Saturday, June 07, 2014

Mohammad Mursi: Surat Dari Penjara..


Mohammed Mursi
WAHAI bangsa yang bangkit mendukung revolusi yang teguh berdiri, ALLAH telah tentukan revolusi kita yang diberkati, iaitu Revolusi 25 Januari (2011) menghadapi pelbagai kesukaran hingga ke kemuncaknya. Namun ALLAH telah sediakan untuknya rijal-rijal (wira-wira) yang sebenarnya.

Wira-wira yang terdiri dari lelaki dan wanita. Mesir berbangga dengan mereka di hadapan seluruh umat di dunia.

Wahai wira-wira yang merdeka, teruskan perjalananmu di atas landasan tsaurah (tsaurah: revolusi, kebangkitan) secara aman, dengan keteguhan laksana bukit, keazaman laksana guruh kerana tsaurah kamu pasti menang dengan pertolongan yang sangat dekat dan cepat. Inilah keyakinanku kepada Allah.

Dan di belakang kamu majoriti rakyat yang sangat ramai menunggu kamu supaya kamu sediakan untuk mereka suasana tsaurah, untuk mereka dengar gemanya selepas dunia menyepikan suaranya dipentas pemilihan ketua inqilab (kudeta) sebagai Presiden.

Mereka mahu supaya rakyat membisu, namun mereka ditempelak dengan kesedaran rakyat yang akan membuat ubun-ubun mereka tersungkur.

Maka hendaklah kamu bersatu, jangan berpecah belah dan jangan bertelagah, nanti kamu akan gagal, kehebatan kamu akan musnah. ALLAH menjadi saksi, sesungguhnya aku tidak mengabaikan sebarang usaha, tidak menyimpan tenaga dalam melawan kefasadan (kerosakan) dan kejahatan, kadang-kadang dengan menggunakan undang-undang dan beberapa kali melalui proses thaurah.

Kadang-kadang tindakanku tepat dan kadang-kadang tersilap. Namun aku tidak pernah mengkhianati amanah kamu kepadaku dan tidak akan melakukan pengkhianatan sampai bila-bila. Aku mengorbankan usiaku menghadapi kejahatan mereka dan aku akan terus begini selama usiaku masih berbaki.

Wahai syabab (pemuda) Mesir yang mendukung revolusi, sesungguhnya kamu telah mengkagumkan dunia dengan ketabahan kamu meneruskan tsaurah kamu. Dan kamu pada hari ini dan esok adalah masa depan tanah air, malah kamu itulah sebenarnya tanah air.

Tsaurah ini tertambat pada keazaman kamu. Aku yakin bahawa kamu akan mengangkat panji-panjinya dan akan menjulang ke puncaknya yang agung.

Maka, ingat tsaurah dan tsaurah. Sabar dan sabar wahai pemuda yang hebat. Demi ALLAH, sesungguhnya aku seolah-olah sedang melihat beberapa generasi selepasku sedang bercerita kepada anak-anak mereka bagaimana kesabaran kamu, lalu kamu menang, bagaimana pengorbanan kamu, lalu kamu berjaya mempertahankan tsaurah kamu.

Sesungguhnya setiap bangsa yang merdeka tidak mengiktiraf rejim inqilab (kudeta) yang banyak melakukan jenayah kerana tsaurah rakyat Mesir berterusan berpegang kepada prinsip silmiah (aman) yang tiada bandingan. Orang-orang yang merdeka di seluruh dunia tidak akan mengiktiraf apa yang dibangunkan oleh orang yang batil di atas kebatilan.

Akhirnya, tetapi bukan yang terakhir, aku ingin tegaskan kepada rakyat Mesir yang unggul: Hendaklah tsaurah kamu serta matlamat kamu yang tinggi sentiasa terletak di hadapan mata kamu.

Sesungguhnya darah syuhada', rintihan orang-orang yang luka dan cedera serta pengorbanan mereka yang terpenjara sekali-kali tidak akan disia-siakan selama tsaurah ini dipikul oleh rijal yang tidak pernah melupainya, yang sentiasa menjulang panji-panjinya, yang beriman kepada prinsip-prinsipnya dan berbaris di sekelilingnya sehingga matlamatnya terlaksana semuanya.

Ketahuilah bahawa jalan ini sukar. Tetapi aku yakin pada ketulenan logam-logam kamu dan keseimbangan jiwa kamu. Aku yakin kepada pertolongan Allah 'Azza wa Jalla untuk kamu.

Semoga ALLAH berkati kamu untuk tanah air kamu, umat kamu selagi kamu berada di atas jalan ini.

(Sumber terjemahan: http://goo.gl/0zRXUz/SH)

Hudud Punca Kekalahan DAP? Nik Aziz Tunggu Jawab Kit Siang.


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan hudud punca kekalahan DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan daripada penasihat parti itu, Lim Kit Siang yang akan menemuinya Sabtu depan.

Menurutnya, beliau tidak boleh mengulas isu berkenaan sebelum mendapatkan penjelasan mengenainya daripada Kit Siang.

“Kit Siang akan datang Sabtu ini, jadi kita tunggu hari itu. Saya tak boleh sebut (jawab) hari ini (semalam) kerana dia (Kit Siang) hendak datang Sabtu ini,” katanya kepada media selepas menyampaikan Kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puchong (DAP), Gobind Singh Deo yang menyifatkan isu pelaksanaan undang-undang Islam oleh Pas yang juga komponen dalam Pakatan Rakyat, sebagai faktor Dyana Sofya Mohd Daud tewas dalam PRK Teluk Intan hujung Mei lalu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah sebelum ini menyangkal dakwaan tersebut dan menasihatkan DAP agar mengakui kesilapan sendiri dan tidak meletakkan kesalahan pada orang lain.

Menurutnya, pemilihan Dyana Sofya yang merupakan orang Melayu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengundi Cina menyebabkan berlaku undi protes dengan tidak mengundi DAP.

Keputusan PRK Teluk Intan menyaksikan Dyana Sofya tewas kepada calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 selepas memperoleh 19, 919 undi.

PRK Teluk Intan diadakan selepas kematian Seah Leong Peng (DAP) akibat barah 1 Mei lalu. (SH)

Fara Fauzana: Berselendang Bukan Berhijab. Mengapa?














FARA FAUZANA lebih gemar menggunakan istilah berselendang berbanding hijab kerana dia masih dalam proses menukar imej secara berperingkat.

HALAMAN HIBURAN
"SAYA ikhlas mengenakan selendang dan buat masa ini. Banyak lagi yang perlu saya pelajari untuk memperbaiki diri. Ia tidak ada kaitan dengan mengubah penampilan saya kerana seorang lelaki."

Kata Fara Fauzana, 34, penyampai radio dan pengacara, yang mengambil keputusan untuk mengenakan selendang. Lapor Kosmo hari ini.

Ditanya,"Adakah anda bersedia untuk berhijab sepenuhnya?"

"Saya masih dalam proses untuk mengubah imej perlahan-lahan. Disebabkan itu saya menggunakan istilah berselendang bukan berhijab." Jawabnya.

Ditanya lagi, "Adakah gosip seperti ini merupakan petanda bahawa anda akan menamatkan zaman bujang?"

Dia menjawap ikhlas, terus terang dan tidak malu-malu lagi, "Usia saya semakin meningkat dan apa yang mampu dilakukan adalah berdoa. Saya juga berharap agar peminat di luar sana turut mendoakan saya dipertemukan dengan jodoh yang baik."

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Berselendang ertinya memakai tudung. Ada tudung budaya yang tidak menepati ciri-ciri menutup aurat dalam agama Islam, dan ada 'hijab' yang memang dituntut sebagai pakaian wajib untuk Muslimah sejati.

Ya, mari kita sama-sama berdoa untuk beliau, sebutkan..

"Ya, Allah ya Tuhan kami, pertemukan anak gadis bernama Fara Fauzana ini dengan jodoh yang baik, sesuai dengan ciri-ciri dan kehendak agama Islam yang mulia ini."
 
Amin!!  (IH)

Lihat sebelum ini..
Juga
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis 
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Gambar Ini,Tektik Nyalakan Api Perkauman Agama. Siapa Punya Kerja?

(Gambar) Akhirnya.. Fitnah Jahat Ini Terbongkar

Sehari dua ini, sekeping gambar menunjukkan sekumpulan gadis muda memakai tudung berada dalam gereja disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp dan media sosial dengan keterangan gambar, orang Melayu dimurtadkan beramai-ramai.
Diharapkan mereka yang menerima kirimin ini tidak menyebarkannya kerana ia adalah satu fitnah yang sengaja diada-adakan.
Hakikat sebenarnya, para gadis bertudung tersebut adalah penuntut Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan dari IAIN Walisongo yang menyertai Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia (PMII) Abdurrahman Wahid.
Gambar tersebut diambil ketika mereka mengunjungi gereja Pastoran Kebon Dalem, Semarang, Indonesia, 31 Mei  lalu dalam satu lawatan muhibah yang dianjurkan untuk lebih memahami fahaman dan Gereja Katolik.
Gambar di bawah menjadi buktinya.
Tidak kira apa pun alasan diberikan pihak yang memulakan dan memanjangkan penipuan ini, fitnah adalah satu perbuatan yang dikeji dalam Islam. ~mynewshub


KEMASKINI

Gambar yang diambil dari Facebook milik Gereja St.FX. Kebon Dalem.

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan gambar sekumpulan penganut Islam yang terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja yang tersebar di laman media sosial bukan berlaku di Malaysia.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Asmawati Ahmad berkata, polis setakat ini tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung isu tersebut.
(IH)

Friday, June 06, 2014

Daging Babi Dalam Tin Ini Pun Ada Tanda 'Halal'. Hebatkah M'sia?


DAGING babi dalam tin yang mempunyai 'tanda halal' dipercayai telah diseludup dari China secara tidak sah ke dalam Sabah dan Sarawak. 

Menteri Muda Hal Ehwal Islam Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati makanan dalam tin itu adalah berasal dari China dan ia hanya dikesan di Sabah dan Sarawak.

Daud berkata, beliau sendiri berasa pelik bagaimana daging babi tersebut boleh memperolehi 'tanda halal' dari China.

"Siasatan awal mendapati mereka yang terlibat adalah orang asing dan mendapat pengesahan 'halal' secara tidak sah sebelum menyeludup makanan dalam tin tersebut ke Malaysia.
"Mereka telah memilih laluan tikus sekali gus mengelakkan pengesanan oleh pihak berkuasa seperti kastam," katanya seperti dipetik Sinchew Daily.

Daud berkata, pasar raya dan kedai runcit telah diarahkan untuk berhenti menjual produk tersebut.
- malaysiagazette.com/

3 Menteri Ini Akan Tersingkir, Apa Salahnya Menurut Najib?



Sekurang-kurangnya tiga menteri dilaporkan akan meninggalkan Kabinet berikutan rombakan yang akan dilakukan tidak lama lagi.
Tiga menteri tersebut ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Perdagangan Koperasi Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum.

Portal Malaysian Digest memetik sumber pejabat Perdana Menteri sebagai berkata, rombakan Kabinet yang bakal menyaksikan penyingkiran menteri terbabit mempunyai kaitan dengan prestasi masing-masing.

“Mereka ini adalah antara nama yang disebut akan meninggalkan Kabinet kerana dilihat tidak dapat mengekang isu-isu melibatkan kementerian masing-masing dan meninggalkan segala-gala (untuk diuruskan) kepada Perdana Menteri.
“Perdana Menteri menerima pelbagai kesan ekoran ketidakcekapan menteri-menteri Kabinet,” kata sumber tersebut.

Sumber itu bagaimanapun tidak menjelaskan bila rombakan tersebut akan dilakukan, sebaliknya sekadar memberitahu “ia akan berlaku tidak lama lagi.”
Namun, rombakan tersebut mempunyai kaitan dengan kepimpinan baru MCA yang memungkinkan mereka akan menerima semula jawatan Kabinet termasuk Kementerian Pengangkutan.

Sumber itu turut membayangkan akan berlaku pertukaran porftolio dalam kalangan menteri.

“Apabila berlaku pertukaran portfolio tiga kabinet (yang dikosongkan), portfolio yang lain juga mungkin akan berubah, ” katanya.

Kementerian Perdagangan Koperasi Negeri dan Kepenggunaan menjadi antara tumpuan di tengah-tengah keresahan umum berikutan kenaikan kos sara hidup selain menerima tekanan kerana didakwa gagal menangani persepsi yang timbul berhubung isu itu.

Jamil Khir yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam pula menerima kritikan keras bukan sahaja dari dalam kerajaan, tetapi juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam kerana dilihat terlalu pasif dalam isu kalimah Allah dan penyebaran fahaman Syiah.

Tengku Adnan pula dipalit dalam isu kenaikan cukai pintu di Kuala Lumpur serta kenyataan kontroversinya untuk mewujudkan Hard Rock Cafe di Putrajaya. – New Malaysian Post.

Apakah benar 3 orang menteri ini bakal dikeluarkan dari kabinet Najib? Tunggu lagi cerita panas nak mai lagi. (Sumber link)

Rotan Depan Ramai Di Ampang, Tapi Bukan Hudud..

Foto
Ampang: Seorang penuntut kolej mendapat pembalasan dan pengajaran apabila disebat lapan kali menggunakan rotan halus di hadapan ahli keluarga dan orang awam di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, selepas mengaku salah terhadap dua pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur, tahun lalu.
Ainur Asyriq Aizamuddin, 19, disebat oleh pegawai dari Penjara Kajang di hadapan Hakim Manira Mohd Nor sambil disaksikan ibu bapa remaja itu, wartawan dan orang awam yang berada di galeri awam mahkamah.
Bagaimanapun hukuman sebatan ringan yang dikenakan ke atas tertuduh adalah bagi pertuduhan kedua.  Pada 14 Mei lalu, bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman perintah kehadiran wajib dalam tempoh tiga bulan, setiap hari selama empat jam ke atas tertuduh mengikut Seksyen 5(1) Akta. Kehadiran Wajib 1954 dan bon jaminan bercagaran RM6,000 dengan seorang penjamin. 
Sementara itu, pada prosiding hari ini, tertuduh yang bertubuh kurus kelihatan tenang ketika diperintahkan membongkok di bahagian meja hadapan galeri mahkamah untuk disebat menggunakan rotan sepanjang anggaran satu meter. Sesekali, tertuduh mengaduh kesakitan ketika disebat.

Terdahulu, mahkamah memerintahkan doktor yang hadir memeriksa tahap kesihatan pesalah muda berkenaan sebelum sebatan dijalankan. Selepas dia disahkan sihat, proses sebatan dimulakan terhadap tertuduh.

Pada 13 Disember 2013, tertuduh mengaku salah terhadap dua tuduhan merogol mangsa yang juga teman wanitanya yang ketika itu berusia 15 tahun 11 bulan masing-masing pada 29 November 2013 jam 9 pagi dan 7 Disember 2013 jam 4 petang di sebuah rumah, dekat sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. - myMetro

Adun DAP Persoal Johor Beri Kuasa Mutlak Kepada Sultan





Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari DAP, Lau Weng San hari ini ‎mempersoalkan tindakan kerajaan Johor yang bakal memberi kuasa multak kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (gambar) dalam membentuk Lembaga Perumahan dan Hartanah.

 Beliau menyifatkan tindakan kerajaan Johor itu amat mengelirukan memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berpelembagaan dan bukannya raja mutlak.

Lau berkata, sekiranya benar kerajaan Johor ingin mewujudkan semula sistem raja mutlak, ia juga disifatkan sebagai sistem yang tidak lagi relevan dan seiring dengan zaman.

"Saya terkejut dan prihatin dengan berita bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor akan membawa satu rang undang-undang yang akan memberi kuasa eksekutif kepada DYMM Sultan Johor untuk bacaan pertama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada hari Isnin depan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adun Kampung Tunku itu berkata, dengan memberikan kuasa multak kepada raja maka secara tidak langsung akan menjejaskan kerangka struktur asas Perlembagaan termasuklah turut mengubah ciri-ciri Raja Berpelembagaan yang diamalkan sejak kemerdekaan lagi.

‎"Bagi saya, kesesuaian sistem raja mutlak ialah sistem yang tidak seiringan dengan peredaran zaman kini.
"Cadangan memberi kuasa kepada raja untuk terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan pastinya akan menjejaskan kerangka struktur asas Perlembagaan kita," katanya.
Katanya berdasarkan system raja berpelembagaan, raja-raja meskipun mempunyai sumber kuasa eksekutif, kehakiman dan perundangan namun secara dasarkan tidak berperanan secara terus menjalankan fungsi kuasa tersebut.
"Contohnya, raja memilih calon yang pada pendapatnya meraih sokongan majoriti Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri masing-masing untuk dilantik sebagai perdana menteri di peringkat persekutuan atau menteri besar juga ketua menteri di peringkat negeri.
"Raja turut melantik hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat perdana menteri dan ketua hakim negara namun rakyat memilih wakil rakyat ke dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri yang seterusnya melantik seorang speaker untuk menjalankan kuasa perundangan bagi pihak raja," katanya.

Katanya, berdasarkan penjelasan itu boleh disimpulkan ‎meskipun raja mempunyai kuasa tersebut namun ia hanya boleh dilaksanakan oleh orang  berkelayakan yang dilantik baginda. Tambahnya lagi, ia berbeza sama sekali dengan raja mutlak apabila kuasa melaksanakan semuanya tertakluk pada raja.
Jesteru itu beliau menggesa  kerajaan Johor akan mempertimbangkan pembentangan RUU Enakmen tersebut dengan sewajarnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kerajaan Johor akan meberi kuasa mutlak kepada Sultan Ibrahim untuk terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan negeri apabila satu rang undang-undang baru akan dibentangkan dalam sidang DUN pada Isnin depan.

Laporan itu mendakwa jika rang undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor itu diluluskan, ia akan memberi kuasa kepada Sultan Ibrahim untuk menyelia akaun Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) dan terlibat dalam pembangunan hartanah di negeri itu.

“Ia juga memperuntukkan enakmen yang akan membolehkan baginda mempunyai kuasa membubar dan melantik ahli lembaga pengarah baru, menentukan jumlah elaun dan saraan mereka serta berhak melantik seorang pengarah yang boleh dipilih sebagai ketua eksekutif LPHJ.
"Ahli lembaga pengarah yang dilantik juga akan mengambil alih pengurusan pembangunan perumahan dan hartanah negeri itu.
“Rang undang-undang tersebut, jika diluluskan akan menjadikan Johor negeri pertama yang memberi kuasa kepada sultan untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan,” lapor Utusan Malaysia hari ini. – 6 Jun, 2014.
(TMI)

Kerajaan Perpaduan Hamas-Fatah Di Palestin, M'sia PAS-UMNO?




Kerajaan perpaduan Hamas-Fatah: Sinar baru perjuangan Palestin
KAMI mengalu-alukan langkah terbaru untuk mewujudkan satu perjanjian perpaduan di antara pemimpin-pemimpin Palestin di Tebing Barat dan Gaza.

Adalah dengan harapan yang tinggi, pertikaian yang sedemikian lama yang dihadapi oleh kedua-dua pihak , Fatah dan Hamas, sepatutnya diselesaikan dan perpaduan akan memberi peluang untuk perjuangan yang lebih kompak dan bersatu padu untuk membela nasib rakyat Palestin.

Kami sedia maklum bahawa kerajaan baru yang mengangkat sumpah pada hari Isnin baru-baru ini akan diharap menjadi suara yang lebih kukuh dan padu untuk terus mendesak agar Palestin dibebaskan.

Pengumuman yang dibuat oleh Mahmud Abbas bahawa, " Hari ini, dengan pembentukan kerajaan konsensus kebangsaan , kami mengumumkan pengakhiran kepada perpecahan Palestin yang telah banyak memudaratkan negara kita "  sudah pasti  mempunyai kesan yang besar dalam mana-mana perjanjian semasa dan akan datang dengan Israel.

Kami menyokong bahawa kerajaan konsensus itu adalah untuk "semua rakyat Palestin " sebagaimana yang diucapkan oleh pegawai-pegawai Hamas dan jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri apabila kabinet baru mengangkat sumpah yang terdiri daripada calon bebas politik dilakukan di Ramallah.

Kami mengutuk perbuatan pihak berkuasa Israel yang menghalang tiga wakil Gaza untuk ke Ramallah untuk mengangkat sumpah dalam kerajaan baru itu. Kami mendesak agensi antarabangsa untuk campur tangan jika Israel mengambil langkah untuk mengagalkan perjanjian perpaduan antara Fatah dan Hamas itu.

Reaksi Perdana Menteri Israel ,Benjamin Netanyahu , iaitu " kami amat khuatir " dengan keputusan Amerika Syarikat yang ingin mengekalkan hubungan dengan kerajaan Palestin baru itu, tanpa ragu lagi, mencerminkan agenda lama Israel untuk memecahbelahkan rakyat Palestin demi mengekalkan penguasaan mereka ke atas tanah Palestin.

Israel tidak mempunyai hak untuk menghalang sebarang usaha kumpulan Palestin untuk bersatu serta mendapatkan sokongan daripada komuniti antarabangsa. Inisiatif pihak Palestin untuk mengujudkan satu kesepakatan antara mereka adalah hak mutlak mereka demi menentukan masa depan mereka .

Komen Benjamin Netanyahu itu  sepatutnya memberi isyarat kepada dunia bahawa Israel bertekad untuk meneruskan pendekatan  pecah dan perintah  untuk berhadapan dengan gerakan penentangan dari pejuang-pejuang Palestin.

Kata beliau " Semua pihak yang benar-benar tulus mencari keamanan mesti menolak penerimaan Hamas oleh Presiden Abbas " , menggambarkan sikap hipokrit Perdana Menteri Israel. Sejak bila Israel bersifat " tulus" untuk keamanan?

Kami menyeru masyarakat dunia supaya memulaukan kerajaan Israel kerana pendiriannya yang menentang perjanjian yang dimeterai antara Fatah dan Hamas. Masyarakat antarabangsa perlu mengutuk pendirian Israel yang tidak munasabah itu.

Pakatan yang dibuat oleh Hamas dan Fatah untuk kebaikan semua rakyat Palestin, sepatutnya disambut baik oleh dunia kerana adalah jelas bahawa perpaduan adalah satu-satunya cara untuk menangani banyak pencabulan hak asasi manusia yang dihadapi oleh rakyat Palestin sejak penguasaan tentera Israel ke atas Palestin.

Dengan wjujudnya perpaduan antara pentadbiran di Gaza dan Tebing Barat dan penubuhan kerajaan yang baru ditubuhkan, kami menuntut agar pengepungan ke atas Gaza oleh Israel  dihentikan dan sempadan Rafah dibuka dan beroperasi semula secara normal untuk memungkinkan orang ramai mempunyai akses merentasi sempadan Rafah ke Gaza.

Masyarakat dunia sepatutnya menuntut pihak berkuasa Mesir supaya membolehkan aliran yang lancar untuk rakyat dan barangan masuk dan keluar Gaza tanpa sekatan. Penamatan pengepungan ke atas Gaza, yang dikenakan oleh Israel secara haram sejak 2006 , seharusnya menjadi tumpuan seterusnya oleh kerajaan Palestin yang  baru.

Pengepungan oleh Israel adalah hukuman kolektif ke atas penduduk Gaza yang telah memilih Hamas secara demokratik pada tahun 2006. Pengepungan ke atas darat, laut dan udara Gaza secara unilateral dan secara haram yang dikenakan oleh Israel sejak kemenangan pilihan raya Hamas pada tahun 2006  ketika Pilihanraya Majlis Perundangan Palestin , menyebabkan Gaza menjadi penjara terbuka yang terbesar didunia .

Malangnya masyarakat dunia kelihatan tidak berdaya bertindak ,  dikala kemusnahan hampir setiap infrastruktur, kematian rakyat awam, penafian bantuan kemanusiaan ke Gaza dan pengeboman terowong , disebabkan serangan kejam Israel dalam dua pencerobohan dilancarkan terhadap Gaza. Kehidupan di Gaza sangat rumit dan tidak berperikemanusiaan . Usaha menamatkan kepungan ke atas Gaza mesti menjadi keutamaan oleh masyarakat dunia demi menyokong kerajaan perpaduan itu.

Mengakhiri pengepungan ke atas Gaza adalah perkara paling utama. Perjanjian perpaduan perlu melonjakkan usaha untuk menghentikan pengepungan melalui mobilisasi antarabangsa. Dunia mesti berdiri bersama-sama dengan Palestin untuk menamatkan sekatan itu.

Kami menggesa semua kerajaan dan agensi-agensi antarabangsa memberikan sokongan penuh dan sokongan kepada kerajaan perpaduan Hamas dan Fatah untuk mencapai matlamat dalam mengembalikan hak-hak rakyat Palestin.

Kami menyokong sambutan baik PBB  yang mengiktiraf kerajaan baru Palestin dan menyatakan kesediaan untuk memberi sokongan penuh untuk menyatukan kembali Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Bantuan kewangan untuk pembangunan Palestin harus dipercepatkan dan tidak boleh terjejas oleh pengurusan dana yang tidak efesien.

Kami menyeru kepada kerajaan Malaysia dan masyarakat antarabangsa untuk mengiktiraf kerajaan baru  itu dan terus menyokong kepimpinan politik Palestin. Malaysia perlu mengambil inisiatif untuk mengusulkan kepada OIC dan PBB untuk membina momentum sokongan kepada kerajaan perpaduan Palestin.

Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden MAPIM  
Abdul Ghani Samsudin, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia 
Ahmad Awang, Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia Malaysia 
SM Mohd Idris, Pengerusi Citizens International 
Mohideen Kader, Penyelaras Universal Justice Network 
Dr Roslan Mohd Nor Malaysian Association of Ulama 
Wan Tarmizi Abdul Aziz, Pengupayaan Melayu 
Aminah Zakariah, Pengerusi, Salimah 
Mohd Ibrahim, Pengerusi Rahmat Care

Komen Weblog Ibnu Hasyim:   
  • Weblog ini juga mengalu-alukan langkah terbaru untuk mewujudkan satu perjanjian perpaduan di antara pemimpin-pemimpin Palestin di Tebing Barat dan Gaza. 
  • Kalau di Malaysia ada parti Islam (PAS) dan parti kebangsaan (UMNO), maka wajarkah di Palestin, kumpulan  yang sama disebut Parti Hamas dan Fatah?
  • Apakah akan berlaku 'Kerajaan Perpaduan'  (PAS- UMNO) di Malaysia seperti Hamas-Fatah di Palestin? Atas isu hudud atau lain-lain?
  • Maaf, hanya percambahkan idea..

Ini Pembela Pusat Seks Terbesar Di Asia. Tapi.. Syabas Singa Betina!









SEBAHAGIAN pekerja seks yang menyertai tunjuk perasaan di kawasan pelacuran Dolly di Surabaya semalam.- AFP

SURABAYA - Lebih 1,000 orang pekerja seks di sini mengadakan tunjuk perasaan semalam bagi membantah rancangan pemerintah untuk menutup sebuah kawasan pelacuran yang merupakan antara yang terbesar di Asia Tenggara.

Kawasan pelacuran itu yang dikenali sebagai daerah Dolly tidak pernah diganggu oleh pihak berkuasa sejak beberapa dekad lalu. Bandar raya ini merupakan kota metropolitan kedua terbesar di Indonesia. Namun, Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini berikrar akan menutup lokasi tersebut menjelang 18 Jun ini.

Nama Dolly berasal daripada seorang ibu ayam warga Belanda yang menguruskan sebuah rumah pelacuran di lokasi itu semasa pemerintahan penjajah di Indonesia. Bagaimanapun, ramai wanita yang bekerja di daerah Dolly memberitahu, mereka akan hilang mata pencarian jika lokasi tersebut ditutup.

Seorang wartawan agensi berita AFP yang berada di lokasi kejadian semalam berkata, kira-kira 1,200 pekerja seks berarak di sepanjang daerah tersebut. Mereka kemudian menulis surat bantahan kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia.

"Wanita-wanita itu tiada pilihan kecuali bekerja sebagai pelacur untuk menyara diri sendiri dan keluarga masing-masing," kata seorang aktivis tempatan, Anisa.
"Mereka tidak dapat mencari pekerjaan lain kerana kurang kemahiran dan berpelajaran rendah. Mereka tiada pilihan tetapi bekerja di sini," tambahnya.

Tri sebelum ini berjanji memberikan bantuan kewangan kepada pekerja-pekerja seks tersebut apabila pusat pelacuran tersebut ditutup. Beliau juga berkata, pihak berkuasa tempatan juga berjanji akan mengajar kemahiran baharu seperti menghasilkan kraftangan kepada mereka. - AFP
Risma Targetkan Tutup Pelacuran Dolly Sebelum Bulan Puasa. www.islampos.com.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Budaya maksiat tidak bertamadun warisan penjajah Belanda itu masih lagi ada pihak-pihak yang mempertahankan. Tidak malukah, bahawa Indonesia negara umat Islam terbesar di dunia, tidak mampu melaksanakan Islam yang syumul di negaranya sendiri? Tiada ruang untuk rakyatnya beribadat (amar makruf nahi mungkar) di negaranya sendiri?

Weblog ini sebagai mewakili umat Islam Malaysia mengucapkan syabas kepada Datuk Bandar Surabaya Tri Rismaharini menyasarkan untuk menutup pusat pelacuran di bandar raya itu (Dolly), sebelum Ramadan tahun ini. Syabas kepada beliau yang memperjuangkan makruf, menolak mungkar sehingga digelar 'singa betina' dalam melawan kejahatan.

Sindiket Larikan Bayi Dari Hospital Pula..



Bayi yang disyaki dilarikan sindiket.

JOHOR BARU: Seorang buruh binaan percaya anak perempuannya yang berusia 15 hari dilarikan sindiket penjualan bayi. Kegiatan itu dipercayai didalangi pasangan yang mendakwa suami isteri selain kerjasama jururawat hospital sebagai perantara.

Yap Chan Hwa, 32, berkata, beliau mulanya menawarkan kepada sesiapa sahaja untuk mengambil anaknya itu sebagai anak angkat sebaik dilahirkan pada November tahun lalu. Katanya, ia terpaksa dilakukan kerana tidak mampu membesarkan anak keempatnya dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan.

Bagaimanapun, katanya, seorang jururawat di hospital memperkenalkannya kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Hui Yee yang berminat untuk mengambil anaknya sebagai anak angkat. Kata Chan Hwa, beliau kemudiannya bertemu dengan wanita itu yang hadir bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai suaminya.

"Pasangan tersebut bersetuju untuk menjadi ibu bapa angkat kepada anak saya yang ketika itu baharu sahaja berusia 15 hari.
"Mereka mengambil anak saya dengan mengatakan mahu menghantarnya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan keesokannya wanita itu menghubungi saya memaklumkan bayi saya mengalami Sindrom Down.
"Apabila saya meminta untuk mendapatkan kembali bayi saya, wanita itu meletakkan telefon dan sejak itu tidak pernah menjawab panggilan saya," katanya pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA negeri di sini, Khamis.

Chan Hwa berkata, beliau berjaya mengesan nombor telefon bimbit wanita tersebut yang berada di Pontian dan pergi ke sana untuk mencari anaknya.

"Penduduk di situ memberitahu saya bahawa wanita tersebut dikenali kerana kegiatannya menjual bayi ke luar negara," katanya.

Beliau kemudiannya meminta bantuan MCA untuk mengesan anaknya itu. (IH)

Bongkar Sindiket Hamba Seks: Polis Siasat Pembantu Rumah




KLANG: Polis sedang menyiasat semua laporan yang dibuat seorang pembantu rumah berusia 33 tahun, termasuk dakwaan bayinya dibuang oleh ejennya di Genting Highlands. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat (Gambar) berkata, selain itu, pihaknya juga menyiasat dakwaan dia dirogol  seorang lelaki India.

"Sehingga kini, 13 pembantu rumah warga Indonesia, termasuk ibu bayi itu berada dalam tahanan polis dan mereka akan dihantar ke Jabatan Imigresen kerana tinggal melebihi tempoh di negara ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Utara Klang, Khamis.

Mengenai sama ada pembantu rumah didera secara seksual, Abdul Samah berkata, ia masih dalam siasatan, sambil menambah bahawa beliau tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut mengenai kes itu yang boleh menjejaskan siasatan.

"Saya tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut sama ada ejen itu, pembantu rumah termasuk yang mendakwa dirogol atau mengapa ejen membawa bayi itu ke Genting Highlands kerana setakat ini polis sedang menjalankan sisatan.
"Bagi punca kematian bayi, kita perlu menunggu keputusan bedah siasat," katanya.

Ditanya jika pembantu rumah diletakkan di rumah usang, beliau menafikan, malah mereka diselamatkan di rumah mewah di Kota Kemuning dan turut dibenarkan menggunakan telefon. Beliau juga menafikan lelaki India yang didakwa bapa kepada bayi itu sudah ditahan.

Abdul Samah berkata, polis juga mencari pembantu rumah lain selepas siasatan awal menunjukkan terdapat sejumlah 20 daripada mereka yang tinggal tersebut. Selain itu, katanya, isteri kepada ejen itu yang ditahan pada Rabu telah dibebaskan dengan jaminan polis. (IH)

Jom Lawat Pulau Kecil Unik Selatan Lautan Pasifik..



Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

PULAU apa?

Di bahagian selatan Lautan Pasifik , ada sebuah kepulauan kecil Inggeris yang bernama Pitcairn Island . Sekarang , penduduknya hanya 48 orang yang tinggal disana . Mereka adalah berketurunan asal dari buruan pemberontak Inggeris yang mula menetap di sana pada awal tahun 1800an. 

Pulau kecil di Tengah Lautan Pasifik ini hanya ada 48 warga penduduk . Anda nak jadi warga ke 49 ke? Atau boleh jadi warga Islam pertama di sana? Jom kita lihat keunikannya..

Kerana menuju ke sana tidaklah mudah dan kurang didapati gambar-gambar dari Pitcairn, maka mari kita lihat informasi dari Tony Probst , 54 , yang menerbitkan fotonya di Bussiness Insider. Dia sudah mengenal hampir semua penduduk disana , bahkan dia sudah dianggap sebagai duta pulau itu. 

Pulau ini terletak di tengah selatan Lautan Pasifik. Lihat peta di atas. Ini pula adalah pemandangan dari pulau tersebut. 

Kebanyakan medan disana sangat berat dan bergunung-gunung.

Tapi yang penting, pulau ini dikelilingi oleh pemandangan alam yang sangat indah. 

Dan tempat ini pun sangat aman. Beberapa penduduk meninggalkan rumah mereka dalam keadaan terbuka, kerana memang tidak ada pintu. Selama 5 tahun, 80% populasinya berumur lebih dari 65 tahun. Di bawah ini adalah Irma, 87, penduduk tertua Pitcairn.


Penduduk paling muda berumur 3 tahun . Emily , gambar bawah , adalah salah satu dari 8 anak yang ada di pulau .

Penyebab kematian utama di pulau ini adalah kerana faktor usia . Kerana tempat ini sangat menenangkan dan damai , dikatakn kebanyakan penduduk di sini berumur mencapai 90 tahun . 

Madu , gambar bawah , adalah satu - satuya produk eksport pulau ini . Warga mempacking box madu ini bersama - sama . Sedangkan untuk import , warga bergantung kepada kapal yang berlabuh dari New Zealand . 

Ulang tahun menjadi festival yang sangat meriah . Warga mempunyai ikatan yang kuat satu sama lain . Tidak hanya para warga mengetahui siapa namamu , tapi juga nenek moyang . 


Faktanya , pulau ini sangat terpencil . Jika kamu sakit , kamu harus menempuh perjalanan jauh ke New Zealand untuk menjalani rawatan , dan tidak akan boleh kembali ke pulau selama kurang lebih 3 bulan lamanya . 


Dikatakan bahawa , perkara yang paling disukai oleh warga pulau ini adalah keindahan alam yang dapat mereka nikmati pada bila-bila pun , termasuk sunrise dan sunset yang menawan . 

Dalam keramaian dunia moden saat ini , di mana dunia selalu berhubung dengan tekonolgi digital dan penih iklan , Pulau Pitcairn mengingatkan kita, bahawa kehidupan yang sederhana dan dekat dengan alam sungguh-sungguh, memang ada .

Ini juga menjadi bukti terungkapnya, rahsia kewujudan Yang Maha Agung. Subhanallah!

Lihat juga..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Thursday, June 05, 2014

5 Peristiwa Penting Di Bulan Rejab





BULAN Rejab adalah antara empat bulan suci yang telah Allah SWT tetapkan sejak diciptakan-Nya langit dan bumi. Selain itu, kedatangan bulan Rejab juga menandakan bulan Ramadan hampir tiba.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Taubah ayat 36 yang bermaksud:
  • Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)….
Justeru, Allah SWT telah mengurniakan kepada manusia empat bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yang disepakati semua ulama, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang dalam bulan-bulan tersebut, kecualilah jika mereka diugut.
Walaupun tidak ada ibadat khusus yang disyariatkan pada bulan Rejab tetapi ia tetap dianggap istimewa kerana di dalamnya berlaku syariat dan beberapa peristiwa penting.

Antara yang paling diingati dan diraikan oleh umat Islam, acap kali tibanya Rejab ialah peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa itu penting kerana umat Islam mula diwajibkan melaksanakan solat lima waktu. Ibadat solat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima dan merupakan amalan terpenting dan ia adalah soalan pertama yang akan ditanya kepada setiap umat manusia apabila mati kelak.

Bagaimanapun, terdapat beberapa lagi peristiwa penting dalam bulan Rejab yang bukan hanya dikhususkan untuk amal ibadat tetapi juga falsafah di sebalik peristiwa tersebut. Selain Israk dan Mikraj, bulan Rejab turut menyaksikan berlakunya hijrah pertama dalam Islam, Perang Tabuk, pembebasan Baitul Maqdis oleh Shalahuddin Al-Ayubi dan lahirnya Imam Syafie.

1. Hijrah pertama dalam Islam

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) itu berlaku pada tahun kelima kenabian atau 615 Masihi ke Habsyah dan ia berlaku berikutan peningkatan tekanan dan ancaman kepada baginda Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Allah SWT. Walaupun hijrah itu hanya membabitkan 14 orang tetapi ia sebagai satu usaha terpenting baginda untuk menyelamatkan iman umat Islam daripada terjejas berikutan peningkatan ancaman dan penderitaan saban hari.

Selain itu, tambahnya, hijrah itu juga sebagai satu usaha untuk merancang penyebaran agama Islam di Mekah dan tempat lain. Rasulullah sedar bahawa agama Islam baharu sahaja hendak berputik di Mekah tetapi hampir setiap hari baginda SAW mengetahui pengikutnya didera atau menerima ancaman yang menakutkan. Jadi, Rasulullah SAW bimbang ancaman sedemikian akan menyebabkan pengikutnya kembali kepada agama asal, jika tidak ada usaha membawa mereka keluar dari kota Mekah,” katanya.

2. Israk dan Mikraj

Peristiwa perjalanan Rasulullah SAW itu sudah menjadi begitu sebati dengan jiwa setiap umat Islam. Kisah itu sering menjadi topik utama kuliah, ceramah atau tulisan keagamaan setiap kali menjelang 27 Rejab. Walaupun wujud perdebatan berhubung peristiwa terpenting itu tetapi umat Islam sepatutnya melihat falsafah terjadinya perjalanan Rasulullah SAW itu.

Biarlah perdebatan itu berlaku dalam kalangan para ulama tetapi sebagai umat Islam, kita perlu memahami bahawa peristiwa itu bukan hanya sebagai bermulanya perintah solat fardu lima kali sehari semalam. Tetapi melalui peristiwa itu, kita ditunjukkan balasan ke atas setiap perbuatan kita semasa masih hidup, sejauh manakah kesetiaan kita kepada agama Islam, bahawa dunia hampir kiamat dan apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadi penghuni syurga.

3. Peperangan Tabuk

Peperangan yang berlaku pada tahun kesembilan Hijrah itu bukan sekadar melambangkan penguasaan Islam sepenuhnya ke atas Semenanjung Tanah Arab kerana Tabuk terletak di kawasan paling utara semenanjung itu.

Tetapi peperangan yang dimenangi oleh Islam tanpa pertumpahan darah itu memberi gambaran tentang kekuatan iman dan semangat umat Islam dalam mempertahankan maruah agama yang dihina oleh musuh Islam.

Bangsa Rom memandang rendah dan begitu sombong untuk menewaskan tentera Islam di Tabuk kerana mereka menganggap dalam keadaan pelbagai rintangan. Di antaranya cuaca yang sangat panas, perjalanan beratus-ratus kilometer, bekalan air dan makanan yang terbatas, di samping kepenatan dan keletihan perjalanan yang jauh itu.

Tetapi mereka tidak menyangka, kedatangan tentera Islam yang begitu ramai dan bersemangat tinggi, di samping diketuai sendiri oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan dan kejatuhan Baitul Maqdis

Baitul Maqdis yang mula dibuka pada zaman pemerintahan Khalifah Sayidina Umar bin Al Khattab r.a dan berjaya mempertahankan kota suci ketiga itu selama 500 tahun itu adalah sebagai permulaan kejatuhan Islam.

Selepas itu, kota suci tersebut ditawan kembali oleh musuh Islam dan mereka mempertahankannya selama 50 tahun, sebelum Salahuddin Al-Ayubi merampas semula kota itu pada 27 Rejab 583 Hijrah.
Namun, selepas 760 tahun peristiwa pembebasan itu iaitu pada 28 Rejab 1342 Hijrah atau 1924 Masihi, sistem Khalifah Islamiah dihapuskan secara rasmi oleh Mustafa Kamal Pasha Antartuk di Turki.

Penghapusan tersebut menyebabkan konsep ukhuwah dalam kalangan umat Islam yang dibentuk oleh Rasulullah SAW telah hilang dan kesannya, pada tahun 1967 Masihi (1387 Hijrah), Baitul Maqdis jatuh semula kepada musuh Islam sehingga kini.

5. Lahirnya Imam Syafie

Juga kelahiran imam Syafie pada 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di Gaza, Palestin itu sebagai permata yang berharga kepada umat Islam pada hari ini. Apa tidaknya, Imam Syafie merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab Syafie.

Kehebatan beliau dalam dunia ilmu dikagumi oleh semua orang termasuk guru-gurunya sendiri. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata:
  • "Imam Syafie itu ibarat matahari bagi dunia.” 
Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga hari ini ialah Kitab Al Umm. (IH)

Banjir Kilat Di UIAM Gombak.


KL: Banjir kilat yang melanda Universiti Islam Malaysia (UIAM) di Gombak dan kawasan sekitarnya semalam menyebabkan banyak kenderaan rosak teruk akibat ditenggelami air. Difahamkan banjir kilat tersebut berlaku akibat hujan lebat sehingga air sungai Gombak melimpah.

Bagaimanapun ia surut tidak lama kemudian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Di kampus tersebut juga semalam berlangsungnya program siswa dan penjawat awam bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Gambar keadaan banjir itu semalam turut dikongsi pelajar kampus tersebut dan orang ramai di Facebook dan blog.









(IH)

5 Alat Bantu Seks Hina Agama. Patut Diharamkan..

Lima alat bantu seks menistakan agama

Lima alat bantu seks hina agama?  (sextoyreviews.abigbuttandasmile.com)

Satu: Boneka seks perawan suci Maria 

Banyak boneka seks dengan rupa dan tubuh mirip bintang porno, namun alat satu ini menyerupai ibu dari Yesus Kristus, Bunda Maria. Bahkan boneka ini dibuat mempunyai tiga lubang kelamin dan mendakwa penggunanya boleh mendapatkan tiga sensasi berbeza.

Menurut laporan tidak sedikit orang berusaha mendapatkan boneka seks ini yang hanya dijual di Internet tanpa mengetahui syarikat membuatnya. Malah jualan boneka seks Bunda Maria ditambahi dengan tulisan 'Dengan ini Maria tiada lagi dara'.


Dua: Zakar Isa 

Lima alat bantu seks menistakan agama

Sebuah alat bantu seks berbentuk kelamin laki-laki sekilas nampak seperti dildo pada umumnya. Namun ternyata di bahagian sudut lain dibentuk serupa salib, lengkap dengan figur Isa. Pembuatnya sebuah syarikat bernama Divine Interventions yang tersohor di Amerika Syarikat.

Menurut pengarah syarikat bernama Nigel R dia mendapat idea membuat alat bantu seks sebab industri ini berkembang pesat di Negara super power itu. Namun dia tak mahu membuat benda yang sama. Nigel berkata, akhirnya dia mendapat idea membuat dildo dengan rasa keagamaan.


Tiga: Alat bantu seks bayi Yesus

Lima alat bantu seks menistakan agama  
  
Target produk ini ialah untuk mereka yang religius dan ingin mengalami sensasi lebih dekat dengan Tuhan. Menurut direktur perusahaan bernama Nigel R banyak konsumennya mengatakan puas dengan produk ini. Dari data penjualan, produk ini paling laris di Amerika Serikat.

Empat: Alat bantu seks bentuk beradik biarawati

Lima alat bantu seks menistakan agama 

Pelayan Tuhan pun tak luput dijadikan alat bantu seks. Sebuah dildo berbentuk beradik biarawati lengkap memegang tasbih dan dibubuhi sedikit minyak pelincir agar menambah sensasi.

Alat bantu seks ini juga diciptakan oleh syarikat Divine Interventions ini mendapat kecaman keras dari Vatican. Walaupun seseorang menelefon pengarahnya yakni Nigel R dan mengancam hendak membunuh dia. Menurut Nigel alat buatannya itu tidak menyakiti hati seseorang. Benda-benda itu dapat menolong seseorang mendapatkan kembali ghairah seksnya.


Lima: Lingga Buddha

Lima alat bantu seks menistakan agama

Selain tokoh-tokoh Kristian ternyata tokoh dari agama lain tak luput dibuat. Salah satunya Lingga Buddha. Bentuknya mirip kelamin lelaki dengan sentuhan wajah Buddha di bahagian hujung. Sama dengan alat bantu seks lain, lingga ini dituntut memberikan sensasi luar biasa bagi kehidupan intim pasangan.

Patutkah perkara-perkara begini diharamkan masuk atau dijual di Malaysia, walaupun ia nampak seolah-olah tiada kena mengena dengan agama Islam? 

Sebenarnya, ianya memang patut diharamkan kerana..
  • Menghina semua agama di dunia adalah perbuatan terkutuk. Apalagi agama yang asasnya dari langit.
  • Menghina tokoh-tokoh agama atau Nabi adalah dilarang oleh Islam. Contohnya seperti Nbi Isa AS, ibunya Mariam, Gautama Buddha dan lain-lain.
(IH)

Selamat Datang Ramadhan, Penoreh Mohon Simpati..


 
Nasibmu getah, engkau juga mengalir turun, yang lain naik.
Gambar di atas ialah sekelompok warga peneroka Felda Kg New Zealand, Maran, Pahang yang berani membuat demo dan bantahan aman.. Kerana kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak langsung dilihat macam tidak mempedulikan nasib mereka khasnya, rakyat luar bandar dan kampung lain, yang hidup bergantung kepada hasil getah..

KUALA LUMPUR: Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal (LPTPBHEOA) dengan kerjasama badan pertubuhan kerajaan (NGO), akan melancarkan kempen "Ramadhan Kembali Lagi, Penoreh Mohon Simpati", pada hari Sabtu, 8 Jun ini.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, kempen yang dadakan dua bulan sehingga tamat Ramadhan ini adalah sebagai permulaan kepada usaha membantu golongan penoreh getah yang kini terhimpit dengan kejatuhan harga komoditi itu.

Menurut beliau, lebih 200,000 penoreh terkesan dengan kejatuhan harga getah yang menjadi punca rezeki golongan itu selama ini. Ia ditambah lagi dengan faktor cuaca tidak menentu yang menjadikan pendapatan golongan ini terjejas teruk.

Biarpun pelbagai usaha dibuat khususnya mendesak harga lantai getah ditetapkan, namun sehingga sekarang katanya kerajaan masih gagal bertindak.

"Kita sudah buat demo, serah memo, jumpa pihak Lembaga Getah Malaysia, buat pertemuan dengan orang kampung. Namun sehingga kini kita lihat respon kerajaan sangat dingin.
"Ramadhan hampir tiba, kehidupan mereka sangat daif dan kita tidak boleh tunggu lagi. Rakyat kena bersama kami bantu mereka," kata beliau kepada Harakahdaily.

Sementara itu, pelancaran kempen itu pada jam 2.30 petang Sabtu ini dijadual disempurnakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Mazlan dalam pada itu menyeru badan korporat serta individu perihatin untuk turut sama menyumbang bagi meringankan beban warga penoreh getah ini.

Sepanjang kempen ini juga, pihak penganjur akan mewujudkan pusat operasi bagi menguruskan sumbangan yang mahu diberikan oleh orang ramai. Sumbangan-sumbangan ini akan disalurkan kepada golongan penoreh yang daif di seluruh negara.

Maklumat tentang perjalanan kempen ini juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa malalui Harakah dan Harakahdaily. - HARAKAHDAILY 4/6/2014

Ini Bonjol, Projek 66 Burung Dalam Seluar. Ha Ha Ha.

SEBAHAGIAN daripada burung yang ditemui dalam tempat khas yang dijahit pada seluar lelaki itu.


Havana: Seorang lelaki ditahan kerana cuba menaiki sebuah pesawat ke Amerika Syarikat bersama-sama dengan 66 burung di dalam seluarnya.

Lelaki itu ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Ignacio Agramonte di Camahuay di Cuba selepas ditahan untuk pemeriksaan kerana bonjol besar yang mencurigakan pada seluarnya. Apabila ditahan oleh kakitangan kastam, lelaki itu berkata, dia hanya membawa seekor merpati sebagai hadiah untuk cucunya.

Tetapi, apabila dipaksa menanggalkan seluarnya, pegawai menemui puluhan anak burung cakar dan burung madu sebahagiannya dengan muncung mereka diikat rapat supaya kicauan mereka tidak didengari.

Polis berkata, semua burung itu dari spesies yang jarang ditemui dan mungkin dicuri. Ia dianggar bernilai ribuan ringgit. Penyeludup itu hampir berjaya menaiki pesawat selepas pengesan logam gagal mengesan burung berkenaan.


Bagaimanapun, kerana bonjol besar dan cara dia berjalan, kakitangan kastam di lapangan terbang berkenaan menahannya untuk diperiksa.

“Dia cuba menipu dengan berkata, dia hanya membawa seekor merpati di dalam seluarnya,” kata jurucakap kastam, Hermogenes Yonsiver. - Agensi