Wednesday, January 07, 2015

Ini, Bersiul Kepada Perempuan Pun Dihukum..

MONICA dilihat mengarahkan Dhoni membongkok sebelum membiarkan sekumpulan remaja perempuan memukul belakang lelaki itu dengan selipar.

NEW DELHI – Seorang anggota polis wanita di India mengarahkan sekumpulan remaja perempuan memukul seorang pemuda gatal dengan selipar selepas lelaki berkenaan bersiul kepada mereka.

Pemuda tersebut, Virat Dhoni, 23, dilaporkan bersiul dan mengganggu sekumpulan pelajar perempuan di bandar Sendhwa di negeri Madhya Pradesh dekat sini baru-baru ini. Pelajar itu yang tidak berpuas hati kemudian melaporkan kejadian tersebut kepada seorang anggota polis wanita, Sub Inspektor Monica Singh yang terus menahan Dhoni.

Monica kemudian mengarahkan Dhoni membongkok dan membiarkan kumpulan remaja perempuan tersebut memukul belakang lelaki itu dengan selipar di tempat awam. Dhoni yang berasa dia dimalukan di khalayak awam telah mengemukakan bantahan di sebuah mahkamah di negeri ini tetapi hakim mahkamah tersebut menyokong tindakan anggota polis berkenaan.
“Kamu telah memalukan mangsa di tempat awam dan anggota polis berkenaan telah menjatuhkan hukuman yang setimpal,” kata hakim. – Agensi

Lecehkan wanita, pria India dihukum membungkuk dipukuli korban
'Bersiul' dikatakan pelaku pelecehan wanita di India dihukum di depan umum. Dailly Mail

Lihat ini..
E-Buku IH-64: Rogol Di India
E-Buku IH-64: Rogol Di India

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails