Saturday, January 31, 2015
Isteri Obama Di Saudi Tidak Ikut Peratuan Adat Saudi.
Presiden Barack Obama beserta isterinya Michelle Obama bertandang ke Riyadh, Arab Saudi untuk memberikan penghormatan terakhir kepada almarhum Raja Saudi Abdullah. Dalam kunjungannya kali ini, Michelle Obama buat heboh sikit di kalangan orang awam Saudi.
Michelle Obama tidak pakai hijab serta menggunakan solek muka. Hal tersebut bertentangan dengan adat Saudi, di mana kerajaan Islam ini memerlukan wanita memakai penutup kepala, didampingi suami jika bertemu lelaki lain, dan tidak menggunakan solek.
Lantaran dandanan tersebut, dia meninggalkan bilik ketika sedang ada siaran langsung oleh stesen televisyen tempatan. Dari laporan Daily Mirror, Khamis (29/1), dari pejabat berita tempatan, bila keluar bilik wajah Michelle kelihatan kesal. Dia mengerutkan bibirnya ketika semua kakitangan pejabat melintas dihadapannya tanpa berjabat tangan.
Hal tersebut membuat orang awam Saudi mengulas banyak di media sosial Twitter. Banyak yang mengkritik tindakan Michelle, namun ada juga yang memujinya dan berterima kasih padanya. Tagar, nombor satu di antara pengguna Twitter Saudi bila diterjemahkan bebas, ertinya.. "Michelle Obama tidak memakai tudung" dilapor dari akhbar Washington Post, Khamis (29/1).
Ramai warga Saudi yang merupakan pengikut ahlul sunnah taat mengkritik penampilan wanita nombor satu Amerika ini. Seperti yang ditulis akaun Twitter Londoner Mony Al-Ali, yang mengatakan "Saya tidak menghargainya, dia tidak menghormati peraturan."
Kicauan yang berbeza dari akaun Piccia yang mengatakan, "Terima kasih Michelle Obama telah membela wanita. Sekarang kita boleh mengatakan kepada mereka (kerajaan) jika bulu mata dan solek lain bukan tidak baik." Ini kicauan menghasut yang tidak Islamik. (IH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Di Malaysia ramai macam dia... adat dan adab ikut suka hati konon mereka lebih bebat !
Islam amat mementingkan adab. Adat itu satu kesesuaian amalan budaya, biasa bertunjangkan agama atau cara hidup berwarisan. Kadangkala adat melanggar adab di sebabkan kejahilan sendiri menterjemah nilai-nilai kehidupan tanpa panduan.
Betul tidak ?
Post a Comment