WASHINGTON: Setelah sekian lama menerima
perlindungan ketat Rumah Putih, berhubung penampilannya, satu imej anak
sulung Presiden Amerika Syarikat, Malia Obama, 16, menjadi viral di
media sosial.
Kakak kepada Sasha, 14, dilihat memakai kemeja-T dengan gambar sebuah kumpulan rap dari Brooklyn, Pro Era.
Gambar itu memamparkan gadis tinggi lampai itu yang kini di sekolah tinggi atau seseorang yang kelihatan sepertinya sedang memandang ke arah kamera dengan gaya rambut terikat.
Namun tiada sebarang maklumat lain berhubung gambar itu atau siapa yang mengambilnya mahupun pihak mana yang mengedarkannya.
Gambar viral ini turut menimbulkan perdebatan sejauh mana kehidupan sebenar di Rumah Putih terutamanya bentuk didikan yang diberikan kepada anak-anak penghuninya di zaman internet dan media sosial.
Sehingga kini Rumah Putih masih belum memberikan sebarang reaksi mengenai gambar itu.
(IH/astroawani)

No comments:
Post a Comment