12 terbunuh dalam insiden tembakan di Paris
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/12-terbunuh-dalam-insiden-tembakan-rambang-di-paris-51719?cp
PARIS: Polis Perancis kini sedang memburu dua beradik, yang menjadi suspek utama dalam insiden serangan ke atas pejabat akhbar mingguan satirikal Perancis, Charlie Hebdo yang meragut 12 nyawa di Paris pada Rabu.
Polis turut menyiarkan gambar dua beradik terbabit dan merayu maklumat dari orang ramai bagi membolehkan mereka dikesan. Polis juga telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Cherif Kouach, 32 dan abangnya Said, 34.
Mereka dikatakan bersenjata dan merbahaya. Seorang daripadanya pernah dipenjarakan pada tahun 2008 atas kesalahan terbabit dengan rangkaian kumpulan militan yang menghantar pejuang ke Iraq. Suspek ketiga adalah remaja berusia 18 tahun, dan dia telah pun menyerahkan diri kepada pihak polis selepas melihat namanya tersiar di media sosial.
Dalam insiden awal pagi itu 12 maut termasuk anggota polis apabila sekumpulan lelaki bersenjatakan mesin gan dan pelancar roket menembak rambang dalam sebuah pejabat Charlie Hebdo di Paris. Turut terbunuh, Ketua Pengarang akhbar itu Stephane Charbonnier yang juga dikenali sebagai Charb dan kartunis yang dikenali sebagai Cabu, Tignous dan Wolinski.
Akhbar itu sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi ekoran penerbitan karikatur yang menyerupai Nabi Muhammad.

Anggota polis memeriksa suspek yang dipercayai terbabit dalam serangan ke atas akhbar mingguan Charlie Hebdo ketika ditahan dalam operasi di bandar Reims pada Khamis
Sementaa itu, Presiden Perancis,
Francois Hollande mengumumkan hari ini sebagai hari berkabung seluruh
negara sebagai tanda bersedih atas kematian 12 orang dalam serangan
bersenjata terhadap pejabat akhbar mingguan satira, Charlie Hebdo. Hanya lima kali sejak tempoh 50 tahun lalu Perancis mengisytiharkan hari berkabung di negara itu.
Beliau juga mengarahkan agar semua bendera negara dikibarkan separuh tiang selama tiga hari. Charlie Hebdo sebelum ini membangkitkan kemarahan orang Islam apabila menerbitkan kartun menghina Nabi Muhammad SAW

Komen Blog Ibnu Hasyim: Maruah Islam dan Nabinya perlu dijaga. Pernah berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Islam Al-Muktasim Billah… seorang wanita Islam sedang berniaga di negeri kafir ribuan kilometer jauhnya dari ibunegara, telah dijatuhkan maruahnya di khalayak ramai hingga terbuka auratnya..
Muslimah itu telah menjerit meminta perlindungan kepada Khalifah kerana maruahnya tercemar, maka Khalifah Islam itu sanggup menghantar satu angkatan tentera ke negeri bukan Islam tersebut untuk menghukum penjenayah, hanya kerana aurat seorang Muslimah! Apalagi Nabi kita, Nabi umat Islam, Nabi yang maksum telah dihina dan dijatuhkan maruahnya!
Ingat Rasulullah SAW juga pernah pertahankan maruah aurat wanita rakyatnya hingga keperingkat negara, sewaktu memerintah Madinah. Begitu juga zaman pemerintahan selepasnya. Begitu juga dalam sejarah Islam masuk ke India juga ada kena mengena dengan maruah seorang Muslimah.
Lihat sebelum ini..
No comments:
Post a Comment