Wednesday, January 14, 2015

Erdogan (1): Barat Hipokrit, Netanyahu Biadab. Lihat Gambar-Gambar ini..

 RDOGAN (kanan) berjabat tangan dengan Mahmoud Abbas pada satu sidang akhbar di Istana Presiden di Ankara. - AFP 

ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kelmarin menuduh Barat bersikap hipokrit berhubung serangan ke atas akhbar satira Charlie Hebdo dan drama tebusan di sebuah pasar raya Yahudi di Paris sedangkan blok berkenaan gagal mengecam tindakan anti-Islam di Eropah.

Bercakap di sisi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di ibu kota Turki di sini, Erdogan turut menyelar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kerana menghadiri perarakan perpaduan di Perancis bersama barisan pemimpin dunia lain selepas serangan di Paris pada Rabu lalu.

“Bagaimana seorang lelaki yang membunuh 2,500 orang di Gaza dan mengamalkan negara pengganas boleh melambaikan tangannya di Paris seperti orang ramai menunggu untuknya berbuat demikian? Berani dia pergi ke sana (Paris)?,” kata Erdogan.

“Kamu patut memberi penerangan mengenai kanak-kanak dan wanita yang kamu bunuh,” tambahnya.

Erdogan lantang mengkritik serangan Israel terhadap pentadbiran Hamas di Genting Gaza walaupun Ankara memiliki hubungan dagang yang baik dengan rejim Zionis.

Beliau tidak menghadiri perarakan pada Ahad lalu tetapi majlis tersebut disertai oleh Perdana Menteri, Ahmet Davutoglu.

“Sikap hipokrit Barat adalah jelas. Sebagai orang Islam, kami tidak pernah mengambil bahagian dalam pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan pengganas. Di sebaliknya, wujud rasisme, kata-kata kebencian dan ketakutan terhadap Islam,” ujar Erdogan.

“Ada pihak sedang mempermainkan dunia Islam, kita perlu menyedari perkara ini,” tambahnya.
Dalam ucapannya, Erdogan memberitahu bahawa siri serangan yang meragut 17 nyawa itu membayangkan kegagalan pasukan keselamatan Perancis kerana semua suspek tersebut pernah dipenjarakan sebelum ini.
“Rakyat Perancis melakukan pembunuhan beramai-ramai itu dan orang Islam membayar harganya. Tidakkah agensi perisikan mereka mengawasi banduan yang keluar dari penjara,” ujarnya.

Demikian menurut Reuters.

Sementara itu, lihat gambar-gambar ini...


Gambar di atas  ada gambar Presiden Palestin Mahmud Abbas, hadapan kanan sekali. Tetapi gambar di bawah tiada gambar Mahmud Abbas. Rupanya, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah memotong gambar berjalan kaki dia bersama-sama Presiden Palestin tersebut. Times of Israel © 2015
Netanyahu potong foto dirinya satu 'frame' bareng Abbas
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkicau di akaun rangkaian sosial Twitter miliknya dan memuat naik foto saat melakukan jalan kaki memperingati serangan ke markas tabloid satir Perancis Charlie Hebdo. Kelihatan sekali dia tak boleh bertoleransi dengan Palestin meski di acara berkabung. Dia memotong gambar Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmud Abbas.

Akhbar Times of Israel melaporkan, Isnin (12/1), foto bersama pemimpin dunia lain itu memaparkan Presiden Perancis Francois Hollande hingga Canselor Jerman Angela Merkel, termasuk Abbas dan Netanyahu yang berdiri bertentangan sisi. Namun Netanyahu ogah satu 'frame' dengan Abbas hingga gambar pemimpin Tebing Barat itu dipotong.

Dalam foto itu dia menuliskan, "Saya berbaris bersama para pemimpin dunia untuk melawan keganasan. Semua aksi keganasan harus dibunuh," ujar Netanyahu.

Secara tidak langsung perdana menteri Negera Bintang Daud itu menuduh Abbas menyokong keganasan lantaran bekerja sama dengan Hamas, penguasa Jalur Gaza untuk merundingkan perdamaian dengan Israel.

Padahal Kesatuan Eropah telah menghapuskan Hamas dari senarai organisasi pengganas Antarabangsa. Awalnya Netanyahu tidak menghadiri jalan kaki ini dan akan diwakili oleh Menteri Luar Negera Avigdor Liberman dan Menteri Ekonomi Naftali Bennet. Namun dia mengubah rancangannya .
(IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

E-Buku IH-99: C/Hebdo, Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

2 comments:

Anonymous said...

terima kasih erdogan.

susah nk cari pemimpin negara islam seperti beliau.

beliau jugalah pemimpin dunia jauh yg mula2 melawat nasib rakyat mynmar yg dizalimi penguasa buddha laknatulah di sana.

yg lain buat2 tertidor.

Anonymous said...

Admin, tolong kalau boleh banyakkan berita Endorgan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails