Ayai (Ilusi) mempamerkan persembahan..
HALAMAN HIBURAN
KL: Penyanyi Ayai
(Illusi) diumumkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar
Vaganza yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di
sini pada Ahad.
Ayai berjaya menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Ifa Raziah, Fazli
Zainal, Haleeda, Rahmad (Mega) dan Mamat Exist sekali gus berjaya
membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah trofi.
Haleeda berjaya meraih tempat kedua.
Tempat kedua dimenangi oleh Haleeda dengan mendapat
wang tunai sebanyak RM30,000 manakala Mamat (Exist) mendapat tempat
ketiga, menerima wang tunai RM15,000. Penyanyi Rahmad pula mendapat tempat keempat menerima wang tunai
sebanyak RM10,000 dan tempat kelima dimenangi Ifa Raziah, membawa pulang
RM5,000. Walaupun berada di tempat akhir, Fazli Zainal tetap membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.
Dalam pada itu persembahan terbaik pilihan penonton dimenangi oleh Mamat (Exist) menerima wang tunai RM5,000. Kesemua peserta turut menerima trofi masing-masing.
Mamat (Exist)
Hadiah disampaikan oleh pengasas Pamoga Vida Beauty Qu Puteh, Datuk
Seri Dr. Vida, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul
Anwar Salleh dan Pengurus SaluranAstro Ria, Raqim Ahmad Ramli.
Gegar Vaganza bersiaran sejak 16 November 2014, setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mari kita fikir sikit, apa faedahnya program ini untuk pembangunan negara, agama dan kemanusian sejagat? Bolehkah program ini melahirkan remaja yang berakhlak mulia seperti yang dikehendaki Allag SWT bagi orang Islam? Begitu juga bagi kepentingan agama-agama selain Islam?
Apa lagi bila Gegar Vaganza bergegar disaat banjir menggegarkan seluruh negara, apa feadahnya dalam usaha membantu mangsa banjir? Tiada perasaan kemanusiaankah?
(IH)
Lihat liputan banjir..
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia?
1 comment:
Salam.
Melihat kepada scenario keadaan banjir di Kelantan yang melibatkan 9 Jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat, Tanah Merah dan Kota Bharu dengan tempat terjejas teruk seperti Manek Urai, Latarek Luloh, Dabong dan banyak lagi.Rata-rata, rakyat Kelantan drp kawasan banjir ini sekarang "Menangis Tidak Berlagu", "Termenung Mereka sendiri akan Masa Depan Yang amat Kelam", akan tetapi harapa yang sekian lama diletakkan dan dibanggakan ke atas Para Pucuk Pimpanan PAS berbagai Peringkat, hanyalah seperti pegar memakan padi.
Para Pemimpin PAS sungguh pandai bermain kata-kata, menunding jari kesana kemari, tanpa memperdulikan apa nasib mangsa banjir. Segolongan mereka yang digelar Ustaz, Ulama, Alim Agama iniyang rata-rata memiliki Sejemput Janggut di Dagu ini, menunjukkan kedangkalan tahap keImaman masing2.. Mereka yg digelar beriman ini, mula menunjukkan sikap dan tamak haloba, ego, bongkak dan sombong terlampau apabila mereka-mereka ini mengeluarkan kata-kata yang tiada satu pon yang dapat menghilangkan kegusaran, menghapus penderitaan, apatah lagi bersimpati dengan musibah banjir yang melanda.Jauh sekali mereka ingin atau mahu memohon maaf di atas kedhaifan dan kurang cekapan mentadbir urus musibah banjir, malah mereka mengemukan pelbagai alasan seolah lari drp tanggungjawab dan tiada pon sifat mahu muhasabah diri.. Ini ker Islam Pas???
Sudah dinyatakan bahawa Kerajaan pusat jugaklah yang akan mengeluarkan danan sebanyak RM52.5 juta mungkin lebih untuk membina kembali rumah-rumah yang di hanyutkan airbah yang deras dan laju. Tetapi jumlah ini akan naik sekali ganda, mungkin berganda-ganda, apabila diwartakan semua penempatan di perairan sungai tidak selamat di diami, maka akan berdondong-dondong lagi yang akan merayu memohon bantuan perumahan drp Kerajaan.
Masalah Utama yang menyebabkan Air Bah Laju dan Deras naik mendadak di kawasan 9 Jajahan tersebut adalah keranan kerakusan Pihak Pentadbiran Negeri Kelantan di Bawah Kerajaan PAS dalam memberikan sejumlah 4,000 hektar tanah kpd Jahanam Bga dan Ngeh Bersaudara drp DAP, yg mana secara fizikalnya boleh dilihat kekayaan mereka bertambah selepas projek balak & tanah diperolehi drp Kerajaan Pas Kelantan..
Anak-anak Kelantan diSERU agar menuntut Pembentangan dan penjelasan drp Kerajaan Kelantan:
1. Berapakah Hasil Kerajaan Pas perolehi daripada Hasil Penjualan Balak & Tanah di kawasan terbabit?
2. Siapakah yang bertanggungjawab memberikan kelulusan ke atas aktiviti pembalakkan tersebut?
3. Apakah pemberian ini mengikut prosedur dan tatacara urusan Tanah Kelantan?
4. Kemanakah Wang Hasil Penjualan Balak dan Tanah dibelanjakan.
5. Jika sekiranya di Selangor, MB Azmin Ali menuntut semula pembayaran balik wang sejumlah RM2.6 juta yang dikatakan dibayar dengan tidak mengikut peraturan dan prosedur tertentu...APAKAH boleh Anak-Anak Kelantan mendesak Kerajaan PAS menuntut ganti rugi drp DAP Bangsat Nga & Ngeh Bersaudara ke atas kerugian yang mereka alami akibat drp Banjir Besar melanda. Ini adalah Hak Mereka sebagai Rakyat yang tertindas dan teraniaya akibat drp Kerakusan DAP Bangsat meneroka dan membotakkan kawasan Tadahan Hujan.
6. Rakyat Kelantan kesemuanya mestilah bangun menuntut Hak dan Kebenaran drp Kerajaan Pas Kelantan.. Kalau Hak sendiri pon tak mampu dibela, jangan harap Banjir seperti ini tidak berulang kerana Kerajaan Pas akan memberikan lebih banyak kawasan Balak demi untuk mendapatkan DANA PILIHANRAYA ke 14.
Apakah Rakyat Kelantan "THE RED WARRIOR" ini betul-betul berani? atau hanya gah pada slogan saja?
Post a Comment