Saturday, September 06, 2014

Ke Mana Arah PasMa? -Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi


Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Phahrolrazi Mohd Zawawi (gambar) berkata NGO pro-Pakatan Rakyat itu tidak merancang untuk diperkembang menjadi parti politik untuk menggantikan PAS.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa PasMa mungkin menjadi platform bagi menubuhkan parti serpihan PAS. ADUN Pengkalan Kundor itu berkata, PsMa ditubuhkan oleh anggota PAS untuk mengukuhkan kerjasama di antara Pakatan Rakyat dengan menganjurkan dialog dan wacana.

"Dengan kata lain, peranan utama kami adalah untuk menyelamatkan Pakatan dari berpecah belah,” katanya kepada Malaysiakini.
"Bagaimanapun, politik adalah seni kemungkinan. Kumpulan dan pemimpin yang menyertai forum kami mungkin menimbulkan idea untuk menubuhkan parti baru untuk menggantikan PAS apabila melihat perkembangan baru, contohnya PAS cuba keluar dari Pakatan,” katanya.

PasMa mula mendapat perhatian sejak beberapa hari lalu sejak timbulnya spekulasi bahawa satu kumpulan dalam PAS merancang menubuhkan parti baru untuk menggantikan PAS. Laporan yang timbul setakat ini menyebut, PKR dan DAP merancang untuk menukar NGO tersebut menjadi satu parti baru.

Phahrolrazi berkata, NGO berkenaan juga tidak berniat untuk menggulingkan kepimpinan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama.

"Rangka kerja dalam parti tidak membenarkan kami untuk membincangkan isu sensiti, kami perlu merujuk kepada proses parti jika ingin menjemput sesiapa untuk berbincang.
“Jadi kami lakukan ini di luar rangka kerja parti,” katanya.
(MK)

PASMA: Sudah Wujud, Tapi AJKnya Belum Jelas..


Thumb dabd

 

Ir Phahrolrazi

KL: Cakap-cakap mengenai kemungkinan PKR dan DAP menarik masuk sebuah parti baharu alternatif kepada PAS berikutan kemunculan sebuah organisasi baharu dikenali sebagai PasMA (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) yang ditubuhkan pada 11 Ogos lalu, mulai tersebar.

PKR, DAP dan beberapa pemimpin PAS kecewa dengan tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menamakan tiga ahli exco daripada PAS untuk jawatan kerusi panas itu.
Dan mereka mungkin berusaha mengubah haluan PasMA yang ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan, bulan lalu ke dalam parti politik.

Dan dalam tinjauan Weblog Ibnu Hasyim, berita ini menunjukkan jelas PASMA sudah wujud.

Pada Khamis, muka depan The Star melaporkan PAS menghantar senarai nama kepada Sultan Selangor dengan menamakan ahli exco PAS untuk mengisi jawatan tertinggi itu. Senarai nama pemegang jawatan PasMA yang kebanyakannya terdiri daripada penyokong Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kalangan PAS, tersebar melalui media sosial.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki berkata, PasMA ditubuhkan oleh sekumpulan invidivu yang terlibat dalam usaha mempengaruhi kepimpinan PAS sejak 1990. Dr Zuhdi, yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, berkata kumpulan tersebut cuba untuk menentukan siapa yang patut memegang portfolio penting dalam parti, termasuk kedudukan ketua-ketua sayap dan jawatan tertinggi dalam parti.

"Tetapi kali ini, kita melihat satu langkah terdesak untuk mencabar Presiden PAS.
"Sekiranya mereka gagal untuk memaksa perubahan, saya tidak terkejut jika PasMA ditransformasikan sebagai sebuah parti politik," katanya.

Dr Zuhdi merupakan pemimpin PAS pertama menyerang Anwar berhubung agenda Langkah Kajang.
Presiden PasMA, Datuk Phahrol­razi Mohd Zawawi terkejut apabila mengetahui senarai nama pemegang jawatan dalam NGO itu yang berbeza, tersebar di media sosial.

"Saya tidak tahu jika ada sesiapa merampas pertubuhan kami. PasMA adalah sebuah NGO yang berdaftar dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan).
"Mungkin terdapat entiti lain yang menggunakan nama yang sama tetapi berfungsi sebagai parti politik tanpa saya sedari," katanya.

Phahrolrazi, yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah berkata, beliau merupakan Presiden PasMA dan Timbalannya adalah Ahmad Husin (Kelantan), manakala Taib Ahmad (Kedah) adalah setiausaha agung dan bendahari dipegang oleh Ismail Abdul Rahman.

"Kami ada kira-kira enam ahli jawatankuasa dan wakil dari setiap negeri," katanya.
Namun, di media sosial, nama pemegang jawatan yang tersebar berbeza dengan nama yang dinyatakan Phahrolrazi.
Dalam senarai tersebut, Ahmad Awang (Perak) dinamakan sebagai Mursyidul Am PasMa, Muhammad Husin (Kelantan) timbalan, manakala Datuk Husam Musa sebagai presiden, Timbalan Presiden Dr Hatta Ramli, Naib Presiden Dr Dzulkifli Ahmad, Khalid Samad dan Dr Mujahid Yusof Rawa.
Ketua Pemuda adalah Sheikh Omar, Ustaz Mohamad Nor sebagai ketua ulama dan ketua muslimat adalah Aiman Athirah.
Antara, ahli Jawatankuasa PasMA adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanipa Maidin.
Phahrolrazi berkata semasa Dr Hatta membantu penubuhan NGO itu, Husam tidak terlibat secara aktif.

"Husam mengadakan jamuan makan malam untuk kami apabila kami mengadakan forum di Kelantan pada minggu lalu. Tetapi Husam tidak menghadiri forum tersebut," katanya.

Phahrolrazi berkata, mereka merancang untuk mengadakan forum di Lembah Klang pada minggu lalu untuk membincangkan mengenai PAS dan Umno. Katanya, antara penceramah jemputan untuk forum tersebut termasuk Ahmad Awang, Husam dan Dr Mujahid.
“PasMA ditubuhkan bagi menyediakan platform untuk perbincangan," katanya.
(Sumber mStar dan interbiau dengan beberapa individu)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: “PasMA ditubuhkan bagi menyediakan platform untuk perbincangan,". Ertinya masih ada jalan selesai lagi..

Derita Rakyat Gaza, Krisis Air Bersih Pasca-Perang. Malaysia Pasca Apa?

Peperangan antara Hamas dan Israel yang menghancurkan banyak bangunan itu memperparah krisis air bersih di Jalur Gasa. Seorang anak tengah beratur untuk mendapatkan air bersih di sebuah stesen pengisian di Bandar Gaza, Semenanjung Gaza, Palestin, Khamis (4/9). Krisis air bersih yang melanda Jalur Gaza ini semakin parah akibat peperangan 50 hari antara Hamas dan Israel.  
Derita warga Gaza krisis air bersih pasca-perang lawan Israel
 
Peperangan antara Hamas dan Israel yang memusnahkan banyak bangunan itu akan memburukkan lagi krisis air bersih di Jalur Gasa.
Malaysia yang tidak mengelami perang pun mengalami krisis air seperti di Gaza.. Contohnya seperti Selangor dan Negeri Sembilan sekarang. Ini pasca apa?
 Peperangan antara Hamas dan Israel yang menghancurkan banyak bangunan itu memperparah krisis air bersih di Jalur Gasa.
Seorang anak saat mengisi air bersih di sebuah stesen pengisian di Bandar Gaza, Semenanjung Gaza, Palestin, Khamis (4/9).
Peperangan antara Hamas dan Israel yang menghancurkan banyak bangunan itu memperparah krisis air bersih di Jalur Gasa. 
Sebahagian hanya mencuci muka serta membasuh tangan dan kakinya saja untuk menjimatkan bekalan air yang kian menipis
Peperangan antara Hamas dan Israel yang menghancurkan banyak bangunan itu memperparah krisis air bersih di Jalur Gasa.











Seorang anak membawa sejumlah jeriken kosong saat hendak beratur air bersih di sebuah stesen pengisian di Bandar Gaza, Semenanjung Gaza, Palestin, Khamis (4/9). 
Peperangan antara Hamas dan Israel yang menghancurkan banyak bangunan itu memperparah krisis air bersih di Jalur Gasa.

Di sela-sela menunggu diaturkan, beberapa anak tampak meminum air bersih untuk melepaskan rasa dahaga.
Peperangan antara Hamas dan Israel yang menghancurkan banyak bangunan itu memperparah krisis air bersih di Jalur Gasa.

Seorang anak tengah mengantre air bersih di sebuah stasiun pengisian di Kota Gaza, Jalur Gaza, Palestina, Kamis (4/9).
Peperangan antara Hamas dan Israel yang menghancurkan banyak bangunan itu memperparah krisis air bersih di Jalur Gasa.
Sejumlah anak saat beratur air bersih di sebuah stesen pengisian di Bandar Gaza, Semenanjung Gaza, Palestin, Khamis (4/9).
 (IH)

Nak Tubuh Parti (Mirip PAS) Baru? -Apa Kata Presiden PAS..





MARANG: Penubuhan parti baru dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen adalah perkara biasa, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa yang nak tubuh parti, sila tubuh," ujarnya ketika menjawab pertanyaan pada Majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini semalam. (Video)

Selanjutnya Ahli Parlimen Marang itu mempersilakan mereka yang berlainan pendapat di dalam PAS yang mahu menubuhkan parti sendiri.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," ujarnya disambut dengan laungan takbir.

Dalam nada berseloroh, katanya jika ada seekor nyamuk menyebabkan tidak lena tidur.

"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila.
"Saya tak tahu, surat khabar tanya, ni saya tak baca berita ni," jelasnya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin.  (Foto bawah oleh Buletin Online) - HARAKAHDAILY 6/9/2014

Dedah kaitan Pekida (3 Line) Dengan Umno -Pengkaji Perancis..


Buku terbaru ditulis pengkaji Perancis mendedahkan kumpulan seperti Pekida wujud untuk membantu Umno terus berkuasa. Gambar fail The Malaysian Insider. Buku terbaru ditulis pengkaji Perancis mendedahkan kumpulan seperti Pekida wujud untuk membantu Umno terus berkuasa. Gambar fail The Malaysian Insider.




Buku terbaru yang ditulis pengkaji Perancis mendedahkan kumpulan berasaskan kaum seperti Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiyah SeMalaysia (Pekida) wujud untuk memberi bantuan kepada parti pemerintah Umno supaya terus berkuasa.

Dalam buku berjudul "Misplaced Democracy: Malaysian Politics and People", pengkaji politik Sophie Lemiere menulis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pekida khususnya adalah ‘militan sukarela’ di mana tindakan dan arah tuju mereka demi kepentingan parti pemerintah.

Lemiere menjelaskan militan sukarela ini ialah percaturan rahsia politik di mana watak politik - sama ada parti politik, kerajaan atau ahli politik - menugaskan individu atau kumpulan mengambil sesuatu tindakan demi kepentingan mereka sendiri.

Tindakan tersebut boleh jadi sah atau tidak sah, berbentuk sokongan, atau demonstrasi atau mungkin juga menggunakan kekerasan. Buku tersebut, kompilasi karangan pelbagai penulis dan Lemiere berperanan sebagai penyuntingnya, mengandungi satu bab yang ditulisnya sendiri iaitu bertajuk "Gangsta and Politics in Malaysia".

Dia menulis yang Umno mempunyai hubungan lebih kuat dengan kumpulan berasaskan kaum ini berbanding parti lain. Hal ini disebabkan parti pemerintah sudah mencipta keperluannya dan mengekalkan suasana yang sesuai menyokong pertumbuhannya.

Dalam konteks Malaysia, katanya, militan sukarela ini adalah seperti "nadi" dan "angka" yang diperlukan watak politik rasmi untuk berdepan pihak lawan, sama ada semasa pilihan raya, aktiviti berkempen, demonstrasi atau kontroversi.

Lemiere memiliki PhD dan Sarjana dalam Perbandingan Politik daripada Institut Pengajian Politik Paris (atau dikenali juga sebagai Sciences-Po) di Perancis. Beliau berkata kumpulan NGO tersebut mula berkembang ketika zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri dari 2003 hingga 2009.

Katanya, kumpulan ini menggunakan retorik berasaskan agama dan identiti yang sebelum ini tidak diketahui atau tidak pernah wujud.

"Menurut seorang pemimpin Pekida di Subang Jaya, 'era pemerintahan Abdullah adalah zaman keemasan Pekida, dia seperti ayah angkat kami'.
"Semasa awal pentadbirannya, Abdullah memerlukan sokongan yang kuat dan untuk memastikan pengaruh partinya, Abdullah menggunakan rangkaian pertubuhan tersebut di mana beliau diangkat sebagai penaung," tulis Lemiere.

Lemiere berkata, semasa krisis di Perak pada 2009 apabila tiga ahli Pakatan Rakyat (PR) keluar dan menyertai Barisan Nasional (BN), terjadi beberapa insiden keganasan dan demonstrasi menentang pemimpin PR yang menyokong pembubaran dewan selepas itu.

"Pada ketika itulah ahli Pekida muncul, mengibarkan secara terbuka bendera tiga warna pertubuhan mereka (kuning, merah, hijau) dan memakai lilitan kuning di kepala bertulis Daulat Tuanku.
"Walaupun mereka lakukan keganasan, tiada ahli militan Pekida yang ditangkap," tulisnya.

Sebaik selepas kejadian itu, beberapa pemimpin dan ahli Pekida yang ditemubual di Perak, kubu kuat kumpulan itu, bercakap tentang rampasan kuasa BN di Perak itu dengan nada bangga dan mengakui 'orang mereka' terlibat dalam keganasan itu, malah sedia membantu Umno jika mereka memerlukan lebih pertolongan.

Lemiere berkata, percaturan ini yang menyebabkan Pekida mudah bergiat aktif secara sah dan berdaftar sebagai NGO yang sah disisi undang-undang.

Katanya, dia tidak dapat mengganggarkan jumlah sebenar ahli Pekida seluruh negara kerana rangkaiannya yang agak terselindung.
Kajian beliau mendapati ahli Pekida wujud merata Semenanjung Malaysia, dalam segenap lapisan masyarakat, di kota dan di desa, dan di setiap institusi sama ada negeri, politik, sosial atau ekonomi.

"Beberapa invididu terkenal didakwa atau terbukti ahli Pekida. Mereka tidak mengambil bahagian dalam aktiviti politik, tetapi lebih banyak mengguna rangkaian mereka untuk menjalankan perniagaan serta sebagai perlindungan: anak ahli politik, penyanyi hip hop dan pop, ahli politik, ahli perniagaan, penjawat awam atau askar.
"Jadi, ahli Pekida terdiri daripada penduduk luar bandar yang berpendapatan rendah hinggalah ke masyarakat elit bandar. Dan rangkaiannya, walaupun kebanyakannya Melayu, ia sebenarnya inklusif. Pekida mungkin salah satu contoh konsep 1Malaysia yang disukai Najib," tulis Lemiere.

Selain itu, katanya, kebanyakan ahli Pekida percaya aktiviti politik dan 'kabel' mereka membolehkan mereka lepas daripada tindakan undang-undang. Oleh itu, mereka juga tidak takut dengan pihak berkuasa polis.
Salah satu saluran yang digunakan untuk merekrut ahli Pekida adalah menerusi kumpulan persilatan dan banyak kumpulan silat adalah rangkaian Pekida. Lemiere melihat perkara ini sebagai "langkah semulajadi" kepada militan politik.

Ahli Pekida juga mengaku bertanggungjawab dalam beberapa aktiviti keganasan melibatkan pertelingkahan agama dan kaum, tulis Lemiere.
Lemiere juga mendedahkan Pekida sering dikenali sebagai Tiga Line, merujuk kepada simbol tiga warna bendera rasmi kumpulan tersebut - kuning, merah, hijau.

Pada Ogos tahun lepas, kumpulan Tiga Line termasuk antara senarai pertubuhan haram yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri dalam usaha membanteras kegiatan kongsi gelap.
Presiden Pekida, Jamaludin Yusof pada Oktober lepas menafikan sebarang kaitan pertubuhan tersebut dengan Tiga Line.
Buku tersebut diterbitkan Strategic Information and Research Development Centre Malaysia. – 6 September, 2014. (TMI)

Benarkah PAS Baru Ditubuhkan, Ir Phahrolrazi Zawawi Presiden?.




Khalid Samad menafikan menjadi sebahagian daripada kumpulan PasMa.
 
Thumb dabd

'PAS Baharu' Mungkin Wujud Jika PAS Keluar Pakatan Rakyat 

 Ir Phahrolrazi Zawawi  Presiden?.

PETALING JAYA: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mungkin akan menjadi 'PAS baharu' jika pimpinan semasa parti membuat keputusan untuk keluar daripada PKR dan DAP. 


Badan itu ditubuhkan oleh ahli-ahli PAS yang dikatakan sejajar dengan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, atau dikenali sebagai puak Anwaristas.

Kumpulan itu dilaporkan bersedia untuk menyokong PKR dan DAP untuk memastikan Pakatan Rakyat utuh, berikutan percanggahan pendapat PAS dengan sekutu mereka berhubung siapa yang patut dinamakan sebagai menteri besar Selangor yang baharu. 


PKR dan DAP telah bersetuju untuk hanya mengemukakan nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah ke istana, tetapi PAS bertegas mencalonkan tiga nama yang tersendiri.


Mereka juga bimbang PAS boleh membentuk kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional, satu hasrat yang telah disampaikan pada masa lalu oleh beberapa tokoh-tokoh parti.


Senarai pemegang jawatan PasMa untuk 2014-2016 tersebar melalui media sosial pada Jumaat, dengan nama-nama pemimpin PAS yang menonjol disenaraikan sebagai memegang jawatan tertinggi pergerakan itu.


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, yang telah dinamakan sebagai salah seorang naib presiden PasMa, bagaimanapun menafikan menjadi sebahagian daripada kumpulan itu. 


"Saya bukan seorang pemegang jawatan. Ia adalah senarai yang salah, yang dilakukan oleh kumpulan dalam PAS yang cuba untuk menjatuhkan kami," Khalid mendakwa, sambil menambah beliau tidak mengetahui tentang agenda PasMa.

Kumpulan itu telah didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan di Kedah pada 11 Ogos dengan bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi sebagai presiden.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi tidak bersetuju dengan pembentukan PasMa dengan berkata ia bukan cara untuk menyelesaikan isu-isu dalaman parti.

"Saya tidak melihat kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dalaman parti dengan membentuk badan yang berasingan atau 'PAS baharu'.

"Ia adalah satu langkah yang terdesak dan akan meningkatkan kekeliruan di kalangan ahli-ahli parti. Ini sudah tentu akan membawa kepada perpecahan yang besar dalam parti," katanya dalam satu posting Facebook.


Sehingga kini, PasMa dikatakan mempunyai lebih daripada 100 ahli yang dilaporkan mengadakan pertemuan pada 31 Ogos di Kelantan untuk membincangkan strategi untuk mendapatkan lebih banyak sokongan di seluruh negara. (mStar)

Blog Pro Pakatan Rakyat Diingatkan Supaya Berhati-hati Menulis..





















 Atas: Tuan Ibrahim 

Kanan: Ibnu Hasyim
KL: Blog-blog pro Pakatan Rakyat diingatkan  supaya berhati-hati menulis dan mengketengahkan  tulisan-tulisan yang saling menghormati antara satu sama lain dalam parti-parti PR. dan tidak  terlalu mencampuri urusan dalaman parti-parti berkenaan.

"Kita berhak menyokong, mengkritik dan membina demi kebebasan memberi pendapat, tetapi jangan sampai 'sokong membawa rebah', atau bagai 'tikus membaiki labu' yang boleh merosakkan pakatan yang sudah kita bina bertahun-tahun lamanya. " Demikian dinyatakan oleh editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim.

Hj Mohd mengatakan demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata, mutakhir ini banyak berlaku di mana pihak lain cuba mencampuri urusan dalaman PAS khususnya dalam isu Menteri Besar Selangor.

Menurut Tuan Ibrahim, "Saya suka ingatkan kepada semua parti dalam Pakatan Rakyat agar kita tidak mencampuri sangat urusan parti-parti lain dan jangan melampaui sempadan parti.
"Memang ada benda yang kita bersetuju dan ada benda kita tidak bersetuju. Itu hak parti masing-masing dan kita perlu hormat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

 Tuan Ibrahim mengambil contoh dalam isu hudud di mana DAP tidak bersetuju dengan PAS dalam isu tersebut. Namun katanya, PAS menghormati perbezaan pandangan dengan DAP itu dengan menganggap itu hak parti itu.

"Kita PAS menghormati pendirian mereka (DAP) dan kita tidak mengkritik mereka," katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa kenyataan dari rakan pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat yang seolah-olah tidak menghormati perbezaan pendapat dari PAS. Malah kata beliau, terdapat kenyataan-kenyataan seperti mengkritik PAS dan cuba mengajar PAS dalam membuat keputusan khususnya dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Sementara itu, berdepan dengan perkembangan semasa dalam isu tersebut, Tuan Ibrahim menasihatkan seluruh ahli PAS agar bertenang dan menyerahkan kepada kepimpinan parti.

Hj Mohd berkata,  "Di situlah peranan penting bloger-bloger dalam membina ketahanan dalam perpaduan Pakatan Rakyat, bukan menjadi 'batu api' atau gunting dalam lipatan. Walaupun kadang-kadang tetrjadi seperti dalam kisah burung Hud-hud di zaman Nabi Sulaiman, yang hampir dihukum.
"Kita perlu mengambil sikap seperti Tuan Ibrahim, kalau kita tidak tahu, tak payah cerita kepada orang lain yang kita tak tahu," katanya. (IH)

Ini Adalah MB S'gor Baru Yang Akan Direstui Sultan?

 Khabar angin mengatakan calon daripada PAS yang dipilih sebagai menteri besar Selangor yang baharu adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 September, 2014. Khabar angin mengatakan calon daripada PAS yang dipilih sebagai menteri besar Selangor yang baharu adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 September, 2014.

Lapor The Malaysian Insider di bawah gambar pemimpin PAS Selangor seperti di atas.. 
  • "Khabar angin mengatakan calon daripada PAS yang dipilih sebagai menteri besar Selangor yang baharu adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad."
Menurut The Malaysian Insider lagi, PAS menghantar tiga nama, dua daripada PKR dan seorang daripada partinya sendiri sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu, lapor lidah rasmi parti itu Harakahdaily. Menurut portal itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan perkara itu tetapi tidak menyebut nama ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkenaan.

"Buat masa ini nama tu biarlah dulu," katanya kepada Harakahdaily tetapi khabar angin mengatakan calon daripada PAS adalah Pesuruhjaya Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan sebentar tadi..
  •  "Istana Selangor telah menegur PKR kerana "tidak mengikut" titah sultan dengan hanya mengemukakan nama tunggal bagi jawatan menteri besar, kata sumber dalaman parti itu."
Menurut Malaysiakini lagi, teguran itu dibuat melalui surat yang dihantar oleh istana kepada ibu pejabat PKR semalam.

"Ia (surat) itu untuk mengesahkan yang istana itu telah mendapat nama (Presiden PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon untuk jawatan MB, tetapi ia juga 'surat menegur parti itu' kerana tidak menghantar dua lagi nama," kata sumber itu lagi.

Kenyataan akhbar pertama selepas menerima surat dari istana, yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, telah ditarik balik. Bagaimanapun, ia tidak menyebut apa-apa mengenai teguran pihak istana tersebut. 


Sebelum ini, pihak istana meminta Pakatan Rakyat menghantar lebih daripada dua nama untuk jawatan itu. Bagaimanapun, PKR dan DAP bertegas untuk hanya mencalonkan nama Wan Azizah, dengan alasan ianya selaras dengan konvensyen. 

Kini, ada khabar angin yang lebih mengancam lagi mengatakan, "Sultan sedang menunggu untuk merestui calon PAS pula (sebelum ini Khalid Ibrahim dari PKR) sebagai MB Selangor yang baru."

Kalau ini terjadi, maka jelaslah jawatan MB Selangor yang baru adalah jatuh ke tangan Pesuruhjaya PAS Selangor, iaitu Iskandar Abdul Samad. (IH)

PRK Pengkalan Kubor: Nik Aziz Mahu PAS Bertanding




Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

 KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahukan calon dari partinya bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor 25 September ini.

"Saya orang PAS, saya nak PAS lah (bertanding), katanya ketika ditanya calon dari parti manakah dalam kalangan Pakatan Rakyat yang beliau mahukan bertanding pada PRK itu," katanya.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata bagaimanapun keputusan mengenai calon yang bertanding akan ditentukan oleh jawatankuasa parti peringkat negeri tidak lama lagi.

"Kalau tanya, hati saya nak PAS lah tetapi PKR macam mana, tak tahulah semua terserah, saya serahkan kepada jawatankuasa parti peringkat negeri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, Jumaat.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari Barisan Nasional (BN), akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. (mStar)

Preache Moss: Perjalanan Spiritual Seorang Pelawak Islam..


Preache Moss: Perjalanan Spiritual Seorang Komedian Muslim AS
Nama Preacher Moss sudah tidak asing lagi bagi awam AS umumnya dan komuniti Muslim khususnya, yang menggemari komedi. Moss adalah pengasas dari kumpulan komedi "Allah Made Me Funny" dan membuatnya menjadi salah seorang pelawak Muslim yang kerap membuat orang terbahak-bahak kerana lawak-lawaknya.

Salah satu lawak Moss yang terkenal adalah ketika ia bercerita


"Jika mungkin dan dibolehkan, saya ingin menukar nama saya dengan nama 'Allahu Akbar'. Saya membayangkan pasti akan hebat sekali ketika saya di lapangan terbang dan petugas lapangan terbang menyebut nama saya yang tertera di pasport 'Allahu Akbar'. " 

Lawak yang pasti membuat orang tersenyum. Tentu saja Moss tidak bermaksud melakukan penghinaan dengan humornya itu. Moss mendapatkan inspirasi untuk humor-humornya dari pengalamannya sehari-sehari sebagai seorang Muslim dari kalangan warga kulit hitam di AS. Ia


bergaul dengan banyak anak-anak jalanan di lingkungan tempat tinggalnya di Washington DC  

Sebelum memeluk Islam, Moss adalah seorang penganut Kristian dan dibesarkan dengan didikan Kristian oleh keluarganyaMunculnya gerakan Black Panther dan Nation of Islam dengan pemimpin-pemimpinnya, seperti Malcolm X, yang telah memberikan pengaruh besar bagi dirinya sebagai anak muda kulit hitam di AS ketika itu dan menjadi awal perkenalannya dengan Islam.
 

2 Kenangan Masa Lalu
 

Moss masih mengingati dua kenangan besar dalam hidupnya, yang telah mendorongnya untuk mengkaji kekuatan dan keindahan Islam dari gerakan-gerakan hak asasi di AS. Ia menyebutnya sebagai "Islam protes" dan "Islam regular" atau Islam yang lahir dari Nation of Islam dan harga diri warga kulit hitam dengan Islam yang dibawa oleh para pendatang dan generasi Muslim pertama di AS.

Kenangan pertama yang masih membekas di hati Moss adalah ketika ia menyaksikan bagaimana rakan kelasnya begitu taat menjalankan ibadahnya sebagai seorang Muslim, meski dalam keadaan dan situasi yang paling sukar. Hal itu membuat Moss sangat kagum dan menghormati sahabat Muslimnya itu.

Kenangan kedua yang menyentuh hati Moss adalah sahabatnya yang ia kenal di pergaulan anak jalanan di Washington DC  Sahabat yang menurut Moss selalu dirundung masalah. Suatu hari ia mendengar khabar sahabatnya itu meninggal dunia. Moss dan beberapa rakan datang ke rumah sahabatnya itu dan di bilik sahabatnya itu Moss melihat banyak buku-buku tentang Islam.

"Saya melihat ia mempunyai sesuatu. Dia berada di jalan untuk menuju ke satu arah yang besar. Ia tahu sesuatu yang saya tidak tahu. Dan saya ingin sekali tahu lebih banyak tentang jalan itu, "tutur Moss tentang sahabatnya.

 
Masuk Islam

Ditanya bila tepatnya ia rasmi menjadi seorang Muslim, Moss akan diam dan berusaha mengingat kembali masa-masa remajanya hingga ia menjadi seorang mahasiswa jurusan kewartawanan dan filem di Universiti Marquette, Wisconsin.

Ia mengaku tidak ingat betul tarikh berapa ia mengucapkan dua kalimah syahadah. Yang ia ingat, kejadiannya ketika ia masih kuliah dan ia belajar Islam dari banyak sumber. Waktu itu ia bekerja sebagai guru untuk anak-anak yang mengalami gangguan emosi dan menjadi pelawak. Perjalanannya hidup yang sebenarnya, kata Moss, ia alami setelah ia mengucapkan syadahat dan menjadi seorang Muslim.

"Selama masa kuliah, masuk Islam adalah sebuah pertempuran. Apakah saya akan mengikuti jalan ini atau saya tetap di jalan yang lama? Banyak sekali konflik dalam diri saya, "kata Moss.

Moss terus mempelajari Islam dan banyak bergaul dengan orang lain yang juga mempelajari Islam. Ia akhirnya mendapati bahawa ajaran-ajaran dalam Al-Quran dan tradisi-tradisi yang dilakukan Rasulullah Muhammad Saw adalah benar dan mutlak. Ia bertemu dengan pelbagai orang saat mempelajari Islam, orang yang sangat membantu samapai orang yang manipulatif.

"Ada kemudahan dalam apa yang saya alami sebagai seorang individu, tetapi juga ada pencerahan atas apa yang saya perlu lakukan untuk memupuk budaya dan iman dalam diri saya. Rasanya mustahil akan ada "Allah Made Me Funny" jika saya tidak tidak belajar bagaimana untuk memupuk budaya itu, "ujar Moss.

Ia menegaskan, konsep "budaya keimanan" yang menolaknya pada jalan Islam yang dipilihnya.  


"Saya menjumpai banyak orang, sebahagian dari mereka sangat luas pengetahuannya, yang akan boleh bicara tentang tradisi Quran dan soal jalan dan kehidupan para nabi, tetapi akhirnya hanya menemui jalan buntu kerana mereka tidak cukup pandai untuk mengembangkan kebudayaan," papar Moss.
"Mereka cuma pandai bercakap tentang kebudayaan ratusan tahun silam, tapi tidak boleh menirunya di era moden ini. Ada keseimbangan yang tidak wajar, dimana pengetahuan hanya menjadi satu-satunya nilai dalam hal ini. Yang saya dapati adalah, keadaan itu bertentangan dengan keseluruhan idea dari agama yang membantah, yang seharusnya memberi inspirasi kepada kita untuk berkembang, melahirkan dan membangunkan sebuah budaya di mana kita menjalankan keyakinan agama Islam kita dalam kehidupan saat ini, "jelas Moss.

Beliau memberi contoh, seorang Muslim mengkritiknya saat ia gig di Philadelphia. Muslim itu mengatakan bahawa dalam Islam komedi itu haram, bid'ah dan Rasulullah Muhammad Saw melarang lawak. Tapi setelah mengkritiknya, lelaki itu langsung pergi dengan keretanya. Dan Moss yang kehairanan cuma boleh bilang, "kamu cakap apa, komedi itu bid'ah? Kamu baru saja hilang dengan cara bid'ah. "

Muslim di Hollywood

Menjadi seorang Muslim merupakan perjuangan bagi Moss, apalagi buat dirinya yang sangat menggemari dunia komedi dan sudah menjadi sebahagian daripada industri hiburan. Moss berhenti mengajar, kerana Hollywood 'memanggilnya'. Moss memberikan sebahagian wang pencen gurunya pada ibunya dan sebahagian lagi ia gunakan untuk mengejar impiannya di dunia komedi.

Kerjayanya sebagai pelawak menanjak seiring dengan reputasinya menulis senario untuk sejumlah pelakon dan pelawak di Hollywood. Tapi menjadi seorang Muslim di Hollywood bukan perkara yang mudah. Moss mengalami saat-saat penuh tekanan kerana ia tidak boleh membuat lawak-lawak tentang perempuan atau topik-topilk yang akan dinilai sebagai anti-Muslim. Itulah sebabnya, Moss akhirnya memutuskan meninggalkan Hollywood dan memilih jalur solo kerjaya.

Ia lalu membentuk group lawak dengan Muslim yang lain, iaitu Azhar Usman dan Azeem, kemudian ditambah dengan kemasukan Mo Amer. Jadi kumpulan komedi "Allah Made Me Funny". Moss mengatakan bahawa ia ingin Muslim boleh mengekspresikan diri mereka.

"Setiap kali orang mendengar kami dan mereka Muslim, mereka akan mengatakan 'Dengar, orang-orang ini punya nilai-nilai," ujar Moss tentang harapannya pada Muslim yang lain.

Meski namanya sudah popular, seperti juga kumpulan komedi lain, "Allah Made Me Funny" masih kesulitan jika ingin gig di negeri-negeri Muslim seperti Arab Saudi atau Dubai. "Kami ingin menunjukkan naratif yang baru dan berbeza tentang apa itu Muslim. Dan hal itu berat buat negara-negara di mana agama Islam bermula, "ujar Moss.

Moss memahami hal itu. Ia memberi contoh pengalamannya sendiri, meski sudah lebih dari 20 tahun memeluk Islam, Moss mengaku masih terus dalam proses belajar. Ia tidak sungkan mengakui keimanannya di depan awam sebagai seorang Muslim, tanpa perlu melepas nilai-nilai dalam dirinya.

Moss mengakui bahawa ia belum menjadi seorang Muslim yang baik. Tapi ia berharap boleh bersara dari duna komedi dan akan memusatkan kehidupannya pada keluarga dan agamanya


"Saya ingin belajar bahasa Arab. Banyak sekali yang ingin saya baca. Tapi saya akan selalu membantah, dan protes saya sekarang ditujukan untuk kaum Muslimin agar punya rasa memiliki terhadap agamnya, "tegas Moss. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam  

Friday, September 05, 2014

Hijab: Gadis Ini Dapat Kemanisan Iman? Mengapa?

Suryani Wahyu Lestari.  (goriau.com)


Suryani Wahyu Lestari. (goriau.com)


Pekanbaru.Id: Hidayah bagi hamba Allah boleh datang pada bila-bila saja dan melalui peristiwa yang tidak diduga-duga. Itulah yang terjadi pada diri Suryani Wahyu Lestari, gadis cantik yang kini tercatat sebagai mahasiswi di Jurusan Ilmu Komunikasi STISIP Persada Bunda Pekanbaru ini mendadak memutuskan menutup seluruh auratnya (memakai tudung), setelah dirawat beberapa hari di salah satu rumah sakit swasta di Pekanbaru.

"Saya membuat keputusan memakai tudung kira-kira dua minggu selepas keluar dari rumah sakit. Sebelumnya saya terus disokong abang kandung saya dan sahabat-sahabat saya menggunakan tudung, namun jujur ​​saja ketika itu hati saya belum tergerak ke sana (memakai tudung).  


"Saya waktu itu masih berfikir, kalau ibadahnya belum mantap, jangan dulu pakai tudung. Anehnya, dua minggu selepas keluar dari rumah sakit, Bulan Ramadan lalu, saya merasa tidak pantas lagi dan merasa malu memakai skirt pendek. Saya berfikir, bagaimana kalau sedetik lagi nyawa saya dicabut malaikat, sementara saya dalam keadaan tidak menutup aurat, " cerita gadis yang akrab dipanggil Ayi tersebut, Minggu (31/8/2014).

"Saya jadi malu, kerana ketika memakai skirt pendek, kemana pun saya pergi saya merasa laki-laki selalu memperhatikan bahagian badan saya yang tidak tertutup. Di tempat kerja, kerana perlu memakai skirt agak pendek saya juga merasa badan saya selalu jadi sasaran mata lelaki, sehingga saya merasa malu dan tidak selesa, "sambungnya.

Setelah memakai tudung, Suryani mengaku merasa hidupnya lebih selesa dan lebih penting sebagai perempuan. Ibadahnya juga lebih baik berbanding sebelumnya


"Rasanya ibadah saya juga lebih khusyuk. Mungkin tudung yang saya pakai sekarang belum termasuk kategori jilbab syar'i, tapi saya yakin Allah akan mengarahkan saya ke sana (hijab syar'i), "harapnya.

Ada beberapa akibat yang harus diterima Ayi berkaitan keputusannya menggunakan jilbab, salah satu di antaranya dia perlu  mengundurkan diri sebagai pekerja bank, kerana tidak boleh pakai tudung.


"Banyak orang mengatakan saya bodoh kerana mundur sebagai pegawai bank hanya gara-gara tudung. Biar saja orang bilang saya bodoh, kerana saya sangat yakin, keputusan yang saya ambil adalah yang terbaik bagi saya, "katanya dengan mantap.

Suryani tidak hanya harus mundur, namun juga membayar denda Rp10 juta (Kira-kira RM3,000) kepada bank bersangkutan, sebab mundur sebelum masa kontrak kerja berakhir


"Walaupun perlu berundur dan membayar denda, tapi saya tetap bersyukur pernah bekerja di bank tersebut, kerana di sana saya berkesempatan belajar dengan orang-orang hebat," ungkapnya.

Gadis yang lahir di Kota Pekanbaru tahun 1995 ini mengaku, ibunya termasuk orang yang kaget ketika dia menyatakan ingin memakai tudung


"Namun selepas saya menjelaskan alasannya, ibu saya akhirnya boleh memahaminya dan menyokong keputusan saya," jelasnya.

Ayi meneruskan, masalah lain yang dihadapinya ketika awal memutuskan berjilbab adalah pakaian yang dimilikinya sedikit sekali yang boleh digabungkan dengan tudung


"Kerana dulu saya sering shooting dan ikut modeling, jadi pakaian saya itu umumnya seksi," ujarnya.

Kini, setelah bertudung, dia juga harus menolak tawaran pekerjaan dari dunia entertain.  


"Padahal dulu, shooting itu termasuk hobi terbesar saya, tapi selepas berjilbab saya tak mahu lagi menggunakan pakaian pendek. Jadi saya juga harus kehilangan dunia keartisan, padahal dulu cita-cita besar saya tu menjadi artis, "ceritanya.

"Tapi saya tak menyesal. Selagi saya selalu berusaha berada di jalan Allah, saya yakin Allah selalu bersama saya. Innallaha ma'ashobirin, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar, "kata Ayi dengan mantap.

Dengan telah memutuskan menggunakan tudung, gadis manis ini berharap dia boleh terus memperbaiki dirinya sesuai tuntunan Agama Islam, sehingga nantinya benar-benar menjadi wanita shaleha.  


"Mudah-mudahan jadi bidadari syurga. Amin, "katanya.

Ayi berharap segera mendapat pekerjaan yang baik, yang tidak menghalangnya mematuhi ajaran agama yang diyakininya


"Mudah-mudahan saya boleh bekerja di bank syariah nantinya," harap Ayi.
"Dan yang lebih penting, mudah-mudahan dengan berjilbab, Allah akan memilihkan lelaki yang sangat soleh dan bertanggungjawab sebagai jodoh saya. Amin, "harapnya lagi.

Semoga Allah SWT mengijabah doa Suryani Wahyu Lestari. Amin


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Semoga dia mendapat 'kemanisan Iman' dalam beragama, Al-hamdulillah!
(IH/Dakwatuna)