Saturday, May 31, 2014

Rasmi: BN Menang Tipis Majoriti 238

 
Proses pengundian berakhir pada jam 5 petang dengan peratusan pengundian yang agak rendah - 66.5 peratus atau 39,850 pengundi.

Ini lebih rendah daripada sasaran DAP sebanyak 70 peratus, yang diharapkan parti itu akan memberi kemenangan kepada calon muka barunya, Dyana Sofya Mohd Daud yang berdepan dengan calon BN Datuk Mah Siew Keong.

Pada 2013, jumlah keluar mengundi di Teluk Intan ialah 80.4 peratus.

DAP menang kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti 7,313 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka memulakan proses penjumlahan rasmi pada jam 6.30 petang di Dewan SM Abdul Rahman Talib.

LAPORAN LANGSUNG

7.43pm: Keputusan rasmi

DAP - 19,919
BN - 20,157
Majoriti - 238


8.20pm: Pusat operasi GERAKAN - Mah Siew Keong berucap secara ringkas kepada penyokong di hadapan pintu masuk bangunan ibu pejabat Gerakan.

Mereka menunggu beliau sejak beliau tiba pada jam 7.55 malam tadi dan terus bermesyuarat secara ringkas dengan petugas parti di dalam bangunan tersebut.

Beliau berharap agar penyokongnya bersabar jika pengiraan semula dilakukan.

"Sebab keputusan tidak rasmi sudah keluar tapi pihak lawan sudah cabar keputusan itu," katanya.

"Jika SPR akan membuat kiraan semula dalam beberapa jam lagi dan kita sabar, tak macam satu parti, dia tak sabar dia tulis di Internet semua dia menang.

"Kita hormati undang-undang, kita sabar sikit," kata Mah lagi yang disambut tepukan oleh para penyokongnya.


8.09pm: ADUN Canning Wong Kah Woh meminta para penyokong dan berikrar bahawa DAP akan berusaha lebih keras dalam pilihan raya umum ke-14.

Katanya, DAP akan meneliti kemungkinan untuk menjalankan kiraan semula undi.

7.51pm: Pemimpin GERAKAN mengumumkan menang pilihan raya kecil dengan majoriti hanya 238 undi.


7.57pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 19,919
BN - 20,157
Majoriti - 238


7.55pm: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong tiba di ibu pejabat Gerakan Teluk Intan dengan tersenyum lebar dan berjabat tangan dengan penyokongnya.

Beliau dijulang oleh penyokongnya dengan laungan "Mah Siew Keong!" Berulang-ulang kali.


7.47: Hanya tinggal undi dari satu saluran dari Sungai Bugis, kubu kuat BN, yang masih belum dijumlahkan.

7.43pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 19,830
BN - 19,805
Majoriti - 25


7.41pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 19,616
BN - 19,548
Majoriti - 68


7.39pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 19,529
BN - 19,288
Majoriti - 241.

Lebih 97 peratus undi sudah dijumlahkan.


7.37pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 19,508
BN - 19,219
Majoriti - 289


7.33pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 19, 279
BN - 18,581
Majoriti - 698.

Kira-kira 95 peratus undi sudah dijumlahkan.

7.29pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 19, 202
BN - 18,379
Majoriti - 823.


7.28pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 18,769
BN - 18,069
Majoriti - 700.


7.26pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 18,172
BN - 17,501
Majoriti - 671.


7.24pm:
Keputusan tidak rasmi

DAP - 17,536
BN - 17,138
Majoriti - 398.

Lebih 90 peratus undi sudah dijumlahkan.


7.21pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 17,314
BN - 17,044
Majoriti - 270


7.20pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 17,112
BN - 16,900
Majoriti - 212


7.19pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 16,722
BN - 16,569
Majoriti - 153


7.18pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 16,303
BN - 15,800
Majoriti - 503


7.16pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 16,117
BN - 15,538
Majoriti - 579.

Lebih 80 peratus undi sudah dijumlahkan


7.14pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 15,980
BN - 15,151
Majoriti - 829.


7.13pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 15,796
BN - 14,805
Majoriti - 991


7.11pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 15,000
BN - 14,163
Majoriti - 1,289

7.09pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 14,635
BN - 13,349
Majoriti - 1,287

70 peratus dari keseluruhan undi sudah dijumlahkan.

7.07pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 14,426
BN - 13,135
Majoriti - 1,291

7.06pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 13,781
BN - 12,743
Majoriti - 1,038

7.01pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 13,054
BN - 11, 843
Majoriti - 1,211

6.58pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 12,736
BN - 11, 015
Majoriti - 1,721

6.56pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 12,407
BN - 10,518
Majoriti - 1,889

6.54pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 12,368
BN - 10,279
Majoriti - 2,087

6.53pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 12,081
BN - 9,936
Majoriti - 2,145

6.51pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 11,791
BN - 9707
Majoriti - 2,087

6.50pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 11,362
BN - 9, 451
Majoriti- 1,911

6.48: Keputusan tidak rasmi

DAP - 10,368
BN - 8,571
Majoriti - 1,797

6.46pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 10,000
BN - 8,287
Majoriti: 1,713

6.40pm: SMK Abdul Rahman Talib - Suasana di luar pusat penjumlahan masih tenang dan para petugas dilihat membawa masih peti undi ke dalam dewan.

Kawasan berkenaan dikawal ketat oleh anggota polis. Turut kelihatan, Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

6.39pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 9,264
BN – 7,987
Majoriti - 1,277

6.36pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 8,060
BN - 6,932
UNdi rosak - 176
Majoriti - 1,128
Undi dijumlahkan: 15,168 (41.16%)

6.31pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 7,216
BN - 6,495
Undi rosak - 168
Majoriti - 721
Undi dijumlahkan: 13,879 (37.66%)

6.28pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 6,435
BN - 5,716
Undi rosak - 142
Majoriti - 719

Lebih 30 peratus daripada undi sudah dijumlahkan

6.22pm: Keputusan tidak rasmi:
DAP - 5,424
BN - 4,884
Undi Rosak - 112
Majoriti - 540
Undi dikira: 10,420 (28.27%)

6.20pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 5,078
BN - 4,495
Undi Rosak - 107
Majoriti: 583

6.15pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 4,604
BN - 4,005
Undi Rosak - 102

6.05pm: Keputusan tidak rasmi

BN - 572
DAP - 463

6pm: Keputusan tidak rasmi

BN - 473
DAP - 413

5 Ptg Pengundian Berakhir. Jumlah Sekitar 70%


Teluk Intan akan memilih anggota Parlimen baru hari ini yang menyaksikan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27 tahun bersaing dengan calon BN, Datuk Mah Siew Keong, 53 tahun.

Pencalonan Dyana, seorang calon wanita Melayu muda yang juga merupakan setiausaha politik kepada Lim Kit Siang mencetuskan minat luar biasa di kalangan pengamat politik tempatan.

Mah Siew Keong, seorang ahli politik veteran yang pernah menjadi MP selama dua penggal, melakukan percubaan kali ketiga untuk merampas kembali kerusi Teluk Intan yang terlepas dari tangan beliau pada tahun 2008.

Jika menang, Mah selaku presiden Gerakan akan memberi nafas kepada parti itu yang kelihatan terpinggir dari politik nasional sejak kalah pada tahun 2008.

Jika kalah, ia adalah kekalahan 'hattrick' buat anak kelahiran Teluk Intan ini.

Seah Leong Peng dari DAP menewaskan Mah pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti 7,313 undi namun kerusi itu kembali kosong pada 1 Mei lalu dengan kematian Seah akibat kanser.

Pengundi berdaftar di Parlimen Teluk Intan adalah seramai 60,483 orang dan 421 pengundi awal membuang undi pada 29 Mei lalu.

Pengundi Cina meliputi 42 peratus daripada jumlah pengundi sementara pengundi Melayu pula adalah sebanyak 38 peratus dan pengundi India seramai 19 peratus.

Sebanyak 37 buah pusat mengundi akan dibuka dan proses membuang undi akan bermula pada jam 8 pagi sehingga 5 petang.

Proses mengira undi akan diadakan di SMK Abdul Rahman Talib bermula pada jam 5 petang dan jika segalanya lancar, keputusan rasmi dijangka bakal diumumkan pada jam 9 malam.

Parlimen Teluk Intan meliputi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pasir Bedamar dan Changkat Jong.
  
Dalam pengundian awal 27 Mei lepas, sebanyak 95.61 peratus atau 392 daripada 410 pengundi keluar mengundi.
  
Semalam, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Ahmad Adli Abdullah berkata SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi mampu mencecah 80 peratus, sama seperti peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
  
Beliau juga menjangkakan keputusan PRK Parlimen Teluk Intan dapat diumumkan seawal pukul 9 malam.
  
Sementara itu, cuaca di Teluk Intan cerah di sebelah pagi, dan diramalkan hujan sebelah petang, menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia.
  
Malaysiakini akan menyajikan kepada anda laporan secara langsung sepanjang proses pengundian hari ini.


GALERI FOTO
 LAPORAN LANGSUNG

5pm: Tempoh pengundian berakhir.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, parti itu menjangka jumlah keluar mengundi hari ini sekitar 70 peratus.

4.38pm: Menurut SPR, jumlah keluar mengundi di Teluk Intan mencapai tahap 38,158 orang atau 63.67 peratus menjelang jam 4pm.

Jumlah keluar mengundi paling besar untuk kawasan parlimen ini direkodkan pada 2013, dengan 48,649 pengundi (80.4%)

Penyandangan kerusi tersebut, Seah memenangi kerusi tersebut dengan 56.32% undi (dengan majoriti 15%).

3.45pm: SK Kg Bahagia - Dengan tempoh mengundi tinggal kira-kira satu jam sahaja lagi, penyokong-penyokong BN masih lagi bersorak-sorak dan mengejek penyokong DAP.

Kedua-dua kumpulan berkenaan hanya dipisahkan kira-kira lima meter sahaja dari mereka.

Mereka mengulangi sorakan "Abang polis baik", "DAP komunis", dan "Lim Kit Siang bodoh" berulang kali.

3.40pm Menurut SPR, seramai 58.36 peratus atau 34,974 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab setakat jam 3 petang.

3.30pm: MP Bukit Bendera Zairil Khir Johari mengesahkan kenderaan yang dinaiki Dyana diketuk dengan satu tiang bendera ketika kereta tersebut melalui sekumpulan penyokong BN.

Kenderaan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kerosakan.

"Selain daripada itu, mereka hanya menyorak dan mengejek,” katanya.

2.57pm: Kg Bahagia – MP Batu Kawan, Kasthuri Patto mendakwa kereta yang dinaiki Dyana menjadi sasaran serangan oleh para penyokong BN yang menggunakan bendera parti untuk mengetuk kenderaan tersebut.

"Kereta calon dipukul dengan bendera BN di Kampung Bahagia. Jerita 'barua DAP' dan 'pengkhianat' kedengara,” tulisnya di Twitter.

Parti DAP melalui akaun rasmi Twitter turut melaporkan insiden sama, dengan menyertakan gambar penyokong BN cuba menyentuh satu kenderaan menggunakan bendera BN yang dipasang pada galah panjang.

Pusat pengundian Kampung Bahagia, yang menjadi tumpuan para penyokong hari ini, mempunyai tujuh saluran dengan lebih 3,000 pengundi.

Ia merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu (90 peratus). Selebihnya, 5 peratus pengundi Cina dan 4 peratus India.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN menang di kesemua tujuh saluran, namun dengna majoriti yang kecil.

Secara keseluruhannya, ia meraih lebih 1,900 undi daripada tujuh saluran berbanding 1,100 undi yang diraih DAP.


2.30pm: Menurut SPR, jumlah yang keluar mengundi setakat jam 2 petang adalah 52.21 peratus atau 31,286 pengundi.

2pm: Ketua polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata kekecohan yang berlaku di dua kawasan mengundi pada pagi ini terkawal.

Laporan Bernama menyebut, beliau berkata kekecohan berlaku
disebabkan keghairahan kedua-dua penyokong parti melakukan provokasi untuk meraih undi di saat-saat akhir.

Salah satu kejadian itu berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia dan satu lagi di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam.

"Kekecohan yang berlaku berjaya dikawal anggota yang bertugas," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

2pm: Kampung Bahagia, tiada sebarang insiden berlaku ketika Dyana melawat pusat pengundia di Kampung Bahagia.

Bagaimanapun, kumpulan Pemuda BN masih lagi melaungkan slogan dan bertekak dengan kumpulan dari kem DAP walau rembang petang semakin membahang.

Antara yang dikesan di kalangan kumpulan Pemuda BN itu ialah MP Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mengibar satu bendera sambil dijulang oleh para penyokongnya.

Beliau dilihat mengibar bendera itu ke arah kumpulan penyokong DAP.

Sementara itu, satu gambar didakwa menunjukkan Tajuddin berada di dalam satu kawasan pusat pengundian menjadi tumpuan di laman sosial.

Pengguna laman sosial mempersoalkan perkara itu kerana Tajuddin dilihat tidak memakai pas SPR untuk membolehkan beliau berada dalam kawasan pusat pengundian.

Gambar itu juga menunjukkan Tajuddin memakai baju dengan lambang BN.

MP DAP Ong Kiang Ming di Twitter menyebut, semakannya menunjukkan Tajuddin adalah pengundi kawasan Pasir Salak.



1.30pm: Menurut SPR, jumlah keluar mengundi setakat jam 1pm adalah 46.65 peratus atau 27,955 penugundi.

Sementara itu, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata sehingga tengah hari ini saluran-saluran mengundi melibatkan pengundi muda mencatatkan jumlah pengundi yang agak rendah.

Dalam kenyataannya, yang disiarkan saluran TV3 melalui program berita ringkas Buletin 1.30 berkata, beliau menjangka pengundi-pengundi ini akan keluar mengundi di sebelah petang.

"Orang muda ini lewat sikit. Diorang mungkin tidur lewat malam tadi," katanya.

1.10pm: SPR menyebut, 40.13 peratus atau 24,050 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka setakat tengahari, lapor Bernama.
 
12.30 tengahari: Pusat media - Calon BN Datuk Mah Siew Keong mendakwa Malaysiakini tidak melaporkan dengan tepat kenyataannya mengenai pengundi luar kawasan di Teluk Intan.

"Anda perlu melihat konteks keseluruhan ucapan," kata Mah, merujuk kepada satu laporan semalam di mana beliau menggesa pengundi tempatan supaya tidak membiarkan pengundi luar kawasan menentukan nasib Teluk Intan.

"Saya tidak kata mereka orang luar, mereka juga adalah anak-anak tempatan di sini," katanya sambil menambah bahawa beliau hanya berkata mereka harus berunding dengan ibu bapa mereka sebelum membuat keputusan.

Mah, yang melawat semua daerah mengundi pagi ini, berkata jumlah keluar mengundi di kawasan Pasir Bedamar, kubu kuat DAP adalah sangat tinggi, tetapi beliau meramalkan jumlah keluar mengundi keseluruhannya juga akan tinggi apabila proses pengundian selesai.

"Masih terdapat banyak kereta datang dari Kuala Lumpur dan Selangor. Dan juga ramai yang bekerja separuh hari di estet hari ini. Lebih ramai yang akan mengundi pada sebelah petang," katanya.

11.15 pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff berkata ketegangan (lihat video) yang berlaku di Kampung Bahagia adalah "tidak serius" kerana ia tidak membabit "fizikal".

Bercakap kepada pemberita, beliau berpendapat ia disebabkan jalan yang kecil menujukk sekolah berkenaan," katanya.

Abdul Aziz juga mengatakan bahawa seramai 13,754 pengundi telah mengundi sehingga jam 10 pagi dan 23 peratus sudah keluar mengundi setakat ini.

Katanya, kadar pengundian ialah 10 peratus setiap satu jam.

11.10 pagi: Kampung Kerentina - Seorang pekerja kempen BN menghalang wartawan Malaysiakini daripada mengambil buku kecil dan risalah percuma dari kaunter parti itu di luar tempat mengundi itu.

"Anda dari Malaysiakini, anda putar (cerita) sepanjang masa dan anda tidak boleh ambil ini," katanya.

Apabila wartawan menyebut yang ianya diedar percuma, lelaki itu menjawab: "Ya ia percuma tetapi kamu tak boleh ambil."

Risalah itu memaparkan gambar Dyana dan Lim Kit Siang, dan menuduh mereka sebagai pengkhianat manakala muka depan buku kecil itu menunjukkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi tidak diketahui kandungannya.

Sementara itu, Menteri besar Perak tiba dan berjabat tangan dengan pekerja kempen.

Pada masa yang sama, penyokong PAS membawa poster Dyana dan menggesa orang ramai mengundinya. Seorang wanita berpakaian seragam Puteri Umno menjawab: "Kak, dia tak sokong hudud".

11.12 pagi: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, kadar peratusan pengundian pada jam 10 pagi ialah 22.95 peratus.

10.45 pagi: Jalan Padang Tembak - lalulintas mulai sesak di sepanjang Jalan Padang Tembak, jalan utama menuju ke bandar di mana terletaknya beberapa sekolah yang dijadikan pusat mengundi.

Walaupun kebanyakan kereta menggunakan nombor plat Perak dan KL, tetapi kelihatan juga beberapa kenderaan dari Johor dan Pulau Pinang.

Sekurang-kurangnya dua buah sekolah dan pusat mengundi terletak di sepanjang jalan ini.

Di pusat mengundi SMK Sultan Abdul Samad, terdapat dua adik beradik pengundi dari luar kawasan.

"Saya tak pasti sama ada undi saya akan membawa sebarang perubahan, tetapi saya mahu lebih suara pembangkang di Parlimen," kata Khor, 31, seorang akauntan.

Katanya, kenyataan calon BN Datuk Mah Siew Keong mengenai pengundi luar kawasan telah menimbulkan kemarahan warta maya dan  menurutnya Mah tidak sepatutnya membuat kenyataan seperti itu.

Ditanya sama ada warga maya yang berang itu akan balik mengundi, beliau berkata, ramai daripada mereka telah pun menukar alamat mengundi mereka keluar dari Teluk Intan.

Katanya, tarikh mengundi jatuh pada cuti sekolah, jadi beliau membawa anak-anaknya untuk menziarah ibunya.


10.30 pagi: Kampung Bahagia - penyokong BN dan DAP masih bertekak antara satu sama lain serta menggunakan perkataan kesat.

Di pihak DAP agak tenang dengan hanya dua atau tiga orang sahaja yang bertindak balas jeritan Pemuda BN di bawah pancaran panas matahari.

Anggota polis memerhati dan memantau keadaan tersebut.



 10.15 pagi: SMK Sultan Abdul Aziz - Salah satu daripada bas yang diatur oleh DAP tiba dari Kuala Lumpur dengan kira-kira 10 pengundi.

Kad yang bertulis 'Jom Balik Undi, Vote Wisely, Vote for the future of our country diletakkan di bahagian dalam bas itu.

Tiada seorang pun daripada mereka yang mahu ditemubual pihak akhbar di luar kawasan sekolah.
10.00 pagi: SK Kampung Bahagia - Penyokong BN dan DAP dipisahkan hanya lima meter dari satu sama lain oleh dua buah kenderaan pacuan empat ronda.

Penyokong BN berang apabila penyokong DAP menggantung kangkung dengan wang kertas RM1 di hujung galah.

"Hoi! Kangkung tu turunkan! DAP celaka!" jerit sebahagian penyokong BN ke arah penyokong DAP.

9.50 pagi: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong melawat pusat mengundi di SJKC Phooi Yong dan memberitahu pemberita bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya jika beliau kalah.

Mah juga mengatakan beliau tidak tidur kerana peringkat akhir kempen sangat "meletihkan".

Sementara itu, Dyana ketika melawat ke sini sebelum ini, memberitahu pemberita bahawa beliau "kagum" dengan kehadiran di ceramah kemuncak DAP malam tadi.

9.40 pagi: SJK (C ) Chong Min - Suasana di pusat mengundi kawasan bandar yang menjadi kubu kuat DAP ini tenang, di mana kebanyakan mereka yang mengundi pada sebelah pagi adalah golongan pengundi pertengahan umur dan warga emas.

Pengundi muda tidak ramai kelihatan setakat ini.

Ketua cawangan DAP Bagan, Kaw Nang Hua, 53, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dan rakan-rakannya secara sukarelawan memandu membawa pengundi di luar kawasan balik mengundi.

"Saya tinggal di perkampungan nelayan Sabak Bernam, saya memandu membawa beberapa pengundi Teluk Intan yang tinggal di sana, balik mengundi," katanya.
9.15 pagi: SMK Sultan Abdul Aziz - Semua pegawai lelaki SPR kelihatan memakai songkok hitam berlilit reben berwarna perak semasa menjalankan tugas mereka, sebagai tanda berkabung berikutan kemangkatan Sultan Azlan Shah.

Salah seorang pegawai yang enggan namanya disiarkan, berkata kira-kira 100 orang daripada mereka memakai songkok tersebut sepanjang hari pengundian.

Sementara itu, Mah dan isterinya Yeoh Pooi Hoon tiba dan membuang undi mereka di sini.

Kira-kira 30 jurugambar bersesak semasa mengambil gambar Mah mengundi, sehingga memaksa anggota polis bergegas untuk mengawal kumpulan.

9.00 pagi: Pasir Bedamar - SJK(C) Phooi - Pengundi tiba untuk membuang undi. Terdapat enam saluran di pusat mengundi ini.

Dyana kelihatan bersama Lim Kit Siang, dan bergambar dengan mereka yang telah selesai mengundi.

Di SK Sultan Abdul Aziz - Keadaan tenang dengan sekitar 20
penyokong BN masih cuba pada saat-saat terakhir memujuk pengundi menyokong Mah.

Seorang wanita berpakaian baju-T BN kelihatan cuba untuk menawarkan botol air mineral kepada pengundi.

Mereka juga membawa plakard 'I love BN'.

Penyokong DAP adalah hampir tidak dilihat di sini buat masa sekarang.

Seramai 4,070 pengundi akan mengundi di sini di Taman Seri Setia, di mana mendiang MP DAP Seah Leong Peng memperolehi 63.6 peratus undi dalam PRU13.

Terdapat 36 peratus pengundi Melayu, 45 peratus Cina dan 19 peratus India di daerah ini.

Pengundi Joselin Chan memberitahu Malaysiakini walaupun BN berkempen menawarkan pembangunan di bandar itu dan jawatan menteri untuk Mah jika dia menang, namun pendiriannya tidak berubah.

"Saya akan mengundi untuk masa hadapan. Saya tidak suka politik perkauman," katanya.
8.50 pagi: SRK Perempuan Methodist - Pengundian berjalan lancar dengan kira-kira 15 orang beratur untuk memeriksa nama mereka dalam daftar SPR dan nombor saluran di kaunter semakan SPR.

Lima meter dari situ, seorang pengundi wanita warga emas tiba dengan kereta Proton Saga dan dibantu untuk naik ke atas kerusi roda oleh petugas SPR.

Beliau kemudian ditolak ke pusat mengundi oleh petugas ke pusat mengundi selepas menyemak namanya di kaunter.

Seorang petugas media dari The Rakyat Post, Ahmad Fazlan Shah juga baru selesai mengundi di SRK St Anthony dan tiba untuk bertugas di sini dengan jari telunjuk kiri yang telah dicelup dakwat kekal.

8.45 pagi: SMK Sultan Abdul Aziz - Pengundi kelihatan beratur untuk memeriksa saluran mengundi mereka, manakala yang lainnya sudahpun selesai mengundi.

Polis trafik bertugas di setiap persimpangan jalan di sekitar sekolah berkenaan.

Tiada kelihatan penyokong parti politik di kawasan luar, begitu juga keadaannya di sekolah rendah Cina SJKC Chong Min di seberang jalan, kerana pihak berkuasa telah meletakkan notis bahawa tiada kempen dibenarkan.

8.15 pagi: SJKC San Min - Langit cerah berawan pagi ini. Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud tiba di sekolah tersebut yang menjadi salah satu daripada tempat mengundi di Pasir Bedamar, bersama dengan pemimpin yang lain.

Dyana bukan pengundi di situ, maka anak kelahiran Ipoh itu dijangka mengunjungi tempat-tempat mengundi lain dalam di Pasir Bedamar dan Changkat Jong.

Sementara itu, calon BN kelahiran Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong akan tiba di SMK Sultan Abdul Aziz untuk membuang undi pada pukul 9 pagi.

7.30 pagi: Ini adalah pilihan raya kecil (PRK) keenam selepas PRU13, dan PRK kawasan parlimen kedua selepas Bukit Gelugor minggu lalu.

Mah telah berkempen atas tema isu-isu tempatan seperti perkhidmatan majlis tempatan, manakala Dyana bertumpu kepada isu-isu nasional seperti kos hidup dan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan kerajaan.

Pengundi berdaftar di Teluk Intan terdiri daripada 42 peratus Cina, 38 peratus Melayu dan 19 peratus India.

PRU13 menyaksikan 80.4 peratus keluar pengundi, yang tertinggi pernah dicatatkan di kawasan ini. (MK)

Culik Di Semporna: Tebusan Bebas Tanpa Wang Pampasan?


Mangsa culik, Gao berasama pasukan perunding Malaysia ketika dibebaskan kumpulan Abu Sayyaf, pada Jumaat.

Dua Mangsa Culik Akhirnya Bebas
PETALING JAYA: Selepas beberapa minggu mengadakan perundingan melalui wakil polis Malaysia sebagai perantara, akhirnya mangsa culik, pelancong China, Gao Huayun dan pekerja hotel warga Filipina, Marcy Dayawan dibebaskan kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Kumpulan yang berpusat di Pulau Jolo, selatan Filipina melalui proses rundingan itu sebaik Huayun dan Dayawan  yang masing-masing berusia 29 dan 40 tahun itu diculik di resort Singamata Reef, berhampiran Semporna pada 2 April lalu.

Ketua Polis Wilayah Sulu, Superintendan Abraham Orbita, berkata, kedua-dua wanita berkenaan dibawa keluar dari tempat persembunyian Abu Sayyaf di kawasan pergunungan pulau berkenaan ke perkampungan di tepi pantai Parang pada pukul 11.30 pagi, Jumaat.

"Mereka kemudiannya diserahkan kepada wakil Malaysia sebelum dibawa keluar ke perairan Malaysia menggunakan bot laju," katanya.

Orbita bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada ada sejumlah wang pampasan diserahkan untuk membebaskan kedua-dua tebusan itu.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan perkara ini melalui akaun Twitternya setelah dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jumaat.

"Saya baru sahaja diberi taklimat oleh PDRM bahawa dua wanita yang diculik di sebuah resort di Sabah pada April lalu telah diselamatkan oleh pihak berkuasa kita.

"Kita sedang mengambil langkah untuk memudahkan urusan membawa pulang warga China ke negaranya secepat mungkin," katanya menerusi 'Tweet' kira-kira pukul 7.30 petang Jumaat.

Najib yang sedang mengadakan lawatan kerja ke China selama enam hari berkata mereka yang diculik dilepaskan tanpa perlu membayar wang tebusan.

"Tiada wang tebusan dibayar untuk pembebasan mereka.
"Kejayaan ini kerana kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyelesaikan kes ini.

April lalu, seorang wanita warga China yang dikenal pasti sebagai Huayun dan Dayawan, diculik dari resort berkenaan. Polis percaya kumpulan yang bertanggungjawab menculik dua wanita itu berpangkalan di selatan Filipina dan mahu mendapatkan wang tebusan. Polis turut mengesyaki bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu mendapat "bantuan dalaman'' untuk memasuki resort itu.

Sementara itu The Star Online melaporkan bahawa kedua-dua mangsa telah dibawa keluar dari pulau Jolo Selatan Filipina dan tiba di Sandakan pada pukul 4.30 petang Jumaat. Mereka diiringi anggota keselamatan dari Malaysia.

Menurut seorang pegawai keselamatan, dua orang pegawai telah bertolak ke Jolo pada pukul 10.30 pagi dan tiba di sana dua jam kemudian. Dengan bantuan rakan-rakan dari Filipina, pegawai tersebut berjaya menyelamatkan Huayun dan Dayawan dari lokasi pergunungan terpencil di pulau itu. (mStar)

Siapa Mahu Lawan Rasuah, Perkauman, Tipu rakyat.. Mari.. -Dr Mujahid



TELUK INTAN: Calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud akan pecahkan tembok perkauman yang ditanam oleh BN selama ini.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, DAP telah bertindak berani meletakkan calon berbangsa Melayu yang beragama Islam bagi melawan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang mewakili BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Menurutnya, PAS sangat kagum dengan keberanian DAP yang digambarkan parti chuvanis Cina oleh BN khususnya Umno.

"Saya sangat 'salute' dengan keberanian DAP yang sangat berani apabila meletakkan Dyana sebagai calon.
"Inilah bukti DAP bukannya parti perkauman seperti parti komponen di dalam BN," katanya ketika berucap di ceramah kemuncak DAP, Bandar Teluk Intan dekat sini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu menjelaskan, Pakatan Rakyat tidak mengamalkan semangat perkauman dalam perjuangannya dan buktinya semua parti gabungan itu meletakkan calon berbilang bangsa. PAS katanya turut meletakkan selain Melayu sebagai calon termasuklah di parlimen Air Hitam yang ditandingi oleh Mantan Pengerusi DHPP Perak, Hu Pan Chaw pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

"Kita tidak ada beza, siapa mahu lawan rasuah, perkauman, tipu rakyat mari bersama Pakatan Rakyat.
"Mari kita lawan sama-sama dan parti Umno, MIC, MCA, Gerakan sampai mereka tak boleh cari makan," jelasnya. - HARAKAHDAILY 31/5/2014

Tak Malukah M'sia Negara Islam, Mahkamah Syariah Rendah?






TAK Malukah Malaysia yang menggelarkan dirinya negara Islam, tetapi Mahkamah Tinggi sivil mempunyai bidangkuasa yang lebih tinggi daripada mahkamah Syariah  Ertinya bidangkuasa Mahkamah Syariah adalah rendah dari mahkamah sivil?

Terbaru, kes ini sebagai buktinya.. Menurut Malaysiakini...

Hakim: Bidang kuasa mahkamah sivil lebih tinggi dari mahkamah syariah
Mahkamah Tinggi sivil mempunyai bidangkuasa yang lebih tinggi daripada mahkamah Syariah dalam pertikaian agama pasangan yang tidak memeluk Islam, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.

Dalam memberikan tempoh seminggu kepada K Pathmanathan @ Muhammad Ridhuan Abdullah untuk memulangkan anak perempuan yang berusia enam tahun kepada ibu bukan Islam, M Indira Gandhi, mahkamah juga mendapati si bapa telah menghina mahkamah

Hakim Lee Swee Seng berkata kegagalan memulangkan
kanak-kanak itu, memerlukan polis untuk menguatkuasakan waran tangkap terhadap Pathmanathan kerana menghina dan tidak mematuhi perintah mahkamah.

Membacakan penghakimannya selama dua setengah jam, Hakim Lee berkata bidang kuasa penyeliaan Mahkamah Tinggi awam adalah berdasarkan kepada fakta bahawa keputusan mahkamah syariah tidak boleh mengikat pihak bukan Islam dalam perkahwinan.

Beliau berkata negara mengamalkan undang-undang sekular di mana Mahkamah Tinggi sivil mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad dan adalah lebih tinggi sifatnya daripada mahkamah syariah.

"Berikutan itu, bapa mesti menyerahkan anak itu kepada Kula & Associates pada tengah hari Jumaat depan," perintah Hakim Lee.

Beliau sebelum itu menolak permohonan peguam Pathmanathan , Anas Fauzi, untuk penangguhan selama enam bulan ke atas perintah penghinaan itu dan memerintahkan supaya kanak-kanak itu dikembalikan dalam tempoh seminggu.

Perintah penghinaan itu,  kata Hakim Lee, hanya dapat diketepikan dengan Pathmanathan memulangkan kanak-kanak itu, Prasana Diksa . Pathmanathan mengambil Prasana pada tahun 2009, ketika dia berumur 11 bulan.


Itulah Malaysia tanah airku. Mahkamah syariah di bawah mahlamah sivil.  (IH)

Haram Perempuan Menyanyi Selain 'Aurat Suara' Yang... -Waheeda


Wahida sibuk mencipta lagu baharu untuk suaminya Akhil Hayy. 

HALAMAN HIBURAN

KL: BEKAS penyanyi dan pelakon Waheeda, hingga kini tidak pernah berasa kesal apabila membuat keputusan meninggalkan dunia hiburan selepas berkahwin dengan pendakwah bebas iaitu Akhil Hayy lima tahun lalu. 
 
Malah Waheeda, 36, berkata, dia tidak selesa kerana dia masih lagi dikenali orang ramai sebagai artis, biarpun dia kini sudah mengenakan purdah. Bukan sepeti kebanyakan bekas penyanyi dan pelakon lain, dia tetap dengan keputusannya, bila mengetahui hukumnya 'haram perempuan menyanyi' selain 'aurat suara' yang perlu dijaga.

"Saya tidak pernah rasa menyesal dan itu adalah keputusan yang saya buat selepas saya sendiri mengetahui hukumnya haram perempuan menyanyi selain aurat suara yang perlu kita jaga.
"Cuma saya lebih kesal kerana hingga kini ada lagi orang dapat mengenali saya sebagai artis biarpun berpurdah. Ia membuatkan saya rasa tidak selesa terutamanya apabila peminat lelaki pula yang mengenali saya," katanya seperti dilapor mStar Online hari ini.

Dalam pada itu, Waheeda berkata kehidupannya kini lebih tenang dan dia mempunyai banyak masa untuk bersama keluarga dan suami. Katanya, biarpun sudah lima tahun mendirikan rumah tangga masih banyak perkara yang dia tidak ketahui tentang suaminya.

"Alhamdulillah, selepas menjadi suri rumah saya banyak masa dengan keluarga. Dulu susah sangat nak berkumpul sekeluarga.
"Lima tahun melayari kehidupan suami-isteri, memang kami bahagia dan banyak yang saya belajar. Dalam pada kita rasa kenal suami kita, rupa-rupanya ada lagi   perkara yang menjadi kejutan menarik yang membuat kita tak tahu tentang dia," katanya.

Usrah dan Perniagaan
 
Dalam pada itu menurut mStar Online lagi, Waheeda berkata, dia kini aktif menjalankan aktiviti usrah dan mengaji bersama rakan-rakan. Selain itu, dia juga  melakukan perniagaan dalam talian seperti menjual koleksi pakaian muslimah dan jubah serta produk kecantikan.

"Kami ada kumpulan usrah dan mengaji setiap minggu bersama rakan-rakan dan saya juga ada mengusahakan perniagaan secara dalam talian, menjual jubah dan produk kecantikan," katanya yang merancang untuk membuka sebuah butik tidak lama lagi. 

Al-hamdulillah, jazakillahu khairan kathira (semoga Allah memberi/menambah kepadamu kebaikan yang banyak). (IH)

Presiden PAS Sesak Nafas Di Hospital Istanbul, Doakan Beliau...






KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital di Istanbul ekoran mengalami masalah kesihatan.

Dalam satu mesej kepada Harakahdaily, setiausaha politiknya, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar yang turut bersama beliau berkata, beliau dibawa dengan ambulan kira-kira jam 8.45 malam tadi waktu Malaysia.

Difahamkan, Tuan Guru Abdul Hadi kini dirawat di Medipol Universitesi Hastansi, Istanbul.

Sementara itu, dalam satu lagi mesej, anak beliau Muhammad Khalil Abdul Hadi turut mengesahkan perkara itu.

"Beliau (Ustaz Hadi) dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.

"Mohon doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah," katanya yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia. - HARAKAHDAILY 30/5/2014

Friday, May 30, 2014

Keluarga Mangsa Rogol Tidak Mahu Diganggu. Tekanan..



KOTA BARU: Keluarga remaja berusia 15 tahun yang dirogol beramai-ramai di sebuah rumah kosong di Ketereh pada 20 Mei dikatakan sedang berada di bawah tekanan yang kuat selepas kejadian malang itu menimpa anak perempuan mereka.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Norazman Ab. Manaf berkata sejak insiden itu disiarkan oleh media, keluarga tersebut pergi menyembunyikan diri dan diselubungi kesedihan dan rasa malu dengan apa yang berlaku.


"Kami menghantar pegawai kaunseling kami ke rumah mereka di Kuala Krai pada Rabu tetapi rumah itu kosong. Pegawai saya berjaya mendapatkan bapanya melalui telefon dan diberitahu bahawa dia telah memindahkan keluarganya ke rumah saudara dan meminta semua pihak meninggalkan keluarganya bersendirian," kata Norazman ketika dihubungi, Jumaat.


Gadis berusia 15 tahun yang merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik mendakwa dirogol secara berkumpulan termasuk oleh seorang bapa berusia 38 tahun dan dua anaknya.
 

INILAH antara sembilan suspek termasuk tiga beranak membabitkan kes dua remaja perempuan dirogol dibawa anggota polis untuk mendapat perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan semalam.

Beberapa orang suspek telah ditahan oleh polis bagi membantu siasatan selepas bapa mangsa membuat laporan polis pada 25 Mei.

Norazman berkata dalam perbualan telefon dengan bapa mangsa, dia menolak kaunseling untuk anak perempuan dan keluarganya serta meminta untuk tidak diganggu bagi membolehkan keluarganya pulih dari trauma.


"Dia juga memberitahu kami bahawa dia tidak mempunyai niat untuk bertemu sesiapa kerana ia akan menjejaskan penyiasatan polis dan berjanji untuk menghubungi kami selepas mereka telah pulih daripada pengalaman yang dahsyat ," katanya. (mStar)



Warga China/Filipina Yang Diculik Diselamatkan Tanpa Tebusan.

























Gao Huayun
Warga China, Gao Huayuan, 29, dan warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, yang diculik dari sebuah resort di Sabah April lalu berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa. Menurut The Star, tidak ada sebarang wang tebusan dibayar kepada penculik.
Kedua-dua mereka diculik oleh kumpulan bersenjata dari Singamata Adventures and Reef Resort dekat Semporna, Sabah 3 April lalu.

Mereka kemudiannya dibawa lari ke kepulauan Filipina dan berjaya diselamatkan pihak berkuasa hari ini. – 30 Mei, 2014.

Ibu 5 Anak Didakwa Al-Qaeda & JI Ke Mahkamah Tinggi.


KL: Mahkamah Majistret di sini hari ini memindahkan kes seorang suri rumah yang didakwa memberi sokongan kepada perbuatan pengganas melalui laman sosial bulan lepas, ke Mahkamah Tinggi.
  
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad mengikut Seksyen 177A Kanun Acara Jenayah.
  
Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan berhubung kes itu. Jumaat lepas, Azizah Md Yusof, 54, didakwa memberi sokongan kepada perbuatan pengganas melalui laman sosial Facebook 'Wan Jah'.
  
Azizah didakwa melakukan perbuatan itu di Bahagian E8, Cawangan Khas, Tingkat 24, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada kira-kira 2 petang, 24 April lepas mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun keseksaan.
  
Ia membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup, atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang diguna atau diniatkan untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu. Bagi pertuduhan kedua, wanita itu didakwa melakukan kesalahan serupa melalui akaun Facebook 'Azizah Yusof' di tempat, tarikh dan waktu sama.
  
Ibu kepada lima anak itu diwakili peguam Nadzarin Wok Nordin dan KC Suzalena Salleh.  Media sebelum ini melaporkan polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman menahan seorang wanita yang dipercayai terlibat bersama sembilan lagi dengan rangkaian Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah serta menerima latihan ala ketenteraan.
  
Mereka ditahan bersama pakaian ala tentera, buku jihad, pisau rambo, pedang samurai dan bendera kumpulan pengganas antarabangsa. - Bernama

Bukan Permata Bukan Berlian, Tapi Laba-laba..


 
Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
 
INI, bukan permata bukan barlian, tapi laba-laba (labah-labah). Mungkin semua pikiran yang tidak enak mengenai laba-laba akan terhapus.. bila melihat laba-laba depan kamera ini.
Kita sama-sama kagum dengan keindahan spesis laba-laba ini. Ya Allah, Kini terungkap lagi rahsia Maha Agungnya Engkau.  Allahu Akbar.


















 
Sumber

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Info P'raya: Rupanya Ke Telefon Layanan Seks.

Nomor informasi pemilu Kanada malah nyambung ke layanan seks

Sebuah laman web rasmi pilihan raya umum di Kanada telah salah mengeluarkan nombor maklumat pengundian . Mereka menuliskan kenalan telefon perkhidmatan seks .

Akhbar the Daily Mail melaporkan , Jumaat ( 30 / 5 ) , Kanada memang tengah bersiap mengadakan pungutan suara untuk menentukan ahli parlimen . Pilihan raya ini diadakan 12 Jun . Namun laman rasmi pilihan raya salah menuliskan dua nombor terakhir maklumat pengundian . 


" Saya disapa di hujung telefon ' Halo lelaki seksi ' . Ternyata itu menyambung ke perkhidmatan seks," ujar salah seorang warga Bandar Ontario yang tidak disebutkan namanya . 

Kerajaan Ontario menyedari adanya kesalahan pada dua digit angka terakhir perkhidmatan maklumat pilihan raya melalui telefon bebas tol itu. Mereka berjanji akan menariknya balik .Namun pantau stesen televisyen CBC News nombor perkhidmatan telefon yang salah itu belum juga diperbetulkan hingga kemarin .(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails