Saturday, August 09, 2014

E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

 
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? 

Bab 1 
Bab 4
Bab 5 
    Bab 6
    Bab 8 
    Bab 9  
    Sambungan dari  
    E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
    E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

    Sambungan dari..
     

    E-Buku IH-83: Setelah Anwar Dihukum Penjara 5 Tahun.



    E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?

    E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?
     

    Khalid Maklum Dipecat PKR, Akan Mengadap Sultan S'gor

    Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima keputusan Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan keahliannya dan menganggap ia salah serta cacat dari segi undang-undang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2014.  
    Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima keputusan Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan keahliannya dan menganggap ia salah serta cacat dari segi undang-undang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2014.  

    Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim maklum berhubung isu pemecatannya daripada PKR hari ini dan akan mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah walaupun menganggap keputusan itu cacat dan tidak sah.

    PKR memecatnya hari ini selepas mengingkari keputusan parti untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

    "Saya menerima keputusan Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.
    "Seperti kenyataan saya sebelum ini, parti sendiri keliru terhadap pertuduhan yang dikemukakan kepada saya. Malah, PKR gagal menyatakan perkara yang saya lakukan melanggar Perlembagaan PKR," katanya dalam satu kenyataan. – 9 Ogos, 2014. (TMI)

    Sila  lihat..

    E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

    Gajah Jantan Gatal, Garu Guna Kereta..


     SEBUAH buah peristiwa unik baru-baru ini berlaku di Afrika Selatan, selepas seekor gajah yang merasa gatal-gatal menggunakan sebuah kereta VW Polo untuk menggaru tubuhnya.

    Dilansir Indianautosblog, Jumaat 8 Ogos 2014, aksi gajah jantan itu bermula saat kereta VW putih melintas di depan pandangannya. Secara tiba-tiba, gajah itu memintas kereta VW yang saat itu tengah ditumpangi dua penumpang.

    Setelah kereta berhenti, gajah itu tanpa diduga membentangkan tubuhnya di atas VW tersebut yang bertujuan untuk menggaru tubuhnya yang mengalami kegatalan. Aksi gajah tak berhenti sampai di situ, kereta itu pun juga digunakannya untuk menggaru beberapa bahagian tubuh lain, seperti telinga, dan kakinya.
    (IH)

    MB: Bekas MB S'gor Mat Taib Nyatakan Sikap




    Tan Sri Muhammad Muhd Taib berpendapat Tan Sri Khalid Ibrahim perlu secara 'gentleman' melepaskan jawatan menteri besar Selangor walaupun mendapat sokongan PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2014.  
    Tan Sri Muhammad Muhd Taib berpendapat Tan Sri Khalid Ibrahim perlu secara 'gentleman' melepaskan jawatan menteri besar Selangor walaupun mendapat sokongan PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2014.  

    Walaupun menerima sokongan PAS, bekas Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib berpendirian Tan Sri Khalid Ibrahim perlu melepaskan jawatannya secara berhormat.
    Muhammad yang pernah memegang jawatan penting tersebut semasa bersama Umno sebelum menyertai PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas berkata, secara konvensionalnya, mana-mana pemimpin yang ditolak parti perlu melepaskan jawatan.

    "Saya fikir apabila PKR membuat keputusan untuk tukarnya, beliau (Khalid) perlu patuh.
    "Secara konvensyen dan persefahaman dalam satu gagasan, itulah persefahaman," kata Muhammad yang juga dikenali sebagai Mat Taib kepada The Malaysian Insider.

    Kenyataan Muhammad tersebut berbeza dengan pendirian PAS yang masih bertegas menyokong Khalid sebagai MB. Beliau kemudian mempersoalkan mereka yang mempertahankan Khalid, khususnya daripada PAS sendiri seolah-olah jawatan MB yang dipegang adalah hak individu.

    "Saya hendak tanya sekarang ini, apa yang istimewa tentang Khalid ini?
    "Bila parti sudah buat isyarat yang jelas, apa pun alasannya, apabila parti buat keputusan, beliau perlu ‘gentleman,’ kerana ini bukan harta pusakanya, ini adalah kolektif," kata beliau.

    Muhammad menyifatkan peletakan jawatan seorang MB bukan fenomena luar biasa, kerana ia menjadi amalan demokrasi mana-mana institusi.

    "Jadi pada saya, meletakkan jawatan dan berhenti bukan fenomena luar biasa, ini adalah normal dalam mana-mana institusi demokrasi dalam dunia ini," kata Muhammad.

    Malahan beliau sendiri dan pemimpin utama negara sebelum ini juga meletak jawatan selepas tidak menerima sokongan lagi. Muhammad merupakan MB Selangor dari 1986 hingga 1997. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Selangor bagi penggal 1982, 1986, 1990 dan 1995.

    Menurut Muhammad, ketika Tun Hussein Onn digantikan dengan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, konsep sama digunakan dan kemudian Tun Abdullah Ahmad Badawi juga meletak jawatan selepas menghidu tiada lagi sokongan daripada parti.

    "Apabila Tun Hussein Onn meletak jawatan dan diganti Dr Mahathir, tidak kisah apa pun alasannya, beliau letakkan jawatan.
    "Jadi selepas itu, apabila parti menganggap Pak Lah sudah perlu diganti, maka beliau rela menyerahkan jawatan," kata Muhammad.

    Muhammad juga berkata konsep sama digunapakai dalam krisis di Terengganu baru-baru ini, Datuk Seri Ahmad Said terpaksa melepaskan jawatannya selepas tidak lagi mendapat sokongan parti.
    Khalid, MB dua penggal ketika ini hilang sokongan daripada partinya sendiri dan berdepan kemungkinan disingkirkan.

    Pelbagai langkah mula dijalankan bagi mendesak Khalid lepaskan jawatan, pendedahan juga dibuat oleh PKR membabitkan salahguna kuasa Khalid, terutamanya dalam penyelesaian Bank Islam.
    Namun, Khalid mempertahankan diri dengan mengatakan tidak bersalah walaupun PKR mendedahkan bukti penglibatan tokoh korporat Umno dalam menyelesaikan pinjaman tersebut.

    Awal tahun ini, PKR mengambil Langkah Kajang untuk menukar Khalid dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima pelbagai aduan tentang MB itu yang didakwa mentadbir negeri sesuka hatinya tanpa berunding dengan partinya, PKR atau pimpinan Pakatan. Dia juga dikritik dalam caranya menangani beberapa isu lain seperti catuan air, rampasan Bible bahasa Malaysia dan Iban oleh Jais dan Lebuhraya Kinrara-Damansara.

    Anwar sepatutnya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Kajang, tetapi rancangan itu tergendala selepas Mahkamah Rayuan mendapatinya bersalah dalam kes Liwat II yang melibatkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding untuk menggantikan Anwar, menang kerusi Dewan Undangan Negeri itu dan dipersetujui PKR sebagai paling layak menduduki kerusi MB Selangor.

    Bagaimanapun, Khalid bertegas dia tidak akan mengundur diri sehingga penggalnya tamat.
    Isu MB Selangor juga dikatakan menjadi salah satu punca populariti PR jatuh merudum di Selangor setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

    Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) setahun selepas PRU13 mendapati sokongan kepada PR jatuh kepada 35% berbanding 50% enam bulan sebelum pilihan raya. – 9 Ogos, 2014. (TMI)
     
    E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

    SU M/Syura Ulama Nafi Kenyataan Liar Portal Mengenai N/Aziz.

     
    Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat bersetuju "seratus peratus" supaya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kekal memimpin negeri itu.

    Nik Zawawi berkata demikian bagi menafikan satu laporan portal The Malaysian Insider hari ini yang menggambarkan kononnya Nik Aziz tidak terlibat dengan keputusan Majlis Syura Ulamak pada hari Rabu itu.

    Veteran PAS itu berkata, beliau sendiri membaca keputusan mesyuarat badan tertinggi PAS itu di hadapan Nik Aziz dalam satu pertemuan berasingan bersama Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sebaik selepas persidangan Majlis Syura.

    Katanya, Nik Aziz tidak menyatakan sebarang penentangan ke atas keputusan tersebut apabila keputusan itu dibacakan dalam pertemuan di kediaman bekas menteri besar Kelantan itu.

    "Saya membaca keputusan yang diluluskan oleh Majlis Syura di depannya dan beliau setuju seratus peratus," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
    "Asalnya kita (Majlis Syura) tidak mahu mendedahkan keputusan seperti yang diedarkan kepada media, itu tetapi beliau menyuruh diedarkannya kepada media," katanya lagi.

    Kenyataan liar, tidak patut berlaku

    Mengulas lanjut mengenai perjalanan mesyuarat Majlis Syura sebelum itu, Nik Zawawi menjelaskan, Nik Aziz juga sempat membincangkan isu menteri besar Selangor. Bagaimanapun, Nik Aziz meminta izin untuk pulang tidak lama kemudian kerana “sangat letih". Nik Aziz, yang juga pengerusi Majlis Syura, beredar selepas meninggalkan arahan agar mesyuarat diteruskan, katanya lagi.

    "Kemudian beliau (Nik Aziz) berkata keputusan yang dibuat, beliau hendak tengok. Apabila selesai, saya bersama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pergi ke rumahnya," katanya.

    Nik Zawawi menafikan sebarang dakwaan yang menyatakan Nik Aziz yang juga ADUN Chempaka tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama.

    "Sebarang kenyataan (bahawa beliau) tidak bersetuju adalah kenyataan yang liar dan tidak sepatutnya berlaku. Keputusan ini adalah keputusan Majlis Syura PAS," tegasnya.
    "Insya -Allah akan ada surat iaitu kenyataan yang dibaca itu, akan ditandatangani beliau selepas ini. Sekarang ia belum sempat ditandatangani lagi," katanya lagi.

    The Malaysian Insider hari ini turut menonjolkan bahawa Nik Aziz meninggalkan mesyuarat majlis itu selepas 30 minit masalah kesihatan. Dakwaan itu berdasarkan satu rakaman audio sepanjang hampir lima minit yang disebarkan di beberapa blog pro-PAS, termasuk malaysiawaves.net.

    Rakaman tersebut, yang diteliti oleh Malaysiakini, mengandungi perbincangan dalam dialek Kelantan dan sebahagian daripadanya juga mengandungi butiran percakapan yang tidak jelas. (MK)


    E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

    Tiada Permohonan Maaf Dari Nasruddin, Saman!




    Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengeluarkan surat tuntutan kepada Nasruddin untuk menarik balik 'penipuan' yang dibuatnya serta permohonan maaf, kedua-dua tidak berlaku, oleh itu beliau mengambil tindakan undang-undang. – Gambar fail, 9 Ogos, 2014.  
    Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengeluarkan surat tuntutan kepada Nasruddin untuk menarik balik 'penipuan' yang dibuatnya serta permohonan maaf, kedua-dua tidak berlaku, oleh itu beliau mengambil tindakan undang-undang. – Gambar fail, 9 Ogos, 2014.  

    Selepas tiada kata maaf diterima, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan kerana mengeluarkan kenyataan tidak berasas berkenaan terowong bawah laut Pulau Pinang.

    Lim mengeluarkan surat tuntutan kepada Nasruddin selepas pada Khamis memberinya 24 jam untuk menarik balik “penipuan” yang dibuatnya dan membuat permohonan maaf kepadanya. Notis tuntutan saman itu dikeluarkan oleh peguam Lim di Mureli Navaratnam Advocates and Solicitors berhubung posting berunsur fitnah yang didakwa dibuat Nasruddin di Facebook bertajuk ‘Apa Beza Kidex dan Penang Tunnel?’ pada Rabu lepas.

    “Dia tidak jawab tuntutan saya untuk dia meminta maaf, jadi peguam saya mengeluarkan notis semalam. Kami akan teruskan dengan tindakan undang-undang,” Lim memberitahu pemberita di pejabatnya hari ini.

    Pada Khamis, Lim berkata Nasruddin berpegang kepada "dakwaan dan penipuan tidak berasas" berkenaan pembiayaan projek pembinaan terowong dasar laut dan penganugerahan projek berbilion ringgit itu.

    "Penipuan yang dilakukannya sama seperti cybertroopers yang pro-Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

    Nasruddin dalam postingnya mempersoalkan mengapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima kecaman ekoran projek Lebuhraya Kidex, namun Lim tidak dikenakan apa-apa tindakan berhubung pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus.

    Katanya, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion di negeri dipimpin DAP itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.

    Menurut tuntutan yang dikeluarkan itu, “Kandungan posting itu melemparkan fitnah yang teruk terhadap karekter dan reputasi Lim dan menimbulkan kebencian awam terhadapnya sebagai ahli politik kanan, negarawan dan ketua menteri Pulau Pinang.”

    Nasruddin juga didakwa bertindak melulu dan berniat jahat bertujuan memalukan Lim dan menjejaskan reputasinya, menyebabkan Lim dicemuh berikutan posting Facebook itu. Lim memintanya menarik balik kenyataannya itu dengan menyiarkan permohonan maafnya di laman sosial miliknya dan dua akhbar nasional yang sudah ditentukan.

    Dia juga mahu Nasruddin membuang postingnya dalam masa 24 jam selepas menerima notis tuntutan itu dan memaklumkan peguam Lim berapa jumlah yang sanggup dibayarnya kepada Lim sebagai ganti rugi bagi kecederaan, malu, mudarat dan kesusahan yang ditanggungnya dalam masa 7 hari.

    Semalam, dalam satu post Facebook bertajuk ‘Terowong Dasar Laut - Penjelasan Tuduhan Fitnah,’ Nasruddin mempertahankan kenyataan terdahulunya mengatakan ia dari dapatan dan data awam dan dakwaan dia melakukan fitnah dan pembohongan adalah tidak berasas. – 9 Ogos, 2014. (TMI)

    Lihat ini
    E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

    Sikap Politik Ustaz A/Hadi: Kami Bersamamu Ayah Chik

    DR AZMAN IBRAHIM


    SAAT selesai kuliah pagi Jumaat semalam 8 Ogos 2014, sebagaimana temujanji yang telah diatur, Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu membuat kunjungan hormat kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bertempat di kediaman Tok Guru di Rusila.

    Tok Guru yang melangkah keluar dari masjid usai menyampaikan kuliah ditunggu di kiri dan kanan jalan oleh jemaah yang nampaknya merindui susuk tubuh ulama haraki ini.

    Sebaik sahaja memasuki kediamannya, Tuan Haji Zaihan, Setiausaha Sulit Tok Guru memaklumkan, Tok Guru nak berbaring dan berehat seketika. Mungkin terlalu keletihan dan belum sihat sepenuhnya.

    Saya kata, "Tak apalah... kalau Ayah Chik keletihan, kami datang semula. Berikan peluang Ayah Chik berehat."

    Ternyata rehat Ayah Chik tak lama. Lebih kurang 10 minit, rombongan kami dijemput masuk. Ketika bersalaman dan mencium tangannya, saya memaklumkan, kami dari Lujnah Kebajikan PAS Negeri. Tok Guru sambut dengan wajah keletihan tapi tetap ceria dan bersemangat.

    "Terima kasih datang ziarah saya. Semalam Ustaz Abu Bakar Abdullah mari. Saya ingat masih dia Ketua Kebajikan."

    Setelah lebih kurang setahun saya mengambil alih tanggungjawab sebagai Ketua Kebajikan Negeri dari pimpinan sebelum ini Cikgu Haji Husin Ismail dan sebelumnya dipimpin oleh Ustaz Dr Abu Bakar Abdullah, inilah kali pertama Jawatankuasa baru Lujnah Kebajikan membuat kunjungan hormat kepada Tok Guru.

    Di sebalik segala kepanasan suhu politik dan isu yang sedang hangat berlegar, Tok Guru tetap tenang dan ceria. Jiwa besar seorang pejuang yang penuh teruji tak mudah goyah dengan badai yang melanda.

    Dalam kesempatan yang singkat, pelbagai isu yang sempat kami kutip mutiara pandangannya. Bermula dari isu Palestin, isu Syria, isu Yaman dan Iraq serta bagaimana perancangan kuasa barat untuk memencilkan Palestin dihuraikan oleh Tok Guru.

    Sepatah saya bertanya, "Pada pandangan Ayah Chik apakah Erdogan akan hantar bekalan kepada penduduk Gaza dengan kapal laut yang diiringi kapal perang sebagaimana yang dicanangkan?"

    "Itu hanya kenyataan untuk kempen pilihanraya. Turki terikat dengan komitmen Nato. Dia tak akan dapat buat..."

    "Bila Mahmud Abbas dan Hamas bersatu kerana krisis yang sedang berlaku ini, kuasa barat marah. Dia nak tengok orang berpecah. Bila orang Islam berpecah, mereka suka. Ni perangai Amerika."

    "Orang barat boleh sokong siapa saja tak kira sunni, syiah atau komunis. Yang penting mereka boleh jaga kepentingan mereka dan boleh kaut hasil dari bumi Ummat Islam."

    Mengakhiri pertemuan saya maklumkan, "Kami datang untuk menyatakan rasa kebersamaan di belakang Ayah Chik dan menyokong apa sahaja langkah yang Ayah Chik ambik demi kebaikan parti. Kami cukup yakin Ayah Chik akan buat yang terbaik untuk Islam."

    Tok Guru tersenyum lebar, "Ya! Ya! Majlis Syura dah buat ketetapan..." Kata Tok Guru mengakhiri pertemuan. - HARAKAHDAILY 9/8/2014


    Lihat ini
    E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

    Gempar! Wanita Ini Berbogel Kerana Jokowi Terpilih Presiden?


    Foto Foto Foto Foto Foto Foto
    Foto Foto Foto
    Gambar dari website-website berbahasa China (klik pada gambar untuk melihat dalam saiz sebenar)

    Berita Dari Indonesia
    Ternyata terpilihnya Joko Widodo atau Jokowi sebagai Presiden dan Jusuf Kalla sebagai Naib Presiden Indonesia, masih ditangani dengan negatif oleh sebahagian pihak yang tidak bertanggung jawab. Salah satunya adalah muat naik 2 foto yang menunjukkan seorang wanita bogel dan hanya memakai seluar dalam sahaja di sebuah stesen kereta, di Facebook.
     
    Pemuat foto tersebut mengatakan bahawa wanita tersebut sedang menunaikan nazar atau janji akan telanjang ketika Jokowi terpilih sebagai Presiden. Sontak saja, banyak komen mengalir dari muat naik 2 foto tersebut. Namun ternyata, tidak sedikit orang-orang yang secara cepat membuat penjelasan bahawa gambar wanita telanjang tersebut tidak ada kaitannya dengan Capres / Cawapres atau Pilpres (Calon/P'raya Presiden) di Indonesia.

    Dijelaskan pula bahawa perempuan tersebut bernama Liza seorang wanita Filipina yang mengalami gangguan kejiwaan dan melepas semua pakaiannya di sebuah stesen kereta api di Hong Kong. Ketika merdeka.com cuba lihat dari pemberitaan website-website online berbahasa China, ternyata benar bahawa wanita tersebut bukanlah orang Indonesia yang aksinya mempunyai hubungan dengan Pilpres di Tanah Air.

    Seperti dilansir oleh salah satu laman bernama Sina (24/07), Liza (37) seorang wanita Filipina secara tiba-tiba melepaskan semua pakaiannya dan meninggalkan seluar dalam sahaja di MTR Mongkok Station, di depan Hang Seng Bank ATM. Tentu saja aksi tersebut mengundang banyak orang yang di tempat itu berhenti dan mengabadikan kejadian tersebut. Ada yang hanya sekadar mengambil gambar ada pula yang merakam aksi Liza itu.

    Beberapa orang cuba memujuknya untuk mengenakan pakaian namun ditolak dan beberapa saat selepas, petugas akhirnya dapat menjamin Liza dan membawanya pergi. Menurut penjelasan dari polis, Liza mengidap gangguan jiwa. (IH/MC)


    Lihat kisah-kisah bogel..
    E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)

    E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3) 

    M/Syura PAS Boleh Ubah Pendirian Jika... -Khalid Samad










     
     
     
     
     
     
    Meskipun Majlis Syura Ulamak PAS membuat keputusan untuk tetap menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, seorang pemimpin PAS di Selangor berkata majlis itu masih boleh mengubah pendiriannya itu jika terbukti wujudnya salah laku dalam pentadbirannya.

    Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad (gambar) berkata ia berikutan adanya pelbagai tuduhan yang dilemparkan ke atas menteri besar itu termasuk isu berhubung perjanjian penyelesaian pinjamannya dengan Bank Islam.

    "Sebelum ini, Majlis Syura berkeyakinan Tan Sri Abdul Khalid tidak ada kes dan sebab itu kita menyokong beliau, tetapi apabila adanya tuduhan sebegini, saya mahu beliau beri penjelasan.

    “Abdul Khalid kena bela diri, saya bagi masa sehingga 17 Ogos ini untuk beliau dedahkan bagaimana beliau lenyapkan hutang itu daripada pengetahuan kami (pakatan pembangkang)," katanya hari ini.
    Maklumat mengenai perjanjian penyelesaian pinjaman itu didedahkan oleh PKR dalam laporan setebal 24 muka surat, yang difahamkan diedarkan kepada pemimpin dan anggota pakatan pembangkang sejak 5 Ogos lepas.

    Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata beliau mengetahui mengenai perjanjian penyelesaian pinjaman yang membabitkan menteri besar itu selepas menerima laporan itu pada malam 6 Ogos, selepas tamat persidangan Majlis Syura. – Bernama, 8 Ogos, 2014
     
    Lihat ini
    E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

    Nasrudin Hassan Jawab Dakwaan Fitnah Guan Eng...

     
    MP PAS Nasrudin Hassan berkata dakwaan Lim Guan Eng bahawa beliau membuat kenyataan fitnah dan bohong ke atas ketua menteri Pulau Pinang itu adalah tidak berasas.

    Dalam jawapannya kepada Lim hari ini, anggota jawatankuasa pusat PAS itu menjelaskan bahawa beliau menimbulkan dakwaan berhubung projek terowong dasar laut itu untuk menunjukkan seolah-olah wujud layanan istimewa ke atas ketua menteri itu.

    Sedangkan, di Selangor, menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim cuba dijatuhkan dengan menggunakan isu projek pembinaan lebuh raya Kidex, kata Nasrudin.

    “Kenyataan saya tempoh hari sekadar mempersoalkan kenapa wujudnya perbezaan sikap pada segelintir pimpinan Pakatan Rakyat sewaktu menjadikan isu Kidex sebagai justifikasi untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor.

    “Sedangkan di hadapan kita terdapat juga isu seperti Projek Pembinaan Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang yang tidak kurang kontroversinya.

    “Seolah-olah terdapat sikap pilih kasih dan menangguk di air keruh demi mencapai matlamat tertentu yang sempit.

    “Justeru itu dakwaan kononnya saya melakukan fitnah dan pembohongan adalah tidak berasas sebagaimana yang disebut oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng,” katanya.

    Beliau turut mempertahankan dakwaannya bahawa kontrak projek terowong itu dianugerahkan secara rundingan terus kerana ia “tidak mengamalkan tender terbuka sepenuhnya dalam ertikata sebenar”.

    MP Temerloh itu seterusnya membangkitkan mengenai urutan peristiwa melibatkan penjanjian persefahaman (MoU) dan proses tender untuk projek berkenaan.

    “Bagaimana Kerajaan Pulau Pinang boleh menandatangani MoU [disaksikan YAB PM (Datuk Seri) Najib Razak] dengan Beijing Urban Construction Group Co Ltd salah satu rakan utama konsortium yang memenangi projek Penang Tunnel ini pada 28 April 2011 sedangkan proses prapenilaian tender kerajaan negeri hanya bermula lebih 6 bulan selepas MoU iaitu pada 14 November 2011?

    “Apakah kerajaan Pulau Pinang sebenarnya sudah memilih pemenang kontrak mega ini sebelum proses tender bermula?

    “Saya kira sesiapa sahaja yang biasa dengan resam perlaksanaan kontrak dan projek boleh merumuskan bahawa ini bukanlah satu proses tender terbuka.

    “(Ini kerana) Seolah-olah BUCG telah mendapat keistimewaan lebih awal sebelum proses tender dilakukan apabila telah wujud MoU pada April 2011,” katanya lagi.

    Beliau menjawab ancaman Lim semalam yang mahu beliau menarik balik tuduhan "bohong" tersebut, atau berdepan tindakan saman. (MK)


    Lihat ini
    E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

    Siapa Sangka 10 Tahun Dihanyutkan Tsunami, Ditemukan Semula.

    Foto
    JAMILIAH (kiri) mencium Raudhatu, 14. Di belakang mereka adalah ayah budak perempuan ini, Septi. Mereka dipertemukan pada 7 Ogos, selepas 10 tahun Raudhatu, dihanyut tsunami, pada 2004 (Foto kecil, Raudhatu ketika berusia 4 tahun). FOTO Reuters
    Banda Acheh: Satu pasangan di Indonesia yang dipertemukan semula dengan anak perempuan mereka selepas dihanyutkan tsunami yang melanda wilayah itu 10 tahun lalu, semalam. Pertemuan itu membuahkan harapan pasangan itu yang turut berharap dapat menemui anak lelaki mereka yang turut hilang dalam bencana itu.

    Raudhatul Jannah yang berusia empat tahun ketika hilang berpaut pada kepingan kayu bersama abangnya, Arif Pratama, 7, ketika dibadai arus Tsunami yang memusnahkan kediaman mereka pada 2004.

    Ibu mangsa, Jamaliah dan suaminya, Septi Rangkuti yang terselamat dalam bencana itu menyatakan mereka sudah berputus asa dalam mencari anak mereka dan tidak menyangka yang mereka masih hidup.

    Namun, Jun lalu, abang Jamaliah bertemu dengan seorang kanak-kanak dilihat mirip Raudhatul dan mendapati dia adalah anak saudaranya yang hilang. Raudhatul memberitahu, dia diselamatkan seorang nelayan dan dijaga keluarga angkat selepas kejadian itu.

    Ibu bapanya yang sudah berpindah ke Sumatera Utara datang semula ke Acheh untuk menemui anak kandung mereka selepas diberitahu mengenai perkara itu.  Jamaliah dan Septi menganggap pertemuan semula dengan Raudhatul itu adalah satu keajaiban dan kini berharap agar dipertemukan dengan anak lelaki mereka.

    “Kami sangat berharap dapat bertemu semula dengannya. Laporan polis sudah dibuat agar mereka dapat membantu mencarinya,” kata Septi.

    Mereka mengakui agak sukar untuk mempercayai yang Raudhatul masih hidup ketika diberitahu mengenainya oleh abang Jamaliah.

    “Tidak mungkin dia masih hidup kerana sudah 10 tahun dia hilang dihanyutkan Tsunami. Namun ketika kami melihatnya, kami dapat merasakan hubungan tali kekeluargaan itu masih kukuh,” kata Septi.

    Tragedi Tsunami yang melanda Acheh meragut lebih 170,000 nyawa dan memusnahkan hampir keseluruhan wilayah itu. - AFP

    Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tandanya, Allah Maha Kuasa, memisah dan mempertemukan. Allahu Akbar!

    Lihat ini..
    E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
    E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

    Gencatan Berakhir, Serang Menyerang Kembali Di Gaza.


    Israel menyerang tebing Gaza dengan peluru berpandu dan meriam buat pertama kalinya dalam masa tiga hari, lapor agensi berita Aljazeera. Pada masa sama, pejuang Palestin melancarkan serangan demi serangan roket ke arah Israel.

    Serangan tersebut berlaku beberapa jam selepas gencatan senjata selama tiga hari berakhir. Satu serangan udara Israel dilaporkan membunuh seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di bandar Gaza - kematian pertama selepas gencatan senjata selama 72 jam, lapor seorang kakitangan perubatan Palestin. Pada masa sama sekurang-kurangnya enam orang lagi tercedera, lapor agensi berita yang sama.

    Sementara itu, BBC pula melaporkan Israel mendakwa serangan ke atas tebing Gaza disambung semula selepas pihak Palestin melancarkan serangan roket terlebih dahulu. Askar Israel dipetik menyifatkan serangan roket baharu itu sebagai "tidak boleh diterima, tidak boleh ditolak ansur, dan pendek akal".

    Agensi Aljazeera melaporkan lebih 30 roket dilancarkan ke selatan Israel selepas gencatan berakhir. Tiga daripada roket-roket itu berjaya dipintas oleh sistem pertahanan roket Iron Dome. Tiga askar Israel dilapor tercedera, agensi tersebut memetik kenyataan tentera. (MK)

    Selebriti Antarabangsa Lawan Israel. Malaysia Mana?


    Foto ANTARA barisan selebriti yang menyokong Palestin. FOTO Reuters

    HALAMAN HIBURAN
    KETIKA darah hangat sedang mengalir dalam konflik di Gaza, beberapa selebriti luar negara turut menyuarakan pendapat mereka dalam menyokong rakyat Palestin mempertahankan tanahair mereka.
    Meskipun mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk peminat mereka sendiri, kebanyakannya berpegang teguh prinsip mereka mengutuk serangan kejam rejim Zionis.

    Pasangan suami isteri selebriti Penelope Cruz dan Javier Bardem, menandatangani surat terbuka bersama beberapa selebriti dari Sepanyol termasuk pengarah, penulis, dan pemuzik mengecam Operasi ‘Protective Edge’ oleh Israel di Gaza sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai’. Vokalis Pink Floyd, George Roger Waters, sangat lantang menyokong gerakan Boikot, Henti Pelaburan dan Sekat (Boycott, Divestment and Sanctions - BDS).

    Selain enggan membuat persembahan di Israel, Waters juga menyeru pemuzik lain membatalkan konsert yang dirancang di sana, Dalam konsertnya pada 2013, Waters memaparkan babi dalam bentuk belon gergasi dengan terpampang logo Star of David dan menyebabkannya dituduh sebagai anti-Semitisme.

    Di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan Hamas di Gaza, pelawak British, Russell Brand memuat naik video di YouTube mengkritik laporan Fox News, Sean Hannity, ketika temu bual bersama lelaki bangsa Palestin warga Amerika Yousef Munayyer.

    Dalam video itu, Brand berkata, cara Hannity bertanyakan soalan kepada Yousef sudah cukup agresif dan provokatif.

    “Palestin sudah tidak ada lagi dan yang tinggal hanyalah Gaza.
    “Bagaimana pula sebuah negara yang tiada kelengkapan peperangan diserang oleh negara yang lengkap bantuan senjata? Ini tidak adil,” katanya dalam video itu.

    Penyanyi Zayn Malik dari kumpulan One Direction pula menggunakan hashtag #FreePalestine di akaun Twitternya sebagai tanda sokongannya terhadap raykat Palestin yang ditindas. Malik bertindak menyimpan tweet tersebut dan meraih retweet lebih 300,000 kali.

    Tidak seperti penyanyi dan pelakon Rihanna, dia juga menggunakan hashtag yang sama, namun segera dipadamkan kerana tidak tahan dengan kecaman dan kritikan dari penyokong Zionis. Pelakon Danny Glover yang memegang watak Presiden Amerika Syarikat menerusi filem ‘2012’ turut menyokong gerakan BDS.

    Pada 2009, dia yang juga merupakan aktivis politik menandatangani pengisytiharan mengutuk Israel sebagai ‘rejim apartheid’ dan menolak hasil kerja pembikin filem dari Tel Aviv yang dipaparkan dalam Toronto Festival Filem Antarabangsa sebagai ‘propaganda Israel’.

    "Kita berdiri dalam perpaduan bersama rakyat Palestin dan menyokong panggilan mereka untuk boikot budaya dan akademik dari Israel," tegas Glover kepada penandatangan yang lain.

    Bintang filem Nanny McPhee, Emma Thompson, turut menyeru pelakon lain bagi memboikot persembahan Teater Habima Israel di Teater Globe di London. Dalam surat yang disiarkan The Guardian, Thompson bersama penandatangan yang lain mengutuk Habima kerana rekod Israel yang memalukan atas penglibatan penempatan haram di wilayah yang diduduki Palestin.

    Selebriti Hollywood berbangsa Yahudi, Dustin Hoffman pula membatalkan kunjungannya ke Festival Filem Jerusalem berikutan serbuan IDF terhadap flotila ketika berlayar cuba masuk ke Gaza pada 2010. Hoffman turut menghadiri Majlis Hal Ehwal Muslim (MPAC) Anugerah Media Tahunan ke-22 bagi menyampaikan anugerah kepada filem anti-Israel.

    Penyanyi lagenda Stevie Wonder turut menunjukkan sokongan apabila menarik diri daripada membuat persembahan di sebuah majlis Sahabat Israel Defense Forces (FIDF) di Los Angeles pada 2012.

    “Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menasihati saya supaya menarik diri dari majlis tersebut,” katanya.

    Sebelum Wonder membatalkan persembahannya, terdapat beberapa aktivis BDS memasukkan petisyen di laman change.org bagi mendesak penyanyi itu untuk menarik diri daripada membuat persembahan di FIDF. Petisyen yang dimasukkan itu mendapat sambutan lebih 4,600 tandatangan. (myMetro)

    Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Selebriti Malaysia bagaimana?

      Seorang kanak-kanak Palestin duduk di atas tilam di tengah runtuhan rumah yang musnah dalam serangan udara Israel di Abasan, timur di selatan Semenanjung Gaza di bandar Khan Yunis, berhampiran sempadan Israel, semalam. Beberapa orang terbunuh dalam serangan itu. - Gambar AFP, 8 Ogos, 2014.

    Friday, August 08, 2014

    Majlis Syura PAS Kurang Maklumat Tentang Khalid -Tuduh Anwar


    Majlis Syura PAS tidak mendapat maklumat lengkap mengenai Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail The Malaysian Insider. Majlis Syura PAS tidak mendapat maklumat lengkap mengenai Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail The Malaysian Insider.


    Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan Majlis Syura PAS yang mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah kerana kurangnya fakta sebenar berkaitan menteri besar Selangor itu.

    Anwar turut menggesa ahli dan kepimpinan parti patuh kepada keputusan parti yang mahu melantik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

    "Saya fikir ada isu yang kita perlu perjelaskan kepada mereka (Majlis Syura) yang mereka tidak ketahui sebelum ini.
    "Khalid bukan saja seorang pemimpin PKR dan menteri besar tetapi juga seorang rakan. Saya tidak mahu memanjangkan isu ini luar daripada etika," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

    Majlis Syura PAS kelmarin berkeras mahu mengekalkan Khalid sebagai menteri besar kerana badan tertinggi dalam PAS itu berpendapat tiada apa-apa kesalahan yang dilakukan Adun Pelabuhan Klang itu. – 8 Ogos, 2014. (TMI)

    Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itu pandangan dari sudut Anwar.

     E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

    Khalid: Tuduhan Tak Munasabah, Tak Adil

     
    Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menuntut agar PKR bertindak adil dalam membuat tuduhan ke atasnya, selari dengan slogan “Keadilan untuk semua” yang dicanang parti itu.

    Beliau juga meminta agar Lembaga Disiplin PKR mengikut prosedur yang betul dan mengambil teladan dari kes berhubung tuduhan Liwat II melibatkan ketua umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    “Saya berasa amat risau berkenaan bagaimana tergesa-gesanya perkara tindakan disiplin ini sedang dilaksanakan.
    “Seperti bagaimana Anwar berasa risau tentang rayuannya dalam Mahkamah Rayuan yang dilaksanan tergesa-gesa.
    “Kita tidak boleh memberi satu persepsi awam yang sama dalam perkara ini di hadapan kita ini,” katanya lagi dalam suratnya kepada Lembaga Disiplin.

    Ia merupakan surat kedua Khalid, selepas lembaga tersebut mengeluarkan notis tunjuk sebab ke atas beliau pada hari Selasa. Khalid berkata, beliau kecewa kerana lembaga tersebut tidak menerima jawapannya pada hari Rabu, yang menyifatkan notis tunjuk sebab itu sebagai “cacat”. Katanya lagi, lembaga itu juga mengemukakan permintaan tidak munasabah kerana mahu beliau menjelaskan lima tuduhan ke atasnya dalam masa singkat.

    Tiada salah laku disiplin

    Tuduhan itu juga tidak adil kerana diberi tempoh yang amat singkat – kurang 24 jam – untuk menjawab tuduhan yang tidak dinyatakan dengan jelas dan terperinci, kata Khalid. Perkara itu merupakan antara alasan utama dalam jawapan kepada notis tunjuk sebab ke atasnya, yang diutuskan kepada lembaga tersebut hari ini.

    “Jika notis tunjuk sebab tersebut tidak menyatakan, antara lainnya tuduhan dan perlanggaran mana-mana peruntukan dalam perlembagaan parti oleh saya, ini bermakna secara prima facie, tiada apa-apa salah laku disiplin yang telah dilakukan oleh saya dan tiada apa-apa salah laku disiplin yang boleh didengar oleh Lembaga Disiplin.


    “Tanpa sebab-sebab tersebut, saya tidak dapat membela diri saya dengan efektif,” katanya lagi.

    Tambahnya lagi, perkara itu juga dibincangkan dalam mesyuarat Exco, sedangkan Lembaga Disiplin hanya berkuasa untuk mendengar kes berkaitan disiplin parti.

    "Oleh sebab itu, tidak munasabah bagi Datuk (Tan Kee Kwong) dan Lembaga Disiplin mengkehendakkan saya dalam tempoh yang sangat singkat menjelaskan lima perkara tersebut," katanya.

    Beliau merujuk kepada permintaan lembaga tersebut agar beliau menjelaskan mengenai lima perkara – penstrukturan industri air, elaun baru menteri besar, kenaikan cukai bagi lesen perniagaan, pinjaman bank Islam dan cadangan projek lebuh raya Kidex. (MK)



    Lihat ini  
    E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

    Hamas: Terima 10 Syarat Ini, Atau Terus Perang!
















    GAZA: Sayap kanan Hamas Briged Izzudin Al-Qassam, memberi amaran sedia meneruskan pertempuran dengan Israel jika negara haram Zionis itu enggan membebaskan Palestin dari kepungan secara total.

    Dalam satu siaran televisyen, mereka mendakwa tidak akan bersetuju dengan mudah untuk genjatan senjata kecuali Israel menerima syarat yang mereka tetapkan. Kenyataan itu dibuat sebagi mesej kepada deligasi Palestin yang kini berada di Mesir bagi membuat rundingan dengan Israel untuk melanjutkan tempoh genjatan senjata tiga hari yang sepatutnya tamat hari ini.

    "Kami merayu kepada delegasi Palestin agar tidak menerima pelan genjatan senjata kecuali kita berpuas hati dengan tuntutan rakyat Palestin," katanya.
    “Kami akan memulai serangan ke Israel pada jam 8.00 pagi Jumat setelah gencatan senjata selesain" katanya.

    Sementara itu,beribu-ribu penduduk Gaza berarak semalam bagi menyokong tuntutan Briged Al-Qassam dan pasukan rundingan Palestin di Kaherah. Ahli Majlis Perundangan Palestin Mushir al-Masri berkata, Gaza tetap bersama Hamas walaupun kira-kira 2,000 rakyat syahid dan 10,000 cedera dalam serangan empat minggu oleh Israel.

    Beliau menambah bahawa pasukan rundingan Palestin mesti sedar bahawa orang-orang Palestin, yang telah mengorbankan orang kesayangan mereka sesekali tidak akan bersetuju untuk apa-apa perjanjian gencatan senjata kecuali tuntutan mereka dipenuhi.

    Berikut adalah 10 syarat genjatan senjata yang ditetapkan Hamas dan rakyat Palestin.

    1- Memberhentikan serta-merta peperangan antara kedua-dua belah pihak dan pengunduran kereta-kereta kebal Israel ke pangkalannya serta mengembalikan kawasan-kawasan perbatasan kuning yang digariskan sebelum ini serta tanah pertanian juga membenarkan para petani Palestin untuk bekerja di tanah-tanah pertanian mereka.

    2- Membebaskan semua rakyat-rakyat Palestin yang ditangkap sejak 23 Jun 2014 juga jaminan kebajikan mereka khususnya tahanan dari Jerusalem, Gaza dan rakyat Palestin (yang tinggal dalam Israel).

    3- Membuka kepungan ke atas Gaza secara total serta laluan-laluan sempadan untuk laluan barangan-barangan serta individu dan laluan untuk kemasukan semua bahan-bahan mentah seperti makanan dan bahan-bahan binaan serta membina stesen jana elektrik yang cukup untuk semua keperluan Semenanjung Gaza.

    4- Pembangunan semula pelabuhan laut antarabangsa dan lapangan terbang antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara berkecuali.

    5- Perluasan kawasan penangkapan ikan bagi nelayan sehingga 10km dari persisir pantai Gaza serta menyediakan para nelayan dengan kapal-kapal nelayan dan muatan/kargo besar.

    6- Menjadikan laluan Rafah sebagai laluan antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara Arab dan negara atas kerjasama.

    7- Penandatanganan untuk gencatan senjata bagi tempoh 10 tahun serta menempatkan pengawal-pengawal antarabangsa di setiap sempadan.

    8- Jaminan dari pihak Israel untuk tidak menceroboh ruang udara Palestin serta membenarkan mereka dari Gaza untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.

    9- Israel tidak dibenarkan masuk campur dalam urusan kerajaan Palestin mahupun dalam pembentukan kerajaan perpaduan Palestin.

    10- Pembinaan semula kawasan-kawasan perindustrian di sempadan serta jaminan keselamatannya dan kemajuannya.

    - HARAKAHDAILY 8/8/2014

    Kami Cari Rezeki, Bukan Sokong Israel. -Pekerja McDonald’s Bimbang.

    Restoran makanan segera McDonalds's yang dikatakan ada kaitan dengan Israel diboikot di seluruh negara sejak kempen dilancarkan kerana membantah serangan terhadap Palestin. Gambar fail.



    Restoran makanan segera McDonalds's yang dikatakan ada kaitan dengan Israel diboikot di seluruh negara sejak kempen dilancarkan kerana membantah serangan terhadap Palestin. Gambar fail.

     
    Pekerja rangkaian outlet makanan segera McDonald's mula bimbang dengan keselamatan diri masing-masing susulan kempen boikot yang dilakukan di seluruh negara terhadap premis tempat mereka bekerja itu.

    Mereka bimbang jika ada individu atau pihak yang bertindak ekstrem semata-mata kerana marah terhadap Israel dengan menjadikan pekerja McDonald’s sasaran melepaskan geram.

    Jika dulu, mereka bebas memakai uniform kerja ke mana-mana, tetapi kini perasaan kekok dan rasa diperhatikan mula menyelubungi diri, lapor Sinar Harian dalam laporan khasnya mengenai boikot McDonald's susulan serangan Israel ke atas Gaza.

    Ini berikutan dakwaan restoran makanan segera ini menyumbangkan sebahagian pendapatan mereka kepada Isreal. Sehingga kini, lebih 1,000 rakyat Palestin terbunuh akibat serangan terbuka Israel ke atas Gaza. Turut menjadi mangsa ialah sekolah antarabangsa kelolaan PBB. Ekoran itu, boikot dilancarkan di seluruh dunia terhadap kedai atau barangan yang dikaitkan dengan Yahudi atau Isreal.

    “Kami hanya bekerja mencari rezeki, bukannya menyokong Israel."

    Demikian luahan rasa sebahagian pekerja McDonald’s di sekitar Negeri Sembilan yang mula terkesan dengan kempen boikot terhadap produk makanan segera berkenaan, lapor Sinar.
    Seorang pekerja memberitahu, kempen boikot terhadap produk berkenaan pernah dibuat sebelum ini, namun kali ini ia lebih membimbangkan.

    “Saya sudah empat tahun bekerja di sini dan sebelum ini kempen yang sama pernah dilakukan, tapi ia tidak begitu ketara berbanding sekarang.
    “Saya sendiri pun takut sekarang sebab ‘orang luar’ pandang kami seolah-olah menyokong Israel sedangkan kami tidak tahu apa-apa,” katanya.

    Katanya, segelintir rakannya mula menyatakan hasrat berhenti kerja berikutan bimbang terus dikecam. Bagaimanapun, katanya, setakat ini tiada lagi perkara yang tidak diingini terjadi kepadanya namun perasaan bimbang itu sentiasa ada.

    “Ada pelanggan datang ke kaunter semata-mata mahu beritahu dia boikot McDonald’s.
    “Keadaan provokasi seperti ini sebenarnya boleh menimbulkan kejadian di luar dugaan. Sekarang, kami rasa takut sehinggakan majikan menasihatkan tidak memberi kenyataan kepada sesiapa yang bertanya tentang isu ini,” katanya.

    Malah dia juga tidak menafikan penjualan semakin merosot dan kempen boikot dilancarkan ternyata berkesan. Seorang lagi pekerja berumur 23 tahun berkata, dia tetap akan bekerja di restoran itu seperti biasa.

    “Saya sudah bekerja di syarikat ini selama empat tahun, dan inilah punca pendapatan saya.
    "Syarikat ini yang membayar setiap titik peluh saya bekerja di sini," katanya yang yakin isu boikot ini akan selesai.

    Menurut tinjauan yang dibuat akhbar itu di seluruh negara, boikot itu berjalan dengan pantas dan para pekerja rangkaian kedai makanan itu mula terasa keberkesanannya apabila mereka kekurangan pelanggan. Tinjauan yang dibuat di Kelantan mendapati, orang bukan Islam turut memboikot McDonald's di negeri itu.

    Malah, restoran itu yang sebelum ini menjadi pilihan pelajar berkumpul dan membuat perbincangan bukan lagi tumpuan kerana ada yang memilih ke kedai makan biasa. Salah seorang pekerja McDonald’s di Melaka mengakui mereka cukup terkesan akibat kempen boikot yang dibuat pelanggan restoran makanan segera itu. Katanya, pelanggan Melayu amat berkurangan sejak kempen memboikot dilakukan.

    “Memang dulu ada kempen boikot tetapi hanya sementara... apa nak buat kak, mereka tak nak makan McDonald’s lagi.
    “Kadang-kadang ada yang malu hendak membeli di kaunter dan beli di laluan pandu lalu,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar.

    Menurutnya, mereka menerima tempias kerana disindir masyarakat berikutan bekerja di restoran itu. – 8 Ogos, 2014. (TMI)

    Wanita, Siar Identiti 15 Peserta Bogel Ditangkap.

    Superintendan Lai Fah Hin menunjukkan gambar wanita yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung sukan bogel di Pulau Pinang pada sidang media, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Ogos, 2014. Superintendan Lai Fah Hin menunjukkan gambar wanita yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung sukan bogel di Pulau Pinang pada sidang media, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Ogos, 2014.

    Polis menahan seorang wanita dan mengeluarkan butiran 15 lagi yang dipercayai terlibat dalam pesta sukan bogel yang diadakan kira-kira dua bulan lalu di pantai di Teluk Kampi dalam Taman Negara Teluk Bahang, Pulau Pinang.

    Wanita itu, yang hanya dikenali sebagai 'Ellen’, ditahan pada 9.55 malam semalam.
    Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata tangkapan itu dibuat berikutan laporan yang difailkan di Bayan Lepas.

    "Kami yakin Ellen seorang seorang guru muzik swasta berusia 34 tahun dari Pulau Pinang, boleh membantu siasatan," katanya di ibu pejabat polis daerah di Balik Pulau hari ini.
    "Kami merayu kepada seluruh ahli kumpulan itu untuk tampil membantu siasatan. Sila pergi ke balai polis yang paling hampir," katanya.

    Polis juga merayu mereka yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan untuk memberitahu pegawai penyiasat ASP Mohd Sani Mat Ali di talian 012-5424455. Lai berkata, semua 15 yang terlibat berusia antara pertengahan 20 hingga 50 tahun.

    Kedua-dua individu utama adalah Tok Chew Hwa, seorang wanita yang dilaporkan pesara guru ahasa Inggeris bdan bekas ahli politik dari Taman Ria Jaya di Sungai Petani, Kedah; dan Albert Yam, penduduk tetap Singapura.

    "Kami masih belum mengesan mereka," katanya.

    Peserta lain dikenali sebagai Kok Hong (pengarah dari Singapura), Terry  dan Lionel Lau (rakyat Singapura), Carmen Chan, Thomas Kong, Janice, Justin Ang, dan Michale (Malaysia),  Newman dan teman wanita tidak dinamakan (Burma),  James Kumar (India) dan Marvin Cuevas (Filipina).

    Semalam, Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis akan menyiarkan butiran individu terbabit jika mereka gagal hadir secara sukarela untuk membantu siasatan.
    Beliau berkata, polis akan mendapatkan kerjasama daripada rakan mereka di negara lain untuk mengesan rakyat mereka yang terlibat dalam sukan bogel di Pulau Pinang itu. – 8 Ogos, 2014. (TMI)

    Peserta S/Bogel P.Pg Pernah Berbogel Di S'pura, Kini Diburu.




    Laporan polis dibuat di Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mendakwa mereka yang terbabit dalam aktiviti sukan bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada Mei lalu. Gambar fail The Malaysian Insider. Laporan polis dibuat di Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mendakwa mereka yang terbabit dalam aktiviti sukan bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada Mei lalu. Gambar fail The Malaysian Insider.

    Nampaknya bukan Pulau Pinang saja menjadi tempat 'aktivis' sukan bogel Albert Yam Kam Hoong menayangkan ‘pakaian ketika lahirnya’.

    The Straits Times melaporkan rakyat Malaysia berusia 50-an itu juga pernah membikin filem mengenai dirinya dalam keadaan bogel di tempat awam lain termasuk di Singapura iaitu di MacRitchie Reservoir, Changi dan East Coast Park.

    Akhbar harian Singapura itu melaporkan, mereka menemui empat video, berdurasi antara 4-10 minit, yang diberikan oleh Yam. Di Singapura, berbogel di tempat awam adalah satu kesalahan jenayah. Jika Yam dituduh dan didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

    Polis Pulau Pinang sedang memburu Yam dan 17 yang lain kerana menganjurkan "Sukan Bogel Malaysia 2014" pada Mei. Video yang merebak dengan pantas di laman web perkongsian Vimeo itu mengejutkan banyak pihak termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

    Ia juga membawa kepada penemuan Yam, seorang yang tidak bekerja, sudah berkahwin dan mempunyai 3 anak perempuan, untuk mengeluarkan video itu atau menjadikannya video peribadi selepas kisahnya menjadi tajuk utama media. The Malaysian Insider melaporkan semalam Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Rahim Hanafi berkata 15 daripada mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti itu dikenal pasti. Tujuh adalah rakyat Malaysia, dan yang lain adalah dari Singapura, Myanmar, India dan Filipina.

    Beliau berkata, tiada seorang pun tampil dan jika mereka gagal berbuat demikian, butir dan gambar mereka akan didedahkan kepada umum. Katanya, Interpol membantu mengesan mereka di luar negara. The Malaysian Insider juga melaporkan salah seorang peserta adalah bekas ketua Wanita Gerakan Kedah.

    Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata wanita itu, yang merupakan ketua sayap wanita dalam era 1980-an, bukan lagi ahli Gerakan. Katanya, keahlian wanita berkenaan tamat tempoh selepas dia berhenti membayar yuran selama lebih 20 tahun. – 8 Ogos, 2014. (TMI)

    Adun PKR S'gor Diminta Bersumpah Sokong Wan Azizah Sebagai MB.



    Wakil rakyat perlu menandatangani borang dan serah kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini, kata sumber PKR. Gambar fail The Malaysian Insider. Wakil rakyat perlu menandatangani borang dan serah kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini, kata sumber PKR. Gambar fail The Malaysian Insider.

    PKR meminta semua wakil rakyatnya di Selangor untuk bersumpah memberikan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar pada hari ini, dalam usaha untuk mengasingkan penyandangnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang enggan berhenti.

    Arahan yang dikeluarkan beberapa jam selepas Khalid dipanggil semalam menghadiri perbicaraan Lembaga Disiplin hari ini untuk menjelaskan keengganan beliau meletak jawatan sebagai menteri besar Selangor.

    The Malaysian Insider ditunjukkan satu salinan akuan berkanun yang dihantar kepada sekurang-kurangnya 12 daripada 14 wakil rakyat PKR di Selangor. Kenyataan bersumpah itu mengesahkan wakil rakyat berkenaan hilang kepercayaan kepada Khalid sebagai menteri besar dan berikrar menyokong Dr Wan Azizah untuk mengambil alih tugas itu.

    Satu sumber PKR berkata, wakil rakyat perlu menandatangani beberapa borang dan menyerahkannya kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat-lewatnya jam 10 pagi hari ini. Tidak diketahui apakah semua wakil rakyat PKR menandatangani akuan berkanun itu menjelang mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan pada Ahad ini.

    “Langkah ini bertujuan memantapkan lagi sokongan kepada Dr Wan Azizah di Selangor. Beliau disokong pucuk pimpinan, kini sokongan perlu datang daripada wakil rakyat Selangor,” kata sumber dalaman parti.

    Dua lagi parti bersekutu, DAP dan PAS akan membuat keputusan masing-masing pada Ahad dan rabu jika mereka menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu. Tiga parti berkenaan memegang 44 daripada 56 kerusi DUN dalam Dewan.

    Hanya pimpinan tertinggi PAS dan Majlis Syura secara umum menyatakan sokongan terhadap Khalid supaya dikekalkan sebagai menteri besar di negeri terkaya dalam Malaysia itu. Tetapi, pendirian mereka boleh menyebabkan risiko perpecahan gabungan itu.

    Khalid, seorang bekas tokoh korporat, kini dalam penggal kedua sebagai menteri besar yang selama ini mendapat sokongan parti walaupun wujud rasa tidak puas hati daripada PKR Selangor yang diketuai Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

    Keputusannya bersetuju dengan pelan penstrukturan semula air bersama Putrajaya dan menswastakan lebuh raya bertol walaupun dibantah gabungan partinya menekan hubungannya dengan parti dan sekutu – mendorong kepada tekanan supaya beliau meletakkan jawatan.
    Screen shot arahan Adun Pakatan Rakyat di Selangor perlu mengisi borang dan diserahkan hari ini berhubung sokongan terhadap calon menteri besar baharu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Screen shot arahan Adun Pakatan Rakyat di Selangor perlu mengisi borang dan diserahkan hari ini berhubung sokongan terhadap calon menteri besar baharu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
    Majlis kepimpinan PR memutuskan pada 23 Julai, menteri besar Selangor itu akan terus dipilih daripada kalangan Adun PKR walaupun parti itu mempunyai kerusi paling sedikit di negeri itu berbanding DAP dan PAS masing-masing ada 15 kerusi.

    Majlis itu juga memutuskan untuk mempertimbang Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu walaupun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kemudiannya berkata beliau lebih suka jika Khalid dikekalkan bagi jawatan itu.

    Wujud juga cakap-cakap mengenai calon alternatif, termasuk Adun Ijok Dr Idris Ahmad atau Azmin, tetapi Dr Wan Azizah menafikan semua cadangan itu malam tadi.

    “Parti memilih saya, terima kasih,” katanya ringkas ketika ditemui wartawan di program majlis makan malam bersama penduduk Ampang di Selangor.

    Beliau mengulas laporan yang menyatakan Setiausaha PKR Selangor Amirudn Shari dan Ketua Penerangan negeri Suhaimi Shafei yang bertegas mahu Azmin dicalonkan bersama Dr Wan Azizah, berdasarkan kepada pengalaman cemerlangnya dalam parti.

    Krisis yang berterusan mengenai jawatan Khalid itu juga menunjukkan sokongan yang tidak disangka daripada Umno Selangor, yang mempunyai 12 Adun dalam Dewan. Wujud spekulasi menyatakan kebuntuan terhadap penyelesaian kemelut itu boleh mengakibatkan pilihan raya kilat.

    Sumber dalaman PR berkata pakatan itu kini bersedia menghadapi kemungkinan pilihan raya baharu yang boleh menyebabkan mereka kehilangan beberapa kerusi tetapi masih kekal memegang pemerintahan negeri yang kali pertama dimenangi pada 2008 selepas berjaya merampasnya daripada Barisan Nasional yang hingga kini masih belum lagi memperolehi sokongan popular. – 8 Ogos, 2014. (TMI)

    Lihat ini
    E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?   

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails