Sunday, January 25, 2015

Al-hamdulillah, Nik Aziz Baik, Sebelumnya Berbahasa Urdu Dengan...

Nik Aziz grafik
KL:  25 JAN: Keadaan kesihatan Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan baik dan lebih selesa berehat, berbanding kelmarin. Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, doktor meminta ahli keluarga mengurangkan lawatan tetamu untuk memberikan keselesaan kepada ayahnya.

Nik Mohamad Abduh berkata, ayahnya masih memerlukan sokongan saluran pernafasan dan akan menjadi lemah jika tidak menggunakan alat terbabit.

“Harapan kami sekeluarga, semua pihak tidak berkecil hati jika tidak mendapat keistimewaan . Sihat nanti, anda semua adalah VIP kami Insya Allah.
“Terima kasih dan mari berdoa untuk ayahanda kami dan anda juga,” katanya melalui akaun facebook, malam tadi.

Sebelum itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan masih mampu bercakap Urdu sewaktu menerima kunjungan dua ulama.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, bersama Maulana Zubair dan Maulana Zuhair yang juga anak kepada ulama terkenal Maulana Muhammad Musa Ruhani Al-Bazi mengunjunginya dua hari lalu.
(IH)

No comments:

Post a Comment