Tuesday, January 13, 2015
Kedegilan C/Hebdo, Bermulanya Perang Hina Agama Di Eropah...
Edisi terbaharu majalah mingguan Charlie Hebdo akan terus menyiarkan karikatur hina Nabi Muhammad SAW
PARIS: Edisi terbaharu majalah mingguan Charlie Hebdo, yang pejabatnya telah diserang pengganas pada minggu lalu, akan terus menyiarkan karikatur Nabi Muhammad, kata peguamnya semalam.
Edisi khas tersebut yang bakal dikeluarkan Rabu ini, juga akan diterbitkan dalam 16 bahasa untuk pembaca sedunia, ujar salah seorang kolumnisnya, Patrick Pelloux.
Peguam Charlie Hebdo, Richard Malka, memberitahu kepada sebuah stesen radio tempatan bahawa edisi itu akan secara 'terang-terangan' mempersenda Nabi Muhammad semata-mata untuk membuktikan bahawa para pekerja penerbitan itu tidak akan tunduk pada tekanan kumpulan ekstremis.
Dua penyerang yang telah mengorbankan 12 orang dalam keganasan pada Rabu lalu, termasuk lima kartunis dan tiga lagi pekerja lain, mendakwa mereka telah 'membalas dendam atas nama Nabi Muhammad' sewaktu meninggalkan pejabat Charlie Hebdo. Tindakan itu dikatakan mewakili kemarahan di beberapa negara Islam atas siaran kartun yang menghina Nabi Muhammad dalam majalah tersebut.
Dua lelaki bertopeng melepaskan tembakan ke arah bangunan pejabat akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo.
Sementara itu di Berlin, dilaporkan, insiden darah di Perancis boleh menjadi titik tolak bermulanya gelombang serangan di Eropah, menurut komunikasi pemimpin kumpulan militan Negara Islam (IS) yang berjaya dipintas oleh perisik Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Jerman, Bild pada Ahad
Sejurus selepas serangan di Paris, Agensi Keselamatan Kebangsaan AS berjaya memintas komunikasi yang mendedahkan pemimpin kumpulan militan itu mengumumkan untuk melancarkan serangan kedua, lapor akhbar tabloid itu yang memetik sumber agensi risikan AS.
Menurut akhbar tersebut, Paris disifatkan sebagai titik permulaan untuk beberapa siri serangan susulan di negara Eropah yang lain termasuk Rome. Bagaimanapun, rancangan kukuh mengenai serangan itu masih belum diketahui. (IH)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: C/Hebdo, Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
alhamdulillah masih ada umat Muhammad saw yg cintakan Allah dan Rasul lebih dpd diri sendiri.
Sanggup mati demi maruah Rasul saw yg dicintai.
kepada penghina yg kojol itu, mulalah saat mereka berdepan dengan kekasih kepada insan yg mereka hina utk mendapat balasan selama2nya.
puak munafik tetap saja akan mengatakan kes patut diselesai cara rundingan atau mahkamah walaupun ternyata musuh sgt berdegil dn berniat jahat.
seluruh umat islam sedunia akan bangkit membela Nabi saw, mudah2an layaklah kita dijemput minum di telaga kautsar bersama Baginda saw.
Salawat ke atas Nabi saw junjungan.
Post a Comment