Saturday, December 13, 2014

Pemerintah Komunis Urumqi Larang Burqa Untuk Muslimah Xinjiang

Pemerintah Komunis Urumqi Larang Burqa untuk Muslimah Xinjiang
Pemerintah Komunis Urumqi Larang Burqa untuk Muslimah Xinjiang

Xinjiang: Para pemimpin Partai Komunis di ibukota provinsi Xinjiang menyetujui larangan memakai burka pada pertemuan Komisi Pengarah pemerintah, Khamis (11/12). Ibukota propinsi Xinjiang yang secara etnis terbelah telah melarang penggunaan burka yang biasa digunakan perempuan Muslimah di tempat umum.

Media pemerintah Komunis di Urumqi melaporkan hari Khamis (11/12), para pemimpin Partai Komunis setempat menyetujui larangan mengenakan burka ini pada pertemuan Komisi Pengarah pemerintah. Pihak Komunis di Xinjiang telah melakukan semakin banyak larangan menyangkut kehidupan seorang Muslim.

Ratusan orang terbunuh dan dipenjara pada beberapa tahun terakhir akibat aksi kejam pemerintah komunis dan berujung pada perlawanan orang-orang tertindas di Xinjiang. Pemerintah telah melancarkan aksi penumpasan itu berskala luas, dengan mengeksekusi puluhan dan memenjarakan ratusan orang sepanjang tahun ini.

Sementara itu di Beijing, Turki menawarkan perlindungan bagi 200 Muslim Uighur yang selalu tertindas di Xinjiang. Namun pemerintah Beijing marah dan menolak tawaran itu. Hua Chunying, jurucakap Kementerian Luar Negeri China, mendesak Turki tidak ikut campur dalam urusan 200 Muslim Uighur yang ditahan polisi Thailand.

“Kami mendesak Turki tidak ikut campur,” ujar Chunying. “Berhati-hatilah dengan perkataan dan tindakan.”
Turki Tawarkan Perlindungan untuk Muslim Uighur, Pemerintah China Ngamuk
Turki Tawarkan Perlindungan untuk Muslim Uighur,
Polis Thailand menemui sekelompok warga Tiongkok, Mac lalu. Mereka adalah orang Uighur namun berbicara dalam Bahasa Turki. Mereka lari dari kampung halamannya akibat diskriminasi pemerintah China terhadap kaum muslimin. (IH)

Dia Ini, Pemilik Akaun Twitter Pro ISIS.

Gambar yang dimuatkan pada akaun Twitter @ShamiWitness


IDENTITI dan lokasi individu tidak dikenali yang mengendalikan akaun Twitter pro kumpulan militan Negara Islam dan Syria (ISIS) yang begitu berpengaruh kini terbongkar. Lelaki itu dikenali sebagai Mehdi dan bekerja sebagai eksekutif di Bangalore.

India Today melaporkan, dia dipercayai individu yang berselindung di sebalik nama akaun Twitter @ShamiWitness yang mempunyai lebih 17,700 pengikut dengan tweet yang dilihat mencecah dua juta setiap bulan.

Laporan Channel 4 News pula bagaimanapun tidak mendedahkan nama sebenar Mehdi kerana lelaki itu mendakwa nyawanya akan terancam jika identitinya diketahui umum. Selain itu, laporan itu juga menyebut Mehdi tidak dapat meneruskan hasrat untuk menyertai IS kerana dia adalah sumber kewangan utama keluarganya.

"Jika saya berpeluang meninggalkan segala-galanya dan menyertai kumpulan itu sudah pasti saya akan lakukannya, tetapi keluarga lebih memerlukan saya di sini."
 
Menggunakan akaun @ShamiWitness, dia mentweet video pembunuhan beramai-ramai tentera Syria dan petugas perubatan, Peter Kassig lima kali dalam masa seminit sebaik ia dimuatnaik ke internet. (IH)

Unsur Rasuah Dalam Mengatur Keputusan Perlawanan? -Le Hung Dung

Vietnam syak wujud unsur mengatur keputusan perlawanan 

Skuad bola sepak negara berjaya mara ke pentas final Piala AFF Suzuki 2014.

SUKAN
KL: Vietnam mengesyaki terdapat unsur mengatur keputusan perlawanan susulan kekalahan pasukan kebangsaan mereka dalam pusingan kedua Piala AFF Suzuki malam tadi.

Pengerusi Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF), Le Hung Dung dipetik dalam satu laporan oleh Thanh Nien News sebagai berkata tidak mungkin prestasi pertahanan pasukan negara tersebut jatuh dengan begitu mendadak.

Hung dung turut mengarahkan satu siasatan menyeluruh, terutama pada bahagian pertahanan, dilakukan. Antara lain, beliau tidak menolak terdapat unsur mengatur keputusan perlawanan.

Bukan sahaja VFF,  malah terdapat penyokong Vietnam yang berasa wujud unsur rasuah dalam perlawanan tersebut. Isu ini dibangkitkan selepas seorang pemain liga Vietnam dihukum penjara 30 bulan pada Ogos lalu selepas didapati bersalah mengatur keputusan perlawanan.

Manakala jurulatih pasukan, Toshiya Miura tidak pasti mengapa prestasi anak buahnya begitu merosot.

“Saya tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Yang pasti bahagian pertahanan banyak melakukan kesilapan dan begitu juga bahagian serangan,” katanya kepada Thanh Nien sejurus selepas perlawanan tamat.

Miura memberitahu, kegagalan Vietnam untuk mara ke final akan ditanggung olehnya.

“Sebagai jurulatih, saya memikul tanggungjawab sepenuhnya ke atas kegagalan ini. Melihat peminat Vietnam yang memenuhi ruang stadium, saya sedar akan harapan mereka. Saya minta maaf kepada semua peminat pasukan Vietnam” jelas Miura.

Sementara itu, di sosial media, mesej bergambar kononnya surat khabar Vietnam menggunakan tajuk utama ‘Tiger Eat Us At Home’ mula tersebar. Namun, itu hanyalah khabar angin apabila hakikatnya, itu bukanlah tajuk utama yang digunakan akhbar di Vietnam.

Pada Khamis, skuad bola sepak negara berjaya mara ke pentas final Piala AFF Suzuki 2014 selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 5-4 pada perlawanan separuh akhir kedua. (IH)

RM780,000 Untuk Bebaskan Mangsa Culik


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Salehudin Abdul Rahman (kiri) bersama Sai Chuin dan isterinya Pek Nyen. Turut bersama mereka Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Zain (kanan).


KOTA KINABALU: Kira-kira 10 juta peso (RM780,000) dipercayai telah diserahkan kepada kumpulan Abu Sayyaf untuk membebaskan penternak ikan di Kunak, Chan Sai Chuin, Selasa.

Sumber Filipina di pulau Jolo, di mana Sai Chuin telah ditahan selama 177 hari berkata perunding menyerahkan wang kepada kumpulan sub Abu Sayyaf, yang dikawal oleh Sawadjan bersaudara dan diketuai oleh Al-Habsi Misaya.

Mereka berkata wang tebusan sebanyak 30 juta peso (RM2.34juta) yang dituntut pada mulanya telah dikurangkan.

"Anda juga perlu mengambil kira perbelanjaan operasi dan wang untuk dibayar kepada utusan, pegawai-pegawai tempatan dan pemimpin puak yang berlainan bagi mendapatkan laluan selamat," kata seorang sumber yang tidak mahu dikenali.

Difahamkan kira-kira 10 juta peso atau lebih telah sampai ke tangan kumpulan terbabit untuk Sai Chuin dilepaskan. Dipercayai kumpulan Sawadjan telah menahannya di pulau Jolo. Sai Chuin telah diculik dari sebuah sangkar ikan di Kunak pada 16 Jun.

Dia pada mulanya dijangka akan dibebaskan bersama-sama dengan seorang lagi tebusan Malaysia, Konstabel Zakiah Aleip, 26, yang telah diculik dari pulau Mabul pada 12 Julai.

Bagaimanapun, sumber itu berkata rundingan untuk melepaskan Zakiah ini terhalang disebabkan tiada kesepakatan berhubung jumlah wang yang diserahkan. Menurut sumber itu, rundingan untuk Zakiah telah disambung semula dan 'persoalannya adalah wang'. (mStar)

Friday, December 12, 2014

Sidang15 Ogos 1945 Dr Burhanuddin PM Tanah Melayu.


Dr Burhanuddin Al Helmy

KOTA BHARU: Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada pada persidangan 15 Ogos 1945 merancang menubuh kabinet yang diketuai Dr Burhanuddin Al Helmy (gambar) apabila Tanah Melayu dimasyhurkan merdeka.

Tokoh PAS  itu dipersetujui dilantik sebagai Perdana Menteri, manakala anggota-anggota lain kabinet yang disenarai termasuk Dato’ Abdul Rahman Yassin, Dato’ Abu Samah Ali dan Dato’ Onn Jafar.

Veteran PAS, Subky Abdul Latif berkata, bagaimanapun kabinet yang dirancang itu tidak menjadi kenyataan kerana Jepun menyerah kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh tentera Bersekutu.

Bagaimanapun menurut Dr Mohamad Muzammil Mohamad Noor dari USM, nasionalis Indonesia ketika itu tergesa-gesa mengisytiharkan kemerdekaan Negara itu pada  17 Ogos 1945 iaitu dua hari selepas Jepun menyerah kalah.

"Sebelum itu Dr Burhanuddin bersama Ibrahim Yaakub, Ustaz Abu Bakar Bakir, Hanif Sulaiman dan beberapa lagi pemimpinn Melayu membincangkan kemerdekaan Tanah Melayu oleh Jepun.
"Jepun memaklumkan untuk menyerah kemerdekaan serentak kepada Tanah Melayu dan Indonesia pada 17 Ogos 1945.  Jepun juga mengarah pemimpin Melayu membentuk kabinet pentadbiran Tanah Melayu dan mewujudkan KRIS.
"Sebagai persediaan ke arah itu pada 13 Ogos 1945, Dr Burhanuddin bersama Ibrahim Yaakub bertemu Sukarno dan Dr Mohamad Hatta di Taiping, Perak ketika dalam  perjalanan pulang menemui Field Marshal Jepun di Saigon,” kata Subky di Kota Darulnaim, 11 Disember lalu.

Subky membentang kertas kerja pada seminar Pemikiran dan Ketokohan Dr Burhanuddin Al Helmy sempena ulang tahun ke-63 PAS.  Seminar tersebut dianjur kerajaan negeri dengan kerjasama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias).

Turut membentang kertas kerja Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamaruddin Jaafar, pensyarah Unversiti Teknologi Petronas, Dr Muhaimi Sulam dan Prof Madya Dr Syed Muhd Khairudin Aljunied dari Universiti Nasional Singapura.

Perasmian penutup seminar tersebut disempurnakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Muhamed Fadzli Hassan. Subky berkata, Dr Burhanuddin dan Ibrahim Yaakub tidak sempat memproklamirkan kemerdekaan Tanah Melayu, biar pun pada masa yang sama Sukarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia.

"Dasar berlembut Jepun digunakan peluang oleh Dr Burhanuddin bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.
"Beliau bersama Ustaz Abu Bakar Bakir mengadakan pertemuan sulit di Gunung Semanggol bagi mendesak Jepun menyegerakan kemerdekaan Tanah Melayu,” katanya.

Menurutnya juga, Dr Burhanuddin pernah terlibat dengan penerbitan akhbar Warta Malaya yang diketuai Dato’ Onn Jaafar. Dr Mohamad Muzammil pula berkata, Dr Burhanuddin menggunakan peluang kemasukan Jepun ke Tanah Melayu bagi mencapai kemerdekaan bersama Indonesia.

Sementara itu ketika memberikan ucapan alu-aluan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan  Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Dato’ Nassuruddin Daud berkata, PAS sejak sebelum  merdeka lagi sudah mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menuntut kemerdekaan negara.

"Dr Burhanuddin mempelopori kerjasama PAS dengan mana-mana parti termasuk bukan Islam dan badan-badan bukan kerajaan untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu," katanya. - HARAKAHDAILY, 12/12/2014

Lihat sejarah PAS..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Gay Dicampak Dari Bumbung Bangunan. Bagaimana Dalam Islam?


Lelaki gay diheret ke bumbung bangunan sebelum maut akibat dicampak anggota kumpulan IS itu.

LONDON: Anggota kumpulan Negara Islam (IS) didakwa membunuh seorang lelaki dengan mencampaknya dari atas bangunan sebelum direjam sehingga mati kerana dia seorang gay.

Melalui gambar dimuat naik di laman sesawang pertubuhan berkenaan, sekumpulan lelaki bersenjata dilihat berdiri di atas bumbung bangunan bersama lelaki terbabit yang didakwa disabitkan kesalahan oleh mahkamah. Kejadian itu didakwa berlaku di wilayah al-Furat, utara Iraq.

Satu daripada gambar itu menunjukkan mayat lelaki terbabit terkapar berhampiran batu bata bertaburan, dipercayai digunakan untuk merejamnya. Melalui laporan Daily Mail, sebelum dijatuhi hukuman itu ‘pegawai mahkamah’ membacakan ‘penghakiman’ yang dibuat oleh mahkamah syariah.

Ketetapan itu menyatakan, tertuduh dihukum mati dengan dicampak dari tempat paling tinggi di bandar berkenaan kerana mengamalkan seks songsang.

“Kamu juga mesti direjam sehingga mati,” katanya.

IS didakwa menggunakan kaedah sama untuk menghukum mati ‘pesalah’ dalam sekurang-kurangnya tiga kejadian berasingan dalam tempoh kurang dari sebulan. Satu daripadanya membabitkan seorang pemuda berusia 20 tahun yang didakwa memiliki gambar homoseksual di dalam telefon bimbitnya di Syria bulan lalu. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:
  • Berita ini masih belum jelas, kerana hanya berdasarkan gambar.
  • Belum jelas samada pesalah itu mati dihukum 'campak dari bangunan' atau kerana dihukum 'rejam' dibaling dengan (yang kononnya) 'batu bata bertaburan'.
  • Perlu dilihat pandangan Islam ke atas kaum gay dan lesbian atau yang melakukan amalan seks sejenis.
  • Bandingkan dengan hukum yang dilakukan oleh anggota kumpulan Negara Islam (IS) seperti berita keliru yang disebut di atas.
  • Wajarkah?
Sedikit Huraian

Menurut Islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah melalui firmanNya;
  • “Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas”. (Surah Al-‘Araf : 80 - 81)

Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan “fawahisy” atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya’ adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210) Begitujuga, Rasulullah SAW menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual.
  • Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW; “Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)”(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.) 
Melihat kepada perbincangan fiqh, didapati bahawa fuqaha’ ada membahaskan tentang hukuman yang akan dikenakan kepada pelaku seks sejenis ini. Didalam kitab Qanun Jinayah Syar’iyyah, karangan Allayarham Tuan guru Dato’ Haji Sa’id Haji Ibrahim, hukuman..
  • mereka yang melakukan amalan liwat adalah sama seperti hukuman mereka yang berzina. Iaitu, sekiranya pelakunya itu adalah orang yang muhsan (telah merasai jimak yang sah), maka hukuman kepadanya adalah rejam sampai mati dan di sebat sebanyak seratus kali dan dibuang negeri selama setahun, jika pelaku tersebut itu ghair al-muhsan (tidak pernah merasai jimak yang sah). (Qanun Jinayah syar’iyyah : m/s 37)

Kenyataan ini berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA, sabda Nabi SAW;
  • “Apabila mendatangi oleh lelaki terhadap lelaki (liwat), maka kedua-duanya adalah berzina”(Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra : 8/233 : hadis No : 16810)
Begitu juga hadis daripada Ibni Abbas RA, bersabda Nabi SAW ;  
  • Barangsiapa yang mendapatinya melakukan amalan kaum lut, maka bunuhlah pembuat dan yang kena buat(Al-Mustadrak ‘ Ala Sahihain : 4/395 : hadis no : 8049) 
  • Adapun mereka yang melakukan amalan musahaqah (lesbian), hukuman yang dikenakan kepada pelakunya adalah dengan dijatuhkan hukuman takzir. (qanun jinayah syar’iyyah : m/s 38)
Jika diperhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut didalam Al-Quran, Allah ada menyatakan tentang bagaimana kehancuran yang diberikan Allah terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini.

Firman Allah;
  • “ (demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh RasulNya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan Demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu”(Surah Al-Qamar : 33-36)

Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan membalikkan negara mereka, lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.

Firman Allah; 
  • “Maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu” (Surah Hud : 82)
Jelas dari firman-firman Allah diatas, betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks sejenis yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa umat Islam di zaman kini, sekiranya pengamalan seks sejenis ini tidak dibenteras. Semua pengamalan seks sejenis ini bermula dengan pergaulan bebas yang dilarang oleh Islam. Antara pergaulan bebas yang sedang menyerang umat Islam adalah pengamalan hedonisme.

Maka wajarkah kumpulan Negara Islam (IS) menghukumkan kaum yang dilaknat oleh Allah SWT begitu?
 (IH)

Sijil Halal Starbucks Tidak Pernah Ditarik Balik - JAKIM

starbucks
Sijil Halal Starbucks tidak pernah ditarik balik - JAKIM

Katanya Bahagian Hab Halal menerima banyak panggilan dan pertanyaan berhubung status halal Starbucks.

KUALA LUMPUR: Sijil halal premis Starbucks tidak pernah digantung atau ditarik balik sehingga kini, kata Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Dalam satu kenyataan, ia menyifatkan penyebaran mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung status halal syarikat itu sebagai fitnah semata-mata.

"Untuk makluman pengguna, setiap pemegang sijil halal sentiasa dipantau oleh Jakim dari semasa ke semasa," kata kenyataan itu.

Ia menarik perhatian bahawa Bahagian Hab Halal menerima banyak panggilan dan pertanyaan berhubung status halal Starbucks. Kebimbingan orang ramai mengenai status halal sajian di Starbucks timbul susulan khabar angin di laman media sosial bahawa bahan yang digunakan untuk membuat kek dan minuman diragui status halalnya.(IH)

Sindiket Hamba Seks: Polis Siasat Dakwaan Pembantu Rumah



Abdul Samah Mat

KLANG: Polis sedang menyiasat semua laporan yang dibuat seorang pembantu rumah berusia 33 tahun, termasuk dakwaan bayinya dibuang oleh ejennya di Genting Highlands.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, selain itu, pihaknya juga menyiasat dakwaan dia dirogol  seorang lelaki India.

"Sehingga kini, 13 pembantu rumah warga Indonesia, termasuk ibu bayi itu berada dalam tahanan polis dan mereka akan dihantar ke Jabatan Imigresen kerana tinggal melebihi tempoh di negara ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Utara Klang, Khamis.

Mengenai sama ada pembantu rumah didera secara seksual, Abdul Samah berkata, ia masih dalam siasatan, sambil menambah bahawa beliau tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut mengenai kes itu yang boleh menjejaskan siasatan.

"Saya tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut sama ada ejen itu, pembantu rumah termasuk yang mendakwa dirogol atau mengapa ejen membawa bayi itu ke Genting Highlands kerana setakat ini polis sedang menjalankan sisatan.
"Bagi punca kematian bayi, kita perlu menunggu keputusan bedah siasat," katanya.

Ditanya jika pembantu rumah diletakkan di rumah usang, beliau menafikan, malah mereka diselamatkan di rumah mewah di Kota Kemuning dan turut dibenarkan menggunakan telefon. Beliau juga menafikan lelaki India yang didakwa bapa kepada bayi itu sudah ditahan.

Abdul Samah berkata, polis juga mencari pembantu rumah lain selepas siasatan awal menunjukkan terdapat sejumlah 20 daripada mereka yang tinggal tersebut. Selain itu, katanya, isteri kepada ejen itu yang ditahan pada Rabu telah dibebaskan dengan jaminan polis. (mStar)

Lima Bekas Tahanan ISA Dapat Pampasan RM4.5 Juta

Lima bekas tahanan ISA dapat pampasan RM4.5 juta

Kelima-lima mereka turut diberi ganti rugi.

KUALA LUMPUR: Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mendapat pampasan keseluruhan berjumlah RM4.5 juta berikutan penahanan mereka pada tahun 2011.

Dua daripada mereka adalah wakil rakyat Pakatan Rakyat iaitu anggota parlimen Batu Tian Chua, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang Saari Sungib, aktivis Hishamuddin Rais, bekas pemimpin PKR Badrul Amin Baharom dan Badaruddin Ismail.

Menurut laporan Malaysiakini, Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi mengurangkan jumlah ganti rugi daripada RM15,000 kepada RM10,000 sehari, mengikut hari yang ditahan.

Kelima-lima mereka turut diberi ganti rugi teladan RM30,000 dan empat daripada mereka, kecuali Badaruddin, diberikan ganti rugi RM25,000 atas fitnah terhadap mereka.

Keputusan tersebut dibuat oleh tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Wahab Patail serta Rohana Yusof dan Umi Kalthum Abdul Majid.(IH)

Tiada Hasrat Keluar PR, Berbeza Pendapat Biasa -SU PAS


PETALING JAYA: PAS tidak pernah berhasrat untuk keluar dari Pakatan Rakyat, malah akan terus memberi sumbangan serta pandangan bagi memastikan kekuatan kerjasama ini untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata untuk mencapai kemenangan setiap parti perlu bekerjasama dan tidak boleh bersendirian.

"Memang PAS pernah bersendiri sebelum ini sejak dulu dan keadaan sekarang PAS bersama-sama Pakatan Rakyat.
"Dalam keadaan ini kita (PAS) tidak pernah berfikir untk keluar dari Pakatan Rakyat sebaliknya kita mahu memberi komitmen sepenuhnya memastikan kekuatan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya akan datang," katanya ketika sesi lawatan di Sin Chew Media Corporation Berhad semalam.

Tambah beliau, untuk memenangi Putrajaya setiap parti di dalam Pakatan Rakyat perlu bersabar.

"Kita kena bersabar untuk mencapai kemenangan di Putrajaya, apa yang perlu dilakukan kita perlu bersama dalam semua aspek untuk mendapat sokongan semua kaum.
"Berbeza pendapat itu biasa tetapi agenda perjuangan kita sama bagi memastikan hak rakyat dibela serta memenangi Putrajaya," sambung beliau lagi.

Dalam pada itu Mustafa turut meminta agar rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat tidak membuat kenyataan secara terbuka di mana-mana media kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi.

"Kita boleh berbincang jika ada sebarang permasalah yang timbul di dalam Pakatan Rakyat, elak dari membuat kenyataan terbuka kerana pelbagai anggapan boleh dilemparkan," ulas beliau.

Turut hadir pada siri lawatan tersebut adalah Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Nasaie Ismail dan Penolong Setiausaha Agung 2 PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil. - HARAKAHDAILY 11/12/2014

MCA & Bogel-bogelan..

Michael Chong (tengah) bersama dua mangsa yang diugut sebar gambar bogel mereka di internet oleh gadis warga asing.

SEORANG lelaki warga emas berusia 72 tahun ketakutan kerana kekasih yang dikenali melalui alam maya mengugut mahu sebarkan video b○gelnya di laman sosial. Lelaki yang mahu dikenali sebagai Lee berkata, dia mengenali seorang wanita yang mendakwa dari Korea melalui Facebook, awal tahun ini.

“Kami mula membuat panggilan video sejak 9 Oktober lalu. Seminggu kemudian wanita itu berb○gel dan memaksa saya b○gel bersamanya melalui panggilan video,” katanya.

Lee berkata, wanita itu kemudian mengugut akan menyebarkan video b○gelnya jika dia tidak memberi wang.
“Saya terpaksa membayar RM3,900 melalui lima transaksi kepada akaun bank yang didaftarkan di Filipina,” katanya.

Seorang lagi pemuda yang mahu dikenali sebagai Alan, 27, juga diperas ugut selepas dia berb○gel untuk seorang wanita yang dikenali melalui laman sosial. Alan berkata, wanita itu mendakwa dia seorang model dari Singapura.

“Kami berb○gel ketika panggilan video minggu lalu. Wanita itu kemudian mahu saya serahkan RM15,000 kepadanya. Kalau tidak, dia ugut mahu sebarkan klip video itu di internet,” katanya.

Menurutnya, selepas tawar-menawar, wanita itu sedia menerima RM4,500 yang perlu dibayar melalui akaun bank yang didaftarkan di Filipina juga.

“Saya tidak boleh lakukan transaksi kerana tidak ada perkhidmatan Western Union dan wanita itu menghantar pesanan ringkas mendakwa klip video b○gel saya telah dimuat naik di Facebook dan YouTube.
“Dia mendakwa membuat salinan video pada cakera padat (CD) dan cakera video digital (DVD) untuk diedarkan di Malaysia,” katanya pada sidang media di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, semalam.

Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima 16 laporan sejak awal tahun ini mengenai kes rakaman video b○gel.

“Mangsa selalunya akan diperas ugut jika tidak memenuhi permintaan suspek,” katanya.

Beliau menasihatkan mereka diugut begini supaya tidak membayar apa-apa kepada mereka yang membuat tuntutan kerana mereka tidak akan berhenti mengugut.

“Nasihat saya sentiasa berwaspada dengan orang yang baru dikenali melalui laman sosial. Jangan mudah terpedaya,” katanya. – Sinar Harian
 Gila bogel.. minah rempit.. Gambar hiasan.

Thursday, December 11, 2014

3 Pelajar Rogol Rakan Sekelas, Bukti Dasar Pelajaran Gagal..

Tertuduh juvanil (kiri) yang mengaku salah tuduhan rogol rakan seusia.

KOTA BHARU - Tiga remaja tingkatan lima didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini atas tuduhan merogol rakan sekelas. Seorang daripada mereka mengaku salah atas tuduhan itu, sementara dua lagi mohon untuk dibicarakan.

Ketiga-tiganya berusia 17 tahun dan didakwa merogol mangsa seusia dengan mereka di sebuah rumah di Taman Wira Jaya, Kok Lanas, di sini, antara jam 9.30 pagi dan 1 petang, 22 Januari lalu. Tuduhan dijalankan mengikut Seksyen 371(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh merupakan pesalah juvenil dan hukuman tertakluk kepada Akta Kanak-kanak 2001. Mahkamah membenarkan dua tertuduh yang tidak mengaku salah diikat jamin RM2,000. Tertuduh yang mengaku merogol mangsa pula tidak dibenarkan sebarang jaminan kerana sudah ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti, Taiping.

Sementara itu, hampir 90 peratus daripada kes rogol bawah umur dilaporkan melibatkan orang dikenali termasuk teman lelaki, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan bulan lalu.
   
Beliau berkata, statistik kes rogol di negeri ini juga menunjukkan pelajar sekolah berumur antara 12 dan 16 tahun mencatatkan angka tertinggi menjadi mangsa rogol. Katanya, statistik menunjukkan hanya 10 hingga 14 peratus suspek yang terlibat dalam kes rogol tidak dikenali oleh mangsa.

Komen Weblog Ibnu Hayim:  Ini satu lagi bukti bahawa sistem pelajaran Malaysia pimpinan UMNO gagal mendidik dalam melahirkan insan profesional yang bertakwa.

Rakyat M'sia Rakam Gambar Bawah Skirt 3 Bulan Penjara. Ini Macam Pon Ada!

Ini macam pon ada.. Gambar hiasan.

SINGAPURA – Seorang pekerja warga Malaysia dihukum penjara tiga bulan oleh sebuah mahkamah di sini semalam selepas didapati bersalah menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam gambar bawah skirt seorang wanita.

Menurut portal berita The Real Singapore, tertuduh, Koo Kiat Boon, 25, juga didapati bersalah cuba memusnahkan bukti dengan menelan kad memori telefon bimbit berkenaan selepas tindakannya disedari mangsa.

Tertuduh yang bekerja sebagai juruelektrik didakwa melakukan kesalahan tersebut semasa menaiki sebuah bas menuju ke Pusat Pemeriksaan Woodlands untuk pulang ke Johor. Ketika di dalam bas berkenaan, dia melihat seorang wanita cantik berusia 28 tahun dan cuba merakamkan gambar bawah skirt mangsa de­ngan menggunakan telefon bimbitnya.

Bagaimanapun, seorang penumpang ternampak tindakan Kiat Boon dan terus memberitahu mangsa.
Wanita itu dan beberapa penumpang cuba merampas telefon bimbit tersebut tetapi mang­sa bertindak menghempas gajet berkenaan ke lantai serta terus mengambil kad memori sebelum menelannya.

Kiat Boon kemudiannya ditahan pihak polis di Pusat Pemeriksaan Woodlands selepas pemandu bas berkenaan menghubungi pihak berkuasa. Lelaki itu didakwa di mahkamah atas tuduhan memusnahkan rekod elektronik bagi mengelakkan ia daripada dijadikan bukti di mahkamah dan tuduhan mencabul kehormatan wanita.

Namun, mahkamah hanya menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan selepas dia didapati bersalah atas kedua-dua tuduhan tersebut. – Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Mungkin itulah sebabnya dalam Islam, wanita disuruh menutup aurat. Untuk menyelamatkan daripada lelaki yang 'di dalam hatinya ada penyakit' seperti di atas.

Ini Penjelmaan Semula Bruce Lee Dari Afghanistan.

Ini reinkarnasi Bruce Lee asal Afghanistan
Abbas Alizada disebut Bruce Lee asal Afghanistan. asiaone.com 

HALAMAN HIBURAN
SEORANG pemuda asal Afghanistan jadi selebriti baru di Internet. Ini lantaran wajahnya mirip pelakon aksi asal wilayah pentadbiran Hong Kong, China, Bruce Lee.

Namanya Abbas Alizada. Dia bukan hanya penjelmaan semula Bruce Lee tapi juga melakukan bela diri kung-fu dan meniru pelakon itu


"Sejak kecil saya suka Bruce Lee dan saya ingin jadi bintang di Hollywood," ujar Alizada, seperti yang dilaporkan oleh laman asiaone.com, Rabu (10/12).

Sekitar 20 foto dan beberapa video Alizada berakting mirip Bruce Lee dimuat naik di laman jejaring sosial Facebook bernama Bruce Hazara. Tinggal di kawasan terpencil di Ibu Kota Kabul, Alizada tidak pernah mahu menanam impiannya. Dia melatih diri dua kali seminggu melakukan sukan dan amalan kung-fu, juga berlatih double stick, senjata khas. (IH)

Kekejaman CIA Dah Lama, AS Pura-pura Tak Tahu..


AFP - GAMBAR fail bertarikh 14 Ogos 2008 menunjukkan seorang lelaki berjalan melintasi lambang CIA di ibu pejabat agensi perisikan itu di Langley, Virginia, Amerika Syarikat.

Senat dedah kekejaman CIA
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) melakukan kekejaman terhadap berpuluh-puluh suspek pengganas menggunakan taktik soal siasat yang me­nukar beberapa buah penjara rahsia Agensi Perisikan Pusat (CIA) menjadi tempat penyeksaan dan kesengsaraan.

Kaedah soal siasat tersebut gagal menjadikan AS lebih selamat selepas serangan pengganas pada 11 September 2001, menurut satu jawatankuasa Senat. Jawatankuasa Perisikan Senat dalam laporannya, menuduh CIA berbohong kepada pemerintah berhubung aktiviti di penjara rahsia itu dan menipu rakyat AS bahawa taktik menyeksa tahanan berkesan dalam melin­dungi keselamatan negara.

Laporan itu yang disiarkan kelmarin merupakan pendedahan umum pertama berhubung taktik soal siasat yang digunakan CIA selepas insiden 11 September. Ia antara lain mendedahkan bahawa CIA menggunakan taktik soal siasat lebih kejam berbanding yang diketahui sebelum ini.

Antara taktik yang digunakan agensi perisikan AS itu termasuk mengurung tahanan di dalam kotak kecil, melemaskan, menampar, menghantuk dan mengugut untuk membunuh atau merogol anggota keluarga mereka. Mengulas laporan sama, Pre­siden Barack Obama mengisytiharkan bahawa amalan menyoal siasat suspek pengganas yang dikendalikan CIA sebagai kejam.
“Ia menggambarkan penyeksaan di minda saya. Kita (AS) bukan begitu,” kata Obama dalam satu temu bual bersama rangkaian televisyen Sepanyol, Telemundo.

Obama turut memberitahu, adalah penting laporan itu didedahkan kepada orang ramai.

“Ia penting supaya kita bertanggungjawab dan rakyat faham kenapa saya mengharam­kan amalan tersebut apabila saya mentadbir negara,” kata­nya.

Taktik keras CIA itu diluluskan semasa pentadbiran Pre­siden George W. Bush pada 2002 tetapi beliau tidak dimaklumkan secara terperinci me­nge­nainya sehingga 2006. Pada masa itu, Bush melahirkan perasaan kurang senang apabila imej tahanan CIA dirantai pada siling dan memakai lampin.

Laporan tersebut adalah setebal 500 muka surat dan me­rupakan rumusan eksekutif daripada laporan siasatan penuh merangkumi 6,700 muka surat. – AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dunia sudah tahu, cuma pemimpin-pemimpinya masih pura-pura tidak tahu.

Hamas: Seterusnya, Pembebasan Al Quds Dan Tebing Barat.

Hamas
GERAKAN Islam "Hamas" menegaskan bahawa Al Quds adalah target perjuangan mereka seterusnya, dan menekankan bahawa gerakan Intifadah tidak akan dapat dielakkan oleh Israel. Demikian, dalam satu kenyataan organisasi memperingati Intifadah pertama Palestin yang jatuh pada 9 Disember tahun 1987 lalu.

Dalam acara peringata pada hari (08/12) kelmarin, Hamas menyatakan..

  • "bahawa Hamas adalah organisasi perjuangan yang mengharamkan darah warga Palestin tumpah dan berjanji akan mengembalikan setiap jengkal tanah yang direbut oleh Israel."
Tercatat Israel telah merampas 78% tanah Palestin, pasca deklarasi pendirian negara Yahudi pada 14 Mei 1948 lalu. Hamas menegaskan bahawa mereka hanya bermusuhan dengan penjajah Israel di tanah Palestin, dan menekankan bahawa mereka tidak bermusuhan dengan bagsa Arab dan tidak mahu mencampuri urusan dalaman mereka.

Selain itu Hamas memberi amaran mereka yang menyelaras dengan penjajah Israel adalah sebuah kejahatan serius yang harus dihukum dengan hukum Allah, dan kita tidak menerima itu di dalam perjuangan Palestin.

"Sekatan tidak akan mampu mengalahkan perjuangan kita, dan kita tidak akan diam atas kejahatan penjajah Israel. Kita akan menang dalam perjuangan ini, "tegas Hamas. (IH/Dostor / Ram)

Wednesday, December 10, 2014

SIS: Sikap Saya.. -Dr Mujahid

DR MUJAHID YUSOF RAWA
 
SIKAP saya dalam menangani fatwa pengharaman Sisters In Islam Forum Malaysia (SIS) telah menimbulkan kontroversi yang tidak menemui titik noktahnya. Saya dan  Ahli Parlimen Shah Alam serta Sepang terpaksa menongkah arus bukan sahaja dalam lingkungan parti kami (PAS) tetapi juga kepada persepsi sebahagian masyarakat Islam yang menganggap kami mencabar keputusan Majlis Fatwa Selangor yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Mufti Selangor.

Saya telah menjelaskan sikap saya yang secara ringkasnya bukan mencabar fatwa tetapi cuba memohon penjelasan bagaimana proses fatwa dikenakan atas sesebuah organisasi atau individu dalam mencari ruang pihak yang tertuduh mendapat pembelaan, dan dalam konteks SIS Forum ia soal pemikiran yang menuntut muzakarah sehingga terbukti kesesatannya.

Juham dan Abim Prihatin

Semasa kenyataan kami daripada beberapa Ahli Parlimen PAS mendapat perhatian media, Juham atau Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia rupanya mempunyai pendirian yang sama dengan kami dan mereka turut berminat untuk mendapat penjelasan.

Saya juga dimaklumkan bahawa Presiden Abim iaitu Saudara Amidi Abdul Manan dan rombongannya telah bertemu dengan Tuan Mufti juga dalam tujuan yang sama. Kesemua mereka melahirkan kebimbangan tentang fatwa sesat yang digazetkan yang boleh membwa SIS Forum sebagai pertubuhan sesat dan haram.

Walaupun mereka sama sekali tidak bersetuju dalam pandangan SIS namun melabelkan dan memperkuatkuasakan fatwa ia sesat adalah satu tahap yang jauh daripada jangkauan kami.

Saya menelefon Presiden Abim yang kebetulan adalah kenalan saya untuk mendapat persefahaman adakah kebimbangan kami berasas. Dalam perbualan telefon yang panjang akhirnya kami bersetuju bahawa ia soal memohon penjelasan proses fatwa dan mencari nilai keadilan supaya institusi mulia tidak dituduh sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa.

Juham melalui Abang Kerdee Abang Masagus selaku setiausahanya juga berpendapat sedemikian. Oleh kerana Abim telahpun menemui Tuan Mufti maka saya menumpang sahaja temujanji Juham yang telahpun mendapat tarikh pertemuan dengan Pejabat Mufti Selangor.

Melibatkan Semua

Antara persoalan yang diajukan kepada saya ialah kenapa saya bertemu dengan SIS dulu dan tidak dengan Mufti Selangor terlebih dahulu. Malah dalam salah satu sesi perbahasan di sidang Parlimen tempoh hari Ahli Parlimen Tanjung Karang telah ambil kesempatan untuk menghentam saya dan dua sahabat saya lagi kerana gagal berjumpa dengan Tuan Mufti tetapi sebaliknya terus membela SIS.

Saya dengan segera memberi respon dengan mencelah dan menjelaskan bahawa saya akan bertemu dalam waktu yang terdekat dan Alhamdulillah pada minggu terakhir persidangan Parlimen iaitu pada 24 November hajat saya 'menumpang' temujanji Juham bertemu dengan Tuan Mufti tercapai.

Soal sama ada kenapa saya bertemu dengan SIS dulu dan tidak Tuan Mufti adalah umpama perbalahan 'telur ayam' iaitu sama ada ayam atau telur keluar dahulu atau sebaliknya. Kini semua itu terjawab dalam pertemuan yang cuba menyempurnakan sebahagian dari proses cuba bertemu dengan pihak yang berkepentingan dalam kes ini.

Sambutan Mesra

Kami disambut mesra oleh kakitangan Pejabat Mufti Selangor dan ditunjuk terus ke bilik pertemuan. Rombongan kami agak ramai terdiri dari tujuh atau enam peguam dari Juham dan lima atau enam orang daripada kepimpinan Dewan Pemuda PAS Selangor.

Selain Tuan Mufti kami juga disambut oleh Setiausaha Pejabat Mufti dan beberapa anggota Majlis Fatwa Selangor serta beberapa pegawai penyelidik Majlis Fatwa Selangor. Setelah ucapan alu-aluan dibuat oleh Tuan Mufti, kami memulakan muzakarah dengan beberapa persoalan untuk dibincangkan bersama.

Saya menjelaskan bahawa bukan niat saya untuk mempertikaikan fatwa, cumanya saya sebagai ahli penggubal undang-undang di peringkat persekutuan amat prihatin kepada proses apatah lagi fatwa yang membawa kepada penguatkuasaan 'sesat' sesebuah organisasi atau individu.

Asas pemfatwaan ialah liberalisma dan pluralisma memerlukan perincian dan penjelasan dari pengamalnya sebelum membuat apa-apa rumusan. Saya memetik surah al-Maidah ayat 8 bagi mengukuhkan pengertian proses keadilan. Saudara Abdullah Karim dari Juham turut menegaskan perkara yang sama.

Penjelasan Mufti

Tuan Mufti menjelaskan proses yang mereka jalankan dan menegaskan pertemuan pada 2012 dengan SIS sudah cukup untuk mereka merumuskan fatwa sesat terhadap SIS. Saya mencelah adakah beberapa asas yang dikatakan SIS sesat telah mendapat penjelasan dan penelitian dari 'tuan tubuh' supaya ia bukan rumusan sendiri tetapi hasil daripada perbincangan mendalam.

Tuan Mufti menjelaskan bahawa pertemuan 2012 di Pejabat Mufti Selangor tersebut tidak bertujuan untuk 'bergaduh' dan hanya mendengar sahaja dari pihak SIS. Saya terus menyoalkan bahawa jika pertemuan itu satu muzakarah maka ia perlu suasana 'bergaduh' supaya dapat dipastikan dengan penuh keyakinan rumusan yang dibuat kerana tanpa suasana itu (berhujah) bagaimana kita dapat membuat sesuatu keputusan dengan adil dan saksama.

Antara yang turut memberi penjelasan ialah Pengerusi Bahagian Akidah Majlis Fatwa Selangor yang berkeyakinan bahawa SIS Forum tidak syak lagi sesat atas beberapa asas, antaranya ialah mengatakan lelaki wanita adalah sama, menafikan bahagian lelaki dalam faraid (pembahagian harta), mendahulukan akal daripada wahyu dan beberapa isu lain yang melayakkan mereka difatwakan sesat.

Tuan Mufti juga menafikan bahawa fatwa tidak dibuat secara terburu-buru, malah mereka mengambil masa lama untuk mendapat maklumat melalui dokumen, kenyataan-kenyataan dan seminar yang dianjurkan.

Kritikan

Saya juga menjelaskan bahawa semua yang dikatakan ke atas SIS itu masih belum dibentangkan kepada SIS untuk memberi penjelasan dan untuk dipertahankan oleh SIS adakah mereka mengimani semua perkara tersebut sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Adakah hanya mendapat maklumat daripada sumber sekunder seperti dokumen tanpa bersemuka melengkapkan proses pembuatan fatwa supaya keadilan dapat dilaksanakan? Saya juga menyebut bahawa terdapat kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah terhadap institusi fatwa di Malaysia bahawa bukan semua orang menolak fatwa kerana tidak menghormati fatwa tetapi cara dan penjelasan tentang proses pembuatan fatwa dibuat yang menjadi pertikaian.

Tuan Mufti menegaskan bahawa SIS terlalu keras dalam pendiriannya dan tidak mungkin mengubahnya, dan pada saat ini Abdullah Karim seorang peguam menegaskan bahawa soal memberi keadilan dan pertahankan diri bukan sahaja untuk yang dituduh tetapi juga menggambarkan kepada persepsi awam bahawa proses keadilan berjalan apatah lagi tanggapan kepada institusi terhormat seperti Majlis Fatwa.

Perbahasan Menarik

Perbincangan kami berjalan lebih daripada masa yang dijangkakan kerana perbincangan turut menjangkau tentang persoalan konflik perundangan kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dengan mengambil kes keputusan Mahkamah Sivil yang berpihak kepada tiga transgender yang mempertikaikan Enakmen 66 Agama Islam Negeri Sembilan yang dikenakan ke atas mereka.

Pihak Juham memberikan komitmen untuk mempertahankan hak Mahkamah Syariah kerana kes awalan ini tidak akan membantu memperkukuhkan Mahkamah Syariah malah ia boleh mengheret konflik perundangan yang sensitif sifatnya.

Saya turut mencadangkan supaya perbahasan lebih terperinci dibuat dalam melihat kes masa depan yang berpotensi untuk berlaku dan diselesaikan dalam rangka mengiktiraf kewibawaan Mahkamah Syariah yang terpaksa berkongsi secara selari kuasanya dengan Mahkamah Sivil dengan beberapa keterbatasan. Saya dan rakan Ahli Parlimen PAS yang lain bersedia untuk mencapai rumusan yang objektif dalam hal ini.

Berpisah Untuk Bertemu Lagi

Masa tidak mengizinkan untuk kami meneruskan perbincangan dan kami kemudian menikmati hidangan petang yang disediakan sambil terus bermesra dengan pihak tuan rumah. Namun pertemuan singkat itu memabwa kita kepada pelbagai persoalan yang asasnya ialah untuk memperakui beberapa perkara.

Pertama - Proses pemfatwaan tidak menuntut sesuatu keputusan itu dirunding atau dimuzakarahkan dengan yang terlibat. Saya tidak menyalahkan pihak Majlis Fatwa dalam hal ini kerana mereka hanya berpegang kepada proses yang saya fahami daripada penjelasan yang dberikan bahawa tidak sesuatu fatwa yang dikeluarkan tidak memerlukan muzakarah ke atas yang dituduh.

Kedua - Fatwa ada keterbatasannya dan banyak mengambil kira faktor-faktor lain. Berkemungkinan besar fatwa yang digazet atau dikuatkuasakan tidak disenangi oleh pihak yang lebih berkuasa.

Ketiga - Majlis Fatwa tidak perlu bertemu dengan SIS kecuali SIS bertaubat dan ingin mempelajari jalan pulang serta mengakui bahawa mereka sesat. Ketika itu pihak Mufti dan Majlis Fatwa bersedia membimbing mereka ke jalan yang benar.

Keempat - Mahkamah Syariah berada pada tahap cabaran yang tinggi apabila keputusan Mahkamah Syariah boleh dipersoalkan dalam konteks kebebasan yang yang diberikan haknya dalam Perlembagaan Persekutuan.

Rumusan pertemuan saya dengan Sahibus Samahah Dato' Seri Mufti Selangor dan Majlis Fatwa menuntut beberapa persoalan termasuk persepsi pentadbiran dan pengurusan Islam dalam negara ini.

Tanggungjawab pihak pentadbir hal ehwal agama Islam dilihat daripada sudut harapan Islam dilihat mulia dan bermaruah semakin besar untuk memenuhi harapan umat Islam di Malaysia.

Atas harapan besar ini, pihak pentadbir hal ehwal agama Islam perlu mempunyai jiwa besar dan memenuhi prinsip RAHMAT DALAM KEADILAN dan bagaimana ia menyerlahkan dirinya dalam konteks kerangka negara yang ada hari ini.

Hanya dengan cara ini Islam dilihat mengisi ruang negara yang ada hari ini dan jalannya tidak mudah, sukar dan berliku. – HARAKAHDAILY 10/12/2014


Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Parlimen Parit Buntar dan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Parti Islam SeMalaysia

Lihat sebelum ini..

CEO MAS: Nik Abdul Aziz Sokong Dr M?




KUALA LUMPUR: Isu pelantikan warga luar sebagai Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) MAS turut mendapat perhatian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersetuju dengan kenyataan bekas PM, Tun Dr. Mahathir.

Pelantikan Christoph R. Mueller sebagai CEO itu bagi pendapat Mahathir sebagai satu penghinaan kepada rakyat Malaysia, seolah-olah tiada yang cerdik dan berkelayakan untuk menerajui syarikat penerbangan itu.

Bagaimanapun, bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata jika kita boleh berkecil hati kerana warga kita diketepikan, tidak berhakkah Allah untuk 'kecil hati' apabila undang-undangnya diketepikan.

Malah, Tuan Guru Nik Aziz menambah adakah Tun Mahathir baru menyedari bahawa negara kita sudah lama berkiblatkan Barat dalam urusan bernegara?

"Saya sokong Tun M dalam hal ini. Cuma saya ingin menambah, Tun M baru sedarkah bahawa kita telah berkiblatkan Barat sekian lama dalam urusan bernegara?

"Jika kita boleh kecil hati kerana warga kita diketepikan dan warga Barat diagungkan, tidak berhakkah Allah juga 'kecil hati' apabila undang-undang-Nya diketepikan dan undang-undang ciptaan manusia didaulatkan?

Sayangnya, berpuluh-puluh tahun Tun M menjadi PM pun tidak diambil kesempatan untuk mendaulatkan undang-undang Allah SWT," seperti yang dimuatnaik dari laman Facebooknya.

Biarpun berdepan pelbagai kritikan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar tetap mempertahan tindakan Khazanah Nasional Bhd untuk melantik Mueller menerajui MAS.

Pengumuman Khazanah itu dikritik bukan sahaja oleh Pakatan Rakyat, malah oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sendiri.

Mahathir dalam reaksinya berhubung perkara itu berkata, perlantikan orang luar itu seperti telah memperakui bahawa tenaga tempatan sebagai bodoh.

Katanya, tindakan itu juga menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia tidak mempercayai kebolehan diri sendiri sehingga terpaksa melantik orang putih menerajui syarikat besar negara. – HARAKAHDAILY 10/12/2014

Sai Shuin Dibebaskan Abu Sayyaf, Tapi Polis Kontabel Zakiah Belum.


Isteri mangsa culik, Chan Sai Chiun  

KOTA KINABALU: Penternak ikan di Kunak, Chan Sai Shuin dilaporkan telah dibebaskan oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf.

Menurut sumber, Chan,32, yang kelihatan menggeletar namun tiada sebarang kecederaan dan telah dibawa ke Sandakan lebih kurang pukul 6.45 pagi Rabu serta diberi rawatan kesihatan. Difahamkan pihak Filipina dan Malaysia yang terlibat sebagai orang tengah menerima mangsa culik itu pada awal pagi dengan menaiki bot laju ke Sandakan.

Chan telah dipertemukan dengan isterinya, Chin Pek Nyen,31. Chan diculik oleh kumpulan bersenjata itu pada 16 Jun di kolam ikannya di Sapong Kunak.

Sementara itu seorang anggota polis Kontabel Zakiah Aleip,26, dari Pulau Mabul yang turut diculik pada 12 Jun lalu masih lagi ditawan oleh kumpulan Abu Sayyaf dan rundingan pembebasan masih lagi dilakukan. (IH)

Kisah Hamba Seks, Tawanan Perang ISIS?


TERSEBAR senarai berisi hal apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan kepada hamba seks di kalangan militan Negara Islam Iraq dan Syam (ISIS), seperti yang dilaporkan oleh dari Daily Mail, Selasa (9/12). 

Betul atau tidak, belum dapat dipastikan.  Dokumen dari Kementerian Tahanan dan Hal Ehwal Wanita ISIS tersebut dikeluarkan awal Disember 2014. Jabatan itu dikepalai oleh Abu Suja, seorang militan ISIS yang membantu kumpulan keganasan itu membuat dan menegakkan keputusan serta dasar yang dibuat oleh Majlis Syura mereka.
 
Dewan Syura sendiri adalah badan penasihat agama yang dilantik oleh pemimpin ISIS, Abu Bakr al-Baghdadi untuk mempelajari Al Quran dan membuat keputusan berdasarkan undang-undang syariah. Dalam dokumen itu dijelaskan secara terperinci bagaimana melayan yang dikatakan 'hamba seks' (ghanimah) itu, bila sepatutnya wanita boleh dipukul, dan dalam keadaan bagaimana mereka boleh dikahwini.

ISIS dikatakan telah menculik (hasil dari rampasan perang) lebih daripada 5,000 perempuan dan kanak-kanak. Tahanan ditempatkan di rumah-rumah petak markas mereka
Korban kebanyakan berasal dari wilayah Raqqa, Syria. Sebahagian besar tawanan merupakan perempuan penganut mazhab Kristian Yazidi. Mereka ditawan selama pembunuhan Gunung Sinjar awal Ogos 2014 lalu. 

ISIS secara terbuka membolehkan anggotanya menyetubuhi tawanan, asal sudah dibeli seperti hukum hamba (atau tawanan perang). Masing-masing boleh dibeli sekurang-kurangnya tidak sampai RM200. Dokumen tersebut kini sedang diteliti oleh Institut Penyelidikan Media Tengah yang mendapat salinan dokumen itu dari kumpulan pemantau laman ISIS. 
Menurut dokumen itu, perempuan yang dijadikan hamba oleh militan ISIS, yang disebut dengan al-Sabi, hanya boleh diambil oleh 'ahl al-harb'.  Iaitu orang dalam kumpulan yang terlibat berperang. Lelaki yang sudah berkahwin pun dibenarkan mengambil tawanan tersebut..

Dalam dokumen itu, terdapat ayat Al Quran yang mengatakan Allah memberikan penghargaan kepada Muslim yang suci dengan orang lain, seperti isteri-isteri mereka dan 'hamba' yang mereka miliki'.  

Dikatakan juga dalam dokumen itu perempuan yang sudah pernah berhubungan seksual sebelumnya harus 'dimurnikan' duluSelanjutnya gadis-gadis remaja (rampasan/tawanan perang) juga dihalalkan untuk melakukan hubungan seks dengan mereka yang pergi berperang.

Maklumat ini, samada betul atau tidak, belum dapat dipastikan.  Kalau betul tawanan perang dilayan begini, ianya dilayan lebih baik dari tawanan perang AS yang dirogol beramai-ramai dan dibunuh. Wallahu 'aklam. (IH)

Ini contoh kebiadaban askarAS melayani wanita Iraq yang dijajahnya. Dan banyak lagi kekejiannya AS.
Lihat ini..

Orang M'sia Boleh Buat Begini Ke?

JOM KREATIF

Lelaki China angkut simen dan anjing di kepalanya sambil naik motosikal.
CAI Tangmei, 41 tahun, lelaki asal Cixi, Wilayah Zhejiang, China, yang bekerja sebagai kuli angkut barang, punya cara sendiri dalam melakukan pekerjaannya. Sebagai contoh, dirinya memandu motosikal sambil membawa 180 kilogram karung pasir dan anjing kesayangannya di atas kepalanya.

Layaknya seorang pemain sarkas, lelaki yang bekerja di kilang plastik ini kelihatan biasa saja mengangkat beban seberat lebih dari 180 kilogram. Dia disebut-sebut sebagai 'lelaki berkepala kuat'. Ternyata lelaki ini sering membawa barang-barang berat di bahu dan kepalanya.  


Rupanya ini salah satu caranya membawa barang dengan berat melebihi tubuhnya, seperti dilapor dari akhbar Daily Mail, Selasa (9/12).

"Saya pertama kali mencuba hal ini ketika baru bekerja di kilang. Saya mempelajari 'ilmu angkat beban' ini dari persembahan sarkas," ujarnya.

Ia berkata selepas tiga bulan belajar dan cuba hal tersebut, ia boleh mengangkat karung pasir dan simen dengan kepalanya sambil bersiar-siar memandu motosikal elektrik. (IH)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Latihan Remaja Syria Untuk Menyertai Brigade Jaysh Al-Islam.

Meski masih remaja, mereka siap dikirim untuk bergabung dengan pasukan oposisi Brigade Jaysh al-Islam di garis depan. Sejumlah pasukan penentang muda tengah menjalani latihan keras di bahagian timur Al-Ghouta, Damsyik, Syria, Isnin (8/12). Latihan keras ini diberikan kepada mereka sebelum mereka dihantar untuk menyertai pasukan dari Brigade Jaysh al-Islam di garis depan.
Melihat remaja Syria latihan tentera ala Jaysh al-Islam
Meski masih remaja, mereka siap dihantar untuk menyertai pasukan penentang Brigade Jaysh al-Islam di garis depan.
Sejumlah pasukan penentang muda melakukan push-up sebagai pemanasan sebelum memulakan latihan keras di bahagian timur Al-Ghouta, Damsyik, Syria, Isnin (8/12).

Sejumlah pasukan oposisi muda mengangkat bambu saat menjalani latihan. 

Mempraktikkan gerakan pertarungan, mengenakan pakaian militer dan mewarnai wajah.
Bawah: Latihan. 
(IH)

Tak Sampai 30% Janji P'raya Dilaksana BN Perak - Ir Nizar


IPOH: Kerajaan Negeri Perak digesa memberikan penjelasan adakah telah melaksanakan segala janji yang ditaburkan dalam Manifesto BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, manifesto yang diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir pada ketika itu mengandungi 82 'janji manis' namun ianya masih belum direalisasikan oleh kerajaan walaupun sudah 20 bulan memegang tampuk pemerintahan.

Menurutnya, hasil daripada pemerhatian dan kajian pihaknya, sehingga ini tidak sampai 30 peratus daripadanya telah diselesaikan serta dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

"Sepanjang hampir 20 bulan pemerintahan BN, berapa banyakkah daripada 82 aku janji dibuat yang telah dicapai atau dalam proses perlaksanaan?

"Pelbagai janji seperti Simpanan Amanjaya sebanyak RM200 bagi setiap anak yang dilahirkan, had pendapatan isi rumah bagi kelayakan dermasiswa dinaikkan daripada RM1200 kepada RM3000, menaiktaraf perkhidmatan bas rakyat bagi setiap daerah, mewujudkan pusat jagaan harian kanak-kanak di setiap jabatan dan agensi kerajaan, meningkatkan peruntukan kepada Orang Asal sebanyak RM3 juta, membina 15 ribu rumah mampu milik dan banyak lagi.

"Saya harap Pangkor (Dr Zambry) berlaku jujur dalam menyatakan sama ada janji-janji ini telah atau sedang diselesaikan," katanya ketika membahaskan Bajet Perak 2015 dalam Persidangan Dun Perak, dekat sini hari ini

Mantan Menteri Besar Perak itu menjelaskan, Perak masih berhadapan dengan kemelut kemiskinan yang berpanjangan khususnya dari kalangan orang Melayu di luar bandar.

Ujar beliau, angka 5,000 keluarga miskin tegar di negeri itu adalah sangat 'keterlaluan' namun di dalam belanjawan negeri tahun hadapan tidak dibentangkan kaedah penyelesaiannya.

Jelas Mohammad Nizar, kaedah lama seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tidak menunjukkan keberkesanannya dalam usaha mengurangkan masalah kemiskinan tersebut.

"Kerajaan negeri perlu meneliti setiap perjanjian jangka panjang yang termeterai dengan agensi-agensi besar dan mega seperti Felcra, Felda, Plus, TNB dan sebagainya yang bertapak di negeri ini.

"Kita boleh mendapat manfaat daripada penglibatan serta keberadaan mereka di negeri ini, keuntungan yang mereka peroleh perlu disalurkan kepada Kerajaan Negeri Perak seterusnya diagihkan kepada rakyat," jelasnya lagi. - HARAKAHDAILY 9/12/2014