Oleh: sp4n4r
Sebab-sebab Harakah hilang nilainya
1.
Harakah lidah rasmi PAS. Amat malang, bila harakah menjadi lidah kepada
musuh islam pada kaca mata PAS, akibat lidah ulama dalam PAS yagn tidak
bertulang. Lidah kluk klek yang langsung tidak menyumbangkan idea-idea
islam dan gerakan Islam. 20 Soalan dari Eric Paulsen, sehingga kini,
tidak dijawab oleh lidah ulama secara teratur. Terlalu pendekkah lidah
ulama PAS untuk menjawab pertanyaan dari bukan islam sebagai satu usaha
memartabatkan Hudud itu sendiri ?
2. Elemen syiah pernah
dialu-alukan oleh Presiden PAS sendiri sebagaimana disebut didalam satu
ceramah. Rujuk link youtube ini. www.youtube.com/watch?v=gsRhyCQaYoE.
Oleh sebab itu, harakah memainkan peranannya untuk mengurangkan jurang
permusuhan antara syiah dan sunni. Malah, gerakan dan perjuangan
Ayatullah Khomeini menentang sekular dicontohi PAS sehingga hari ini.
PAS berterusan menentang sekular.
3. Idea-idea Liberalisme,
sosicalisme dan lain-lain lebih tertumpu kepada memperjuangkan hak-hak
rakyat secara umum yang berbilang kaum, dimana, ianya cuba tidak
menyentuh soal aqidah tetapi Ia tetap dilihat menyentuh soal aqidah,
apabila PAS gagal 'menyantuni' isu yang memperjuangkan hak-hak rakyat
secara umum kerana ada hak-hak yang diperjuangkan untuk rakyat,
bertentangan dengan perlembagaan PAS sendiri. PAS tidak mampu untuk
bertindak secara bijaksana ibarat 'menarik rambut dari dalam tepung,
tepung tak berselerak, rambut tak putus'. PAS sperti terputus urat
tengkuk untuk 'menyantuni' isu apabila melibatkan agenda-agenda yang
memperjuangkan hak rakyat.
4. Kebelakangan ini, Harakah tidak
mampu menjadi Lidah Rasmi PAS sebagai sebuah akhbar yang membina
intelektual anak muda, dan info-info yang membangkitkan nilai islam,
kerana pemimpin PAS sendiri ketandusan idea, berlidah kluk klek dan
tiada perancangan-perancangan untuk menarik golongan muda kepada
perbincangan ilmiah. Jika mempelawa anak muda membicarakan perbincangan
ilmiah, PAS HARUS bersedia untuk menjawab dan membetulkan apa-apa
perbincangan yang dilihat boleh menganggu gugat aqidah. Tetapi, PAS
tetap gagal kerana sering menutup perbincangan ilmiah apabila tersepit
antara kepentingan agenda parti dan kepentingan umum.
5. Banyak
ruangan-ruangan halamah di harakah dipenuhi dengan pemimpin parti lain,
kerana kepimpinan dari PAS sendiri kurang berminat untuk membuat
serangan politik terhadap BN/UMNO yang melibatkan kepentingan rakyat.
Kita lihat, pemimpin parti lain, lebih banyak membuat serangan politik
terhadap BN/UMNO apabila melibatkan kepentingan rakyat. Pemimpin PAS
harus berperanan buat serangan politik yang berfakta, bukan serangan
politik yang berFITNAH. Sebab itu Harakah menjadi Lidah Rasmi pemimpin
parti lain, sebab pemimpin PAS sendiri ketandusan idea untuk membuat
serangan politik terhadap BN/UMNO. Harakah tidak akan menyiarkan
apa-apa berita yang mengambarkan pemimpin PAS sendiri terperangkap
dengan permainan musuh politik mereka.
6. Harakah tak dapat
memperbanyakkan cerita pergerakan Presiden dan pimpinan sendiri, sebab
pemimpin PAS ketandusan IDEA-IDEA untuk membuat serangan politik
terhadap BN/UMNO. Kerana itu, harakah cuba memperbanyakkan
cerita-cerita dari sumber lain, untuk mengelak HARAKAH menerbitkan
'ruangan kosong' untuk tatapan umum. Tulisan didalam harakah berbaur
fitnah disebabkan pemimpin PAS sendiri yang mengundang fitnah akibat
pemimpin PAS bercakap kluk klek dan bertukar-tukar pendirian.
7.
Jualan harakah merudum kerana alternatif dari media lain lebih telus
dan berani serta tidak mewakili mana-mana pihak. JIka PAS bersalah,
masyarkat umum akan memperkatakannya. JIka BN bersalah , masyarkat umum
TETAP akan memperkatakannya. Media alternatif lain telah menjadi
menimbangtara pada pemikiran rakyat untuk menilai segala gerak geri
pemimpin parti politik dari pelbagai sudut. Masyarakat hari ini lebih
cerdik menilai retak tarik pemimpin politik. Majoriti rakyat mahu
melihat BN tumbang. Majoriti rakyat mahu pendirian parti yang sokong
oleh mereka konsisten dalam kerja-kerja menumbangkan BN. Ini Kehendak
Rakyat, dan bukan lagi menjadi kehendak hak ekslusif milik parti
tertentu.
Begitulah serba sendikit pandangan ambe yang daif ini. Gegarkan UMNO dengan isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat.
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: sp4n4r
Posted on Friday, January 09 @ 22:47:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
(Diangkat dari Tranungkite)
No comments:
Post a Comment