EMPAT pelancong wanita membentangkan tikar sebelum berjemur.
SUDAH beberapa hari weblog ini agak menyepi. Kerana ada sesuatu hal yang tak dapat dielakkan. Pagi ini saya buka weblog lihat berita. Sekurang-kurang ada 3 cerita bogel. Ini tentu topik menarik.
Satu: Berjemur tanpa coli. Dapatkan akhbar Harian Metro
Port Dickson: Empat wanita dipercayai pelancong asing selamba
berjemur separuh bogel di Pantai Saujana, Batu 4, di sini, petang
kelmarin. Dalam kejadian jam 2 petang itu, mereka yang dianggarkan berusia
antara 20-an dan 30-an berjemur di atas tikar di pantai dalam keadaan
cuaca panas terik.
Bagaimanapun, gelagat mereka disedari seorang pengunjung, Chow Weng, 30-an, yang mandi di laut di pantai berkenaan. Menurut Chow, pada mulanya dia terpandang empat pelancong terbabit
menghampiri pantai dengan memakai bikini sebelum berbaring di atas
tikar.
"Tidak lama kemudian, saya terkejut melihat mereka selamba menanggalkan coli yang dipakai.
"Saya segera naik ke pantai dan membersihkan diri di tandas sebelum
mengambil kamera di dalam kereta dan merakamkan beberapa gambar sebagai
bukti pelakuan pelik mereka kerana mahu pihak berkuasa mengambil
tindakan terhadap pelancong yang berkelakuan tidak senonoh di tempat
awam.
Dua: Mandi bersama wanita berbikini. Dapatkan akhbar Harian Metro
ANTARA wanita warga Vietnam dan China yang menawarkan khidmat mandi bersama pelanggan diberkas, semalam.
KL: Berselindung di sebalik pusat urutan refleksologi, dua
premis di Jalan Sri Petaling, di sini dikesan menjalankan kegiatan
maksiat dengan menawarkan pakej mandi bersama dengan wanita berpakaian
bikini ditawarkan.
Pelanggan lelaki yang datang ke premis itu hanya perlu membayar
sekitar RM100 hingga RM150 untuk mandi sebelum melakukan hubungan seks.
Berdasarkan risikan polis, pusat pelacuran itu yang beroperasi sejak
beberapa bulan lalu menjadi kegilaan golongan lelaki tempatan yang
mengerumuni premis itu bermula jam 8 malam hingga 2 pagi.
Malah
caj murah ditawarkan pusat urutan itu berbanding spa dan lokasi maksiat
lain menyebabkan bilangan pelanggan didapati bertambah saban hari. Kegiatan maksiat dianjurkan pusat urutan itu terbongkar selepas
Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menyerbu
dua premis itu serentak awal pagi semalam.
Dalam serbuan jam 1 pagi itu, 18 pelacur warga China dan Vietnam
berusia 19 hingga 25 tahun yang bertugas di premis itu diberkas.
Tiga: Tok Hwa berani dedah muka. Kosmo!
SENSASI... Tok Hwa hanya memakai cermin mata hitam semasa dia berada di luar mahkamah.
|
BALIK PULAU – Seorang wanita yang terlibat dalam penganjuran pesta
bogel di Pantai Teluk Kampi, Taman Negara Teluk Bahang di sini pada 30
Mei lalu berani mendedahkan mukanya dengan hanya memakai cermin mata
hitam di Mahkamah Majistret Balik Pulau di sini semalam.
Wanita tersebut, Chew Tok Hwa, 57, yang memakai baju berlengan
panjang dan seluar panjang hitam berjalan keluar tanpa menutup mukanya
selepas dia menghadiri sebutan semula kes pesta bogel itu yang berakhir
pada pukul 9.30 pagi.
Namun, sebelum Tok Hwa keluar, dia dan tiga lagi rakan tertuduhnya
yang terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki sanggup menunggu
lebih dua jam di dalam galeri awam di mahkamah berkenaan selepas sebutan
semula kes tersebut berakhir di komplek berkenaan bagi mengelak wajah
mereka dirakamkan oleh jurugambar.
Komen..
Samada kita suka atau tidak berita-berita begini, ia tetap melanda kita. Bolehkah kita gunakan isu-isu begini untuk kepentingan Islam? Di situlah perlunya kebijaksanaan dan kekreatifan umatnya dalam berda'i, menegakkan kebenaran dan kesabaran...
(Ibnu Hasyim)