Saturday, January 31, 2015

DAP Mula Serang Azmin Pula..


Azmin menjadi Khalid kedua?
SEORANG kolumnis Kwongwah Yitpoh yang menggunakan nama pena Huyidao meluahkan rasa terkejutnya apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba-tiba mengingatkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali supaya tidak menjadi Khalid kedua (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dalam satu majlis pada 10 Januari.

Menurut kolumnis itu, dalam majlis anjuran DAP Serdang itu, Azmin yang disenaraikan sebagai tetamu tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Katanya, Guan Eng dalam ucapannya tiba-tiba mengingatkan supaya sikap Azmin jangan-jangan sekali bertukar seperti Khalid kedua kerana DAP tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kritikan.

"Dalam kata lain, sekiranya Azmin menjadi Khalid kedua, maka DAP tidak akan teragak-agak untuk 'membuka serangan' ke atasnya," tulisnya.

Menurut kolumnis itu, DAP merupakan parti yang mula-mula mengucapkan tahniah apabila Azmin dilantik sebagai Menteri Besar Selangor tetapi isu pengagihan jawatan dikatakan menyebabkan DAP kini memberi peringatan kepada Azmin.

"Semasa 2013, Abdul Khalid dikhabarkan telah mengubah formula Exco yang dipersetujui kepada DAP (3+1 Speaker) dan Pas (4). DAP amat tidak puas hati pada masa itu.
"Apabila PKR dilanda krisis Menteri Besar, DAP membuka serangan penuh, adakah ini disebabkan kesan pengagihan jawatan sebelum ini?" tanya kolumnis itu.

Ketika era Azmin pula, DAP dikhabarkan pernah meminta supaya parti itu mendapat empat jawatan Exco tetapi malangnya hasrat itu tidak direstui Azmin.

"DAP seterusnya meminta jawatan Timbalan Speaker, tetapi jawatan yang dijanjikan Azmin itu akhirnya diberi kepada Pas."

Kata kolumnis itu lagi, DAP yang gagal mendapat jawatan Exco dan Timbalan Speaker akhirnya memperjuangkan pertambahan jawatan dalam kerajaan tempatan, tetapi sekali lagi tidak kesampaian.

"Ada khabar angin bahawa akar umbi PKR menentang usul DAP, menyebabkan akhirnya Azmin tidak menyerah kuota partinya kepada DAP."

Menurut Huyidao, Azmin sebelum ini merupakan calon Perdana Menteri yang sesuai untuk Pakatan Rakyat kerana beliau menjadi satu-satunya calon yang boleh mendapat sokongan DAP dan pada masa yang sama tidak dibantah Pas.

"Keadaan semasa Azmin bagaimanapun tidak baik. Jika gagal mengagihkan kuasa dengan baik, DAP mungkin akan membuka serangan terhadapnya.
"Jika Pakatan Rakyat berdepan kemelut dalaman, maka Barisan Nasional (BN) akan senyum dalam senyap. Sudah ada orang yang memuji Rafizi Ramli sebagai calon Perdana Menteri yang lebih baik berbanding Azmin." (Malaysia Gazette)

Lihat sebelum ini..
Politik S'gor, Siri 1 Hingga 7
Politik  S'gor, Siri 1 Hingga 7
E-Buku IH-95: S'gor 'MB remote-control'?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails