Saturday, January 10, 2015

7 Sebab Mengapa Harakah Tiada Nilai...

Oleh: sp4n4r


 
Sebab-sebab Harakah hilang nilainya
 
1. Harakah lidah rasmi PAS. Amat malang, bila harakah menjadi lidah kepada musuh islam pada kaca mata PAS, akibat lidah ulama dalam PAS yagn tidak bertulang. Lidah kluk klek yang langsung tidak menyumbangkan idea-idea  islam dan gerakan Islam. 20 Soalan dari Eric Paulsen, sehingga kini, tidak dijawab oleh lidah ulama secara teratur. Terlalu pendekkah lidah ulama PAS untuk menjawab pertanyaan dari bukan islam sebagai satu usaha memartabatkan Hudud itu sendiri ?

2. Elemen syiah pernah dialu-alukan oleh Presiden PAS sendiri sebagaimana disebut didalam satu ceramah. Rujuk link youtube ini. www.youtube.com/watch?v=gsRhyCQaYoE. Oleh sebab itu, harakah memainkan peranannya untuk mengurangkan jurang permusuhan antara syiah dan sunni. Malah, gerakan dan perjuangan Ayatullah Khomeini menentang sekular dicontohi PAS sehingga hari ini. PAS berterusan menentang sekular.

3. Idea-idea Liberalisme, sosicalisme dan lain-lain lebih tertumpu kepada memperjuangkan hak-hak rakyat secara umum yang berbilang kaum, dimana, ianya cuba tidak menyentuh soal aqidah tetapi Ia  tetap dilihat menyentuh soal aqidah, apabila PAS gagal 'menyantuni' isu yang memperjuangkan hak-hak rakyat secara umum kerana ada hak-hak yang diperjuangkan untuk rakyat, bertentangan dengan perlembagaan PAS sendiri. PAS tidak mampu untuk bertindak secara bijaksana ibarat 'menarik rambut  dari dalam tepung, tepung tak berselerak, rambut tak putus'. PAS sperti terputus urat tengkuk untuk 'menyantuni' isu apabila melibatkan agenda-agenda yang memperjuangkan hak rakyat.

4. Kebelakangan ini, Harakah tidak mampu menjadi Lidah Rasmi PAS sebagai sebuah akhbar yang membina intelektual anak muda, dan info-info yang membangkitkan nilai islam, kerana pemimpin PAS sendiri ketandusan idea, berlidah kluk klek dan tiada perancangan-perancangan untuk menarik golongan muda kepada perbincangan ilmiah. Jika mempelawa anak muda membicarakan perbincangan ilmiah, PAS HARUS bersedia untuk menjawab dan membetulkan apa-apa perbincangan yang dilihat boleh menganggu gugat aqidah. Tetapi, PAS tetap gagal kerana sering menutup perbincangan ilmiah apabila tersepit antara kepentingan agenda parti dan kepentingan umum.

5. Banyak ruangan-ruangan halamah di harakah dipenuhi dengan pemimpin parti lain, kerana kepimpinan dari PAS sendiri kurang berminat untuk membuat serangan politik terhadap BN/UMNO yang melibatkan kepentingan rakyat. Kita lihat, pemimpin parti lain, lebih banyak membuat serangan politik terhadap BN/UMNO apabila melibatkan kepentingan rakyat. Pemimpin PAS harus berperanan buat serangan politik yang berfakta, bukan serangan politik yang berFITNAH. Sebab itu Harakah menjadi Lidah Rasmi pemimpin parti lain, sebab pemimpin PAS sendiri ketandusan idea untuk membuat serangan politik terhadap BN/UMNO. Harakah tidak akan menyiarkan apa-apa berita yang mengambarkan pemimpin PAS sendiri terperangkap dengan permainan musuh politik mereka.

6. Harakah tak dapat memperbanyakkan cerita pergerakan Presiden dan pimpinan sendiri, sebab pemimpin PAS ketandusan IDEA-IDEA untuk membuat serangan politik terhadap BN/UMNO. Kerana itu, harakah cuba memperbanyakkan cerita-cerita dari sumber lain, untuk mengelak HARAKAH menerbitkan 'ruangan kosong' untuk tatapan umum. Tulisan didalam harakah berbaur fitnah disebabkan pemimpin PAS sendiri yang mengundang fitnah akibat pemimpin PAS bercakap kluk klek dan bertukar-tukar pendirian.

7. Jualan harakah merudum kerana alternatif dari media lain lebih telus dan berani serta tidak mewakili mana-mana pihak. JIka PAS bersalah, masyarkat umum akan memperkatakannya. JIka BN bersalah , masyarkat umum TETAP akan memperkatakannya. Media alternatif lain telah menjadi menimbangtara pada pemikiran rakyat untuk menilai segala gerak geri pemimpin parti politik dari pelbagai sudut. Masyarakat hari ini lebih cerdik menilai retak tarik pemimpin politik. Majoriti rakyat mahu melihat BN tumbang. Majoriti rakyat mahu pendirian parti yang sokong oleh mereka konsisten dalam kerja-kerja menumbangkan BN. Ini Kehendak Rakyat, dan bukan lagi menjadi kehendak hak ekslusif milik parti tertentu.


Begitulah serba sendikit pandangan ambe yang daif ini. Gegarkan UMNO dengan isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
sp4n4r
Posted on Friday, January 09 @ 22:47:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar 


(Diangkat dari Tranungkite)

No comments:

Post a Comment