C/Hebdo Terbit Gambar Hina Nabi Lagi, 10,000 Berkawal Hari Ini.
Karikatur Charlie Hebdo. ©twitter.com/Charlie Hebdo
Karikatur Charlie Hebdo. ©twitter.com/Charlie Hebdo
Paris: Tabloid satir Perancis Charlie Hebdo terbit lebih awal selepas tragedi pembunuhan di pejabat mereka yang mengorbankan 12 ahli redaksi termasuk kartunis. Penerbitan ini dijangka bakal menyinggung umat Islam lebih parah lagi.
Sampul depannya dihiasi rupa Nabi Muhammad SAW tengah bersedih sambil membawa tulisan 'Je Suis Charlie'.
Stesen televisyen Al Jazeera melaporkan, Selasa (13/1), edisi kali ini bakal dicetak tiga juta naskhah, lima kali lebih banyak dari biasanya. Nampaknya tabloid ini tidak belajar dari peristiwa yang membuat mereka perlu membayar mahal.
Gara-gara menerbitkan siri kad nabi, Charlie Hebdo diserang peluru dengan jumlah korban 17 orang. Namun mereka tidak serik, bahkan bertambah biadap. Beberapa media nampak enggan menyiarkan wajah depan sampul terbaru Charlie Hebdo ini.
Bahkan makluman Al Jazeera, beberapa sekolah Yahudi dijaga ketat oleh polis. Sekitar 10 ribu petugas terjun amankan ibukota Paris hari ini, demikian disampaikan Menteri Pertahanan Jean Yves Le Drian. (IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
1 comment:
Sebab tu tindakan membunuh kartunis Charlie Hebdo adalah satu tindakan yang bodoh dan sia-sia. Sekarang ni CH dapat sokongan ramai dan dilindungi kerajaan Perancis. CH lepas ni akan lebih hebat hina Nabi Muhammad dan agama Islam semua hasil dari kerja bodoh 3 penyerang tu. Orang kafir memang suka menghina agama Islam secara terbuka atau tertutup. Lagi kita halang lagi dia suka jalan terbaik buat tidak peduli lama-lama dia jadi boring sebab takde respon. kalau nak bela agama ikut garisan panduan didalam Al-Quran dan Hadith dan akal yang Allah kurniakan. Tindakan provokatif ni jangan dilayan. Sebenarnya ada hikmah disebalik penghinaan ini antaranya orang yang tak tahu pasal Nabi Muhammad akan tertarik untuk mengenal baginda. Ramai muallaf di barat kenal Islam hasil dari tindakan provokatif ini. Tindakan provokatif terhadap Islam ini sebenarnya menjadi promosi percuma untuk Islam. kita kena lihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut pandangan bukan tumpu pada satu saja. Aku tahu tulisan ini pasti ramai yangtak bersetuju dan marah, tapi apa yang korang yang kononnya marah sangat sebab orang kafir hina nabi dan Islam, dah buat untuk Islam. Setakat duduk kutuk kat Malaysia aje baik tak payah. Alang-alang pergilah ke sana untuk berjihad.
Post a Comment