Saturday, November 29, 2014

Dr Mashitah Mesti Mohon Maaf Kepada Artis Berhijrah.

 


(Foto: Aishah dan Abby Abadi dalam satu program di My Harakah Bazaar.)



MELAKA: Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mesti memohon maaf kepada semua artis-artis yang berhijrah dan mesti memberikan sokongan kepada semua artis yang telah dan akan berhijrah menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Mahani Othman Basir.

Menurutnya, tindakan Mashitah mengecam artis-artis yang berhijrah itu sebenarnya didorong oleh sentimen politik. Ini, katanya kerana ramai artis yang berhijrah menyatakan sokongan terbuka kepada PAS dan PR malah ramai yang membantu pada Pilihanraya Umum ke-13 lalu.


PAS kini telah berusia 63 tahun mempersadai perjuangan di medan dakwah, siasah dan tarbiah negara ini.

Ini, ujarnya kerana seolah-olah Umno dan Mashitah tidak setuju dengan tindakan mereka yang memakai tudung, memakai kopiah dan menyampaikan tazkirah dan ceramah dalam program-program yang melibatkan orang ramai.

"Kita sepatutnya menyokong dan memberi galakan kepada mereka kerana tindakan mereka berhijrah adalah sangat baik dan dialu-alukan. Dulunya mereka tidak menutup aurat, lalai, memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan, bila berubah kita pula tidak suka kepada mereka.
"Artis-artis kita yang berhijrah bukannya setakat berubah dari segi pakaian dan tingkah laku tetapi mereka juga menghadiri kelas-kelas agama, usrah dan program-program pendidikan agama bagi mendalami Islam," ujar Mahani. (IH)

Shahrizat Digesa Letak Jawatan -K/Umno Bhg Cheras


Shahrizat Abdul Jalil. 

KUALA LUMPUR: Ketika Presiden Umno menggesa ahli parti agar bersatu pada Perhimpunan Agung Umno, seorang Ketua Umno Bahagian melahirkan rasa kurang senangnya terhadap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Pada Jumaat, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dalam satu temubual bersama, Astro Awani telah menggesa Shahrizat meletakkan jawatan sebagai ketua sayap wanita Umno.

"Shahrizat harus melihat diri sendiri, kerana ada individu lain yang inginkan jawatan yang dipegangnya. Adalah tidk adil untuk beliau (Shahrizat) meminta jawatan Naib Presiden diberikan kepada sayap wanita.
"Dia mempunyai liabiliti. Maka, jalan terbaik adalah dengan meletakkan jawatan, isu ini akan berakhir," katanya kepada Astro Awani di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.

Sementara itu di blog peribadinya, Syed Ali menggesa Wanita Umno agar bersikap lebih realistik dan meletakkan agenda rakyat dihadapan berbanding mendesak agar mereka diberikan peranan yang lebih besar dalam parti.

Beliau berkata persoalan untuk memberikan jawatan penting diperingkat tertinggi kepimpinan parti tidak wajar menjadi perkara utama.

"Wanita Umno tidak harus menyatakan hasrat mereka. Ia ibarat memberikan tekanan dan menggesa presiden parti."

"Adalah lebih baik mereka yang membebankan parti keluar dan meninggalkan parti, termasuk mereka dalam Wanita Umno," katanya di blog peribadi beliau.
Sebelum ini, Syed pernah mempertikaikan cadangan agar kerusi Naib Presiden ditambah hanya kerana 89 peratus menyokong atau 171 daripada 192 bahagian menyokong Wanita Umno Bahagian seluruh negara.

"Cadangan tersebut hanya datang daripada mereka dan ia tidak dipersetujui oleh majoriti ahli parti."

"Mengapa anda perlu meminta pucuk pimpinan agar mempertimbangkan satu kerusi tambahan untuk Wanita Umno kerana ia akan hanya dipertandingkan dikalangan bagi sayap Wanita Umno sahaja.
"Jika anda meminta kerusi tambahan, ia akan menyebabkan parti terpaksa 'menyediakan' satu kerusi hanya untuk sayap Wanita. Saya menolak tanggapan Umno kejam dan tidak menghargai peranan wanita sebagai tulang belakang parti.

"Ya,...memang pada ketika ini tiada pemimpin wanita yang menjadi menteri penuh. Namun ahli sayap wanita perlu menanyakan soalan tersebut kepada Ketua Wanita Umno mengapa perkara sedimikian berlaku," ujar Syed Ali.
Ini bukan kali pertama Syed Ali mempersoalkan keupayaan Shahrizat memimpin sayap wanita dan beliau juga pernah menggesa bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meletakka jawatan dalam beberapa majlis kira-kira dua tahun lalu. (mStar)

Ini, Sampan Untuk Kambing Hadapi Banjir.

 Tiga ekor kambing diletakkan pada tempat yang terapung di Kampung Biak selepas kawasan itu dinaiki air pada 24 November. - Foto BERNAMA

IPOH: Jumlah mangsa banjir di Changkat Jong dekat Teluk Intan di sini, meningkat kepada 350 orang setakat pagi ini berbanding 327 orang malam tadi.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Hilir Perak Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata sebuah lagi pusat pemindahan banjir dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Degong yang menempatkan 23 mangsa banjir manakala di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong kekal 327 orang. (IH)

Bantulah Dia Yang Dizalimi Pemerintah..












KL: Walaupun telah dibebaskan dari tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting sejak lima tahun lalu, Abdul Jamal Azhari memerlukan sokongan kewangan bagi menyelesaikan proses mahkamah yang masih berlangsung di Manila, Filipina.

Beliau yang pada masa ini tinggal di Batu 19, Sandakan mempunyai lapan anak tetapi bergantung pada anak ketiga yang bekerja di pusat sembelihan ayam yang gajinya sekitar RM400 sebulan.
Isteri beliau, Norhatta Isnani pula dalam keadaan uzur sekaligus memerlukan bantuan dana daripada orang ramai yang prihatin bagi menampung kos rawatan serta keperluan hidup mereka sekeluarga.

Pada tahun 2008 lalu, Jamal yang ketika itu ditahan di Filipina dapat diziarahi anak-anaknya melalui sumbangan daripada orang ramai yang diusahakan oleh Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman. Jamal termasuk dalam kumpulan 13 bekas tahanan ISA yang dibebaskan Najib Abdul Razak apabila dilantik sebagai Perdana Menteri.

Beliau ditahan tanpa bicara pada 2006 atas dakwaan menganggotai Darul Islam juga dikaitkan dengan perjuangan umat Islam Selatan Filipina. Sumbangan orang ramai kepada keluarga Abdul Jamal Azhari boleh disalurkan terus ke dalam akaun HARAKAHDAILY DOT COM, Maybank 564070000336.

"Saya menyeru kepada orang ramai, bantulah keluarga malang ini. Mereka memang amat memerlukan sokongan dan bantuan anda," ujar Lutfi mewakili keluarga Jamal.

Sumbangan orang ramai sebelum ini dapat menyekolahkan anak-anak Abdul Jamal yang tidak pernah mendapat pendidikan formal di Madrasah Nurul Ihsan serta membaiki rumah usang didiami lapan beranak itu dengan lantai hampir reput dan pintu yang mudah ditolak begitu sahaja. - HARAKAHDAILY 28/11/2014

Indahnya Padang Bola Sepak Terapung Di Laut Thailand.

Lapangan unik yang mengambang di laut ini dibangun karena minimnya lahan untuk bermain sepak bola bagi warga Koh Panyee. 
Padang bola sepak di padang terapung di Desa Koh Panyee, Phang Nga, ThailandDibina kerana kanak-kanak tersebut tidak mempunyai tempat yang cukup untuk bermain bola sepak.

JOM KREATIF
Padang Bola Sepak Terapung di Thailand.
Padang bola terapung di laut ini dibina kerana minimumnya tanah untuk bermain bola sepak bagi warga Koh Panyee.
Lapangan unik yang mengambang di laut ini dibangun karena minimnya lahan untuk bermain sepak bola bagi warga Koh Panyee. 
Dua kanak-kanak bekerjasama mengambil bola yang jatuh ke laut menggunakan galah. Jika galah tersebut tak mampu menjangkau bola itu, kanak-kanak tersebut terpaksa berenang membantunya.
Lapangan unik yang mengambang di laut ini dibangun karena minimnya lahan untuk bermain sepak bola bagi warga Koh Panyee.
Pemandangan alam yang begitu indah di sekeliling padang terapung Desa Koh Panyee menambah semangat kanak-kanak ketika bermain bola sepak. Pembangunan padang unik ini merupakan idea dari nelayan tempatan.
Lapangan unik yang mengambang di laut ini dibangun karena minimnya lahan untuk bermain sepak bola bagi warga Koh Panyee.
Sejumlah kanak-kanak Desa Koh Panyee bermain di sekitar lapangan terapung. 

Sila lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Friday, November 28, 2014

Pengambilan Tanah, Tegakkan Keadilan -Dr Mohd Khairuddin




KL: Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengharapkan pengambilan tanah Kampung Banggol Donas diambil perhatian besar dan segera oleh Perdana Menteri demi menegakkan keadilan bagi rakyat sebagaimana dituntut oleh Islam kepada para pemerintah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus membuat gesaan itu dalam surat terbuka kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung isu tanah di kawasan Dun Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus itu.

Kandungan surat terbuka tersebut...

PM Tunduk Kepada Ektrimis Umno Kekal Akta Hasutan?







KL: "Apakah Perdana Menteri telah tunduk kepada golongan ektrimis dalam Umno yang mahukan Akta Hasutan ini dikekalkan?" tanya Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Justeru, beliau melahirkan rasa kesal dengan ucapan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno hari ini, bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan untuk penambahbaikan.

Menurutnya, pada 11 Julai 2012 Perdana Menteri yang juga Presiden Umno telah berikrar untuk memansuhkan Akta Hasutan dengan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional atas alasan Akta Hasutan tidak lagi releven.

"Bagaimana pada tahun 2014 ia menjadi releven pula?" tanya Ahli Parlimen Parit Buntar itu dalam satu kenyataan.

Katanya, sehubungan itu apabila Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang dibentuk sendiri oleh Jabatan Perdana Menteri, MPKN melalui Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar telah diminta oleh pihak Jabatan Perdana Menteri untuk memberi input kepada undang-undang baru bagi menggantikan Akta Hasutan.

Tambahnya, pihak Jawatankuasa Undang-Undang dan dasar telah pun menyediakan input dan mengadakan siri rundingan awam supaya undang-undang baru yang dinamakan RUU Keharmonian Nasional dapat disediakan.

Bahkan, ujarnya yang juga Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara draf tersebut sudahpun diserahkan kepada majlis penuh MKPN dan pihak Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Mujahid lagi, dengan memperkukuhkan Akta Hasutan, Perdana Menteri dalam ucapannya telah mengirimkan isyarat yang salah bahawa undang-undang penjajah itu perlu dikekalkan sedangkan suasana hari ini menuntut undang-undang negara lebih releven dan menepati zaman.

Secara substantif, kata beliau Akta Hasutan mempunyai tahap pembuktian yang rendah dan terdedah kepada salahguna kepada maksud menghasut dan mengancam sedangkan akta baru yang dicadangkan mengetatkan tahap pembuktian dan bagi memelihara pada waktu yang sama kebebasan bersuara.

"PAS dalam muktamarnya yang lalu turut meluluskan usul sebulat suara supaya Akta Hasutan dihapuskan dan digantikan dengan yang lebih baik untuk memelihara kepentingan keharmonian nasional," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Ternyata, kata beliau dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri itu membuktikan beliau adalah seorang tidak mempunyai pendirian tetap dan telah mungkir janji untuk memansuhkan Akta Hasutan seperti yang telah diikrarkannya sebelum ini. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Api Dalam Sekam, Berulangnya Perkauman Di AS

Sejarah berulang di Ferguson, kebencian tak mati-mati
Kerusuhan Ferguson. ©Reuters

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM 

ORANG sihat tak perlu terkejut dengan keputusan para juri di Bandar Ferguson, Negara Bahagian Missouri, Amerika Syarikat (AS), Isnin malam lalu. Polis berkulit putih Darren Wilson akhirnya dibebaskan dari segala tuduhan selepas dia menembak mati seorang remaja kulit hitam bernama Michael Brown pada 9 Ogos lalu.

Keputusan itu mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh AS, terutama oleh warga kulit hitam. Rusuhan melanda, rompakan berleluasa. Di Ferguson, kehidupan hanya boleh ada dua warna: kulit hitam atau kulit putih. Mujurlah, tragedi perkauman 13 Mei 1969 di Malaysia tidak berlanjutan begitu. Mungkin kerana Islamnya penguasa di sini.


Di Ferguson, dalam kajian YouGov.com dengan kerjasama laman Huffington Post yang dikeluarkan dua hari lalu, sebanyak 64 peratus responden berkulit hitam menyatakan Wilson bersalah kerana membunuh Brown dan harus dihukum. Hanya 22 peratus warga kulit putih mengatakan Wilson bersalah, seperti yang dilaporkan oleh madison.com, Rabu (26/11).

Dari pengundian itu juga diketahui, 76 peratus responden kulit hitam menilai penembakan Brown itu adalah sebahagian daripada cara polis melayan orang kulit hitam dengan tidak adil. Sedangkan hanya 35 peratus orang kulit putih mengatakan demikian.

Menurut kaji selidik dari Lembaga Pusat Penyelidikan Pew, sebanyak 80 peratus responden kulit hitam mengatakan kes ini menunjukkan betapa pentingnya isu perkauman di AS. Sedangkan hanya 35 peratus orang kulit putih menyatakan demikian.

Dari sudut gelap lain, memperlihatkan ketimpangan antara kulit putih dan kulit hitam di AS berlaku dalam pelbagai sektor kehidupan. Ketimpangan itu boleh menimbulkan kecemburuan sosial sehingga menyebabkan rusuhan dan jenayah, seperti yang terjadi di Ferguson.

Pada kaji selidik 2012 oleh Institut Penyelidikan Agama Awam menyatakan warga kulit hitam sekitar 20 peratus lebih sukar dalam mendapatkan hidup layak berbanding orang kulit putih. Termasuk dalam hal mendapat lapangan pekerjaan atau sekolah yang baik.

Kadar pengangguran orang kulit hitam dewasa berada pada angka 10.7 peratus pada Oktober lalu, atau hampir dua kali ganda dari rata-rata nasional. Sejumlah kalangan juga menilai, keputusan mahkamah di Ferguson itu menunjukkan masih bersemayam isu perkauman dalam sistem kehakiman di AS.

Perkauman dalam wujud institusi itu sentiasa berulang dalam setiap kes sejenis, meski waktu kejadiannya berjarak hampir enam dekad lalu.

Sejarah mencatat kes perempuan kulit hitam bernama Rosa Parks saat dilarang duduk di kerusi orang kulit putih di dalam sebuah bas di Montgomery pada 1955, mencetuskan gelombang tunjuk perasaan dan gerakan memperjuangkan hak-hak sivil dan kesaksamaan antara kulit hitam dan kulit putih.

AS mempunyai sejarah panjang kebencian kulit putih terhadap kulit hitam. Api perkauman ini akan terus membara, membakar, mendalam bagai api dalam sekam. Mungkin akan menjadi penyumbang besar ke arah tersungkurnya kerajaan super power itu di masa mendatang. 


Lihat juga..

 
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com        
28 Nov 2014 KL 


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

Jutawan China Bantu Penduduk Kampung. Ikut Budaya Islam?


Agensi - PERMANDANGAN kompleks kediaman mewah yang dibina Shuihua untuk penduduk kampungnya di Xiongkeng di wilayah Jiangxi, China.

BEIJING – Seorang jutawan merobohkan rumah-rumah usang milik penduduk di kampung halamannya di Xiongkeng di wilayah Jiangxi selatan China sebelum membina sebuah kawasan perumahan mewah untuk mereka.

Jutawan itu, Xiong Shuihua (gambar kecil), 54, berkata, dia membina kompleks kediaman mewah bernilai RM21 juta itu sebagai membalas jasa penduduk kampung yang sentiasa melayan keluarganya dengan baik.

Kompleks kediaman itu kini didiami kira-kira 72 keluarga, malah golongan warga emas dan penduduk miskin di situ turut diberikan makanan percuma tiga kali sehari.


Agensi - PENDUDUK warga emas dan miskin yang mendiami kompleks kediaman mewah itu turut diberi makanan percuma tiga kali sehari. 

Keluarga Shuihua hidup dalam kemiskinan ketika menetap di kampung berkenaan tetapi lelaki itu mula meraih kekayaan selepas membuka kilang besi.

“Saya kini memiliki terlalu banyak wang tetapi saya tetap ingat di mana saya membesar dan kesusahan keluarga saya hadapi sebelum ini.
“Saya mahu membalas jasa penduduk kampung ini kerana mereka pernah membantu saya dan keluarga saya ketika kami miskin dahulu,” katanya. – Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Inilah contoh orang kaya baik seperti yang dikehendaki oleh agama Islam, mengikut budaya Islam. Di zaman Nabi SAW ada Abdul Rahman bin Auf. Abu Bakar juga kaya harta sebelum menjadi Khalifah Islam. Itu sebab Islam memaksa penganutnya membayar zakat kepada orang miskin. Ada juga sedekah, dam, kafarah, nazar, derma dan lain-lain untuk orang miskin.

Shisha Diharam Di S'pura Berkuat Kuasa Jumaat

Shisha diharam di Singapura berkuat kuasa Jumaat
Pengedar dan penjual diberi masa secukupnya untuk menghabiskan stock mereka

SINGAPURA: Singapura mengharamkan pengedaran dan penjualan shisha berkuat kuasa Jumaat, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Khamis.

Pengharaman tersebut adalah mengikut Peraturan Larangan Produk Tembakau di bawah Seksyen 15 Akta Tembakau (Kawalan Pengiklanan dan Penjualan).

Bagaimanapun, sebagai langkah peralihan, lesen pengimport tembakau dan peruncit yang mengimport dan menjual tembakau shisha akan diberi kebenaran meneruskan import dan jualan tembakau shisha sehingga 31 Julai, 2016.

Kementerian itu berkata ia bagi memberi masa yang secukup untuk mereka menghabiskan stok serta menstrukturkan semula perniagaan, sekali gus meninggalkan perniagaan shisha.

Sesiapa yang melanggar larangan itu, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksium S$10,000 (RM25,763) atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua sekali dan atas kesalahan susulan, denda maksimum adalah $S20,000 (RM51,561) atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya sekali. (IH/aa)

Mengejutkan! Anwar Tawar RM100J Dapatkan 10 MP Sabah Keluar Parti?


"Saya ditawarkan RM100juta untuk dapatkan 10 MP Sabah keluar parti" - Anifah

Dalam pendedahan di mahkamah dan mengejutkan... Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu bahawa seorang ahli korporat dan diketahui ramai kawan rapat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menawarkan kepadanya RM100 juta untuk membawa 10 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah melompat parti.

Anifah, 61, berkata, rakan Anwar iaitu bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif KFC, Datuk Ishak Ismail telah mendekatinya ketika dia sedang merokok bersama Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee dan yang lain untuk membuat tawaran itu di Hotel Hilton KL Sentral pada Mei 2008.

"Saya terperanjat dan marah. Saya rasa terhina kerana telah berkhidmat untuk Barisan Nasional sebagai ahli perlimen selama tiga penggal. Saya beritahu Ishak, 'jangan sekali-kali diulang kata-kata itu'." katanya ketika memberi keterangan berhubung saman RM100 juta yang difailkan Anwar terhadapnya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Beliau menjawab soalan yang diajukan paguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.
"Saya menyatakan dalam ucapan di parlimen pada Mei 2008 bahawa saya kecewa dengan kerajaan persekutuan (bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi) kerana tidak memberi pengiktirafan kepada MP daripada Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun, saya nyatakan di parlimen pada ketika itu bahawa, walau kecewa dengan kedudukan itu dan BN tewas lima negeri, saya tidak akan berpaling tadah,” katanya.

Anwar memfailkan saman terhadap Anifah @ Haniff Amman berikutan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah yang dibuat beliau di luar negara.

Anifah akan memanggil tiga orang saksi iaitu Datuk Raime Unggi yang juga Ahli Parlimen Tenom; bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee; dan Duta Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang juga bekas Ahli Parlimen Bayan Baru.

Beliau berkata, semua mereka telah mengemukakan pernyataan saksi kepada mahkamah.
Sebelum ini, seorang lagi peguam Anifah, Jefrrey John memberitahu, lima lagi saksi akan disapina untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes saman itu dan mereka termasuk Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee.

Anifah didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah mengenai Anwar pada satu sidang berita di Washington bersama bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton. Beliau memberitahu wartawan yang Anwar menawarkannya jawatan timbalan perdana menteri sekiranya beliau membawa ahli Parlimen dari negeri itu bagi menumbangkan kerajaan BN yang memenangi 140 kerusi dalam pilihan raya umum 2008.

Dalam kenyataan tuntutannya, Anwar mendakwa kenyataan Anifah itu tidak berasas dan cuai serta mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa. Anifah berkata, Ishak sebelum ini ada menemuinya untuk mendapatkan ahli Parlimen melompat parti ke Pakatan untuk menawan Putrajaya tetapi beliau menolak.

“Pada hari itu tidak terduga dia mendekati saya di hotel ketika saya di situ menghisat cerut,” katanya.

Terdahulu, ketika disoal oleh Shafee, Anifah berkata Anwar ada bercakap dengannya mengenai perkara sama menerusi telefon bimbit seorang lagi ahli perniagaan, Tony Vun, sejurus beliau mendarat di Lapangan Terbang Tambang Murah di Sepang.

Anifah berkata beliau baru tiba dari Macau. “Vun kemudian beritahu saya Anwar mahu bercakap dengan saya kerana saya ada pengaruh ke atas beberapa ahli Parlimen dari UMNO, Parti Bersatu Sabah dan Parti Progresif Sabah,” katanya.

Anifah, yang juga timbalan menteri dari 1999 hingga 2008 berkata, beliau menolak jawatan yang sama daripada perdana menteri pada masa itu Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas tamat pilihan raya umum.

“Saya kritikal terhadap pelantikan Kabinet kerana Sabah tidak diberi keutamaan. Malah, seorang pemimpin daripada UMNO Selangor dilantik senator dan menteri,” katanya.

Anifah berkata, sebelum ini beliau ada berkata tidak mengapa lompat parti jika wujud ketidakadilan dalam pengagihan jawatan.

“Bagaimanapun, saya ada menyatakan saya tidak akan melompat parti,” katanya.

Katanya, Anwar memikatnya kerana umum tahu beliau ada pengaruh kepada lebih 10 ahli Parlimen dari Sabah dan mereka akan mengikutnya walau apa pun beliau buat. Anifah berkata hingga ke hari ini Anwar masih menaruh harapan untuk jadi perdana menteri tetapi tidak mempunyai jumlah politik yang cukup.

“Untuk mengubah kerajaan dia perlu ada majoriti mudah. Saya adalah sasarannya untuk mencapai cita-citanya,” katanya.

Pada 2008, Pakatan memperolehi 82 kerusi dalam Dewan Rakyat sementara BN ada 140 kerusi.
Anwar dikatakan mendekati 30 ahli Parlimen BN untuk menjayakan lompatan besaran-besaran16 September (2008) dan menawan kerajaan persekutuan BN.

Pada 27 Ogos, peguam Anwar Razlan Hadri telah menggulung kesnya selepas memanggil Anwar yang juga satunya saksi, untuk memberi keterangan.

Sebelum ini Anwar mengemukakan saman fitnah bagi RM100 juta terhadap Anifah dan Kerajaan Malaysia kerana mendakwa kenyataan menteri itu pada sidang media di Washington yang dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu, Hillary Clinton, telah mencemarkan nama baiknya.

Ketua Pembangkang itu mendakwa Anifah menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak layak untuk memegang sebarang jawatan politik atau apa-apa jawatan dan berbahaya kepada masyarakat Malaysia.

Anwar juga mendakwa bahawa kenyataan defendan yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing, telah menimbulkan fitnah terhadap perwatakannya dan secara langsung dan tidak langsung menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan rasuah.-27/11/2014 (AD)

3 Sebab BN Kalah Di S'gor -Wakil UMNO S'gor.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 di PWTC Kuala Lumpur padapagi 27 November 2014. Foto: NOOR ASRIEYKUZAIREY SALIM.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 di PWTC Kuala Lumpur padapagi 27 November 2014

Kekalahan Barisan Nasional (BN) di Selangor selama dua penggal dari tahun 2008 boleh merebak ke negeri lain jika UMNO lalai dan tidak berada dalam keadaan siap siaga.

Wakil UMNO Selangor yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail berkata, kekalahan BN Selangor disebabkan tiga faktor iaitu kesilapan pucuk kepimpinan memilih calon bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri, dua nakhoda satu kapal dan pengundi Melayu ‘dicuri’ pihak tertentu dengan memindahkannya ke bahagian atau negeri lain.

Kata beliau, isu dan kesilapan itu telah meletakkan Selangor dalam keadaan sukar untuk memulihkan semula seperti sebelum tahun 2008.

“Walaupun Pakatan Rakyat (PR) Selangor lebih retorik dalam pentadbirannya sejak lima tahun lalu tetapi UMNO dan BN masih berdepan dengan kesukaran untuk menembusi kubu kuat pembangkang,” katanya berucap menyokong ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung AMNO 2014 di PWTC di sini hari ini. (MG)

Isu Pampasan RM2.6 Juta MBI Dibentang Minggu Depan

KUALA LUMPUR: Laporan penuh audit melibatkan ganjaran kepada bekas kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) akan dibentangkan dalam Dewan Negeri Selangor (DNS) pada minggu hadapan.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan terlebih dahulu bersidang pada pagi esok sebelum persidangan dewan bermula, lapor Selangor Kini.

Adun Bukit Antarabangsa itu menambah, kebenaran MMKN diperlukan sebelum sesuatu laporan dibentangkan dalam DNS.

Jelas beliau, berdasarkan laporan audit berkenaan banyak perkara boleh dibangkit dan dibahaskan.

Antaranya, kata beliau persoalan mengapa perlu dipecat sedangkan yang berundur hanyalah pengerusi MBI sahaja, yang lain tidak.

“Tetapi mereka pilih dipecat untuk memperoleh ganjaran, jika meletak jawatan mereka pula yang kena bayar tiga bulan gaji,” katanya.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-95: S'gor 'MB remote-control'?
E-Buku IH-95: S'gor 'MB remote-control'?

Najib Kekal Akta Hasutan, Kita Tetap Lawan - Mohd Sabu


KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pendirian apabila menegaskan Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, Perdana Menteri itu tidak mempunyai kekuatan untuk memberi dan melakukan perubahan walaupun beliau telah berjanji dengan rakyat untuk memansuhkan akta tersebut.

"Janji dia sebelum ini hanya untuk melunakkan sahaja, Najib tidak kuat. Tidak ada pendirian. Macam isu ISIS dulu pada awalnya dia sokong, sekarang buat auta, tidak ada pendirian!" tegas Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.

Beliau juga percaya Akta Hasutan itu gagal dimansuhkan kerana ia satu-satunya akta yang menjadi senjata untuk menyelamatkan Umno.

"Akta untuk Umno semata-mata, bukan untuk rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS tidak sekali mengalah dan akan tetap melawan akta itu yang sering disalahgunakan oleh Umno BN.

"Kita tetap akan lawan. Kita akan buat gerakan seperti kita gerakan rakyat menentang ISA dan juga Akta Polis sehingga kerajaan beralah dan memansuhkan Akta Hasutan," katanya.

Hari ini, pada Perhimpunan Agung Umno Najib berkata Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bagi menguatkan dan memperkukuhkan akta itu.

Presiden Umno itu juga berkata kedua-dua peruntukan khas itu bertujuan melindungi kesucian Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Reaksi pendirian itu, membuatkan 2,752 perwakilan berdiri dan bersorak sebagai tanda menyokong keputusan Presiden parti Melayu terbesar di negara ini yang kini dianggotai 3.47 juta orang.

Sebelum ini Najib Tun Razak dilaporkan telah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan pada 11 Julai 2012 dan sekali lagi pada 3 Julai 2013. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Thursday, November 27, 2014

UMNO Hapuskan Tulisan Jawi, Perjuangan Melayu/Islam Apa?




KOTA BHARU: Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid menyifatkan pemansuhan tulisan jawi pada 1960-an menyebabkan semakin ramai orang Melayu tidak mampu membaca tulisan jawi.

Kesannya, kata Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) majalah Pengasuh yang diterbit sejak 1918 dalam tulisan jawi tidak popular berbanding majalah lain.

“Inilah kemalangan yang besar menimpa tamadun orang Melayu apabila tulisan jawi dimansuhkan Menteri Pelajaran ketika itu.

“Pemansuhan itu menyebabkan beberapa majalah yang diterbit dalam tulisan jawi seperti Pengasuh dan Dian terjejas di pasaran.

“Kalau diambil kira dalam aspek perniagaan mereka boleh mengemukakan saman terhadap kerajaan kerana memansuhkan tulisan jawi,” katanya ketika membentang kertas kerja pada Wacana Majalah Pengasuh di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.

Wacana itu diajur Majlis Agama Islam dan Adat Istidat Melayu Kelantan (Maik) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dua lagi kertas kerja dibentang Zaidi Hassan dari Perpustakaan Islam Dar Nur al-Zahra' dan Dr Ahmad Faisal Abdul Hamid.

Hadir sama Mufti Kelantan, Datuk Mohd Sukri Mohamad, Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Serpuddin Mohamad, mantan Ketua Pengarah DBP, Datuk A Aziz Deraman, Pengarah Yayasan Islam Kelantan Tengku Azmi Tengku Jaffar.

Dr Mahmood Zuhdi berkata, tulisan jawi dimartabatkan semula pada era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan mewujudkan pengajian Jawi, al Quran, Arab dan Fardhu Ain (J-QAF) di sekolah-sekolah rendah.

“Sejak J-QAF diperkenalkan semakin ramai pelajar yang boleh membaca dan menulis tulisan jawi. Bagaimanapun selepas Pak Lah tidak lagi menjadi ketua kerajaan, J-QAF tidak lagi berkembang sehingga ke peringkat sekolah menengah,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Konon UMNO perjuangkan bangsa Melayu/Islam. Menghapuskan tulisan jawi, tulisan dari huruf-huruf Al-Quran, perjuang Melayu Islam apa begitu?

Pertikai Artis Berhijrah, Wan Aishah Jawab Dr Mashitah.



HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: "Kami bukan cerita bidang hukum hakam, kami cerita pengalaman kami untuk dijadikan iktibar," demikian luah bekas penyanyi 'Janji Manismu' Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah.

Beliau yang kini sebagai Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan & Rekreasi Muslimat PAS Pusat mengakui malu untuk menceritakan kejahilan di masa lepas namun sekiranya perjalanan hidup itu menjadi insipirasi menuju kepada kebesaran Allah ia harus disampaikan.

Tambahnya, artis mempunyai peminatnya tersendiri dan mungkin ada sesetengah mereka tidak mempeduli kata-kata dan nasihat ustazah.

"Jangan kecam niat baik kami, sama-samalah didik kami. Dakwah tanggungjawab kita bersama," katanya sebagaimana dipetik di laman Facebooknya.

Bagaimanapun beliau melahirkan rasa kecewa apabila ada mereka yang berilmu agama tinggi pula menyelar kegiatan dakwah artis-artis yang berhijrah ini.

Semalam, perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dengan lantang mempertikaikan kewujudan artis yang berhijrah menjadi ustaz dan ustazah ekspres terutama yang berada dalam PAS.

"Seperti penyanyi dan rokers menjadi ustaz, artis pakai tudung dipanggil ustazah. Kewujudan ramai ustaz ekspres dan ustazah jadian yang asal pelakon penyanyi dan rokers masuk PAS, celaru keadaan," kata Mashitah ketika berucap pada persidangan Wanita Umno. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Tolak Diperkosa 8 Pemuda, Gadis Ini Dibakar.

Menolak diperkosa, gadis India tewas dibakar enam pemuda
Demo menolak pemerkosaan di India. ©Reuters

Gadis remaja asal utara India menghembuskan nafas terakhir selepas seminggu terakhir cedera parah kerana dibakar hidup-hidup. Pelakunya adalah enam lelaki yang berusaha memperkosa perempuan nahas itu.

Insiden ini diungkap polis setempat melalui stesen televisyen Channel News Asia, Rabu (26/11). Peristiwa keji tersebut terjadi di Desa Shahjahanpur, 277 kilometer, sebelah tenggara New Delhi, Ibu Kota India.

Pegawai setempat langsung menangkap empat lelaki usai menyerang gadis 15 tahun itu. Sedangkan dua lagi masih diburu. Gadis itu diperkosa ketika baru keluar dari rumahnya di Uttar Pradesh, 16 November lalu.  


"Keluarga melapor ada enam orang yang menariknya ke dalam rumah lalu berusaha mencabuli gadis itu," ujar Ketua Polis Uttar Pradesh RK Sahu.

Kerana melawan selama dicabuli, pelaku lantas menyiram tubuh wanita itu dengan minyak tanah lalu membakarnya hidup-hidup. Gadis itu sempat dibawa ke rumah sakit, namun nyawanya tidak tertolong setelah dirawat enam hari.

Polis berjanji mengejar dua pelaku yang masih diburu. "Pelaku semua berasal dari kampung yang sama dan kasta yang sama dengan gadis itu," ujar Sahu.

Insiden ini menarik perhatian seluruh India. Pegiat perempuan menuntut polis mengerahkan usaha terbaik untuk menyelesaikan kes tersebut. Di India kerap muncul kes penderaan dan keganasan seksual parah pada perempuan. Data Julai 2014 menunjukkan setiap hari ada laporan 54 kes rogol. Ertinya, setiap setengah jam muncul usaha gangguan perempuan di negara asal Bollywood itu.

Lembaga Hak Asasi Komanwel (Chri) mencatat, selama 2001-2013 ada 2.6 juta kes kekerasan seksual dengan korban kaum hawa di India. Trend aksi keji itu meningkat 5.3 peratus selama 13 tahun terakhir.

Salah satu yang paling teruk adalah pada 2012, apabila seorang mahasiswi diperkosa di atas bas, lalu dibuang sampai meninggal. Kejadian itu mencetuskan gelombang protes di seluruh Negeri Sungai Gangga itu


Kalau mereka negara umat Islam, elok dicadangkan supaya laksanakan sistem undang-undang jenayah Islam atau disebut juga 'hukum hudud', seperti dilaksanakan di negara Arab Saudi yang jelas berjaya  menangani masalah pemerkosaan. (IH)

Lihat sebelun ini..
E-Buku IH-64: Rogol Di India
E-Buku IH-64: Rogol Di India

Bukan Konsep Negara Islam Ancam Negara Tetapi...



GAMBAR pembunuhan beramai-ramai dan kekejaman militan Islamic State turut dilampirkan dalam kertas putih yang dibentangkan di Parlimen semalam. 
 
KUALA LUMPUR – Kerajaan semalam melahirkan kebimbangan dengan kepakaran membuat bom dan latihan ketenteraan yang dipelajari rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan militan Islamic State (IS) ketika berperang di negara-negara bergolak kerana mereka dikatakan mampu melancarkan serangan pada bila-bila masa sekembalinya ke negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kepulangan rakyat Malaysia yang menyertai IS dan pernah berperang di kawasan konflik Syria dan Iraq sememangnya meningkatkan risiko keselamatan kepada negara.

“Lebih menakutkan lagi, dengan pengalaman yang mereka ada, taktik peperangan yang mereka miliki, militan-militan ini berupaya melakukan aktiviti pengganasan secara bersendirian.
“Dengan kepakaran keten­teraan dan kemahiran membuat bom yang diperoleh di Syria, mereka juga berpotensi melancarkan serangan pada bila-bila masa sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan yang besar kepada harta awam,” katanya.


Najib berkata demikian semasa membentangkan kertas putih bertajuk Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State di Dewan Rakyat semalam.

Kertas putih setebal 19 muka surat itu mengandungi sembilan bab dan disertakan lampiran gambar-gambar yang menunjukkan kekejaman anggota IS memenggal, menembak dan mengelar orang awam. Turut dimuat dalam kertas putih itu ialah gambar lima rakyat Malaysia yang terbunuh ketika berperang di Syria.

Mengulas lanjut, kata Najib, kerajaan juga khuatir jika anggota IS itu mewujudkan semula sel-sel pengganas dan membentuk jaringan dengan kumpulan militan sedia ada di dalam negara dan serantau seperti kumpulan Abu Sayyaf di Kepulauan Mindanao, Filipina.

“Oleh sebab kawasan operasi kumpulan Abu Sayyaf ini amat hampir dengan pantai timur Sabah, ia akan meningkatkan risiko keselamatan di kawasan itu. Sekarang dipercayai terdapat lima orang suspek Malaysia yang dipercayai masih bersembunyi di selatan Filipina.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bukan konsep Negara Islam yang diperjuang oleh Parti Islam Malaysia (PAS) ancam negara, tetapi menurut PM ialah kumpulan militan Islamic State (IS) seperti yang disebutkan. PAS parti berdaftar di Malaysia, orang Islam wajib sokong.
(IH)

AS: 2,000 Askar Kawal Rusuhan Kaum Ganas Di Ferguson

Lebih 2,000 askar dikerah ke bandar Ferguson di mana tercetusnya rusuhan perkauman kelmarin

FERGUSON, Missouri – Seramai 2,000 askar Pengawal Kebangsaan dihantar ke bandar ini bagi membantu pihak polis mengawal bantahan ganas yang tercetus selepas jemaah juri membebaskan seorang anggota polis menembak mati seorang remaja kulit hitam pada 9 Ogos lalu.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama merayu supaya lebih banyak dialog diadakan dan Peguam Negara AS pula berjanji siasatan ketat oleh pihak Persekutuan berhubung pembunuhan remaja kulit hitam, Michael Brown, 18.

Pihak polis berkata, keadaan di bandar ini kembali tegang kelmarin apabila kumpulan penunjuk perasaan membakar sebuah kereta peronda polis dan pihak berkuasa di negeri Missouri terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

Kumpulan penunjuk perasaan kemudiannya bertempur dengan polis yang menyembur mereka dengan serbuk lada.

Bagaimanapun, seorang jurucakap polis berkata, jumlah penunjuk perasaan berkurangan berbanding hari sebelumnya di mana kumpulan perusuh membakar berpuluh-puluh kereta dan beberapa premis perniagaan.

Tunjuk perasaan terburuk itu yang turut berlaku di beberapa buah bandar di AS selepas jemaah juri membebaskan seorang anggota polis berkulit putih, Darren Wilson yang menembak mati Brown meskipun remaja itu tidak bersenjata. – Reuters

Lihat..

Isteri, Jangan Ada Sifat Ini.. (1)

MUDAH untuk jadi isteri solehah. Nak jadi isteri derhaka pun mudah juga. Ini sifat-sifat isteri derhaka. Jangan ada sifat-sifat ini..

1. Banyak keluh kesah

Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup, dan lain-lain. Tak redha dengan pembelaan dan aturan yang diberikan suami. Hanya ingin memenuhi kehendak nafsu saja, tanpa memperhatikan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Suka mengungkit

Kalau suami melakukan perkara yang tak berkenan untuknya, maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Ia sangat senang membicarakan suami: tak ingat budi, tak bertanggungjawab, tak sayang, dan macam-macam. Padahal suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.


3. Membandingkan-bandingkan suami

Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami atau lelaki lain. Ia tak redha dengan suaminya sendiri.

4. Suka memaksa

Bila mahukan sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan pelbagai ancaman: Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami, dan lain-lain. Suami dibuat seperti hambanya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Sibuk bersolek

Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai dan lain-lain hingga lalai dengan ibadah-ibadah terhadap Allah SWT, seperti solat, zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak, dan lain sebagainya.

6. Banyak bercakap, menggosip

Siang malam, pagi petang asyik menggosip terus. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar di matanya. Kini bergosip bukan sahaja bercakap di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internetdan macam-macam cara yang lain. Naudzubillah!


Hanya sekadar ingatan dalam menuju keredaan Allah SWT. 

(IH)

Lihat siri amalan ibadat..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..

Perempuan Tidak Sama Dengan Lelaki -PM Turki

Perdana menteri Turki: Perempuan tidak setara dengan laki-laki
Recep Tayyip Erdogan. ©www.ibtimes.com

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan semalam mengatakan kaum perempuan tidak setara dengan kaum lelaki. Erdogan mengatakan itu dalam mesyuarat membincangkan hak-hak wanita bersama Persatuan Perempuan dan Demokrasi Turki.

Perdana menteri beraliran Islam konservatif itu juga berkata kumpulan feminis tidak memahami nilai-nilai keibuan.

"Perempuan tidak boleh mengerjakan semua hal yang boleh dilakukan lelaki, tidak seperti zaman komunis dulu," kata dia, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Isnin (24/11).

Katanya, perempuan perlu diperlakukan sama di hadapan hukum tapi tidak dalam kehidupan bermasyarakat sehari-hari.

Erdogan dikenali dengan pandangan-pandangan yang ingin melaksanakan undang-undang syariah dalam kehidupan peribadi rakyat, dari mula soal perempuan hingga ke jumlah anak yang patut dimiliki kaum perempuan, serta soal pengguguran.

"Agama kita memberikan darjah bagi kaum hawa. Apakah darjah itu? Keibuan. Keibuan adalah sesuatu yang istimewa dan itu derajat yang paling mulia," kata dia.

"Ada yang paham soal ini, ada juga yang tidak. Sampaikan perkara ini kepada kaum feminis kerana mereka tidak menerima konsep keibuan. Mereka tidak peduli soal ini."  (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails