Saturday, July 26, 2014

E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bab 4 
Bab 5
Bab 6 
Bab 7
    Bab 8  
    Bab 9

    Isu MB Khalid: Kenyataan Presiden PAS Tidak Rasmi -Mohamad Sabu


    Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan sokongan secara terbuka supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal menjadi menteri besar Selangor tidak mencerminkan pendirian rasmi sebaliknya hanya pandangan peribadinya sahaja, kata Mohamad Sabu seperti lapor The Malaysiakini.

    Timbalan presiden PAS itu dilaporkan berkata, parti Islam itu sebaliknya hanya akan membuat pendirian rasmi mengenai kedudukan Khalid selepas Hari Raya Aidilfitri dalam mesyuarat pada 10 Ogos.

    "Itu pandangan peribadi, kita akan mesyuarat 10 Ogos.
    "10 Ogos mesyuarat (dan) kita patuh pada keputusan mesyuarat," katanya seperti dipetik Antarapos.

    Sementara itu, Mohamad ketika dihubungi TheMalaysianInsider enggan memberikan sebarang komen sehingga keputusan dicapai dalam mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos depan.
    "Mungkin lepas raya. Mungkin dipercepatkan lagi," katanya. (IH)


    Lihat sebelum ini..
    E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
    E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

    Warga Indonesia Balik Kampung Dengan Feri Sambut Aidil Fitri.

    Sebagian besar warga Indonesia yang bekerja di Malaysia mudik dengan menggunakan jasa kapal.
    Sejumlah warga Indonesia saat beratur untuk naik feri di Port Klang, Kuala Lumpur, Sabtu (26/7). Sebahagian besar warga Indonesia yang tinggal dan bekerja di Malaysia mudik ke kampung halaman untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga.

    Arus Balik Kampung Warga Indonesia Di Malaysia  
    Sebahagian besar warga Indonesia yang bekerja di Malaysia mudik dengan menggunakan perkhidmatan kapal atau feri. 

    Sebagian besar warga Indonesia yang bekerja di Malaysia mudik dengan menggunakan jasa kapal.
    Dua warga Indonesia berbincang di pinggir pelabuhan saat menunggu datangnya kapal feri di Port Klang, Kuala Lumpur, Sabtu (26/7).

    Sebagian besar warga Indonesia yang bekerja di Malaysia mudik dengan menggunakan jasa kapal.
    Suasana warga Indonesia saat menunggu datangnya kapal feri di Port Klang, Kuala Lumpur, Sabtu (26/7). 

    Sebagian besar warga Indonesia yang bekerja di Malaysia mudik dengan menggunakan jasa kapal.
    Sejumlah warga Indonesia saat beratur untuk naik feri di Port Klang, Kuala Lumpur, Sabtu (26/7). 

    Sebagian besar warga Indonesia yang bekerja di Malaysia mudik dengan menggunakan jasa kapal.
    Kanak-kanak bersama keluarga duduk di pinggir pelabuhan menunggu kapal feri di Port Klang, Kuala Lumpur, Sabtu (26/7). 

    Sebagian besar warga Indonesia yang bekerja di Malaysia mudik dengan menggunakan jasa kapal.
    Seorang wanita membawa anaknya saat hendak menaiki kapal di Port Klang. 

    Sebagian besar warga Indonesia yang bekerja di Malaysia mudik dengan menggunakan jasa kapal.
    Suasana warga Indonesia saat menunggu datangnya kapal feri di Port Klang, Kuala Lumpur, Sabtu (26/7). 
    (IH) 

    Gaza Maut 844, Israel 38 (25Jul). Demo Bantah Israel Di New York.

    gaza3
    NEW YORK, 26 JULAI : Ribuan masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum dan agama mengambil peluang mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah serangan Israel ke atas semenanjung Gaza yang mengorbankan hampir 850 rakyat Palestin, di bandar New York, petang semalam.
    Berdasarkan laporan Reuters, polis terpaksa mengawal kira-kira 3000 peserta demonstrasi yang membanjiri jalan raya di sekitar Times Square dengan mengibar bendera Palestin sambil mengutuk serangan Israel.

    Seorang rakyat warganegara Palestin-Amerika, Ramsey Jamal, 37, berkata mereka bukan sengaja mahu mencipta kontroversi, sebaliknya inginkan kesengsaraan rakyat Gaza ditamatkan dan hidup seperti manusia biasa.

    “Kami cuba untuk memecahkan pengepungan dan mengakhiri pembunuhan di Palestin. Kami hanya mahu mereka hidup seperti manusia,” katanya yang berasal dari Montgomery, New York.
    Di bandar New York, orang ramai berarak melalui jalan-jalan sibuk di sekitar Midtown Manhattan sambil melaungkan “Bebas, bebas Palestin!” dan “1,2,3,4, berhenti pembunuhan, berhenti perang!”
    gaza-photo

    Angka kematian rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, pada 25 Julai lalu meningkat kepada 844 orang, kebanyakan terdiri daripada orang awam. Manakala, 35 tentera Israel dan tiga orang awam turut maut dalam serangan berbalas itu.
    Pada masa sama, kedua-dua pihak bersetuju untuk melakukan gencatan senjata kemanusiaan selama 12 jam bermula hari ini.
    -NFN-

    12 Jam Gencatan Senjata Di Gaza Hari Ini


    Angka 848 menunjukkan jumlah korban akibat keganasan Israel di Gaza.


    BANDARAYA GAZA: Mulai pukul 0500 GMT (1 tengah hari waktu Malaysia) Hamas bersetuju kepada gencatan senjata kemanusiaan selama 12 jam bagi menghentikan pertempuran di Gaza, kata jurucakap kumpulan itu. 
     
    Selain Hamas,  semua kumpulan pejuang lain bersetuju kepada gencatan senjata sementara itu yang diatur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu. Perkara itu disampaikan jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri kepada media asing. Sebelum ini, seorang pegawai Amerika Syarikat berkata, Israel bersetuju kepada pemberhentian pertempuran selama 12 jam itu walaupun belum disahkan Israel.

    Pada masa sama, media melaporkan Kabinet keselamatan Israel bertemu untuk membincangkan cadangan perjanjian yang diserahkan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry. Antara cadangannya dalah gencatan senjata kemanusiaan selama seminggu bagi membolehkan Hamas, pentadbir Gaza, mendapat semula kredibiliti selepas menolak inisiatif Mesir minggu lalu yang mencadangkan gencatan senjata dulu dan berbincang kemudian.

    “Caranya adalah akan ada gencatan senjata diisytiharkan selama tujuh hari, dan semua orang akan ke Kaherah untuk berunding,” kata pegawai Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat.

    Media Israel pula melaporkan tentera mahukan lebih masa untuk memusnahkan kawasan roket dan terowong dari Gaza hingga ke Israel, yang digunakan Hamas untuk melancarkan serangan. Di Tebing Barat, Palestin mengisytiharkan Hari Kemarahan, dan beribu-ribu rakyat Palestin bertempur dengan pihak keselamatan Israel.

    Sehingga kini, korban keganasan Israel di Gaza mencapai angka 848 dengan kejadian terkini pesawat Israel membedil 30 rumah di Semenanjung Gaza, mengorbankan seorang pemimpin militan jihad Islam, Salah Hassanein dan dua anak lelakinya, ketika Kabinet Keselamatan Israel membincangkan sama ada untuk memperluaskan tindakan serangan atau mempertimbangkan untuk gencatan senjata. (mStar)

    PKR Salah ‘Tafsir’ Keputusan Mesyuarat Pakatan -Iskandar.

    Iskandar Abdul Samad

     














     Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata PKR salah tafsir ketetapan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengenai isu pertukaran menteri besar Selangor.

    Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad menyelar PKR dan menganggap parti itu tersalah tafsir ketetapan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengenai isu pertukaran menteri besar Selangor yang dibuat pada 23 Julai lalu.

    Iskandar berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat membuat kenyataan antara lain menyebut "...menerima cadangan daripada PKR untuk membuat pertukaran menteri besar di Selangor."
    Sebaliknya, menurut Iskandar ayat tersebut disalah tafsir sebagai "Pakatan Rakyat meluluskan cadangan PKR untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail."

    "Walhal seperti yang juga disebut oleh kenyataan itu, hanya bermaksud menerima cadangan dan... akan dibawa ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.
    "Maka 'menerima' bukan bermaksud bersetuju dan tidak ada keputusan lagi," kata Iskandar dalam satu kenyataan hari ini.

    Beliau berkata, kekeliruan itu menimbulkan persoalan di kalangan ahli PAS Selangor serta rakyat yang sebelum ini berpandangan Khalid wajar dikekalkan sebagai menteri besar. PKR dalam kenyataan pagi tadi menasihatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang memperakui prinsip pencalonan jawatan menteri besar Selangor adalah hak milik PKR.

    Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan PKR untuk mencalonkan Dr Wan Azizah dibentangkan dan diterima Majlis Pimpinan Pakatan yang turut diwakili enam pemimpin tertinggi PAS. Mereka adalah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, Ketua Pemuda Suhaizan Kaiyat, serta Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Hatta Ramli.

    "Oleh yang demikian, PKR akan berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat itu dalam hal pertukaran menteri besar Selangor.
    "Kaedah dan prinsip inilah yang selama ini digunakan dalam menentukan menteri besar di negeri Pakatan Rakyat lain seperti di Pulau Pinang, Kedah, dan Kelantan," katanya.

    Iskandar menambah, pihaknya bersyukur apabila Hadi menerima pandangan pimpinan ahli PAS Selangor yang mahu Khalid dikekalkan, sekaligus beberapa kekeliruan yang timbul sebelum ini dapat terjawab. Namun katanya, pimpinan dan ahli PAS Selangor akan sentiasa mematuhi apa saja keputusan yang diputuskan oleh presiden dan pimpinan tertinggi PAS dalam mesyuarat 10 Ogos nanti.

    Sementara itu, Iskandar dalam laman sosial Facebook miliknya memuat naik status kecewa dengan tindakan ahli PAS sendiri yang menentang pendirian Hadi untuk mengekalkan Khalid.

    "Sedih melihat Presiden PAS dihina, dikutuk dan diugut oleh ahli dan pimpinan sendiri. Tidak sangka akan berlaku seperti ini," katanya. – 26 Julai, 2014. (TMI)

    Lihat sebelum ini..
    E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
    E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

    A/Hadi Perlu Hormati Majlis Pimpinan Pakatan -S/U PKR



    Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang sudah bersetuju agar Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. – Gambar fail, 26 Julai, 2014.  
    Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang sudah bersetuju agar Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. – Gambar fail, 26 Julai, 2014.  

    Datuk Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang  supaya menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang mengatakan beliau perlu melepaskan jawatannya sebagai menteri besar dan menerima Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon utama untuk jawatan tersebut.

    PKR tetap bertegas dengan keputusan kepimpinan tersebut berikutan sokongan kuat Hadi terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengekalkan jawatannya sebagai menteri besar

    Setiausaha Agung PKR itu berkata, keputusan PKR dibentangkan dan diterima Majlis Pimpinan PR dalam mesyuarat pada 23 Julai lalu. Menurut Saifuddin, PAS dalam mesyuarat itu diwakili enam pemimpin tertinggi, iaitu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, Ketua Pemuda Suhaizan Kaiyat, serta Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Hatta Ramli.

    "Oleh yang demikian, PKR akan berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat itu dalam hal pertukaran menteri besar Selangor.
    "Kaedah dan prinsip inilah yang selama ini digunakan dalam menentukaan menteri besar di negeri Pakatan Rakyat lain seperti di Pulau Pinang, Kedah, dan Kelantan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Saifuddin turut membandingkan isu Selangor dengan pergolakan jawatan Menteri Besar Kedah yang dipegang Tan Sri Azizan Abdul Razak sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR itu ‎di tangan Barisan Nasional (BN).

    "PKR mengambil pendirian menghormati sepenuhnya prinsip pencalonan jawatan menteri besar Kedah adalah daripada PAS walaupun ada pelbagai permintaan dari Pakatan Rakyat yang lain supaya PKR menyatakan pendirian sama ada menteri besar ditukar atau tidak," katanya. – 26 Julai, 2014. (TMI)

    Lihat sebelum ini..
    E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
    E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

    DAP Hilang Sabar, Mahu MB Ditukar Dengan 'Siapa Saja'

     

    DAP sedia memberi sokongan penuh kepada "siapa sahaja" calon menteri besar yang dicadangkan oleh PKR, tidak kira sama ada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau pemimpin PKR lain, selepas hilang sabar dengan Tan Sri Khalid Ibrahim.

    Malaysiakini difahamkan DAP Selangor telah sampai ke satu peringkat di mana mereka terlalu kecewa dengan kepimpinan Khalid di mana mereka tidak lagi membezakan sama ada untuk memilih Wan Azizah atau pemimpin PKR lain yang dikatakan mahu kepada jawatan itu, Azmin Ali.

    "Kamu sampai kepada satu peringkat di mana kamu tidak boleh berkomunikasi lagi dengan MB," kata pemimpin kanan DAP peringkat bahagian kepada Malaysiakini.

    Pemimpin itu mendakwa Khalid yang juga ADUN Pelabuhran Klang tidak mahu mendengar pendapat orang lain dan melihat perbezaan pandangan yang berbeza sebagai satu masalah. Pemimpin DAP itu mendakwa Khalid mahu semua pihak mengikut caranya berhubung isu lebuhraya Kidex dan meyifatkan hanya beliau seorang sahaja yang mampu berfikir mengenainya. (MK)



    Lihat sebelum ini..
    E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
    E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

    Tiada Alasan Syarie Kukuh Tukar MB -Ulama PAS
















    KOTA BHARU: Dewan Ulamak PAS menyokong pendirian Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung kemelut kedudukan Menteri Besar Selangor.

    Berikut ialah kenyataan penuh Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Pemangku Ketua, Dewan Ulamak PAS Pusat:

    Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh sikap dan pendirian Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor perlu dikekalkan. Sila rujuk: ( http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/29937-saya-sokong-khalid-kekal-mb-presiden-pas)

    Kenyataan Presiden itu adalah pendirian tegas berdasar keputusan yang telah dibuat oleh PAS berkait dengan PRK Kajang yang lalu iaitu:

    1. Calon PRK Kajang diserahkan kepada PKR;
    2. PAS membantu menurut keperluan; dan
    3. Isu Menteri Besar Selangor tidak berbangkit.

    Oleh itu, pendirian Presiden tersebut adalah berasaskan keputusan yang telah disepakati bahawa tiada perubahan MB Selangor dan Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan tiada sebarang alasan Syarie yang kukuh dikemukakan sehingga kini untuk mewajarkan penukaran Menteri Besar Selangor dan beliau patut dibenarkan meneruskan amanah sehingga ke akhir penggal.

    Dewan Ulamak PAS Pusat telah mengamati bahawa tidak berlaku sebarang pengkhianatan terhadap amanah kepimpinan, penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor sejak perlantikan beliau sebagai MB selepas PRU ke-13. Begitu juga, sejak beliau mula menjadi Menteri Besar pada tahun 2008 sehingga berjaya kembali mendapat mandat rakyat dengan kemenangan berganda untuk PR dalam PRU ke-13 lalu.

    Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan bahawa maslahah mengekalkan jawatan beliau lebih kuat berbanding keperluan menukar MB baru. Sebarang usaha menukar MB Selangor tanpa persetujuan bersama tiga kompenan parti, PAS, PKR dan DAP sehingga menimbulkan kekalutan dalam kalangan rakyat bawahan hendaklah dielakkan.

    Pihak Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru semua ahli PAS agar menghayati kebijaksanaan pendirian Presiden dalam hal ini tambahan lagi Presiden mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera. - HARAKAHDAILY 26/7/2014


    Lihat sebelum ini..
    E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
    E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

    Demo 'Bebaskan Gaza', Yang Berpakaian Seksi Pun Ada?

    Aksi demonstrasi ini dilakukan di sejumlah negara-negara di Eropa, Afrika dan Asia.Aksi demonstrasi Inggeris pro-Palestin saat membantah pencerobohan tentera Israel di Gaza di depan kedutaan Israel di London, 22 Julai 2014.

    Aksi masyarakat dunia kecam serangan Israel ke Palestin
    Aksi demonstrasi ini dilakukan di beberapa negara-negara di Eropah, Afrika dan Asia. Ada wanita yang berpakaian seksi, tetapi mereka sanggup menyatakan bantahan terhadap pembunuhan umat Islam. Bagaimana dengan yang tidak berpakaian seksi tetapi tidak sanggup mengatakan bantahan seperti tersebut?


    Cuba renung dan bandingkan!
     
    Aksi demonstrasi ini dilakukan di sejumlah negara-negara di Eropa, Afrika dan Asia.Seorang penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin semasa perhimpunan menentang pencerobohan tentera Israel ke Jalur Gaza, di Sanaa, Yaman, 25 Julai 2014.
    Aksi demonstrasi ini dilakukan di sejumlah negara-negara di Eropa, Afrika dan Asia.Aksi demonstran Thailand membakar bendera Israel di depan pejabat Kedutaan Besar Israel, di Bangkok, 25 Julai 2014. 
    Aksi demonstrasi ini dilakukan di sejumlah negara-negara di Eropa, Afrika dan Asia.
    Penunjuk perasaan wanita pro-Palestin melaungkan protes mereka saat demonstrasi menentang serangan tentera Israel ke Jalur Gaza, di Algiers, Algeria, 25 Julai 2014.
    Aksi demonstrasi ini dilakukan di sejumlah negara-negara di Eropa, Afrika dan Asia.
    Penunjuk perasaan muslim Macedonia, menunjukkan poster saat melakukan aksi protes pencerobohan tentera Israel ke Gaza, di Skopje, 25 Julai 2014.
    Aksi demonstrasi ini dilakukan di sejumlah negara-negara di Eropa, Afrika dan Asia.
    Aksi penunjuk perasaan Turki berorasi anti-Israel selama tunjuk perasaan di Istanbul, Turki, 25 Julai 2014.
    Aksi demonstrasi ini dilakukan di sejumlah negara-negara di Eropa, Afrika dan Asia. Aksi demonstran pro-Palestin di Afrika Selatan memprotes serangan tentera Israel ke Gaza di Durban, 25 Julai 2014.
    Aksi demonstrasi ini dilakukan di sejumlah negara-negara di Eropa, Afrika dan Asia.
    Sebuah bendera Palestin berkibar saat aksi perpaduan warga Pakistan untuk Gaza di Karachi 25 Julai 2014.
    Aksi demonstrasi ini dilakukan di sejumlah negara-negara di Eropa, Afrika dan Asia.
    Aksi penunjuk perasaan Bahrain membantah pencerobohan tentera Israel ke Gaza, di desa duraz, sebelah barat Manama, 25 Julai 2014.
    Aksi demonstrasi ini dilakukan di sejumlah negara-negara di Eropa, Afrika dan Asia.
    Perhimpunan penunjuk perasaan pro-Palestin di Jerman membantah pencerobohan tentera Israel ke Jalur Gaza di Berlin, 25 Julai 2014.  
    Aksi demonstrasi ini dilakukan di sejumlah negara-negara di Eropa, Afrika dan Asia.
    Seorang penunjuk perasaan berorasi selama tunjuk perasaan menentang pencerobohan tentera Israel di Gaza, di Kabul, Afghanistan, 25 Julai 2014. 
    Aksi demonstrasi ini dilakukan di sejumlah negara-negara di Eropa, Afrika dan Asia. 
    Aksi solidariti Muslim Syaikh untuk rakyat Palestin di berhampiran sempadan Lubnan-Israel, di Marwaheen, Lebanon, 25 Julai 2014.
    Aksi demonstrasi ini dilakukan di sejumlah negara-negara di Eropa, Afrika dan Asia.
    Penunjuk perasaan pro-Palestin menunjukkan poster penderitaan warga Gaza saat melakukan aksi demonstrasi menentang pencerobohan tentera Israel di Lyon, Perancis, 23 Julai 2014.
    Aksi demonstrasi ini dilakukan di sejumlah negara-negara di Eropa, Afrika dan Asia.
    Ribuan warga Sepanyol bersorak membantah pencerobohan tentera Israel ke Jalur Gaza saat aksi demonstrasi di Valencia, 21 Julai 2014.
    (IH)

    ‘Save Gaza’: Pelumba Basikal Malaysia Dipolitikkan Di Sukan Komanwel.


    AZIZULHASNI menunjukkan sarung tangan yang digunakannya ketika beraksi dalam acara pecut individu lelaki di Sukan Komanwel 2014 kelmarin.

    SUKAN


    Sarung tangan ‘Save Gaza’: Azizulhasni diberi amaran
    Luahan perasaan Azizulhasni Awang pada akaun Facebook miliknya berhubung kontroversi sarung tangan yang tertulis ‘Save Gaza’ semasa perlumbaan semalam di Sukan Komanwel Glasgow. – Gambar Facebook. Pelumba basikal Malaysia menerima teguran rasmi dan diberi amaran berdepan risiko dibuang daripada Sukan Komanwel jika mengulangi memakai sarung tangan yang mengandungi mesej "Save Gaza".

    Azizulhasni Awang berkemungkinan diusir daripada menyertai Sukan Glasgow 2014 selepas memakai sarung tangan berkenaan dalam pertandingan semalam.

    Namun, atlet berusia 26 tahun yang‎ digelar "Pocket Rocket", yang mengambil bahagia dalam acara pecut individu suku akhir hari ini, diberi teguran dan amaran untuk tidak memakainya lagi. Tindakan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) itu bertujuan mengelakkan temasya sukan berkenaan digunakan untuk politik.
    Luahan perasaan Azizulhasni Awang pada akaun Facebook miliknya berhubung kontroversi sarung tangan yang tertulis ‘Save Gaza’ semasa perlumbaan semalam di Sukan Komanwel Glasgow. – Gambar Facebook.
    Acara pelbagai sukan yang diadakan setiap empat tahun itu, digelar "Sukan persahabatan".
    Walaupun Azizulhasni menegaskan mesej beliau adalah untuk "kemanusiaan" dan bukannya politik, beliau memohon maaf.

    "Tindakan itu disiasat dan kami bercakap dengan pihak pengurusan pasukan Malaysia dan ia perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan," kata Ketua Eksekutif CGF Mike Hooper.
    "Ia tidak sesuai menjalankan apa-apa protes di  temasya sukan. Kami menghormati hak semua orang untuk membantahnya.
    "Beliau menerima teguran daripada pihak pengurusan pasukan dan meminta maaf. Beliau kini sedar mengulangi perbuatannya itu akan menyaksikan ‎penyingkiran akreditasi beliau."

    Pada halaman Facebook peminat beliau, yang mempunyai lebih 200,000 orang pengikut, beliau menulis:

    "Saya meminta maaf kepada mereka yang menyalahtafsirkan mesej saya. Ia langsung tiada kaitan dengan protes politik.

    "Ia adalah keikhlasan hati saya untuk meluahkan erti kemanusiaan. Sejak bila meluahkan kemanusiaan dianggap sebagai tindakan politik?
    "Bagaimanapun, saya memohon maaf kepada mereka yang berfikir saya melakukan kesalahan.
    "Saya mendapat amaran dan masih boleh berlumba hari ini tetapi tanpa sarung tangan 'Save Gaza' saya.
    "Terima kasih semua atas sokongan anda. Saya benar-benar menghargainya.
    "Kita semua berdiri sebagai insan."

    Tindakan Azizulhasni semalam rentetan jumlah kematian orang awam di Gaza yang meningkat kepada 800 akibat serangan Israel yang dikutuk oleh Malaysia.

    Berasal dari Terengganu, bapa kepada dua anak, yang merupakan pembawa bendera kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, memenangi pingat emas di Kejohanan Berbasikal Asia pada April 2008. Pada bulan Februari 2011, beliau ditimpa ‎kemalangan semasa perlawanan akhir Piala Dunia acara keirin di Manchester yang menyebabkan beliau terkeluar daripada kejohanan. – 25 Julai 2014. (TMI)

    Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kes sarung tangan ‘Save Gaza’: Azizulhasni diberi amaran, sebenarnya bukan Azizulhasni berpolitik, tetapi Sukan Komanwel yang berpolitik atau dipolitikkan.

    Zionis Lwn Hamas: Brazil Tarik Duta Besarnya Dari Israel.


    Brasil tarik duta besarnya dari Israel
    Serangan Israel di Jalur Gaza. ©AFP PHOTO

    Brazil telah menarik duta besarnya dari Ibu Kota Tel Aviv, Israel. Mereka mengecam kekuatan tidak seimbang antara tentera Zionis menggempur pasukan Hamas.

    Akhbar the Daily Star melaporkan, Khamis (24/7), kekerasan di Gaza tidak boleh lagi diterima oleh Brazil. "Kami mengutuk penggunaan kekuaran Israel yang memakan korban lebih ramai rakyat awam, termasuk perempuan dan anak-anak," ujar kementerian luar negeri Brazil dalam sebuah pernyataan.

    Langkah ini dilakukan pada hari ke-17 serangan Israel ke Gaza telah mengorbankan lebih dari 700 warga Palestin. Kumpulan hak asasi dan kementerian kesihatan Gaza pun menyiarkan korban awam 80 peratus.

    "Kerajaan Brazil menyeru gencatan senjata dua belah pihak," ujar mereka lagi.

     (IH)

    Tiga Maut, 36 Cedera Dalam Letupan Bom Di Hatyai





    Anggota bomba bertungkus-lumus untuk memadam kebakaran disebabkan letupan bom kereta.

    HATYAI: Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 36 lagi cedera susulan letupan bom kereta di daerah komersial di selatan Thailand. Leftenan Kolonel Sophon Saisuree berkata bom kereta itu meletup di depan Hotel Holiday kira-kira pukul 4 petang (waktu tempatan).

    Letupan tersebut turut memusnahkan beberapa kenderaan lain dan merosakkan struktur bangunan. Sophon berkata, daripada 36 yang cedera, tiga dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. Letupan itu dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri seberat 100kg.

    Bagaimanapun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan letupan bom kereta itu.
    Kira-kira 60-70 peratus penduduk di Betong beragama Islam. (IH)

    Khalid Hargai Sokongan A/Hadi


    Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan penghargaan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas sokongan supaya beliau terus menerajui kerajaan Selangor sehingga akhir penggal pentadbirannya.

    Abdul Khalid dalam satu kenyataan hari ini berkata sokongan Abdul Hadi terhadapnya dilihat amat bermakna dalam memastikan keperluan negeri Selangor untuk mempunyai suasana politik yang stabil.

    Katanya, beliau dan barisan pemimpin negeri akan terus memastikan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat dapat dilaksana menerusi kecemerlangan pentadbirannya menerajui negeri maju itu.

    Abdul Hadi hari ini mempertahankan Abdul Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

    Beliau berkata kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.

    Katanya alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar itu adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar.

    Baru-baru ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

    - Bernama

    Sidang Media Preseden PAS: Khalid MB. Mengapa?



    MARANG: Berikut sidang media dan soal jawab Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama pihak media di kediamannya Rusila, Marang selepas kuliah pagi Jumaat, pagi tadi.

    SAYA menyokong kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menegaskan supaya diteruskan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Berdasarkan kepada perlu diambil kira tentang rakyat Selangor dan Sultan Selangor itu sendiri. YB Iskandar adalah wakil PAS Pusat yang dilantik oleh PAS Pusat mengikut Perlembagaan untuk mengendalikan urusan PAS negeri Selangor.

    Kenyataan beliau adalah sebagai kenyataan wakil kita (PAS) di Selangor. Dan saya sendiri telah membuat penelitian melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS atau di luar PAS dan membuat kaji selidik. Di mana, didapati bahawa majoriti rakyat Selangor masih bersetuju dengan Tan Sri Khalid menjadi Menteri Besar.

    Kedua, kita tidak boleh membelakangi Duli Yang Mulia Sultan Selangor dan kita (PAS) serah kepada bagindalah untuk menentukan dan tidak boleh dibelakangi baginda dalam isu (MB) ini, itu (keputusan) terpulang kepada baginda (Sultan).

    Ketiga, alasan-alasan mahu menukar Menteri Besar ini tidak kukuh. Di mana, saya melihat tidak setuju dengan Tan Sri Khalid ini tidak melibatkan amanah-amanah yang besar. Jika sekiranya, beliau (Khalid) terlibat dengan skandal, terlibat dengan pecah amanah, salah guna duit Selangor itu boleh kita tukar. Tapi, jika alasan yang lain itu boleh kita urus dan bukan dengan tukar Menteri Besar. Ini kerana, kita anggap masih dalam 'perjalanan' dan tidak boleh 'dipintas' dalam perjalanan, kena tunggu hingga habis tempoh penggallah. Itu pandangan saya berdasarkan apa yang saya dapat dari Pesuruhjaya PAS negeri Selangor dan rakan-rakan Exco (kerajaan) Selangor dan wakil-wakil rakyat Dun Selangor dari PAS.

    Soalan (S): Adakah Tok Guru dan PAS sendiri kekal dengan keputusan untuk mempertahankan Khalid Ibrahim?

    Jawapan (J): InsyaAllah, itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan bersama ini. Walau pun  di sana ada pandangan berbeza dan hujah berbeza dan saya dengar semua hujah-hujah ini, saya kumpul dan dapati semua hujah-hujah ini. Akhirnya, saya berpendapat majoriti akar umbi PAS bersetuju dengan Tan Sri Khalid Ibrahim ini dikekalkan jawatan Menteri Besar. (Ini) di atas konsep Amanah, beliau menunaikan amanah (tangggungjawab) ini.

    (S): Tidakkah Tok Guru, ini melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang?

    (J): Itu perkara akan datang dan kita (PAS) boleh bincang dan boleh berunding. PAS akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat. Perdapat berbeza itu biasa sejak dari dahulu lagi.

    (S): Ini dilihat sebagai jalan akhir untuk Datuk Seri Anwar ke Putrajaya?

    (J): Perjuangan kita (PAS) bukan perjuangan untuk peribadi. Iaitu perjuangan untuk menyelamatkan negara dan ini bukan untuk saya (Abdul Hadi), bukan untuk Anwar Ibrahim dan bukan untuk sesiapa, tapi untuk rakyat semua.

    (S): Mungkin akan ada (usul) undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor terhadap Tan Sri Khalid?

    (J): Benda (perkara) yang akan datang saya tidak boleh jawab, nanti berlaku dulu.

    (S): Kecelaruan yang berlaku sekarang ini telah membabit Datuk Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Adakah kerana PAS melihat isu wanita itu menjadi masalah?

    (J): Berbeza pendapat itu bukan hanya berlaku di kalangan kita (Pakatan Rakyat) tapi dalam Barisan Nasional (BN) pun berlaku? Menteri Besar Terengganu tidak selesai sampai ke hari ini. Yang (berlaku) di Terengganu, yang Johor, yang Pahang. Saya tahu semua dan Umno-BN juga ada masalah.

    (S): Adakah PAS tidak menyokong Langkah Kajang?

    (J): Langkah Kajang itu benda (perkara) yang lepas dan kita (PAS) sedang bekerja dan kita (telah) menang dalam Pilihan Raya Kecil di Dun Kajang itu.

    (S): Datuk Seri, adakah kerana isunya calon (Menteri Besar) itu wanita?

    (J): Isunya adalah isu 'Amanah', menunaikan amanah memimpin dan kita (PAS) dapati Tan Sri Khalid tidak khianat. Ini tidak sampai ke peringkat khianat terhadap amanah ini. Dengan sebab itu salah kita turunkan beliau dengan sebab tidak ada kesalahan yang mencalarkan perkara amanah. Itu (alasan) yang lebih besarnya.

    (S): Jadi pendirian pemimpin PAS di Selangor adalah sekata dengan Tok Guru?

    (J): Saya ambil (pendapat) Pesuruhjaya PAS Selangor, wakil kita (PAS).

    (S): Tok Guru, adakah PAS akan mengajak MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk melompat parti (PKR) kepada PAS. Berikutan dalam PKR sendiri telah ada calon lain selain Tan Sri Khalid?

    (J): Itu bukan cara kita (PAS). Sejak awal lagi kerusi kita 15 (Dun), kerusi lebih dari PKR tapi kita (PAS) beri kepada PKR kerusi (MB) Selangor itu. Kita beri kepada dia (PKR) dan kita beri kepada Tan Sri Khalid atas asas dia masih lagi ahli PKR.

    (S): Dalam isu mempertahankan Tan Sri Khalid ini kenapa tidak bertindak untuk melantik wakil PAS sendiri menjadi Menteri Besar Selangor?

    (J): Macam saya sebut tadi kita (PAS) beri kepada PKR tadi kerana kita sudah ada (kerajaan) Kelantan. Itu menunjukkan semangat kerjasama kita dalam Pakatan Rakyat.

    (S): Datuk Seri, setakat ini ada hasrat untuk mengajak Tan Sri Khalid menyertai PAS?

    (J): Sehingga ini tidak berhasrat dan terpulang kepada peribadi beliau (Khalid) sendiri.

    - HARAKAHDAILY 25/7/2014





    Lihat sebelum ini..
    E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
    E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

    Friday, July 25, 2014

    Dari Segi Pakaian Pun MAS Tidak Adil.

     

    MELETAKKAN sesuatu yang bukan pada tempatnya adalah tidak adil dan zalim. Maka wajar Kesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan (Nufam) mengulangi gesaannya agar Malaysia Airlines membenarkan anak kapal dari kalangan wanita untuk memakai pakaian menutup aurat. 

    Ia menjawab kritikan yang mengaitkan tragedi pesawat MH370 dan MH17 dengan pakaian seragam anak kapal MAS yang didakwa tidak menutup aurat. Seperti lapor Malaysiakini hari ini.


    Nufam dalam kenyataannya menyifatkan dakwaan seperti itu tidak adil kerana anak kapal tersebut tidak berhak menentukan pakaian seragam mereka. Tuduhan bahawa anak kapal wanita itu mengabaikan tanggungjawab agama mereka juga "tidak betul dan tidak adil" kerana mereka pernah meminta untuk mengenakan tudung atau hijab bersama pakaian seragam.

    "Kini tiba masanya isu pakaian seragam hijiab dikaji bagi anggota kru beragama Islam yang ingin mengenakannya dalam penerbangan," kenyataan itu dipetik.

    Ia mengulas kenyatan MP PAS semalam yang menggesa MAS mengkaji semula dasar berhubung hidangan alkohol dalam penerbangan dan pakaian kru wanita yang tidak menutup aurat. Dalam kenyataannya, Nufam turut menyelar pengguna Internet yang melabelkan anggota krunya sebagai "murahan".

    “Pada masa kita semua bersedih dengan kejadian MH17, ada pihak yang berjenaka dan mengutuk kru kami. Mereka turut menyebar tulisan jahat mengenai kru wanita kami.
    "Kami merayu kepada individu ini supaya menghentikan kritikan ke atas kru kerana mereka terikat dengan perkhidmatan," kenyataan itu dipetik. 


    "Oleh itu, MAS perlu adil membenarkan anak kapal dari kalangan wanitanya untuk memakai pakaian menutup aurat. Membenarkan muslimah melakanakan tugas agamanya . "Komen editor Weblog Ibnu Hasyim.

    "Begitu juga dalam hal jamu arak seperti sabda Muhammad SAW pemimpin manusia..
    • 'Dari Annas Bin Malik katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak iaitu: yang memerahnya, yang minta diperahkannya, yang meminumnya, yang membawanya dan minta dibawa kepadanya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya dan yang minta dibelikan." (Riwayat Imam Tarmizi)'
    "Bererti anak kapal MAS dipaksa melanggar ajaran agamanya sendiri, sedangkan MAS sendiri menumpang nama Malaysia yang terkenal dengan negara umat Islam." Jelas Hj Mohd Hasyim lagi.

    Gaza, Hari Ke 19, Korban Meningkat 804. Israel 30 Korban.


    GAZA: Serangan tentera Zionis ke atas Gaza masuk hari ke-19 hari ini dan menyaksikan sejumlah 804 orang rakyat Palestin yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak gugur syahid setakat ini. Selain itu, jumlah cedera juga terus meningkat sehingga 5,200 orang mengakibatkan hospital di Gaza tidak mampu lagi untuk menampung mangsa.

    Lebih memburukkan keadaan apabila mereka kini turut berdepan krisis bahan api. Semalam sekurang-kurangnya 15 terbunuh manakala 70 yang lain cedera apabila sebuah sekolah dikendali Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Beit Hanoun, Utara Gaza dibedil dengan peluru meriam oleh tentera Zionis Israel.

    Jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra, berkata peluru meriam Israel disasarkan ke dalam sekolah walaupun bendera PBB jelas berkibar di atas bangunan. Sekolah UNRWA adalah merupakan salah satu tempat yang memberi perlindungan kepada pelarian Palestin.

    Israel memulakan serangan ke atas Gaza sejak 7 Julai lalu. Dan kini serangan secara agresif dilakukan meliputi operasi darat, udara dan juga laut. Pejuang sayap kanan Hamas, Briged Al-Qassam pula turut membuat serangan balas sebagai mempertahankan kubu mereka.

    Sehingga kini lebih 30 tentera Zionis Israel dilapor terkorban. - HARAKAHDAILY 25/7/2014

    Kempen Tukar MB Ganti W/Azizah, Rafizi Guna Nama A/Hadi..

    SILA lihat ini..

    YB Rafizi
    Isu Tukar MB Selangor - Ini Jawapan Dari Rafizi Ramli.


    Ketika ini Rafizi sedang memperhebatkan penerangan demi penerangan kepada semua pihak kenapa Khalid perlu diganti dengan Wan Azizah. Rafizi juga memberitahu bahawa PKR dan DAP sudah sebulat suara bersetuju dalam isu penukaran MB. 

    Kini hanya menunggu keputusan rasmi dari PAS semata2. Pertemuan akan diadakan dengan presiden PAS sejurus TGHH sihat seperti sediakala untuk berbincang mengenai penguguran jawatan Khalid Ibrahim selaku menteri besar.

    Rafizi juga akan menjawab apakah benar dia menerima komisen jutaan ringgit dari pihak tertentu supaya menaikkan nilai pengambilahalihan konsesi air.

    Ramai juga la yang tweet tanya Rafizi macam2.


    Kan aku dah cakap semalam. Isu MB Selangor ini membuatkan dari satu kumpulan, satu idelogi kini berpecah kepada banyak kumpulan, banyak idelogi. Dulu semua kawan2 sekarang kawan ke mana, musuh ke mana. Sakit ahti je kot dapat.


    Haha..


    Antara penerangan2 Rafizi mengenai isu penukaran MB Selangor.








    Lihat seterusnya..

    Ameno World Isu Tukar MB Selangor - Ini Jawapan Dari Rafizi Ramli.


    Lihat sebelum ini..
    E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
    E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails