Friday, July 11, 2014

Aliran Ahmadiah Sambut Ramadhan Di Sini.. Ajaran Sesat?

Marshallese Muslims at Ramadan prayers in Majuro.Umat Muslim di Kepulauan Marshall menunaikan ibadah. Foto: Imam Matiullah Joyia.

SILA baca berita ini diangkat dari  ABC Radio Australia hari ini (Diperbaharui 10 July 2014, 14:20 AEST) .

Suasana Ramadan di Kawasan Pasifik
Suasana Ramadan terasa juga di Kepulauan Marshall, yang terletak di kawasan Pasifik, meskipun yang merayakannya hanya sekitar 150 orang. Itulah jumlah anggota komunitas Islam di negara kepulauan tersebut.


Di Kepulauan Marshall, waktu berpuasa dimulai sekitar jam 5 pagi dan berakhir jam 7 malam. 

"Selama siang hari, selain tidak makan dan minum, umat Muslim dilarang menyombongkan diri, bertengkar, berkelahi, atau apapun yang di bawah harga diri seseorang yang benar-benar beriman," jelas Matiullah Joyia, imam masjid di Majuro.
"Yang berpuasa merasakan sendiri lapar, kemiskinan, kesepian dan ketidaknyamanan yang dialami anggota masyarakat yang kurang beruntung."
Marshallese Muslims at prayer
Anggota komunitas Muslim Marshall. Foto: Imam Matiullah Joyia. 

Komunitas Muslim di kepulauan Marshall mengikuti aliran Ahmadiyah, yang berawal di tahun 1889. Aliran ini percaya bahwa Allah mengirim penyelamat dalam bentuk manusia Mirza Ghulam Ahmad untuk mengakhiri perang agama dan membawa kedamaian

Gerakan Ahmadiyah dibawa ke kepulauan Marshall pada tahun 1990an oleh sejumlah pemuka agama dari Fiji. Pada tahun 2001, aliran ini diakui secara resmi oleh negara. Masjid pertama komunitasnya dibuka tahun 2012. Menurut Joyia, awalnya penduduk setempat ketakutan melihat pembangunan Masjid pertama, tapi keadaannya makin baik.

"Penduduk setempat mulai sadar bahwa ada umat Muslim yang mendakwah dan mempraktekkan Islam untuk menjadi agama yang toleran," ceritanya.

Tips Joyia untuk umat Muslim yang berpuasa di udara tropis kepulauan Marshall adalah banyak minum air saat sahur, agar tidak dehidrasi.

"Dan makan sebanyak mungkin. Bukan berarti rakus, tapi makan secukupnya," ucapnya.

Joyja menjelaskan ucapan 'Ramadan Mubarak' pada ABC. "Ramadan Mubarak berarti Selamat, sudah Ramadan. Pada dasarnya, kami menyelamati karena kami bersemangat menyambut ini, dan juga berkah yang dibawanya." 

Members of the Marshall Islands' Muslim community
Anggota komunitas Muslim Kepulauan Marshall. Foto: Imam Matiullah Joyia

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya mereka bukan 'Komunitas Muslim' tetapi ajaran sesat asalnya ciptaan penjajah Inggeris di India dulu. Apa komen anda? (IH)

Lihat..

Isu Bikini, Maria Farida DiTergur Peminat ...


Maria menganggap kontroversi bikini melibatkannya adalah isu kecil dan tidak patut diperbesarkan.

HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Ini suatu bentuk publisiti percuma. Pelakon Maria Farida memberitahu ada pengikut di Instagram miliknya meminta agar dia melakukan solat sunat Istikarah ekoran dia memuat naik gambar koleksi bikini yang mendapat kritikan ramai.

Maria, 44, berkata, pihak yang memintanya menunaikan solat itu seolah-olah mempermainkan agama kerana tidak mengetahui tujuan sebenar ibadat tersebut perlu dilakukan.

"Dalam banyak-banyak kritikan yang saya terima, ada peminat yang meminta saya buat solat sunat Istikarah dan adakah individu itu faham apa tujuan solat itu?
"Bagi saya ada sesetengah pengikut ini memberikan kritikan secara kurang bijak dan begitu berani mempersendakan hal berkaitan soal agama."

Katanya kepada mStar Online. Maria sebelum ini memuat naik foto beberapa bikini dengan kapsyen,  
'Can't decide on which one... hmm' (Tak boleh putuskan yang mana satu... hmm).
Maria Farida Tayang Bikini Di Instagram. Motif?

Rupanya, kontroversi bikini tersebut tidak sepatutnya timbul kerana gambar itu bukan menampilkan dirinya mengayakan pakaian berbikini, cuma longgokan pakaian dalam sahaja. Itulah teknik satu bentuk publisiti percuma.

Yang sejuknya, dia berkata, "Alhamdulillah puasa tahun ini cukup tenang dan dapat menghabiskan masa dengan buat solat Terawih bersama anak saya dan persiapan untuk Aidilfitri juga dibuat secara sederhana sahaja." (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Tewas Pemilihan PKR, Saifuddin Akur ...

















Calon timbalan presiden PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akur dengan kekalahannya dalam pemilihan parti 2014 dan menganggapnya sebagai kehendak akar umbi walaupun menawarkan pengalamannya, rekod kerja serta kesetiaan kepada parti sejak 15 tahun lalu.

Saifuddin (gambar) berkata, ternyata bukan itu yang ahli parti mahukan dan menghormati keputusan mereka sebahagian daripada lumrah politik.

"Kempen saya cukup minima. Isi borang pencalonan, hubungi dan jumpa kawan-kawan parti di semua peringkat... nasional, negeri dan cabang, terangkan misi dan rancangan saya kiranya terpilih dan selebihnya terserah mereka membuat pilihan.
"Mereka telah buat pilihan dan saya hormati.
“Oleh demikian saya tidak begitu terkesan dengan kekalahan saya.
"Saya tetap kekal dan berjuang terus dalam PKR," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau tidak menjangka keputusannya untuk bertanding menyebabkannya sering diserang dan difitnah.

"Kawan-kawan dekat menjauh kerana lebih awal menyokong calon lain.
"Kawan-kawan jauh yang memang selama ini tidak sukakan saya semakin kencang menyerang," katanya.

Tegasnya, jawatan parti sepatutnya dijadikan ruang untuk memberi khidmat dan bukannya mengharapkan habuan atau menganggapnya sebagai milik peribadi mahu pun untuk membina empayar diri. Katanya, kepimpinan yang terpilih kali ini akan memikul tugas berat bagi mempersiapkan parti menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Saifuddin membentuk kem “Masa Depan Bersama” dengan dua calon naib presiden PKR iaitu Mohd Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar. Keputusan terkini pemilihan PKR 2014 menunjukkan penyandang Mohamed Azmin Ali jauh mendahului dua pesaingnya dengan 21,066 undi sekaligus hampir pasti mengekalkan kerusinya sejak 13 tahun lalu.

Jumlah undian yang disiarkan dalam laman web rasmi PKR semalam menunjukkan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima 17,608 undi manakala Saifuddin hanya mendapat 9,944 undi sahaja.

Sementara itu, beliau turut menyatakan sokongan terbuka terhadap Rafizi dan berharap Ahli Parlimen Pandan itu menang dalam pusingan akhir di cabang Kelana Jaya dan Puchong 10 Ogos ini.

"Rafizi satu-satunya pemimpin dalam PKR yang mewujudkan program latihan dengan biaya sendiri sebagai kaedah recruitment anak-anak muda profesional menyertai parti.
"Harapan saya adik saya Rafizi yang saya kenal sejak zaman pelajarnya, yang saya lantik sebagai Exco Pemuda PKR semasa saya memimpin pemuda (Ezam Mohd Nor dalam Kamunting), yang saya pujuk tinggalkan Petronas untuk sepenuh masa dengan parti... dapat terpilih sebagai salah seorang naib presiden," katanya. – 10 Julai, 2014.

Lihatsebelum ini.
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan? 

Gaza: Khaled Meshaal Gesa Umat Islam Tunjuk Solidariti


GAZA: Hamas mengingatkan umat Islam tidak hanya berpeluk tubuh dengan sekadar melihat apa yang dilakukan tentera zionis Isreal kepada rakyat Palestin ketika ini. Ketua Biro Politik Hamas Khaled Meshaal berkata, negara-negara Arab dan Islam khususnya Mesir digesa berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin yang sedang dibunuh.

"Ramadan sentiasa menjadi bulan kemenangan kepada orang Islam.
"Ramadan 1973 menyaksikan hari kemenangan bagi rakyat Mesir dan tentera mereka ke atas Israel. Kami mahu sokongan anada," katanya dalam satu temubual di televisyen di Qatar, Doha.

Beliau turut menyalahkan negara Yahudi tersebut sebagai memulakan pencerobohan.

"Rakyat Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan diri," kata Meshaal.

Sejak Isnin lalu, Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Palestin dan menyebabkan lebih 53 syahid termasuk wanita dan kanak-kanak. Aktivis mendakwa tentera rejim menggunakan senjata pemusnah yang dilarang pihak antarabangsa. Meshaal berkata pihak pertahanan Palestin akan terus memikul tanggungjawab untuk mempertahankan tanah Palestin. Pihaknya juga menolak sebarang genjatan senjata selagi Palestin tidak dibebaskan sepenuhnya dari cengkaman Zionis Israel.

"Kami tidak mengancam sesiapa, tetapi kita mempunyai hak untuk mempertahankan diri kita sendiri.
"Israel hanya boleh menyalahkan diri sendiri dan pemimpin mereka untuk mana-mana tindak balas berikutnya yang akan berlaku," tegas Meshaal. - HARAKAHDAILY 10/7/2014

Israel Guna Senjata Haram Bunuh Anak Palestin


GAZA: Penelitian pasukan doktor terhadap mayat rakyat Palestin yang syahid dalam serangan udara tentera zionis didapati ditembak dengan senjata yang diharamkan pihak antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin Ashraf al-Qodra berkata, Israel telah menggunakan senjata pemusnah yang mengakibatkan kebanyakan anggota badan mangsa terbakar dan ada yang hancur sepenuhnya.

"Israel menggunakan senjata yang diharamkan antarabangsa dalam dua peperangan sebelumnya ke atas Gaza.
"Senjata-senjata yang sama sedang digunakan sekarang," kata al-Qodra.

Beliau menggesa organisasi hak asasi antarabangsa untuk mengheret Israel ke mahkamah jenayah antarabangsa atas pelanggaran yang berterusan, terhadap rakyat Palestin.

Sementara itu, beberapa saksi memberitahu, tentera isreal menggunakan peluru berpandu yang memusnahkan badan mangsa dan juga menyebabkan anggota badan mangsa terpotong seperti kepingan.

Ada juga beberapa aktivis mendakwa, keadaan badan mangsa yang bertukar menjadi arang menunjukkan seolah-olah senjata kimia turut digunakan.

Israel telah melancarkan serangan udara terhadap Gaza tidak henti-henti sejak Selasa, di mana 53 rakyat Palestin terbunuh setakat ini.

Lebih kejam, mereka turut mensasarkan orang awan termasuk golongan wanita dan kanak-kanak. - HARAKAHDAILY 10/7/2014

Thursday, July 10, 2014

Selepas Ditegur PM, Bung Mokhtar Mohon Maaf Pujian Untuk Hitler.


Akaun Twitter Datuk Bung Mokhtar Radin yang meminta maaf tentang kenyataannya mengaitkan kemenangan Germany dalam World Cup dengan Adolf Hitler. – Gambar diambil dari Twitter, 10 Julai, 2014.  

Akaun Twitter Datuk Bung Mokhtar Radin yang meminta maaf tentang kenyataannya mengaitkan kemenangan Germany dalam World Cup dengan Adolf Hitler. – Gambar diambil dari Twitter, 10 Julai, 2014. 

 Selepas ditegur oleh perdana menteri dalam satu kenyataan bertulis, Datuk Bung Mokhtar Radin sebentar tadi memohon maaf atas tweetnya yang telah menimbulkan kontroversi berkaitan kemenangan Jerman menewaskan Brazil dalam separuh akhir World Cup semalam.

“When Germany whacked Brazil I unintentionally said something that hurt the feeling of the people in Germany. MY SINCEREST APOLOGY. LONG LIVE BUNG,” (Apabila Jerman hentam Brazil, saya dengan tidak sengaja mengatakan sesuatu yang menyakiti perasaan rakyat Jerman. SAYA MOHON MAAF DENGAN TULUS IKHLAS. PANJANG UMURNYA BUNG), tulisnya dalam tweet terbarunya.

Tweetnya awal pagi semalam yang memuji Adolf Hitler menimbulkan kekecohan di kalangan pengguna Internet, dengan Duta Jerman ke Malaysia Holger Michael menyifatkan kenyataannya sebagai “tidak boleh diterima.”

Holger berkata walaupun Jerman hargai sokongan ahli Parlimen Kinabatangan itu terhadap pasukan mereka, mereka tidak bersetuju dengan kiasan itu apabila dikaitkan dengan rejim fasis Hitler.
Pada 5.30 pagi semalam, Bung menghantar tweet: "WELL DONE... BRAVO... LONG LIVE HITLER..." (SYABAS... TAHNIAH... PANJANG UMURNYA HITLER) selepas kemenangan Jerman.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan berkata:

 “Kenyataan Bung tidak boleh diterima dan salah. Dia akan menarik kembali kenyataan itu.”
“Dia tidak bercakap bagi pihak Malaysia, atau rakyat biasa di Malaysia, yang memahami sejarah Eropah yang tragis dan menghormati perpaduan modennya.
“Ini merupakan masa untuk Jerman meraikan kemenangan dan kita ucapkan semoga berjaya dalam peringkat akhir nanti.” – 10 Julai, 2014. (TMI)

Isytihar Khilafah, Ulangi Tragedi Afghan Dan Iraq. - Presiden PAS



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Abdul Hadi Awang berkata kumpulan bersenjata Islam yang kurang berilmu tetapi bersemangat lebih untuk berperang dengan mudah digunakan oleh Amerika dan Zionis untuk menjalankan misinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Julai, 2014. 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Abdul Hadi Awang berkata kumpulan bersenjata Islam yang kurang berilmu tetapi bersemangat lebih untuk berperang dengan mudah digunakan oleh Amerika dan Zionis untuk menjalankan misinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Julai, 2014. 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Abdul Hadi Awang menyifatkan pengisytiharan khilafah Islamiah oleh Isil sama dengan apa yang pernah berlaku di Afghanistan dan Iraq sebelum ini yang sebenarnya menjadi alat agen Amerika dan Zionis.

"Mula-mula dia biaya kumpulan itu untuk turut berperang. Lepas itu dia serang pula kumpulan itu," terang Abdul Hadi merujuk kepada pembiayaan sesetengah kumpulan bersenjata oleh agen Amerika di Afghanistan dan Iraq.

Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan dengan beberapa pemimpin Arab dari Yemen dan seorang aktivis tempatan di rumahnya dekat Marang, Terengganu baru-baru ini. Ia kemudiannya dilaporkan oleh aktivis tempatan itu melalui tulisannya yang kini menjadi viral di dalam media sosial.

Menurut Abdul Hadi, kata catatan itu, kumpulan bersenjata Islam yang kurang berilmu tetapi bersemangat lebih untuk berperang dengan mudah digunakan oleh Amerika dan Zionis untuk menjalankan misinya. Apabila golongan yang tidak faham Islam ini berjuang, mereka akan kelihatan ganas dan jahat dengan tindakan-tindakan kejam yang tidak menepati syarak.

Kemudian ia dirakam secara terancang oleh media musuh. Selepas rakaman ini tersebar kepada masyarakat dunia (seperti video umat Islam menyembelih orang kafir), masyarakat mulai marah terhadap Islam yang sebenarnya bukan daripada ajaran Islam.

"Lalu Amerika dan konconya akan menawarkan diri sebagai hero untuk campur tangan ke dalam Iraq dan Afghanistan, dengan alasan memerangi pengganas," kata Abdul Hadi sebagaimana dicatatkan oleh penulis itu.

"Ikut mana pun kita mesti ada fiqh. Hendak solat kena ada fiqh, hendak puasa ada fiqh, haji, muamalah termasuklah politik dan jihad," tegas Abdul Hadi.

Isil – Islamic State of Iraq and the Levant – kini mengisytiharkan sebahagian Iraq dan Syria sebagai negara Islam. Menurut perisikan Malaysia, lebih 100 rakyat negara ini kini menyertai gerakan bersenjata di Iraq dan Syria melalui pelbagai pertubuhan yang berpecah antara satu sama lain.

Pada Mei lalu PAS memecat seorang ahlinya, Lotfi Ariffin kerana menyertai gerakan bersenjata di Syria. Lotfi yang secara terbuka mendedahkan aktivitinya di Facebook meletakkan jawatannya dalam Dewan Ulama PAS Pusat dan Dewan Ulama PAS Kedah sebelum dipecat oleh PAS.

PAS juga memberikan amaran kepada dua ahlinya kerana turut terlibat dengan kegiatan itu walaupun tidak menyertai gerakan bersenjata. Seorang ulama gerakan Islam dari Syria, Syeikh Usamah Rifaie, pemimpin Ikatan Ulama Syam, perang di Syria sudah lebih dari sekadar melawan kerajaan. Ia menjadi medan perang sesama umat Islam dari pelbagai negara, katanya. Beliau yang turut melawat Abdul Hadi ketika mendapat rawatan di Istanbul berkata, mereka tidak memerlukan rakyat Malaysia ke sana.

"Kami tidak berhajat kepada pertolongan rijal (tenaga perang). Adapun dalam bentuk kewangan dan kebajikan, maka ia tidak menjadi masalah," katanya. – 10 Julai, 2014. (TMI)

Mujahid: Tolak Diskriminasi, Bukan Iktiraf Gaya Hidup LGBT

 

Draf kepada Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT, kata Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Datuk Dr Mujahid Yusof.

Sebaliknya, rang undang-undang itu melindungi hak golongan
lesbian, gay, biskesual dan transgender untuk tidak didiskriminasikan dalam aspek seperti bidang pekerjaan, katanya.

Jelasnya, intipati rang undang-undang itu adalah untuk "memastikan setiap rakyat Malaysia berhak mendapat keadilan di hadapan undang-undang tanpa mengira kaum, agama, keturunan, tempat lahir, jantina dan ketidakupayaan".

"Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina.

"Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya.

"Ini saya perlu jelaskan tidak ada kena mengena langsung dengan mengiktiraf LGBT tetapi ia hanya mengatakan bahawa seseorang tidak boleh didiskriminasikan atas kecenderungan seksual.

"Ia bukan bermakna undang-undang ini mengiktiraf orientasi seksual seseorang," kata MP Parit Buntar itu dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Menurutnya, pengiktirafan terhadap perlakuan itu dan melindungi hak mereka untuk tidak didiskriminasikan adalah dua perkara berbeza.

Jelasnya, anggapan bahawa beliau dan anggota Jawatankuasa
Undang-undang dan Dasar menyokong amalan LGBT adalah berpunca daripada mereka yang "tidak cermat dalam menilai" rang undang-undang itu.

"Saya sebagai orang Islam tidak mungkin saya mengatakan LGBT bagus, tetapi itu bukan bermakna saya menindas dia.

"Itu dua benda yang berbeza, saya rasa dalam Islam pun benda itu diakur (tidak betul).

"Saya tidak suka dia (pengamal LGBT) tetapi saya kena
pertahankan hak dia. Ya kamu gay, saya tak suka akan perkara itu tetapi ia tidak betul jika kamu diberhentikan (kerja) kerana perkara itu," katanya.

Draf rang undang-undang tersebut beserta draf dua lagi rang undang-undang lain - Rang Undang-Undang Suruhanjaya Harmoni dan Rekonsiliasi serta Rang Undang-Undang Kebencian Kaum dan Agama - kini dibuka untuk maklum balas orang ramai.

Ia dirangka oleh Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar yang merupakan satu daripada lima jawatankuasa di bawah Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang ditubuhkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Jawatankuasa tersebut turut dianggotai bekas pengerusi Majlis Peguam, Lim Chee Wee selaku timbalan pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah.


Wawancara oleh Ram Anand, Ahmad Fadli KC dan Zulaikha Zulkifli

Gaza: PAS Seru Solat Hajat, Qunut Nazilah





KUALA LUMPUR: PAS mengecam keras tindakan kejam tentera zionis Israel yang membedil penempatan rakyat Palestin sejak minggu lalu sehingga mengakibatkan puluhan syahid termasuk golongan wanita dan kanak-kanak.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS melahirkan rasa dukacita dan simpati yang tinggi di atas apa yang menimpa saudara Islam di Palestin.

Sehubungan itu katanya, PAS mengajak seluruh umat Islam untuk sama-sama mendoakan keselamatan rakyat Palestin ketika ini.

"Kita minta supaya semua majlis kita khususnya Tarawih untuk baca Qunut Nazilah. Walaupun tradisi qunut selepas hari 15, tapi kita minta terus buat.
"Kita adakan solat hajat khas mendoakan keselamatan saudara kita dan semoga Allah hancurkan kejahatan musuhnya," katanya kepada Harakahdaily.

Selain itu, PAS juga ujarnya membantah sikap membisu kuasa-kuasa besar dunia yang seperti merelakan pembunuhan berlaku di hadapan mata. Tegasnya, tanpa sebarang tekanan dari kuasa-kuasa besar ini maka lebih ramai jiwa akan terkorban di bumi Gaza itu.

"Kita akan mengadakan satu himpunan bagi membantah kekejaman Israel dan sikap membisu kuasa-kuasa besar dunia terhadap apa berlaku di Gaza," tambah beliau lagi.

Bagaimanapun tarikh perhimpunan itu ujarnya akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Dalam pada itu, PAS juga turut melancarkan tabung khas bagi membantu saudara Islam di sana. - HARAKAHDAILY 10/7/2014

Kumpulan Radikal Dalam PAS? Apa Kata Abdul Hadi.




















 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS dengan tegas tidak mengizinkan mana-mana ahli PAS terlibat dengan kumpulan-kumpulan radikal sama ada di luar negeri ataupun di dalam negeri.

"Sekiranya didapati ada, maka kita tidak teragak-agak akan mengambil tindakan dengan memecat mereka daripada keahlian PAS," kata Abdul Hadi (gambar) dalam kenyataan bertulisnya hari ini.
Kenyataan ini adalah penegasan terkini yang dibuat oleh PAS selepas memecat seorang ahlinya yang pergi ke Syria Mei lepas.

Lotfi Ariffin telah dipecat 11 Mei lalu oleh PAS selepas mengumumkan secara terbuka beliau ke Syria untuk menyertai perjuangan bersenjata di sana.
Menurut inteligen Malaysia, lebih 100 rakyat Malaysia ke Syria bagi menyertai perjuangan di sana termasuk perjuangan bersenjata.
Menurut Abdul Hadi, PAS meneliti dengan penuh berhati-hati terhadap perkembangan terkini yang berlaku di Iraq dan Syria dan meminta kepada ahli, penyokong dan seluruh rakyat supaya dapat memahami segala bentuk percaturan yang sedang berlaku dengan proksi-proksinya.

"Adalah ditegaskan bahawa PAS adalah tetap mengambil pendekatan demokrasi menerusi pilihanraya dan inilah pendekatan yang kita perkenalkan kepada semua rakan-rakan dalam gerakan Islam di seluruh dunia.
"Ini jugalah yang saya tekankan dalam ucapan saya kepada kepimpinan parti-parti berteraskan Islam di negara lain dalam persidangan anjuran Economic and Social Researches Center di Turki pada bulan lepas.
"Pendekatan ini adalah yang terbaik pada masa ini bagi menghadapi masalah dalaman negeri umat Islam sendiri dengan menekankan prosesnya secara damai dan demokrasi," kata Abdul Hadi yang sebelum ini ke Turki untuk menyertai persidangan itu.

Sebab itu, katanya, PAS tidak bersetuju dengan pendekatan yang berlaku di Syria dan Iraq yang mengambil cara perang untuk menyelesaikan masalah dalaman negara umat Islam.

"Ianya juga bercanggah dengan konsep jihad dalam al-Quran dan Sunnah yang diamalkan oleh para Khulafa’ di sepanjang zaman," kata Abdul Hadi.

Katanya, para Khulafa’ ar-Rasyidin, Zaman Amawiyah, Zaman Abbasiyah dan Zaman Uthmaniyyah, kesemua mereka menyelesaikan masalah dalaman umat, dan pendekatan perang adalah terakhir dan sangat berhemat.
Sehingga Saidina Ali bin Abi Talib R.A. hanya bertindak kepada golongan Khawarij apabila mereka mengangkat senjata. Apabila mereka tidak mengangkat senjata, maka dihadapinya dengan sabar, katanya.

"Begitulah kaedah kita menghadapi kerajaan-kerajaan yang zalim sepanjang zaman dalam krisis dalaman umat Islam," katanya.

Bahkan, kata beliau, kerajaan Uthmaniyyah sendiri semasa pemerintahan mereka telah meletakkan kumpulan Druze yang dianggap kumpulan serpihan umat di luar daripada Islam ke satu kawasan di Lubnan, dan kumpulan Yazidiyah diletakkan di Iraq tanpa pendekatan secara bersenjata.

Pendekatan ini juga, katanya, adalah metode yang berasalkan dari pendekatan kajian ulama-ulama di masa itu, untuk mengelakkan diri dari orang-orang dan kelompok yang jahil dalam masalah agama sehingga merosakkan umat sendiri dan menghukum tanpa hati-hati. – 10 Julai, 2014. (TMI)

'Langkah 28' Komplot Gulingkan Khalid . Benarkah?



PETALING JAYA: Komplot untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memasuki fasa terbaharu apabila wujud usaha untuk meraih sokongan majoriti ahli Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) bagi mendapat undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Selangor itu.

Bagaimanapun, usaha itu kini berhadapan cabaran apabila ada dalam kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat yang dikatakan enggan bersubahat dalam gerakan itu.

Strategi yang dikenali sebagai 'Langkah 28' itu dikatakan dilancar bagi mendapatkan sekurang-kurangnya 28 daripada 31 ahli BBC yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, PKR memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri, manakala PAS dan DAP masing-masing menguasai 15 kerusi menjadikan jumlah keseluruhan kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat sebanyak 44.

Daripada jumlah itu, 10 wakil rakyat dilantik sebagai exco, masing-masing seorang speaker dan timbalan speaker, selain Abdul Khalid sendiri sebagai Menteri Besar.

'Langkah 28' dikatakan kesinambungan daripada 'Langkah Kajang' yang dirancang PKR sebelum ini, bagaimanapun ia gagal menyingkirkan Abdul Khalid.

Menurut sumber dalaman parti itu, 'Langkah 28' yang dipercayai didalangi seteru politik Abdul Khalid menghadapi masalah untuk meyakinkan wakil rakyat PAS bagi memberi tekanan supaya Menteri Besar itu berundur.

Wakil rakyat PAS dikatakan memboikot mesyuarat khas BBC yang diadakan di bangunan Annex, SUK Selangor, Selasa lalu yang sepatutnya membincangkan mengenai undi tidak percaya terhadap Abdul Khalid.

"Difahamkan hanya dua wakil rakyat PAS yang hadir pada mesyuarat itu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib.

"Agenda asal mesyuarat sememangnya untuk membincangkan mengenai undi tidak percaya, namun terpaksa diubah kerana tiada majoriti wakil rakyat PAS," kata sumber itu.

Dipercayai tindakan wakil rakyat PAS memboikot mesyuarat tersebut adalah tindak balas susulan daripada mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat yang diadakan pada Isnin malam, sehari sebelum mesyuarat BBC.

Difahamkan kepimpinan PAS Pusat yang hadir pada mesyuarat itu menyatakan pendirian untuk tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak jika berlakunya pertukaran Menteri Besar Selangor.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang hadir pada mesyuarat itu bagaimanapun enggan 'buka mulut' mengenai hasil perbincangan mengenai krisis kepimpinan di Selangor membabitkan kedudukan Menteri Besar.

"Maaf...maaf saya tidak boleh komen mengenai hal itu sehingga selesai mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat minggu ini atau minggu hadapan," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Lihatsebelum ini.
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

2 Rezeki Ramadhan Untuknya, Menurut Umie Aida.





HALAMAN HIBURAN

PESONA Umie apabila 
memakai hijab cukup terserlah. 

ADA dua rezeki yang datang bertamu buat Datin Paduka Umie Aida pada Ramadan kali ini. Kedua-duanya cukup besar, malah ia memang tidak datang buat semua orang. Kecuali yang dikehendaki-Nya.

Salah satunya bersifat rohaniah manakala satu rezeki lagi bersifat material.

Umie bagaimanapun membuat keputusan bahawa salah satu daripada rezeki yang diberi Tuhan itu perlu ditolak manakala satu lagi rezeki yang dikirim kepadanya memang sudah lama dinanti. Ini cerita rezeki Ramadan Umie.

Hijab

Sebaik bermula Ramadan pada 29 Jun lalu, ia menjadi detik paling bermakna buat aktres terkenal itu apabila dia mula berhijab. Satu gerak hati yang datang secara semula jadi.

Beritahu Umie, memang sejak setahun lalu selepas konsisten menghadiri usrah dan kelas mengaji, hatinya sudah terpanggil untuk berhijab. Sementelah, usianya juga bukan lagi muda dan sudah pernah dilaluinya kehidupan yang tidak semua serba enak.

Setiap kali ada yang menegur bila dia akan berhijab, sekerap itu jawapannya, ‘Insya-Allah, dalam masa terdekat’ yang pada akhirnya menjadi satu doa sehingga Sang Pencipta benar-benar memberi dia peluang mencari jalan baharu untuk memperbaiki dan memperkemas diri pada Ramadan pertama tahun ini.

“Alhamdulillah, dengan izinNya saya berhijab. Ia (berhijab) terjadi secara semula jadi. Saya sendiri tidak sedar kerana apa yang saya tahu, selepas solat tarawih pada malam pertama Ramadan, pada sebelah siangnya saya terus rasa nyaman dengan hijab.
“Keinginan itu datang dengan sendiri dan saya fikir inilah detik yang telah Tuhan tetapkan buat saya untuk akhirnya berhijab seperti sering saya katakan sebelum ini bahawa saya memang benar ingin berhijab cuma tidak tahu bila ia akan terlaksana,” ujarnya saat ditemui pada majlis berbuka puasa dan solat tarawih di kediamannya bersama anak-anak tahfiz Darul Quran dari Keramat.

Ujar Umie, keputusan yang diambil itu juga tidak diketahui oleh ahli keluarganya sehingga pengakuan tersebut disiarkan pada Ahad lalu. Secara peribadi, dia mengaku biar proses itu berlangsung semula jadi tanpa perlu dihebahkan terlalu awal.

“Namun saya fikir, apa salahnya jika perkara yang baik seperti ini kita kongsikan. Cuma, pada awal berhijab saya kira biar saya selesaikan dulu urusan saya dengan Dia,” katanya lagi.

Ditebak tentang banyak penghijrahan dalam kalangan rakan artis wanita selain Umie pada Ramadan ini yang dilihat segelintir pihak sebagai satu trend, Umie memberi jawapan yang cukup realistik.

Katanya:

“Jika ia ditujukan kepada saya secara peribadi, saya suka untuk menjawab saya tidak mempunyai kepentingan untuk menjawab soalan ini. Terpulang kepada pemikiran masing-masing untuk melabel ia sebagai satu trend atau itu memang niat yang baik.
KONGSI REZEKI... Sudah menjadi suatu rutin, Umie akan memanggil anak-anak tahfiz datang berbuka puasa dan solat tarawih di kediamannya pada bulan Ramadan.

“Bagaimanapun, jika melihat ia dalam konteks umum, ia merupakan hak masing-masing untuk tidak berhijab atau sebaliknya. Dan saya kira apa yang penting ialah niat kita, diketahui oleh Allah sebab manusia akan terus bercakap sama ada ia perkara yang baik atau tidak baik.”
Dengan tegas juga, kata Umie, fasa baharu yang sedang dilaluinya bukan untuk membuktikan bahawa dirinya sudah sempurna, sebaliknya kesempatan yang diberi Tuhan ini sebenarnya memberi peluang buatnya memperbaiki diri dan memperbetul khilaf lalu.

Pulang RM80,000

Sementara bercakap tentang kariernya pula, Umie yang akan terbabit dengan pementasan teater Bahayanya Wanita di Singapura pada 16 Ogos depan di The Star Theater mengaku, dia yang sudah terkenal begitu selektif dalam ‘bermain’ di layar sebelum ini akan menjadi lebih selektif bagi menjaga batas.

Katanya:

 “Saya akui, selepas ini saya akan lebih selektif dan terhad dalam berlakon. Saya hanya akan ambil tawaran jika saya selesa dan rasa ia bersesuaian. Jika tidak, saya tidak ada masalah untuk melepaskannya.”

Populariti seorang Umie Aida dalam dunia hiburan juga telah membuat banyak pihak mengintai peluang untuk menjalin kerjasama dengannya.

Diketahui mempunyai reputasi yang baik dalam bidang seni, Umie menerima rezeki baharu pada 4 Julai lalu apabila dipelawa untuk terbabit dengan aktiviti amal dan kebajikan untuk membantu anak-anak yatim dan golongan susah oleh sebuah syarikat yang dikenali sebagai YSLM.

Pada awalnya dia telah bersetuju untuk berbakti kepada golongan tersebut, namun atas sebab-sebab tertentu, dia menarik balik keputusan itu.

Lebih menarik, Umie tidak mudah gelap mata apabila memulangkan semula wang tunai sebanyak RM80,000 yang diberikan pada pertemuan tersebut sebagai tanda sagu hati kepadanya pada keesokan hari.

Diusik tindakannya itu dilihat sebagai menolak rezeki, kata Umie:

“Saya percaya rezeki ada di mana-mana. Saya terpaksa menolak pelawaan yang satu ini atas sebab peribadi yang tidak boleh saya kongsikan.
“Sebab itu, sebaik membawa pulang RM80,000 itu dan saya juga belum lagi menandatangani sebarang kontrak, jadi saya harus segera membatalkan hasrat tersebut supaya saya tidak menyusahkan mana-mana pihak.”

Justeru, sebaik memulangkan wang tersebut, Umie meminta jasa baik kepada pihak-pihak yang mengambil gambar-gambarnya pada hari berkenaan agar tidak menggunakan gambar tersebut untuk kepentingan syarikat.

“Ini kerana saya ingin tegaskan di sini saya bukan artis atau duta YSLM. Sekiranya gambar-gambar saya digunakan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
“Sehingga hari ini, saya hanya duta kepada Phytosience Stemcell dan masih setia bersama mereka,” katanya bersungguh. (Kosmo!)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Israel Bom 160 Lokasi Di Gaza & Senarai 23 Syuhada.

SEORANG lelaki mendukung seorang kanak-kanak yang cedera akibat serangan Israel untuk dihantar ke sebuah hospital di Genting Gaza kelmarin.


BAITULMUQADDIS - Tentera Udara Israel melancarkan serangan bom ke atas 160 sasaran di Genting Gaza dalam tempoh semalaman selepas meluaskan kempen ketenteraan untuk menghentikan serangan roket dari Palestin, kata seorang pegawai semalam.

"Tentera Israel menyerang sekitar 160 sasaran di Genting Gaza. Sejak dua hari lalu, kami menyerang sebanyak 430 sasaran secara keseluruhan," kata pegawai itu, Jeneral Moti Almoz kepada radio Israel ketika kempen ketenteraan dikenali sebagai Operasi Helang Pelindung memasuki hari kedua semalam.
"Sasaran yang dikenal pasti itu termasuk melibatkan kawasan yang menempatkan 120 pelancar roket, 10 pusat perintah dan kawalan Hamas, sejumlah terowong dan dua buah kediaman," tambahnya.
Menurut jeneral berkenaan, siri serangan itu menyebabkan stok senjata Hamas mengalami kemusnahan," ujar Almoz.

Menurutnya, pergerakan Islam tersebut kini terdesak dan cuba melancarkan serangan mengejut dari pelbagai tempat.

"Semalam, Hamas cuba menyerang dari laut dan membedil roket jarak jauh ke arah beberapa buah bandar utama seperti Baitulmuqaddis dan Tel Aviv selain Hadera yang terletak lebih 100 kilometer dari Gaza," ujar jeneral berkenaan.
"Namun, semua serangan itu dapat dipatahkan oleh tentera Israel," jelasnya.

Dalam pada itu, bedilan roket Hamas berterusan sejak awal semalam. Pasukan keselamatan Israel dilaporkan menembak jatuh sekurang-kurangnya lima roket dari Gaza dengan menggunakan sistem antipeluru berpandu yang dikenali sebagai Kubah Besi. Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine Al-Qassam mengaku bertanggungjawab melancarkan bedilan roket tersebut.

Sayap bersenjata Hamas itu menyatakan sekitar empat roket M75 telah dilancarkan ke arah bandar Tel Aviv. Terdahulu, rejim Zionis memanggil 40,000 askar simpanan Israel sebagai persediaan untuk menggempur Gaza bagi menamatkan serangan roket ke atas Israel. Seramai 32 penduduk Palestin terbunuh dengan lebih 230 orang lagi cedera. Sebahagian daripada yang terkorban itu ialah para pejuang Palestin. - Agensi

Hamas klaim luncurkan roket ke Yerusalem, Tel Aviv dan Haifa
Hamas_AK-47.

Nama 23 syuhada yang dibedil zionis Israel
KUALA LUMPUR: 23 nama daripada yang gugur syahid akibat serangan tentera zionis Israel ke atas penempatan rakyat Palestin di Gaza sejak Isnin lalu disebar di internet. Daripada senarai itu, tiga darinya adalah kanak-kanak masing-masing berusia lapan, 10 dan 13 tahun.

Berikut nama-nama mereka yang syahid tersebut.


Sejak Isnin lalu, tentera zioni Israel melancarkan serangan agresif kepada penempatan Palestin mengakibatkan puluhan maut dan ratusan cedera. Pesawat-pesawat tempur Zionis secara intensif melancarkan serangan udara tanpa henti di seluruh penjuru wilayah Jalur Gaza dengan sengit. Israel telah mengumumkan pelancaran serangan tentera - digelar "Operation Protective Edge" - dengan alasan menyekat serangan roket dari Gaza.

Sementara itu, laporan setakat ini menyebut tentera Israel telah melancarkan 447 roket berat, 374 serangan udara agresif dan 39 bom laut ke atas 111 buah rumah di Gaza. Mereka juga turut mensasarkan beberapa buah masjid dan hospital.

Sementara itu umat Islam diseluruh dunia digesa berdoa supaya Allah menyelamatkan penduduk Palestin dari perancangan jahat musuh-musuh-Nya. - HARAKAHDAILY 9/7/2014

Kali ke-3 Sultan Muhammad V Sertai Qiamulail


KOTA BHARU: Ramadan tahun ini merupakan kali ketiga Sultan Muhammad V dijangka berangkat pada program qiamulail bersama rakyat bermula jam 4 pagi.

Program tersebut akan diadakan pada 25 Julai ini di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.

Baginda bersama Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra menyertai qiamulail sebelum santapan sahur dan solat Subuh berjamaah.

Program ‘Qiam With Me’ itu bermula jam 9 malam 24 Julai di mana Sultan Muhammad V berangkat menunaikan solat tarawih dan kira-kira 10.30 malam Sultan Kelantan dijangka mengurniakan zakat kepada seramai 1,435 asnaf.

Pengurus Pusat Penerangan Pelancongan Negeri (TIC), Mohd Hariff Ghazali berkata, program tersebut merupakan antara pengisian tahunan Qaryah Ramadan di Kelantan.

“Program terbabit diadakan bermula solat Isya sehingga 6.30 pagi keesokan harinya. Ia juga diisi dengan ‘moreh minda’ ikon anak muda Ustaz Azhar Idrus,” katanya di sini semalam.

Beliau juga berkata, program berkenaan merupakan sebahagian pelan transformasi ummah dalam teras pertama (faqihin) untuk melahirkan masyarakat bertaqwa.

“Bahkan ia merupakah galakan bagi menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan secara berjamaah segenap lapisan masyarakat Islam di negeri ini,” ujarnya.

Menurutnya juga program berkonsep “10:20:10” iaitu bermaksud 10 malam terakhir Ramadan, 20 rakaat solat tarawih dan 10 rakaat solat tahajud. - HARAKAHDAILY 9/7/2014

Jika Saya Betul Sokong, Jika Salah, Nasihat -Abu Bakr al-Baghdadi


KETUA kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis), Abu Bakr al-Baghdadi dilaporkan telah meminta supaya umat Islam taat kepadanya dan berjihad. Menurutnya, dalam perjuangan Isis, dia tidak mencari kedudukan sebagai ketua, atau pemimpin, yang disifatkan sebagai "beban".

Beliau muncul dalam satu rakaman khutbah Jumaat. Dengan itu khabar angin yang mendakwa beliau telah dibunuh adalah tidak benar. Rakaman yang dibuat di Masjid al-Nouri di Mosul, utara Iraq dimuat naik selepas 24 jam Abu Bakr didakwa telah meninggal dunia dalam serangan.

Abu Bakr dilantik sebagai ketua Isis iaitu sebuah kumpulan jihad yang telah berjaya merampas beberapa kawasan di Iraq dan Syria.

"Saya ketua anda, walaupun saya bukan yang terbaik di antara kamu. Jadi jika anda melihat bahawa saya betul, sokonglah saya dan jika anda melihat bahawa saya salah, menasihatilah saya," katanya kepada jemaah. (IH)

Tonjol Gambar Coli -Bung Moktar Ejek Brazil Lagi.

 

SUKAN
Kecaman demi kecaman yang diterima Datuk Bung Moktar Radin tidak menghalang MP tersebut untuk meneruskan jenaka hambarnya di Twitter mengenai kekalahan pasukan Brazil dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia.

Beliau terdahulu dikecam hebat, termasuk oleh duta Jerman ke Malaysia kerana menyanjung pemimpin parti Nazi Jerman, Adolf Hitler atas kemenangan negara itu ke atas Brazil.

Dalam tulisannya petang ini, beliau menerbitkan pula gambar coli, yang dikenali dengan nama "bra" dalam bahasa Inggeris, untuk mengejek pasukan Brazil.

"BRA" merupakan singkatan nama negara Amerika latin itu dan ditandakan di semua jersi pemain Brazil untuk perlawanan itu.

Gambar baju dalam wanita itu, diterbitkannya di Twitter untuk menjawab tulisan seorang wartawan wanita.

Bung berkata: "Saya merujuk kepada kekuatan pasukan bola sepak Jerman sepertimana pada zaman Hitler ketika memalukan Brazil 7-1".

Tulisan Bung di Twitter yang mengaitkan Hitler itu turut mendapat liputan antarabangsa termasuk majalah Time yang melaporkan bahawa MP tersebut memuji Hitler atas kemenangan pasukan Jerman. (MK)

Wednesday, July 09, 2014

Jawatan MB S'ngor Bukan Milik Individu, Kata Anwar


Ketua Pembangkang PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap dalam forum khas 'Memartabatkan Agenda Rakyat' di Kelab Diraja Selangor, Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 9 Julai, 2014. 
Ketua Pembangkang PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap dalam forum khas 'Memartabatkan Agenda Rakyat' di Kelab Diraja Selangor, Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 9 Julai, 2014. 

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan jawatan menteri besar Selangor bukan milik individu, tetapi untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu dilakukan secara konsensus.

Anwar berkata, jawatan tersebut adalah mandat yang diberikan menerusi rakyat dan parti.
"Ini bukan kerusi peribadi tetapi mandat yang diberikan daripada rakyat dan parti," kata Anwar semasa mengadakan pertemuan dengan kumpulan masyarakat sivil di Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun, sebarang usaha menggantikan Khalid perlu dilakukan secara bersama dengan parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Dalam konteks PR, kita perlu bincang dan mendapat persetujuan DAP dan PAS," kata Anwar.

Anwar juga mengakui kontroversi yang tidak berpenghujung tersebut memberi kesan kepada pentadbiran dan pembangunan negeri, khususnya dalam melihat isu lebih besar.

"Isu berlarutan ini menghalang pembangunan dan kemampuan untuk fokus kepada isu lebih besar," kata beliau.

Beliau juga berharap agar kemelut jawatan penting negeri terkaya tersebut dapat diselesaikan dengan segera. Pentadbiran Khalid menerima tamparan hebat selepas diberi mandat penggal kedua, khususnya dalam isu melibatkan rampasan Bible, pembinaan lebuh raya dan air.

Sementara itu, bekas pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam majlis yang sama, menyatakan kebimbangan dengan perkembangan yang berlaku di Selangor.

"Kami sangat bimbang dengan apa yang berlaku di Selangor. Ia sangat kucar-kacir," kata Ambiga.

Desas-desus mengenai kedudukan Khalid diperkatakan kembali, terutama selepas beberapa kritikan terbuka pemimpin PR pentadbirannya. Khabar angin tentang peletakan jawatan Khalid juga menyebabkan wartawan terpaksa berkampung di depan Istana Selangor baru-baru ini selepas ura-ura mengatakan beliau akan meletak jawatan.

Bagaimanapun, Khalid berkata semalam beliau tidak bimbang jika wujud usul undi tidak percaya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PR sendiri. – 9 Julai, 2014. (TMI)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

Jokowi Menang Tipis Presiden Indonesia


KUALA LUMPUR: Gabenor Jakarta, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dan gandingannya Jusuf Kalla (JK) didapati mendahului pada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden Indonesia 2014 di republik itu pada Rabu.

AntaraNews.com melaporkan berdasarkan laporan Lingkaran Survei Indonesia (LSI), Jokowi dan Jusuf daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) menang di lima wilayah besar di republik itu.

Berdasarkan kiraan pantas portal agensi berita itu memetik petugas (peneliti) LSI Ardian Sopa sebagai berkata bahawa berdasarkan kiraan pantas undi membabitkan tujuh wilayah, Jokowi dan Jusuf menang di Jakarta (54.71 peratus undi), Jawa Tengah (53.65 peratus), Jawa Timur (59.77 peratus), Sumatera Utara (59.77 peratus) serta Sulawesi Selatan (71.82 peratus).

Sementara pencabar Jokowi, Prabowo Subianto dan pasangannya Hatta Rajasa dari Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) dilaporkan menang di wilayah Jawa Barat apabila meraih 59.80 peratus undi dan 58.73 peratus undi di Banten.

"Jokowi menang besar di kubu kuat Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) seperti Jawa Tengah, Jawa Timur, Sulawesi Selatan," kata Ardian kepada AntaraNews.com.

"Jawa Tengah memang kubu PDIP. Kemudian Jawa Timur adalah kubu Parti Kebangkitan Bangsa yang menjadi penyokong utama Jokowi-JK, dan Sulawesi Selatan adalah kubu terbesar Jokowi," katanya kepada AntaraNews.com.

Ardian berkata wilayah Jawa Barat dan Banten merupakan kubu terbesar Prabowo-Hatta dalam pemilihan presiden dan wakil presiden 2014.

Kiraan pantas LSI selepas 98.05 peratus kertas undi diterima setakat 3 petang waktu tempatan (Waktu Indonesia Barat) mendapati gandingan Joko Widodo dan Jusuf Kalla mendahului Pemilu Presiden 2014 apabila meraih 53.37 peratus undi, manakala pencabar mereka Prabowo Subianto dan Hatta Rajasa sekadar memperoleh 46.63 peratus undi.

Menurut AntaraNews.com kiraan pantas LSI berdasarkan kepada 8,000 responden di 2,000 tempat penjumlahan undi (TPS) yang dipilih secara rawak daripada 188,246,645 pemilih berdaftar dan 478,833 TPS di seluruh Indonesia. (mStar)

Mualaf Sedih Ingatkan Nasib 2 Anaknya. Mohon Bantuan!

 

KOTA BHARU: Ketika ramai terkenang ibu bapa yang sudah tiada lagi menjelang Aidilfitri, sebaliknya Muhammad Riduan Abdullah pula pilu selepas lima tahun berpisah dengan anak-anaknya.

Kini Abu Bakar, 16 dan Ummu Salamah, 17 tinggal bersama ibu mereka, Indira Gandhi yang beragama Hindu.

Riduan, 45 berkata, setelah mereka diIslamkan pada Mac 2009 hanya pada hujung tahun tersebut kali terakhir beliau berjumpa dengan kedua-dua anaknya terbabit.

Ketika itu mereka belajar di Sekolah Raja Perempuan Ipoh. Bagaimanapun difahamkan Abu Bakar sekarang belajar di Aglo-Chinese School, manakala kakaknya pula di Methodish Girl’s School.

“Mereka cukup rapat dengan saya. Malah perjumpaan kali terakhir tersebut saya sempat membawa mereka makan di McDonald’s. Mereka gembira sekali.
“Malah mereka tanya mengapa saya tidak membawanya pergi untuk bersama adik bongsu,” katanya hiba mengenangkan nasib anak-anak terbabit sekarang.

Abu Bakar nama asalnya Karan Dinish dan kakaknya Ummu Salamah (Tevi Darsiny) ketika itu berusia 11 dan 12 tahun ketika diIslamkan Riduan.

Hanya Ummu Habibah, 6 (Prasana Diksa) yang tinggal bersamanya sejak peristiwa itu sehingga sekarang.

“Kalau terkenang kisah itu saya cukup terkilan kerana mereka amat sedih berpisah dengan saya. Mereka mahu ikut saya pergi bersama adiknya,” ujarnya.

Riduan terpisah dengan dua anaknya berikutan Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan hak penjagaan tiga beradik itu diserahkan kepada bekas isteri Riduan, Indira Gandhi.

Riduan juga berkata, beliau membawa kes hak jagaan ke atas anaknya ke Mahkamah Rayuan bagi mendapatkan keadilan.

Bagaimanapun katanya beliau tidak mempunyai pendapatan tetap bagi manampung kos guaman. Oleh itu mereka yang bersimpati boleh menghulur sumbangan kepada Muhamad Riduan Abdullah melalui Bank Islam 03018021143270.

Atau peguam Mustafa Kamal Mat Hassan melalui Maybank 153083002210 atau telefon 09-7446736. - HARAKAHDAILY 8/7/2014

Pilpres Indo: 186 Juta Mengundi Hari Ini.


Prabowo (jaket merah putih) dikelilingi ribuan penyokongnya ketika menonton perlawanan separuh akhir Piala Dunia antara Jerman dan Brazil, awal pagi Rabu.


BOGOR: Pemimpin Parti Gerindra yang membentuk Gabungan Merah Putih menyokong calon Presiden, Prabowo Subianto sempat meluangkan masa menonton perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 antara Brazil dan Jerman awal pagi Rabu.

Bagaikan tiada tekanan, kehadiran pemimpin parti dan ribuan penyokong itu hanya beberapa jam sebelum lebih 186 juta rakyat Indonesia mengundi untuk pemilihan presiden (Pilpres) baharu mereka.
Prabowo dan penyokongnya berkumpul di Kelab Polo Nusantara di Kranggan, di sini.

Dia dijadual membuang undi kira-kira pukul 9 pagi Rabu (waktu Malaysia). Acara awal pagi itu berlangsung meriah dengan ratusan penduduk setempat berkumpul di kawasan padang bola kelab itu. Mereka mengikuti perlawanan itu melalui tiga skrin besar yang dipasang penganjur di situ. Selain Prabowo, turut hadir Timbalan Ketua Dewan Pembina parti itu, Hashim Djojohadikusumo dan Timbalan Ketua Umumnya, Edhy Prabowo.

Rakyat Indonesia yang tersenarai dalam daftar pemilih yang dikelola Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia akan membuat pilihan di antara Prabowo, yang pernah menjadi pegawai kanan tentera dengan Gabenor Jakarta yang mewakili Parti Demokrasi  Indonesia Perjuangan, Joko “Jokowi” Widodo.

Sementara itu, dua syarikat gergasi enjin carian Internet membuat ramalan  masing-masing semalam. Menurut Google, pasangan Jokowi dan Jusuf Kalla akan muncul sebagai pemenang tetapi dengan perbezaan yang tipis. Sebaliknya enjin carian Bing yang dimiliki Microsoft pula menjangkakan gandingan Prabowo-Hatta Rajasa akan mengungguli persaingan.

Menurut Google, carian kata kunci “Jokowi” menunjukkan mereka memperoleh 51.27 peratus berbanding dan “Prabowo” 48.73 peratus. Analisis Bing pula menunjukkan Prabowo–Hatta memperoleh 64 peratus berbeza dengan Jokowi–Jusuf Kalla 36 peratus. (mStar)

Ini, Pakar Bom Abu Sayyaf Anak Malaysia Masih Hidup..

Ahli Bom Abu Sayyaf asal Malaysia yang Diberitakan Tewas Masih Hidup di Filipina Selatan
















KUALA LUMPUR: Pengganas antarabangsa yang juga rakyat Malaysia, Zulkifli Abd Hir masih belum meninggal dunia. Dia masih hidup dan menjadi individu paling dikehendaki di dunia dan pengganas yang sukar ditangkap.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menawarkan RM16 juta sebagai bayaran untuk mendapatkan kepala Zulkifli dan agensi keselamatan itu meningkatkan operasi mereka dalam menjejaki individu berbahaya ini, terutamanya selepas melihat insiden keganasan di Syria dan Iraq.

Mereka khuatir dengan kebangkitan keganasan berikutan seruan Abu Bakar Baghdadi - kini dianggap sebagai pengganas paling berbahaya di dunia - kepada kumpulan radikal Islam di seluruh dunia untuk bangkit dan berjuang demi negara Islam.

Agensi keselamatan serantau berkata mereka kini sedang meneliti semula pergerakan Zulkifli berikutan insiden di Timur Tengah dan kesannya terhadap Asia Tenggara.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan mengesahkan Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Marwan masih hidup, walaupun laporan terdahulu mengatakan beliau terbunuh dalam serangan udara pada 2 Februari 2012.

"Kami menyedari laporan yang mengatakan dia terbunuh beberapa tahun lalu. Itu tidak benar. Kami percaya dia masih bersembunyi di selatan Filipina," katanya pada Khamis.

Ayob berkata, pasukannya kini sedang mengesan Marwan dan memantau individu yang rapat dengannya. Ketika ditanya sama ada Zulkifli mungkin terlibat dalam gerakan kumpulan militan di negara ini dan menghantar pejuang ke Syria dan Iraq, beliau berkata, polis tidak menolak sebarang kemungkinan.

Difahamkan Zulkifli, anak jati Muar, Johor mempunyai seorang isteri di Malaysia tetapi berkahwin dengan tiga warga Filipina sepanjang tempoh persembunyiannya. Bekas jurutera berusia 48 tahun yang mendapat latihan di AS turut dikaitkan dengan kumpulan Abu Sayyaf yang kini aktif di Filipina.

Beliau juga merupakan pakar dalam membuat bom.
Sumber perisikan berkata, ketua Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM) itu dianggap sebagai pembekal bom kepada kumpulan radikal dan juga seorang pelatih kepada ahli kumpulan tersebut.  (mStar)

Judi: K/BN Lihat Haram Dari Sudut Lesen. Judi Halal? -Siti Zailah

oleh MUSLIHAH MOHD AMIR



KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat menyambut baik hasrat kerajaan untuk memerangi aktiviti 'judi haram' seperti yang sedang digerakkan oleh semua agensi penguat kuasa ketika ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar) bagaimanapun berkata, pihak kerajaan seharusnya juga menilai semula 'judi halal' yang diluluskan lesen oleh Kementerian Kewangan.

Beliau menegaskan, Islam sama sekali mengharamkan perjudian sama ada berlesen atau pun tidak dan tindakan kerajaan yang meluluskan lesen judi perlu diteliti semula.

“Kerajaan harus menilai semula lesen judi yang berleluasa secara sah di Malaysia apakah perkara itu tidak haram dari sudut Islam?
"Kenapa kita hanya melihat haram dari sudut lesen tetapi tidak peduli dan memandang enteng hukum haram dari sudut syariat," katanya kepada Harakahdaily.

Malahan katanya, lebih malang jika hasil judi atau apa sahaja sumber daripada hasil pendapatan negara yang halal dicampuradukkan dalam akaun yang sama.

“Ini jawapan yang di terima di parlimen, hasil judi diletakkan dalam akaun yang sama. Perdana Menteri selalu menyeru supaya rakyat Malaysia menghayati Al-quran.
"Jadi sejauh mana dasar pentadbiran Negara bersesuaian dengan al-quran," soalnya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Justeru, beliau menggesa pihak kerajaan agar mengasingkan hasil sumber judi di akaun yang berbeza agar tidak bercampur dengan hasil halal yang lain.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan yang di keluarkan oleh Menteri dalam negeri Datuk Zahid Hamidi dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa kerajaan akan menggempur premis perjudian haram di seluruh negeri. - HARAKAHDAILY 9/7/2014

Mufti: Haram Makan Ikan Yang Makan Babi



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata hukum memakan ikan yang diberi makan bangkai babi tanpa kuarantin selama tiga hari adalah haram. Tambahnya, ikan itu hanya boleh dimakan selepas dikuarantinkan sahaja, lapor Berita Harian.

Bagaimanapun, katanya sekiranya umat Islam tidak mengetahuinya maka perkara itu tidak menjadi kesalahan.

“Bagi ikan makan (bangkai) babi, ikan itu bukan babi tetapi menjadi makanan najis.
“Jika orang Islam tidak tahu maka tiada masalah, tetapi jika tahu tidak boleh dimakan serta-merta, kena kurung tiga hari dan diberi makan makanan lain dan selepas itu baru boleh dimakan.
“Adalah haram hukumnya jika proses kuarantin tidak dilakukan kerana itu menjadi makanan najis,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.

Beliau berkata demikian mengulas penemuan serpihan tulang dan rangka yang menyerupai babi hasil siasatan Jabatan Perikanan Perak di sebuah kolam ikan patin kering di Ipoh. (MK)

Azmin Hampir Pasti Kekal Timbalan Presiden PKR, Kata JPP


Mohamed Azmin Ali hampir pasti  memenangi jawatan timbalan presiden PKR yang disandangnya dalam pemilihan parti itu, tahun ini. Gambar fail The Malaysian Insider. Mohamed Azmin Ali hampir pasti memenangi jawatan timbalan presiden PKR yang disandangnya dalam pemilihan parti itu, tahun ini. Gambar fail The Malaysian Insider.
















Proses pemilihan PKR membayangkan penyandang Mohamed Azmin Ali akan kekal sebagai timbalan presiden apabila keputusan rasmi sehingga 28 Jun menunjukkan beliau masih mendahului dua calon lain yang merebut jawatan berkenaan, kata Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul berkata, Azmin memperolehi 21,066 undi meninggalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memperolehi 14,608 undi, manakala Datuk Saifuddin Nasution Ismail masih ketinggalan dengan 9,944 undi.

Keputusan berkenaan adalah keputusan yang melibatkan 195 daripada 198 keseluruhan cabang PKR.
Johari berkata, tiga lagi cabang, iaitu Pensiangan  sudah melalui proses pemilihan, namun keputusannya masih belum disahkan, manakala Kelana Jaya dan Puchong masih belum melaksanakan proses pengundian.

"Keputusan penuh pemilihan akan diumumkan ketika Kongres Nasional PKR pada 22 hingga 24 Ogos depan di Stadium Melawati, Shah Alam," katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
"Setakat ini kos kita belanjakan hampir setengah juta ringgit (untuk pemilihan),” katanya. – 9 Julai, 2014. (TMI)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan? 

Pemilihan Naib Presiden PKR, Rafizi Ditolak Ahli.

Rafizi Ramli

PETALING JAYA: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli yang petah dalam sesuatu isu akhirnya disingkirkan oleh ahli parti sendiri apabila terkeluar daripada senarai empat calon yang memperoleh undi tertinggi bagi pemilihan jawatan naib presiden.

Ahli Parlimen Pandan itu ketinggalan sebanyak 126 undi di belakang Dr Xavier Jayakumar yang berada pada kedudukan keempat apabila mendapat 17,461 undi. Xavier yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas mendapat 17,587 undi.

Menerusi beberapa siri pengumuman keputusan pemilihan sejak tiga bulan lalu, Mohd Rafizi secara konsisten berada pada tangga ketiga namun terpaksa akur dengan kedudukan terkini yang membabitkan keputusan 195 daripada 198 cabang yang selesai menjalankan proses pemilihan dan pengiraan undi.

Bagaimanapun masih terdapat tiga lagi cabang  yang belum menyelesaikan pemilihan dan pengiraan undi iaitu Kelana Jaya, Puchong dan Pensiangan.

Sementara itu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin turut memberi kejutan apabila berada pada tangga ketiga pemilihan Naib Presiden apabila mendapat 18,777 undi.
Selain itu Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua kekal menguasai pemilihan jawatan Naib Presiden.
Nurul Izzah memperoleh 27,031 undi manakala Tian Chua mendapat 20,490 undi. (mStar)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
 

Berdosa Besar Buka Puasa Di Kedai Jual Arak, Kata Mufti Perak

















 
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) berkata umat Islam berdosa besar sekiranya memilih berbuka puasa di restoran atau premis yang menjual arak. Harussani berkata,meskipun berbuka puasa di premis menjual arak tidak menyebabkan puasa umat Islam itu terbatal namun dosanya adalah sama seperti mereka yang minum, menghidang atau menjual minuman tersebut.

"Puasa mereka tidak batal tapi dia berdosa sebab reda dengan keadaan macam itu," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
"Hukumannya sama juga dengan mereka yang minum, menghidang atau menjual arak,” katanya.

Mufti Perak itu juga menggesa umat Islam untuk tidak berbuka puasa di premis yang menyediakan arak terutama di tempat diragui status halalnya. Akhbar itu turut memetik kenyataan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang bersetuju dengan pendapat Harussani mengenai pemilihan tempat berbuka puasa yang halal tanpa adanya minum arak.

Katanya, umat Islam perlu memilih restoran atau pengurusan hotel yang berlandaskan syarak untuk dijadikan tempat berbuka puasa.

"Mencari halal itu sesuatu yang wajib, setiap orang kena pastikan mereka mendapat sumber halal dimakan.
"Kita minta umat Islam sensitif terhadap hukum itu kerana tuntutan halal itu wajib sekiranya kita langgar hukumnya berdosa," katanya.

Semalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyerbu sebuah restoran menjual arak di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur yang turut menyedikan bufet Ramadan. Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Muhammad Khalid Osman berkata, restoran terbabit  tidak memperolehi kebenaran untuk mengadakan promosi bufet Ramadan.

"Kita rampas kain rentang yang memaparkan iklan bufet Ramadan dan sekotak minuman keras sebagai bukti.
"Buat masa ini, operasi restoran berjalan seperti biasa tetapi tidak dibenarkan mengadakan bufet Ramadan sehingga siasatan lengkap dijalankan,” katanya.

Muhammad Khalid berkata, restoran tersebut akan disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011. – 9 Julai, 2014. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah hukumnya Mufti berkerja dengan keajaan yang menghalalkan jual-beli arak, juga cukainya dibayar gaji mufti tersebut?

Lagi Bufet Arak Ramadan. Biadap!


Premis yang menjual arak dan mengadakan promosi bufet Ramadan akan disiasat dan dikenakan tindakan oleh Jakim.


PETALING JAYA: Sebuah lagi restoran yang menjual arak dikesan menyediakan sajian dan promosi bufet Ramadan seperti sebuah premis yang telah diserbu pada Isnin lalu. Penolong pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mohamad Saidi Jaafar berkata, helah restoran yang tidak mempunyai sijil halal itu terbongkar selepas Jakim melakukan serbuan di premis-premis makanan di pusat beli-belah di The Curve, di sini, Rabu.

"Ini merupakan restoran kedua yang dikesan oleh Jakim yang tidak mempunyai sijil halal tetapi menawarkan bufet Ramadan kepada pelanggannya.
"Selain menawarkan promosi bufet Ramadan melalui flyers dan poster, kita juga mendapati restoran tersebut mempunyai bar arak dan menjual arak...kita melihat ini sebagai kritikal," katanya ketika ditemui selepas melakukan serbuan yang turut disertai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor.
iklan
Mohamad Saidi berkata Jakim telah merampas flyers dan poster promosi Ramadan yang ditawarkan restoran terbabit dan mengarahkan supaya promosi itu dihentikan. Beliau berkata mana-mana premis yang tidak mempunyai sijil halal tidak dibenarkan melakukan promosi berbuka puasa menggunakan 'perbahasaan halal' melalui bunting, kain rentang dan sebagainya.

"Kita akan menjalankan siasatan lanjut terhadap premis ini dan jika sabit kesalahan mereka akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.
"Kita tidak mahu umat Islam dikelirukan dan diperdaya dengan bentuk promosi dengan perbahasaan halal seperti ini," tegasnya.

Menurut Mohamad Saidi, restoran makanan barat yang mempunyai beberapa cawangan lain di sekitar Lembah Klang itu tidak menunjukkan minat memohon mendapatkan sijil halal Jakim.

"Ketika serbuan, pengurus restoran beritahu kita jika sijil halal Jakim dipohon, ia tetap tidak akan diluluskan kerana mereka menjual arak.
"Memang betul kerana Jakim memang tidak akan memberikan sijil halal kepada premis yang menjual arak," katanya.

Mengulas lanjut mengenai operasi hari ini, beliau berkata dua premis lain juga telah diberikan amaran keras kerana menawarkan promosi Ramadan tetapi tidak mempunyai sijil halal. Katanya, pemilik premis berkenaan bagaimanapun telah menyatakan minat untuk memohon sijil halal Jakim selepas serbuan dilakukan.

Beliau menasihatkan umat Islam di negara ini supaya berbuka di premis yang mempunyai logo halal dan memastikan logo tersebut yang benar-benar disahkan oleh Jakim. (mStar)
 
Lihat sebelum ini..

Cerai Isteri Malam Pertama, Selepas Lihat Gambar Bogel Ini...


Sebab foto bugil, pria Kuwait ceraikan istri di malam pertama

Seorang lelaki Kuwait menceraikan isterinya di malam pertama. Ini kerana dia dikirimi foto bogel isterinya oleh bekas kekasih isterinya itu.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, Selasa (8/7), pasangan itu baru berkahwin beberapa jam saja selepas pengantin lelaki mencari dan menjumpai pakej mengandungi kad memori dan surat. Surat itu tertulis agar lelaki itu melihatnya dalam kadSemasa dibuka kad itu mengandungi gambar-gambar pengantin wanita yang bogel dan tengah bermesra dengan lelaki bekas pasangan itu 


Ulama Sheikh Ghazi bin Abdul Aziz al-Shammari mengatakan akhirnya pengantin lelaki memutuskan tali perkahwinan itu

"Dia datang menemui saya dan merasa trauma serta emosi yang sangat kuat. Ini benar-benar mengejutkan, dan dia tidak tahan dengan skandal itu," ujar Sheikh Ghazi.

Sementara wanita itu mengakui masa lalunya yang buruk. Dia ingin sungguh-sungguh berkahwin agar tidak lagi tersesat dan ingin memulakan hidup baru, menjadi ibu, serta membesarkan keluarga. Tetapi bekas teman lelakinya tidak suka dengan keputusan wanita itu, hingga dia sengaja datang dan memberikan pakej foto bogel tersebut. (IH)