Massa penyokong Parti Jamiat Ulema-i-Islam-Nazaryati (JUI-N) masa mengumumkan aksi kecaman terhadap Tabloid Charlie Hebdo di Quetta, Pakistan (15/1).
Selain di Quetta, Muslim di Pakistan juga mengecam Charlie Hebdo di Lahore (15/1).
Muslim di Turki mengecam keras Surat khabar Cumhuriyet yang telah menerbitkan kartun sindiran Charlie Hebdo yang menghina Islam.
Turki kutuk ‘kebebasan media’ Charlie Hebdo?
ANKARA, Turki – Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu semalam berkata, kebebasan media tidak bermakna akhbar satira mingguan, Charlie Hebdo bebas menghina sesiapa sahaja tanpa had dan batasan.
Menurut beliau, dalam tindak-tanduk akhbar itu, Turki tidak akan sama sekali membenarkan Nabi Muhammad dihina, malah perbuatan secara berterusan akhbar berkenaan menyiarkan karikatur Nabi Muhammad merupakan satu provokasi yang dilakukan secara terang-terangan.
“Kebebasan media tidak bermakna bebas untuk menghina,” kata Ahmet kepada akhbar harian Turki, Cumhuriyet dan beberapa laman web di negara itu sebagai mengulas mengenai tindakan akhbar Charlie Hebdo yang terus menyiarkan karikatur Nabi Muhammad dalam edisi terkini Rabu lalu.
Akhbar berkenaan menerbitkan edisi khas setebal empat muka surat karikatur Nabi Muhammad selepas 12 orang mati ditembak oleh lelaki bersenjata yang melancarkan serangan terhadap pejabat akhbar itu di Paris.
“Kami tidak akan membenarkan sesiapa menghina Nabi Muhammad di negara ini. Sebagai kerajaan, kita tidak boleh memihak kepada kebebasan akhbar bagi mengurangkan tindakan penghinaan seperti ini.
Menurut Ahmet, kebanyakan penduduk Turki adalah beragama Islam dan mereka mungkin tidak lagi boleh bersabar jika Nabi mereka terus dihina.
“Kami bertekad mempertahankan kemuliaan Nabi Muhammad dan pada masa sama kami turut menentang keganasan yang berlaku di Paris,” katanya.
Sebuah mahkamah di Turki kelmarin mengarahkan sebuah laman web yang menyiarkan muka depan akhbar Charlie Hebdo disekat.
Sementara itu, pergerakan Hezbollah di Lebanon dalam satu kenyataan turut mengutuk akhbar Charlie Hebdo dan menyifatkan tindakan berkenaan bakal menyemarakkan lagi kegiatan pengganas.
Kerajaan Senegal turut bertindak tegas mengharamkan pengedaran akhbar satira berkenaan di negara itu. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya Turki mengutuk 'salah guna' kebebasan media, iaitu yang menghina Nabi Muhammad SAW seperti dilakukan oleh Charlie Hebdo, bukan kebebasan yang tidak disalah gunakan.
Bukan juga seperti kerajaan Malaysia mengutuk keras serangan ke atas pejabat majalah satira Perancis, Charlie Hebdo, yang banyak berdosa kepada umat Islam, bukan 'yang tidak berdosa' seperti kata PM Malaysia. (IH)
Juga ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
1 comment:
umat islam wajar marah kerana dlm undang2 mana pun, menghina tokoh yg dihormati org lain adalah satu kesalahan.
jika menghina itu dianggap kebebasan bersuara, maka membunuh penghina itu pun hendaklah dianggap kebebasan bertindak.
umat islam layak marah tapi hezbosyaitan tidak layak bermuka2 konon penghinaan itu mengundang keganasan.
keganasan dan kezaliman hezbosyaitan di syria dan iraq terhadap umat islam adalah sikap talam dua muka syiah laknatullah.
hentikan dan hukum dulu penganut sesat syiah yg kejam sebelum membebel tunjuk hero dlm isu ini.
laknat utk menghina Nabi saw dan penghina sahabat2 NAbi saw iaitu syiah hezbosyaitan dan hassan nasrullat laknatullah
Post a Comment