RDOGAN (kanan) berjabat tangan dengan Mahmoud Abbas pada satu sidang akhbar di Istana Presiden di Ankara. - AFP
ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kelmarin menuduh Barat
bersikap hipokrit berhubung serangan ke atas akhbar satira Charlie Hebdo
dan drama tebusan di sebuah pasar raya Yahudi di Paris sedangkan blok
berkenaan gagal mengecam tindakan anti-Islam di Eropah.
Bercakap di sisi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di ibu kota Turki
di sini, Erdogan turut menyelar Perdana Menteri Israel, Benjamin
Netanyahu kerana menghadiri perarakan perpaduan di Perancis bersama
barisan pemimpin dunia lain selepas serangan di Paris pada Rabu lalu.
“Bagaimana seorang lelaki yang membunuh 2,500 orang di Gaza dan
mengamalkan negara pengganas boleh melambaikan tangannya di Paris
seperti orang ramai menunggu untuknya berbuat demikian? Berani dia pergi
ke sana (Paris)?,” kata Erdogan.
“Kamu patut memberi penerangan mengenai kanak-kanak dan wanita yang kamu bunuh,” tambahnya.
Erdogan lantang mengkritik serangan Israel terhadap pentadbiran Hamas
di Genting Gaza walaupun Ankara memiliki hubungan dagang yang baik
dengan rejim Zionis.
Beliau tidak menghadiri perarakan pada Ahad lalu tetapi majlis tersebut disertai oleh Perdana Menteri, Ahmet Davutoglu.
“Sikap hipokrit Barat adalah jelas. Sebagai orang Islam, kami tidak
pernah mengambil bahagian dalam pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan
pengganas. Di sebaliknya, wujud rasisme, kata-kata kebencian dan
ketakutan terhadap Islam,” ujar Erdogan.
“Ada pihak sedang mempermainkan dunia Islam, kita perlu menyedari perkara ini,” tambahnya.
Dalam ucapannya, Erdogan memberitahu bahawa siri serangan yang
meragut 17 nyawa itu membayangkan kegagalan pasukan keselamatan Perancis
kerana semua suspek tersebut pernah dipenjarakan sebelum ini.
“Rakyat Perancis melakukan pembunuhan beramai-ramai itu dan orang
Islam membayar harganya. Tidakkah agensi perisikan mereka mengawasi
banduan yang keluar dari penjara,” ujarnya.
Demikian menurut Reuters.
Sementara itu, lihat gambar-gambar ini...
Gambar di atas ada gambar Presiden Palestin Mahmud Abbas, hadapan kanan sekali. Tetapi gambar di bawah tiada gambar Mahmud Abbas. Rupanya, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah memotong gambar berjalan kaki dia bersama-sama Presiden Palestin tersebut. Times of Israel © 2015
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkicau di akaun rangkaian sosial Twitter miliknya dan memuat naik foto saat melakukan jalan kaki memperingati serangan ke markas tabloid satir Perancis Charlie Hebdo. Kelihatan sekali dia tak boleh bertoleransi dengan Palestin meski di acara berkabung. Dia memotong gambar Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmud Abbas.
2 comments:
terima kasih erdogan.
susah nk cari pemimpin negara islam seperti beliau.
beliau jugalah pemimpin dunia jauh yg mula2 melawat nasib rakyat mynmar yg dizalimi penguasa buddha laknatulah di sana.
yg lain buat2 tertidor.
Admin, tolong kalau boleh banyakkan berita Endorgan..
Post a Comment