Thursday, December 31, 2015

Hina Islam Melalui Alat Permainan Jet Pejuang.

ISU penghinaan terhadap Islam dilihat semakin menjadi-jadi. Bukan setakat menyalahkan agama suci ini atas segala keganasan yang berlaku di atas muka bumi malahan, golongan rasis berkenaan mempersendakan banyak perkara lain berkaitan Islam.
Terbaharu di What Com County, Washington, Amerika Syarikat seorang lelaki, Bjorn Thorpe terkejut apabila mendapati permainan jet pejuang yang dibelinya mengeluarkan satu bunyi pelik.
Hadiah itu dibelikan untuk anak buahnya sempena perayaan Krismas lalu.
"Alat permainan ini tidak menghasilkan bunyi yang sepatutnya" - Thorpe
Alat permainan ini tidak menghasilkan bunyi yang sepatutnya – Thorpe
Dia mendakwa membeli permainan tersebut  yang dibeli di laman terkenal Amazon.com mengeluarkan bunyi pelik yang kedengaran seperti bahasa Arab.
Alat permainan itu telah dibeli di Amazon, yang merupakan laman beli-belah online terkenal di Amerika Syarikat.
Permainan itu didakwa dibeli menerusi laman beli belah terkenal amazon.com
“Saya menghormati semua agama, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kepada permainan kanak-kanak,” kataThorpe.
Presiden Persatuan Islam What Com County, Nadeem Israr berkata, bunyi tersebut merupakan talbiah  yang dibaca ketika menunaikan ibadah Haji. Justeru menggunakannya pada mainan adalah tidak patut.
Walau bagaimanapun, syarikat alat permainan tersebut, WolVol dikatakan tidak mahu bertanggung jawab dan menyalahkan pihak pengeluar. Pihak Amazon juga sehingga kini belum mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap isu ini.
Thorpe berkata, dia berharap wangnya dikembalikan oleh Amazon supaya dia dapat menggantikan permainan lain untuk anak buahnya.
Semoga golongan anti Islam ini akan sedar akhirnya, sangkaan buruk mereka bahawa agama syumul ini mempunyai kaitan dengan keganasan adalah satu kesilapan besar. 
Sumber: The Seattle Times  
‘LEGO’-alat permainan kanak-kanak menghina Islam 
Lihat juga..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

8 Perkara, Pertahankan Tanah Kediaman P.Pinang. -Pemuda PAS P.Pg.

"Jangan Gadai Kesejahteraan Rakyat Untuk Keuntungan Pembangunan"
1. Pembangunan pesat terutama melibatkan hartanah dan perumahan di Pulau Pinang dilihat lebih bersifat keuntungan dan bermotif komersil semata-mata yang menjurus kepada peminggiran terhadap penduduk tempatan pulau ini.
2. Bahkan, pembangunan terutamanya perumahan kediaman mewah bernilai tinggi amat jauh dari kemampuan hakiki penduduk di negeri ini sama ada menerusi pendapatan mahupun kemudahan untuk mendapat pinjaman dari institusi kewangan.
3. Keghairahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP cenderung kepada pembangunan sedemikian sememangnya menimbulkan persoalan terhadap hakikat memperjuangkan kepentingan rakyat. Apakah imej prorakyat hanyalah gimik mengaburi mata untuk sokongan semata?
4. Sedangkan, banyak hasrat dan suara diajukan terutama berhubung kepentingan penduduk yang ada kaitan dengan Islam dan Melayu dipandang enteng oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang, seolah-olah pentadbiran diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng mempunyai agenda perkauman secara tersembunyi.
5. Perlu diingat, sebuah kerajaan berdiri hasil sokongan rakyat dan bertanggung jawab membangunkan penduduk dan wilayah ditadbirnya. Dengan pembangunan dan sikap sedemikian, ia hanya akan 'menghilangkan' masyarakat tempatan serta segala budayanya.
6. Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang menggesa seluruh rakyat negeri ini supaya mempertahankan tanah dan kediaman diduduki sebagai bukan sahaja kepentingan aset, tetapi juga maruah dan demi kesinambungan keturunan yang perlu dipertahankan.
7. Sedarlah bahawa keharmonian, budaya dan nilai kehidupan serta interaksi kaum yang telah wujud sekian lama ini tidak harus pupus oleh pembangunan atau penghijrahan. Jangan ia digadaikan demi mengejar kepentingan kebendaan yang belum tentu menghadirkan kesejahteraan.
8. Kami juga mendesak Kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan secara berterus terang penegasan berkaitan dasar pembangunan terhadap negeri ini untuk penilaian masa depan penduduk. Kami mengingatkan Kerajaan Negeri agar tidak menguburkan kepentingan penduduk tempatan yang menjadi identiti utama Pulau Pinang demi mengaut keuntungan kebendaan semata.
AHMAD SAFUAN UJAR

Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

Pengumuman: M'sia Antara Ke 6 Rasuah Paling Teruk -Foreign Policy (FP)


31 Dis - Malaysia telah disenaraikan antara 6 skandal rasuah paling teruk oleh majalah Foreign Policy (FP), sebuah majalah kepunyaan Washington Post. Di dalam laporan bertarikh 29 Disember itu, pengarang FP meletakkan Malaysia dibelakang Fifa dan Nigeria.

Laporan itu menyebut mengenai skandal 1MDB dan juga dana peribadi Najib Razak. Antara petikan dari artikel yang bertajuk The Worst Corruption Scandals of 2015:

"Apabila Presiden Amerika Syarikat Barack Obama melawat Malaysia pada bulan November lalu, beliau tiba di tengah-tengah skandal rasuah yang janggal. Empat bulan sebelum ini, Wall Street Journal melaporkan bahawa kira-kira $ 700 juta dana negara telah berakhir di akaun bank peribadi Perdana Menteri Malaysia Najib Razak - bukan tempat sepatutnya ia(wang tersebut) berada. Perkara ini mengikat Najib Razak kepada siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad, sebuah syarikat pembangunan milik kerajaan yang sepatutnya untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab kewangan yang berkembang maju. Najib bagaimanapun telah mengatakan laporan Journal sebagai tidak tepat, dengan sebaliknya berkata bahawa wang dalam akaunnya itu datang daripada sumbangan peribadi." - FP

Empat skandal lain yang turut disenarai di dalam laporan tersebut adalah Honduras & Guatemala, Hakim-hakim Ghana, dan Perhimpunan Agung PBB.
Sumber : foreignpolicy.com/


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pilih lagi parti BN, parti yang meletakkan presiden berkuasa penuh..

Kisah Dia Terjebak Di Acara Perkahwinan Sejenis.



BALI Indonesia, kembali dikejutkan dengan berlangsungnya perkahwinan sejenis. Ini bukan yang pertama, kerana sudah lebih dari dua kali peristiwa itu dilakukan di Pulau Dewata. 

Perkumpulan pelaku pengurus perkahwinan tergabung dalam Bali Wedding Persatuan (BWA) mengakui kerap diminta menggumumkan acara perkahwinan sejenis. Tawaran itu menggiurkan, kerana mereka bersedia membayar mahal supaya niatnya boleh terlaksana.

"Bali ini jadi tempat kegemarannya para kaum perkahwinan sejenis ini. Mereka siap bayar mahal untuk boleh berkahwin di Bali," kata seorang sumber di Denpasar, Bali.

Adalah Lukas Bundi yang berprofesi sebagai seorang pembawa acara (Master of Ceremony). Dia mengaku pernah memandu acara jalannya perkahwinan sejenis. Namun, dia mengaku terjebak dalam acara itu dan membuatnya risih. Sepengetahuan Lukas, acara semacam itu sudah lebih dari dua kali diisytiharkan di Bali.

"Saya sendiri sebagai MC (pengurus acara) pernah dua kali berlaku kemalangan. Saya diundang sebagai MC, EO-nya jelas, tapi dia tidak tergabung di BWA. Saya datang ke sana, tidak tahunya acara seperti itu," kata Lukas Bundi, di Denpasar, Bali, Rabu (30/12).

Ketika tiba di lokasi acara, lelaki akrab disapa Elbi itu menanyakan keberadaan kedua mempelai kepada penganjur acara pernikahan.

"Saya tanya, 'mana pengantinnya?' Ternyata mereka merayakannya antara lelaki dengan lelaki. Jadi, bukan perempuan dan lelaki, "ujar Elbi yang mengaku sempat kekok kala itu.

Meski merasa diperangkap, tetapi Elbi tidak boleh mundur. Dia mengaku terus melakukan tugasnya secara profesional.

"Kerana aku sudah dibayar ya, sudah kita profesional sahaja," tambahnya Elbi.

Bukan sekali saja Elbi menjadi pembawa acara perkahwinan sejenis. Dia mengaku sudah dua kali menjadi MC dalam perkahwinan pasangan sejenis.

"Pertama di salah satu hotel antarabangsa di kawasan Jimbaran, yang kedua di kawasan bukit. Pendetanya teman saya, dan dia terperangkap juga," ucap Elbi tanpa memperincikan bila kejadian itu.

Perhubungan awam Bali Wedding Association (BWA) itu meneruskan, kerana sudah 'terlanjur basah' dia tidak boleh mengelak. Malah sang pendeta pun mendoakan pasangan sejenis itu. 

Sekilas Mengenai Kahwin Sejenis.

Pada 26 Jun 2015 Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) memutuskan bahawa perkahwinan sesama jenis dihalalkan di seluruh wilayah AS. Presiden Barack Obama menyebut putusan itu sebagai kemenangan AS. Mahkamah Agung dalam putusannya berkata, perkahwinan sesama jenis dilindungi undang-undang, sehingga tidak ada yang boleh melarangnya. 

Putusan itu berlaku di 50 negara bahagian di seluruh AS. Dengan putusan ini, Amerika Syarikat menjadi 1 dari sekitar 20an negara yang menghalalkan perkahwinan sesama jenis menyusul Belanda, Sepanyol, Kanada, Afrika Selatan, New Zealand, Ireland, dll. 

Di Malaysia pun sudah ada suara sumbang mengikut jejak Obaama dengan penyimpangan seksual itu.

Menurut Islam Dan Semua Agama..

Sudah sepantasnya perilaku sodomi yang kini terkenal dengan Gay-Lesbi dilarang keras oleh Islam dan berdosa besar.. 

Nabi Muhammad saw. Bersabda:
  • "Siapa saja yang kalian dapati melakukan perbuatan umat Nabi Luth, bunuhlah mereka baik yang mensodomi mahupun yang diliwat!" (HR. Ibnu Majah).
Tidak hanya Islam, perkahwinan sesama jenis ini dilarang oleh semua agama dan adat istiadat di seluruh dunia. Dr Muhammad M. Abu Laila, profesor Pengajian Islam dan Perbandingan Agama di Universiti Al-Azhar, mengatakan bahawa:
  • "Tindakan (perkahwinan sejenis) adalah dosa buruk yang Allah telah larang dalam semua agama (agama samawi), bahkan dalam kehidupan paling primitive sekalipun. Ini bertentangan dengan peraturan Allah dan melawan hukum alam. Saya hairan bagaimana di masa kini, dimana ilmu pengetahuan teknologi telah maju, kita membiarkan hal-hal seperti itu terjadi di masyarakat manusia, bagaimana seseorang membenarkan atau memberikan aturan hukum atas suatu tindakan luas yang menimbulkan ancaman bagi seluruh umat manusia dan menghancurkan masyarakat seperti kanser. Dalam kedua-dua Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, semua nabi Allah melarang kegiatan jahat seperti itu dan menghukum berat mereka yang melakukannya "[Muhammad Abu Laylah," Gay Marriage: Islamic View”,http://www.onislam.net/english/ask-the-scholar/crimes-and-penalties/sexual-perversity/170236-gay-marriage-islamic-view.html, May 10, 2012]
Allah SWT berfirman:
  • Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. [An-Nisa ayat 1].
  •  Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [Al Hujurat ayat 13]
Jadi perkahwinan, berdasarkan syariah Islam bertujuan untuk membina keluarga yang bahagia, stabil, dan sejahtera, untuk membesarkan anak-anak yang sihat komited, untuk memelihara keturunan dan tatanan sosial, untuk memenuhi keperluan fizikal dan psikologi manusia, dan mewujudkan komuniti dan masyarakat yang bertamadun. 

Perkahwinan dalam Islam, seperti dalam semua agama lain, tidak bermakna kenikmatan seksual saja, tetapi juga pembentukan sebuah keluarga yang sihat dan dengan dasar cinta kasih yang kuat.

Dari pandangan tersebut dapat kita ketahui bahawa perkahwinan sesama jenis tidak sesuai dengan konsep perkahwinan dalam Islam, kerana perkahwinan sesama jenis tidak akan membina suatu keluarga dan hanya didasarkan pada kenikmatan seksual saja.

Perkahwinan sesama jenis, di sisi lain, memberikan ancaman serius bagi institusi keluarga, permasalahan sosial, membahayakan kehidupan keluarga yang indah, dan tatanan sosial masyarakat manusia.

Kisah Nabi Lut dan Hancurnya Kaum Sodom

Perkahwinan sejenis ini mengigatkan tentang kaum sodomi, Umat Nabi Lut yang terkenal dengan perbuatan menyimpang, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Walaupun sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. 

Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri.

ولوطا إذ قال لقومه أتأتون الفاحشة وأنتم تبصرون (54) أئنكم لتأتون الرجال شهوة من دون النساء بل أنتم قوم تجهلون (55) [النمل / 54, 55 [

  • "Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika dia berkata kepada kaumnya:" Mengapa kamu mengerjakan perbuatan fahisyahitu sedang kamu memperlihatkan (nya)? Mengapa kamu mendatangi lelaki untuk (memenuhi) nafsu (mu), bukan (mendatangi) wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak mengetahui (akibat perbuatanmu). "(QS. An-Naml (27): 54-56)

وقضينا إليه ذلك الأمر أن دابر هؤلاء مقطوع مصبحين (66) وجاء أهل المدينة يستبشرون (67) قال إن هؤلاء ضيفي فلا تفضحون (68) [الحجر / 66-68 [
  • "Dan telah Kami wahyukan kepadanya (Luth) perkara itu, iaitu bahawa mereka akan ditumpas habis di waktu subuh. Dan datanglah penduduk bandar itu (ke rumah Luth) dengan gembira (karena) kedatangan tamu-tamu itu, Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya mereka adalah tamuku; maka janganlah kamu memberi malu (kepadaku) "(QS. Al-Hijr (15): 66-68)
  • "Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu (terjungkir-balik sehingga) yang di atas ke bawah, dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi." (Surah Hud ayat 82).
Sama Dengan Kisah Dibandar Ini..

Gunung Vesuvius adalah simbol negara Itali, khususnya bandar Naples. Gunung yang telah membisu sejak dua ribu tahun yang lalu itu juga dinamai "The Mountain of Warning" (Gunung Peringatan). Tentunya pemberian nama ini bukanlah tanpa sebab. Azab yang menimpa penduduk Sodom dan Gommorah, yakni kaum Nabi Luth as, sangatlah mirip dengan bencana yang menghancurkan kota Pompeii.

Di sebelah kanan gunung Vesuvius terletak di bandar Naples, sedangkan kota Pompeii berada di sebelah timur gunung tersebut. Lava dan debu dari letusan maha dasyat gunung tersebut yang terjadi dua milenia yang lalu memusnahkan penduduk bandar. Malapetaka itu terjadi dalam masa yang sangat mendadak sehingga menimpa segala sesuatu yang ada di bandar termasuk segala aktiviti sehari-hari yang tengah berlangsung. 

Aktiviti yang dilakukan penduduk dan segala peninggalan yang ada ketika bencana terjadi kini masih tertinggal persis sama seperti ketika bencana tersebut terjadi dua ribu tahun yang lalu, seolah-olah waktu tidak bergeser dari tempatnya. Pemusnahan Pompeii dari muka bumi oleh bencana yang demikian dasyat ini tentunya bukan tanpa maksud. Catatan sejarah menunjukkan bahawa kota tersebut ternyata merupakan pusat kemaksiatan dan kemungkaran. 

Bandar tersebut dipenuhi oleh peningkatan jumlah lokasi perzinaan atau pelacuran. Saking banyaknya hingga jumlah rumah-rumah pelacuran tidak diketahui. Organ-organ kemaluan lelaki dengan ukurannya yang asal digantung di pintu tempat-tempat pelacuran tersebut. Menurut tradisi ini, yang berakar pada kepercayaan Mithraic, organ-organ seksual dan hubungan seksual sepatutnya tidaklah pantang larang dan dilakukan di tempat yang tersembunyi; akan tetapi hendaknya dilakukan secara terbuka.

Lava gunung Vesuvius menghapuskan keseluruhan kota tersebut dari peta bumi dalam waktu sekejap. Yang paling menarik dari peristiwa ini adalah tak seorang pun mampu meluluskan diri dari keganasan letusan Vesuvius. Hampir boleh dipastikan bahawa para penduduk yang ada di kota tersebut tidak mengetahui terjadinya bencana yang sangat mengejut tersebut, wajah mereka terlihat berseri-seri. 

Jasad dari satu keluarga yang sedang asyik menikmati makanan dapat dikesan pada detik tersebut. Banyak sekali pasangan-pasangan yang tubuhnya terawetkan berada pada kedudukan sedang melakukan persetubuhan. Yang paling mengejutkan adalah terdapat sejumlah pasangan yang berkelamin sama, dengan kata lain mereka melakukan hubungan seks sesama jenis (homoseks). 

Ada pula pasangan-pasangan lelaki dan wanita yang masih ABG. Hasil penggalian fosil juga mendapati sejumlah mayat yang diawet dengan raut muka yang masih utuh. Secara umum, raut-raut muka mereka menunjukkan ekspresi terperanjat, seolah bencana yang terjadi datang secara tiba-tiba dalam sekejap.
Dalam konteks ini, terdapat aspek dari bencana tersebut yang sangat sukar untuk difahami. Bagaimana boleh terjadi ribuan manusia ditimpa maut tanpa melihat dan mendengar sesuatu apapun?

Aspek ini menunjukkan bahawa penghancuran Pompeii mirip dengan peristiwa-peristiwa azab yang dikisahkan dalam Alqur'an, sebab Alqur'an secara khusus mengisyaratkan "pemusnahan secara tiba-tiba" ketika mengisahkan peristiwa yang demikian ini. 

Misalnya, "penduduk suatu negeri" sebagaimana disebut dalam surat Yasin ayat 13 musnah bersama-sama secara keseluruhan dalam waktu sekejap. Keadaan ini diceritakan sebagaimana berikut:
  • "Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati. "(QS. Yaasiin, 36:29)
Di surat Al-Qamar ayat 31, pemusnahan dalam waktu yang singkat kembali disebut ketika kehancuran kaum Tsamud dikisahkan:
  • "Sesungguhnya Kami menimpakan atas mereka satu suara yang keras mengguntur, maka jadilah mereka seperti rumput-rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang punya kandang binatang."
Kematian penduduk bandar Pompeii berlaku dalam masa yang sangat singkat sama sebagaimana azab yang dikisahkan dalam kedua ayat di atas.

Ya Allah mohon hindarkan kami dari bencana yang menimpa seperti Kaum Sodom ataupun Bandar Pompeii Amin ya Rabb. (IH)

Sokong Al-Qaeda, Pelajar Ini Didakwa..

Mohamad Hidayat yang menghadapi tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Al-Qaeda dibawa ke Mahkamah Sesyen Sepang pada Khamis. - fotoBERNAMA


SEPANG: Seorang pelajar kolej di Kaherah, Mesir menjadi individu pertama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, Khamis atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Al-Qaeda.
Mohamad Hidayat Azman, 19, pelajar Kolej Markaz Salam di Hayyu Asyir, Kaherah didakwa telah memasuki Syria bagi memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Al-Qaeda (Jund Al Aqsa) dengan menjadi ahli kumpulan pengganas itu.
Mohamad Hidayat dari Kuala Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Perak didakwa melakukan kesalahan itu dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Syria antara 5 Sept 2014 hingga 1 September tahun ini.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Mohamad Hidayat, yang didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 130J kanun sama kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.
Mahkamah menetapkan 28 Januari depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin. - BERNAMA

USD300J Dana Politik Dari Israel, DAP Perlu Jelaskan -Dr. Mohd. Zuhdi


Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, kegagalan DAP menjawab pendedahan oleh bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu akan mengesahkan tentang hubungan DAP dan Israel.
“Dakwaan yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.
“Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP. Tiga dakwaan tersebut termasuk DAP didakwa ditawarkan dana PRU Ke-13 sebanyak USD300 juta oleh Israel,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Zuhdi berkata, Mohamed Razali turut mendedahkan seramai 17 pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi kerana beliau antara yang menjalani latihan tersebut.
Katanya, Mohamed Razali turut mendedahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.
“Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.
“ketiga-tiga dakwaan Mohamed Razali ini jauh lebih serius dan mengancam umat Islam dan keselamatan negara sekiranya ia benar-benar dilakukan oleh DAP,” katanya.
Justeru, kata beliau, DAP tiada cara lain untuk membersihkan tuduhan-tuduhan itu melainkan mendakwa Mohamed Razali di mahkamah kerana sudah lebih empat tahun DAP mengelak menjawab tuduhan itu.
Tiada penafian yang jelas dari kepimpinan tertinggi DAP. Kegagalan DAP menafikan dakwaan tersebut akan menyebabkan persoalan tentang hubungan DAP dan Israel masih tidak terjawab,” katanya.
Pemimpin DAP baru-baru ini mengutuk kerajaan Malaysia menyekat dua atlet Israel menyertai pertandingan luncur angin di Langkawi.
Parti yang mendominasi Pakatan Harapan itu turut dikecam teruk oleh PAS yang menyifatkan tindakan DAP itu mengambarkan wajah sebenar parti berkenaan ke atas agama Islam selama ini.
Sekutu DAP dalam Pakatan Harapan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun mengambil pendirian membisu dalam isu tersebut.
Ramai pihak melihat sikap ditonjolkan PKR itu kerana tidak mahu dilihat sebagai anti-Israel atas sebab-sebab tertentu. (IH)

Video: PKR pula sasaran 'pecah perintah' DAP, dakwa Zuhdi

Berbikini, Calon Paramugari Di Negara Tidak Percayakan Tuhan..

Pelajar sekolah menengah atas berbikini untuk jadi paramugari..

 Agensi model di Qingdao, China, mengumumkan pertandingan tahunan bagi para lulusan sekolah menengah atas untuk menjadi calon pramugari atau model.

Menurut People 's Daily Online, lebih dari seribu siswi lulusan sekolah menengah atas semalam berarak mengenakan bikini dan pakaian seragam pramugari untuk mendapat kontrak kerja di syarikat-syarikat atau industri fesyen sebagai model.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, Selasa (29/12), acara tahunan itu menarik minat para siswi dari Shandong, Hebei, Shanxi, Anhui, Jiangsu, Jilin, dan sejumlah wilayah lain.

Agensi model bernama Oriental Beauty itu mengatakan mereka mencari calon-calon yang berpotensi yang mempunyai postur tubuh tinggi minimal 167 sentimeter.
Parade bikini di China dailymail.co.uk/xinhua

Para gadis itu juga dipilih mempunyai tubuh langsing, suara lembut, dan kulit mulus. Persaingan untuk menjadi pramugari di China memang dikenali cukup ketat. Syarikat penerbangan mengenakan syarat yang tidak mudah untuk dipenuhi. 

Apa bedanya dengan pertandingan ratu cantik di Malaysia atau pertunjukan artis-artis yang 'berpakaian tetapi telanjang'? Tetapi Malaysia adalah negara yang ada 'Kepercayaan Kepada Tuhan'. (IH)

Wednesday, December 30, 2015

Muslim Michigan Bantu Umat Kristian Miskin Di Hari Krismas.

Micki Grossman, kiri, seorang Yahudi dan Gigi Salka (kanan) seorang Muslim bersama-sama menjadi relawan membantu umat Kristen miskin rayakan Natal/Krismas.

Selama 20 tahun terakhir, beratus-ratus orang Yahudi tempatan secara sukarela pada Krismas membantu umat Kristian miskin merayakan hari rayanya. Tetapi kerana 25 Disember jatuh pada hari Sabtu tahun ini, hari beribadah bagi orang Yahudi, masyarakat Muslim di bandar itu menggantikannya. Mereka bahu-membahu di dapur umum menyiapkan makanan.

The Council of Islamic Organizations of Michigan dengan 400 sukarelawan berharap dapat membantu ribuan kaum miskin Michigan. Hari Jumaat, kaum Yahudi akan menyiapkan segala keperluan Krismas. Pada hari Sabtu, umat Muslim meneruskannya, termasuk membahagikan makanan dan hadiah bagi kaum Kristian miskin.

Sebetulnya, ini bukan kali pertama mereka bekerja sama. Tahun lalu, masyarakat Yahudi mengundang komuniti Muslim untuk membantu menyiapkan keperluan Krismas untuk pertama kalinya. Perkongsian Itu berlanjut tahun ini, dengan beberapa Muslim membantu pada malam Krismas, juga.

"Kami kini mempunyai banyak kenalan, dan kami pun mempunyai pemahaman yang lebih baik," kata Freya Weberman, 51 tahun, dari Huntington Woods, yang bergabung dengan Majlis Hubungan Komuniti Yahudi Metro Detroit memberikan mainan di Detroit hari ini.

Gigi Salka, 41, seorang Muslim dari Bloomfield Township yang anak-anaknya juga akan menjadi sukarelawan menyatakan siap membantu Krismas. "Islam mengajarkan berbuat baik pada siapa saja," ujarnya.

Baginya, berinteraksi dan menjalin hubungan dengan orang-orang dari pelbagai latar belakang adalah sebahagian dari kehidupan sehari-harinya.

"Teman-temanku dari semua tradisi keyakinanyang berbeza," kata Salka. Pada peringkat individu, "Ini adalah bagaimana anda mengubah hati dan fikiran, serta sambungan peribadi."

Menurutnya, jumlah Muslim yang bersedia untuk terlibat dalam aktiviti sosial ini juga bertambah. Jika tahun lalu hanya 60 Muslim yang membantu 900 sukarelawan Yahudi, maka tahun ini jumlahnya berlipat menjadi 400 orang.

"Kami mempunyai banyak persamaan," kata Micki Grossman, seorang aktivis Yahudi. "Mari kita mencari persamaan daripada perbezaan."

Victor Begg dari Bloomfield Hills, co-pengasas dewan Islam yang membantu untuk memimpin usaha sukarelawan mengatakan, "Ini adalah sebahagian daripada usaha masyarakat kita untuk merapatkan jurang."


Sumber: Detroit Free Press
Muslim Michigan.

DAP Usir Melayu Keluar Pulau Pinang – S/Usaha PAS P.Pinang.

penang2
GEORGE TOWN – Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan banyak pembangunan perumahan mewah terutama di kawasan perkampungan warisan dilihat sebagai memaksa komuniti Melayu Islam berhijrah.


Ia juga usaha pecah undi Melayu di satu-satu kawasan, dakwa Setiausaha PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim yang pernah dipecat daripada jawatan ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana mengkritik DAP negeri itu.
Katanya, pembangunan sedemikian seolah-olah menghalau komuniti sedia ada secara terhormat dengan membina rumah ‘mampu gigit jari’ bernilai tinggi yang hanya bermula dari harga RM400,000 hingga melebihi RM1 juta.
“Ada semacam satu agenda pembangunan sangat pesat ini, semacam satu teknik pengusiran masyarakat Melayu Islam yang masih ada saki baki. Kalau tengok perumahan baharu, agak sukarlah bagi orang Melayu nak beli.
“Kalau perkara sebegini tidak dibendung, usaha perencanaan sistematik yang berjaya dibuat DAP ini akan hakis orang Islam dan perkampungan Melayu daripada bahagian pulau kepada tanah besar di Seberang Perai.
“Jadi pembangunan perlu ambil kira komuniti. Apa makna pembangunan atau perumahan yang boleh buat? Tapi komuniti tak boleh terima. Komuniti hanya hanya jadi penonton, jadi mangsa kepada pembangunan ini,” ujarnya.
penang1
penang3
Iszuree seperti yang dilaporkan laman web rasmi PAS dan disiarkan portal beritaAgendaDaily berkata, nasib sama berlaku juga kepada penjaja Melayu Islam dikenakan tindakan roboh oleh pihak penguatkuasa tempatan.
Sedangkan MBPP dan Majlis Perbandaran Seberang Perai tidak pula melakukan perkara sama kepada kawasan penjaja majoriti bukan Melayu yang secara terang mengganggu lalu lintas dan tidak menjaga kebersihan awam.
Malangnya menurut beliau, apabila perkara tersebut diutarakan, pihak DAP pantas menuduh hal tersebut sebagai rasis, walhal tindakan pentadbiran DAP itu sebenarnya lebih dilihat jauh bermotifkan perkauman yang sempit.
Sedangkan jelas Iszuree, usaha PAS itu adalah untuk memberi keadilan, keharmonian dan hak rakyat sebagaimana menjadi intipati utama perjuangan Pakatan Rakyat serta dipersetujui dalam manifesto pilihan raya umum lalu.
Ia termasuk untuk mewujudkan garis sempadan Perkampungan Melayu Warisan di Pulau Pinang. Bagaimanapun ujarnya, perkara itu langsung tidak pernah dibincangkan sesama mereka setelah menang pilihan raya tersebut.
Sebaliknya pemerintah ditunjangi DAP lebih menitikberatkan pemeliharaan warisan kolonial Inggeris seperti yang terdapat banyak di bandar raya George Town setelah mendapat status tapak warisan dunia daripada UNESCO.
penang4
“Mereka cuba menarik sokongan ketika Pilihan Raya Umum pada 2013 lalu itu dengan agenda konon mahu bantu warisan perkampungan Melayu. Tetapi setelah menang dengan kuasa yang ada, tidak pula disentuh pun.
“Jadi, apa matlamat buat pembangunan rumah mewah begitu? Seolah-olah macam nak halau komuniti yang sedia ada secara berhormat. Apabila tidak mampu, pergi dari pulau ke sebelah seberang. Penghijrahan berlaku.
“Macam ada agenda tersembunyi, pembangunan ini supaya undi orang Melayu di situ pun berpecah. Ini agenda-agenda yang kita (PAS Pulau Pinang) sudah nampak,” tutur beliau meluahkan kebimbangan.
Sepatutnya terang Iszuree, kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil tanggungjawab untuk memelihara komuniti Melayu kerana ia juga merupakan aset yang turut menyumbang misalnya kepada industri pelancongan negeri.
Terang beliau lagi, pelancong asing bukan sahaja datang untuk melihat pantai dan seumpamanya, tetapi juga komuniti masyarakat, budaya, makanan dan warisan asli tempatan turut boleh menjadi daya tarikan unik.
Beliau turut tidak menolak Kerajaan DAP cuba menjadikan Pulau Pinang sebagai pulau komersial seperti mana Singapura dan Hong Kong serta sebagai penempatan untuk orang kaya sahaja. (IH)

3 Perkara Ini, Hubungan DAP Dengan Israel? -Dr Mohd Zuhdi

oleh 
Dr Mohd Zuhdi Bin Marzuki

PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) melihat kenyataan media, Chong Zhemin, Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, menyesali kenyataan beliau mengenai sekatan atlet Israel ke Malaysia, sama sekali tidak merungkaikan persoalan apakah hubungan antara DAP dan Israel?
Kenyataan media Chong Zhemin tidaklah begitu serius berbanding dengan dakwaan bekas Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, saudara Mohamed Razali Abd Rahman, seperti yang telah tersebar dalam media sejak empat tahun lalu.
Dakwaan yang dilontarkan oleh Saudara Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.
Sekurang-kurangnya, saudara Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP.Tiga dakwaan tersebut ialah:
1. Pakar perisikan Israel terlibat untuk melatih G17 atau kumpulan seramai 17 orang pakar strategi DAP yang diketuai oleh Tony Phua, yang mana saudara Mohamed Razali mengakui beliau adalah bekas anggota kumpulan itu.
2. Sejak menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan saudara Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.
3. DAP didakwa ditawarkan dana PRU ke-13 sebanyak USD300 juta oleh Israel, dan seterusnya Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.Ketiga-tiga dakwaan saudara Mohamed Razali ini jauh lebih serius dan mengancam umat Islam dan keselamatan negara, sekiranya ia benar-benar dilakukan oleh DAP.
PPP melihat tiada cara lain untuk DAP membersihkan tuduhan-tuduhan ini melainkan mendakwa saudara Mohamed Razali di mahkamah. Setelah lebih empat tahun berlalu, tiada penafian yang jelas dari kepimpinan tertinggi DAP, sepertimana yang dilakukan oleh Chong Zhemin dalam isu terbaru.
Kegagalan DAP menafikan dakwaan tersebut akan menyebabkan persoalan tentang hubungan DAP dan Israel masih tidak terjawab.

Lintasan Bogel Dunia 2015: Moral Makin Runtuh, Kembalilah Kepada Negara Agama..

Che Ta jawab isu gambar separuh bogel
Added on September 10, 2015
Kuala Lumpur – Pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, menafikan bahawa gambar separuh bogel seorang wanita yang tersebar di laman sosial adalah dirinya. Gambar yang dipercayai menggunakan proses tindanan itu memaparkan wanita dengan raut wajah seiras pelakon itu dalam keadaan tidak berbaju dan menampakkan payu dara. “Kakak saya telah […]


Tak pakai baju tapi pakai helmet

Tak pakai baju tapi pakai helmet
Rusia – Seorang lagi wanita di Rusia telah menjadi sensasi internet selepas bertindak membonceng sebuah motosikal dalam keadaan tidak berbaju atau bogel sepenuhnya. Walau bagaimanapun, wanita terbabit dikatakan masih mementingkan keselamatan dirinya serta patuh kepada undang-undang jalan raya apabila dia dilihat masih memakai helmet untuk melindungi kepalanya. Rakaman video yang dibuat oleh penunggang motosikal lain […]


Lelaki bogelkan pelacur untuk ‘bersih dosa’

Lelaki bogelkan pelacur untuk ‘bersih dosa’
Taipei – Seorang lelaki Kristian fundamentalis memujuk seorang GRO wanita ke dalam bilik hotel sebelum memaksanya berbogel, merompak dan menyerangnya menggunakan pisau, kononnya untuk ‘membersihkan wanita itu daripada dosa.’ Akhbar Liberty Times melaporkan, penganggur berusia 42 tahun itu memberitahu polis, ketika berdoa tiga tahun lalu dia mendengar Tuhan menyuruhnya ‘membersihkan dosa seorang pelacur menggunakan darah.’ […]


Beri alasan tak masuk akal

Beri alasan tak masuk akal
Kuala Lumpur – Empat lelaki yang juga kakitangan kerajaan memberi alasan hanya mendapatkan khidmat urut tradisional bagi menghilangkan kepenatan ketika mengambil kesempatan berkursus di ibu kota untuk mengunjungi pusat urut, di sini, semalam. Namun, alasan yang diberi tidak masuk akal apabila semua mereka yang berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu ditahan dalam keadaan berbogel bersama […]


Gambar bogel tersebar, Artis lapor polis

Gambar bogel tersebar, Artis lapor polis
Jakarta – Artis jelita Indonesia, Prilly Latuconsina membuat laporan polis selepas beberapa gambar yang didakwa dirinya dalam keadaan bogel tersebar di Internet. Prilly datang ke ibu pejabat polis Metro Jaya untuk menyerahkan beberapa keping gambar dirinya yang diubah suai supaya kelihatan berada dalam keadaan bogel. Ketika di ibu pejabat polis berkenaan Prilly ditemani peguamnya, Muhammad […]


Wanita tanggal baju waras, layak dibicarakan

Wanita tanggal baju waras, layak dibicarakan
Kuala Lumpur – Bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai dengan gambarnya tanpa baju dan coli menjadi viral di laman sosial, adalah waras dan layak dibicarakan di mahkamah. Majistret Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor memutuskan demikian selepas meneliti laporan kesihatan mental yang dikeluarkan Hospital Tanjung Rambutan, terhadap Persana Avril Sollunda, 33. “Semasa kejadian berlaku […]


Gaduh sampai koyak baju

Gaduh sampai koyak baju
China – Seorang penumpang keretapi bawah tanah cuba membogelkan seorang penumpang lain hanya kerana mereka berebutkan tempat duduk dalam pengangkutan awam itu. Kejadian itu berlaku pada 2 Ogos lalu di Wuhan melibatkan seorang gadis remaja dengan seorang wanita berusia. Pergaduhan itu dikatakan berlaku selepas remaja berkenaan menghina wanita terbabit dan kemudiannya berlaku balas membalas. Rakaman […]


Saya tak takut untuk berbogel – Gigi Hadid

Saya tak takut untuk berbogel – Gigi Hadid
Bintang berusia 20 tahun, Gigi Hadid tidak bimbang untuk menanggalkan pakaiannya dalam sesebuah sesi fotografi selain menganggap ia bukan keputusan yang sukar. Gigi berkata dia tidak pernah berasa takut apabila diminta untuk berbogel bagi tujuan promosi khususnya untuk kempen jenama wangian Velvet Orchid, Tom Ford. “Saya tidak berasa takut untuk berbogel dalam gambar. Keputusan saya […]


Laporan mental wanita tanggal baju 10 Ogos

Laporan mental wanita tanggal baju 10 Ogos
Kuala Lumpur – Mahkamah Majistret di sini Isnin menetapkan 10 Ogos untuk mengetahui laporan pemeriksaan mental bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai, April lepas. Majistret Nur ‘Aminahtul Mardiah Md Nor menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd Noor Nordin memaklumkan pemeriksaan mental terhadap Persana Avril Sollunda, 33, telah selesai […]


Terkejut lihat aksi pelancong separuh bogel

Terkejut lihat aksi pelancong separuh bogel
Sepanyol – Beberapa pemandu jalan raya di sini terkejut melihat seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek berbaring pada bumbung sebuah kereta yang bergerak selaju 120 kilometer sejam (km/j). Lelaki misteri itu dipercayai seorang warga Britain. Aksi berbahaya lelaki itu dirakam oleh seorang pemandu tempatan di sebuah terowong berhampiran pusat peranginan Costa del sol, pinggir […]
(Diangkat dari kualalumpurpost.net)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kembalilah kepada negara Agama... Di Malaysia ada PAS menuju ke arah negara Islam!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails