Tuesday, January 27, 2015

IS Mula Dapat Sokongan, 5 Pemain Bola Sepak Britian Sertai.


 

SUKAN
IS kumpulan Negara Islam mula mendapat sokongan penduduk dunia. Hal ini terbukti apabila seramai lima pemain bola sepak dari Britain didakwa telah menyertai kumpulan Negara Islam (IS) di Syria serta melakukan pembunuhan balas yang menggemparkan dunia.

Menurut ketua keselamatan di British, seorang daripada lima pemain bola sepak dari timur London itu dipercayai pernah menjalani latihan bersama Arsenal sebelum ini. Selain itu, seorang daripada mereka juga dikesan berada bersama seorang lagi rakyat British yang dikehendaki dunia iaitu Jihadi John ketika melakukan penyembelihan tebusan.

Bekas pemain bola sepak terbaharu yang menyertai IS, Fabio Pocas (dalam bulatan di atas) yang kini dikenali sebagai Abdurahman Al Andalus didakwa sebagai seorang pemain muda berkebolehan.

Dia memulakan karier bola sepak bersama skuad remaja Sporting Lisbon di Potugal sebelum kembali ke England.

Bagaimanapun, kali terakhir dikesan, Pocas sedang bergambar bersama bendera IS selain turut menyembelih mangsa tebusan di Syria. Selain Pocas, seorang lelaki kulit hitam sebelum ini turut mendakwa pernah menyarung jersi Arsenal sebelum menyertai IS.

Ianya suatu perkembangan yang menarik perhatian dunia.

Celso Rodrigues Da Costa (gambar atas) mendedahkan dirinya bekas pemain Arsenal menerusi laman sosial ketika bergambar bersama senjata api.

Fabio Pocas (kiri) merupakan pemain berkebolehan ketika menyarung jersi skuad remaja Sporting Lisbon.
(IH)

No comments:

Post a Comment