Tuesday, January 06, 2015

Babi Hutan Pun Nak Baca Buku?


Babi hutan yang menceroboh Universiti Multimedia di Cyberjaya semalam.
CYBERJAYA – Pelajar Universiti Multimedia (MMU) yang sedang membaca buku di perpustakaan di institusi pendidikan tinggi itu gempar apabila seekor babi hutan jantan merempuh masuk ke dalam perpustakaan itu semalam.

Kejadian pukul 1.30 petang itu berlaku apabila babi berkenaan dikatakan merempuh panel dinding kaca pintu belakang perpustakaan tersebut hingga membuatkan beberapa pelajar terkejut dan melarikan diri.

Ketua Perpustakaan MMU, Kamal Sujak berkata, pihaknya kemudian mengarahkan premis itu dikosongkan sebaik pihak bomba tiba untuk menangkap haiwan tersebut kira-kira 10 minit kemudian. (Kosmo!)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Babi Hutan pun masuk perpustakaan nak baca buku?

No comments:

Post a Comment