Saturday, January 10, 2015

"Kami Sedia Syahid". 2 Penyerang Charlie Hebdo Ditembak Mati.

Pelaku penembakan Charlie Hebdo: Kami siap mati syahid
Penyerangan pejabat surat khabar Charlie Hebdo. © dailymail.co.uk
Polisi Prancis tembak mati 2 tersangka penyerang Charlie Hebdo
Pelaku penembakan Charlie Hebdo. © AFP Photo

Paris: Polis Perancis berjaya menewaskan dua dari tiga penyerang pejabat tabloid satir Charlie Hebdo dalam sebuah serbuan mematikan. Kedua suspek, kakak beradik, Said Kouachi dan Cherif Kouachi, bersembunyi di sebuah gudang setelah sempat dikejar polis di sebuah jalan raya.

Penyerbuan terjadi pada Jumaat petang (9/1) waktu setempat. Rentetan tembakan senjata dan letupan kedengaran di kedai percetakan di Dammartin-en-Goële, di mana kedua-dua suspek itu menculik satu orang sebagai tebusan. Dilapor BBC, pasukan komando berpakaian seragam hitam yang menyerbu gudang itu sempat mendapat perlawanan sengit.


Mereka ditembak mati dan tebusan berjaya dibebaskan dengan selamat. Kedua suspek, Said dan Cherif telah menghilng selama dua hari selepas melancarkan serangan mematikan di pejabat Charlie Hebdo yang menewaskan 12 orang.
Pasar raya Yahudi di daerah Porte de Vincennes.
 
Tidak lama selepas berlakunya serangan di Dammartin-en-Goële itu, peristiwa berasingan yang dramatik berlaku di bahagian timur Paris ketika pasukan keselamatan menyerbu sebuah pasar raya Yahudi di daerah Porte de Vincennes. Seorang bersenjata, yang menculik beberapa orang serta mengancam akan membunuh mereka jika pasukan bersenjata melakukan aksi terhadap Kouachi bersaudara

Dia juga tewas dalam operasi serbuan yang dilakukan polis. Walaupun begitu, pasukan keselamatan berkata empat tebusan juga terkorban. Saat polis memasuki tempat itu, terdengar lima letupan dan tembakan senjata api.   Pihak polis Perancis mengatakan mereka mencari Hayat Boumeddiene (26), bersama penahan tebusan di pasar raya, ia disyaki terlibat dalam penembakan mati seorang polis wanita Khamis kelmarin.

Mati Syahid

Apa yang menarik, sementara polis tengah berunding dengan kedua suspek menembak pejabat tabloid satir Charlie Hebdo itu, mereka mengatakan ingin mati syahid.

"Kami sedia mati syahid," kata kedua kakak-adik, Said dan Cherif Kouachi kepada juru runding polis, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Jumat (9/1). (IH)
 


Sila lihat artikel-artikel ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails