Elyana Kembali Berlakon Kerana Dipaksa Suami?
HALAMAN HIBURANKL: Penyanyi dan
pelakon Elyana memberitahu, suaminya Khairul Anuar Husin, 40, sentiasa
memaksa agar dia kembali aktif dalam bidang seni selepas hampir empat
tahun menyepikan diri. Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 28, berkata,
suaminya bimbang dia mungkin bosan menjadi suri rumah sepenuh masa.
"Selepas berkahwin dan hamil keputusan untuk memperlahankan kerjaya
datang dari diri sendiri kerana ingin melihat anak membesar depan mata
sendiri.
"Kini anak kami sudah pun berusia empat tahun dan dia banyak memberi
galakkan supaya saya kembali aktif kerana mahu saya bersemangat dan
meneruskan minat dalam bidang seni," katanya kepada mStar Online hari ini.
Elyana ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri lakonannya berjudul Keluarga Karaoke di Red Box Pavillion di sini, Selasa. Sepatutnya, sesebuah bahtera rumahtangga itu hendaklah belayar di lautan cinta dalam keredhaan dan ketentuan peraturan Allah SWT. Matlamatnya kena betul, barulah akan sampai ke pulau bahagia dari dunia hingga akhirat. Insya Allah. (IH) Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
No comments:
Post a Comment