Sunday, January 04, 2015

'Jangan sentuh masjid kami'. Himpunan Anti-perkauman Di Stockholm.


AP: Perhimpunan anti-perkauman di Stockholm, Sweden, yang memegang tulisan "Jangan sentuh masjid kami".
 
Stockholm: Demonstrasi anti-rasisme dilaporkan berlaku di pusat bandar Stockholm, Sweden, selepas tiga kes pembakaran masjid. Penunjuk perasaan memegang kain rentang bertulis "Jangan sentuh masjid kami" dalam demonstrasi besar di luar bangunan Parlimen.

Menurut BBC, Sabtu (3/1/2015), sebuah bom molotov dilemparkan ke satu masjid di Uppsala, bahagian timur Sweden, pada Khamis (1/1/2015). Tetapi bom molotov tidak membuat bangunan itu tidak terbakar.

Pada akhir Disember lalu, pembakaran masjid terjadi di Esloev, dan sebelumnya bom molotov dilempar ke satu masjid di Eskilstuna yang menyebabkan lima orang cedera. Demonstrasi anti-perkauman juga berlaku di bandar Malmo dan Gothenburg pada Jumaat (2/1/2015) waktu setempat.

Menteri Budaya Sweden Alice Bah Kuhnke di Stockholm berkata, kerajaan akan melancarkan strategi nasional untuk menandingi Islamofobia. Idea untuk memberikan pendidikan kepada orang-orang mengenai Islam dan menghilangkan prasangka.

Tindakan perpaduan dilakukan dengan menampal kertas berbentuk hati mengandungi harapan yang diletakkan di pintu masuk masjid Uppsala, selepas serangan yang terjadi Kamis (1/1/2015). Kerajaan telah mengarahkan untuk meningkatkan keselamatan di tempat-tempat ibadah.

Sekitar 16% penduduk di Sweden lahir di negara lain. Banyak dari mereka berasal dari negara-negara yang tengah berkonflik, iaitu Iraq, Afghanistan, dan Syria. Masalah imigresen menjadi topik perbahasan di Sweden, yang lebih banyak menerima pencari suaka berbanding dengan negara-negera Eropah lain.

Parti anti-pendatang di Sweden, Demokrat, yang mendapat 13% suara pada pilihan raya akhir September lalu, menginginkan pengurangan jumlah pendatang yang masuk ke negara tersebut sehingga 90%.
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails