SYDNEY: Beberapa hari selepas serangan di pejabat akhbar satiran, Charlie Hebdo di Paris, sebuah media cetak Australia dilaporkan menerbitkan karikatur menggambarkan Nabi Muhammad SAW sedang bertengkar dengan Nabi Isa sebagai langkah awal memulakan 'Perang Hina Nabi' di Australia.
Nabi Muhammad digambar memegang sebuah akhbar bertajuk 'Dunia ketika Perang’ (World at War), kemudian membalas bahawa baginda tidak boleh kembali kepada bentuk manusia kerana akan 'disalib’.
Halaman lidah pengarang akhbar itu pula meminta negara Barat supaya tidak menunjukkan kelemahan bagi mempertahankan nilai-nilai teras atau berundur dalam menegakkan kebebasan bersuara.
"Sama ada secara sengaja atau tidak, satu daripada aspek yang paling merosakkan dalam insiden kekejaman ini (merujuk insiden di Paris) adalah ia mengugat tamadun kita yang makin lemah dan memerlukan tindakan politik untuk dibetulkan."
Sementara itu di Paris, masyarakat Yahudi di Perancis yang kini berjumlah 500,000 orang dilaporkan bersedia untuk menimbang berhijrah ke Israel kerana merasakan masa depan mereka lebih selamat dan terjamin di sana. Dua insiden yang berlaku di Perancis itu antara lain telah menyebabkan seorang warga Perancis berketurunan Yahudi, menyifatkan situasi semasa bagaikan 'perang ke atas bangsanya'.
“Tetapi di sini kami tidak berani untuk menghantar anak-anak ke sekolah kerana kami mungkin akan menjadi mangsa seterusnya," ujar Jacqueline pemilik sebuah kedai barangan seni di kawasan petempatan Yahudi di Perancis.
Perasaan tidak selamat ini sangat mendesak sehinggakan Kongres Yahudi Eropah mengesyorkan agar empat mangsa tembakan yang terbunuh di pasar raya itu dibawa pulang ke Isreal untuk dikebumikan kerana khuatir yang kubur mereka kelak akan dijarah.
Setiausaha Agung Kongres Yahudi Eropah, Serge Cwajgenbaum dipetik sebagai berkata yang insiden serangan di pasar raya mereka itu adalah puncak kepada segala ancaman kepada bangsa Yahudi di Perancis selepas insiden melemparkan bom api ke atas rumah ibadat mereka serta kedai.
Pada tahun 2012, seorang warga Perancis berketurunan Arab Algeria menembak mati tujuh orang termasuk tiga kanak-kanak dan seorang guru agama di sebuah sekolah Yahudi di bandar Toulouse.
Pada Mei tahun lalu, seorang warganegara Perancis didakwa menembak mati empat orang di Muzium Yahudi di Brussels, Belgium.
Tahun lalu juga, Yahudi Perancis adalah kumpulan yang paling ramai berhijrah ke Israel, iaitu seramai 7,000 orang berdasarkan data yang diperolehi daripada Agensi Yahudi yang mengkoordinasikan proses penghijrahan bangsa Yahudi dari Eropah ke Israel.
Pengarahnya, Natan Sharansky menganggarkan, sejumlah 15,000 Yahudi Perancis akan berhijrah meninggalkan negara itu tahun ini dan angka tersebut akan berlipat kali ganda ekoran insiden terbaru ini. Dan pada Ahad lalu, lebih seribu orang telah mendaftarkan diri untuk berhijrah ke Israel.
Bermula sudah perang hina Nabi SAW? (IH)
No comments:
Post a Comment