Saturday, December 20, 2014

Isteri Jadikan Suami Berbogel Di Tempat Parlking. Bagaimana?

Tukang serong China dipaksa istri telanjang di parkiran toserba
Berbuat serong, dia dipaksa isterinya  bogel di tempat parking kereta.

PADAN muka suami, wajarkah?

Wanita bernama Ting Su (29 tahun) asal China ini curiga kepada suaminya. Cheng suaminya, mulai dianggap serong. Sikapnya aneh selama beberapa bulan terakhir.

Wanita ini lalu mengekori kereta suaminya hingga ke sebuah tempat letak kereta, melalui GPS. Tidak disangka, Cheng rupa-rupanya benar-benar berlaku serong di dalam kereta. Dia terbukti main gila dengan adik kembar Ting seperti dilaporkan starcasm.net.

Marah besar.. Ting melanggar kereta mereka berdua. Kerana terkejut takut ketahuan, pasangan bejat ini spontan keluar dari kereta. Tiba-tiba Ting akan mengambil alih kenderaan itu dan mengunci pintu. Cheng bersama adik kembar Ting, berada dalam keadaan tanpa pakaian sehelai pun.


Mereka memohon-mohon sampai menangis, agar dibenarkan masuk kereta. Soalnya lokasi letak kereta itu mulai ramai diserbu pengunjung. Mereka jadi tontonan dan gambarnya diambil. Gambar Cheng dan pasangan mematung di luar kereta menjadi viral di jejaring sosial. Lalu ramai membahasnya. Ini pelajaran penting buat lelaki berkelakuan serong. 

Kalau pasangan suami isteri itu orang Islam (pasti suaminya Islam yang tidak sempurna), wajarkah isteri lakukan hal tersebut pada suaminya? (IH)

Banjir: Ini, Cadangan Penyelesaian..


Banjir di Rantau Panjang. Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff menggesa semua pihak yang berkaitan tampil memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di jajahan itu. Beliau  berkata, banjir di Rantau Panjang berada di peringkat kritikal sehinggakan terdapat mangsa-mangsa yang terperangkap dan tidak diselamatkan akibat kekurangan bot penyelamat.
SEORANG pengomen dalam weblog Ibnu Hasyim menulis komen di bawah artikel bertajuk  
"Banjir Menyerang 3 Negeri Pantai Timur & Selatan Thai."  Begini bunyinya..
 
Merdeka lebih 50 tahun. Banjir di Pantai Timur tiap2 tahun. Tak terfikir ke penyokong bee end betapa bengapnya peimimpin bee end. Tak boleh selesaikan/kurangkan ke masalah banjir ni?
 
Habis tak de engineer pandai ke kat negara nie nak design satu projek tebatan banjir yang BERKESAN?  Patut dengan segala data banjir selama lebih 50 tahun dah boleh selesaikan/kurangkan masalah banjir. JPS buat apa?
 
Buat le temboh penahan ke atau benteng ke... Pasang pam besar gajah 100 biji ke.. Apa2 lah yang sesuai.. Duit ber"billion" buat projek sana sini selama lebih 50 tahun. Ada yang membazir je. Tak boleh ke letak 1 atau 2 billion untuk projek tebatan banjir?
 
Silap2 kalau labur untuk tebatan banjir. Duit rakyat dah save dari membayar kos pembaikan dan bantuan masalah banjir selama 50 TAHUN LALU. Tengok negara maju contohnya Australia. Memang ada banjir... Tapi bukan tiap2 tahun. Kalau kena pun mereka akan buat sesuatu. 
 
Negara Belanda yang paras airnya tinggi pun ada cara nak hidup. Walaupun bukan Islam. Mereka menggunakan OTAK dan HASIL NEGARA yang dianugerahkan ALLAH untuk selesaikan masalah rakyat.
 
Pemimpin Pakatan perlu sedarkan penyokong BARISAN. Jika tidak, 50 TAHUN LAGI KITA AKAN DENGAR CERITA SAMA.
 
IKUT LOGIK, RAKYAT PANTAI TIMUR MEMANG PATUT TOLAK BN PRU NANTI. December 19, 2014 at 12:21 PM
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff  turun meredah banjir..

Perkauman Di AS: Obama Disangka Tukang Parking

Berkulit hitam, Obama ngaku pernah disangka tukang parkir
Barack Obama menangis. ©Reuters 

Presiden Amerika Syarikat Barack Hussein Obama mengaku pernah disangka sebagai tukang parkir valet kerana kulitnya hitam.

"Tak ada orang yang tidak akan menyerahkan kunci keretanya kepada orang kulit hitam sebaya saya yang baru keluar dari restoran dan sedang menunggu kereta," kata Obama kepada majalah People semalam, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Independent, Rabu (17/12).

Isteri Obama, Michelle, menambah, suaminya juga bahkan pernah dikira sebagai seorang pelayan di sebuah pesta dan diminta membuatkan kopi. Ternyata Michelle juga mengaku dia pernah disangka orang sebagai pelayan kedai. Seorang pengunjung pernah suatu kali memintanya mengambilkan barang di rak kedai.

"Mungkin orang lupa kami sudah tinggal di bangunan Putih selama enam tahun," kata Michelle. "Sebelum jadi presiden, Bracak Obama hanya seorang kulit hitam yang tinggal di South Side, Bandar Chicago, dan sering kesulitan mendapat teksi."

Dalam kesempatan wawancara dengan People, Obama dan isterinya juga membincangkan isu terhangat tentang kes perkauman di Bandar Ferguson Negara Bahagian Missouri. Presiden kulit hitam pertama di AS
itu berkata hubungan antara bangsa di negara itu sejauh ini sudah ada peningkatan tapi perlu terus dipertingkatkan.

Ertinya taraf anti perkauman  di Malaysia jauh lebih baik dari AS. Dari sudut ini, AS sememangnya cakap tak serupa bikin. (IH)

Lihat juga..

Remaja Tak Salah 100% Tunjuk Punggung Seperti Ini.. -Dr Siti Zainon


Aksi separa lucah Kardashian di sebuah majalah antarabangsa yang dibimbangi  ditiru remaja negara ini di beberapa laman media sosial. -Gambar papermag.com
Jangan ingat punggung kamu macam Kim Kardashian - Budayawan 

HALAMAN HIBURAN
KL: Remaja wanita di negara ini dinasihat tidak meniru gaya gambar aksi separa lucah bintang realiti TV popular, Kim Kardashian dalam sebuah majalah antarabangsa baru-baru ini.

Budayawan, Profesor Dr Siti Zainon Ismail (gambar kanan) bagaimanapun berkata, remaja negara ini juga tidak boleh dipersalahkan seratus peratus seandainya ada kecenderungan untuk meniru aksi Kardashian dan dipapar di laman media sosial seperti Facebook.

Ujarnya, sikap remaja itu sendiri mempunyai sikap suka meniru dan seandainya berlaku, ia disifatkan sudah direstui pengguna media sosial secara amnya.

"Cuma saya hendak tanya, cantik sangatkah punggung itu jika hendak ditayang kepada semua orang?
"Saya tidak salahkan budak-budak ini (remaja). Mereka ikut saja apa yang dilihat di media sosial dan media perdana yang mempertontonkan kisah asal artis barat berkenaan.
"Tetapi tidak payahlah hendak ditiru, kita kena jaga budaya ketimuran kita, budak terlalu sosial seperti negara mereka (barat)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Siti Zainon mengulas aksi Kardashian yang mempamerkan susuk tubuhnya dalam keadaan separa lucah dalam halaman sebuah majalah antarabangsa. Selain itu, aksi Kardashian itu turut menjadi viral dengan 'hashtag' #kardashian selain ada juga yang menjadikannya 'parodi' di laman Twitter.

Kimkardashian

Aksi itu turut mendapat pelbagai pandangan di laman sosial selain blog dan diskusi di forum internet. Kardashian sebelum ini mencuri perhatian umum dengan aplikasi permainan videonya yang berjaya mengutip sejumlah USD43 juta hanya dalam tempoh tiga bulan sejak dilancarkan pada Jun.

Tambahnya, selain aksi Kardashian, beberapa tarian yang mempunyai kecenderungan kepada gaya hidup barat dan tidak menerapkan nilai-nilai ketimuran turut dilihat semakin berkembang dan terdedah untuk dicontohi remaja negara ini.

"Ia jadi ikutan remaja, ia sebenarnya dipromosi secara percuma oleh media tempatan juga.
"Apakah kita sudah tidak mempunyai tarian tradisional untuk dipromosi? Tarian yang bukan asalnya daripada negara kita juga yang direstui semua dan diberi liputan meluas," jelasnya.
Berkemban budaya timur. Mei Fen (kanan) yang menggantikan Soo Wincci sebagai Hang Li Po mendapat pujian ramai.

Mengapa terlalu fanatik budaya timur atau barat? Bukankah negara kita ada Islam sebagai agama Persekutuan (Perlembagaan MalaysiaFasal 3). Islamlah sebagai cermin dan kayu ukur perbandingan?  Samada Islam atau jahiliah. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Friday, December 19, 2014

S'gor Belum Sedia Laksana Hudud -Dr Ahmad Yunus




SABAK BERNAM, 18 DIS: Pelaksanaan hukum hudud belum sesuai dijalankan di Selangor berdasarkan komposisi kaum dan keadaan semasa negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata berbeza dengan Kelantan, perlaksanaan Hudud di Selangor memerlukan perancangan terperinci dari pelbagai aspek sebelum boleh dipraktikkan.
Katanya, pemahaman dalam perkara berkaitan termasuk penerangan dan pendidikan kepada masyarakat perlu dilakukan supaya ianya difahami sepenuhnya dan tidak disalah ertikan.
“Di Selangor, saya kira kita masih lagi belum bersedia kerana yang penting untuk melaksanakannya ialah memahami sepenuhnya berhubung perkara ini.
“Pendidikan kepada masyarakat bukan sahaja kepada orang bukan Islam tetapi orang Islam itu sendiri. Mereka kena faham kenapa kita (PAS) nak bawa syariat Islam ini,” katanya yang juga Bendahari PAS Selangor.

Sebelum itu di Kuala Lumpur  Datuk Dr Ahmad Yunus berkata, sistem pendidikan bersepadu yang bercitrakan agama Islam semakin berkembang dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan ibu bapa di Selangor. Ia adalah satu perkembangan baik bagi dunia pendidikan, seperti lapor Selangor Kini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hudud, mungkin itulah bedanya antara negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS (Kelantan), PKR (Selangor) dan DAP (Pulau Pinang), walaupun sudah berpenggal-penggal memerintah. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?

E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?

Banjir Menyerang 3 Negeri Pantai Timur & Selatan Thai.

GAMBAR dari atas menunjukkan pekan Rantau Panjang (atas) dan pekan Sungai Golok, Thailand (bawah) yang ditenggelami air sejak semalam. IHSAN warga Thailand, Padung Wanalak.
 
KL: Banjir di tiga negeri Pantai Timur kini sudah mencecah kira-kira 24,000 mangsa dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, tengah malam tadi.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 13,815 orang pada tengah malam tadi berbanding 8,407 pada 9.30 malam. Menurut portal ebanjir Kelantan, lebih seratus pusat pemindahan banjir di 10 jajahan kini dibuka. 
Jajahan Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,734 diikuti Kuala Krai (2,722), Tanah Merah (1,366),Machang (1,316 ), Kota Bharu (882), Pasir Puteh (655), Tumpat (126), Bachok (60), Gua Musang (42) dan Jeli (16).
Sementara itu, tiga belas jalan ditutup untuk lalu-lintas untuk semua kenderaan, termasuk di KM4 Jalan Sungai Durian/ Chenulang, KM2 Jalan Bukit Sireh/Kg Bedal/Kuala Nal, Kuala Krai dan KM7 Jalan Kg Pek-Paloh Rawa, KM6 Jalan Kubor China-Temangan, Machang. Selain itu, Sungai Lebir, Sungai Kelantan dan Sungai Golok merekodkan paras bahaya.

Di Terengganu, jumlah mangsa terus meningkat kepada 9,548 orang daripada 2,733 keluarga yang ditempatkan di 129 pusat pemindahan hingga jam 12 tengah malam ini. Hulu Terengganu mencatatkan 2,685 mangsa daripada 829 keluarga yang di tempatkan di 34 pusat pemindahan, Besut (2,155 mangsa/565 keluarga/22 pusat), Kemaman (755 mangsa/231 keluarga/17 pusat) dan Dungun (583 mangsa/173 keluarga/14 pusat).

Di Pahang, hanya Kuantan agak terjejas dengan jumlah mangsa pula adalah 831 orang daripada 200 keluarga yang ditempatkan di lima pusat pemindahan . Jalan ditutup pula adalah di KM22 Jalan Panching Utara-Sungai Lembing (untuk kenderaan ringan) dan KM34 Jalan Kuantan-Maran (semua kenderaan).

Di Thailand,  Banjir kilat merendam penempatan warga muslim di Thailand. Hujan lebat dalam beberapa hari terakhir yang mencetuskan banjir besar dan telah menenggelamkan ratusan rumah di bandar Narathiwat.
Hujan deras dalam beberapa hari terakhir yang memicu banjir bandang ini telah merendam ratusan rumah di Kota Narathiwat. Warga muslim Thailand melintasi genangan banjir setinggi paha di tengah hujan semasa banjir melanda bandar Narathiwat di Thailand, Khamis (18/12)
Hujan deras dalam beberapa hari terakhir yang memicu banjir bandang ini telah merendam ratusan rumah di Kota Narathiwat.  Banjir juga telah menenggelamkan sebuah masjid di bandar Narathiwat, Thailand.
Hujan deras dalam beberapa hari terakhir yang memicu banjir bandang ini telah merendam ratusan rumah di Kota Narathiwat.  Seorang wanita warga muslim Thailand menyekat beg saat melintasi genangan banjir yang menenggelamkan kampung mereka di Bandar Narathiwat.
(IH)

GAP Desak Sidang Tergempar Parlimen Babitkan Kewangan Negara.



KUALA LUMPUR: Gerakan Anti Perkauman (GAP) mendesak supaya suatu sidang tergempar parlimen diadakan berikutan suasana semasa yang membabitkan kewangan dan ekonomi negara.

“Sejak akhir-akhir ini negara kita disogokkan dengan isu-isu yang mengalih perhatian daripada masalah sebenar yang membengkak dan menjejaskan kestabilan ekonomi negara. Keadaan kewangan negara membimbangkan seluruh rakyat melibatkan isu pengapungan harga petrol, 1MDB dan kejatuhan nilai mata wang ringgit yang menjejaskan transaksi impot dan eksport negara serta tahap keberhutangan negara yang membimbangkan.” Demikian kenyataan media Gerakan Anti Perkauman (GAP) melalui pengerusinya Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar mendesak supaya suatu sidang tergempar parlimen diadakan.

“Dengan itu sidang tergempar Parlimen perlu diadakan untuk mencari jalan langkah penjimatan kewangan negara dan seterusnya menubuhkan suruhanjaya bebas bagi membuat laporan terperinci terhadap pihak yang menyalahgunakan dana negara sehingga menjadikan kerajaan sebagai cagaran.”

Dalam kenyataan yang sama, GAP mendesak semua pihak mengambil berikut demi menyelamatkan negara.

1. Jangan mengheret negara kepada masalah yang cuba mengalih perhatian daripada isu yang lebih utama dan kritikal.

2. Semua pemimpin politik dari pelbagai parti harus duduk berbincang tentang bagaimana hendak menyelamatkan keadaan kewangan negara yang akan melibatkan kesejahteraan rakyat.

3. Parti yang memerintah seharusnya bersedia untuk ambil langkah praktikal bagi membuka ruang pendemokrasian dan berhenti mengugut rakyat dengan isu perkauman dan agama sebagai menutup kelemahan dan kebobrokan mereka.

4. Parti-parti dalam PR yang membawa aspirasi untuk membuat perubahan politik harus fokus kepada janji mereka dalam manifesto bagi meneruskan amanah undi yang diberikan.

5. Tiba masanya rakyat Malaysia dihidangkan dengan politik kesedaran hati naluri dan politik budiman untuk kita tumpukan kepada membina negara dan menyelamatkan kegawatan kewangan negara. (IH/HARAKAHDAILY 19/12/2014)

Goyang ‘ladyboy’. Lagi Untuk MB S'ngor



Petaling Jaya: Sebuah pusat hiburan di PJS 8 di sini, menyajikan hiburan pelik apabila menawarkan persembahan tarian tiang dilakukan sekumpulan pondan ‘diimport’ khas dari Thailand. Kumpulan lelaki digelar ‘ladyboy Siam’ itu berpakaian seksi dan mempersembahkan tarian berahi pada setiap malam Rabu setiap minggu.

Malah kumpulan pondan itu menawarkan khidmat seks kepada pelanggan lelaki yang berminat sebaik persembahan berakhir. Kegiatan maksiat itu bagaimanapun ditumpaskan selepas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman menyerbu premis itu jam 2.30 pagi semalam.

Hasil operasi itu, 36 penari tiang warga asing termasuk empat pondan ditahan polis. Ketua operasi Asisten Superintendan Muhammad Mohd Jais berkata, kumpulan wanita dan pondan itu melakukan tarian tiang bagi menarik kehadiran pengunjung ke pusat hiburan itu.

“Risikan mendapati persembahan itu bermula sekitar jam 11 malam sehingga awal pagi,” katanya.
”Mereka dikesan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan bayaran RM150 sehingga RM300 untuk setiap perkhidmatan,” katanya.

Dia berkata, pelanggan dibawa ke hotel berdekatan bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa. Menurutnya, pusat hiburan itu menyediakan kalungan bunga untuk dijual wanita dan pondan terbabit kepada pelanggan.

“Lagi tinggi nilai bunga yang diberikan, lagi ‘baik’ layanan diberikan kepada pelanggan.
“Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya di sini, untuk siasatan lanjut,” katanya.

Difahamkan, pusat hiburan itu beroperasi sejak beberapa bulan lalu dan pernah diserbu pihak berkuasa sebelum ini.  (hmetro.com)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Wahai MB Selangor Azmin Ali..

Ketahuilah, antara isu lain yang menjadi kerisauan ramai di Selangor  ialah..
  • Bercambah dengan meluasnya pusat judi haram, judi internet, pusat hiburan dan pusat maksiat yang berselindung di sebalik nama pusat urut atau refleksologi. Contohnya seperti berita di atas. 'Goyang ‘ladyboy'
  • Di kebanyakan bandar sedia ada atau bandar baru, pusat ini bercambah bagaikan cendewan tumbuh selepas hujan. Difahamkan pihak PBT hanya mengeluarkan permit kepada sebahagian kecilnya saja manakala selebihnya adalah tidak berlesen dan dibangunkan secara haram. Walaupun sudah banyak serbuan oleh pihak berkuasa, namun ia tetap tumbuh semula. Apakah hal ini tidak ada jalan selesai dari kerajaan negeri? Bengap sangatkah pemimpin-pemimpin kerajaan negeri?
  • Berdasarkan laporan daripada setiap PBT, bukanlah sesuatu yang sukar untuk  beliau mengetahui antara  tempat berlesen dengan diuruskan secara haram. Sesetengah yang berlesen pula tidak mustahil menyelewengkan kebenaran diberi demi memperolehi keuntungan berganda.
  • Apakah tidak ada jalan selesai dari kerajaan negeri pimpinan Azmin? Sampai bila maksiat-maksiat ini akan dibiarkan bebas di Selangor? Di sinilah pentingnya Azmin melakukan banyak terjahan untuk menunjukkan seriusnya beliau menangani dan mengawal perkara yang sangat membimbangkan itu.
  • Kiranya Azmin dapat melakukan terjahan ke pusat judi dan maksiat ini, ia bukan saja menaikkan lagi namanya, bahkan pastinya menggembirakan lebih ramai pengundi dan ibu bapa di negeri Selangor ini. 
  • Dengan pembangunan Selangor yang berkembang pesat, ramai yang mengharapkan Azmin tidak menunggu terlalu lama untuk melakukan terjahan ke tempat-tempat yang memberi lebih kesan buruk tetapi begitu terbuka perniagaannya.
  • Sebenarnya, di sinilah antara puncanya segala macam masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat. Ia bukan saja melibatkan orang dewasa, mereka yang sudah berkeluarga, tetapi turut melibatkan golongan remaja dan murid-murid sekolah. Pertumbuhannya, sama ada yang berlesen atau haram, nyata membimbangkan ramai ibu bapa, yang merasakan semakin sukar untuk mengawal ahli keluarga masing-masing daripada terjebak dalam kancah tidak sihat itu..
  • Boleh contohi kerajaan Kelantan yang juga pimpinan Pakatan Rakyat. Bagaimana kerajaan Kelantan menghapus maksiat-maksiat seperti tersebut di atas walaupun kadang-kadang bidang kuasanya ada pada Kerajaan Pusat.
Wallahu 'aklam.
Ibnu Hasyim: Sampaikan...walau 1 ayat

Baca 'La ilaha illallah' Dengan Yakin.. (1)



Pada zaman Bani Israil, ada seorang ahli ibadat dan seorang penderhaka. Tiba-tiba ahli ibadat dan penderhaka itu mati, Nabi Musa mendapat tahu bahawa dia termasuk dalam senarai ahli neraka manakala si penderhaka pula ahli syurga.

Selepas mendapat tahu hal itu, Nabi Musa pergi ke rumah ahli ibadat itu lalu bertanya kepada isterinya: “Apakah amal yang sentiasa dibuat oleh suamimu?” 

Maka isterinya berkata: “Suamiku itu sangat rajin melakukan amal ibadat dan kamu juga mengetahuinya.”

Nabi Musa bertanya lagi: “Kemudian apa lagi yang dibuat oleh suamimu?” 

Lalu isteri itu berkata: “Setiap malam apabila suamiku hendak tidur, dia berkata: “Alangkah beruntungnya kami kalau apa yang diajar oleh Nabi Musa itu benar.”

Selepas mendapat penjelasan itu, Nabi Musa bergegas pula ke rumah si penderhaka lalu bertanya kepada isterinya: “Apakah amal yang dilakukan suamimu?” 

Isterinya berkata: “Engkau pun tahu suamiku itu ialah penderhaka, dia sangat suka membuat kejahatan semata-mata.” 

Kemudian Nabi Musa bertanya lagi: “Katakan padaku, apakah amal yang dia pernah lakukan selain daripada itu.

” Maka isterinya berkata: “Setiap malam sebelum tidur suamiku selalu membaca kalimah ‘La ilaha illaallah walhamdu lillah’ atas apa yang diajarkan oleh Nabi Musa.”

Ahli ibadat yang tidak yakin 100 peratus dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Musa, maka Allah masukkan mereka ke dalam senarai ahli neraka. Oleh itu, hendaklah kita melakukan amal ibadat dengan penuh khusyuk dan harapan bahawa kita pasti bertemu dengan Allah dan jangan ragu-ragu mengenainya. 

Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Sesiapa yang mengucap ‘La ilaha illallah’, yakin dengan iman yang teguh, maka sesungguhnya akan keluar daripada mulutnya seekor burung berwarna hijau dengan dua sayap putih bertaburan mutiara yaqud, dan ia terbang ke langit hingga terdengar dengungan ia di bawah Arasy, bagaikan dengung lebah sehingga disuruh: “Tenanglah, diamlah.” 

Maka burung itu berkata: “Tidak, sebelum Engkau (Allah) mengampuni orang yang membacanya.” Allah mengampunkan orang yang mengucapkan kalimah itu lalu burung berkenaan diberi 70 lidah untuk membaca istighfar bagi orang yang membaca ‘Laa illaha illallah’ hingga hari kiamat.

Apabila tiba hari kiamat, maka ia akan menyambut orang yang membaca kalimah itu dan memimpinnya masuk ke syurga. 

Dikisahkan pula ketika Allah menenggelamkan Firaun dan menyelamatkan Nabi Musa, maka pada waktu itu Nabi Musa berdoa: “Ya Allah ya Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku amal perbuatan untuk mensyukuri nikmat-Mu dan kurnia-Mu ini.”

Kemudian Allah berfirman: “Wahai Musa, bacalah ‘Laa illaha illallah.” Lalu Nabi Musa bertanya lagi: “Ya Allah ya Tuhanku, tambahkan lagi untukku.”

Allah berfirman: “Wahai Musa, sekiranya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi diletakkan di sebelah kiri neraca timbangan dan diletakkan kalimah ‘Laa ilaha illallah’ di sebelah kanan neraca timbangan, nescaya akan lebih berat bahagian ‘Laa ilaha illallah’ itu.”

Abu Lait berkata; “Sesiapa yang dapat menjaga dan mengingati kalimah ini, maka dia dimuliakan di sisi Allah dan malaikat serta diampunkan dosanya walaupun dosa itu sebanyak buih di laut. Dan akan berasa kemanisan taat serta hidup atau mati keduanya baik baginya.”

Pengajaran daripada kisah ini ialah apabila hendak membuat sesuatu, mulakan ia dengan bacaan ‘Bismillah’ dan selepas selesai semuanya, hendaklah membaca ‘Alhamdulillah.’ 

Jika terlanjut mengatakan sesuatu yang tidak baik, maka hendaklah segera menyatakan ‘Astaghfirullah’ dan jika hendak melakukan sesuatu esok hari hendaklah berkata ‘Insyaallah’. 

Kalau menghadapi kesukaran hendaklah selalu membaca ‘Laa haulawalla quwata illa billahil aliyyil aziim’ dan apabila ditimpa bala musibah hendaklah kita membaca ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun’ serta sentiasa membaca ‘La ilaha illallah’ siang dan malam. (Diangkat dari Detik Islam) 

Kesimpulan: Sebutlah kalimah ‘La ilaha illallah' itu dengan yakin. Yakin dengan tuntutannya, iaitu Islam dan perlaksanaan syariatnya, samada pada diri, keluarga, masyarakat bahkan negaranya.

Dyana Sofea Dedah Paha.. Inikah Tarbiah DAP?

Dyana Sofea Dedah Paha. Beberapa keping gambar Dyana Sofya yang agak ‘daring’ diambil dari sudut depan sedang berlegar-legar di laman sosial Facebook. Dalam foto berkenaan, Dyana hanya mengenakan uniform putih rasmi DAP dengan skirt pendek paras paha sahaja. Inikah tarbiah DAP?


Kita boleh lihat sampai bila gadis yang berhijab tertutup dalam DAP boleh bertahan? (IH)

Thursday, December 18, 2014

Notis Tahan Dr Yusuf Qaradhawi & Wajdy Ghoneim. Jom Bantah!


ORGANISASI Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) telah mengeluarkan Red Notice (Notis Merah) 4 Disember, untuk menahan Dr Yusuf Qaradhawi dan Wajdy Ghoneim, didakwa terlibat dengan kegiatan menghasut untuk melakukan keganasan dan aksi teroris.

 Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) membantah dengan keras tindakan tersebut seperti dilaporkan HarakahDaily sebentar tadi. Kenyataan dibuat oleh Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Mapim dan Abdul Ghani Samsudin, Pengerusi Shura/KUMS Malaysia

Dua NGO tersebut membantah dakwaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Mesir terhadap Qaradhawi, 88, yang tercatat dalam rekod Notis Merah itu ialah “merestui, menghasut dan membantu melakukan pembunuhan sengaja, membantu banduan untuk melarikan diri, pembakaran, vandalisme dan mencuri". Manakala Sheikh Wagdy Ghoneim, 63, pula dikehendakki atas dakwaan “jenayah keganasan, bunuh, culik, menyiksa dan memilikki senjata tanpa lesen".

Manakala jurnalis atau media yang mengkritik regim juga dilabel teroris. Tiga orang jurnalis Al-Jazeera telahpun dihukum 7 hingga 10 tahun penjara hanya kerana mereka didakwa melaporkan berita yang tidak sama dengan versi pemerintah. Penahanan secara arbitrari yang sudah mencecah lebih 28,000 rakyat Mesir juga melibatkan 522 wanita, 926 kanak-kanak, 180 doktor, 166 journalis dan 234 peguam sepanjang satu tahun yang lalu (laporan AOHR UK).

Lebih parah banduan Mesir disiksa dalam secara tidak berperikemanusiaan. Lebih 118 tahanan politik yang telah mati dalam tahanan sejak rampasan kuasa 3 Julai 2013. Pihak berkuasa telah melakukan pembunuhan massa dalam insiden Rabaa, Al-Nahda, dan Al-Manassa di mana ribuan orang awam terbunuh dan cedera. Tidak ada sebarang langkah untuk mengheret mereka yang bertangungjawab dalam kalangan polis dan tentera kemuka pengadilan.

"Kami juga menegaskan tindakan Interpol juga adalah bertentangan dengan Artikel (3) dalam piagamnya yang ditubuhkan dalam semangat Deklarasi Universal Hak Manusia yang menyatakan “adalah dilarang keras, ....untuk melakukan intervensi atau aktiviti yang bersifat apolitik, militari, agama atau perkauman" ( strictly forbidden…to undertake any intervention or activities of apolitical, military, religious or racial character)." Tegas dua NGO itu.

"Dengan mengeluarkan Notis Merah untuk menahan figur tersohor dalam kes yang sangat jelas boleh dipersoal dan terang-terangan suatu rekaan akan mendedahkan Interpol kepada imej yang tidak boleh dipercayai dan sebuah agensi yang tidak berkecuali. Tuduhan yang didakwa dalam senarai Notis Merah itu tidak berasas dan tidak punya nilai undang-undang. Walhal sebahagian mereka yang didakwa sudahpun dihukum bunuh.

"Tuduhan jenayah menghasut dalam Notis Merah itu memerlukan syarat perlakuan memujuk, mengalakkan, merangsang, menekan atau mengugut sehingga seorang itu terpengaruh untuk melakukan jenayah. Hal ini semasekali tidak terdapat kepada Yusuf Qaradhawi dalam perbuatan mahupun dalam ucapannya.

"Malah hasutan yang didakwa itu semestinya sangat serius, khusus dan langsung seperti mengeluarkan arahan, membayar, memberi senjata atau secara khusus menyuruh seseorang melakukan jenayah. Tidak ada kenyataan boleh dianggap suatu hasutan jika ia tidak secara khusus membawa maksud menghasut.

"Bila kenyataan yang didakwa oleh Notis Merah tidak memenuhi maksud yang khusus bersifat menghasut, maka jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak regim Mesir itu adalah kenyataan politik yang bermaksud untuk menindas siapa sahaja yang mempunyai pendirian yang menentang rampasan kuasa oleh tentera. Tidak ada dalam apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak yang dituduh yang boleh dianggap suatu jenayah di sisi undang-undang antarabangsa dan undang-undang hak manusia.

"Mengikut artikel 33 Konvensyen Pelarian Geneva 1951 dan protokol 1967 “Tidak ada negara yang memeterai kontrak boleh mengusir atau menyerah seorang pelarian dalam apa bentuk sekalipun kepada mana-mana wilayah dimana nyawa dan kebebasannya diancam atas sebab etnik, agama, kenegaraan, keanggotaan dalam sesuatu kumpulan sosial atau pendirian politik." (No Contracting State shall expel or return (“refouler”) a refugee in any manner whatsoever to the frontiers of territories where his life or freedom would be threatened on account of his race, religion, nationality, member- ship of a particular social group or political opinion ).

"Para (1) dalam Artikel (3) Konvensyen Menentang Penderaan dan Layanan Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menghina atau Hukuman (Torture and other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment) menyatakan “Tidak ada negara boleh mengusir atau menyerah kembali seseorang kepada negara lain dimana terdapat alasan yang kukuh untuk mempercayai bahawa dia boleh terdedah kepada penyiksaan." (No State Party shall expel, return ("refouler") or extradite a person to another State where there are substantial grounds for believing that he would be in danger of being subjected to torture)" Tegas dua NGO itu lagi.

Oleh itu..

"Kami mendesak Interpol menarik balik notis tersebut untuk menahan Qaradhawi dan Ghoneim dan menolak sebarang tekanan terhadap agensi tersebut demi menyelamatkan reputasi, integriti dan sifat berkecualinya.

"Pihak pemerintah Mesir kini sedang tercemar dengan imej memalsukan pendakwaan untuk menindas penentangnya. Dunia perlu bangkit menentang kezaliman yang berleluasa dijalankan oleh regim Mesir yang didalangi oleh kuasa imperialis Barat dan didukung oleh pemimpin-pemimpin Arab yang berkepentingan." Tegas NGO tersebut.

Bagaimana dengan pendirian kerajaan Malaysia? Jom bantah! (IH)

Pengalaman Penyanyi Kelab Malam Masuk Islam.. Jumpa Nik Aziz

NUR Alya Humaira Usun Abdullah merupakan anak kedua bongsu hasil perkongsian Usun Oliong dan Rusiah Apak berasal dari Kudat, Sabah.

Nur Alya atau Petronella Usun, nama yang digunakan sebelum beliau memeluk Islam merupakan penyanyi di kelab malam dan juga penyanyi di sebuah gereja di Sabah. Selama beliau memeluk Islam, beliau pernah berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz di Kelantan, walaupun sekejap.

Mari kita lihat pengalaman beliau ketika ditemubual pada program Nur Syahadah anjuran Harakahdaily dengan kerjasama MyHarakah Bazaar (


"Allhamdullilah saya berjumpa dengan suami saya dan terus memeluk Islam, jika dulu saya sendiri-sendiri pergi belajar tanpa memeluk Islam, sekarang tidak lagi," sambung beliau yang berkahwin dengan Yunus Ismail pada 24 Februari 2014.

Beliau yang turut berkata, tidak ada sesiapa pun yang mendorong beliau memeluk Islam tetapi yang membuatkan beliau ingin memeluk Islam adalah kerana mencari sesuatu yang hilang di dalam dirinya.

"Ada orang tanya semasa menjadi penyanyi, kenapa nak mendekati Islam? Waktu itu saya tidak tenang macam mencari sesuatu yang hilang.
"Saya beli buku-buku agama yang berkaitan Islam dan dari situ saya belajar sedikit demi sedikit, saya terpaksa membaca secara sembunyi kerana takut keluarga saya tahu.
"Sekarang tiada halangan lagi, keluarga sudah menerima saya dan apabila saya balik kampung mereka semua suka dengan penampilan saya. Cuma agak terkilan kerana mereka masih tidak bersama-sama saya memeluk Islam," tambah beliau.

Nur Alya turut mengakui bahawa pada awal beliau memeluk Islam terlalu banyak cabaran yang perlu dilalui terutama apabila berhadapan dengan keluarga dan masyarakat sekeliling.

"Masa saya mula-mula memeluk Islam memang keluarga cukup marah, mereka perlu masa yang lama untuk mereka berbaik semula dengan saya dan itu belum lagi dengan rakan-rakan dan saudara mara yang menjauhkan diri.
"Keluarga memang marah dan halang apa yang saya buat tetapi saya tetap berdegil dengan alasan ingin berkahwin.
"Rahsia memeluk Islam ini saya simpan beberapa bulan dan orang pertama yang mengetahuinya adalah ibu saya, beliau ketika itu amat terkejut dan menangis sebab saya masuk Islam.
"Beliau beranggapan apabila beragama Islam saya akan berpisah dengannya. Saya masih ingat lagi pesannya memandangkan kamu sudah Islam jangan putuskan hubungan dan jangan tinggalkan dia serta keluarga," katanya dengan nada sedih.

Namun, akhirnya Nur Alya tidak menjangka hubungan beliau dengan keluarga bertambah erat semenjak beliau memeluk Islam.

"Hubungan kekeluargaan kami memang rapat, tetapi selepas saya memeluk Islam hubungan itu renggang sedikit. Saya belajar tentang akhlak dan hubungan keluarga dalam Islam dan tidak menjangka hubungan kami lebih erat daripada termasuk hubungan suami dengan keluarga saya.
"Sekarang sudah tiga tahun saya memeluk Islam, saya belajar tentang Islam di Jawi dan juga di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
"Pada masa yang sama saya turut ke majlis-majlis ilmu dan ke masjid, jika kita ingin mendekati Islam kita perlu banyak belajar dan mendekati majlis-majlis ilmu.

"Pada peringkat awal memeluk Islam terlalu kuat cabaran, pada mulanya memang terasa terkongkong dengan Agama Islam itu sendiri, jika sebelum ini saya bebas melakukan apa saja, tetapi Islam tidak.
"Namun saya terus belajar dan setelah memahaminya saya lebih bahagia dengan Islam serta lebih kuat untuk menghadapi cabaran hidup, saya tidak pernah rasa terbeban sebaliknya tenang dan gembira dan apa yang saya cari sebelum ini telah saya temui," jelas beliau.

Nur Alya yang turut melahirkan rasa gembira ketika pertama kali melafazkan dua kalimah syahadah, namum dalam kegembiraan tersebut timbul juga perasaan takut jika pilihan yang dilakukan itu salah.

"Selepas melafazkan kalimah itu perasaan gembira timbul di dalam diri saya, namun di saat itu juga terdetik perasaan takut sama ada pilihan itu betul atau tidak, tetapi itu hanya sementara sahaja saya sekarang betul-betul gembira bersama agama Allah.
"Orang kata apabila kita pertama kali memeluk Islam selepas melafaz syahadah kita diibaratkan bayi yang baru lahir tanpa sebarang dosa, tetapi saya rasa macam terlalu banyak dosa yang saya lakukan sebelum ini, kesalahan lalu masih lagi saya terasa.
"Beryukur kerana dipilih Allah, dari penyanyi di gereja hingga memeluk Islam, mengikuti setiap ajaran Islam sehinggalah sekarang saya berpurdah dan tidak pernah menyesal dengan pilihan yang Allah berikan kepada saya," sambung beliau.

Nur Alya turut menegaskan kalau diberi pilihan RM1 juta dan kembali kepada agama asalnya, beliau tetap memilih bersama Islam dan hidup matinya bersama agama Allah.

"Siapa tahu mungkin esok hari, hari ini kita melihat dunia, adakah kita terfikir apa yang kita akan bawa ke alam barzakh.
"Selama saya memeluk Islam, saya pernah berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz di Kelantan, walaupun sekejap tetapi saya gembira sangat kerana perwatakan yang beliau tunjukkan menyejukkan hati saya untuk terus bersama-sama Islam.
"Sehinggakan semasa dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur mulut terdiam tak berkata memikirkan pesanan beliau, sebab siapa yang tidak mengamalkan Islam sedangkan beliau sudah lama Islam adalah mereka yang rugi, sedangkan saya masih baru terlalu jauh untuk saya mempelajari Islam sepenuhnya.
"Jangan terlalu ingatkan dunia kerana dunia ini hanya sementara," jelasnya lagi.

Harapan beliau seterusnya..

"Saya mendoakan agar kedua ibu bapa saya mengikuti jejak saya untuk memeluk Islam, kalau boleh sebelum saya memejam mata buat kali terakhir di dunia ini.
"Saya berusaha menasihati meraka, walaupun tak mampu bercakap secara terus dan berharap kedua ibu bapa saya diberi hidayah dan dapat mengucapkan dua kalimah syahadah," kata Nur Alya Humaira. (IH)

Video:

Saya tergamam lihat TG Nik Aziz

 Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Rancang Kayuh Basikal Satu Roda Keliling Dunia


 
PRATT berehat selepas berlatih menunggang basikal satu roda baru-baru ini.

JOM KREATIF
LONDON – Seorang remaja berusia 19 tahun merancang untuk mengelilingi dunia dengan menunggang sebuah basikal satu roda pada bulan Mac tahun depan.

Remaja tersebut, Ed Pratt yang berasal dari Somerset dekat sini berkata, dia kini sedang membuat persiapan termasuk mengumpul dana bagi membiayai perjalanan yang memakan masa selama 18 bulan itu.

Katanya, jika berjaya melakukan misi tersebut dia bakal menjadi individu pertama mengelilingi dunia dengan menggunakan basikal satu roda.

“Menunggang basikal satu roda sangat berbeza dan bahaya berbanding basikal dua roda yang biasa.
“Saya mula berlatih menunggang basikal satu roda sejak dua tahun lalu dan mengalami beberapa kecederaan akibat terjatuh,” katanya.

Katanya, dia merancang memulakan perjalanan merentasi Eropah menuju ke Turki sebelum meneruskan perjalanan ke China, Australia dan Amerika Utara.

Menurutnya, dia juga sedang mengumpul dana untuk mendermakan peralatan sekolah kepada beberapa buah sekolah di Afrika ketika merentasi benua Afrika nanti. – Agensi

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Rasuah Punca Malaysia Rugi RM1.38 Trilion – GFI


KUALA LUMPUR 16 DIS: Malaysia kerugian RM171.11 bilion (AS$48.93 bilion) ekoran pengaliran keluar wang haram pada 2012, menurut laporan pemantau aliran wang haram, Integriti Kewangan Global (GFI).

Laporan yang dikeluarkan hari ini seperti dilapor Malaysiakini turut menyebut, kerugian terkumpul Malaysia kini sebanyak RM1.38 trilion (AS$394.87 bilion) sejak 2003.

Laporan GFI, yang terlibat dalam pemantauan selebih sedekad itu menyebut pengaliran keluar wang haram ini berlaku dalam bentuk rasuah, lari daripada cukai dan jenayah.

Berbeza dengan pelarian modal, Malaysia menunjukkan peningkatan kecil apabila aliran keluar wang haram pada 2012 menurun 5.98 berbanding 2011.

Aliran wang haram di Malaysia berada antara RM70 bilion (AS$20 bilion) kepada RM140 bilion (AS$40 bilion) setahun sejak 2012 tetapi naik mendadak kepada RM218.06 bilion (AS$62.45 bilion) pada 2010.

Menurut laporan itu lagi, Malaysia juga kekal antara lima negara teratas dalam masalah pelarian modal.

(http://www.keadilandaily.com)

KPN Tidak Boleh Dipaksa Tangkap Bapa Mualaf



PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar (foto) tidak boleh dipaksa untuk menangkap seorang bapa mualaf dan mengembalikan anak perempuannya kepada bekas isterinya yang beragama Hindu.

Ketika membenarkan rayuan KPN untuk mengetepikan perintah mandamus yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Aziz Ab Rahim memutuskan bahawa mahkamah tidak dapat menguat kuasakan perintah Mahkamah Tinggi itu kerana perkara itu melibatkan perbalahan peribadi.

"Perintah mandamus tidak harus dikeluarkan untuk menguatkuasakan hak peribadi," kata Abdul Aziz.

Dalam penghakiman majoriti 2-1, Abdul Aziz berkata, M. Indira Gandhi belum habis menggunakan semua remedi undang-undang untuk mencari bekas suaminya, Mohd Ridhuan Abdullah dan anaknya.

"Dia tidak menghubungi bailif mahkamah untuk mencari anaknya," katanya yang mendengar rayuan bersama Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Ahmadi Asnawi.

Tengku Maimun, yang membuat keputusan menentang, berkata hakim Mahkamah Tinggi tidak tersilap dalam mengeluarkan perintah mandamus itu. Pada 12 Sept lepas, Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan permohonan bagi semakan kehakiman yang difailkan oleh Indira Gandhi untuk perintah mandamus bagi memaksa Khalid menangkap Mohd Ridhuan dan mengembalikan anak perempuan mereka, Prasana Diksa, 6 tahun kepada dia.

Pada 2009, Mahkamah Syariah di Ipoh memberi kepada Mohd Ridhuan, yang sebelum ini dikenali sebagai K. Pathmanathan, hak penjagaan terhadap tiga anak mereka, Tevin Darsiny, 17, Karan Dinish, 16, dan Prasana, 6, selepas beliau menukarkan agama mereka kepada Islam.

Pada 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada Indira Gandhi hak penjagaan penuh ketiga-tiga anak mereka dan Mohd Ridhuan diarah untuk mengembalikan Prasana Diksa kepada ibunya. Pada 30 Mei, Mahkamah Tinggi mensabitkan Mohd Ridhuan kerana menghina mahkamah dan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya selepas dia berulang kali gagal menyerahkan Prasana Diksa kepada ibu kanak-kanak itu.

Indira Gandhi juga memperoleh perintah mendapatkan kembali dari Mahkamah Tinggi untu memaksa polis mengesan Muhammad Ridhuan. Panel hakim yang sama menolak rayuan yang dikemukakan oleh seorang bapa mualaf Izwan Abdullah untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi sivil Seremban yang memberi hak penjagaan dua anak mereka kepada bekas isterinya yang beragama Hindu, S. Deepa.

Izwan yang sebelum ini dikenali sebagai N.Viran, merayu terhadap perintah itu yang dikeluarkan pada 7 April tahun ini yang memberi hak penjagaan anak perempuan, Sharmila, 9 tahun dan anak lelaki, Mithran, 6 tahun kepada ibu mereka. Dalam keputusan sebulat suara, Abdul Aziz memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah Seremban tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikan perkahwinan sivil apabila satu pihak telah memeluk agama Islam.

Hakim berkata apa yang Mahkamah Syariah boleh lakukan ialah untuk mengesahkan pembubaran perkahwinan tersebut.

"Mahkamah Syariah hanya boleh mengesahkan pembubaran perkahwinan akibat penukaran agama," kata Hakim Abdul Rahim.

Beliau kemudian mengarahkan Izwan membayar RM10,000 sebagai kos. Panel hakim juga menolak rayuan Izwan terhadap perintah mendapatkan kembali yang diperoleh oleh Deepa dari Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan polis mengesan anak lelakinya, Mithran yang berada bersama Izwan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Izwan bagi penangguhan pelaksanaan perintah itu dalam tempoh tiga minggu sementara memohon kebenaran untuk menfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan itu. Hakim Abdul Aziz memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi boleh mengeluarkan perintah mendapatkan kembali dan ia boleh mengeluarkan perintah yang perlu mengikut undang-undang.

Pasangan itu berkahwin pada Mac 2003 mengikut agama Hindu. Izwan, yang memeluk Islam pada 2011, menukarkan agama ketiga-tiga kanak-kanak itu tanpa pengetahuian isterinya pada tahun yang sama dan seterusnya memperoleh perintah dari Mahkamah Syariah Seremban bagi penjagaan dan kawalan kanak-kanak itu.

Peguam Aston Paiva, mewakili Indira Gandhi, dan Mohd Haniff Katri Abdulla mewakili Izwan sementara peguam kanan persekutuan Suzana Atan mewakili Khalid. - Bernama

Sokongan Melayu: Cabaran PAS Atau Kecundang PRU14


 Oleh
DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

Pendahuluan

1. Analisis sokongan pengundi berdasarkan etnik tidak dapat dielakkan dalam konteks pilihanraya di Malaysia kerana pembentukan parti yang bertanding juga lebih berasaskan kepada etnik.
2. Data-data PRU ke-13 melibatkan tahap sokongan Melayu terhadap BN dan PR perlu dilihat dengan penuh prihatin khususnya oleh ahli-ahli PAS. Hal ini kerana dalam konteks agihan kerusi di kalangan PR, rata-rata PAS bertanding di kerusi Melayu berhadapan dengan UMNO khususnya di peringkat Parlimen. Justeru, undi teras bagi PAS ialah pengundi Melayu.
2. Apabila DAP dan PKR yang secara umumnya bertanding di kerusi pengundi cina atau pengundi campuran berjaya mendapatkan maksima kemenangan di kerusi tersebut sedang PAS gagal memenangi kerusi Melayu maka kuasa tawar menawar politik pasca PRU ke-14 tidak berada di tangan PAS.
3. Malah tidak pelik jika di saat itu rundingan pembentukan kerajaan hanyalah antara UMNO mewakili kerusi Melayu dan DAP serta PKR mewakili kuasa politik Cina dan campuran. Dalam politik semuanya serba mungkin.

Data PRU13

1. Dalam PRU13 daripada sebanyak 222 kerusi Parlimen secara umumnya terdapat 119 kerusi majoriti Melayu, 29 kerusi majoriti Cina, 36 kerusi campuran dan 38 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak.
2. PR sangat kuat menyapu bersih 29 kerusi Cina dan 23 kerusi campuran namun lemah dengan hanya mendapat 36 kerusi Melayu dan 1 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak menjadikan semuanya 89 kerusi.
3. BN pula gagal memenangi walau satu pun kerusi Cina, hanya mendapat 13 kerusi campuran tetapi gagah dengan mendapat 83 kerusi Melayu dan 37 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak.
4. Ertinya cabaran besar PR yang perlu ditanggung oleh PAS khususnya ialah memenangi 83 kerusi Melayu. Manakala cabaran bagi DAP dan PKR ialah memenangi 37 kerusi Sabah dan Sarawak. Adapun di Semenanjung mereka hanya perlu bekerja keras merebut 13 lagi kerusi campuran.
7. Dengan andaian PR mengekalkan semua 89 kerusi sekarang, PR hanya memerlukan antara 23 hingga 30 kerusi untuk memerintah Malaysia atau berada pada kedudukan selesa.
8. Dengan andaian kerusi itu boleh diperolehi daripada 13 kerusi campuran milik BN hari ini dan lagi 10 hingga 17 lagi dari Sabah dan Sarawak maka PR sebenarnya seolah tidak memerlukan sangat pertambahan kerusi Melayu menerusi PAS dan PKR.

Tahap Sokongan Melayu Terhadap PR pada PRU13

1. Analisis menunjukkan bagi Semenanjung Malaysia, 63.7% undi Melayu berpihak kepada Barisan Nasional, 10.8% undi Cina dan 43.2% undi kaum India
2. Johor mencatat sokongan Melayu yang paling tinggi bagi BN dengan kadar 84.1% dan Kelantan paling rendah 46.7%. Di Kelantan berlaku sedikit peningkatan undi bagi BN berbanding PRU 12 dan fenomena ini memberi isyarat BN mampu menambahkan kerusi DUN dan Parlimen di sana.
3. PR menerusi PAS terutamanya dan PKR hanya memenangi 36 kerusi Melayu dengan hanya 16 kerusi selamat dan 20 kerusi tipis.
6. BN menerusi UMNO berjaya menang di 83 kerusi Melayu dengan 50 kerusi selamat dan hanya 30 kerusi tipis.
7. Data ini menunjukkan tugas PAS sangat besar bagi memenangi pengundi Melayu. Untuk itu strategi yang betul bagi menghadapi pengundi Melayu ialah dengan tidak menimbulkan sebarang isu kontroversi melibatkan Melayu-Islam. Sebarang kontroversi yang dibangkitkan oleh DAP terutamanya hanya akan menjarakkan lagi pengundi Melayu daripada PAS. Apatah lagi media arus perdana sangat berperanan meracuni pengundi Melayu yang rata-ratanya berada di luar bandar.
8. Sementelah pula jika kontroversi isu agama dan Melayu itu dibangkitkan oleh sebahagian pimpinan PAS maka ia menjadi bola tanggung untuk UMNO terus mengukuhkan kedudukan mereka di kalangan Melayu. Kesannya sudah lasti dirasai oleh PAS.

Sokongan Padu Pengundi Cina Terhadap PR

1. Corak pengundian pengundi Cina membayangkan mereka begitu yakin Pakatan Rakyat mampu menumbangkan BN yang terasnya adalah Melayu UMNO dan membentuk kerajaan campuran kuasa pelbagai etnik dalam PRU ke 14.
2. Dalam PRU ke 13 BN menerusi Gerakan dan MCA gagal mendapat sebarang kerusi majoriti Cina sedang PR menerusi DAP dan PKR menyapu bersih 29 kerusi dengan 25 kerusi selamat dan hanya 4 kerusi dimenangi secara tipis.
3. Di 36 kerusi parlimen campuran pula PR memenangi 23 kerusi dengan 18 kerusi selamat dan 5 kerusi tipis manakala BN hanya mendapat 13 kerusi dengan 4 sahaja kerusi selamat dan 9 kerusi tipis. Keadaan ini menunjukkan PR hanya perlu bekerja keras untuk memenangi hanya 13 sahaja lagi kerusi campuran yang dimenangi BN.
4. Kesimpulannya, dengan mengekalkan kemenangan sapu bersih 29 kerusi Cina, 23 kerusi campuran dan merebut 13 lagi kerusi campuran, PR menerusi DAP dan PKR terutamanya bakal memiliki 65 kerusi Parlimen. Dengan corak pelbagai isu dimainkan oleh PR pada hari ini usaha untuk mendapatkan kemenangan maksima di kerusi Cina dan campuran adalah mudah bagi PR.

Strategi Kemenangan PR PRU14

Merujuk kepada analisis di atas kesimpulan yang boleh dibuat ialah:
1. PAS perlu melipatkan gandakan usaha memenangi pengundi Melayu.
2. Sokongan Cina dan kerusi campuran pelbagai etnik kepada DAP dan PKR sudah hampir sampai ke siling.
3. Tumpuan utama PR ialah pada kerusi Sabah dan Sarawak.
4. Sebarang strategi yang mengabaikan sokongan pengundi teras PAS iaitu Melayu akan meletakkan PAS sebagai parti paling lemah dalam PR.
5. Kuasa tawar menawar politik apabila PAS lemah ialah antara DAP serta PKR mewakili pengundi pelbagai etnik dan UMNO mewakili pengundi Melayu manakala PAS hanyalah seumpama melukut di tepi gantang politik.
6. MCA dan Gerakan sudah hampir kehilangan gigi malah mungkin hampir lumpuh melainkan ia bersama dalam arus DAP dan PKR.

Penulis ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus.