Thursday, January 15, 2015

Erdogan (2): Barat Dalang Di Balik Penyerangan Charlie Hebdo.

Erdogan: Barat ada di balik pembantaian Charlie Hebdo
Recep Tayyip Erdogan. foreignpolicy.com

SEMASA orang ramai menunjuk jarinya pada Muslim sebagai biang pembunuhan tabloid satir Perancis Charlie Hebdo, presiden Turki mengecam keras pasukan keselamatan Negeri Menara Eiffel itu. Beliau menjelaskan, Barat berada di balik serangan ini.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, Rabu (14/1), Recep Tayyip Erdogan menegaskan agar Barat sebaiknya berhenti mempermainkan perasaan Muslim sejagat. Dia juga mengajak umat Islam bersatu.  

"Pembunuhan itu dilakukan oleh warga Perancis dan Muslim yang harus membayar harganya? Itu sangat bodoh. Apa perisikan Perancis tidak boleh mengesan ini?" ujar Erdogan serius.

Bagi Erdogan kemunafikan Barat sangat jelas, atas nama perangi keganasan mereka bertindak perkauman, fobia Islam, dan benci pada Muslim. Erdogan menolak mengikuti jalan kaki sokong Charlie Hebdo. Beliau wakilkan kepada Perdana Menterinya, Ahmet Dovutoglu.

Datuk Bandar Ankara Melih Gokcek yakin agensi perisikan Israel Mossad ada di balik serangan ini, kerana Perancis mengakui kemerdekaan Palestin. Rusia juga yakin Amerika Syarikat dan Badan Perisikan AS (CIA) menjadi pelakon di balik skrin atas pembunuhan Charlie Hebdo.

(IH) 

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails