Tuesday, January 27, 2015

Janda Tawanan Jordan Ini, Diminta Tukar Dengan Tawanan Jepun ISIS..

Kenji Goto (Kiri) asal Jepun dibiarkan hidup untuk ditukar dengan kebebasan Sayida al-Rishawi (Kanan). English.alarabiya.net © 2015 

KUMPULAN Negara Islam untuk Iraq dan Syam (ISIS) menuntut pembebasan seorang perempuan yang ditahan di Jordan dituduh cuba melakukan beberapa siri keganasan pada 2005. Mereka bersedia menukar wanita itu dengan tawanan asal Jepun yang masih hidup.

Stesen televisyen Al Arabiya melaporkan, Isnin (26/1), dalam siaran radio tempatan yakni Al-Bayan disebutkan ISIS menyeru pembebasan Sayida al-Rishawi yang disebut oleh mereka sebagai saudara. Mereka bersedia menukar nyawa Sayida dengan Kenji Goto, tebusan asal Jepun yang masih hidup setelah sebelumnya memenggal tawanan lain bernama Haruna Yukawa.

Sayida asal Iraq merupakan pelaku 'bom syahid'  kini tengah menunggu proses hukuman mati. Dia dinyatakan bersalah atas tiga serangan bom di sebuah hotel di Ibu Kota Amman mengorbankan sekitar 60 orang.


ISIS bunuh satu sandera warga Jepang
ISIS ancam bunuh dua warga Jepun .©YouTube. Seorang telah dibunuh,seorang diminta tukar dengan tawanan Jordan seperti gambar di atas.

Perempuan itu berkata suaminyalah yang menetapkan semua rancangan itu. Suami Sayida tak lain bekas pemimpin Al-Qaeda, saudara tertua ISIS, Abu Musab al-Zarqawi yang terbunuh pada 2006. Bagi ISIS kebebasan Sayida sangat penting. Sayida dipercayai sebagai kaki tangan Zarqawi dan kemampuannya setara dengan suaminya itu. (IH)

No comments:

Post a Comment