu yang mencetuskan perdebatan sepanjang dua dekad sejak kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS memberi lampu hijau untuk enakmen hudud.
Kerajaan negeri Kelantan juga akan membawa Usul Persendirian ke Dewan Rakyat bagi mendapatkan restu untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk Hudud di Kelantan.
Bagaimanapun, usaha tersebut mendapat tentangan banyak pihak khususnya daripada parti komponen Pakatan Rakyat, DAP dan parti komponen Barisan Nasional, MCA. – 9 Mei, 2014. (TMI)
Mereka Tidak Memahami Hudud - Kumutha Raman
KUALA LUMPUR: Tindakan Wanita MCA membuat laporan polis berhubung hasrat PAS Kelantan membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian bagi melaksanakan hudud di Kelantan disebabkan kurangnya kefahaman mereka terhadap hukum tersebut.
Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP), Kumutha Raman, berpandangan tindakan itu disebabkan mereka bukan beragama Islam dan tidak memahami secara jelas berkaitan hukum jenayah Islam.
"Mereka tidak tahu dan tidak faham tentang hudud. Sebab itu mereka bimbang dan mendakwa akan menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.
"Jika mereka faham apa itu hudud, saya fikir mereka tidak mempunyai masalah dengan hasrat kerajaan negeri Kelantan itu," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Beliau yang menyokong pelaksanaan hukum hudud menambah, jika rakyat bukan Islam di negara ini diberikan penerangan secara terperinci berkaitan hudud, ia tidak menimbulkan pelbagai kerisauan dan persoalan di kalangan mereka.
Berdasarkan pengalaman beliau menjadi salah seorang panelis pada majlis forum berkaitan hudud di Sabak Bernam, minggu lalu, beliau mendapati kebanyakan hadirin bukan Islam yang membangkitkan persoalan berkaitan hudud akhirnya jelas dan faham dengan penerangan yang diberikan pada majlis tersebut.
"Saya ditemui hadirin selepas tamat forum hudud tersebut yng akhirnya mengakui faham tentang hudud ini. Malah ada di kalangan mereka yang berasakan pelaksanaan hudud ini boleh membantu mencegah kegiatan jenayah yang semakin berleluasa," jelas beliau.
Ekoran penerimaan itu, Kumutha yang juga penasihat undang-undang di sebuah firma guaman, mengharapkan lebih banyak siri forum penerangan berkaitan hudud diadakan bersama nonmuslim dengan menampilkan para ahli panel yang berkelayakan.
Malah, katanya menampilkan ahli panel di kalangan wakil DHPP yang memahami berkenaan hudud juga amat dialu-alukan bagi memudahkan lagi komunikasi di antara kelompok bukan Islam.
Semalam, Wanita MCA melalui Setiausaha Agungnya, Ooi Siew Kim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, mendakwa usul tersebut bakal menggugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama. Mereka juga bimbang ia akan mengancam dan menjejaskan ketenteraman rakyat secara umum. - HARAKAHDAILY, 9/5/2014
Hudud Islam Brunei Diserang. Adik Sultan Berzina?
AWAL bulan ini Brunei Darussalam menjadi negara Asia Tenggara pertama melaksanakan syariat Islam . Maka bermula lagi kerajaan Brunei dibelasah dan diserang. Dibongkar kisah-kisah lama, baru dan diciptakan yang akan datang. Lihat contohnya..
Diceritakan, khabar ini mengingatkan seorang perempuan asal Amerika Syarikat Jillian Lauren , 41 tahun , yang pernah menjadi salah satu gundik dari Pangeran Brunei Jefri Bolkiah , adik dari Sultan Brunei Hassanal Bolkiah .
Lauren sudah menceritakan kisah hidupnya semasa menjadi gundik pangeran Brunei dalam sebuah buku laris bertajuk " Some Girls : My Life in a Harem " terbit pada 2010 . Berikut kesaksian Lauren seperti yang dilaporkan oleh The Daily Beast , dua hari lalu .
"
Ketika saya masih remaja , saya menjadi gundik dari adik sultan ,
pangeran Brunei . Ketika itu saya berfikir mereka bukan orang jahat .
Mereka hanya manusia biasa dan sangat kaya . Saya sering bertanya -
tanya , apa jadinya jika saya jadi mereka , punya wang banyak dan kuasa . Saya tak pernah mendapat jawapan memuaskan .
Kini sultan menjadi berita di mana - mana kerana melaksanakan syariat Islam di Brunei , termasuk hukuman rejam bagi para pelaku zina , potong tangan bagi pencuri , dan sekatan bagi pelaku aborsi , mabuk - mabukkan , dan homoseksual , serta rogol .
Saya bukan ahli undang-undang antarabangsa . Tapi komen saya atas kes ini adalah ingatan di sebuah malam pada 1990 - an , sultan dan saya minum - minum hingga mabuk di sebuah bilik hotel mewah di Kuala Lumpur , Malaysia . Malam itu kami melanggar sekurang-kurangnya dua syariat Islam .Sedikit menengok latar belakang hidup saya .
Saya baru berusia 18 tahun ketika mendapat panggilan uji bakat di hotel Ritz - Carlton di Bandar New York . Saya diberitahu akan mendapat pekerjaan di sebuah kelab malam di Singapura . Ketika saya mendapatkan pekerjaan itu saya menyedari saya tidak ditempatkan di Singapura . Saya malah baru tahu uji bakat itu adalah undangan buat menjadi gadis penghibur bagi Pangeran Jefri Bolkiah , adik bongsu sultan Brunei . Pada saat itu sultan Brunei adalah orang terkaya sejagat . Ketika saya menerima undangan itu saya masih sangat belia .
Ketika saya tiba di Brunei , saya baru tahu pangeran selalu mengadakan pesta mewah saban malam . Pada pesta itu orang - orang minum - minum hingga mabuk , menari , menyanyi karaoke , dan tentunya ditemani sekitar 30 hingga 40 perempuan cantik dari segala penjuru dunia .
Hukum rejam kini dipraktikkan di 15 negara . Kumpulan pembela hak asasi , termasuk Amnesty International dan Human Rights Watch menilai hukuman itu sangat kejam . Menurut organisasi pembela hak asasi Perempuan dalam Syariat Islam ,
rejam merupakan bentuk kekerasan paling brutal terhadap perempuan .
Di saat rakyat Brunei harus menghadapi kenyataan terkikisnya hak - hak mereka , saya membayangkan , orang yang pernah saya kenal sedang berehat di sebuah hotel mewah di suatu tempat , barangkali sambil mengajak duduk seorang remaja Amerika di pangkuannya , dia membuat undang - undang soal moral . "
Jillian Lauren memulakan kariernya sebagai penari telanjang di New York pada usia 17 tahun . Dia lalu menjadi gundik pangeran Brunei selama beberapa tahun . Lauren kini tinggal di Bandar Los Angeles dan sudah berkahwin dengan pemain bas band Weezer . Mereka menerima pakai seorang anak asal Ethiopia pada 23 Januari 2009 .
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kita akan dan mula lihat selepas Brunei mengumumkan pelaksanaan syariat Islam termasuk Hudud, negara itu akan diserang habis-habis oleh media barat dan kuncu-kuncunya.
Ini salah satu dari episodnya, membongkar kembali yang lama-lama. Ingat mereka menyerang Islam, sebenarnya. Malaysia pun kalau laksana Hudud juga akan menerima nasib sama. Tetapi..
'Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai..' kata pepatah Melayu.
Apakah semangat ini hanya ada pada mujahidin-mujahidin Islam sahaja, tidak kepada pejuang-pejuang keadilan lain?
Blogger Wujudkan 'Rangkaian Liberal', Dihukum.
RIYADH - ARAB SAUDI: Sebuah mahkamah di Arab Saudi, kelmarin
menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 1,000 sebatan ke atas seorang
penulis blog yang didakwa murtad selepas didapati bersalah kerana
mewujudkan rangkaian liberal secara dalam talian serta menghina Islam.
Sebelum ini, Raef Badawi yang diberkas pada Jun 2012 dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 600 sebatan, namun mahkamah rayuan mengarahkan tertuduh dibicarakan semula.
Hakim turut mengarahkan Raef membayar denda AS$266,000 (RM862,000).
Difahamkan, rangkaian kontroversi diasaskan bersama aktivis, Suad al-Shammari mengisytiharkan 7 Mei 2012 sebagai Hari Liberal dan menggesa menghentikan penguasaan agama dalam kehidupan masyarakat di negara.
Laman blog tersebut juga didakwa melemparkan kritikan pedas terhadap beberapa ulama, Suruhanjaya Amar Ma’ruf Nahi Munkar dan fatwa yang kononnya didakwa berbahaya kepada Islam, laporan dipetik dari Al-Jazeera.
Komen Weblog Ibnu Hsyim: Dihukum kerana..
Sebelum ini, Raef Badawi yang diberkas pada Jun 2012 dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 600 sebatan, namun mahkamah rayuan mengarahkan tertuduh dibicarakan semula.
Hakim turut mengarahkan Raef membayar denda AS$266,000 (RM862,000).
Difahamkan, rangkaian kontroversi diasaskan bersama aktivis, Suad al-Shammari mengisytiharkan 7 Mei 2012 sebagai Hari Liberal dan menggesa menghentikan penguasaan agama dalam kehidupan masyarakat di negara.
Laman blog tersebut juga didakwa melemparkan kritikan pedas terhadap beberapa ulama, Suruhanjaya Amar Ma’ruf Nahi Munkar dan fatwa yang kononnya didakwa berbahaya kepada Islam, laporan dipetik dari Al-Jazeera.
Komen Weblog Ibnu Hsyim: Dihukum kerana..
- murtad selepas didapati bersalah
- kerana mewujudkan rangkaian liberal secara dalam talian
- serta menghina Islam.
- rangkaian kontroversi diasaskan bersama aktivis, Suad al-Shammari mengisytiharkan 7 Mei 2012 sebagai Hari Liberal
- dan menggesa menghentikan penguasaan agama dalam kehidupan masyarakat di negara.
- melemparkan kritikan pedas terhadap beberapa ulama, Suruhanjaya Amar Ma’ruf Nahi Munkar dan fatwa
- yang kononnya didakwa berbahaya kepada Islam.
Rihana: Tak Benarkan Tunjuk Payudara Pun Jadi Publisiti?
HALAMAN HIBURAN
RIHANNA antara penyanyi yang cukup aktif di laman sosial. Bagaimanapun, baru-baru ini akaun Instagram miliknya telah disekat dan tidak boleh diakses oleh sesiapa pun termasuk Rihanna sendiri. Lapor Kosmo pagi ini.
"Menurut laporan Contact Music, akaun milik penyanyi lagu Diamonds itu telah disekat oleh pihak Instagram sendiri bukannya diceroboh oleh pihak lain.
"Semuanya gara-gara foto seksinya yang dikeluarkan di majalah Lui dimuat naik dalam akaun Instagramnya. Foto-foto itu disifatkan agak keterlaluan dan boleh diibaratkan seperti berbogel kerana dengan jelas menunjukkan payudara penyanyi tersebut." Jelas Kosmo lagi.
Namun, sekatan itu hanya bersifat sementara sahaja dan penyanyi tersebut telah diberi amaran supaya tidak memuat naik foto-foto terlalu seksi sehingga mengundang terlalu ramai peminat mengakses akaunnya dalam masa yang sama. Dia juga dikhabarkan telah diminta untuk membuang semua foto seksinya keterlaluan di akaun instagram.
Rupanya, tidak dibenarkan tunjuk payudara pun jadi publisiti? Inilah antara cara fikir artis masa kini..
Lihat sebelum ini, cara fikir artis yang salah..
- Lagi, Bantah Fikir Songsang Dewi Persik
- Carafikir Dewi Persik: Zina, Hanya Di Selaput Dara...
- Artis Marsha Milan, Berfikir Tidak Islamik?
- Lagi Cara Fikir Artis Yang Salah.. Lihat Pula Erma...
- Erma Fatima: Saya Rasa Dr Asri Mungkin Tak Tahu Ce...
- Aksi Panas & Seksi Anak Artis Ini, Kerana Cara Fik...
- Artis Ini,'Teman Baik' Cium Di KLIA Tangan Masuk D...
- Carafikir: Shahrizal Jaszle Curang, Tunang Undur D...
- Carafikir Rozita Che Wan: Didik Anak Mewah, Larang...
- Kisah Cinta: Mengidola Artis Ini, Membawa Ke Loban...
- Ziela Jalil Telefilem: Hampir Gagal Kerana Cara Fi...
- Road To Hollywood: Alhamdulillah, Insya-Allah, Dal...
Buruan INTERPOL Ditahan Di M'sia.
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang amat dikehendaki Interpol kerana terlibat dalam kumpulan pengganas Al-Shabab berjaya ditangkap sepasukan polis Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman semalam.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin dalam satu kenyataan memberitahu, lelaki berusia 34 tahun berasal dari Afrika Timur itu ditahan dalam satu operasi khas di Selangor.
"Pihak polis sedang menjalankan siasatan susulan ke atas penangkapan suspek di Malaysia untuk mengenal pasti rangkaian anasir-anasir pengganas Al-Shabab di negara ini.
"Ia berdasarkan kemungkinan terdapat rangkaian kumpulan pengganas itu bersembunyi atau menjalankan aktiviti yang boleh mengancam keselamatan Malaysia," katanya dalam kenyataan tersebut.
Sebelum ini, dilaporkan 11 individu berusia antara 22 dan 55 tahun termasuk dua wanita ditahan sejak 28 Mac lalu selepas dipercayai terbabit kegiatan militan di negara ini. Enam daripada suspek ditahan di Selangor tiga di Kedah manakala dua di Kuala Lumpur.
(IH)
Road To Hollywood: Alhamdulillah, Insya-Allah, Dalam Maksiat..
BARISAN peserta yang bakal membawa nama negara untuk bersaing di gelanggang WCOPA ke-7 yang bakal berlansung dari 11 hingga 20 Julai depan di Hollywood, California, Amerika Syarikat.
AYU DAMIT telah mencuba sebaik mungkin, namun rezeki tidak berpihak kepadanya.
WORLDSTARS, Road To Hollywood telah memasuki tahun ketujuh penyertaan
Malaysia untuk bertanding pada World Championship of Performing Arts
(WCOPA) di Hollywood, California, Amerika Syarikat.Empat wakil pasukan Malaysia yang telah terpilih daripada setiap kategori untuk ke Hollywood pada tahun ini adalah Nurul Aina Abdul Ghani, Muhammad Alif Kadim bagi kategori vokal, Cak Lempong Fusion (instrumental) dan Zeppo (tarian).
Menerusi saringan peringkat akhir, Nurul Aina dan Muhammad Alif berjaya menumpaskan 13 orang peserta solo dan tiga pasukan berkumpulan dalam kategori vokal termasuk juara One In A Million musim kedua, Ayu Damit. Menjelaskan faktor kemenangan yang tidak terjangka itu, kata Nurul Aina, pemilihannya untuk ke Hollywood selepas saringan peringkat akhir itu satu magis baginya.
“Syukur Alhamdulillah, persembahan saya pada peringkat akhir ini berjaya menambat hati juri untuk memilih saya. Insya-Allah, saya akan mengharumkan nama Malaysia di mana dunia,” ujarnya yang ditemui usai saringan peringkat akhir Worldstars, Road To Hollywood di Unitar, Kelana Jaya, Selangor baru-baru ini.
Tidak dapat dinafikan, program Road To Hollywood bertanding pada World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Hollywood, California, Amerika Syarikat, adalah suatu projek maksiat, walaupun dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Projek Maksiat itu ibarat 'seruan azan' menggamit 'tunggangan iblis' ke 'masjid'nya, dan akhirnya ber'haji' ke Hollywood.
Kerana itu, perkataan 'Syukur', 'Al-hamdulillah', 'Insya Allah' digunakan. Bagaikan seorang pengacara wanita di tv atau di pentas, yang tidak berpakaian menutup aurat (yang hukumnya'haram') tetapi mengucapkan salam (yang hukumnya 'sunat') kepada hadirin atau penonton.
Itulah antara cara fikir salah yang berlaku kepada artis-artis atau selebriti masa kini.. (IH)
- Lagi, Bantah Fikir Songsang Dewi Persik
- Carafikir Dewi Persik: Zina, Hanya Di Selaput Dara...
- Artis Marsha Milan, Berfikir Tidak Islamik?
- Lagi Cara Fikir Artis Yang Salah.. Lihat Pula Erma...
- Erma Fatima: Saya Rasa Dr Asri Mungkin Tak Tahu Ce...
- Aksi Panas & Seksi Anak Artis Ini, Kerana Cara Fik...
- Artis Ini,'Teman Baik' Cium Di KLIA Tangan Masuk D...
- Carafikir: Shahrizal Jaszle Curang, Tunang Undur D...
- Carafikir Rozita Che Wan: Didik Anak Mewah, Larang...
- Kisah Cinta: Mengidola Artis Ini, Membawa Ke Loban...
- Ziela Jalil Telefilem: Hampir Gagal Kerana Cara Fi...
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Wakil Penjual:
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Wakil Penjual:
CT Rahmah 0132289576
Syed 0176778774 (JB)
Subscribe to:
Posts (Atom)