Saturday, September 13, 2014

Pasma: Ulasan Subky Latif. "Saya tidak fikir Husam Musa...



Oleh SUBKY LATIF
Husam Musa

SEPATUTNYA saya tidak perlu ulas. Justeru penubuhan Pasma sudah disebut-sesbut sebagai serpihan PAS bagi menggantikannya dalam Pakatan Rakyat, elok juga diulas, moga-moga meredakan mereka yang keliru dengan politik.
   
Ia dikatakan usaha segelintir orang PAS dan beberapa orang PAS telah disebut dimasukkan dalam penajanya. Saya tidak fikir Husam Musa yang dinamakan sebagai Presidennya sedia mengorbankan potensi masa depannya yang cerah dalam PAS dan dalam penguasaan Putrajaya selepas PRU14 sedia serta dalam remeh politik itu.
  
Saya kurang arif dengan sikap Ustaz Ahmad Awang yang sudah berundur daripada politik yang aktif yang dicadangkan menjadi Mursyidul Amnya. Jika dia setuju, saya tidak nampak bisanya. Yang tambah merendahkan anggapan saya ia bukan idea yang serius apabila Setiausaha penajanya Taib Ahmad, ahli PAS lama dari Kubang Pasu yang amat kurang pengaruhnya dalam parti.
 
Saya kenal dia. Dengan dia jadi penggerak utamanya, dia boleh daftar parti seperti Ustaz Wahab Yunus, orang PAS Dungun zaman Datuk Asri dulu. Dia simpan pendaftaran parti dan dikatakan pendaftaran dibeli oleh golongan reformasi  sebagai tapak pembentukan PKR. Itu yang saya dengar.
   
Jika ada pemimpin PAS yang hendak ikut, ia satu jalan keluar baginya setelah putus asa dalam PAS. Jika ada yang ikut, ia seperti gantung diri dalam politik. Untuk menyaingi PAS tak mungkin. Bagi mengambil alih tempat PAS dalam Pakatan Rakyat, jika berjaya, akan menjadikan Pakatan Rakyat, PKR dan DAP serta pemimpin-pemimpinnya bahan lawak jenaka terlucu.
  
Yang saya ulas ura-ura keinginan penubuhan itu kemungkinan ia diusahakan oleh sekutu PAS bagi memalukan PAS setelah ia tidak jadi tukang angguk dalam krisis politik Selangor sekarang. Setelah PAS dimalukan dengan dua ADUN disambar, maka mungkin diadakan pak sanggup bagi menggantikan tempat PAS dalam sekutu itu.
  
Tidaklah kita bersangka buruk, tetapi politik dunia ini begitu dan tidak boleh dipandang remah. Jika dari situ puncanya, habis Anwar dan Kit Siang jadi barang geli yang mengeringkan gusi.
   
Saya harap ia tidak begitu, kerana Anwar bukan setaraf pemimpin Umno yang menaja pembentukan Berjasa dan Hamim 30 tahun lalu. Jika Datuk Asri yang diketahui pintar tidak dapat menggugat PAS, maka tidak nampak Ahmad Taib boleh menjadi Erdogan bagi memandu politik baru di Malaysia.
   
Erdogan sudah dilihat lama sebagai orang Parti Refah yang menonjol lebih berdaya saing dari pimpinan Erbakan. Dia boleh kalahkan Erbakan daripada parti itu jika dia mahu. Kejayaannya sebagai Datuk Bandar Istanbul mengkagumkan semua parti politik Turki.
  
Belum ada daripada kalangan pimpinan PAS yang boleh menyamai Erdogan bagi pencabar pimpinan yang ada. Jika ada yang jadi macam Erdogan, Erdogan itu hanya ada seorang saja di dunia iaitu di Turki.
 
Jika ada orang yang hendak menjadikan Ahmad Taib dan Ustaz Ahmad Awang sebagai Erdogan PAS, ia adalah tidak lebih daripada pengarah wayang kulit yang tidak kreatif dan skrip pun tak ada.
 
Mereka boleh tidak puas hati dengan pimpinan dan pentadbiran PAS. Mereka berhak untuk mengadakan perubahan. Tetapi keutamaannya ialah menggantikan pimpinan yang lebih baik yang mereka fikirkan supaya boleh membawanya lebih ke depan terserlah. Bukan sekadar hendak menggantikan PAS sebagai sekutu Pakatan Rakyat baru.
   
Haji Yusuf Rawa, Ustaz Fadzil Noor, TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi pernah berada dalam PAS yang pimpinan ketika itu perlu digantikan. Mereka tidak tinggalkan parti atau tubuh parti lain. Mereka kekal dan melalukan perubahan dari dalam.
   
Rancangan itu bukan satu tindakan politik pintar, apa lagi daripada orang yang berpuluh tahun dalam PAS. – HARAKAHDAILY 11/9/2014

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?
E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?

Hudud & MCA Dalam PRK P/Kubur..

Menjelang pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor, MCA menggesa kerajaan Kelantan pimpinan PAS supaya melupakan hasratnya untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Ketika membuat gesaan tersebut, Ahli Jawatankuasa MCA pusat,  Lua Choon Hann berkata adalah baik jika PAS boleh membuat pengumuman penting itu di depan mana-mana wat Buddha di kawasan pilihan raya itu, untuk menunjukkan keikhlasan dan rasa hormatnya kepada agama bukan Islam dan orang bukan Islam, khususnya masyarakat Cina dan Thai.

Katanya, PAS telah sekian lama menggunakan kewujudan patung duduk Buddha yang terbesar di Asia Tenggara di Pengkalan Kubor dan patung Buddha yang lain di Kelantan sebagai testimoni sikap keterbukaannya terhadap agama-agama lain.

Oleh itu, mereka perlu menghentikan usaha untuk melaksanakan undang-undang yang kontroversi itu, kata Lua dalam satu kenyataan hari ini.


Muhyiddin bersalaman dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat sebaik tiba di pusat penamaan calon PRK DUN Pengkalan Kubor di Tumpat, Sabtu.

Begitu juga, kata Lua, dengan DAP dan PKR, sebagai rakan gabungan PAS, supaya mengambil peluang itu untuk memaksa PAS melupakan undang-undang hudud demi keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum. [Baca berita penuh]

Sementera itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Ahli Parlimen PAS Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, MCA perlu menggesa Umno berikrar, di hadapan Buddha, berhubung pengumumannya bahawa parti itu akan bekerjasama dengan PAS mengenai pelaksanaan hudud.

Kamaruddin (kiri) berkata ini berikutan penubuhan jawatankuasa teknikal bersama yang dibentuk antara PAS dan Umno untuk pelaksanaan hudud di Kelantan.

"MCA perlu menggesa Umno berbuat demikian, kerana Umno telah mengisytiharkan bahawa ia akan bekerjasama dengan PAS berhubung isu hudud," Kamaruddin kepada Malaysiakini. [Baca berita asal]. 

(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?
E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?

Yang Dilakukan Di Dunia Berkait Akhirat Termasuk P' raya.- TG Nik Aziz



TUMPAT: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berharap Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor berjalan baik mengikut amalan demokrasi.

Katanya, tidak perlu melakukan perkara yang bertentangan demokrasi kerana pengundi telah akil baligh. Beliau berkata demikian kepada media di tempat penamaan calon, di sini hari ini. Katanya lagi, setiap perkara yang dilakukan di dunia ini akan berkait dengan akhirat, termasuk pilihan raya.

"Hanya ajaran Islam sahaja yang akan mengingatkan umat manusia pada hal akhirat dan bukannya ajaran sekular.
"Setiap pembalasan akan berlaku di akhirat kelak sama ada yang baik atau yang buruk," ujarnya.

Walaupun tidak mengenal secara peribadi, namun apabila kepimpinan PAS kawasan memilih calon, sudah tentu ia cukup baik untuk mewakili Pakatan Rakyat.
 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjabat tangan dengan Datuk Nik Aziz semasa penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 13 September, 2014.

"Insya Allah, hasil kerjasama kita semua pihak, sokongan padu rakan Pakatan Rakyat, calon kita akan dipilih rakyat," ujarnya. - HARAKAHDAILY 13/9/2014

3 Penjuru (Gambar), PAS, BN, Bebas Bertanding PRK Pengkalan Kubor



TUMPAT: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Wan Rosdi Wan Ibrahim, Mat Razi Mat Ail (BN) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

Demikian diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya itu, Mohd Sobri Ramli kira-kira jam 10.20 pagi.

SPR menetapkan tarikh pengundian PRK Dun Pengkalan Kubor pada 25 September sementara pengundian awal 21 September.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu kerana kanser hati.

Pada Pilihan raya Umum ke-13 lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. - HARAKAHDAILY 13/9/2014
(IH)

Bogel Depan Biara, Apa Ke Jadahnya?

Aksi ini merupakan protes terhadap gereja dari Patriarkat Moskow yang mendukung agresi Rusia di Ukraina.©AFP PHOTO Seorang aktivis Femen menjadi tontonan warga semasa mengumumkan berbogel di depan biara Kiev Pechersk Lavra, Ukraine (11/9). Kononnya aksi ini sebagai sikap protes terhadap gereja ortodoks Ukraine dari Patriarchate Moscow yang menyokong pencerobohan Rusia di Ukraine. 

Aksi aktivis Femen bogel di depan biara hebohkan warga Ukraine   
Femen Logo.svg
Aksi ini merupakan bantahan terhadap gereja dari Patriarchate Moscow yang menyokong pencerobohan Rusia di Ukraine.

Info: Femen (ditulis sebagai FEMEN; bahasa Ukraine: Фемен) adalah kumpulan protes ekshibisionis feminis yang ditubuhkan pada tahun Ukraine pada tahun 2008 Kumpulan ini sekarang berpusat di Paris. Pertubuhan ini menjadi terkenal secara antarabangsa untuk menganjurkan hal-hal yang kontroversi protes tanpa penutup dada menentang pelancongan seks, lembaga keagamaan, seksisme dan topik sosial, nasional dan antarabangsa lain.  

Pada Oktober 2013 FEMEN mempunyai keanggotaan terbesar di Perancis (30 aktivis tempatan pada Januari 2013). Pada Oktober 2012 organisasi ini mendakwa mempunyai kira-kira 40 aktivis di Ukraine, dan 100 lain yang telah bergabung dengan protes mereka di luar negera, serta dua puluh ribu penyokong melalui jejaring sosial Vkontakte.

Pertubuhan ini amat bertenangn dengan agama Islam dan beberapa agama-agama lain di dunia. Bahkan dijangka ada yang hampir dengannya di Malaysia.
Aksi ini merupakan protes terhadap gereja dari Patriarkat Moskow yang mendukung agresi Rusia di Ukraina.
Seorang aktivis Femen disiram darah oleh rakan semasa mengumumkan aksi bogel di depan biara Kiev Pechersk Lavra, Ukraine (11/9).
Aksi ini merupakan protes terhadap gereja dari Patriarkat Moskow yang mendukung agresi Rusia di Ukraina.
Aksi ini merupakan protes terhadap gereja dari Patriarkat Moskow yang mendukung agresi Rusia di Ukraina. 
Aksi ini merupakan protes terhadap gereja dari Patriarkat Moskow yang mendukung agresi Rusia di Ukraina.
Aksi ini merupakan protes terhadap gereja dari Patriarkat Moskow yang mendukung agresi Rusia di Ukraina.
Pastor dan jemaah gereja saat heboh menyaksikan aksi aktivis Femen bugil di depan biara Kiev Pechersk Lavra, Ukraina (11/9)
(IH)

Sampit Berdarah: 'Penggal kepala'Dayak?

Weblog ini telah menerbitkan artikel catatan perjalanan  Ibnu Hasyim ke Kalimantan,  menceritakan kisah kaum Dayak di Kalimantan, sebanyak 21 siri. Siri ke 10 ..

 ..disiarkan pada 7 Mc 2012 mempunyai 209 ulasan setakat ini. Mempunyai pembaca tertinggi berjumlah 135,778 pelawat.  Terima kasih kepada pembaca sekalian. Kalau perlu, sila tuan lihat dan beri komen. (IH)

Juga..

Pelakon Mustafa Kamal Berfikiran Terbuka. Syabas!


Mustafa Kamal ketika menghadiri majlis bersama pemimpin Pas beberapa tahun lalu.

HALAMAN HIBURAN
KL: "Semua orang tahu, saya cenderung ke sebelah sana," komen ringkas pelakon Mustafa Kamal apabila ditanya mengenai kehadirannya pada majlis anjuran parti pembangkang. Malahan, beliau tidak menganggap tindakannya itu suatu kesalahan kerana baginya masyarakat kini bersikap terbuka dan dapat menerima perbezaan pendapat dari segi politik.

Demikian lapor mStar Online hari ini.

Keterbukaan pemikirannya dapat digambarkan dalam ucapannya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

"Perbezaan pendapat (politik) itu bagus. Kita tidak boleh menghukum orang lain semata-mata kerana orang itu berbeza pendapat dengan kita. Dalam Islam sendiri tidak salah jika berbeza pendapat untuk kebaikan."

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kunjungannya ke Kampung Geting, Pengkalan Kubor, tempat di mana PAS mengumumkan calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, 25 September ini, malam Khamis.

Menjelaskan lebih lanjut, Mustafa, atau nama sebenarnya Mustapha Kamal Mohd Daud, 52, berkata, beliau berada di Kelantan kerana ada urusan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Bagaimanapun, anak kelahiran Kota Bharu ini berkata, urusan yang dimaksudkannya itu tidak mempunyai kaitan dengan PRK Pengkalan Kubor.

"Hari ini (Jumaat) sudah hari keempat saya di sini (Pengkalan Kubur) dan saya akan berada di sini beberapa hari lagi.
"Kebetulan malam tadi (Khamis) saya perlu ambil dokumen daripada seseorang yang berada di tempat PAS mengumumkan calonnya yang akan bertanding," katanya.

Walaupun ia berlaku secara kebetulan, pelakon drama dan filem yang dikenali ramai ini tidak menafikan kehadirannya itu secara tidak langsung telah menonjolkan penglibatan dirinya dalam parti politik pembangkang. Mengenai peluang PAS dan Barisan Nasional untuk menang di Pengkalan Kubor, katanya, beliau tidak begitu mengenali calon untuk kedua-dua parti.

"Saya bukan penganalisa dan bukan pengundi di kawasan ini.
"Tapi beradasarkan sembang kedai kopi dengan penduduk setempat, mereka kata setakat hari ini peluang 50-50.
"Tengoklah dua-tiga hari sebelum mengundi nanti, mungkin kita boleh nampak peluang dengan lebih jelas," katanya yang merupakan pengundi di DUN Chempaka.

Sejak kebelakangan ini, Mustafa sering memegang watak bapa, termasuklah dalam drama bersiri popular, Awan Dania. Dalam era 90-an, beliau pernah membintangi banyak filem termasuklah filem Adik, Mira Edora dan Kami The Movie.

Katanya, walaupun banyak melakukan kerja-kerja di luar bidang seni, beliau masih menerima tawaran berlakon. PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.
 Ibnu Hasyim
"Pemikiran bebas dan terbuka seperti inilah yang sepatutnya ada dalam pemikiran artis-artis di Malaysia. Jangan hanya terkongkong di bawah tempurung pemerintah." Demikian kenyataan tambahan dari editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim.

"Tahniah Mustafa!"
(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Friday, September 12, 2014

Veto Presiden PAS Dikritik Oleh PasMa dan Lajnahnya Sendiri.



Forum pertama anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) diadakan minggu lalu di Kuala Lumpur. Gambar fail The Malaysian Insider. Forum pertama anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) diadakan minggu lalu di Kuala Lumpur. Gambar fail The Malaysian Insider.
Menjelang forum kedua anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Ahad ini di Kangar, Perlis, badan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha mengekalkan PAS dalam Pakatan Rakyat itu kini mempunyai rakan baru iaitu Lujnah (Biro) Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham).

Luham mengkritik kuasa pemutus atau veto Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama yang membuat tafsiran sedemikian.

Setiausaha PasMa Taib Ahmad berkata kenyataan Luham tentang kuasa presiden dalam kenyataan mereka baru-baru ini perlu diperhalusi kerana ia bertentangan dengan kenyataan Majlis Syura, badan tertinggi dalam PAS dan berhak menafsir perlembagaan PAS.

"Kita sedang berusaha untuk mendapatkan penjelasan Luham tentang kuasa presiden sebenarnya dan sedang menyusun pertemuan secepat mungkin," katanya.

Kenyataan Luham sangat ketara bertentangan dengan kepimpinan ulama tidak disiarkan dalam media rasmi PAS iaitu Harakahdaily tetapi sebaliknya media PAS itu menyiarkan kenyataan Kluster Undang-undang Ilmuan, sebuah badan yang berpusat di Bangi yang banyak memberi nasihat kepada presiden PAS dalam tindakannya.

Setiausaha Luham Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dalam satu kenyataannya semalam mempertikaikan presiden PAS mempunyai kuasa penuh sebagaimana ditafsirkan Majlis Syura.
Katanya, presiden PAS didapati melanggar Perlembagaan PAS apabila membuat keputusan sendiri memilih calon menteri besar Selangor melangkaui kuasa Dewan Harian dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Kardee berkata, tidak wujud sebarang peruntukan dalam perlembagaan parti itu mengenai jawatan presiden secara bersendiri, sebaliknya termasuk dalam Fasal 26 Perlembagaan PAS di bawah "Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat".

Katanya, presiden tidak mempunyai kuasa pemutus tanpa bermesyuarat dengan AJK PAS Pusat terlebih dulu mengenai apa saja perkara.

Beliau berkata, Fasal 27 (6) Perlembagaan PAS jelas menyatakan Dewan Harian yang merangkumi presiden, timbalan presiden, naib presiden, setiausaha agung dan sebagainya perlu membawa keputusan mereka kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi kelulusan.

Ini berikutan tindakan Hadi menamakan tiga exco kerajaan negeri Selangor daripada PAS sebagai calon untuk dipilih Sultan Selangor sedangkan mesyuarat AJK Pusat PAS pada 17 Ogos memilih Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali.
Namun pada 3 September dalam satu surat yang lain, Hadi menamakan 2 Adun PKR dan 1 Adun PAS sebagai calon menteri besar.

Ia dibuat selepas satu mesyuarat 5 anggota paling kanan Majlis Syura di Kota Baru diadakan.
Majlis Syura pula dalam kenyataannya selepas mesyuarat 7 September berkata, presiden mempunyai kuasa pemutus dan semua AJK PAS Pusat perlu mematuhinya.

Mengulas tentang kenyataan itu, Kardee berkata, mesyuarat Luham memutuskan MSU bertindak melampaui kuasanya apabila badan itu membuat keputusan dalam isu yang melibatkan pelantikan menteri besar Selangor.

Katanya, kenyataan MSU itu membawa makna presiden mempunyai kuasa membuat apa-apa keputusan di luar mesyuarat AJK PAS Pusat, sekali gus menjadikan peranan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tidak lagi relevan.

"MSU silap menyatakan kuasa presiden mengikut Fasal 26 (1) (a) Perlembagaan PAS adalah satu kuasa pemutus yang secara tersiratnya satu kuasa bersifat mutlak atau veto," katanya.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi sebelum ini berkata PasMa adalah NGO yang akan berusaha untuk memperkukuhkan hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat. Ketika bercakap dalam forum pertama anjuran PasMa di Dewan Perhimpunan Cina, 8 September lalu, Phahrol berkata walaupun PAS Pusat menegaskan tiada usaha kerjasama antara PAS dan Umno, tetapi sesetengah tindakan pimpinan PAS dilihat ke arah itu.

Dalam forum itu, AJK PAS Pusat Datuk Mujahid Yusof berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno dan menegaskan apa yang berlaku sekarang adalah tindakan Umno untuk cuba memecahkan Pakatan Rakyat secara halus.

Antara tindakan Umno adalah menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar ketika presiden PAS dan juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong Khalid kekal sebagai menteri besar.

Sementara itu, PasMa dalam kenyataannya berkata, mereka akan meneruskan program ke seluruh negara dengan Kangar, Perlis menjadi lokasi seterusnya diikuti Kedah dan Pulau Pinang (15 September), Wilayah Persekutuan (17 September) manakala di Temerloh, Pahang (27 September).
"Semua program kita adalah untuk memperkasakan PAS dengan Pakatan Rakyat," kata Taib. – 12 September, 2014. (TMI)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?
E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?

4 Sekeluarga M'sia Sertai Militan Di Syria. Mengapa?


Kanak-Kanak antara mangsa kekejaman perang di negara bergolak Syria.

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri yang baharu bernikah mengambil keputusan meneruskan kehidupan sebagai penjuang militan di Syria bersama 40 rakyat Malaysia lain. Lelaki berusia 37 tahun yang mengahwini janda berusia 47 tahun itu turut membawa bersama dua anak tirinya, iaitu anak isterinya menerusi perkahwinan terdahulu yang berusia 18 dan 14 tahun.

Wanita berkenaan serta anak perempuan dan lelakinya itu adalah warganegara Singapura, manakala lelaki berkenaan dilahirkan di Pulau Pinang. Sumber berkata, keluarga berkenaan ke Syria pada November lalu, bagaimanapun tidak menetap di lokasi yang sama.

"Pihak berkuasa percaya lelaki itu menyertai kumpulan Jabhat Al-Nusra, manakala anak tiri lelakinya pula bergiat dalam kumpulan militan Negara Islam (IS).
"Isterinya pula bekerja sebagai tukang masak, sementara anak perempuannya mengajar bahasa Inggeris kepada anak-anak pejuang lain di Syria," kata sumber itu.

Antara lokasi yang mungkin didiami keempat-empat ahli keluarga berkenaan secara berasingan itu adalah timur Hama, dimana kumpulan militan dipercayai menempatkan pangkalan operasi mereka. Difahamkan, pihak berkuasa sedang memantau rapi pergerakan keluarga terlibat bagi mengetahui bagaimana mereka boleh terpengaruh untuk ke Syria.

Dipercayai bekas suami wanita terbabit juga berperanan dalam memastikan keluarga berkenaan ke negara bergolak itu, kata sumber itu lagi. Sebelum ini, The Star melaporkan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah antara rakyat negara ini yang menyertai IS.

Mereka termasuk bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin, 45, yang cedera dalam pertempuran yang meragut nyawa militan rakyat Malaysia paling muda, Mohammad Fadhlan Shahidi Mohammad Khir, 21 pada Selasa. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perlu diselidiki mengapa boleh jadi begitu?  Adakah kerana di Malaysia umat Islam tidak dapat melaksanakan syariat dan perundangan Islam sepunuhnya sebagai yang dikehendaki Allah SWT?

PRK Dun Pengkalan Kubor, PR Ada Harapan Cerah.


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar menyifatkan pencalonan Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan kubor adalah pilihan yang tepat.

Beliau (gambar) berkata, pengalaman selama 20 tahun di dalam PAS dan bergelumang dengan penduduk setempat, calon PAS itu tidak mempunyai masalah untuk berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN).

"Beliau merupakan seorang pekerja parti di peringkat kawasan dan Dun, hampir 20 tahun beliau berkhidmat untuk rakyat setempat.
"Dengan sikap dan sifat yang beliau miliki selain dikenali penduduk setempat, saya yakin kita tidak tidak mempunyai masalah untuk mengambil balik kerusi Dun Pengkalan Kubor dari BN," katanya kepada Harakahdaily.

Kamarudin yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu turut berpendapat pengalaman yang dimiliki calon PAS lebih jauh mengatasi calon BN.

"Beliau telah lama berdamping dengan penduduk setempat. Memadai jika kita tanya nama beliau, orang kampung akan mengenali dia.
"Saya yakin peluang untuk PAS dan Pakatan Rakyat menang pada PRK kali ini amat besar," sambung beliau.

Tambah beliau lagi, pergolakan dalaman Umno Pengkalan Kubor yang tidak berpuas hati dengan pencalonan calon BN turut membantu PAS dalam usaha mengambil semula kerusi tersebut. - HARAKAHDAILY 12/9/2014

Mujahidin M'sia Di Syria Cedera Parah Selepas Bertempur.


Gambar pejuang militan Syria rakyat Malaysia Lotfi Ariffin yang dipaparkan dalam laman Facebooknya beberapa bulan lalu. Gambar fail. Gambar pejuang militan Syria rakyat Malaysia Lotfi Ariffin yang dipaparkan dalam laman Facebooknya beberapa bulan lalu. Gambar fail.


Pejuang Syria dari Malaysia Lotfi Ariffin kini cedera parah dan koma selepas terlibat dalam satu pertempuran di negara bergolak itu, tetapi kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Abang sulungnya, Mohd Zainon Ariffin, 53, mengesahkan perkara itu dan berkata keadaan adiknya semakin pulih daripada koma selepas cedera dalam serangan hendap tentera Bashar al-Assad Selasa lalu, lapor Sinar Harian.

Zainon berkata, beliau dimaklumkan mengenai keadaan adiknya itu oleh rakan melalui laman Facebook. Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang gambar atau bukti yang diberikan kepadanya tentang keadaan adiknya itu dan sehingga kini beliau masih gagal menghubungi Lofti sejak beberapa hari lalu.

“Saya dimaklumkan rakan di laman Facebook Lotfi sudah stabil. Saya tidak pasti bagaimana situasi stabil yang dimaksudkan.
“Sehingga kini, saya belum terima gambar atau bukti lain yang boleh mengesahkan perkara itu, tetapi besar harapan saya beliau kembali stabil dan dapat meneruskan perjuangan,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian Online.

Lofti dikatakan koma selepas kumpulan Malaysia itu diserang hendap tentera Bashar as-Assad di Syria. Akibat serangan itu bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS itu tidak sedarkan diri dan cedera di bahagian kaki, tangan serta muka.

Menurut maklumat yang dipetik daripada laman Facebook milik Abu Talhah II yang turut berada di Syria, pasukan itu dikatakan sedang bersedih kerana kehilangan seorang rakan, manakala 2 lagi cedera parah.

Lofti mencetuskan kontroversi Jun lalu apabila secara terbukannya mendedahkan kegiatannya di Syria dengan memuat naik gambar dan klip video di Syria di laman sosial.
Ia menyebabkan PAS bertindak memecatnya dengan menegaskan parti itu tidak pernah mengiktiraf ahlinya untuk berjuang secara gerakan bersenjata.

Seorang lagi militan Malaysia, adalah bekas penyanyi pop Melayu, Ali Ukay. Beliau dikatakan dipengaruhi oleh Lotfi dan menyertainya ke Syria. Sinar Harian melaporkan, Lotfi bertekad untuk tidak lagi kembali ke Malaysia dan itu adalah antara pesanannya sebelum berlepas ke Syria. Zainon berkata, perkara itu disampaikannya seminggu sebelum adiknya itu pergi meninggalkan tanah air.

“Dia pergi tanpa pengetahuan sesiapa. Jika dilabel bekas pejuang Mujahidin di Afghanistan, itu saya boleh terima. Tetapi tuduhan itu berniat untuk jejaskan nama baik dia,” katanya.

Lotfi dalam satu kiriman Facebook sebelum ini mendakwa sudah meletakkan semua jawatannya dalam PAS sejak 19 April sebelum dipecat parti itu. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengumumkan Lotfi dipecat daripada PAS pada 11 Mei lalu.

Zainon berkata, Lotfi membuat kajian yang mendalam selama 3 tahun sebelum berangkat ke Syria dan tidak pernah berkempen mengajak saudara atau sahabat menyertai perjuangannya. Katanya, pemecatan daripada PAS tidak menjadi isu kerana kepentingan Lotfi kini adalah perjuangannya di Syria.

“Sebenarnya Lotfi tidak lagi pentingkan soal keahlian dalam parti kerana fokusnya kini adalah berjihad. Dia tidak akan kembali ke Malaysia," katanya. – 12 September, 2014. (TMI))

Kebiadaban CIA: Cipta Filem Porno Sukarno.. Atau Porno M'sia?

CIA bikin film porno Presiden Soekarno & pramugari cantik Rusia
CIA di Indonesia.


Pemimpin pembangkang ini pernah difitnahkan dengan filem porno..

SUDAH jadi rahsia umum kalau Central Intelligence Agency (CIA) selalu turut campur urusan dalam negeri orang lain. Sebagai negara adikuasa (suerpower), enak saja para agen rahsia Amerika Syarikat ini bermain menentukan pemimpin yang mereka suka. Kalau tak suka, dijatuhkan dengan pelbagai cara. Mulai dari rampasan kuasa tentera hingga pembunuhan.

CIA rajin cuba segala cara untuk menumbangkan Presiden Soekarno. Tempoh 1953 hingga 1965, aneka operasi diumumkan untuk menjatuhkan Soekarno. Termasuk menyebar propaganda hitam soal proklamator ini.

William Blum, seorang sejarawan dan pemerhati politik luar negeri AS menuliskan CIA kerap menggunakan propaganda seks dan pornografi untuk menjatuhkan lawan politik. Termasuk pada Soekarno yang dicap mereka bersahabat dengan komunis.

Agen-agen CIA mencium Soekarno seorang playboy dan sangat mengagumi wanita cantik. Mereka membuat kempen hitam Soekarno berhubungan intim dengan pramugari cantik asal Rusia. Disebutkan pramugari itu sebenarnya adalah ejen rahsia Rusia. Soekarno tak berdaya dirayu wanita berambut perang yang seksi tersebut.

Isu ini cukup berjaya membuat masyarakat antarabangsa percaya Soekarno tukang maksiat dan dikendalikan ejen rahsia Rusia.

"Kejayaan itu memberi inspirasi kepada para pegawai CIA membuat langkah lebih jauh lagi. Mereka berniat menghasilkan filem porno Soekarno dengan seorang wanita berambut perang yang dibuat seolah-olah pramugari Rusia itu," tulis Blum mengutip pengakuan bekas agen CIA Joseph Burkholder Smith yang menulis buku Portrait of a Cold warrior.

Maka carilah pemain bintang porno yang mirip Soekarno. Ketua Polis Los Angeles sampai turun tangan mencari lelaki berkulit gelap yang sedikit botak dan wanita berambut perang yang cantik. Namun rupanya tak ada yang mirip Soekarno.

Pihak CIA sampai membuat topeng khusus yang mirip Soekarno kemudian dihantar ke Los Angeles. Bintang porno disuruh memakai topeng Soekarno selama beradegan jahat. CIA merakam dan mengambil foto-foto adegan biru tersebut.

Namun foto-foto itu akhirnya tak jadi disebarluaskan. Banyak versi kenapa CIA batal menyebarkan adegan jahat itu. Sebahagian penyelidik menilai kempen hitam seperti itu tak mempan untuk menjatuhkan Soekarno. Apalagi ada mitos yang percaya jika seorang lelaki gagah dan berkuasa, sah-sah saja berkaitan dengan banyak wanita. Toh raja-raja di nusantara pun dulu mempunyai banyak isteri dan gundik.

Tak jelas kini apakah CIA masih menyimpan adegan porno yang dibuat tahun 1958 itu di ibu pejabat mereka.


Apakah pembuatan filem-filem porno ke atas pemimpin-pemimpin politik di Malaysia ada kaitan dengan CIA AS atau CIA di Malaysia?  (IH)