Pelancong berbogel naik motosikal..
Phnom Penh: Dua lelaki Inggeris dan seorang perempuan memandu motorsikal sambil berbogel di Kemboja bakal akan ditendang keluar dari negara itu. Mereka dianggap menodai keindahan budaya dan tradisi Kemboja.
Akhbar the Daily Mail melaporkan, Isnin (12/1), Crawford Brown, mahasiswa dari Universiti Scotland Barat menghabiskan masa seminggu di penjara selepas ditangkap oleh polis Kemboja lantaran memandu motorsikal tanpa pakai seluar. Brown dicekup bersama pasangannya Catarina Aarnio dari Finland dan juga Giancarlo Alloca.
Ketiganya ternyata berdaftar ahli di komuniti pelancong bogel. Ketiganya dilaporkan naik motorsikal bertelanjang di Daerah Leuk Daek, belasan kilometer dari ibukota Phnom Penh.
Pihak polis Chuon Chomkol mengatakan dia melihat sendiri ketiganya memandu bogel bahkan melintas di depan markas mereka.
"Saya dan ahli lain langsung mengejar mereka dan menghentikannya. Ini tidak sesuai dengan moral. Kami menahan mereka," ujar Chuon.
Chuon menegaskan dia tak boleh membiarkan orang asing melakukan hal seperti ini. Baginya sama sahaja dengan menginjak kehormatan tradisi dan budaya Kemboja. Ketiga pelancong bogel itu awalnya tidak mahu mengenepikan motosikalnya. Mereka merasa tidak melakukan kesalahan apa-apa.
Namun menurut pihak berkuasa mereka menyebarkan pornografi. Ketiganya seumur hidup tidak boleh masuk ke Kemboja. Walaupun Kemboja bukan negara kaya masih perlukan industri pelancongan, namun mereka tetap tidak mahu menodai keindahan budaya dan tradisi mereka.
Bukan seperti
aksi sumbang yang berlaku pada konsert kumpulan pop korea (K-Pop), B1A4
di Kuala Lumpur, Sabtu lalu. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Isteri pemimpin dan pemimpin wanitanya berpelukan dengan lelaki bukan muhrim depan khalayak ramai, apa lagi belianya?
(IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-13: Catatan Perjalanan
Orang Melayu Kemboja
No comments:
Post a Comment