Wednesday, January 07, 2015

Banjir: S'gor Rancang Bina 150 Rumah Di K'tan Dalam 30 Hari


 
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor merancang untuk membina 150 unit rumah pasang siap untuk mangsa banjir di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Datuk Iskandar Samad berkata, rumah tersebut berukuran 500 hingga 550 kaki persegi yang akan dibina dalam masa 30 hari.

Katanya, kos untuk seunit rumah pasang siap dalam anggaran RM10,000 dan ianya sebagai rumah asas untuk mangsa banjir.

"Penerima akan buat 'extension' untuk rumah apabila mereka ada kemampuan nanti," katanya dihubungi Harakahdaily.

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat Teknikal Bantuan Rumah Projek Kasih Selangorku pada 2 dan 5 Januari lalu berkata projek itu akan diuruskan oleh PKNS dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.

Dalam mesyuarat itu juga, katanya sebanyak empat kontraktor telah membentangkan cadangan mereka untuk projek tersebut.

"Cadangan-cadangan ini akan dibentangkan kepada Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor pada 8 Jan untuk dipilih oleh kerajaan negeri," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor. (IH)


Lihat liputan banjir.. 
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails