Friday, January 09, 2015

Ekoran C/Hebdo Hina Nabi, Masjid Dilempar Granat & Ditembak.

Teror masih hantui Prancis, masjid dilempar granat dan ditembak
Masjid di bandar Le Mans Perancis diserang bom tangan. © AFP

Paris: Dua masjid di Perancis hari ini menjadi sasaran serangan menyusul terjadinya penembakan di pejabat tabloid Charlie Hebdo yang menewaskan 12 orang semalam.

Laman Arab News melaporkan, Khamis (8/1), tiga bom tangan dilemaparkan ke sebuah masjid di Bandar Le Mans, sebelah barat Paris. sebuah lubang peluru juga dijumpai di tingkap masjid itu.

Sedangkan di dekat Narbonne, sebelah selatan Perancis, sejumlah tembakan diarahkan ke sebuah dewan tempat warga muslim salat. Kejadian itu berlangsung selepas waktu solat subuh. Pendakwa tempatan menyatakan Dewan itu dalam keadaan kosong.

Sebuah letupan juga berlaku tadi pagi di kedai kebab berhampiran sebuah masjid di Bandar Villefranche-sur-Saone. Tak ada korban luka atau tewas dalam serangan itu. Pendakwa tempatan menyebut serangan itu sebagai perbuatan jenayah.

Perancis kini tengah diguncang rentetan serangan selepas dua lelaki bersenjata menewaskan 12 orang di pejabat Charlie Hebdo semalam. Dua polis dan empat kartunis ikut tewas dalam kejadian itu.  


Belum diketahui penembakan anyar ini masih terkait dengan insiden di Charlie Hebdo kemarin.
Pelaku kini masih dalam buruan.

Kurang dari 24 jam selepas penyerangan pejabat tabloid penghina Nabi Charlie Hebdo, seorang polis wanita Perancis tewas ditembak di Montrouge, sebelah selatan Paris. Rakannya, juga perempuan, luka dalam penembakan itu. (IH)

Lihat sebelum ini..

1 comment:

Anonymous said...

Krisi agama teruk. Tu nabi kata jangan kacau agama lain. Jangan bunuh orang tengah ibadat. Ini akibatnya. Mereka ingin rebut syahid masing2. Yg kafir pun sama nak rebut syahid! Allah hu alam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails