Saturday, January 03, 2015

RM1 Bilion, Jumlah Kerosakan Akibat Banjir.



PETALING JAYA: Banjir dahsyat yang melanda telah menyebabkan kemusnahan dan kerugian terhadap negara, infrastruktur dan rakyat.
Apa yang menjadi keutamaan adalah perhatian terhadap beribu-ribu penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan ahli keluarga yang kehilangan nyawa akibat bencana itu.

Tetapi ketika keadaan banjir di seluruh negara kembali pulih, sebenarnya kehilangan dan kerugian yang dialami adalah lebih daripada yang dijangkakan.

Antaranya, 69,000 pekebun kecil getah dan sehingga 50,000 penanam kelapa sawit di mana ladang-ladang mereka telah ditenggelami banjir.

Mereka mengalami kerugian dari segi sumber pendapatan memandangkan ladang yang ditenggelami air dalam tempoh yang panjang boleh merosakkan tanaman kelapa sawit.

Di Kelantan sahaja, yang merupakan negeri pantai timur yang paling teruk dilanda banjir, terdapat kira-kira 150,000 petani dan penternak yang mana sawah padi dan kebun sayur-sayuran, ternakan dan kolam ikan mereka musnah akibat banjir.

Jumlah kerosakan harta benda dan infrastruktur di semua negeri terbabit masih diselaraskan tetapi kosnya setakat ini sudah mencecah RM1 bilion.

Pada Jumaat, anggaran jumlah kerugian diumumkan berjumlah RM878 juta.

Ia termasuklah RM350 juta untuk membaiki sekolah-sekolah di lima negeri, RM200 juta untuk kerosakan harta benda, RM100 juta untuk membaiki jalan raya di Kelantan, RM132 juta untuk membaiki jalan raya di Terengganu dan RM96 juta untuk membaiki 93 runtuhan tanah di sepanjang jalan-jalan rosak di empat buah negeri.

Penyelarasan ini tidak termasuk kerugian yang ditanggung oleh sektor getah, kelapa sawit dan pertanian, yang merupakan antara aktiviti ekonomi utama bagi penduduk di negeri-negeri pantai timur.

Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) berkata kira-kira 119,000 pekebun kecil telah terjejas dan satu kajian untuk menentukan kerugian yang dialami masih dijalankan.

"Ini merupakan menjadi banjir dahsyat dan paling teruk untuk pekebun kecil kelapa sawit di Pahang dan Terengganu serta pekebun kecil getah di Kelantan," kata Presiden PKPKM Datuk Aliasak Ambia.

Beliau berkata pekebun kecil getah memerlukan bantuan dalam bentuk peralatan, seperti cawan dan pisau toreh, manakala pekebun kecil kelapa sawit mengharapkan bantuan baja.

PKPKM mempunyai kira-kira 375,000 ahli yang menanam pokok getah, kelapa sawit dan koko di atas tapak tanah kurang dari 40 hektar.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata pihak berkuasa pembangunan tanah telah menjalankan satu kajian untuk menentukan sejauh mana kerosakan dan kerugian.

"Setakat ini, apa yang boleh saya katakan adalah sebahagian besar daripada kerosakan itu berlaku di ladang kami di Gua Musang, Kelantan, dan di beberapa bahagian di Pahang," katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata anggaran yang lebih tepat dari segi kerosakan masih tidak boleh dilakukan kerana kebanyakan petani masih berada di pusat pemindahan.

Tambahnya, disebabkan petani yang terjejas, ia secara tidak langsung akan meningkatkan harga sayur-sayuran di seluruh negara kerana komoditi itu menjadi sukar didapati dan jalan raya tidak boleh diakses, menyebabkan hasil tanaman sukar berada di pasaran.

Pengurus Tenaga Nasional Bhd (TNB) Kelantan Md Yuslan Md Yusof juga tidak boleh meletakkan angka kerugian tetapi menambah bahawa banjir telah merosakkan peralatan seperti suis, transformer, kabel, konduktor dan tiang elektrik, kebanyakannya di Tanah Merah, Gua Musang dan Kuala Krai.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata, beliau hanya boleh memberikan anggaran tepat mengenai kerosakan sebaik sahaja air surut.

Kementerian Pertahanan telah berjanji untuk membantu Kementerian Kerja Raya dari segi tenaga kerja untuk membaiki infrastruktur awam yang rosak, terutama jalan raya. (mStar)


Lihat liputan banjir.. 
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

Penjelasan TNB Terhadap Kenyataan Husam



KUALA LUMPUR: Pada 31 Disember lalu harakahdaily telah menyiarkan kenyataan Datuk Husam Musa yang menyentuh kemungkinan banjir yang melanda Kelantan diakibatkan empangan TNB.

Oleh itu, Unit Komunikasi Korporat, Tenaga Nasional Berhad tampil memberi penjelasan melalui satu kenyataan medianya yang bertajuk “Empangan TNB Bantu Mengurangkan Musibah Banjir Lebih Besar”.

Berikut kenyataan penuh pihak Unit Komunikasi Korporat, TNB;

EMPANGAN TNB BANTU MENGURANGKAN MUSIBAH BANJIR LEBIH BESAR

Terdapat berita di media sosial yang membuat tuduhan bahawa pembangunan Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu (juga di kenali sebagai Projek Kenyir Dua) adalah punca banjir di Negeri Kelantan.

Antara tuduhannya termasuklah:

1. Limpahan air dari Projek ini menyebabkan kejadian banjir di Negeri Kelantan
2. Empangan di Projek ini pecah dan menyebabkan banjir di Negeri Kelantan
3. Kerja-kerja pembalakan di kawasan Projek telah menyebabkan kawasan tersebut gondol dan ini menjadi punca aliran air yang besar ke kawasan Malik Urai, Kuala Krai & seterusnya ke Kota Bahru.
4. Projek ini dilaksanakan secara rahsia

Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan tuduhan ini dan ingin memberi penjelasan berdasarkan fakta-fakta berikut:

Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu terletak di Daerah Hulu Terengganu, di kawasan hutan simpan Tembat, di bahagian hilir Tasik Kenyir. Ia melibatkan pembinaan dua empangan merintasi Sg. Terengganu (Empangan Puah) dan Sg. Tembat (Empangan Tembat) yang mengalir ke Tasik Kenyir.

Kawasan tadahan untuk Projek ini terletak di Negeri Terengganu dan dipisahkan dari Negeri Kelantan oleh banjaran gunung. Oleh hal yang demikian segala aliran air permukaan (surface run-off) mengalir ke arah kedua-dua sungai tersebut yang akhirnya akan menjadi Tasik Puah dan Tasik Tembat apabila Projek ini siap kelak.

Air dari Tasik Tembat akan disalurkan melalui terowong lencongan air ke Tasik Puah. Air ini akan digunakan untuk penjanaan di Stesen Permukaan Tembat (15MW) sebelum memasuki Tasik Puah. Air dari Tasik Puah pula akan disalurkan ke Stesen Bawah Tanah Puah (250MW). Selepas penjanaan air ini akan disalurkan melalui terowong aliran keluar ke Tasik Kenyir seperti Lakaran Rentas di bawah:


Pembinaan Empangan Puah telah selesai dan penakungan tasik telah dimulakan pada 1 Oktober 2014 manakala Empangan Tembat didalam proses pembinaan dan penakungan Tasik Tembat akan dimulakan pada Jun 2015. Projek ini akan tamat sepenuhnya pada April 2016 dengan keupayaan untuk menjana tenaga elektrik 265MW.

Lokasi pembinaan empangan-empangan tersebut dipilih untuk mengelakkan pembinaan empangan pelana (saddle dam) dan oleh itu segala pelepasan air adalah melalui Empangan Puah dan Empangan Tembat dimana air pelepasan akan mengalir di aliran asal Sg. Terengganu dan Sg. Tembat dan seterusnya mengalir masuk ke Tasik Kenyir. Adalah mustahil untuk air pelepasan dari kedua-dua empangan ini untuk merintasi banjaran gunung untuk memasuki Negeri Kelantan. Tiada pelepasan dari Tasik Puah dan perkara ini mustahil untuk dilaksanakan memandang paras air di Tasik Puah setakat 1 Januari 2015 masih dibawah paras pelepasan melalui pintu limpahan empangan.

Projek ini dilaksanakan selepas mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga dan Kerajaan Negeri Terengganu. Ia tidak dilaksanakan secara rahsia. Malah upacara perasmian penakungan Tasik Puah telah dilaksanakan oleh YB Dato Seri DiRaja Mahdzir bin Khalid, Timbalan Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air pada 1 Oktober 2014 dan upacara perasmian ini telah disiarkan di media massa. Manakala pihak TNB kerap mengadakan aktiviti dibawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) untuk kebaikan penduduk tempatan.

Projek-projek hidroelektrik yang dilaksanakan oleh pihak TNB bukan hanya untuk tujuan penjanaan kuasa elektrik tetapi juga penebatan banjir. Proses penakungan Tasik Puah telah membantu mengurangkan kesan kemasukan air ke Tasik Kenyir dimana setakat 31 Disember 2014, air sebanyak 740,000 juta cubic meter ditahan oleh Empangan Puah.

Penerangan diatas dengan jelas menunjukan bahwa Projek ini tiada kaitan dengan peristiwa banjir di Negeri Kelantan, malah ia telah berkesan di dalam usaha penebatan banjir dengan mengurangkan kemasukan air ke Tasik Kenyir. – HARAKAHDAILY 3/1/2014

Lihat liputan banjir.. 
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

AS Biadap! 10 Tahun Di Penjara, Baru Bebaskan Kerana Tak Bersalah.


10 Tahun Dalam Penjara, AS Pulangkan Empat Tahanan Guntanamo ke Afghanistan Karena tak Bersalah
Biadap! 10 Tahun Dalam Penjara, AS Pulangkan 4 Tahanan Guntanamo ke Afghanistan Kerana tak Bersalah
Presiden AS, Obama..

Cuba: Betapa cuai dan biadabnya Amerika Syarikat, sudah beberapa tahun ditahan ternyata tidak ada bukti yang kuat tentang kesalahan mereka. Penjara Guantanamo digunakan AS untuk menahan beratus-ratus orang dituduh 'keganasan'

Kini, empat tahanan Afghanistan di Teluk Guantanamo telah dihantar kembali ke negara mereka, seperti disampaikan Pentagon. Shawali Khan, Khi Ali Gul, Abdul Ghani dan Mohammed Zahir dipulangkan selepas kes mereka dikaji semula dan ternyata tidak bersalah. Lapan warga Afghan lain diyakini masih berada di penjara AS di Cuba bersama dengan 132 orang tahanan.

Presiden Barack Obama berjanji menutup penjara yang dibuka pada 2002 lalu yang digunakan untuk menahan "pejuang musuh" dalam pemahaman AS merupakan melawan 'terorisme', selepas peristiwa 9/11.

"Enam jabatan dan badan yang tergabung dalam satgas secara bulat menyetujui pemulangan mereka dalam sidang kajian semula kes mereka, selepas mengkaji pelbagai faktor termasuk masalah keselamatan diputuskan mereka tak mempunyai tempat lain untuk pergi," seperti disampaikan Pentagon, Sabtu (20/12).

Empat warga Afghan, yang telah ditahan selama 10 tahun di Teluk Guantanamo, diterbangkan ke ibu negara Afghanistan di Kabul dengan menggunakan pesawat tentera dan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan.

Tahanan Guantanamo yang belum dibebaskan mencapai 132 orang. Sampai saat ini Pentagon belum memberikan penjelasan terperinci mengenai pemulangan tersebut. Kuasa Undang-undang AS yang mewakili para tahanan mengatakan bahawa pelanggan mereka menyatakan semua tidak bersalah.

Wells Dixon, kuasa undang-undang Shawali Khan selama beberapa tahun, mengatakan kepada BBC World TV: "Mereka memutuskan secara bulat kerana dia tidak mengancam orang lain".

"Saya sangat terkejut dia tidak dibebaskan sejak beberapa tahun yang lalu". Dixon menambah dia berharap dapat menyaksikan lebih banyak tahanan Guantanamo yang dibebaskan dalam waktu dekat.

Sementara itu, Dewan Keamanan Tinggi Afghanistan - badan yang dibentuk oleh kerajaan untuk menangani masalah tahanan- mengatakan empat orang tersebut akan dipertemukan kembali dengan keluarga mereka "dalam masa dekat", seperti ditulis pejabat berita Associated Press. (IH)

Mahu Sertai IS, 2 DiTahan, Kenal Melalui Facebook. 51 Lagi Disiasat.



Kiri suspek lelaki, suspek wanita.

KUALA LUMPUR – Dua suspek termasuk seorang wanita ditahan polis Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dipercayai merancang untuk menyertai kumpulan militan Islamic State (IS) di Syria.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari Terengganu ditahan pada Ahad lalu selepas disyaki merancang ke Syria untuk terlibat dalam serangan bunuh diri di negara itu.

Menurutnya, suspek merupakan pelajar sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Perlis dan dipercayai termakan pujukan anggota militan selepas dia berinteraksi melalui laman sosial Facebook dengan beberapa rakyat Malaysia dan warga asing yang kini berada di Syria.

“Suspek wanita berusia 27 tahun yang berasal dari Negeri Sembilan pula merupakan bekas pelajar sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Lembah Klang dan ditahan pada 24 Disember lalu.
“Hasil siasatan dan risikan mendapati wanita berkenaan berinteraksi dengan anggota kumpulan IS yang dikenalinya melalui Facebook sejak pertengahan November lalu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Kedua-dua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VI A-Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Dengan penangkapan terbaharu itu, polis telah menahan 51 individu rakyat tempatan yang cuba menyertai atau membantu kumpulan militan IS.
 (IH)

Sabah Dilanda Banjir, 5 Negeri Semakin Pulih.



Anggota Bomba dan Penyelamat memindahkan mangsa banjir setelah Kampung Rugading mula dinaiki air di Tawau, Jumaat. Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor semakin pulih petang Jumaat, namun Sabah kembali dilanda bencana itu apabila beberapa bandar utama di negeri berkenaan mula ditenggelami air.

Setakat 4 petang, SABAH merekodkan seramai 422 mangsa daripada 134 keluarga di daerah Kota Belud dan Tawau yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.
Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam berkata, kesemua mangsa adalah dari 10 buah kampung yang dilanda banjir di sekitar daerah berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kajicuaca Sabah, Abdul Malik Tussin berkata, keadaan cuaca di seluruh negeri berkenaan hingga lewat malam ini, diramalkan mendung dengan hujan sekejap-sekejap.
Sebelum ini, Tenom dan Beaufort dilanda banjir selama beberapa hari dengan lebih 400 mangsa terpaksa berpindah ke pusat penempatan sementara.

Di TERENGGANU, keadaan banjir hampir pulih dan setakat petang Jumaat hanya daerah Dungun masih terjejas melibatkan 143 mangsa berbanding 2,917 mangsa pada sebelah tengah hari, menurut Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Terengganu Roslina Ngah.
Roslina dalam kenyataan berkata, Bilik Gerakan Banjir Terengganu pada Jumaat ditutup secara rasmi berikutan keadaan yang semakin pulih di negeri itu, namun pihaknya meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa.

Di KELANTAN, keadaan banjir turut bertambah baik apabila merekodkan penurunan jumlah mangsa kepada 26,149 orang petang ini, berbanding 27,282 orang pada tengah hari.
Menurut MKN Kelantan, kesemua mangsa yang terdiri daripada 6,469 keluarga ditempatkan di 140 pusat pemindahan di enam jajahan.
Setakat ini, jumlah mangsa banjir di Tanah Merah adalah sebanyak 14,184 orang, Tumpat (124), Kuala Krai (5,645), Kota Baharu (635), Machang (2,555) dan Gua Musang (3,006).

Di PERAK, jumlah mangsa banjir sedikit menurun kepada 7,346 orang daripada 2,013 keluarga berbanding 7,513 mangsa daripada 2,066 keluarga di 49 pusat pemindahan di lima daerah tengah hari Jumaat.
Jurucakap MKN Perak berkata, daerah Perak Tengah setakat petang Jumaat merekodkan seramai 5,290 mangsa, Kuala Kangsar (891), Hulu Perak (758), Manjung (131) dan Hilir Perak (276).

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 43,840 orang berbanding 44,591 orang tengah hari tadi di 203 pusat pemindahan di lapan daerah yang terjejas.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Temerloh menempatkan mangsa paling ramai 20,962 orang di 69 pusat diikuti Pekan (10,964), Jerantut (4,215), Bera (3,313), Maran (2,438), Kuantan (1,074), Lipis (825) dan Rompin (49).

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 116 orang daripada 24 keluarga selepas 23 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. (IH/mStar)

Lihat liputan banjir.. 
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

Friday, January 02, 2015

Panduan Mendidik Anak Menurut ISIS..


Gambar di atas didikan cara siapa?

ISIS bikin panduan bagi ibu yang ingin anaknya jadi ekstremis 
SEBUAH cara mendidik dan membesarkan anak menurut ISIS tersebar di dunia maya dan warga Internet ketar ketir. Mereka ditanggapi seolah-olah memberi amaran adanya suatu generasi masa depan seperti kumpulan Negara Islam untuk Iraq dan Syam atau ISIS.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, Khamis (1/1), cara ini dikemas dalam buku panduan bertajuk 'Persaudaraan Selamanya dalam Jihad'. Mereka memberi petunjuk soal cerita-cerita menjelang tidur, termasuk beberapa laman jihad yang patut dikunjungi.

Disebutkan di situ kaum ibu perlu melatih anaknya jadi apa yang dianggap 'pelampau' sejak dia masih bayi, sebab kalau menunggu besarnya kanak-kanak kecil itu, sudah amat terlambat


"Jangan meragukan kemampuan telinga dan mata kecil itu. Kesannya akan terasa selamanya," buku itu menyebut.

Buku ini diburu oleh tentera pangkalan Amerika Syarikat dan Institut Penyelidikan Media di Timur Tengah (MEMRI). Menurut mereka buku ini berbahaya lantaran memaksa anak-anak dan mendoktrin mereka menjadi radikal.

"Perlu diketahui dunia. Doktrinasi merupakan perkara penting bagi mereka. Tidak peduli dengan apa yang berlaku di Iraq dan Syria ke depan, anak-anak Abu Bakar Baghdadi dan cucu dari Usamah Bin Ladin sudah dicuci otaknya untuk membenci barat dan selalu ingin menjadi martir," ujar Pengarah Eksekutif MEMRI Steven Stalinsky.

Menurutnya, buku ini juga dilengkapi pelbagai gambar yang menyeramkan bulu roma.  Salah satu paling berpengaruh yakni seorang budak lelaki pura-pura berjihad,  John dan slit sebuah boneka


Maklum, memang AS sendiri sedang mendoktrin pemikiran dunia demi untuk mengekalkan pengaruh dan kekuasaan zalimnya, yang mereka lihat ISIS sebagai penghalang!  (IH)

Arab Saudi Hukum Pancung 2 Pengedar Dadah. M'sia?


RIYADH: Arab Saudi menguatkuasakan hukuman jenayah mengikut syariat Islam.

AFP melaporkan dua lelaki yang disabitkan bersalah mengedar dadah menjadi pesalah pertama dihukum pancung oleh kerajaan Arab Saudi pada tahun ini. Pada tahun lalu seramai 87 pesalah dipancung berikutan melakukan pelbagai kesalahan yang membawa kepada hukuman mati di negara tersebut.

Malik bin Said al-Sayaari dipancung pada Khamis di daerah Al-Hasa selepas didapati bersalah melakukan kesalahan mengedar dadah secara berulang kali. Seorang lagi pesalah, Hussein al-Dussari pula dipancung di Riyadh selepas didapati bersalah menembak mati seorang anggota polis yang cuba menahannya. Hussein ditahan kerana turut melakukan pengedaran dadah.

Arab Saudi menguatkuasakan hukuman mati mengikut syariat Islam terhadap pesalah bagi kesalahan rogol, bunuh, murtad, rompakan bersenjata dan mengedar dadah. Negara tersebut juga dilaporkan terus memperketatkan undang-undang dalam hukuman mati walapupun terdapat pertikaian daripada pertubuhan hak asasi manusia.

Itulah 'hudud' dalam perundangan Islam. Mengapa Arab Saudi boleh, Malaysia tidak yakin boleh laksanakan? Kononnya Malaysia lebih hebat Islamnya dari Saudi?  (IH)

Ombak Besar Landa Pantai Labuan

LABUAN: Ombak besar membadai pantai Labuan malam tadi dan menimbulkan suasana cemas dalam kalangan penduduk, nelayan serta pengusaha pengangkutan laut.
  
Beberapa nelayan tempatan dan tekong bot dilaporkan tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain berikutan keadaan laut yang bergelora teruk.
  
"Saya belum pernah melihat ombak sebesar ini," kata Rahim Yussof, 45, yang bertugas dengan sebuah syarikat minyak dan gas kepada Bernama pada Jumaat.
  
Beliau merujuk kepada ombak setinggi dua dan empat meter yang membadai struktur jeti berhampiran Pelabuhan Labuan.
  
"Ombak begitu tinggi, manakala angin pula sungguh kencang hingga menimbulkan suasana ngeri dan menakutkan," katanya.
  
Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menasihati pengendali bot, nelayan dan pemancing supaya berhati-hati dan menghubungi Jabatan Perkhidmatan Meteorologi bagi mendapatkan maklumat tentang cuaca dan keadaan laut.
  
Jabatan itu hari ini meramalkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Pahang, timur Johor, Sarawak, Sabah (Pedalaman, daerah Pantai Barat dan Kudat) dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga Ahad.
  
Dalam kenyataannya, jabatan itu berkata angin Kategori Dua selaju 50 hingga 60 km sejam dan ombak hingga setinggi 4.5 meter di kawasan berkenaan adalah berbahaya kepada semua kegiatan perkapalan, termasuk perkhidmatan feri dan menangkap ikan, serta aktiviti di pesisiran pantai. - BERNAMA 

Lihat liputan banjir.. 
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

Harga Nasi Campur RM23 Sepinggan, Naik 5 X Ganda..


Di Tanah Merah, harga sepinggan nasi berlauk ikan kembung goreng, sayur kacang panjang dan segelas air teh panas mencecah RM23 di bandar yang dilanda banjir baru-baru ini.

Menurut mStar, penulis terkejut apabila perlu membayar harga makanan hampir lima kali ganda daripada harga biasa juadah itu dalam sekitar RM5 pada waktu biasa selepas mengalas perut di sebuah kedai makan yang terletak di tengah-tengah bandar ini semalam.

"Saya terkejut dan bila ditanya peniaga itu memohon maaf dan menyatakan kesukaran mendapatkan bahan mentah dan terpaksa pergi ke Kota Baharu yang terletak kira-kira 70 km dari sini.
"Saya faham kalau mahu menaikkan harga tetapi jangan sampai ia jadi tidak munasabah dan saya sungguh terkejut dengan harga itu," kata penulis.

Sementara itu tinjauan Bernama mendapati hanya beberapa buah kedai makan sahaja yang telah beroperasi di bandar ini selepas banjir buruk yang menenggelamkan keseluruhan bandar berkenaan baru-baru ini. Di Pasar Besar Tanah Merah yang telah kembali beroperasi dilihat sesak dengan orang ramai yang mahu membeli barangan basah itu.

Seorang suri rumah, Rahaya Samsudin, 47, bagaimanapun berkata tidak banyak barangan basah yang dijual dan jika ada pun ia agak mahal sedikit dan berharap keadaan itu akan pulih segera.

"Ayam sekilogram pun hampir RM8. Harga mahal ini sedikit membebankan kami. Mana nak bersih rumah dan mahu guna duit membelikan perkara yang perlu dibebani pula dengan harga barangan yang mahal,' katanya.

Kekurangan bekalan minyak petrol dan diesel di bandar ini menjadikan bahan api itu perniagaan segera yang paling laris di jajahan ini sehingga ada menjualnya dalam botol. Perniagaan itu tumbuh bak cendawan selepas hujan di sepanjang perjalanan antara Pasir Mas ke Tanah Merah.

Seorang peniaga yang enggan disebut nama dan berusia 20-an berkata sebotol besar 1.5 liter minyak petrol dijual sebanyak RM15. Harga petrol RON95 kini RM1.91 seliter manakala RON97 RM2.11 seliter. (IH) 

Lihat liputan banjir.. 
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

Banjir Pulih, Jumlah Mangsa Terus Turun

Ribut tropika Jangmi lenyap sepenuhnya semalam - Jabatan Meteorologi
Ribut Tropika Jangmi yang berada di Laut Sulu dilaporkan lenyap sepenuhnya semalam, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan pagi ini, terus mencatat penurunan, iaitu kepada 84,575 orang berbanding 91,025 orang, malam tadi.
  
Keadaan banjir di Johor juga beransur baik dengan jumlah mangsa yang dipindahkan tidak berubah sejak tiga hari berturut-turut manakala di Sabah pula, beberapa buah kampung di daerah Kota Belud mula dinaiki air pagi tadi.
  
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir menurun kepada 28,087 orang pagi ini berbanding 30,309 orang malam tadi, di 153 pusat pemindahan.
  
Menurut jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, mangsa yang terdiri daripada 7,000 keluarga masih ditempatkan di 153 pusat pemindahan di tujuh jajahan.
  
Setakat ini, jumlah mangsa banjir di Tanah Merah adalah sebanyak 14,184 orang, Tumpat (976 orang), Kuala Krai (5,645 orang), Kota Baharu (1,440 orang), Machang (2,555 orang), Pasir Mas (281 orang), Gua Musang (3,006 orang).
  
Di TERENGGANU keadaan banjir di negeri itu semakin pulih apabila jumlah mangsa terus menurun mendadak kepada 4,359 orang pagi ini berbanding 7,940 malam tadi.
  
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, daripada jumlah itu, enam orang mangsa berada di pusat pemindahan di Kuala Terengganu, 2,917 orang di Dungun dan 1,436 orang di Kemaman.
  
Di PAHANG pula, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata jumlah mangsa banjir juga menurun sedikit pagi ini iaitu kepada 44,591 orang berbanding 45,366 malam tadi yang ditempatkan di 203 pusat pemindahan dari lapan daerah yang terlibat.
  
Jurucakap itu berkata daerah Temerloh menempatkan mangsa paling ramai iaitu 20,962 orang di 69 pusat pemindahan diikuti Pekan (10,964 orang di 36 pusat), Jerantut (4,549 orang, 38 pusat), Bera (3,303 orang, 19 pusat), Maran (2,454 orang, 21 pusat), Lipis (1,252 orang, 15 pusat), Kuantan (1,058 orang, empat pusat) dan Rompin (49 orang, satu pusat).
  
Sementara itu di PERAK, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 7,400 mangsa daripada 2,017 keluarga berbanding 7,410 mangsa daripada 2,019 keluarga malam tadi yang ditempatkan di 53 pusat pemindahan di lima daerah.
  
Jurucakap MKN Perak berkata daerah Hilir Perak merupakan kawasan terbaharu yang dilanda banjir membabitkan kawasan di Teluk Intan iaitu seramai 39 mangsa daripada lapan keluarga.
    
Di Perak Tengah pula masih menempatkan mangsa paling ramai iaitu 5,221 mangsa, Kuala Kangsar (1,145 orang), Hulu Perak (765 orang), Kerian (104 orang) dan Manjung (126 orang).
  
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir pagi ini kekal sebanyak 138 orang, sejak tiga hari berturut-turut di dua daerah terjejas iaitu Segamat sebanyak 93 orang dan Batu Pahat, 45 orang.
    Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, walaupun cuaca cerah, jumlah itu tidak berubah memandangkan air lambat surut dan keadaan itu belum sesuai untuk membolehkan mangsa pulang ke rumah masing-masing.
  
Di SABAH, pusat pemindahan banjir di Dewan Tun Said di Kota Belud dibuka hari ini sebagai persediaan menerima mangsa banjir selepas beberapa buah kampung di daerah Kota Belud mula dinaiki air sejak pagi tadi.
  
Penolong Pegawai Daerah Kota Belud Peter Jiton berkata setakat ini lima buah kampung dinaiki air berikutan limpahan air Sungai Lebak Moyoh yang kini mencecah paras bahaya 5.7 meter namun belum ada mangsa banjir yang dipindahkan.
  
"Pada jam 6 pagi tadi, paras air Sungai Lebak Moyoh adalah 5.4 meter dan meningkat mendadak kepada 5.7 meter. Agensi-agensi penyelamat sedang melakukan operasi tinjauan banjir dan penyelamat," katanya kepada Bernama.
  
Katanya Pusat Kawalan Operasi Banjir daerah juga sudah diaktifkan.
  
Sementara itu, jalan raya di Kampung Bobot, satu daripada laluan darat utama ke daerah di utara Sabah seperti Kudat, kini cuma boleh dilalui kenderaan berat selepas laluan itu dinaiki air kira-kira 0.5 meter. - BERNAMA


Lihat liputan banjir.. 
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

M'sia Sepatutnya Guna Peta Dunia Ini.. Tiada Negara Israel.

Penerbit AS hapus Israel dari buku peta dunia buatan mereka
Peta dunia buatan HarperCollins untuk Timur Tengah tidak ada wilayah Israel. dailymail.co.uk 

MALAYISA sepatutnya guna Peta Dunia ini.. Syarikat penerbitan gergasi asal Amerika Syarikat HarperCollins dihujan kritik lantaran di buku peta dunia mereka buat tidak ada negara Israel. Langkah ini diambil sebab pelanggan atlas mereka paling banyak dari Timur Tengah.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, Khamis (1/1), Collins Bartholomew, jurucakap HarperCollins mengatakan Negeri Bintang Daud Israel itu tidak diterima di negara majoriti penduduknya muslim. Terutama sekali di Semenanjung Gaza, Palestin, dan Jordan.

Selain itu syarikat ini juga sudah membuat peraturan jika produk-produk mereka buat akan menghormati budaya tempatan. Meski demikian Bishop Declan Lang berkata penerbitan atlas ini sebenarnya menegaskan kalau-kalau Israel benar-benar ada dan punya pengaruh di dunia Arab.

"Lagi pula sikap itu merosakkan rencana perdamaian," ujar Lang.

Padahal pemilik syarikat ini salah satunya pengamal media Rupert Murdoch yang tersohor pro-Israel. Lantaran balas ini juga, mereka pun akhirnya minta maaf dan akan menarik produk atlas tanpa Negeri Zionis dari peredaran. Namun ini pun membuat banyak pengguna jejaring sosial mengamuk dan menyeru pemboikotan pada HarperCollins.

Menurut Dr Jane Clements, pengarah institusi Kristian dan Yahudi, peta itu mempunyai kekuatan yang cukup diperhitungkan lantaran boleh 'menghalalkan' negara atas negara lain. Beberapa peta yang menyertakan Israel yakni Google, Apple Maps, MapQuest, National Geographic, Peters World Map, Yahoo! Maps, dan Loneny Planet.


Maka Malaysia sepatutnya guna Peta Dunia ini, yang tiada negara haram Israel, kerana negara  Israel dipaksakan wujud pada tahun 1948 di atas tanah hak milik rakyat Palestin. Malaysia tidak sepatutnya sokong penyamun dan perampas tanah rakyat. (IH)

Al-Quran Ini Ditemui Masih Baik Walau Ditenggelami Banjir.

Kitab suci Al-Quran masih dalam keadaan baik walau telah ditenggelami banjir di Kampung Kundur, Gua Musang - Foto AWANI
Kitab suci Al-Quran ini  ditemui dalam keadaan baik, walaupun ditenggelami banjir di Kampung Kundur, Gua Musangm Kelantan. (IH/astroawani.com)

Tenang Dengan Solat Sunat Hajat.


SOLAT Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan.

Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta. Rasulullah SAW bersabda:
  • “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.” (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:
  • “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”
Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan.

Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya. Solat Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling minima adalah 2 rakaat.
Fadhilat  Solat Hajat.
  1. Merasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
  2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
  3. Permohonan dimakbulkan Allah SWT.
Panduan Solat Hajat.
Sekiranya dilakukan selepas terjaga dari tidur pada sebelah malam, sebelum melakukan Solat Sunat Hajat, hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu kemudian berwuduk bagi membersihkan diri dan menyegarkan diri. Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna putih.
  • Alhakim berkata,“Sesiapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya.”
Sebaiknya dirikanlah Solat Sunat Wuduk dan Tahajjud terlebih dahulu sebelum melakukan Solat Sunat Hajat.

Cara Melakukan Solat Hajat

Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun yang telah disyariatkan itu.  Perbezaannya cuma pada perkara-perkara berikut: 

1.  Lafaz dan niat:

“U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Aku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala. 

2.  Bacaan selepas Al-Fatihah 

Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi  (satu kali atau 11 kali)
“ALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”

Ertinya,
“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat  (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]

Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas  (sekali atau 11 kali)
“Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”
Ertinya:
“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”
.
Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat ‘Surah Al-Fatihah’, ‘ayat Al-Kursi’ dan ‘Qulhu wallaahu Ahad’. 

3.  Membaca Tasbih

a. Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.” 
Tiada Tuhan melainkan Engkau (Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku ini dari golongan orang yang aniaya. 

b. Atau Tasbih berikut 1 kali:
 

4.  Wirid Selepas Solat Hajat 

Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut: 

a. Istighfar (10 / 100 kali)
“As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya. 

b. Zikir
“Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.” 
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah. 

c.  Selawat (10 / 100 kali)
“Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.”
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW. 

5.  Doa Solat Hajat

Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:
.
.AL-La-Hum-ma in-ni as-a-lu-ka bi-ma-‘aa-qi-dil ‘iz-zi min ‘ar-shi-ka, wa-mun-ta-Har rah-ma-ti min ki-ta-bik, wa-bis-mi-kal ‘a-zo-mi, wa-waj-Hi-kal ‘a-la, wa-ka-li-maa-ti-kal tam-mah. La-’i-la-ha ‘il-laL-Laa-Hul ha-lii-mul ka-riim, sub-ha-naL-Laa-hi rab-bil ‘a-zhim, al-ham-du LiL-La-Hi rab-bil ‘a-la-miin. as-a-lu-ka muu-ji-baa-ti rah-ma-tik, wa-‘a-zaa-i-ma magh-fi-ra-tik, wal-‘is-ma-ta min kul-li zhan-bi, wal-gha-nii-ma-ta min kul-li birr, was-sa-la-ma-ta min kul-li ‘ithm. Laa-ta-da’ li zhan-ba ‘il-la gha-far-tah, wa-laa Ham-man ‘il-la far-raj-tah, wa-laa dai-nan ‘il-la qo-dhai-tah, wa-laa ma-ri-dhan ‘il-la sha-fai-tah, wa-laa fa-qii-ran wa-laa mis-kiy-nan ‘il-la agh-nai-tah, wa-laa jaa-hil-lan ‘il-la ‘al-lam-tah, wa-laa ‘a-duu-wan ‘il-la kha-zal-tah, wa-laa ‘ai-ban ‘il-la sa-sar-tah, wa-laa maiy-yi-tan ‘il-la ra-him-tah, wa-laa haa-ja-tan Hi-ya la-ka ri-dhan ‘il-la qha-dhai-tah. AL-La-Hum-ma in-ni a-ta-waj-ja-Hu bi-ka i-la rab-bi fii haa-ja-tii Ha-zhi-Hi li-tuq-dha lii Haa-ja-tii yaa-‘ar-ha-mar roo-hi-min. aa-miin.

Sekian. Selamat beramal.

Lihat lagi..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..
E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..

Lelaki Di Sini Sedang Dilanda Lemah Syahwat, Mengapa?

Kaum pria Singapura sedang dilanda lemah syahwat
Ilustrasi penis. 

KESIHATAN
KESULITAN ereksi selama ini biasanya menghinggapi kaum lelaki yang sudah lanjut usia. Namun sejumlah dokter di Singapura mengatakan kini sedang ada peningkatan jumlah lelaki muda yang menjalani pengubatan lemah syahwat.

Situs Asia One melaporkan, Selasa (30/12), menurut Dr Peter Lim, ahli urologi, pada era 1980-an dan 1990-an, hampir semua pasien lemah syahwat berusia di atas 40-an tahun hingga 60-an tahun. Namun sekarang, sebahagian pasien masih berusia 20-an dan 30-an tahun.

Mengapa?

"Diabetes, kebiasaan diet, merokok, minum-minum (minuman keras), bertambahnya berat badan, dan kegemukan menjadi faktor utama penyebab disfungsi ereksi," kata Dr Peter Lim.

Selain itu, profesor di Universitas Edith Cowen Australia itu menyatakan, selama 30 tahun terakhir, tekanan kerja, stres di tempat kerja, menjadi faktor utama penyebab lemah syahwat.

Kaum muda yang ingin berkahwin juga kini banyak mengalami kesulitan ereksi lantaran stres dalam memulai bahtera rumah tangga.

Solusi..

 Muslimin, ikutilah adab permakanan menurut Islam, dapat menghindarkan dari gejala-gejala buruk tersebut, insya Allah!  Orang bukan Islam pun boleh ikut demi kesihatan mereka. (IH)

Mereka juga mengajak pasangannya saat menggelar perayaan Tahun Baru 2015 di pusat Kota Beirut.
Seorang wanita kelihatan memegang rokok dan meneguk sebotol arak semasa menyambut pesta perayaan Tahun Baru 2015 di pusat bandar Beirut, Lubnan negara umat Is;am, Khamis (1/1). Budaya jahiliah berulang kembali.

Pelajar Malaysia Terbunuh Dalam Rempuhan Di Shanghai


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam rempuhan sambutan Tahun Baharu di Shanghai, China, Rabu yang mengorbankan 36 orang, menurut Kementerian Luar Negeri.

Dalam kenyataan di ibu negara, Khamis malam, kementerian itu berkata mangsa merupakan seorang pelajar sebuah universiti di Hangzhou, Wilayah Zhejiang.

"Usaha telah dilakukan untuk memaklumkan kepada keluarga mangsa di Malaysia," menurut kenyataan itu tanpa mendedahkan identiti mangsa.

Menurut kementerian itu, rakyat Malaysia, Ooi Hooi Yi, 20, telah tercedera dalam kejadian 11.30 malam di Dataran Chen Yi, Shanghai, kawasan Bund tepi sungai yang popular di bandar raya itu.

Rakyat Malysia itu mengalami pendarahan di mata dan beberapa kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Changzheng, Shanghai.

Menurut kenyataan itu, pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai telah melawat Ooi di hospital dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Konsulat Jeneral masih meneliti senarai mangsa untuk memastikan sama ada terdapat rakyat Malaysia lain yang terlibat," kata kenyataan itu. - Bernama

Lihat sebelum ini..

Thursday, January 01, 2015

Sambut T/Baru: Tindakan Kejam Tabur Wang Palsu, 35 Maut Dipijak.

SERAMAI 35 terbunuh dalam satu rempuhan di Shanghai apabila mereka berlumba untuk mendapatkan wang palsu yang dibuang dari atas sebuah bangunan ke arah kumpulan besar orang ramai yang sedang menunggu sambutan tahun baru.

Dalam kejadian terburuk dan memalukan di bandar besar di China sejak beberapa tahun lalu itu, kerajaan turut mengesahkan bahawa seramai 42 lagi mengalami kecederaan. Menurut media dan saksi, rempuhan melibatkan kumpulan besar orang ramai itu berlaku apabila sejumlah wang kertas dibuang dari sebuah bar di atas bangunan berdekatan.


Cui Tingting, 27, memberitahu, dia dan rakan turut cuba mendapatkan wang berkenaan namun mereka meninggalkan kawasan berkenaan selepas mendapati ia palsu.

"Ia tindakan kejam, kerana wang itu orang ramai saling merempuh, ada yang terjatuh dan dipijak," katanya.

Seorang lagi saksi yang dikenali sebagai Wei berkata, kawasan itu tiba-tiba menjadi kecoh apabila orang ramai mahu mendapatkan wang yang dibuang dari atas bangunan. Media melaporkan, terdapat kumpulan yang mengalami kecederaan berhimpun di bahagian kecemasan sebuah hospital berdekatan selepas kejadian. (IH/mStar)

Lihat sebelum ini..

Banjir K'tan: Pulih Mengejut. Pulangkan Rayalti Rakyat!


KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan pulih mendadak apabila hampir separuh jumlah mangsa banjir dibenarkan pulang pagi ini.

Menurut Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, jumlah mangsa banjir setakat 10 pagi ini menurun secara mendadak kepada 44,081 orang berbanding 81,458 orang malam tadi.

Katanya, mereka yang terdiri daripada 10,753 keluarga masih ditempatkan di 178 pusat pemindahan di lapan jajahan.

Setakat ini, jumlah mangsa banjir di Tanah Merah sebanyak 14,184 orang, Tumpat (9,524 orang), Kuala Krai (5,645 orang), Kota Baharu (4,910 orang), Machang (3,769 orang), Pasir Mas (3,015 orang), Gua Musang (3,006 orang) dan Pasir Puteh (28 orang).

Cuaca di negeri berkenaan juga dilaporkan cerah pagi ini.

Secara keseluruhan jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Johor ialah 111,855 orang setakat pagi ini.

Sementara itu, keadaan banjir di Terengganu dan Pahang juga terus menunjukkan tanda-tanda semakin pulih apabila jumlah mangsa di Terengganu terus mencatat penurunan kepada 10,051 orang pagi ini berbanding 11,175 malam tadi.

Di Pahang pula jumlah mangsa banjir pagi ini berkurangan sedikit kepada 50,272 orang berbanding 50,292 orang malam tadi yang kini ditempatkan di 232 pusat pemindahan di lapan daerah.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, daerah Temerloh masih menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 21,773 orang di 70 pusat pemindahan.

Tujuh lagi daerah iaitu Pekan menempatkan 13,425 orang, Jerantut (4,776 orang), Bera (3,174 orang), Maran (3,021 orang), Lipis (2,745 orang), Kuantan (1,174 orang) dan Rompin (130 orang).

Di Perak pula, jumlah mangsa banjir bertambah sedikit kepada 7,313 mangsa daripada 1,981 keluarga pagi ini berbanding 7,139 mangsa daripada 1,950 keluarga malam tadi yang kini ditempatkan di 52 pusat pemindahan di lima daerah.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, Perak Tengah masih menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 5,145 orang, Kuala Kangsar (1,231 orang), Hulu Perak (762 orang), Kerian (107 orang) dan Manjung (68 orang).

Di Johor, jumlah mangsa banjir masih kekal 138 orang daripada dua daerah terjejas iaitu Segamat (93 orang) dan Batu Pahat (45 orang). - Bernama

Ini Surat terbuka untuk Perdana Menteri dari PAS.

Jangan Menambah Deraian Air Mata Rakyat Kelantan
Tragedi banjir yang melanda negeri Kelantan beberapa hari yang lalu adalah merupakan yang terbesar dalam sejarah negara.

Kesan daripada tragedi ini sangat menyayat hati seluruh rakyat di negara ini. Kemusnahan harta benda dan derita yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Kelantan tidak ada ayat dan bahasa yang mampu menterjemahkannya.

Saya mengambil maklum bahawa YAB telah menyaksikan sendiri kemusnahan yang berlaku akibat banjir besar ini terutama beberapa kampung di Manek Urai.

Sebagai seorang Perdana Menteri, YAB pastinya dapat memahami betapa sukarnya rakyat yang terlibat untuk membina semula kehidupan mereka apabila rumah kediaman yang telah musnah sama sekali.

Oleh yang demikian saya harap YAB supaya memulangkan kembali bayaran royalti petroleum yang sememangnya menjadi hak kerajaan dan rakyat negeri Kelantan.

Adalah sangat wajar dan sampai masanya YAB meletakkan kepentingan rakyat dan kemanusiaan di tempat yang sebenarnya. Akhirnya saya berdoa ke hadrat Allah SWT semoga membuka hati nurani YAB untuk memberi hak kepada yang berhak dan meletakkan keadilan sebagai sifat utama dalam diri YAB.

Sekiranya Wassalam

Salahuddin Ayub
Naib Presiden PAS

Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Malaysia (MEDM)
1 Januari 2015


Lihat liputan banjir.. 
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

QZ8501: Lagi, Peranan Black Hand 'curigalah AS'


HINGGA kini pasukan SAR dan Basarnas masih terus melakukan pencarian hilangnya pesawat misteri ini. Khabar mendarat darurat, jatuh dilaut hingga hilang tak berbekas masih menyelimuti fenomena kehilangan AirAsia QZ 8501.

Seperti disebutkan, seorang Blogger Misteri Dari China Telah Ramalkan Sejak 13 hari sebelumnya, pesawat AirAsia sedang menjadi "target" oleh apa yang disebut sebagai "The Black Hand" Seorang pengguna misteri dari rangkaian media sosial China Weibo nampaknya telah meramalkan akan kehilangan di AirAsia Flight QZ8501 hampir dua minggu sebelum pesawat itu hilang.

Dengan postingnya yang massive, ia dengan segera telah memberi amaran kepada warga negara China untuk tidak menggunakan pesawat itu (Air Asia) dalam puluhan postingnya.

 
 

Laporan, yang dilakukan oleh Epoch Times (ch | in), menceritakan kisah tentang bagaimana individu itu 'Blogger Misteri Dari China' itu secara "berulang kali memberi amaran kepada orang untuk "menjauhi" dari Malaysia Airlines (dan) AirAsia."

"Jangan menjadi mangsa lain dari MH370," pengguna misteri itu memberi amaran sejak tarikh 15 Disember lalu yang dilihat dari postingannya. Ia juga menambah bahawa AirAsia akan segera disasarkan oleh "kekuatan atau pasukan yang hebat" atau "powerful forces", yang ia disebut sebagai "tangan hitam" atau "black hand".

"Ini adalah mesej yang akan menyelamatkan jiwa masyarakat Eropah atau AS yang akan membuat perjalanan atau pelancongan, untuk tidak menaiki AirAsia (atau) syarikat Malaysia lain," ia menyatakan dalam versi terjemahan dari salah satu postingannya.

Pengguna blogger misteri asal China itu kemudian menegaskan bahawa ada "tangan hitam" atau "black hand" akan keluar untuk "merosakkan AirAsia" (to ruin AirAsia) yang merupakan sebuah syarikat penerbangan atau syarikat penerbangan kedua terbesar di Malaysia itu.

"Black hand, adalah" metafora "untuk sebuah organisasi bayangan yang melakukan pekerjaan di balik layar yang telah merampas dan menembak jatuh MH370 dan MH17. Kejadian ini cukup melumpuhkan salah satu syarikat penerbangan besar ke-6 dunia, Malaysia Airline, "jelas blogger misteri itu.

"Sekarang, Black Hand sedang menyasarkan AirAsia untuk merosakkan syarikat tersebut, yang juga milik Malaysia. Memandangkan betapa dahsyatnya Black Hand, saya cadangkan agar semua orang China mengelakkan perjalanan dengan AirAsia, sehingga anda tidak hilang (mengalami kejadian sama) seperti yang terjadi pada MH370 ", tambahnya.

"Anda boleh bahagia bercuti, bekerja, atau belayar di atas kapal, tetapi jika anda pergi menggunakan Malaysia Airline atau AirAsia, kau akan mati, hati-hati. Katakan mesej ini kepada rakan-rakan anda untuk mengelakkan Malaysia Airline dan AirAsia, "terang blogger misteri itu mengahkiri perbincangan.

Namun seseorang kemudian bertanya "Bagaimana kau tahu semua ini?". Kemudian ahli forum lain juga ada yang mentertawakan peringatan tersebut. LandLord (salah sorang user forum tersebut) kembali mengatakan peringatan itu seolah tak menghiraukan pengguna forum lain.

"Anda semua orang awam, boleh mengelakkan (syarikat tersebut). Anda masih boleh bersembunyi, semua orang yang melihat posting ini masih boleh menyelamatkan diri. Setelah semuanya reda, akan keselamatan melakukan perjalanan ke Malaysia. Jangan menjadi korban, menghindarlah. "

Setelah beberapa olok-olok, LandLord kembali mengulangi amaran. "Jangan menjadi korban, bersembunyilah dan elakkan Malaysia Airline dan AirAsia, dan kehidupan yang berharga, serta keselamatan anda adalah yang terpenting."

Kemudian, ia meneruskan "Ini adalah mesej untuk menyelamatkan jiwa. Jika anda membuat perjalanan tidak menggunakan Malaysia Airline dan AirAsia, jangan abaikan ini. Setelah terjadi, anda akan mencari peringatan ini sudah terlambat ", lagi, Landlord mengulangi amaran.

"Jangan menjadi korban, pergilah bersembunyi dan elakkan Malaysia Airline dan AirAsia dengan kehidupan yang berharga, dan keselamatan anda adalah yang terpenting".

Ketika banyak mengolok-olok, LandLord hanya membalas "curigalah terhadap AS". Ia terus mengatakan peringatan itu penting, dan orang perlu mendengarnya. Tetapi ada juga ahli forum yang mempercayai dan memilih mengelakkan syarikat tersebut. Selepas tarikh 17 Disember, LandLord tidak berkata apa-apa lagi.

Dalam sebuah komen, ada pengunjung yang mengatakan bahawa kata "LandLord" adalah sebuah kesalahan terjemahan yang dalam erti kata sebenarnya adalah "OP". Pembuat perbincangan di reddit.com, lolrus_bukkit kemudian juga menginformsikan bahawa ada maklumat dari pelbagai laman web China, bahawa orang yang memberi peringatan tersebut adalah seorang perisikan China, atau seorang hacker yang berjaya mendapatkan maklumat sensitive dan berusaha menyelamatkan orang-orang.

Seperti kita tahu bahawa sebelum ini, Malaysia Airlines Penerbangan MH 370 hilang pada Mac awal tahun 2014 lalu. Selanjutnya, beberapa bulan kemudian masih dalam penerbangan yang sama milik Malaysia, giliran Malaysia Airlines Penerbangan MH17 ditembak jatuh di atas Ukraine pada bulan Julai 2014 lalu.

Individu misteri itu tetap mengulangi amaran berkali-kali dalam tiap posting-posting seterusnya yang telah dilakukan sejak tarikh 16 dan 17 Disember lalu.

Blogger misteri itu juga menulis, "Ini adalah peristiwa besar dalam hidup manusia, kita perlu memberi perhatian." ("This is a major event in human life, we have to pay attention").

Ia pun menambah, "Jauhi AirAsia, tinggalkan Malaysia Airlines, hargai kehidupan. "(" Far from AirAsia, Malaysia Airlines away, cherish life. ")



SAR di Hari Ketiga, Serpihan dan Korban QZ85011 Berhasil Ditemui.
 
Spekulasi blogger asal China itupun membuat heboh di forum Reddit dan mereka membincangkan postingnya itu awalnya dibuat sejak tarikh 15 Disember 2014 lalu. Pengguna blogger misteri asal China sejak 15 Disember lalu mempresikdi dan menegaskan bahawa ada "tangan hitam" atau "black hand" akan keluar untuk "merosakkan AirAsia" (to ruin AirAsia) yang merupakan sebuah syarikat penerbangan atau syarikat penerbangan kedua terbesar di Malaysia itu.

Tapi kemudian postingan tentang ramalan si blogger misteri mengenai AirAsia itu dia edit lagi untuk menambah kata-katanya, setelah salah satu syarikat milik Malaysia iaitu AirAsia Flight QZ8501 terbukti benar hilang dari radar pada 28/12/2014 lalu.

Pengguna misteri ini telah membuat total 39 posting pada subjek (29/12/2014) yang telah dilihat oleh lebih dari 2,400,000 orang!

Selepas penerbangan AirAsia QZ8501 menghilang, banyak pengguna-pengguna lain kembali ke posting dari blogger misteri itu hanya untuk meluahkan rasa takjub mereka pada ramalan individu yang masih misteri ini.

Banyak pengguna lain yang membuat spekulasi bahawa blogger misteri itu adalah "orang dalam" atau insider atau sebagainya yang mempunyai sambungan atau berhubung kepada kerajaan Malaysia atau kerajaan China.

Sepertinya mesej memang telah ditanggapi oleh warga China, semua itu terbukti bahawa tidak ada satupun warga negara China yang berada di Air Asia QZ8501 yang masih hilang di Laut Jawa itu. (IH)


Sebelum ini..