Saturday, June 14, 2014

Muslim Di Piala Dunia Brazil

Piala Dunia 2014 Brasil
SUKAN

FAKTOR agama bukanlah isu utamanya. Piala Dunia FIFA 2014 baru sahaja bermula pagi tadi. Demam bola sepak ini melanda seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa, dan keturunan. Semuanya akan duduk semeja untuk meraikannya, itulah keunikan sukan ini.

Di sebalik kemeriahannya, terdapat beberapa pemain bintang yang beragama Islam bermain mewakili negara bukan Islam. Perlu diingat juga, terdapat pemain bukan Islam yang mewakili negara Islam. Namun, seperti yang dinyatakan awal tadi, faktor agama bukanlah isu utamanya. Yang penting setiap mereka akan berjuang bersungguh-sungguh memenangkan negara yang diwakili.

Berikut beberapa pemain muslim bertaraf bintang yang turut serta dalam Piala Dunia kali ini.

1. Edin Džeko

Džeko dilahirkan pada Mac 1986 di Sarajevo, Bosnia. Sekarang bermain untuk Manchester City. Penglibatannya dalam bola sepak bermula sebagai  pemain tengah dalam pasukan remaja Željezničar. Dia dianggap pemain paling berbakat di kelabnya dan pada November 2009, Džeko menjadi pemain Bosnia pertama dilantik sebagai duta UNICEF.

Ketika pusingan kelayakan, Džeko menjadi penjaring terbanyak bagi kumpulan G iaitu 10 gol dan Bosnia mencipta sejarah layak kali pertama ke pusingan akhir di Brazil.

2. Mesut Özil

Mesut Özil, bermain untuk Jerman dan Arsenal. Dia mewakili pasukan remaja Jerman sejak 2006 dan kemudiannya untuk pasukan kebangsaan Jerman sejak 2009.

Kelibat Özil di peringkat antarabangsa mula menyerlah ketika mewakili Jerman semasa Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan – dia dianugerahkan Anugerah Bola Emas– untuk pemian terbaik kejohanan.

Pada tahun lepas ketika berusia 24 tahun, Özil  menjadi ahli sukan termuda di Jerman yang dibina patung lilin di Muzium Berlin.

3. Sami Khedira

Sami Khedira, pemain tengah Real Madrid merupakan rakan sepasukan Özil. Dia dilahirkan pada April 1987 dan pernah bermain untuk VFB Stuttgart sebelum pindah ke Real Madrid.

4. Karim Benzema

Karim Benzema merupakan rakan sepasukan Sami Khedira dalam kelab Real Madrid tetapi mewakili Perancis dalam Piala Dunia kali ini.

Ketika usianya 19 tahun, pada 2007, dia menjadi penjaring terbanyak dalam Liga Eropah. Sebelum itu, pada usia 17 tahun dia telah menjaringkan gol yang cantik ketika turun kali pertama mewakili kelabnya Lyon.

Benzema kemudiannya membantu Lyon mempertahankan juara liga bagi tahun 2005, 2006 dan 2007.

Persembahan cemerlangnya ketika piala UEFA 2007 menarik perhatian kelab ternama seperti Real Madrid, Barcelona, AC Milan dan Inter Milan.

5. Mamadou Sakho

Keluarga Mamadou Sakho berasal dari Senegal. Dia kini mewakili Perancis sebagai pemain pertahanan tengah dan bermain untuk Liverpool.

Kerjayanya bermula pada tahun 2003 apabila dipilih bermain dengan kelab Paris Saint-German (PSG) pada usia 12 tahun. Pada tahun 2007, dia memulakan bermain sebagai pemain profesional dengan PSG dan perlawanan pertamanya ialah menentang kelab Valecien yang berkesudahan seri – dan menjadi ketua pasukan termuda dalam liga.

6. Yaya Toure

Pemain tengah Manchester City ini mewakili Ivory Coast dan merupakan kemunculan kali ketiga dalam Piala Dunia. Pertama kali mewakili negara pada tahun 2004 dan telah memenangi pelbagai kejuaran kelab termasuk dua kali juara liga Sepanyol, dua kali juara liga Inggeris, juara Super Greek, dan Piala Juara-juara

7. Kolo Toure

Adik-beradik Yaya Toure  ini mewakili kelab Liverpool dan sehingga kini telah mewakili Ivory Coast 107 cap. Kali pertama mewakili negara ialah ketika pertemuan Ivory Coast menentang Nigeria pada Julai 2000. Sebagai pemain pertahanan, keupayaannya menjaringkan 6 gol setakat ini begitu membanggakan.

8. Sulley Muntari

Pemain yang mewakili Ghana ini dilahirkan pada Ogos 1984 dan telah memperoleh 81 cap. Dia turut bermain dalam dua Piala Dunia sebelum ini. Ketika Piala Dunia 2006, dia menjaringkan gol bagi membantu Ghana memperoleh kemenangan pertama dalam Piala Dunia ketika menewaskan Republik Czech. Pada Piala Dunia di Afrika Selatan 2010 dia menjaringkan gol penting ketika menewaskan Uruguay untuk layak ke suku akhir.

Di peringkat kelab, Dia kini bermain untuk AC Milan, Itali.

9. Ahmed Musa

Ahmed Musa dilahirkan di Nigeria pada Oktober 1992 dan mula mewakili negaranya pada September 2010 menentang Madagascar. Dia kini bermain untuk kelab CSKA Moscow. Ahmed memulakan kerjaya profesionalnya pada tahun 2008 dengan kelab Nigeria  JUTH F.C. - (Sumbaer/HD)

Hudud: Nik Aziz Tegur Dyana, Sepatutnya Berstrategi.

Hudud: Nik Aziz tegur Dyana
KOTA BHARU – Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, antara perkara dijelaskannya semasa pertemuan dengan Dyana Sofya Mohd Daud semalam adalah kesilapan calon DAP itu menyatakan pendiriannya mengenai hudud ketika kempen PRK Teluk Intan baru-baru ini.

Menurutnya, Dyana sepatutnya ambil langkah lebih berstrategi atau hanya berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan berkaitan isu yang boleh dijadikan bahan polemik.

“Dyana salah dari segi tekniknya. Di peringkat awal kenyataan dia terus sebut tolak hudud. Dari segi teknik tidak betul. Kalau buat senyap atau sebut akhir-akhir, apa salahnya,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, hari ini.

Beliau mengulas pertemuannya dengan Dyana yang mengiringi Penasihat DAP, Lim Kit Siang hadir di pejabatnya semalam, bagi memperjelaskan beberapa isu dibangkitkan pada PRK Teluk Intan dua minggu lalu. Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, kenyataan Dyana mengenai hudud telah dimanipulasikan sehingga calon DAP itu dilihat seolah-olah menentang hudud.

“(Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu) Datuk Wan Abdul Rahim (Wan Abdullah) cuma cakap sebagai orang Islam dia tidak boleh tolak hudud tapi parti tolak hudud, maka dia terimalah, cuma wartawan sahaja yang tidak menekankan apa yang disebut, sedangkan saksi (Wan Abdul Rahim) ada," katanya. (SN)

Gambar Ini, Sembunyi Bawah Selimut, Mengapa?


Warga emas terkejut apabila aksinya bersama wanita Vietnam dirakam.
Warga emas terkejut apabila aksinya bersama wanita Vietnam dirakam.

TELUK INTAN - Keasyikan seorang lelaki warga emas menerima layanan seorang wanita Vietnam terbantut sebaik diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Teluk Intan, di Taman Persiaran Melor, di sini, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Lelaki tempatan berusia 60 tahun itu tergesa-gesa bangun dan menutup tubuhnya dengan selimut sebaik menyedari serbuan berkenaan.

Ketua Jabatan Imigresen Teluk lntan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, Ops 6P dan Ops Sayang yang dilancarkan kira-kira jam 6.30 petang dan berakhir jam 10.30 malam kelmarin itu membabitkan 15 anggota penguat kuasa dari Ipoh dan Hilir Perak.

"Seramai sembilan wanita asing membabitkan seorang warga Vietnam, Thailand dan tujuh warga China berusia antara 33 hingga 46 tahun dicekup di pusat refleksologi di Persiaran Taman Melor kerana tiada dokumen perjalanan sah.
"Dalam pada itu, kita turun menahan dua lelaki tempatan di lokasi serbuan bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, sebuah pusat mesin judi di Jalan Changkat Jong turut diserbu kira-kira jam 9.45 malam kelmarin.

"Seramai 10 lelaki warga Bangladesh berusia 22 hingga 40 tahun ditahan kerana tiada dokumen perjalanan sah.
"Kita turut menahan tiga rakyat tempatan berusia 30 hingga 37 tahun dipercayai melindungi warga asing berkenaan," katanya.
Beliau berkata, semua warga asing berkenaan ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
"Warga asing itu juga disiasat mengikut Akta Anti Permerdagangan serta Anti penyeludupan  Migran 2007 dan kini ditahan di Pusat Tahanan Depot Imigresen Langkap untuk siasatan lanjut.
"Dalam serbuan itu juga, lima lelaki tempatan yang menjadi majikan warga asing terbabit ditahan reman selama empat hari atas perintah mahkamah bagi bantu siasatan," katanya. (SH)

Piala Dunia, Thailand Tarik Balik Perintah Darurat

  Junta tentera Thailand menarik balik perintah berkurung di seluruh negara ini.
  
SUKAN

Majlis Keamanan dan Ketenteraman Negara (NCPO) mengumumkan perkara itu petang semalam. Rakyat Thailand yang gilakan sukan bola sepak sebelum ini melobi agar perintah berkurung ditarik balik buat seketika bagi membolehkan mereka menonton siaran perlawanan Piala Dunia 2014 di luar rumah.
  
Bola sepak merupakan sukan paling diminati di Thailand dan pada masa ini, seperti kebanyakan negara di rantau Asia Tenggara, ada kemungkinan berbilion baht akan bertukar tangan menerusi pertaruhan oleh peminat dan kaki judi dalam menyokong pasukan kegemaran mereka.
  
NCPO berkata perintah berkurung ditarik balik berikutan keadaan semakin pulih dan bagi menghidupkan semula industri pelancongan. Perintah berkurung dikuat kuasakan di negara ini selepas pihak tentera merampas kuasa pada 22 Mei lepas.
- Bernama

Akibat Panas, Heee Lucu, Lucah? Kemaluan Tersangkut Di Paip.


Melukis sambil bugil, penis lelaki China nyangkut di pipa
Petugas tengah berusaha melepaskan penis pelukis China yang terjebak di paip kecil. nydailynews.com

SEORANG pelukis asal China tengah mengerjakan karyanya sambil bogel mengalami nasib nahas. Dia tersandung dan terpeleset jatuh. Lebih sial lagi, batang kemaluannya masuk ke paip kecil berhubung dengan pendingin ruangan. 

Akhbar New York Daily News melaporkan, Jumaat (13/6), Lian Tien awalnya malu meminta tolong petugas penyelamat. Namun selepas dua hari kelaminnya terjebak di paip, dia akhirnya menelefon mereka. Pegaai penyelamat memerlukan masa empat jam untuk melepaskan kejantanan Tien dari paip itu.

"Hari begitu panas hingga saya telanjang. Lalu terpleset dan tak sengaja zakar saya sudah tersepit paip," ujar Tien. 


Lelaki 61 tahun itu menafikan dia malu meminta tolong petugas. Dia hanya takut tak ada yang mahu percaya pada ceritanya. Menurut doktor Dewei Yuan mengatasi masalah ini, zakar milik Tien sudah membengkak teruk. Untung saja dia akan menelefon pegawai bila tiada kemungkinan kelaminnya dapat diselamatkan sendirian. 

Begitu ceritanya. (IH)

Kaji Selidik Populariti Prabowo-Hatta MeningkatTinggalkan Jokowi-Jusuf.


Calon Pemilu Presiden, Prabowo Subianto-Hatta Rajasa (kiri) dan Joko Widodo (dua kanan) bersama Jusuf Kalla (kanan).

JAKARTA: Populariti pasangan Prabowo Subianto-Hatta Rajasa menjelang Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden bulan depan, terus meningkat walaupun kedua-dua tokoh berkenaan dikaitkan dengan pelbagai isu negatif, menurut tinjauan beberapa badan kaji selidik Indonesia.


Hasil tinjauan yang dikumpul Nurjaman Center for Indonesian Democracy (NCID) daripada kaji selidik yang dilakukan Survey Focus Indonesia (FSI), Survey and Polling Indonesia (SPIN) dan Indonesia Survey Institute (LSI), menunjukkan bahawa kredibiliti Prabowo-Hatta semakin unggul.

Pengarah Eksekutif NCID, Jajat Nurjaman berkata populariti Prabowo-Hatta yang dinamakan calon presiden dan naib presiden pada Pemilu itu oleh pakatan yang diketuai Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) meningkat berikutan pasukan kempen Joko Widodo atau Jokowi-Jusuf Kalla dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), sering memburuk-burukkan pasangan berkenaan.

"Masyarakat mulai bosan dengan gaya kempen yang dilakukan pasukan pasangan Jokowi dan Jusuf Kalla serta cara mereka yang cenderung memburukkan pasukan lain menerusi satu isu sahaja," kata Jajat kepada pemberita, Khamis.

Hasil kaji selidik FSI menunjukkan Prabowo-Hatta unggul dengan 45.7 peratus sedangkan Jokowi-Jusuf memperoleh 45.2 peratus, manakala keputusan tinjauan SPI Nmemperlihatkan Prabowo-Hatta memperoleh 44.9 peratus sementara Jokowi-Jusuf 40.1 peratus.

Berdasarkan tinjauan LSI pula, populariti Prabowo-Hatta unggul di wilayah Banten dan Jakarta apabila memperoleh 35 peratus manakala Jokowi-Jusuf meraih 26.25 peratus. Dalam tinjauan lain yang juga dianalisis oleh NCID, iaitu daripada kaji selidik yang dilakukan Populi Center dan United Data Center (PDB), pasangan Jokowi-Jusuf lebih menyerlah.

Kaji selidik yang dilakukan Populi Center mencatatkan bahawa Jokowi-Jusuf memperoleh 47.5 peratus, sedangkan Prabowo-Hatta 36.9 peratus. Gandingan Jokowi-Jusuf mendapat 32.2 peratus sementara Prabowo-Hatta mencatat 26.5 peratus daripada tinjauan yang dilakukan oleh PDB. Pemilu Presiden bagi penggal 2014-2019, akan berlangsung pada 9 Julai ini. (IH)

3 Individu Disyaki Terlibat Kumpulan Militan Ditahan


KUALA LUMPUR: Tiga lelaki termasuk seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman kerana disyaki terlibat dengan aktiviti militan. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Zinin berkata suspek yang ditahan berusia antara 29 dan 31 ditahan pada Jumaat,  kerana dipercayai terlibat dengan 12 anasir militan sejak 28 April.

"Salah seorang daripada individu yang ditangkap merupakan anggota kanan sel militan. Daripada siasatan yang dijalankan mendapati suspek disyaki telah menjalani latihan ketenteraan di kem milik kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina sejak 22 April lalu" katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata suspek telah menyusup masuk ke Malaysia secara haram pada 11 Jun dan bersembunyi di sebuah rumah di Sandakan.

"Anggota tentera laut yang bertugas di Sandakan yang ditangkap itu ditahan kerana disyaki membantu anggota militan tersebut menyusup masuk ke Sandakan untuk melindungi suspek.
"Mereka ini akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA," katanya.(mStar)

Tiada Lagi Orang Lihat Saya Penuh Nafsu -Model Inggeris Pilih Islam.

Kisah Model Ternama Inggris Jadi Mualaf Lalu Berhijab










 Sebelum dan selepas berhijab

KEHIDUPAN serba glamor selalu identik dengan Carley Watss. Maklum dia seorang model ternama di Inggeris. Saban malam dia tak pernah hadir pergi ke kelab malam, pesta dengan para Sosialita lain. 

Namun, kehidupannya mula berubah ketika dia bercuti ke Tunisia. Berawal ketika wanita yang berusia 24 tahun itu bertemu dengan seorang lelaki asal Tunisia. Lelaki itu bernama Mohmmed Salah. Bermula dari perkenalan itulah mulai terjalin hubungan diantara mereka.

Mohammed Salah adalah lelaki yang beragama Islam. Dia kemudian mula mengenalkan Islam kepada Carley. Dari situ Carley mula tertarik dengan ajaran Islam. Dalam Islam, kata dia, wanita sangatlah dimuliakan. Carley pun merasa selama ini hidupnya begitu 'liar'.Akhirnya, dia mula bertekad memeluk Islam. 

Meski keluarga, teman dan peminatnya tak menyokong. Hal itu tidak menyurutkan niatnya untuk memeluk Islam. Bahkan, dia bersedia meninggalkan masa lalunya termasuk kerjayanya dalam dunia modeling.Setelah menjadi menjadi Islam Jun 2013, Carley menukar namanya menjadi Fatima Saleh.  

Dia kemudian membina rumah tangga dengan Salah dan berhijab. Kini ia pindah dari Inggeris, menetap di Tunisia.

 "Dengan berhijab, hati nurani dan batin terasa puas serta damai. Tidak ada lagi orang yang melihat saya dengan penuh nafsu, kini saya merasa dihormati," komen ibu beranak satu itu dikutip Islamic News Daily. (IH)

Lihat ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Friday, June 13, 2014

Terlalu Keliru, BN S'ngor Tarik Balik Usul Laksana Hudud.



Barisan Nasional Selangor tarik balik usul hudud dibahaskan di Dewan Undangan Negeri, kata Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias. Gambar fail. Barisan Nasional Selangor tarik balik usul hudud dibahaskan di Dewan Undangan Negeri, kata Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias. Gambar fail.
















Barisan Nasional (BN) Selangor menarik balik usul mengkaji sama ada undang-undang syariah hudud wajar dilaksanakan di negeri itu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsuddin Lias.
Shamsuddin berkata, usul itu menimbulkan banyak kekeliruan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, Kamarul Zaki menyerahkannya kepada Speaker Hannah Yeoh.

"Itu bukan Rang Undang-Undang (RUU). Ia cuma usul bertanya kepada kerajaan negeri sama ada mereka hendak melaksanakan hudud atau tidak," katanya kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi hari ini.

Katanya, penarikan usul itu merupakan perkara amalan biasa bagi mana-mana parti dalam DUN.
"Kita sudah berbincang dalam mesyuarat awal Adun BN. Disebabkan terlalu banyak kekeliruan, kita putuskan untuk tarik balik," katanya.

Namun katanya, wakil rakyat BN akan membangkitkan isu hudud ini semasa persidangan DUN yang bermula minggu depan.

Katanya, soalan akan diajukan kepada PAS mengenai komitmen mereka melaksanakan hukum hudud di Selangor selepas bekerjasama dengan Putrajaya untuk melaksanakannya di Kelantan.
Sementara itu, Yeoh pada sidang media hari ini berkata, tindakan beliau memberikan kebenaran kepada Umno mengusulkan isu hudud dibuat atas prinsip "berdebat sebagai budaya".

"Sebagai speaker, saya perlu ambil kedudukan yang tidak berpihak, apabila saya pengerusikan sidang DUN, saya tidak lagi melihat diri saya sebagai wakil rakyat DAP atau Pakatan Rakyat (PR).
"Perkara paling penting ialah sebagai speaker saya perlu adil dalam mempertimbangkan usul yang dikemukakan," katanya.

Adun Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik dari Umno dilaporkan bercadang membentangkan usul hudud, namun terserah kepada Yeoh sama ada untuk menerima atau menolak usul itu untuk dibahaskan.

Tindakan beliau menimbulkan kritikan parti komponen BN dari MCA dan Gerakan, dan menggesa beliau menarik balik cadangan untuk membentangkan usul hukum hudud apabila persidangan DUN Selangor bersambung 16 Jun depan.

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, berkata beliau kesal dengan tindakan Adun itu kerana menunjukkan tiada kesepakatan antara parti komponen BN berhubung pelaksanaan hudud sehingga sekarang.

Pengerusi Gerakan Selangor, David Ang Chin Tat, berkata parti itu membantah keras tindakan Kamarol Zaki untuk membentangkan usul berkenaan. Kamarol Zaki dilaporkan menghantar usul berkenaan minggu lalu kepada DUN Selangor dan meminta kerajaan negeri mengkaji kemungkinan untuk melaksanakan hudud.

"Saya percaya kita sangat bertamadun untuk ini (bahaskan hudud)," kata Yeoh.

Ditanya berhubung kritikan beberapa pihak, terutamanya parti komponen BN terhadapnya ekoran membenarkan usul itu dibahaskan, Yeoh berkata:"MCA dan Umno perlu selesaikan sendiri hal mereka.

"Saya enggan masuk campur urusan mereka," katanya.

Yeoh berkata, beliau agak tersepit dalam hal itu dan perlu mengambil keputusan untuk membenarkan usul berkenaan dibahaskan.

"Saya tidak boleh menang dalam perkara ini. Jika tidak benarkan (bahas hudud), Umno akan kata saya anti Islam.
"Jika benarkan, MCA kata saya bermain dengan isu ini. Jika anda speaker apa anda akan buat?
“Saya hanya buat keputusan berdasarkan apa yang betul untuk DUN,” katanya.

Hudud sebelum ini ditimbulkan oleh kerajaan negeri Kelantan apabila pentadbiran negeri itu bersetuju membawa usul hudud untuk dibahaskan ke Parlimen. Isu berkenaan membangkitkan reaksi pelbagai pihak yang membantah, termasuk parti komponen Pakatan daripada DAP dan PKR, serta MCA dan Gerakan daripada BN. Umno bagaimanapun memberikan komitmen untuk melobi wakil rakyat mereka bagi menyokong perkara itu. – 13 Jun, 2014. (TMI)

Qari Amerika Sertai Tilawah Al-Qur'an Antarabangsa




WASHINGTON: Kemesraan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) semakin terserlah dengan penyertaan dua wakil negara itu dalam tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur yang bermula Isnin ini.
  
Qari dan qariah AS itu berlepas dari Lapangan Antarabangsa Dulles di sini  ke Kuala Lumpur pada awal pagi Rabu.
  
Bercakap kepada Bernama di sini, Duta Malaysia ke AS Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata penyertaan qari dan qariah AS itu adalah yang pertama sejak Malaysia menganjurkan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 56 tahun lepas.
  
"Kami mengemukakan cadangan kepada Jabatan Negara AS dan mereka memberitahu kerajaan AS menyokong konsep itu dan berterima kasih kepada Malaysia atas undangan menyertai tilawah.
"Kami kemudian diminta menghubungi Islamic Society of North America (ISNA) iaitu pertubuhan Islam terbesar di Amerika Utara. ISNA kemudian mengusulkan nama dua pelajar yang bukan sahaja bersuara merdu tetapi juga memahami kesederhanaan dalam Islam," katanya.

Mereka ialah Yusuf Muhammad Azeem, 15, dari Landham, Maryland, dan Fadima Mohamed Dahir, 18, dari Woodbridge, Virginia. Sepanjang berada di Malaysia Yusof akan ditemani ibunya Jameela Cattaneo sementara Fadima pula diiringi bapa saudara Ibrahim Abdirahman Sheikhadan.
  
Awang Adek yang teruja dengan penyertaan dua wakil AS itu, berkata perkara tersebut adalah petunjuk jelas akan hubungan yang bertambah baik dengan AS yang kekal menjadi pasaran kedua terbesar dan pelabur asing utama Malaysia. Lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia pada April lalu turut merapatkan lagi hubungan Malaysia-AS dalam beberapa isu global.
  
Pentadbiran AS turut mengikuti dengan teliti setiap kenyataan yang dibuat oleh Malaysia, terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperjuangkan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang semakin mendapat tempat ketika beberapa bahagian di dunia ini menghadapi konflik keganasan.
  
Mengulas lanjut, Awang Adek berkata penyertaan qari dan qariah AS itu juga harus dilihat dari konteks sokongan kepada idea kesederhanaan dalam Islam yang dibawa oleh Malaysia dan Perdana Menteri.
  
"Memang benar idea kesederhanaan dalam Islam diterima baik di AS yang memahami dan menghargai idea tersirat iaitu keharmonian dan toleransi dalam kalangan penduduk berbeza agama," katanya.
Bernama

3 Lagi Maahad Integrasi Tahfis Sains Di Selangor

 


SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad memaklumkan tiga lagi Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) akan ditubuhkan di negeri ini pada akhir tahun ini.

Menurut beliau, cadangan penubuhan MITS itu telah dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Beliau yang juga Ahli MMKN berkata, keputusan akhir penubuhan tiga MITS itu berada di tangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, manifesto Pakatan Rakyat  Selangor pada pilihan raya umum lalu menjanjikan  penubuhan tiga MITS jika diberi mandat semula mentadbir Selangor.

Menurut Iskandar, perancangan terperinci telah disediakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan kerjasama pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembinaan Insan negeri, Dr Halimah Ali dan pejabat Exco Hal Ehwal Islam, Ustaz Sallehin Mukhyi.

Menurut beliau, kerajaan negeri amat memahami hasrat ibu bapa yang mahu anak-anak mereka mendapat pendidikan peringkat menengah berteraskan Islam.

"Ramai daripada mereka terpaksa menghantar anak-anak ke sekolah-sekolah swasta di negeri ini atau ke sekolah-sekolah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan. Insya Allah MITS akan dapat memenuhi keperluan mereka di masa akan datang," katanya.

Kerajaan negeri bercadang menubuhkan MITS di Bagan Terap, Sabak Bernam dan dua lagi di daerah Sepang dan Selayang. - HARAKAHDAILY, 13/6/2014

Pertemuan Nik Aziz-Kit Siang: Hudud Bukan Punca DAP Kalah..



Kit Siang dan rombongan diraikan dengan majlis makan tengahari bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
KOTA BHARU:  Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan bahawa isu pelaksanaan hudud bukanlah menjadi punca utama kekalahan DAP dalam pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan malah beliau mengucapkan terima kasih kepada PAS  kerana telah berusaha memenangkan calonnya yang mewakili Pakatan Rakyat pada PRK itu.

Menurut Kit Siang, kesungguhan PAS membantu calon DAP PRK Telok Intan, Dyana Sofya Mohd Daud begitu mengharukan.

Mengulas pertemuannya dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Institut Pemikiran Tok Guru, dekat sini, semalam, beliau berkata, antara tujuan pertemuan itu adalah untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Sing Deo sebelum ini.

Gobind ketika mengulas kekalahan Dyana pada PRK Teluk Intan dilaporkan media meletakkan kesalahan kepada isu hudud yang diperjuangkan PAS.

Menurut Kit Siang, Gobind tidak bermaksud menyalahkan PAS sehingga calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat tewas dalam PRK itu.

“Gobind ada sebut ianya (hudud) hanya antara faktor kekalahan, malah Gobind juga turut mengucapkan terima kasih di atas usaha PAS selama ini yang turun padang membantu berkempen sehingga di hari pilihan raya (pembuangan undi),” ujarnya.

Pelaksanaan hudud, ujar Kit Siang bukan isu utama pada PRK Teluk Intan baru-baru ini. Ketika ditanya pemberita tentang punca kekalahan sebenar DAP dalam PRK tersebut, beliau berkata ia masih dalam kajian dan puncanya masih belum diketahui.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan bahawa isu hudud akan dijadikan isu utama oleh pihak tertentu pada pilihan raya umum akan datang. Sehubungan itu, beliau menyarankan parti-parti komponen Pakatan Rakyat agar mempersiapkan diri untuk menangkis cubaan BN untuk menjadikan hudud sebagai senjata kempen pilihan raya.

Hadir sama mengiringi Kit Siang melakukan kunjungan hormat ialah bekas calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. - HARAKAHDAILY, 13/6/2014

Felixia Yeap, Padam Foto Seksi Sebelum Ramadhan.

Foto 
ANTARA komen yang dilontarkan pengguna laman sosial kepada Felixia.

“SIAPA saya untuk menyuruh mereka berhenti daripada terus mencemuh dan memberi komen lucah pada gambar milik saya di Facebook (FB), justeru, saya mengambil keputusan untuk memadam semua gambar seksi itu." kata bekas model majalah Playboy Felixia Yeap, 28, ketika dihubungi.

“Saya juga perlu mendapatkan bantuan pembantu peribadi bagi melakukan tugas terbabit dan menjangkakan semuanya dapat dipadam sebelum Ramadan ini,” katanya lagi.

Perkara itu dijelaskannya selepas banyak komen berbaur lucah serta negatif pada gambar seksinya itu walaupun dirinya sudah memakai hijab. Berdasarkan pemantauan dilakukan wartawan di FB wanita itu, masih ada yang memberi komen lucah tanpa menghiraukan sensitiviti Felixia yang kini sudah berhijab.

Walaupun begitu, ada juga antara komen daripada peminat yang meminta Felixia memadam semua gambarnya itu yang menjadi tumpuan umum.

Lihat sebelum ini..
Lihat juga.. 
E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.
E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.  

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Penulis Blog Seks

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap kepada pasangan kekasih dan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee kerana gagal memulangkan pasport kepada mahkamah. Gambar fail The Malaysian Insider.


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap kepada pasangan kekasih dan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee kerana gagal memulangkan pasport kepada mahkamah. Gambar fail The Malaysian Insider.

















Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap penulis blog seks Alvin Tan selepas tertuduh gagal menyerahkan semula pasportnya kepada mahkamah yang sebelum ini diberikan untuk tujuan penggambaraan di Singapura, lapor Utusan Malaysia.

Alvin dan bekas kekasihnya, Vivian Lee menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan iaitu memuat naik di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers, satu kandungan gambar dan komen di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi pada jam 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai 2013.

Bagi pertuduhan pertama, Tan dan Lee didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu satu kandungan gambar dan komen yang sama yang mengandungi logo halal dan ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Pada 21 April lalu, Mahkamah Rayuan menggugurkan pertuduhan mempersenda umat Islam pada bulan Ramadan terhadap Tan dan Lee kerana ia tidak terpakai kepada bukan Islam. Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim diketuai Datuk Mohtarudin Baki juga memutuskan pertuduhan mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan tidak dapat dikuatkuasakan terhadap pasangan itu.

Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 26, dan Lee atau Lee May Ling, 25, sebelum itu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk membatalkan pertuduhan ke atas mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi, ketika menolak permohonan pasangan itu pada 21 November tahun lalu, memutuskan Seksyen 298A (1)(a) terpakai bagi semua kaum dan sah serta boleh dikuatkuasakan secara universal tanpa mengira kaum, etnik atau agama seseorang dan bahawa seksyen itu terpakai pada kedua-dua perayu dalam kes ini.

Dalam permohonan itu, Tan dan Lee memohon daripada Mahkamah Tinggi bagi perintah untuk mengisytiharkan Seksyen 298A tidak konsisten dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak dapat dikuatkuasakan ke atas mereka, dan sekalipun tuduhan itu sah di sisi undang-undang, ia hanya terpakai bagi orang Islam. – 13 Jun, 2014. (TMI)

Jom Lawat 'Pintu Neraka' Di Padang Pasir Turkmenistan.

 'Pintu Neraka' ini merupakan fenomena alam yang berasal lubang gas hasil pengeboran minyak pada 1971.
Pengunjung saat menyaksikan fenomena 'Pintu Neraka' di Turkmenistan. Lubang ini juga menjadi simbol Turkmenistan merupakan salah satu negara yang mempunyai rizab gas terbesar di dunia.

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
  
Jom Lawat 'Pintu Neraka' di tengah padang pasir Turkmenistan  
'Pintu Neraka' ini merupakan fenomena alam yang berasal lubang gas hasil pengeboran minyak pada 1971.
'Pintu Neraka' ini merupakan fenomena alam yang berasal lubang gas hasil pengeboran minyak pada 1971.
Suasana bahagian dalam lubang yang biasa disebut 'Pintu Neraka'. Fenomena alam ini bermula pada 1971 apabila saintis Kesatuan Soviet menggerudi tanah untuk mencari minyak dan kemudian membakar untuk mengeluarkan gas beracun.

'Pintu Neraka' ini merupakan fenomena alam yang berasal lubang gas hasil pengeboran minyak pada 1971.
Namun, lubang tersebut tidak padam dan api terus menyala hingga saat ini. 


'Pintu Neraka' ini merupakan fenomena alam yang berasal lubang gas hasil pengeboran minyak pada 1971.  
Sebuah lubang besar yang biasa disebut 'Pintu Neraka' di tengah padang pasir di Derweze, Karakum, Turkmenistan (10/6). Dinamakan 'Pintu Neraka' kerana lubang berdiameter 70 meter ini terus mengeluarkan api sejak 40 tahun lalu 
Lihat lagi..

6,275 Pelacur Pelbagai Negara Ditahan.




KUALA LUMPUR: Sejumlah 6,275 wanita dari pelbagai negara ditahan sejak Januari hingga April lepas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman SAC Roslee Chik berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,133 adalah warga Vietnam.
Bilangan wanita Vietnam yang ditahan meningkat berbanding tahun sebelumnya bagi tempoh sama iaitu 1,126 orang.

"Peningkatan sejumlah 1,007 wanita Vietnam adalah disebabkan permintaan pelanggan dan bayaran murah serta layanan 'mesra' wanita negara itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata kebanyakan wanita Vietnam menjalankan kegiatan mereka di pusat hiburan dan rumah urut.

"Kos yang murah dalam sistem pengangkutan seperti penerbangan tambang murah dan jalan darat melalui Thailand juga menjadi pemangkin untuk mereka masuk ke negara ini.
"Wanita Vietnam ini dipercayai dibawa masuk oleh ejen tempatan sebelum mengagihkan wanita berkenaan mengikut permintaan pengusaha pusat hiburan," katanya.

Selain wanita Vietnam, turut ditahan dalam Ops Noda di seluruh negara sepanjang Januari hingga April lepas ialah wanita China (1,661), Thailand (1,369), Indonesia (485), Filipina (212), India (94), Bangladesh (23), Laos (28) dan Uganda (16). Wanita negara lain yang turut terbabit dalam kegiatan pelacuran di negara ini ialah Pakistan, Nepal, Kampuchea, Uzbekistan, Nigeria, Singapura, Rusia, Sri Lanka, Venezuela dan Perancis.

Roslee berkata polis melakukan 18,520 serbuan bagi membanteras kegiatan pelacuran dengan yang tertinggi di Selangor iaitu sebanyak 4,959 diikuti Kuala Lumpur (3,518), Johor (3,074) dan Perak (2,426). Beliau berkata wanita tempatan turut terbabit dengan gejala pelacuran iaitu seramai 621 orang sepanjang empat bulan lepas (Januari hingga April 2014).

 "Tahun lepas, polis tahan seramai 934 wanita tempatan sepanjang tempoh masa yang sama," katanya sambil menambah polis sedang giat mengumpul maklumat berkaitan ejen persendirian dan sindiket pelacuran terbabit. (mStar)

Kes Cerai: Tuan Guru Nik Aziz Hubungi Abby


PRIHATIN MURABBI UMMAH... Tuan Guru Nik Abdul Aziz menghubungi Abby Abadi bertanyakan perkembangan terkini kes cerai artis tersebut dan menasihati beliau agar bersabar.

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kesedihan di atas berita perceraian Abby Abadi dan suaminya Muhammad Noor Farhan Che Bakar.
Ketika menghubungi Abby pagi tadi di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru dekat sini, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menasihati Abby supaya bersabar ketika menghadapi dugaan hidup apatah lagi setelah menyertai jemaah Islam.

Beliau menghubungi Abby sejurus setelah membaca berita berkenaan perceraian Abby dan suaminya di akhbar, hari ini. Tuan Guru ketika ditemui Harakahdaily mengakui turut berdukacita di atas perceraian kali kedua artis itu.

“Sewaktu majlis perkahwinannya sebelum ini saya sudah merasa sedih kerana tidak dapat hadir, hari ini saya merasa sedih kerana beliau telah bercerai,”ujarnya.

Beliau bagaimanapun berharap Abby Abadi bersabar dengan ujian hidup yang ditempuhinya dengan berserah kepada Allah. Tuan Guru Nik Aziz berdoa semoga Abby tabah dalam menghadapi ujian hidup.

“Sebagai seorang yang telah bersama jemaah Islam, saya berharap semoga dia tabah dan biarlah ujian itu membuatkan dia semakin tabah,”ujarnya.

Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37 disahkan bercerai talak satu dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu. Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai yang dibuat Farhan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 9 Mei selaku defendan adalah sah mengikut rukun dan syarat yang ditetapkan.

Pasangan ini bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.
Abby sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan bersama pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. - HARAKAHDAILY, 12/6/2014

Nik Aziz: Piala Dunia Berlangsung Bulan Ramadhan, Bagaimana?


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat tidak mahu membuat jangkaan awal pasukan mana yang menjadi pilihan beliau untuk menjulang Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil kali ini.

Tuan Guru yang ditemui Harakahdaily di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru dekat sini hari ini, berkata beliau bagaimanapun sangat berminat dengan sukan itu.

"Waktu sebelum perang Jepun, masa saya belajar di Jerteh, saya main bola sehingga cedera lutut sebelah kanan kena sepak oleh kawan saya.
"Sekarang ini pun, kalau cucu-cucu saya tengok bola dalam televisyen, saya tumpang tengok juga 10 ke 15 minit," katanya selepas menerima kunjungan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Institut Pemikiran Tok Guru di sini, hari ini.

Mengulas demam piala dunia yang kali ini turut berlangsung dalam bulan Ramadhan, bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, rakyat khususnya umat Islam perlu pandai membuat keutamaan. Lebih-lebih lagi kebanyakan waktu perlawan besar berlangsung awal pagi.

"Jangan sampai tubuh kita tak segar kerana bola. Ramadhan ini kita perlu bagun pagi sebelum subuh. Ajar diri, selain tengok bola, kita solat tahajud, witir dan baca al-Quran.
"Jangan jadi bola itu perkara utama. Yang jadi perkara utama adalah bangun sebelum subuh menghadapi Ramadhan dan berdoa mintak Allah selamatkan Islam," katanya lagi sambil menambah Rasulullas SAW sentiasa bangun sebelum Subuh walaupun bukan di bulan Ramadahan.

Sepak mula sebagai perlawanan pembukaan akan diadakan esok 13 Jun antara pasukan tuan rumah Brazil melawan Croatia pada jam 4 pagi waktu Malaysia. - HARAKAHDAILY 12/6/2014

Monica, Aktris India Pilih Islam Bukan Kerana Cinta Atau Wang


"SAYA berpindah agama bukan kerana cinta atau wang, dan saya bukan orang semacam itu. Saya memeluk Islam kerana saya suka dengan prinsip-prinsipnya, "kata Monica atau Mounika kepada para wartawan.

Pelakon peranan asal India selatan itu telah memeluk agama Islam dan memutuskan untuk meninggalkan kehidupan gemerlapnya sebagai seorang bintang filem. Dilahirkan di Kerala pada tahun 1987 dengan nama Rekha Maruthiraj, wanita India itu kemudian menukar namanya menjadi Monica demi kerjaya lakonannya dalam filem-filem berbahasa Tamil dan Telugu.  


Monica atau Mounika kemudian menukar lagi namanya menjadi Parvana ketika berakting untuk filem-filem berbahasa Malayalam. Terakhir setelah memeluk Islam, Monica mantap menggunakan nama MG Rahima. Kerjaya Monica sebagai artis peranan bermula sejak kanak-kanak. Di usia belia dia pernah mendapatkan penghargaan Tamil Nadu State Award sebagai pelakon cilik terbaik untuk peranannya di filem En Aasai Machan. Jannal Oram yang dikeluarkan pada November 2013 merupakan kemunculan terbaru Monica dalam filem berbahasa Tamil. 
"Selepas ini saya tidak akan lagi berakting dalam filem-filem. Itu menyakitkan, tetapi saya tidak akan berubah fikiran, "tegasnya disaksikan kedua ibu bapanya Maruti Raj dan Gracy.

Rahima aka Monica mengumumkan keputusannya memeluk agama Islam di Chennai dalam sebuah sidang akhbar pada hari Jumaat minggu lalu (30/5/2014), di mana dia mengeluarkan foto-foto yang menunjukkan dirinya mengunakan pakaian tertutup lengkap dengan tudungnya.


"Saya sudah menjalankan ajaran Islam selama hampir empat tahun sekarang. Ayah saya seorang Kristian dan ibu saya Hindu, dan mereka sepenuhnya menyokong keputusan saya. ""Filem terakhir saya 'Nadhigal Nanaivathillai' akan dikeluarkan dalam waktu dekat dan saya tidak akan berakting lagi di filem-filem selepas itu," katanya."Saya sangat terinspirasi dengan ajaran-ajaran Islam yang saya baca dalam buku-buku. Saya merancang untuk berumah tangga dan akan mengumumkan rancangan perkahwinan segera, "pungkas Monica. (IH/
Ama Farah)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Thursday, June 12, 2014

Semalam Exco Agama Kecam, Hari Ini Baru Mahkamah Putuskan..


Peguam mendiang Teoh Cheng Cheng atau Nora Teoh Abdullah, Wan Faridulhadi Mohammad Yusoff bercakap kepada media di luar Mahkamah Syariah Pulau Pinang di batu Gantung, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 12 Jun, 2014. Peguam mendiang Teoh Cheng Cheng atau Nora Teoh Abdullah, Wan Faridulhadi Mohammad Yusoff bercakap kepada media di luar Mahkamah Syariah Pulau Pinang di batu Gantung, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 12 Jun, 2014.

















Mahkamah Syariah Pulau Pinang hari ini mengesahkan Teoh Cheng Cheng yang mayatnya diambil semasa upacara pengebumian Buddha pada Isnin bukanlah seorang Islam. Hakim Zaim Md Yudin berkata, mayatnya akan dikembalikan kepada keluarganya untuk dikebumikan.

Dalam penghakiman selama 20 minit itu, beliau berkata pihak yang menjaga mayat Teoh sekarang perlu mengembalikannya kepada keluarga mendiang. Turut berada di mahkamah adalah Wan Faridulhadi Mohd Yusoff, yang mewakili anak perempuan Teoh, Medelyn Teoh dan ahli keluarganya.

Semalam Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) memfailkan permohonan untuk mendapatkan deklarasi berhubung status mendiang. Semalam, mahkamah mendengar testimoni daripada saksi, dua daripada Maipp dan dua daripada pihak Teoh. Saksi yang memberikan testimoni bagi pihak Teoh adalah anak perempuan sulung, Medelyn Teoh, 17, dan seorang rakan rapat keluarga yang tidak dikenalpasti oleh media.

Media dihalang untuk mendengar prosiding mahkamah semalam atas permintaan keluarga Teoh.
Pihak keluarga diwakili peguam Wan Faridulhadi Mohd Yusoff, manakala Maipp diwakili peguam Noor Asyimah Ramli. Teoh didakwa memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarganya, dan menggantung diri pada Sabtu lepas di Pangsapuri Pelangi, Lintang Macallum dekat George Town selepas bergaduh dengan kekasihnya.

Teoh sepatutnya dikebumikan dengan cara pembakaran menurut upacara Tao. Namun majlis pengebumiannya dihentikan oleh pegawai Jaipp, dan selepas mendapat kebenaran keluarga mendiang, mereka mengambil mayat dan dibawa ke rumah mayat Pulau Pinang sehingga tindakan selanjutnya diambil terhadap kes itu. – 12 Jun, 2014.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semalam Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim meminta maaf ke atas insiden rampasan jenazah baru-baru ini yang menurutnya dilakukan tidak mengikut prosedur. Malik mengecam tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang disifatkannya tidak sensitif.

Hari ini pula,  Mahkamah Syariah Pulau Pinang hari ini mengesahkan Teoh Cheng Cheng yang mayatnya diambil semasa upacara pengebumian Buddha pada Isnin bukanlah seorang Islam. Hakim Zaim Md Yudin berkata, mayatnya akan dikembalikan kepada keluarganya untuk dikebumikan.

Lihat sebelum ini..

Usul Hudud Di DUN, MB S'gor Tak Mahu Ulas.

MB
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mahu mengulas isu ADUN Umno Selangor mahu mengusul isu hudud dalam sidang negeri minggu depan.

"Perkara ini masih belum dibangkitkan kepada saya dan dibincang bersama exco negeri lagi," katanya ringkas dalam sidang media selepas mesyuarat exco negeri di Shah Alam hari ini.

Semalam ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik dilaporkan menyerahkan usul untuk mengadakan undang-undang Hudud di negeri Selangor.

Hal itu mendapat bantahan dari DAP dan PAS Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad menyatakam keraguan beliau dan menyifatkan usul itu sebagai “hanya bermain politik” kerana ia tidak dilakukan ketika lama memerintah negeri itu sebelum ini.

“Kenapa baru sekarang Umno hendak cadang bentang di Dewan? Mereka ada lebih 50 tahun (memerintah Selangor) tetapi tidak melakukannya?

“Hanya setelah mereka menjadi pembangkang di Selangor barulah mereka hendak bercakap tentang hudud?” beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar web PAS harakahdaily semalam.

Beliau juga membangkitkan tindakan BN menolak pelaksaan hukum itu di Terengganu sebelum ini. (MK)

ADUN PKR Mahu Saman Malaysiakini

 
ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jeyakumar mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap Malaysiakini sekiranya portal itu tidak memohon maaf kerana menyiarkan artikel yang didakwa memfitnah beliau.

Beliau berkata artikel berkaitan dakwaan rasuah aktivis Badrul Hisham Shaharin yang disiarkan pada 5 Jun lalu adalah tidak benar sama sekali dan merosakkan imej beliau.

"Banyak media lain mengambil artikel itu dan menyiarkan semua. Ia tidak benar.

"Anda tak mengambil respon saya. Jika anda bertanggungjawab, anda patut tunggu jawapan saya sebelum terbitkan artikel itu," kata beliau hari ini.

Beliau merujuk kepada laporan berjudul "PKR top leaders implicated in bribery claim" dan "Chegubard buat aduan bertulis dakwaan rasuah". (MK)


Lihat sebelum ini..

Kes Cerai Abby Abadi, Bekas Suami Jelaskan Sebenarnya.


Kesan luka cakaran pada wajah dan lengan Muhammad Noor Farhan yang didedahkan kepada pihak media. 

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai pergolakan rumah tangga Abby Abadi akhirnya terjawab apabila bekas suami pelakon itu Muhammad Noor Farhan Che Bakar mendedahkan didera secara fizikal dan emosi semasa mereka bergelar suami-isteri. 
Muhammad Noor Farhan, 24, memberitahu, Abby pertama kali mencederakannya sekitar Januari lalu dengan membaling kunci motosikal  ke wajahnya sehingga mengakibatkan kesan lebam selepas Abby mendapat tahu dia memberitahu seorang kenalan mereka sudah tidak mempunyai hubungan.
Dedahnya lagi, Abby sekali lagi bertindak agresif mencakar muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.

Muhammad Noor Farhan menunjukkan kesan cedera pada lengan kirinya dan laporan polis yang dibuat pada 17 Mei lalu.

"Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini," dedahnya kepada mStar Online ketika ditemui di  perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini pada Rabu.

Terdahulu, Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuat Muhammad Noor Farhan pada 9 Mei lalu terhadap Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abd Manan, 37, adalah sah mengikut rukun dan syarak yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan bukti gambar kesan kecederaannya pada bahagian muka dan lengan kiri akibat dicakar oleh bekas isterinya itu kepada pihak media.

Malah dia memberitahu telah pun membuat satu laporan di Balai Polis Ampang dekat sini pada hari sama dia dicederakan sebagai salah satu langkah keselamatan.


Abby turut didakwa turut menyebabkan tekanan emosi kepada Muhammad Noor Farhan sepanjang perkahwinan mereka.

"Saya tidak ingin memanjangkan perkara ini dalam mahkamah tetapi sekadar membuat laporan polis untuk melindungi diri saya sekiranya apa-apa berlaku.
"Abby juga tahu saya buat laporan polis mengenai kejadian tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan, pergaduhan di antara mereka sering tercetus apabila Abby tidak mempunyai wang dan sering mendesaknya sehingga membuatkan dia tertekan dan tidak pulang ke rumah.

Jelas Farhan, dia kecewa apabila Abby tidak memberi peluang kepadanya untuk membuktikan diri untuk menjadi seorang suami bertanggungjawab dan Abby sering mengeluarkan kata-kata menguris perasaan kepadanya dan menambah tekanan dalam rumah tangga mereka.

"Setiap kali dia tidak mempunyai wang dia akan menyerang dan mendesak saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya.
"Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya tertekan," katanya.

Bagaimanapun, Muhammad Noor Farhan enggan mengulas dakwaan kejadian berlaku akibat sikap Abby yang mengawal hidupnya sepanjang hampir setahun perkahwinan mereka. Dalam perkembangan sama, Muhammad Noor Farhan berkata, dia sudah tidak mempunyai perasaan sayang terhadap bekas isterinya itu dan tidak melihat sebarang peluang untuk mereka kembali berbaik.

Malah  dia lega apabila kes perceraian tersebut selesai dengan baik apabila pihak mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuatnya menerusi SMS terhadap Abby.

"Cukuplah... Saya tidak akan rujuk kembali dengan dia kerana dia telah mencederakan saya dan perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya," jelasnya. Usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan balas Abby mengenai pendedahan bekas suaminya itu tidak berjaya apabila seorang wanita yang menjawab panggilan memaklumkan Abby tidak berada bersamanya selain enggan memberi sebarang kenyataan.
"Mungkin boleh cuba menghubungi Abby esok (Khamis) tetapi sekiranya tiada sebarang balasan itu bermakna dia tidak mahu menjawab apa-apa soalan daripada media," kata wanita berkenaan.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lepas di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan. Pelakon siri Gerak Khas itu sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

 
Abby Abadi sah bercerai talak satu selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam mengesahkan lafaz cerai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar pada 9 Mei lalu. (IH)

Ini, Wajah Bintang Bola Sepak Di Buah Tembikai.



SEORANG guru (kanan) mengajar pelajarnya cara mengukir wajah Messi pada kulit buah tembikai di Shenyang, China semalam.- REUTERS


JOM KREATIF
SHENYANG, China - Para pelajar sebuah sekolah masakan di sini menghasilkan wajah beberapa bintang bola sepak Piala Dunia 2014 pada buah tembikai semalam. Pemain bola sepak Argentina, Lionel Messi dan bintang skuad bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo merupakan wajah pilihan mereka pada buah tersebut.

Buah-buah itu kemudian dipamerkan kepada orang ramai. Pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 itu akan berlangsung mulai hari ini hingga 13 Julai depan. - Agensi

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Ibrahim Pendek, BN Kena Belajar Darinya. -Pemuda PAS


  Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapok dengan 40 Penyamun.
 
“KAMU harus belajar dari (pelakon pupular) Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapok dengan 40 Penyamun.
“Buah dadu tak boleh dibuka lebih dari sekali pusingan. Kamu tipu rakyat sekali lagi dengan RM500, rakyat akan semakin membenci kamu!” kata
Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Dalam kenyataan  hari ini, Suhaizan berkata, langkah itu hanya memperbodohkan dan mempermainkan para penoreh getah. Dalam filem arahan dan lakoran Tan Sri P Ramlee itu, terdapat babak popular menunjukkan Ibrahim (yang melakonkan watak Sarjan) menipu wang orang ramai menggunakan dadu. Bagi mengelakkan perkara itu terbongkar dan disedari orang ramai, Sarjan hanya akan membuka perjudiannya itu sebanyak tiga kali sahaja.

Suhaizan berkata, langkah terbaru kerajaan itu melambangkan keterdesakan BN selepas himpunan besar-besaran di Baling yang menyatakan kemarahan penoreh ekoran menjunamnya harga getah skrap sehingga RM1.90/kg. 
Pemuda PAS hari ini menempelak langkah kerajaan mengumumkan bantuan RM500 kepada penoreh getah susulan kejatuhan harga getah yang melanda negara. Menurut dewan itu, langkah populis dan klise itu tidak akan menyelesaikan masalah itu secara tuntas untuk jangka masa panjang demi meningkatkan perbelanjaan mereka.

“Ini tidak ubah sama sekali sepertimana 'gula-gula' BR1M yang diberikan kerajaan Umno (dan) BN dalam PRU yang lalu.
“Yang kita mahukan ialah suatu dasar dan langkah afrimatif yang mampu memberikan kesan jangka panjang,” kata ketuanya Suhaizan Kaiat.

Kerajaan hari ini mengumumkan bantuan RM500 kepada penoreh getah, sama seperti yang diterima pekebun kecil komoditi bagi membantu mereka susulan kejatuhan harga getah pasaran. Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan juga sedang mempertimbang mekanisme menentukan harga getah pasaran.

Beliau juga akan mencadangkan supaya kerajaan membenarkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) menentukan harga getah ladang bagi mengelakkan eksploitasi harga oleh orang tengah. (IH)


Kes Jenazah: Exco HEAIPP Kecam Jabatannya Sendiri?








Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim (gambar) meminta maaf ke atas insiden rampasan jenazah baru-baru ini yang menurutnya dilakukan tidak mengikut prosedur.

Malik mengecam tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang disifatkannya tidak sensitif.

"Selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam dan bagi pihak JHEAIPP juga memohon maaf kepada keluarga si mati, di atas insiden yang berlaku pada 9 Jun itu.
"Tindakan pegawai JHEAIPP dianggap kurang sensitif tentang adat resam, agama dan perasaan ibu si mati Tan Mah Suan yang berusia  64 tahun dan keluarganya semasa sedang menghadapi saat mendukacitakan," katanya.

Beliau juga menjelaskan tindakan oleh pegawai jabatan agama tersebut membelakangi prosedur yang sepatutnya dipatuhi.

"Sepatutnya pegawai JHEAIPP berkenaan  mengambil kira perasaan kaum keluarga dan terlebih dahulu mendapatkan pandangan daripada pengarah JHEAIPP, Bahagian Penguatkuasa JHEAIPP, Jabatan Mufti dan Pegawai Agama Daerah sebelum mengambil tindakan selanjutnya," katanya.
"Saya berjanji dan akan memastikan perkara sebegini tidak akan berulang lagi."

Kontroversi tercetus selepas pegawai jabatan agama diiringi pegawai polis merampas jenazah wanita meninggal dunia yang didakwa memeluk Islam, Teoh Cheng Cheng, 38. Cheng Cheng, seorang pelayan berumur 38 tahun dilaporkan meninggal dunia Sabtu lalu selepas menggantung diri di rumahnya di Lebuh Macallum, Pulau Pinang selepas bertengkar dengan teman lelakinya.
 
Mayat beliau sepatutnya disemadikan petang Isnin lalu mengikut upacara adat Tao tetapi dihentikan oleh oleh pegawai jabatan agama yang datang menuntut mayatnya. Selepas perbincangan, keluarga mendiang membenarkan jenazah tersebut diambil.

Namun, keluarganya mengubah fikiran dan berjumpa dengan kepimpinan negeri Pulau Pinang termasuk Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi meminta bantuan untuk menyemadikan beliau mengikut agama mereka. Sehubungan itu, mereka memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Syariah petang semalam. – 11 Jun, 2014.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: JHEAIPP menjalankan tugasnya dengan baik, menguruskan mayat orang Islam. Semuanya beres, masalah-masalah yang timbul itu biasalah. Mengapa JHEAIPP mesti dikecam, sepatutnya dibela dan dipuji?

Cap Kucing, Kambing & Timun Pula, Selain Bihun Cap Masjid..

Foto
LANTAI premis dipenuhi sisa takungan air beras yang sudah basi.
Foto
PIHAK berkuasa merampas bihun cap Kucing di pasar raya.

PENGGUNA
Kuala Lumpur: Selain bihun Cap Masjid, sebuah kilang di Jalan Ipoh, di sini yang disita kelmarin, turut mengeluarkan produk itu menggunakan tiga logo lain iaitu cap Kucing, Kambing dan Timun.
Sehubungan itu, Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Roslan Mahyuddin mengarahkan semua peniaga menghentikan penjualan keempat-empat jenama berkenaan di pasaran.

“Kita tidak dapat memastikan berapa luas penjualan semua jenama bihun dikeluarkan oleh kilang berkenaan, namun kita akan melakukan pemantauan berterusan di premis lain.
“Kita beri amaran kepada peniaga supaya tidak lagi menjual jenama berkenaan kerana ia adalah satu kesalahan dan sekiranya mereka didapati masih menjualnya, kita tidak akan teragak-agak untuk mengenakan hukuman berat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, KPDNKK akan melakukan siasatan lanjut terhadap kilang berkenaan dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM100,000 bagi individu atau kedua-duanya, manakala bagi syarikat boleh dikenakan tidak lebih RM250,000 (myMetro)

Komander Abu Sayyaf (Wanted AS500,000 -2009) Ditangkap

GAMBAR Khair selepas dia ditangkap di Manila, Filipina semalam.- AFP

MANILA - Pasukan keselamatan Filipina semalam menangkap seorang komander utama kumpulan militan Abu Sayyaf yang disenaraikan sebagai pengganas paling dikehendaki Amerika Syarikat (AS).
Komander berkenaan, Khair Mundos pernah mengaku menerima dana Al-Qaeda bagi membiayai serangan bom di seluruh Filipina.

Khair tidak melawan apabila anggota- anggota tentera dan polis menangkapnya di sebuah penempatan setinggan dekat lapangan terbang antarabangsa Manila di sini. Pihak berkuasa masih tidak pasti tujuan dia berada di Manila. Sebelum ini, pihak polis dan tentera memburu Khair kerana dia terlibat dalam beberapa insiden serangan bom dan penculikan.

Dia merupakan antara suspek pengganas berpangkat paling tinggi yang pernah ditangkap di negara ini sejak bertahun-tahun lalu. Ketua perisikan tentera, Mejar Jeneral Eduardo Ano berkata, penangkapan Khair memberikan tamparan hebat kepada Abu Sayyaf.

"Dia merupakan komander utama, pelatih tempur, pemimpin kerohanian dan perancang serangan bom dan penculikan bagi mendapatkan wang tebusan," kata Ano.

Pada tahun 2009, Jabatan Negara AS menawarkan ganjaran sebanyak AS$500,000 (RM1.6 juta) untuk menangkap atau membunuh Khair. Menurut jabatan berkenaan, Khair pernah ditangkap pada tahun 2004. Namun, dia melarikan diri tiga tahun kemudian dan pernah mengaku menguruskan pemindahan dana Al-Qaeda kepada Abu Sayyaf bagi membiayai serangan bom di Filipina.

Dia merupakan antara pemimpin asal Abu Sayyaf selepas ramai komander kumpulan militan itu ditangkap atau dibunuh dalam serangan tentera Filipina dengan bantuan AS sejak lebih sedekad lalu.
Khair dipercayai pemimpin militan Abu Sayyaf di Pulau Basilan, selatan Filipina. Kumpulan Abu Sayyaf diasaskan pada tahun 1991 di Basilan yang terletak sekitar 880 kilometer dari sini. - AP

Wednesday, June 11, 2014

Curi Kereta Lama Hanya Pakai Pembaris.





 SALEHHUDIN (tengah) bersama pegawainya menunjukkan pembaris besi yang digunakan oleh Geng Pembaris untuk mencuri kereta lama pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah semalam.
MELAKA - Hanya berbekal pembaris besi, sebuah sindiket bergelar Geng Pembaris yang bergerak aktif mencuri kereta-kereta lama yang berusia lebih 20 tahun bagi dijual pada harga RM3,000 tumpas ekoran penahanan enam ahli kumpulan itu di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Saleh- hudin Abd. Rahman berkata, tangkapan keenam-enam suspek berusia 34 hingga 48 tahun itu bermula apabila polis berjaya memberkas ketua kumpulannya di tempat letak kereta di Melaka Sentral pada pukul 5 pagi. (Kosmo)

Lihat Ini juga..

Adun Sungai Air Tawar Gesa S'ngor Kaji Laksana Hudud.

 


KUALA LUMPUR: Umno diminta melaksanakan hudud di negeri-negeri yang diperintah oleh BN dan bukannya mengusulkan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah itu ketika menjadi pembangkang, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Mengulas usul yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik agar Dewan Negeri Selangor menggesa kerajaan negeri mengkaji keberangkalian melaksanakan undang-undang hudud, Iskandar menyifatkannya sebagai “hanya bermain politik”.

“Kenapa baru sekarang Umno hendak cadang bentang di Dewan? Mereka ada lebih 50 tahun (memerintah Selangor) tetapi tidak melakukannya?
“Hanya setelah mereka menjadi pembangkang di Selangor barulah mereka hendak bercakap tentang hudud?” ulas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurut beliau, PAS telah mengadakan penerangan kepada rakyat tentang hukum jenayah syariah dan meluluskan enakmen berkaitan sebaik sahaja mendapat kuasa di Kelantan.

“Di Terengganu pula, kerajaan BN negeri telah menolak pelaksanaan hudud di negeri itu,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sekali lagi menegaskan bahawa Umno perlu melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negeri yang dikuasai mereka jika benar-benar ikhlas ingin mendaulatkan syariat Islam dan tidak hanya bermain politik.

Kamarol Zaki dilapor telah menghantar usul kepada Dun Selangor agar kerajaan negeri digesa mengkaji kemungkinan melaksanakan hudud.

Salinan usul yang dicadangkan di bawah peraturan 26 Peraturan Tetap Dun itu menyebut:

“Bahawa dewan yang mulia ini menggesa agar kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama persekutuan.” - HARAKAHDAILY, 10/6/2014

MAIS-Zarina Berdamai, Saling Puji-memuji


Selepas seminggu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan pengantin kontroversi Zarina Abdullah Majid akhirnya berdamai dalam isu perkahwinannya mengikut upacara Hindu. Malah, selepas pertemuan kedua-dua pihak hari ini, Pengarah MAIS Datuk Mohamad Adzib dan Zarina mengeluarkan kenyataan bersama yang antara lain memuji tindakan satu sama lain.

Menurut kenyataan itu, wakil keluarga Zarina mengakui siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) – badan penguatkuasaan MAIS – dilakukan penuh hormat dan tidak menyinggung perasaan keluarga dan tetamu majlis perkahwinan.

“Pihaknya turut kesal dengan istilah serbuan yang sengaja disensasikan oleh pihak media sehingga menimbulkan ketegangan,” kata Adzib dan Zarina.

Dinyatakan juga, JAIS pula berkata, siasatan mereka mendapat kerjasama baik daripada Zarina dan keluarga. Berhubung status agama Zarina, MAIS menasihatinya memfailkan permohonan status agama di Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia terletak bawah bidang kuasanya.

“MAIS dan JAIS akan membantu mempercepatkan proses pendengaran permohonan kes beliau di Mahkamah Tinggi Syariah,” katanya.

Nada kenyataan itu bagaimanapun berbeza sama sekali dengan kenyataan Zarina pada 4 Jun lalu yang dilaporkan berkata sangat malu dan sakit hati kerana majlis tersebut tergendala. Laporan The Malaysian Insider melaporkan Zarina sebagai berkata, tindakan pegawai JAIS itu malah menyebabkan tetamunya meninggalkan majlis tanpa menjamah hidangan.(MK)

Bihun Cap Masjid Guna Sijil Halal Sendiri...


'Bihun Istimewa' cap masjid tiada sijil halal

KUALA LUMPUR: 'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.  
        
Kenyataan itu dikeluarkan di laman web Jakim berikutan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun istimewa yang kotor dan jijik di laman sosial, hari ini.    

Mengenai kicap 'ABC Saus Manis' yang didakwa menggunakan botol arak, Hakimah memaklumkan produk tersebut adalah tiruan dan tidak menggunakan logo halal Jakim.

"Produk tersebut dikilangkan semula di kilang yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan telah diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berdasarkan aduan orang awam," katanya.
       
Hakimah berkata produk 'ABC Saus Manis' yang asli dikilangkan di Indonesia dan mempunyai pengesahan halal daripada badan pensijilan halal Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang diiktiraf Jakim. - Bernama