Monday, January 19, 2015

Erdogan (6): Hapuskan Tato Di Badan..

Pemerintah Turki paksa warga bertato tobat massal
Ilustrasi aktiviti tatu Mondial du tatouage. © AFP PHOTO / Lionel Bonaventure

KERAJAAN
Turki
bawah pimpinan  Recep Tayyip Erdogan memerintahkan warga yang mempunyai rajah di badannya untuk segera memadamnya. Jika tidak boleh lantaran berbahaya bagi tubuh, mereka didesak untuk bertaubat.  

Hal tersebut merupakan fatwa baru dalam Undang-Undang Agama di sana, seperti yang dilaporkan oleh dari Al Arabiya, Sabtu (10/1).

"Seseorang yang mempunyai tatu di tubuhnya harus menghapuskan tatu tersebut, jika memang membolehkan. Namun jika tidak, mereka perlu bertaubat kepada Allah," ujar kakitangan Direktorat Urusan Agama setempat.

Walaupun begitu, pihak berkuasa tempatan berkata tatu tidak menghalang seorang Muslim untuk melakukan wuduk. Namun, seseorang dianggap berdosa kerana mempunyai rajah atau gambar di tubuhnya..

Hal tersebut mengikuti peraturan kerajaan yang melarang adanya tatu dan fesyen di sekolah umum yang dikeluarkan kerajaan pada 27 Sepetmber 2014. Pelajar di sekolah umum dilarang menggunakan selendang, topi, atau beg dengan warna atau simbol yang mengandung arti tertentu.

Para pelajar tersebut juga dilarang merajah badannya, mewarnai rambut, dan memohon solek. Tidak boleh ada tindikan, juga misai atau janggut. Larangan tersebut secara rasmi dikeluarkan negara. Peraturan-peraturan ini muncul ketika pada Julai 2014, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menegur pesepakbola anggota team nasuonal kerana mempunyai tatu di tubuh mereka.

"Apa tato ini? Mengapa anda sanggup membahayakan tubuh seperti ini?" ujar presiden dari parti AKP yang dekat dengan Ikhwanul Muslimin itu.
"Jangan tertipu dengan budaya orang di luar sana. Allah melarang manusia mempunyai tatu, lagi pun tatu boleh mencetuskan kanser kulit nantinya," tegur Presiden Recep kepada pemain 18 tahun itu.
(IH)
AKTIVITI mencacah tatu semakin berleluasa di Afghanistan sejak tahun 2001.

Lihat.
Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails