Sunday, January 11, 2015
Hina Islam: Pengasas Web Free Saudi Liberals DiSebat.
JEDDAH: Seorang penulis blog Arab Saudi disebat 50 kali di hadapan orang ramai di sini sebagai sebahagian daripada hukuman kerana menghina agama Islam dalam forum internet kendaliannya, lapor MailOnline kelmarin.
Raif Badawi (gambar) yang merupakan pengasas bersama laman web Free Saudi Liberals ditangkap pada 2012 dan dikenakan hukuman sebat 1,000 kali selain dipenjara 10 tahun kerana menghina Islam.
Dia juga dikenakan denda sebanyak 1 juta riyal (RM948,430 juta) kerana kesalahan tersebut.
Badawi dilihat hanya berdiam diri ketika dia disebat pada bahagian punggung di pekara ngan sebuah masjid di sini baru-baru ini.
Dalam perkembangan berkaitan, pertubuhan hak asasi Amnesty International (AI) menyatakan, dia menjalani hukuman itu dengan tangannya dirantai selepas tiba di pekarangan masjid berkenaan dengan menaiki sebuah bas.
“Hukuman tersebut berlangsung sekitar 15 minit. Selepas itu, dia dibawa ke dalam bas dan meninggalkan lokasi tersebut,” kata AI dalam satu kenyataan.
Baki hukuman sebat terhadapnya akan dilaksanakan dalam tempoh 50 minggu, tambah kenyataan sama. Menurut laman web mengenai hukuman sebatan, Corpun.com, cemeti, tali kulit atau rotan panjang boleh digunakan untuk menyebat pesalah di sini. – Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment